iDAN

03 September 2021

SEPI

tiada kata-kata
untuk kubentuk madah setia
lantaran awak bagaikan kekasih bisu
tak petah berkata biarpun kita lekat sembilu
berendam dengan air mata kian kaku

aku kian sesat
meredah geliisah di hutan sekam
penuh duri dan sunyi kusam
tiada bisik awak meniti tenteram
cinta kian terbuang bungkam

awak entah di mana
hilang lenyap melaram
senyap sepi bagaikan diam
kelam dan tak nampak bayang
mudahnya awak berlaku curang!

petualang!!!




Selagi Mahu

Ada segalanya
di sini
aku masih aku dulu
di sisi sepi
aku mencarimu
di mana mana
biarpun awak tiada
di impian murni.

Aku masih mahumu
di mana kamu!!!




21 Mei 2020

Risau Tentang Telaga



Kutipan buat telaga untuk negara yang miskin. Apakah masih perlu dan benar-benar membantu. Saya fikir perlu ada yang buat kerja senggara. Jika tiada cepatlah ianya pupus.

1. Rasanya buat telaga bukannya susah dan tak perlu modal besar kecuali pam.

2. Keperluan telaga hanya jangka masa pendek sebelum ada air paip.


3. Keperluan lain seperti mesin pam kosnya mahal juga.


4. Kenapa perlu banyak telaga dan kena tersusun rapi.

5. Telaga awam nak dikorek di mana perlu ada kelulusan.

6. Perlu bertutup dan sentiasa disenggara.






22 Februari 2020

Terkenang catatan lama

To: idanradzi@yahoo.com
Mar 31, 2000 at 7:00 AM

insyalahh, bile wani balik kl nanti wani cube le call..

From: idan radzi Subject: ada talian
Date: Wed, 29 Mar 2000 07:51:16 -0800 (PST)


kat lab abg dah ada talian telefon tapi agak pepetang baru abg ada di makmal dalam 5.00 ke 6.00 petang.

948 6101 ext 2054 (dah tiada sy di sini)
jaga diri baik-baik

wassalam

abg iDAN

" kenapa mesti pendamkan gejolak rasamu?... sesungguhnya segala masalah pasti ada penyelesaiannya"


FB DAH GILE DAN TAK SANTAI LAGI.

Rasanya bermain FB dah macam hampas. Tak macam dulu. Tak tahu di mana boleh santai dan berceritera.

Blog ni siapakah nak klik/ketik. Siapa nak bertukar cerita? Siapa nak bertanya khabar? Rasanya lagi sepi.



silap-silap aku bercakap sendiri!!!

05 Januari 2020

Hanya nama

Sukar juga kita nak faham, tiada cara untuk nak ramaikan pengikut. Itulah yang diamalkan oleh admin FB kini. Jika catatan itu telah kita nobatkan sebagai situs rasmi... terpaksa buat lagi akaun untuk tambah pengikut. Samalah keahlian. Ada had status tepu. Satu akaun hanya boleh kenal 5,000. Kecuali jika buat ruang situs sendiri, perlu buat status bebas tapi tetap dikawal!!! Ada sekitar 3 kelas situs; hanya satu situs bebas.

Maknanya bukan catatan bebas jika awak menulis di FB. Kena pula pilih status apa laman/situs yang dibina. Karut!!!




04 Januari 2020

FB Terusik


Aku memang aktif di FB dalam ruang KuCuiT tidak dengan ruang lain. Ada tak kena sebab ahli berkurang dan makin disekat tak bebas bersuara!!!

23 Jun 2018

20 Tahun berlalu

20 Tahun berlalu

Adakah masuk akal cucu tak ambil peduli tentang tanah pusaka Atoknya. Sedangkan dia menuntut hak tanah ayahnya satu geran dengan tanah pusaka Atoknya. Jika sekitar 10 tahun lalu katanya dia terpaksa bayar RM7,000 denda sebab tak bayar cukai; kini dah 20 tahun bukankah telah RM14,000 mungkin lebih. Sebab tanah tu sama luas; dua bahagian di satu geran bersama.


Kenyataannya kini anak saudaraku yang diamanahkan menjaga tanah ini bagaikan tak jelas masalah cukai tahunan tanah pusaka keluarga sebelah emak ini... Seperti ayahnya yang diamanahkan menjaga harta pusaka dulu, memang gagal. Lesap 3 ekar tanah pusaka. Takkan aku nak kata, anak dan ayah sama sahaja, memang amat melukakan!!!

