iDAN

19 April 2011

Sesak hampir sejam Husna bakal jadi Ibu




Awal pagi aku dikejutkan dengan berita petanda Husna akan melahirkan cahaya mata. Hujan rintk-rintik. Anif tak ke sekolah lagi.

"Nak ke hospital mana Mie?" aku panggil Husna... Mie.

"Entahlah ayah!"

"Mie kata suka bersalin di Hospital Serdang kan?" aku pun terus meredah kesesakan kenderaan; Dari rumah sekitar 7:15 pagi memang waktu puncak. Pengalaman aku buat kajian trafik selama lebih dari 3 tahun. 6:45 pagi kenderaan telah sesak di semua jalan raya.

Dari Jenaris lagi kenderaan padat amat; sangkut di lampu isyarat hampir sepuluh minit. Sampai sekolah Anif ngam-ngam waktunya pintu pagar masih dibuka. Mungkin sebab hari hujan maka tak diambil nama. Dari Saujana Impian ke Sungai Chua pergerakan trafik lancar; sampai sahaja di Sungai Ramal Luar; Huh! apa yang aku risau berlaku.

"Sakit tak Mie?"

"Okey kut! cuma rasa sakit pinggang!" petanda anak mahu lahir semakin deras; basah surat khabar yang dilapik. Air ketuban telah keluar. Mila sebelah depan bercerita pengalaman dia melahirkan cahaya mata kami empat orang itu.

Trafik bergerak amat perlahan; setahu aku Jenaris ke Hospital Sedang sekitar 15 minit sahaja; sekarang telah dekat jam 8:00 pagi. Huh! 45 minit kami terperangkap.

"Pujuk bayi agar jangan keluar cepat!" Mila bersuara; Husna terduduk lesu.

Jika mahu ke Hospital Kajang memang dekat dari rumahku; tapi suasana di hospitalnya memang padat, jika boleh biarlah Husna dapat bersalin di kelas dua.

Sekitar 8:15 pagi baru kami sampai di muka pintu Wad Bersalin; tak seramai mana orang; ada sekitar 10 orang menunggu kelahiran bayi, ada yang masih stabil keluar masuk Bilik Rawat Awal. Di papan kenyataan ada sekitar 8 orang di Bilik Bersalin. Baru 3 orang bayi dilahirkan hari ini.

Husna terus dibawa ke bilik rawatan awal; lama kami di luar menunggu hampir dua jam baru tahu keputusannya.

"Kena tahan di wad tapi semua katil hospital ini penuh" tentunya wad Kelas Dua atau Kelas Tiga, takkan wad kelas satu pun penuh. Kami pun tak bercadang nak Husna bersalin di Kelas Satu. Andai memang tiada pilihan tak jadi masalah.

"Kata doktor mungkin kena hantar ke Hospital Kajang"

"Ish! takkan Afiz & Mie kena patah balik ke Kajang" sungutku.

Sekitar jam 11:00 pagi baru Husna dapat kata putus, lantaran Kelas Dua telah penuh mereka tambah katil di wad tiga. Nak jaga orang Kelas Dua punya prioritilah agaknya.

Bayaran untuk Kelas Tiga memang jauh lebih murah dari Kelas dua; Kelas dua sekitar RM300 jika Bersalin Biasa. Bersalin sekitar RM150 sahaja masuk kos bermalam di wad segala rasanya cukup dalam RM300. Sebilik Kelas Dua sekitar 4 0rang sebilik. Bagiku sama sahaja layanannya. Lagi nampak lapang & luas Kelas Tiga lantaran sekitar 6 orang di satu ruang. Yang penting bersalin dengan selamat.

Aku terkejut juga zaman sekarang masih ada Kelas Ketiga lagi. Sementelah Hospital Serdang memang nampak canggih. Bagiku bab bersalin ni kita telah jadi negara maju kena ikutlah cara negara maju. Setahu aku di negara maju semuanya percuma; siap kasi susu percuma untuk bayi. Jadi masalah kelas tidak timbul.

Bilik untuk bersalin ada 8 buah. Memang semuanya penuh. Ramai yang telah mengalir air ketuban dipaksa balik. Bersedia dari rumah. Jika berterusan sakit baru kena berkejar ke hospital. Huh! amat membahayakan ibu yang bakal bersalin.

