iDAN

22 Mac 2010

6 Jam sesak di KL (Singgahsana)




Ahad antara hari tersibuk buatku; awal pagi jika Mila malas nak buat sarapan biasanya aku atau pun Azim akan mencari juadah untuk sarapan. Jika aku, lebih suka ke gerai akak di Sungai Kantan, membeli Lontong atau pun Nasi Lemak.

Duduk di gerai ini teringat akan arwah Kak Jah Murai yang memang suka bersarapan di sini. Sering pada Sabtu & Ahad dia serta suaminya Abg Zainan sarapan di gerai ini. Dulu mereka menyewa di sini maka itu amat biasa dengan akak di gerai ini. Sekarang mereka jauh di Taman Cheras Jaya Balakong maka hujung minggu sahaja mereka suka berkunjung ke sini.

Awal pagi minggu ini sepatutnya aku menghantar Anif Taekwondo tetapi Pengail Sejati minta bantuan pindah rumah, maka sepanjang pagi hingga tengah hari aku di rumah baru Pengail Sejati. Cantik rumah Pengail Sejati, ala Muzium.




"Moh! cepat Afiz dah jam 3:00 petang lebih ni!" aku mula bising. Selalunya jika bertolak jam 4:00 petang memang kelam-kabut nak hantar Aziq ke asrama sekolahnya di Gombak.

Jam 3:15 petang kami menuju ke Lebuh Raya LEKAS untuk menjemput Mie calon orang rumah Afiz. Aziq leka dengan SMSnya duduk di belahku. Awas dengan tol LEKAS ini. Sampai sekarang masih dalam siasatan ke kad Touch 'n Go kami ketika ke majlis kahwin anak rakan Mila bulan lalu. Disedutnya duit sekitar RM15. Tak pasti puncanya. Seingat aku lebih dari 50 meter lagi memang palangnya terbuka & aku memang melaraskan kad di mesin Touch'n Go. Siap terdengar bunyi dua nada tiun lagi. Takkan berani redah sahaja, kut! tengah lalu palangnya turun tertutup takkah nahas. Bila kami keluar di tol Mantin hilang duit sekitar RM15.

Aku tertanya-tanya juga pagi tu apakah Mila guna kadnya, sebab semalam aku perasan sangat jumlah berbaki di kad sekitar RM30.



Bila kami balik dari majlis kahwin, aku suruh Mila buat aduan. Ketika itu zuhur semakin penghujung. Maka aku membiarkan sahaja Mila sendirian buat aduan, kad pun nama dia. Aku ni dalam komunikasi memang tertolak berbanding Mila. Dia memang telah berzaman menjadi Setiausaha Sulit dulunya. Biarlah dia selesaikan!.

"Mungkin kena denda sebab lalu ketika palang terbuka, mungkin kita tak laraskan kad!... itu jawapan pegawai yang terima aduan" rasa nak patah balik aku, bukan masalah duit RM15 itu tapi rasanya jika sistem palang tu itu bermasalah tak kan kami yang kena tanggung. Takkan nak tunggu palang yang entah bila akan tertutup semula. Lagi pun kami dari pintu utama tol sekadar RM4, takkan dendanya sampai lebih dari 3 kali ganda.

Maka awas jika kita menggunakan kad Touch'n Go; jangan sesekali berani lalu di mana palang pintunya bermasalah. Selagi palangnya tak jatuh elok dipanggil staf yang bertanggungjawab. Jika disedutnya RM15 taklah sesal sangat; apa kata sampai ratusan RM. Jika di tol lebuh raya PLUS utara ke selatan tu pastinya dendanya lagi tinggi. Padahal bukan sesilapan kita.

"Mana emak Mie, selalunya ada menunggu di gerainya!"

"Emak tengah gila main permainan komputer!" aku lihat gerainya terdedah sahaja.

Aku melihat jam di Avanza Mila, sekitar 30 minit sahaja kami telah sampai di rumah Mie & kini mahu bertolak menuju Lebuh Raya Grand Saga Cheras tolnya RM1.90 menuju MMR2. Tak lancar perjalanan kami kenderaan sesak dari lorong pergi & balik. Sekitar Ampang hujan mula turun. Aku adalah antara bekas Pembantu Penyelidik masalah Trafik; kena ingat lebih dari 75% jalan raya di Malaysia ini amat licin. Jangan memandu lebih dari 80 km sejam jika jalan basah. Ibarat memandu di atas permukaan kaca.