Kelalaian abang kandungku yang diamanahkan menjaga tanah pusaka Apak, mengakibatkan ada tanah pusaka 3 ekar hilang. Pun bukan sedikit kena denda, belasan ribu ringgit terpaksa aku keluarkan untuk lunaskan hutang ini. Pewaris yang sayang dan inginkan harta pusaka Atok Radzi dan Opah Kamariah boleh menuntut setelah masalah dua geran yang masih tergantung.

Rasanya jika masalan tanah satu geran dengan Yot@Terok ini ada yang hilang hak milik, ianya amat kejam buat seorang insan... yang tahu status sebenar. Sanggup sembunyikan kedudukan geran yang dituntut; yang dia mahu selamatkan. Apatah lagi ianya satu geran yang dituntut, ada pertalian darah keluarga. Seorang cucu menuntut hak milik Opah yang telah diberikan kepada ayahnya, tapi abaikan hak milik Atok dalam geran bersama!!!.Memang ini amat menyakitkan.

"Cucu tak boleh menuntut geran milik Atoknya!!!" jawapan dari seorang cucu ini.

Habis tu takkan cucu ini tak boleh beritahu kepada anak-anak atau abang dan kakak saudara yang masih hidup masalah hak milik Atoknya. Sedangkan ramai anak-anak yang masih hidup. Takkan nak tunggu sekitar dua pulul tahun baru semua ini terbongkar!!!???

Kini timbul persoalan, tanah yang dituntut itu milik siapa asalnya, ianya sahih milik Bonda. Opah Kamariah. Sebagai anak apakah aku sanggup biarkan tanah Bondaku yang telah diambil kuasa terbiar!!!. Takkan tak tahu siapa yang diamanahkan menjaga tanah ini, membayar cukainya.

Sedar tak sedar memang telah hilang tiga ekar tanah milik ayah telah hilang hak milik sebab abang kandungku; dan kini sikap tidak prihatin anaknya MUNGKIN dua setengah ekar lebih tanah Bondaku pula habis hilang. Padahal aku yakin jika tanah Yot selamat ketika anak saudaraku menuntut haknya dah pasti tanah pusaka milik Apak (telah diambil kuasa asalnya milik Emak) ini boleh diselamatkan, sebab iaya satu geran takkan tak perasan ianya milik juga milik Atok bukan milik Yot persendirian. Jika cucu ini tak mampu membayar cukai tanah yang tertunggak milik Yot (ayahnya) dan Atok kenapa tidak diberitahu kepada anak-anak Atok; mungkin aku atau anak-anak dan waris mampu membayar.

Saya berharap catatan ini mendapat perhatian Waris Md Sesh. Baru dua hari ini aku sedar akan sikap cucu seorang ini yang amat rasis. Tak tahu apa terjadi dengan tanah Apak ini. Jika lantaran sikap rasis atau endah tak endah akan harta Atok oleh seorang cucu, apa ertinya dia menuntut harta atau hak milik yang asalnya milik Arwah Emakku yang diamanah kepada ayahnya.

Bila sebut apa terjadi dengan tanah Arwah Apak yang satu geran dengan Yot, cucu yang ini beriyer-iyer kata dia tak boleh ambil tahu; memang pihak Pejabat Tanah cakapkan.

Aku amat bungkam dan jauh dalam hatiku ini amat rasa tragis dan tidak dapat terima kejadian begini; Jika sengaja bersikap rasis dan sanggup cucu ini abaikan atau biarkan harta Ayahku yang memang Atoknya terkorban bagaimana boleh aku halalkan seorang cucu memiliki harta yang asal milik Bonda kandungku!!!.

Roh Arwah Emak pasti dengar rasa hatiku ini, hidup kita akan mati. Bagaimana hartanya kini jadi masalah. Mana ada kehidupan yang kekal!!! Di dunia iyer siapa saja boleh memiliki harta dunia; di akhirat nanti pasti ianya akan diperhitungkan bagaimana ianya dimiliki dan apa cacat celanya tatkala ianya dimiliki. Kita sama di sana nanti!!!.




Masuk hari kedua:

Sudah tukar ceritaranya!!!

Setelah semua ini kecoh, kakak kandungku masuk campur; aku selidik melalui adik cucu yang pelik ini. Perkara ini jadi lain ceritanya. Ianya mungkin ikut ceritera yang aku lalui bilamana aku uruskan sebahagian tanah pusaka Apak.

