iDAN

20 Jun 2010

Sotong Kemaman ♥ 3 (Singgahsana)


terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut



Mila & Azim tersenyum di jeti yang sepi!
mana perginya nelayan Memaman ni?.
Ikan Termenong

Unjam pertama kami sampai banyak terdapat ikan kembung yang saiznya agak besar, orang kampungku panggil ikan kembung ini adalah Ikan Termenong (dari perkataan termenung! tenguk wajah ikan ini memang ianya nampak macam susah hati sahaja). Tak macam di laut lain yang pernah aku pergi, saiz yang besar ini tentunya menaikkan semangat pagi pengail seperti Sulhan yang jarang ke laut. Pak ya pun apa kurang rajin amat bermain Apollo. Hanya bergantungkan mengguna Apollo agak banyak juga kami dapat menaikkan ikan termenong ini. Sulhan seperti Zidin pun Pak Ya amat aktif memancing; aku bagaikan Ijam tak boleh bergerak pantas di bot. Cuma terduduk di bahagian belakang bot. Ijam mabuk laut, aku pula darah & gula@glukos ketika ini melambung naik; pening lalatlah.

Aku perasan Ijam sedari awal telah kena sergahan mabuk laut. Biar pun Ijam orang Machang tetapi dia bukan kaki pancing, memang tak pernah ke laut dalam ikut nelayan. Fairuz & Fareez aku lihat makin giat menghayutkan umpan hidup untuk melamar Sang Tenggiri. PakDol yang menyerahkan kemudi kepada Ayah Ngah menurun juraian Apollo buatan sendiri cuma menggunakan koyan ke laut dalam. Panjang banget Apollonya.

Di mana jua aku pergi, baik di Sedili mahu pun Penyabong nelayan lazimnya menggunakan koyan sahaja, jarang amat aku temui mereka menggunakan kekili atau joran termahal di pasaran.

Fareez pun telah pandai membuat Apollo sendiri. Di samping memancing menggunakan Apollo Faruz & Fareez menunggu sambaran Sang Tenggiri. Tak sampai sejam aku lihat Fareez mengarahkan semua menaikkan joran & mata kail masing-masing. Tak pasti ikan apa yang menyambar umpan hidupnya. Dia bergelut beberapa minit, sungguh ikan besar dari riak yang kami nampak. Malangnya belum pun sempat kami melihat kelibatnya; tali mata kailnya terputus.

"Besar ikannya!... terlepas!" Fareez mengeluh!.

Mentari baru nak tersenyum kami telah meninggalkan jeti di Kemaman.

Sesekali kami dapat naikkan Ikan Uji Rashid, memang besar ikan-ikan karang di laut dalam Kemaman. Dapat seekor dua pun telan dirasakan kepuasan. Seekor ikan orang kata telah lepas sepinggan nasi. Sebut Ikan Uji Rashid aku teringat akan arwah Apak, sejak Uji Rashod & Hail Amir popular di radio; lagunya amat menambat jiwa lara makan ikan yang mata besar telah berubah nama Ikan Uji Rashid; ada yang panggil ikan Lolong rona merah. Arwah Apak pun tak sebut nama ikan sebenar lagi, kalau dia berjual di kedai runcit pasti ada sahaja bertanya.

"Pak Mat berapa sekati Ikan Uji Rashid ini" Uji ooo Uji.

Bukan ikan Lolong sahaja, apa sahaja ikan yang bermata besar habis dipanggil Ikan Uji Rashid. Besar sangatkah mata Uji Rashid. Isk! peminat kita orang Melayu memang fanatik betul. Samalah bila Siti pakai tudung dah timbul nama Tudung Siti Norhaliza.

Besar sangatkah mata Uji Rashid ini?

- bersambung