Sampai di pintu pagar Sekolah Teknik Gombak sekitar jam 5:25 petang. Tak jauh bedanya aku bertolak jam 4:00 petang dari Jenaris.

"Memang kaya tauke minyak di Malaysia, pengangkutan awam kita amat teruk, jalan pula tenguklah sesak gila! minyak petrol mengalir terus!" aku bersungut sendirian. Aziq masih leka dengan SMSnya. Afiz & Mie entah apa sembangnya di bangku belakangku.

5:30 ke 6:00 petang adalah waktu tersesak di sekolah Aziq, masing-masing emak ayah tak mahu menghantar anaknya awal. Parkir asrama Aziq pula teramat sempit di blok paling akhir. Kalau tak guna stereng berkuasa pasti lenguh tangan putar stereng.

"Minyak nak habis ni, kita kena solat di tol Jalan Duta!" depan Batu Cave pun sama sesak juga sampai ke Jalan Kuching, aku isi minyak di Jalan Kuching; aku memang tak suka Petronas. Kalangan sahabatku yang kerja di pelantar minyak Petronas pun tak isi di Petronas. Minyak Petronas memanglah bagus yang dulunya bukan tulis ron 95 kini. Cepat pembakaran & cepat pula habisnya minyak. Aku lebih memilih Shell atau pun Esso. Memang menjimatkan.

mak datok besarnya patung...


Lagi pun kereta baru elok guna minyak petrol bukan jenis ron 95 tu. Silap-silap bermasalah enjin tersekat sana sini. Dah pernah kena pakai Wira yang enjin injeksionnya meragam. Nahas pergi ke pomen yang mahir pun tak selesai. Bukan murah nak tukar alatganti injeksionnya itu.

"Emmm! SMS ibu Afiz, kasi tahu kita masih di Jalan Duta ini, jam telah hampir 6:25 petang... na mungkin sampai ke Hospital Klang jam 7:00 malam." aku risau gulai yang ibunya pesan untuk hantar ke Mak Nyaie akan basi. Mie terpaksa ikut ke Klang; jika hantar dia ke Poli Shah Alam lagilah lewat nak naik jumpa Mak Nyaie.

Mie jenis perempuan yang solat ringkas; jadi tak ambil banyak masa; aku perhatikan tak lama lepas kami solat dia pun telah tiba di Avanza. Hujan tak pernah mahu berhenti. Penggilap cermin Avanza ibu pula melampau kelabu. Kami menuju ke tol Bukit Raja. Itu sahaja yang aku nampak jalan yang tak sesak. Tapi tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) telah pun habis waktu lawatan. Sekitar jam 7:25 malam. Tapi masih ada orang keluar masuk, maka aku pun mencuri masuk. Sebab aku tenguk semua pengawalnya ramai india; faham sahaja orang india jika pakai pakaian seragam. Adik neradik Gurka juga.

Mencungap aku naik tangga ke tingkat 4 untuk ke Wad 4B katil 13. Yang jaga pintu wad india juga! tapi perempuan. Yang perempuan senang sikit berunding kenyit mata saja lembutlah hatinya.

"Encik hantar makan kejap sahaja kemudian keluar!." aku pun faham nanti dia yang dipersoalkan. Pesakit tak boleh diganggu.

Aku sudah agak, kedatanganku bukan disenangi oleh Nyaie, aku pun silap juga tak ikut Mila menjaga ibunya; tak silapku telah hampir dua minggu Mak Nyaie terlantar di hospital. Masa aku jumpa pakar jantung lalu 8 Mac, hari yang sama Mak Nyaie terjatuh dari kerusi rodanya, kakinya patah. Sebaiknya pada 13 & 14, Mac Sabtu atau Ahad aku pergi melawatnya. Hari cuti tersebut Mila tak pun mengajak kami melawat ibunya, dia pergi dengan Azim, Anif & Aziq. Aku & Afiz langsung tak diberitahu.

