iDAN

17 Oktober 2008

MMms 17 Hayalan & Impian (Singgahsana)

Aku beralih dudukku, bersebelahan dengan suami berkulit putih yang membawa bayi yang baru lahir. Isterinya nampak penat lantaran tentunya masih dalam pantang. " Anak sulung ke ni, apa sakitnya? " Aku bersuara. " Haa ahh anak sulung. Asalnya demam kuning, nampaknya sudah pulih tapi doktor mahu membuat rawatan susulan, lagipun tiap malam asyik menangis sahaja " " Bersalinnya kat mana? " " Memang di hospital ini " " Lambat sangat kan?... kena menunggu! saya perasan tadi adik ini di depan saya pagi tadi!.. Nak panggil apa iya namanya? " " Fazli.. " ... " Memang sudah rasa tak larat lagi menunggu ini, 9:00 pagi saya sudah sampai " " Ada dua bilik kosong, elok suruh orang rumahnya bawa anaknya berihat dalam bilik tu " " Tak apalah kot ada orang lain lebih tenat! " " Rumahnya Fazli kat mana iyer! " " Shah Alam, abg sakit apa? " " Sakit orang tua, asalnya doktor syak ada batu karang dalam buah pinggang, melarat ke darah tinggi, hari ini sampai 180/120 lebih tu yang doktor kata kena duduk wad, kena hantar dengan ambulan tadi! " " Orang rumah saya pun pernah kena sakit batu karang dalam buah pinggang, memang sakit bila kena serang, kasihan tenguknya ! " " Habis sekarang macamana? " " Nampaknya macam okeylah setelah dipecahkan dengan cahaya laser tu! " " Itulah pasal, kes saya masih awal sudah buat X-ray tak nampak pun batu karang tu, tengah tunggu giliran untuk buat rawatan ultra sound ... " " Kena buat ujian tu di sini ke? " " Tak! kena buat ujian kat Hospital Kajang .. kes buah pinggang saya Hospital Kajang yang merawat.. Sejak November tahun lalu " Lim Apek 2025 nampak lebih gelisah, kejap-kejap membuka pintu doktor. Sambil memberui isyarat tangan; tiada!. Aku nampak ada seorang bagai orang berpengaruh di Hospital Serdang ini. Bersama dengan beberapa lelaki yang memakai tali leher. Semua pesakit bertumpu ke arah perempuan berbangsa cina yang nampak berpengaruh itu. Mungkin dia ketua doktor, entahlah. Tapi ramai Pembantu Perubatan yang nampak diarahkan menyemput pesakit yang tenat di bawa ke bilik rawatan kecemasan melalui pintu berkunci tempat aku sesat waktu Zuhur tadi. Termasuk adik yang kena denggi, warga Indonesia & beberapa orang lagi. Tapi warga Bangla masih tunduk rapat di depan tiang dekat pintgu bilik doktor. Fazli juga bangun bersama isterinya & cahayamatanya. Menuju ke arah mereka yang dibawa Pembantu Kesihatan. Lim Apek 2025 & kekawannya yang rancak berbual kembali bising. Aku duduk berdekatan dengan kumpulan mereka. Sempat berbual dengan pasangan yang kira sudah berpencen. Dari bualanku dia menyatakan, Hospital Putrajaya pun lambat juga layanannya. Tapi Hospital Serdang ini katanya lagi teruk. Suami yang membawa anak perempuannya berpakaian seragam sekolah, meminta diri. Katanya isterinya yang ke Serawak telah sampai di KLIA. Malam nantilah dia akan datang semula membawa anaknya. Lim Apek 2025 bising sampai nak ngadu ke wakil rakyat. Dia kata dia kenal rapat dengan entah siapa nama Datuk yang disebutnya. Sekitar jam 6:00 petang barulah angka giliran bergerak. Dalam masa yang sama pesakit makin bertambah. Aku rancak berbual dengan Abang Rustam ( Bukan nama sebenar). Dia sakit bengkak di kaki kirinya. Asalnya gatakl biasa sahaja. Melarat begitu cepat. Tumbuh bintat-bintat bagaikan bisul. Dia berkerja sebagai pemandu pengangkutan di kilang Jepun di Puchong. Payah sangat mendapat cuti. Terkadang hari raya pun katanya kena berkerja. Nampak ceria wajah Lim Apek 2025 bila nombor 2024 di panggil. " Haiyaa... satu hari mahu tunggu baru dapat jumpa doktor! " Dia bersuara & masuk berjumpa doktor. Waktu yang sama pemuda gempal berkaca mata juga dipanggil doktor. Mesti doktor dari Pusat Rawatan UPM ramai yang telah bertugas. Barulah agak lancar rawatan yang diberikan. Namun pesakit makin bertambah, aku nampak seorang lelaki yang disorong dengan kerusi roda, tangan berbalut dengan kain penuh darah. Macam terputus sahaja. Semasa Abang Rustam menerima rawatan, pemuda gempal berkaca mata keluar & duduk di sebelahku. Dari bualan aku dengannya. Sakitnya bagaikan sama dengan abang kandungnya. " Subuh tadi bila saya nak nimum... tetiba sahaja air keluar dari mulut. Terasa sakit rahang kiri ini & hirut. " " Apa kata doktor tadi " " Dia kata harap-harap tidak melibat sakit rahang yang serius & dia telah panggil doktor pakar. Kena jumpa doktor pakar rahang baru tahu sakitnya. Saya rasa sudah tidak sabar tadi, ingat hendak ke doktor pakar swasta sahaja. Bagus juga ada doktor pakar di sini! " Dia memang berkemampuan, seorang guru yang mengajar di Shah Alam. Isterinya berkerja, katanya sebentar nanti akan datang menjemput dia. Waktu tengah hari memang aku perasan isterinya ada datang sekejap. Biasalah orang berkerjaya. Tidak dapat bersama sekadar menjenguk sebentar. Hayalan & impian semata. Rupanya wad kecemasan langsung tidak merisaukan hati seorang kekasih Aku mencongak waktu, seharusnya Mila telahpun menjemput Afiz & sekarang telah berada di hospital. Hayalan & impian semata. Rupanya wad kecemasan langsung tidak merisaukan hati seorang kekasih yang bergelar isteri. Tiada SMS, tiada panggilan, tidak juah menjenguk wajah bagai dalam hayalanku. Jam 6:16 petang. Banyak sangat nombor yang bermula dengan 2000 yang dipanggil. Mana nombor 1000. Kenapa ada dua angka ini pun aku tak pasti. Apakah pangkal 1000 lebih kronik?. 1015! huh cuma berjarak 2 angka sahaja lagi. Jika satu angka ambil masa setengah jam. Mahu sampai malam aku di ruang menunggu. Tidak dapat aku bayangkan jika aku mengikut kata Pembantu Perubatan untuk berihat di bilik rawatan tadi. Mahu telah berdengkur kuat. Gempak satu wad kecemasan. Aku terus meneguk minuman isotonik 100Plus. Masih berhayal bagaimana nanti jika aku tidur di wad. - bersambung