Aku memang hargai sikap akakku Kak Nomie, dia pun pasti rasa seperti aku, cucu sulong yang pelik ini harus sedar akan kesilapannya; jika benarlah tak cukup maklumat dengan krisis tanah sekitar 20 tahun ini; baiklah jangan turut atau masuk campur. Jangan pukul tak tahu dan mengeruhkan keadaan. Apatah bila aku dan Kak Nomie persoalkan hak milik Atok Radzi.

Seperti bila aku tanya bagaimana dengan hak milik Atok Radzi, bukankah mudah kata cucu pelik ini katakan saja telah ditebus dengan RM7,000 itu termasuk bahagian Yot ayahnya. (Betul agaknya begitu separuh bahagian Yot ayah separuh bahagian Atok Radzi.  atau bagaimana tunjuklah dalam resit bayaran cukai... atau bagaimana?)

Adakah perlu kena pergi ke Pejabat Tanah.. kena rujuk di sana. Sedangkan telah dibayar termasuk dalam RM7,000 itu (mungkin). Itu mungkin aku pasti semasa berbincang dengan cucu Atok Radzi yang lagi seorang.

Nak buat apa waris Atok Radzi ke pejabat tanah; Masalah pembahagian tanah Yot dan anak-anak tentunya kami tak elok masuk campur. Tidak melibatkan bahagian kami sebagai waris Atok Radzi.

Tanah Atok pula memang sebaiknya milik Yot sebab satu geran berdekatan untuk anak-anak pantau. TAPI bila jika dihitung jumlah keluasan tanah tu memang tidak adil semuanya milik waris Yot; besar sangat weh dengan hak asasi waris Atok Radzi. Ini kena kita rujuk kepada yang arif pasal pembahagian tanah pusaka. Baitulmal contohnya.

Setahuku jika nak masuk nama dalam geran pasti kena kasi tahu berapa jumlahnya; malahan semua waris dalam geran yang mahu dipecah lot itu perlu tahu; Semua waris Yot kena tahu. Kalau perlu kena hadir sama atau tanda tangan persetujuan

Bahagian Apak pun sama, semua waris kena tahu atau hadir atau ada surat kebenaran, jika nak pecah lot atau apa jua cadangan tentang tanahnya. Mana boleh lepas tangan bersikap tak mahu ambil tahu.Apa lagi kes Yot yang telah tiada.

Ini kena rujuk kepada yang arif bab pembahagian tanah pun mereka tahu.

SEKARANG kan jelas sewaktu buat tebusan tanah Yot tempoh hari; patutnya kasi tahu juga waris Yot serta waris Apak apa yang berlaku sebab ianya satu geran dengan Yot & Apak. A sampai Z bukan main endah tak endah, entah iyer atau tidak dan berahsia, sebab tanah pusaka adalah milik bersama kepada ramai yang berhak!!! ingat tu.

Nyatakan juga berapa wang telah dihabis agar boleh kongsi bersama dengan pewaris; jelaskan atau bayar bersama, ngapa pula bising aku bayar atau perabis duit wang wang wang tak kena tu. Kecuali rasa ikhlas mahu tanggung sendiri; waktu ianya pecah lot atau hak milik bersama mahu dihitam putihkan.

Tanah Atok Radzi masih DUA lot atau dua geran tak usai; dua lot atau geran lagi antara pewaris tak pasti. Jumlah wang ianya ditebus memang banyak bukan RM7,000 lebih dari itu aduhai cucu pelik seorang ni. Ianya boleh dituntut tatkala ambil kuasa nanti.

Sekitar belasan RM tapi tak sampailah RM20,000 harap-harap macam tu jumlahnya di pihak paksu. Jumlah orang yang berhak memiliki harta tanah Apak@Md Sesh pun paksu tak pasti lagi, mungkin 11, 10, 9 orang dah pasti; kena rujuk jika urusan hak milik tanah ini nanti. 


Nota: Satu lagi yang patut diambil berat tentang Bil Cukai Tahunan. Sepatutnya nama  ayah didahulukan bukan nama anak. Maksudnya nama Apak@Atok Radzi bukan Yot@Baharuddin pada Bil Cukai Tahunan jika mahu disatukan bil atau buat saja dua bil bagi memudahkan pewaris.

Tunggu!!!

22 Mei 2018

iDANRADZi kini OKU

Dah masuk bulan yang keempat sy dah jadi OKU. Sebelah badan kanan hilang upaya sebab strok pada 10.2.2018.

