iDAN

07 April 2013

Steve Irwin Si Pemburu Buaya


Steve Irwin
Lahir: 22 Februari 1962
Essendon, Victoria, AustraliaAustralia
Meninggal dunia: 4 September 2006 (umur 44)
Batt Reef, Queensland, Australia
Pekerjaan: Pengkaji alam sekitar, Zoologist,
Personaliti Televisyen
Pasangan: Terri Irwin
Anak-anak: Bindi Sue Irwin dan
Robert (Bob) Clarence Irwin
Laman sesawang: CrocodileHunter.com.au
Stephen Robert "Steve" Irwin (22 Februari 19624 September 2006) ialah ahli alamiah, pakar hidupan liar, dan tokoh televisyen Australia. Beliau paling dikenali kerana merupakan juruacara, bersama dengan isterinya, Terri, kepada rancangan televisyennya, Pemburu Buaya (The Crocodile Hunter). Rancangan itu adalah sebuah siri dokumentari hidupan liar yang tidak mengikut kelaziman dan yang telah disiarkan di seluruh dunia. Irwin juga merupakan pemilik serta pengendali Zoo Australia di Beerwah, Queensland.

Tahun-tahun awal

Dilahirkan di Essendon yang merupakan sebuah subbandar Melbourne, Steve Irwin berpindah dengan ibu bapanya, Bob dan Lyn, ke Queensland ketika masih kanak-kanak. Ibu bapanya mengurus Taman Reptilia dan Fauna Queensland, dan Steve biasa dikelilingi oleh buaya-buaya dan reptilia-reptilia semasa dibesarkan. Beliau kemudian menjadi seorang pemerangkap buaya dan secara percuma, membantu menghapuskan buaya-buaya yang masih berkeliaran di tempat-tempat kediaman yang berhampiran, dengan syarat quid pro quo bahawa beliau dapat menyimpan buaya-buaya itu di dalam taman ibu bapanya. Semasa masih kanak-kanak, beliau mengalami suatu kejadian yang buruk dengan seekor burung kakaktua yang menyebabkan beliau takut akan burung nuri pada sepanjang hayatnya.

Kenaikan ke kemasyhuran

Pada tahun 1991, Steve mengambil alih pengendalian taman Australia, kini dinamakan semula sebagai "Zoo Australia", dan pada tahun 1992 telah bertemu dengan Terri di tamannya dan mereka kemudian berkahwin. Penggambaran bahagian filem yang dibuat oleh John Stainton tentang bulan madu Irwin yang menampilkan pemerangkapan buaya kemudian dijadikan episod pertama "Pemburu Buaya". Filem ini mencapai kejayaan yang luar biasa di Amerika.
Di bawah pimpinan Steve yang ramah, kegiatan perniagaannya berkembang hingga merangkumi zoo, siri televisyen, Yayasan Pemuliharaan Steve Irwin, dan Penyelamat Buaya Antarabangsa. Perbaikan pada Zoo Australianya termasuk Muzium Buaya Planet Haiwan, lau burung hutan hujan, dan Candi Harimau.

Filem

Pada tahun 2001, Steve muncul sebagai watak kameo dalam salah sebuah filem Eddie Murphy, Dr. Dolittle 2. Pada tahun 2002 pula, filem ceritanya yang pertama, Pemburu Buaya: Arah Pandu Perlanggaran (The Crocodile Hunter: Collision Course), telah ditayangkan. Pada keseluruhannya, ulasan-ulasan daripada para pengkritik adalah negatif. Bagaimanapun pada tahun 2003, Irwin telah dilaporkan sebagai dalam susunan untuk menjadi juruacara bagi rancangan temu bual dalam rangkaian televisyen Australia.

Animal Planet

Saluran televisyen Animal Planet kemudian melancarkan episod Crocodile Hunter istimewa yang dipanggil "Crocodiles & Controversy", dalam bahasa melayu "Buaya Dan Kontroversi", yang dikatakan mahu cuba menjelaskan tentang "Insiden Bayi Bob" dan peristiwa di Antartika. Rancangan istimewa ini memberi alasan yang anak lelaki Irwin tidak mungkin akan berada dalam bahaya ditikam buaya dan Irwin tidak boleh membahayakan nyawa bintang terancam di Antartika.

Animal Planet mengakhiri rancangan The Crocodile Hunter dengan siri finale bertajuk "Steve's Last Adventure", dalam bahasa melayu "Pelayaran Steve Yang Terakhir". Dokumentari terakhir rancangan itu memaparkan pelayaran Steve di seluruh dunia, beliau menjelajahi tempat-tempat seperti Himalayas, Yangtze River, Borneo, dan Kruger National Park. Penonton menganggap pemergiannya itu "menyedihkan".

