Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

22 Mac 2011

Jadual Tidur Telah Bertukar

Payah juga hidup begini, tetiba sahaja aku menjadi pesakit insomnia, telah hampir sepurnama tak tahu apa yang kurindu apa pula yang kurisaukan. Selalunya selepas aku menonton TV sekitar jam 12:00 tengah malam, mata aku telah kelayuan. Tetapi kini tidak. Jam 2:00 pagi mataku masih segar bugar. Entah apa yang aku fikirin. Sampai ke minda aku mengenangkan rakanku si Ulan yang mungkir janji lagilah aku sukar tidur.

Natijahnya ujian terapi sakit kronik aku ada tiga perkara menjadi kritikal, pertamanya adalah tekanan darah tinggiku melonjak naik, keduanya glokus dalam badan tidak cair-cair tinggi menggila, kemudian berat badan jadi tambah membebankan. Boroi@Bunting Gajah.

Saranannya ada banyak di lamam sesawang; ada doa nan disyorkan, bersenam selalu, buat aktiviti lasak, terlalu banyak saranan.

Jika ilham itu dapat mengalir deras ketika dinihari mungkin menarik. Sepanjang tahun 2011 ini bila aku congak-congak dalam sebulan nak berkarya barang satu dua puisi pun agak payah. Cita-citaku untuk menerbitkan 1001 puisi nan indah mungkin sekadar tinggal harapan. Cumanya sejak seminggu dua ini jurnal aku yang ini nampaknya makin bertambah notanya; hampir setengah tahun aku hilang di dunia FB. Paling teruk bulan Januari & bulan Februari tahun ini. Ketika sibuk aku mahu buat persediaan majlis perkahwinan Afiz. Tidak sempat untuk aku membuka jurnal ini.

Pengunjung ke jurnal ini pun makin lengang, sehari sekitar 50 orang pengunjung sahaja berbanding dahulu terkadang sampai sekali ganda. Aku amat berharap akan dapat terus berceritera. Ada banyak lagi yang mahu kutulis, terutama tentang kehidupan & pengalaman diri. Aku berharap sangat jika aku tiada lagi, ketika itu untuk membukukan tulisan aku makin mudah. Banyak di luar negara sana ada syarikat penerbitan yang sudi membukukan tulisan di jurnal@blog janjinya kita kasi modalnya. Cuma takut blog ini ditutup tak dapat diakses lagi.

Pengalamanku di Geocities ada server lain yang sudi memindahkan bahan laman sesawangku ke server lain. Sekarang telah jadi begini URLnya

htt
p://www.reocities.com/idanradzi

Cuma tak dapat lagi secantik dulu sebab javanya aktif pun tidak dapat lagi ditambah atau di dikemaskini. Rasanya usia laman web ini telah lebih dari 20 tahun. Nombor telefonnya pun semua tak boleh digunapakai lagi. Kecuali nombor telefon rumah. Dahulu semuanya bikin sendiri tiada laman sesawang yang sedia ada bagai kini.

Adoi! bila memikirkan masalah insomnia ini tidak berakhir, takutnya nanti akan melarat menjadi bak jampuk siang berjaga malam terkelip-kelip matanya.

Ini antara saranan di dunia maya:

Jangan minum kopi atau teh 3 jam menjelang tidur. Baca buku sebelum tidur, jangan nonton.
Berdoa kepada Tuhan. Kalau sudah berkeluarga, berhubungan badan dengan pasangan.

Apalagi iyer?

Minum susu hangat, memejamkan mata sambil memikirkan hal-hal yang indah, atau baca buku yang anda tak suka atau membosankan.

Selamat mencuba!.


Khabar terkini.
Angah@Aziq dapat 9A 1B keputusan SPMnya

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

paksu ada buat ker semua yg disarankan oleh mereka tu...cuba pasu buat...terutama bersenam...mana tahu badan dh penat jadi paksu akan cepat mengantuk...

jlan sekitar 2 jam pn rasanya dh ok..xperlu nk senam berat2..

Tanpa Nama berkata...

tahniah sekali lagi buat afiq..