"Seriuskah keadaan Mak Nyaie, Afiz?, macam mana boleh jatuh sampai patah kaki!" Aku bertanya Afiz, Afiz memang tinggal di rumah Mak Nyaie sejak masuk Poli dulu.

"Entah ayah!." itu jawapan Afiz, jawapan pelik juga; takkan tak tanya dengan anak saudaranya Mila si Amira & Amirul yang tinggal di rumah yang sama.

Mila pun satu tak cakap apa pun, letak duit dalam bekas balang hijau tau-tau empat hari tiga malam jaga emaknya. Minggu sudah cuti sekolah, maka aku yang kena jaga makan minum anak di rumah. Mila memang tak pernah cerita tentang sakit Mak Nyaie; aku rajin juga bertanya kedaan Mak Nyaie tapi jawapannya mudah amat; dah beransur baik!. Okey sahaja.

Terkena aku, tenguk muka Mak Nyaie yang tak mahu senyum telah cukup memahamkan hati aku. Amira ada sebelah Mak Nyaie. Ketika aku datang dia tengah cuci buah pinggangnya; memang dalam sedar tak sedar. Jangkaku sebelah kaki sahaja patah tetapi meleset. Amira kata kedua-dua kaki, sebelah terpatah terus sebelah lagi dalam keadaan V. Aku tenguk kedua kaki Mak Nyaie sedang ditarik dengan tali & pemberat menggunakan botol air agak besar. Pasti dalam tempoh sebulan lebih akan berada di wad.

Isunya sekarang siapa mahu jaga Mak Nyaie malam-malam. Aku berbual dengan Amira, dia baru dua malam jaga Mak Nyaie. Nyong tak pernah lagi, yang paling lama jaga adalah menantunya si Noni pakar buat Laksa itu; telah 5 malam. Bagaimana menantunya yang lain?. Anak lelaki katanya malam-malam doktor tak kasi masuk. Huh! penat aku fikirkan. Kenapa pula menantu telah jaga 5 malam, anak sendiri datang kejap-kejap.

"Ibu ada berapa beradik iyer Afiz..! lapan ke sembilan?"

"Lapan kut!" ahh! Afiz pun jenis suka beri jawapan pelik, aku mencongak, Mila, Emie, Mak Alang, Maman Nordin, Akhir, Acik, Mak Yong & Maman Ifi. Sembilan!. Bukan lapan. Semua sudah kahwin.

emmm! asyik mendung nak hujan.

Emie atau Mak Angah faham sahaja, datang kejap-kejap. Mak Alang memang rajin jaga Mak Nyaie tapi selalu gaduh-gaduh sahaja dengan Mak Nyaie. Mak Yong beranak kecil, suaminya pula siang malam kerja, tak kira Sabtu Ahad bungkus Nescafe. Hana isteri Nordin tak pasti. Penat nak fikir; memang Mila kena banyak berkorban. Aku tak kisah sendirian mengadap doktor pakar sebab aku masih segak & kuat berjalan lagi. 8 Mac lalu hari aku jumpa doktor pakar; Azim terpaksa monteng sekolah agama Mila tak tahu; Anif terpaksa ke sekolah naik basikal demi Mak Nyaie. Mila tak cuti tiap kali aku ke hospital. Mila kena jaga Mak Nyaie biar pun terpaksa bercuti panjang. Aku boleh jaga diri sendiri.

Seyogia sepanjang perjalanan terbayang wajah suram Mak Nyaie, sampai ke Jenaris aku rasa sebu. Aku tetap salahkan diriku. Lantaran sejak berzaman dah kenal watak Mila. Mila sering songsang dalam buat keputusan. Pernah aku ditahan di wad kecemasan sampai larut malam, Mila tak jenguk pun; masa yang sama Mak Nyaie memang sakit. Jadi Mila akan tetap bersama ibunya; Mak Nyaie. Masa Afiz kemalangan dengan Mie tempoh hari, Mak Nyaie ditahan di wad juga. Ibu tak balik pun tenguk Afiz, sedangkan aku amat perlukan kenderaan ketika itu. Bukanlah mengungkit; tapi kami memang terpaksa berkorban. Aku & anak-anak. Biarlah Mila utamakan emaknya, sebab kami mampu bangun & bergerak sendiri. Lagi pun mengikut kajian sejarah kami bukanlah menantunya yang disukai. Tak pandai cakap jawa tak pandai pula adat orang jawa.