2006


Steve memberi makanan kepada seekor buaya di Australia Zoo.
Pada Januari 2006 sebagai sebahagian bagi perayaan Minggu Australia di Amerika Syarikat, Steve muncul dalam rancangan Pauley Pavilion, UCLA Los Angeles, California. Semasa satu temubual di The Tonight Show with Jay Leno, Steve mengumumkan bahawa Discovery Kids akan memajukan satu rancangan pertunjukan untuk anak perempuannya, Bindi Sue. ''The Tonight Show with Jay Leno, 13 Januari 2006. Rancangan tersebut, Gadis Hutan, adalah tip menyerupai untuk file The Wiggles, dengan lagu berkenaan sebuah cerita. Satu episod panjang rancangan TV Kanak-kanak Australia The Wiggles bertajuk "Wiggly Safari" kelihatan ditujukan khas kepada Steve, dan beliau muncul banyak kali dalamnya beserta isteri dan anak perempuannya. Rancangan tersebut termasuk lagu "Pemburu Buaya, Steve Irwin Yang Besar".
Pada Hari Sabtu 24 Jun, 2006, satu daripada kura-kura paling tua yang terdapat di Zoo Australia Steve Irwin, mati akibat kegagalan jantung. Kura-kura tersebut, Harriet, berusia 176 tahun dan dianggap sebahagian daripada keluarga Irwin. Harriet adalah dipercayai kepunyaan Charles Darwin.
Steve Irwin aktif dalam politik dan merupakan seorang penyokong konservatif Parti Liberal Australia. Khususnya, beliau dengan kuat menyokong Perdana Menteri bertahan John Howard.

Kehidupan peribadi

Keluarga

Steve Irwin mempunyai dua cahaya mata: seorang perempuan bernama, Bindi Sue Irwin (dilahirkan pada 24 July 1998), dan seorang lelaki bernama, Robert (Bob) Clarence Irwin (dilahirkan pada 1 December 2003). Nama Bindi Sue diambil dari nama dua anjing Steve. Anjing pertamanya, Bindi, dibunuh dengan tidak sengaja oleh seorang pemburu, dan anjing keduanya, Sui, iaitu nama tengah anak perempuannya, meninggal pada June 2004.

Insiden Bayi Bob
Tengkarah utama timbul semasa pertunjukan awam pada 2 January 2004, apabila Irwin mengangkat anak lelakinya, Bob, di salah satu tangannya sambil menyuap bangkai ayam kepada buaya dengan tangan sebelahnya. Jarak antara anaknya dan buaya itu amat kecil. Wartawan-wartawan melakukan perbandingan insiden ini dengan insiden Michael Jackson menhayunkan anaknya di luar tingkap di German.


Tambahan pula, kumpulan kebajikan kanak-kanak, kumpulan hak-hak haiwan, dan kebanyakan penonton Irwin mengkritik tindakannya yang disifatkan sebagai penderaan kanak-kanak. Irwin mendakwa dia tidak membahayakan nyawa anaknya dan sebaliknya menguasai situasi berkenaan. Terri Irwin mendakwa kelakuan suaminya itu hanyalah perbuatan yang tidak berbahaya. Tiada dakwaan diambil terhadap Irwin (walaupun pihak polis berjumpa Irwin dan memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatannya lagi).
Irwin kemudian meneruskan untuk membintangi beberapa dokumentari Animal Planet, termasuklah The Croc Files, The Crocodile Hunter Diaries, dan New Breed Vets.

Insiden Antartika

Pada June 2004, Irwin sekali lagi menjadi suatu subjek kontroversi kerana dituduh mengganggu binatang-binatang liar (seperti ikan paus, singa laut dan burung penguin) ketika menyunting sebuah dokumentari di Antartika.
Bertindak ganas dengan kehidupan liar di Antartika boleh melanggar undang-undang persekutuan dan juga undang-undang antarabangsa Australia. Berikut insiden ini, hal ini ditutup tanpa sebarang saman dikenakan.

Kematian

Pada 4 September, 2006, sejurus selepas pukul 11:00 pagi. masa tempatan (01:00 UTC), Irwin ditikam oleh cangkuk ikan pari semasa menyunting sebuah dokumentari "dalam air" di Great Barrier Reef berdekatan Low Isles di Port Douglas, arah utara dari Cairns, Queensland, Australia. Laporan akhbar menyatakan bahawa beliau disengat di jantung oleh ikan pari itu, menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa.
Selepas Irwin disengat, kumpulan kerjanya memanggilkan bantuan perubatan dan sebuah Helikopter Penyelamatan Queensland berjawab. Perkhidmatan Polis Queensland memaklumkan perkara ini kepada keluarganya dan mengedarkan The Queensland Police Service memberitahu keluarganya dan mengeluarkan kenyataan[1] kepada media berhubung peristiwa berkenaan.