Sy hanya duduk rumah dan kalau nak kontak sy guna talian 03 87371884. Di internet sy hanya masuk FB dalam laman sy KuCuiT. Sy tak rapat dengan wsapp.


06 Januari 2018

Catatan Ella Syasdhia

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah bakal terbit tak lama lagi...
DIA SETAJAM KAKTUS
Blurb

Nama aku Ummu Aiman atau mesra digelar Iman. Aku sebatang kara yang menumpang kasih Muhammad, lelaki yang aku sayang.

Memang untung dapat lelaki segak berkaca mata yang diminati ramai walau Muhammad tak segak mana pun. Mungkin sebab kaca mata membuatkan Muhammad matang dan bergaya. Tapi satu benda yang orang tak tahu mengenai dia.

Dia tak romantik. Tak apa... Aku tak kisah pun tapi dia seorang yang berhati keras. Senyumannya manis tapi harganya mengalahkan mahal sejongkong emas.

Susah nak tengok! Seorang yang kepala batu. Nak aku ikut cakap dia tapi cakap aku? Tak pakai langsung! Mulut dia asid. Setajam kaktus walau itu pokok kesukaan aku. Padan sangatlah tu.

Kisah bermula bila selepas arwah abah angkat aku meninggal, aku jumpa seorang bayi yang hanya dibaluti kain batik lusuh di dalam kotak yang tertera logo sabun pencuci baju keluaran syarikat Muhammad. Fikiran dah fikir bukan-bukan. Tak sanggup aku kalau itu anak Muhammad.

Anak siapa? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni juga diletakkan depan pintu rumah aku?

................

Nanti saya akan up teaser. Sudi-sudilah baca ya...

Facebook Penulis: Ella Syasdhia.
#diasetajamkaktus
#penulisbaru
#ellasyasdhia
#novelpertama

24 April 2017

Jutawan iDANRADZi.



Udah lama sangat Sijil Simpanan Premium (SSP) aku tak menang. Ada beberapa kali dapat hadiah berupa SSP sekitar RM300. Sijil milik Mila pun pernah dapat mini kompo juga SSP.

Aku pun tak pasti berapa banyak aku simpan SSP ini; yang aku tebus pun banyak juga. Semua duit BR1M dua kali aku dapat semuanya aku tukar ke SSP di Bank Simpanan Nasional. Agar membiak!.



Sejarah BR1M... awal diperkenalkan aku layak sebab geng Abg Najib tak dapat kesan Mila di mana. Bila masuk ke fasa BR1M3 udah sangkut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tolak permohonan BR1M aku dengan alasan tak dapat mengesan isteri aku Mila ini siapa pun kerja di mana (emm... PATI agaknya, Aku tak pernah berbohong tulis nama & Mykad Mila dalam tulisan rumi; bukan tulisan Benggali) tahun ke empat BR1M4 ada staf LHDN geng Abg Najib ini telefon Mila nak sumbat suaminya aku ke dalam lokap. Sebab katanya aku kasi maklumat palsu; sebabnya aku tak tulis status perkahwinan... berkahwin. Moralnya jika udah memang tak dapat kesan Mila dalam permohonan sebelum ini; apa perlunya nak tulis maklumat Mila dalam permohonan yang terkini.

Isunya elaun bersara aku cumalah sekitar RM1,000. Manalah nak cukup hidup berkeluarga. Sebab itulah aku memohon BR1M; aku baca berita pun ada ratusan juta RM... BR1M tidak diagihkan. Jika LHDH tolak permohonan BR1M aku sebelum ini, lojiknya Mila kenalah kasi BR1M kepada aku; untuk aku bayar pelbagai cukai yang terus naik, juga GST yang kini tetiba ujud 6%; pencen cuma naik 2%. Nampak sangat ini satu penganiaya. Bukan aku nak joli.

Sepanjang hayat aku memang tak pernah pun tahu berapa gaji Mila. Bertanya pun tak pernah sebab aku tahu ianya isu teramat sensitif buat Mila. Bonos Mila lagilah aku tak tahu. Melalui BR1M dapatlah congak rupanya Mila tu seorang yang kaya raya. Baru tahu. Cumanya Mila berkerja sekitar dua tahun sahaja lagi.

Agar sesiapa yang terbaca nota ini doakanlah aku menang hadiah lebih besar dalam cabutan SSP setiap hujung bulan. Manalah tahu atas doa dari kalangan 12,595 rakan/ahli KuCuiT satu hari nanti aku akan jadi jutawan. Seronoknya berangan!.

