![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5Nnx35p05uxeY6atpamqbRTT4US17vzYkC1lVCpePPDr1Bk-O5DRZMMzVynC9SMdVpcOGaT6LSQLpvrlJ1fjef4ScbThglRbmbnAjDVXlA46bjSJHWRmS3jQRp2x69pKCIYEU/s320/rumahrasul1.jpg)
"Kalau boleh anak Apak tak mahu kerja di dua bidang ini; Ketenteraan@Askar & Polis!" aku masih ingat pesanan arwah Apak kepada kami. Hingga kini aku tidak dapat menangkap kenapa arwah Apak tak suka anak-anaknya berkerja di bidang ini.
Pernah berlaku dia aku lihat amat marah dengan anak saudara Abg Jaapor lantaran mengizinkan anaknya menjadi askar. Aku lihat Abg Jaapor tunduk tak menjawab. Macam-macam bebelannya lantaran dia memang benci amat bidang ini.
Aku pernah mendengar cerita semasa arwah Apak dikerah menjadi askar di zaman British; Home Guard/AC - Bekas tentera anak watan yang dilantik khas menjaga keselamatan daerah sendiri ketika zaman British. Arwah Apak lari dari tugasnya. Bukan minat & bidang kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Arwah Mak kata dia menyorok di siling rumah. Tak hairan semua orang kampung menggelar arwah Apak Mat Sesh; selalu sahaja mengamuk lantaran naik seh. Maka itu nama Lorong ke rumah aku dinamakan Lorong Sesh sempena nama arwah Apak.
"Kalau anak kita mati ketika masuk hujan nak cari kominis, berapa sangat ganjaran yang kita dapat!, kita yang terpaksa menjaga menantu & cucu. Pencen askar banyak mana sangat!" zaman dulu memang pencen askar amat kecik.
"Dah tu bila adanya selalu di rumah, asyik kena tukar sana sini, anak pun tak kenal ayah!". memang benar, sering askar ini ditugaskan merata. Tau-tau nun ditukar ke Sabah atau Sarawak; amat susah nak bercuti jika ada kenduri kendara saudara mara. Sering pula tak boleh bawa keluarga bersama. Zaman dulu tak banyak rumah kerajaan untuk menampung keluarga parajurit ini.
Samalah anggota Polis, sampai kini aku lihat si Noi adikku (lain emak satu ayah) yang berkahwin dengan anggota Polis masih berstatus PJJ; suami entah bila balik ke rumah jarak antara mereka ratusan kilometer. Gaji anggota Polis hanya kini baru baru dinaikkan agak lumayan; dengan ganjaran yang amat minima maka bagaimana mahu menampung belanja anak-anak terpaksa isteri berkerja untuk menampung kehidupan untuk lebih selesa. Bila isteri telah berkerja bukan mudah untuk bertukar tempat berkerja. Terpaksa memilih berumah tangga secara PJJ.
Kita sebagai suami isteri memang reda sahaja demi mahukan ekonomi yang lebih stabil & kukuh. Tetapi sedar tak sedar pasti anak-anak menjadi mangsa. Kasih sayang terhadap anak-anak takkan sama dapat dicurahkan dengan pasangan biasa yang tinggal sebumbung.
Selalunya pasangan PJJ akan berkata kalau tinggal sebumbung pun tak semestinya dapat dicurahkan sepenuhnya kasih sayang dengan anak-anak. Memang kita sering berfikiran begini apabila kita sendiri telah tersepit dengan situasi PJJ ini. Jarang kita ambik iktibar bagaimana keluarga Rasulullah, lihat rumahnya Rasulullah kita, baginda ramai isteri pun buat rumah yang rapat agar menjadi rumah tangga yang sakinah. Sedangkan kita satu bini nak rumah dua berasingan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQe342LFBhTOpr_oyFbMeW24N1lUCzr-zY53RbVCNmqUuej_hwNl1dF7ONqMAIfap5v3Me8_B4BHzE58vur3Z24-OGzfEYJpb9U544tmIAWe9Fjlv5MMwUV8JQkUpvISUU_M16/s320/rumah-rasulullah.jpg)
- bersambung!