Pastinya bila pihak Hospital Serdang telefon ke Hospital Kajang ceriteranya sama. Penuhlah tu. Sekitar 11:30 pagi Husna telah diberikan pakaian seragam warna merah jambu. Siap ada gelang tangan petanda telah pasti dia akan bersalin di Hospital Serdang.

Ada dalam tiga empat keluarga mengiringi waris mahu bersalin aku berbual. Masing-masing mengeluh. Apatah lagi bila anak sulung. Risau tak ada lagi pengalaman bersalin.

"Tak apa Nyonya nanti kalau anaknya sakit datang saja, kena berlakon kata sakit tak tahan; biar doktor kasi masuk wad pasti ada cara mahu bayi cepat bersalinnya." dia cerita anaknya pun sama Husna terbuka sedikit sahaja rahimnya. Air ketuban telah keluar.

Bila air ketuban telah kering sidrom bayi lemas memang boleh berlaku. Ah! aku bukan pakar sakit puan maka titik.

Hingga kini 12.30 tengah malam aku masih risau akan keadaan Husna di sana; tak siapa dibenarkan menunggu di dalam wad. Afiz pula hari ini dia berkerja shif petang ke malam, dia tak mengesahkan telah berumah tangga kepada majikannya di TESCO, sebab kasi tahu sudah berumah tangga sahaja mereka tak ditawar kerja; banyak dia memohon kerja ceriteranya begitu. Termasuklah banyak Petrol Pam. Apa motifnya? Apakah risau nak kasi kebajikan buat isteri & anak-anak? Nak jimatkan kos bayaran gaji & kebajikan perkerjalah gamaknya. Huh!.

- bersambung

Sepanjang hari ini Selasa 19.4.11... aku atau Afiz akan berada di Hospital Serdang kontak aku jika mahu kita berbual panjang; waktu melawat jam 12:00 tgh hari hingga 2:30 ptg. Serta 4:30 ptg hingga 7:30 malam. Talian 016 909 4343 insyaAllah akan dibuka.

♥♥♥♥♥♥
Buat Siti anak Kak Nomie:
12:45 tengah hari dari wad 5F di bawa ke bilik bersalin; 1:15 tengah hari Paksu telefon Afiz dia masih tunggu doktor panggil masuk ke bilik bersalin tingkat 2. Di Hospital Serdang suami dibenarkan bersama isteri ketika bersalin. 1:30 yengah hari cuba dail no. tel Kak Nomie (emaknya) tak dapat talian hanya dapat talian Abg Ali (ayahnya) 1:45 tengah hari Maksu telefon bertanya akan panggilan Paksu yg dia tak jawab... kasi tahu Husna telah tiba masanya nana bersalin... 1:58 tengah hari masih tunggu deringan telefon Afiz...

Semalam 7:00 malam baru sampai ke Wad5 katil P 01
bayangkan resahnya hati... sejak sekitar jam 1:00 tengah hari
di bilik bersalin
Husna banyak turun darah
terpaksa pakai Vacuum
lonjong sikit kepala bayinya.
Jumpa Atoknya bayi terus nangis
tapi suka amat menjeling bayinya
kulit cantik rambut lebat.
Pun dia ambik lesung pipit Paksunya Azim.

Bermakna Husna masih ada di Hospital Serdang sampai esok Khamis 21.4.11
petang atau malam baru balik.

Hospital Serdang
Wad 5F katil P 01

Tadi Liza & Linda datang melawat... Paksunya tak sempat jumpa mereka

Semalam 9:45 malam
aku ni jenis tak percaya amat bab temuni ini; nak tanam dengan apa
tapi suka mencuba
si Aziq dulu segala barangan komputer aku tanam bersama temuninya
dah besar memang pakar komputer
& pintar amat bab ICT.

Minggu ni dapat surat
dia dapat anugerah pelajar terbaik dalam
pencapaian peratus SPM
(CGPA)
biar tak dapat 10A tapi dia
dapat atasi peratusnya pelajar 10A tersebut
sebab 9Anya kebanyakannya A+

Yang cucu ini pula aku telah tanamkan temuninya bersama pelbagai jenis haruman
dari lebih 7 jenis haruman bunga & pelbagai haruman kusembur
siap pasang lilin sampai larut malam di pusara temuninya
(kitab tak suruh pun)
emm! dapat menduga lelaki atau perempuan...