iDAN

31 Julai 2012

11 hari beramadan.

Ada orang tak tak ghairah sangat nak ketemu kita biarpun ada peluang berjumpa. Terkadang telah berpisah dari kenalan kita ini sejak lebih dari 30 tahun. MukaBuku sering menemukan rakan lama. Tapi semalam Fuad sempat jenguk aku sekejap dapat kenal dengan Mila pun keluarganya sempat berkenalan dengan kami.

2. Begitu juga peristiwa semalam. Ketika pendaftaran pelajar AKADEMI PERLADANGAN SIME DARBY di Bukit Asahan Melaka; aku tercicir jade dari Beijing; salah satu batu kenangan yg amat kusayang. Jika sesiapa jumpa bolehlah hubungi aku.


3. Telah tiga tahun Mila mengelolakan pengambilan pelajar ke akademi ini; pengambilan pertama sekitar 115 orang kedua sekitar 30 dan semalam sekitar 40 pelajar.

Semua perbelanjaan ditanggung oleh Sime Darby; siap elaun RM300; penginapan yg selesa makan minum semua ditanggung selama 3 tahun habis belajar terus menjadi Penolong Pengurus Ladang milik Sime Darby kontrak selama 7 tahun sahaja.

4. Kali ini satu kejutan ada 3 pelajar yg keluarganya kukenal; Keluarga Along Ketua Kampung Jenaris yang memang rapat denganku; Keluarga Fuad rakan asrama Putra di Rancangan Khas SMI Ipoh dan seorang staf UPM mukannya amat kukenali tapi kami tak pernah berbual mesra.

5. Tak sempat aku ke kaki Gunung Ledang bersiram bersama Puteri Gunung Ledang sebab penat di bulan puasa.
· · · 13 jam yang lalu ·



    • Tasuki Kasbi apa kelulusan akademik untuk ke akademik ini .. manalah tahu ada anak2 sahabat berminat ke arah perladangan ...

    • Safar Jariah pertemuan spontan memang payah nak mesra kecuali masing2 ada rasa naluri yang sama.... seringkali pertemuan2 berakhir hya begitu saja tanpa sambungannya.... yg tertulis tnpa suara dan yang zahir bersuara.... bagaimana tu... keliru sungguh.....
      12 jam yang lalu · · 1

    • Penyair Idanradzi Buat masa ini cuma spm empat kepujian; iklan telah ditutup akan diuar-uarkan di akhbar sekitar bulan Disember nanti kemasukan Januari; kemasukan ke dua semlmm bulan Julai. Umur tak lebih dari 21 tahun.

    • Penyair Idanradzi Pelajar dari Inst Pertanian yg berkaitan dengan perladangan amat dialu-alukan. Setelah belajar 3 tahun; terus berkerja dgn Sime Darby; rumah disedia; amat selesa 3 bilik kembar dua tersedia segala perabut datang lenggang kangkung dah tentu boleh terus nikah isteri duduk rumah; kebanyakan ladang begitu; tanpa hutang PTPTN.

    • Penyair Idanradzi Tempat kerja seantero dunia; termasuk Indonesia juga di Afrika. Tanya rakan sy Jazz Maan.. yg rapat dgn org Sime Darby.

    • Penyair Idanradzi Kontrak 7 tahun selepas 7 tahun jika ada tawaran lain terpulang; tapi buat masa ini masih KPM tak iktiraf Diploma untuk pelajar Akademi ini tapi Sime Darby kasi gaji Diploma dan sedan berunding dengan KPTM... bonos tahunan Sime Darby pernah melebih dari 12 bulan gaji. Perladangan tak pernah rugi; jabatan lain Sime Darby yg bikin banyak masalah.

    • Safar Jariah tiba2 teringat kwn lama Ziyy Maden yg baru sj dapt dikesan di fb ni .. berkhidmat di SIME DARBY.. nape tiba2 je dia diactive acc fb dia... adesssssss.... Maziahhhhhhhhh.... huhuhuuuuu
      12 jam yang lalu · · 1

    • Penyair Idanradzi Manusia nampaknya begitu sibuk dengan dunia mereka tanpa memikirkan faktor usia; paling sering abg perhatikan mereka sering leka dengan keluarga sendiri; tanpa ingat kita ini sentiasa terkenang mereka; paling tidak mahu berbual-bual seketika; dalam agama kita sering menyaran kasi salam dan jangan sampai kamu tak bertanya khabar. Terutama tentang anak & keluarga rakan kita.

      Kita ambil masa banyak urusan dunia; jem di sana-sini; berseminar bersukan atau tenguk artis jemputan berhibur; tanpa kita mahu pekena teh tarik berbual seketika dengan keluarga rakan kita bila kesempatan itu terbuka...@Safar Jariah...


    • Penyair Idanradzi Nak tunggu raya setahun sekali saja; hari terbuka pun tak terkejar dah habis sebulan.
      12 jam yang lalu · · 1

    • Penyair Idanradzi Org Kuantan tu pun dah nak tutup akaun smlm abg dapat mesej dia; mungkin tak sudi lagi nak berkawan dengan abg; dia suruh ADD abg akaun baru RAHSIA dia tapi isunya abg klik tak sampai 10 org ADD rakan kena gantung'sekat 30 hari. FB ni mg banyak amat protokol tak macam di blogspot.
      12 jam yang lalu · · 1

    • Penyair Idanradzi Jade itu sy ikat dengan rantai dari tali berwarna hijam...