iDAN

19 Mac 2011

Kg Tronoh Mines Ayer Kuning Pk.

Aku baru sahaja balik dari Kampung Tronoh Mines, Ayer Kuning Perak; majlis sambut menantu, Siti Zurairah& Shaharudin jika orang Perak panggil Ambil Makan; cahaya mata Kak Nomie, Siti Zuhairah. Sebuah perkampungan orang kita Melayu yang terlekas di bekas tapak lombong bijih timah. Jika dari Kampar anda akan melalui pekan Mambang Di Awan. Jika ikut Tapak anda akan melalui Tapah Road & Changkat Petai mengarah Teluk Intan.

Suasana kampung ini tak jauh beda dengan kampungku Kampung Changkat Tualang (Desa Tualang), Kota Bharu, Perak. Tenang, damai jauh dari kesibukan kota. Terdapat tapak lombong atau tasik@kolam yang luas. Sayangnya tasik ini dimonopoli oleh kaum Cina dipagar lantaran mereka menternak ikan atau itik. Jarang orang kita Melayu bertani di sini mungkin lantaran kurang modal pun pengaruh wang untuk tidak sampai disita oleh Majlis Daerah.

Arwah Abg Din pernah cuba memajukan tapak lombong ini sebagai kolam ternak ikan. Untuk buat pagar dawai berduri sahaja mengambil modal RM20K, belum nak beli benih ikan; nak rawat air, nak pondok kawalan.

"Sudah banyak kali iDAN , abg terpaksa berhadapan dengan orang Majlis Daerah, mereka kata abg menceroboh tanah milik kerajaan.." aku senyap sahaja sebab tak tahu pun tanah ini dalam kuasa atau hak milik siapa.

"Jabatan Perikanan kerap datang beri galakan agar abg teruskan majukan kolam ini" keluh Abg Din.

Ada dua buah lombong dimajukan; sebuah sebelah Sungai Keruh tak jauh dari gerai anak Taharin; sebuah lagi berhadapan Kubur Pedas; luas serta dalam amat lombong ini. Aku telah tandakan dengan nama Tasik Abang Din Utama & Tasik Abang Din Dua di Wikimapia tetapi geng samseng Datuk KJ padam belaka semua maklumat ini. Abg Din ternak ikan Tongsan; dua jenis ikan Tongsan; Tongsan Sisik kasar & Tongsan Sisik Kasar. Makanannya jua agak mahal & sukar dicari; Tongsan Sisik Kasar suka makan rumput atau daun ubi. Manakala Tongsan Sisik Halus suka makan pelbagai, dedak, tahi ayam umpamanya, baham belaka, cepat membesar. Buat gulai kari atau masak asam pedas; dagingnya tak jauh beda dengan ikan fatin.

Setelah melabur berpuluh ribu RM asyik kena ganggu Majlis Daerah empunya tanah dan belum lagi rakan sekampung. Akhirnya Abg Din putus asa & kolam ini terbiar begitu sahaja. Setelah Abg Din meninggal aku lihat selamba sahaja kaum lain menternak itik & buat aktiviti pertanian yang lain. Terpacak papan tanda milik syarikat yang sebelum ini aku pun tak pernah tahu namanya. Itu yang berlaku di Mukim Teja sana. Kuasa politik atau pengaruh wang tergadai tanah kita yang asalnya Rizab Melayu.

Di Kampung Tronoh Mines aku sempat meninjau tapak lombong yang dipagar luas sangat. nampak ada pondok & penjaganya. Bila aku tanya Siti isunya macam sama sahaja masalah yang berlaku di daerah kampungku. Pemiliknya bangsa asing. Orang kita Melayu tak sayang lagi kampung halaman.

Mukim Teja tanah tumpah darahku dulunya dalam jajahan Daerah Kinta sekarang dijajah pula Daerah Kampar, masalah geran bertindih memang terusan berlaku. Masalah tanah Mat Sesh arwah apak pun tak selesai. Telah bertukar nama secara senyap-senyap, kini ianya dimiliki warga PR. Waima sejarah hak milik dulunya dari pusaka nenek moyang atau kaum kerabatku hampir seratus tahun meneroka & membayar cukai tanahnya.

Munasabahkan bila ianya terbiar sekitar 10 tahun cukai tanahnya tak dibayar senyap-senyap terjual ke warga asing. Ini kerja siapa. Bukan warisnya tak mampu nak bayar denda cukainya. (Cuba congak berapa cukai bagi 10 tahun termasuk dendanya, tak sebanyak mana. Tanpa diberikan notis pemilik hilang tanah yang berganda-ganda nilainya berbanding hutangnya) Geran-geran tanah masih tersimpan di tangan kami ada antaranya tercatat nama Tengku kerabat di Raja Perak di geran besarnya. Geran ini telah dipecah kepada waris kami sekitar tahun 1920an. Bila diungkit perkara kini pastinya pemilik asal seperti kami tetap tewas lantaran akta tanah yang telah dipinda, tidak memihak kepada pemilik tanah tapi lebih memihak kepada nafsu serakah mereka yang mengejar wang ringgit; tanpa boleh sama sekali pemiliknya terlalai mahu membayar cukai tanah pastinya.

Bilamana aku terpandang suasana tapak lombong pastinya sukar aku lupakan suasana damai di kampung halamanku.

Aku suka amat suasana Kampung Tronoh Mines ini & teringin amat ke sana lagi. Bagaikan pulang ke kampung halaman sendiri.