Sakit Mak Nyaie telah masuk tahun ke sembilan sakit buah pinggangnya. Emmm! banyak cabarannya menjaga emak sakit.

HTAR


Peliknya bila aku balik ke Meru selalunya Mak Nyaie okey sahaja!; tapi dalam sekitar setahun kebelakang ini memang nampak uzur amat Mak Nyaie. Susut badan tak mahu makan. Berjalan tak kuat lagi terpaksa bergantung dengan kerusi roda.

Simpati aku melihat Mak Nyaie amat terasa, tapi nak tolong bagaimana? Usianya pun telah mencecah 70 tahun mungkin. Orang kata sudah jatuh ditimpa tangga. Badannya tak kuat lagi. Elok juga dia di hospital ada jururawat & doktor merawatnya. Di rumahnya kini hanya ada si Amira, Amirul, Mamang Ifi & isterinya sarat mengandung. Afiz bulan depan akan kembali menyewa rumah di Shah Alam. Tak ada seorang pun yang boleh diharapkan boleh memasak. Mak Yong baru pindah, Mak Yong memang boleh tahan masakannya. Jika dia ada di rumah memang akan terurus makan minum Mak Nyaie. Akan lebih terjaga keadaan Mak Nyaie.

Aku turun dari wad sekitar 7:50 malam. Banyak berbual dengan Amira sahaja. Amira baru tingkatan lima... jika tak silap. Amirul baru dapat keputusan SPMnya. Dia pun sibuk nak balik; katanya malam nanti Mak Alang yang akan jaga Mak Nyaie.

"Kita makan di KFClah Afiz, lama tak makan KFC, sejak Afiz berhenti kerja di KFC lagi!" lagipun aku mahu jimatkan masa. KFC dekat dengan Padang Jawa di tepi Lebuh Raya Persekutuan.

"Afiz ingat ibu masakkan untuk kita ke?.."

"Entahlah!" aku pun kurang yakin ada makanan di rumah.

Mie & Afiz makan menu yang iklan gajah di TV, Soalnya kenyangkah!. Nasinya bersukat Afiz pula ambil yang ada sayur; maka ayamnya seketul. Jika dua ketul ayam sayur tiada kena beli berasing. Aku lebih suka yang tiga ketul ayam itu. Bab buat pesanan memang aku tak reti, jadi Afiz yang jadi mangsa.

Payah memandu malam jika telah berusia; agakan orang tua seperti aku ini memang amat berkurang; pulak tu cermin kelabu. Nasiblah Avanza Mila ini ada pendinding, langgar papan tanda pun nampak okey sahaja; palang tertutup pun nampak okey sahaja. Nak masuk ke kawasan kondo Mie menyewa jalannya sejak dua tahun masih macam itu; teruk amat penuh kon pengadang jalan tak tentuan. Stres sangat memandu di sekitar Poli Sahah Alam sana ketika malam. Hujan pula tak pandai berhenti. Mentang-mentang jalan tu tiada tol kasihan penduduk di sana.

Sampai Jenaris jam 11:30 malam. Bayangkan sejak 3:00 petang keluar rumah; 8 jam aku di jalan raya; tolak dua jam makan, solat & jumpa Nyaie. Patutnya aku telah sampai di Kuala Terengganu, atau telah melepasi Perak. Mila pula mahu aku isikan minyak sebab hantar Mie. Aku terbayang nilai duit kini, duit yang Mila taruh di balang hijau pun tak pernah cukup; aku terpaksa juga korek duit simpanan. Maka itu aku memang tak sabar nak balik kampung. Di kampung tak guna duit mana ada Touch'n Go di hutan belantara sana. Sementelah aku balik kampung siapa pula nak uruskan Aziq, Afiz segalanya ini.