#KuCuiT

20 April 2017

Cara Menanam Durian Montong Agar Cepat Berbuah



Cara menanam durian montong agar cepat berbuah itu cukup mudah - Rasanya sedikit sekali yang tidak menyukai buah yang satu ini. Selain karena rasanya yang legit nan lezat, buah durian juga memiliki aroma yang khas. Banyaknya jenis durian membuat penikmatnya semakin senang berburu buah berduri yang satu ini. Namun tetap saja durian montong masih menjadi salah satu jenis durian yang menjadi primadona. Dagingnya yang tebal dan rasanya yang tidak diragukan lagi ini, membuat orang semakin banyak membudidayakannya untuk mendapat keuntungan. Karena hal tersebut tidak mengherankan jika banyak pembudidaya yang mencari cara menanam durian montong agar cepat berbuah.




Banyaknya pembudidaya durian montong membuat anda harus pintar-pintar memilih dan menentukan cara menanam durian montong agar cepat berbuah, dan memiliki buah yang maksimal. Berikut adalah cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang sebaiknya anda lakukan jika akan menanam durian ini, dan tidak terlalu lama menunggu untuk menikmati buahnya. Hasil buahnya juga bagus dan tidak mengecewakan.

Pemilihan Bibit

Cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang pertama ini harus sangat anda perhatikan. Pilihlah bibit yang bagus. Bibit merupakan elemen yang sangat penting untuk menentukan, apakah pohon durian anda akan cepat berbuah atau tidak. Namun jika anda memiliki kemampuan khusus, sebaiknya anda melakukan pembibitan sendiri bukan membeli bibit yang sudah jadi.

Menyiapkan Media Tanam

Hal ini juga menentukan sebagai salah cara menanam durian montong agar cepat berbuah. Perhatikan tempat anda menanam pohon durian anda mulai dari tanah, pH asam dan basa tanah, pengairan, jadwal menanam hingga menetapkan luas area penanaman.

Bersihkan dahulu lahan yang akan anda tanami pohon durian sebelumnya. Singkirkan batu-batu dan tanaman-tanaman lain yang akan mengganggu pertumbuhan pohon durian montong anda.

Membuat Bedengan

Tanah yang akan anda jadikan bedengan harus anda cangkul sedalam kurang lebih 30 cm, dan menjadikan tanahnya menjadi gembur. Campur tanah yang sudah anda cangkul tersebut dengan kompos dan pasir yang sudah anda persiapkan sebelumnya. Untuk bendengan dengan ukuran lebar 1 m dan panjang 2 m, berikan pupuk kompos sebanyak 5 kg dan pasir juga sebanyak 5 kg. Biarkan tanah tersebut tercampur selama satu minggu dan semprot dengan basamid untuk mencegah timbulnya bakteri dan jamur.

Perhatikan Jarak Antar Tanaman

Jarak yang paling sering digunakan untuk membudidayakan durian montong adalah sekitar 10 hingga 12 meter. Jarak ini akan berpengaruh penting jika pohon durian sudah besar dan akan berbuah.

Cara Menanam yang Benar

Setelah bibit sudah dianggap cukup untuk ditanam di lahan perkebunan dengan tinggi sekitar 75 hingga 150 cm, cara menanam menentukan buah yang akan dihasilkan. Caranya adalah dengan membuka polybag bibit dengan hati-hati, dan masukan bibit ke dalam lubang yang telah digali sampai batas leher. Tutupi pangkal bibit dengan jerami atau rumput kering, lalu siram dengan air. Berikan naungan untuk melindungi bibit yang baru ditanam agar tidak kering dan mati.

Pemeliharaan Pohon Durian Montong




Lakukan penyiangan untuk menghindari persaingan, pemangkasan dan pemupukan. Pada tahap awal, buatlah selokan kecil untuk meletakkan pupuk dan tutup kembali selokan. Jenis pupuk yang digunakan adalah pupuk buatan, pupuk kompos atau kandang dan pupuk hijau. Setelah tiga bulan, berikan pupuk NPK sebanyak 200 gram per pohon. Setahun sekali berikan pupuk kandang.

Itulah beberapa cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang bisa anda lakukan. Selamat mencoba dan semoga penanaman durian montong anda sukses.

17 April 2017

Solat Sunat Rawatib


Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak




Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB

1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).


2. Niat Solat Rawatib:

a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)



Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).



Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1: Surah al-Kafirun
Rakaat 2: Al-Ikhlas
.
Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad. Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.


Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelumZuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.” Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.