8 ulasan:

Cetusan berkata...

waha buzy juga jadi surarumah yer..

letih gak..

bagi saya nak tutup buka tingkap langsir pagi petang pun dah cukup malas heee..kalau ada 5 tingkap hhee 5 langsir..

pstt: penulis novel baca novel sambil masak tak??
berkhayal idea..cinta cintun??

zulpjj berkata...

salam. sy pun pernah kena kredit TnG kena 'sedut'. Buat laporan kat pusat TnG Kota damansara n kira2 sebulan lepas tu terima cek dari Plus....cek tu pun dah sy bank in. Wp x byk (RM23.50 ajer)...memang menyusahkan saya n pemandu2 di belakang kereta saya waktu keluar dari plaza tol duta:-(

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Memang penat jadi surarumah, mahu tutup suis pun ada berpuluh-puluh buah suis tiap kali mahu keluar rumah. Takkan nak keluar rumah biarkan saja lampu terang benderang, kipas berputar ligat; sekarang pun sekitar RM150 bilnya sebulan tu tiada penghawa dingin.

Sehari bukan sekali dua kena keluar rumah.

Bayangkan ada empat orang guna pinggang mangkuk; semua buat magic di sinki; hanya letak maka jadi bersih. Pakaiannya!, baik anak & ibu siapa mahu sidainya;

Bejukunya, ikannya, kucingnya, mana lagi mahu masak, atau cari lauk. Mana lagi beli berasnya, lampu rosaknya, siram pokok bunganya.

Mana lagi ke hantar anak ke sekolahnya. Memang penat kalau difikirkan tapi saya sempat juga curi-curi tulis boleh karang puisi & cerpen!.

iDAN berkata...

Tak kisahlah banyak mana Sdr Zulpjj... saya memang tak akan hahalkan dunia akhirat. Kita jujur nak bayar tapi kena sedut duit kita.

Isu lebih besar isteri syak kita meranyau entah ke mana; kita pun terfikir bini kita pergi mana tak kasi tahu kita!.

Seperkara lagi staf yang terima laporan cakapnya macam kita perompak nak tipu kompeninya konon.

Hati-hati guna kad TnG ini!.

azieazah berkata...

Tabik dengan Abg IDAN ni. Sungguh kuat nak handle segalanya.
Berkorban untuk orang tua tiada rugi apa.. InsyaAllah senang kehidupan..

Anak2 memerhatikan, nanti mereka pun pasti akan melakukan pengorbanan yang sama...

iDAN berkata...

Dik Azah,

Di rumahnya sejak azali Mila anak Sulung selalunya akan mengarah adiknya buat itu ini. Dalam keluarga Mila saya nampak ada dua orang adik Mila memang memang cekap dalam kerja dapur & sedap masakannya. Mila ini terlampau hati-hati & mahukan sesuatu yang sempurna. Maka agak lambat sikitlah dalam kerja rumah.

Di rumah kami pula, semuanya lelaki, siapa yang pandai buat kerja dapur, kena ada yang berkorban jangan berkira sangat.

Mak Nyaie hanya seorang tinggal Opah atau Atok di keluarga kami. Mana ada lagi orang tua. Sebelah saya habis semua termasuk Mak saudara atau Pak Saudara.

Maka itu Mak Nyaie adalah segalanya. Saya selalu ingat jika mahu menyintai seseorang kena juga menyintai ibunya. Maka itu biar apa pun tangkapan Mak Nyaie terhadap saya sejak dulu, semua saya telah maafkan. Maka apa sahaja Mila mahu lakukan buat emaknya saya tetap izinkan. Yang muda kena hormati yang tua.

Ajaran agama yang isteri mesti utamakan suaminya saya rasa ikut keadaan & ketikanya. Jika kita beralah dalam bab ini rasanya tak ada salahnya. Sejak dulu saya fikirkan begitu.

Anak lelaki wajib menjaga ibu & ayahnya dlm keadaan sebegini mampukah!.

etomyam berkata...

salam,

tertarik dengan kisah tol tu...asyik2 customer yg kena tanggung kesilapan teknikal...aduhai

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

asalmualikum... singgah jap..
lama baca blog akak tapi tak de apa nak comment