iDAN

Memaparkan catatan dengan label Majlis Kahwin Afiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Kahwin Afiz. Papar semua catatan

09 Januari 2011

Majlis Kahwin Afiz (di Bandar Baru Bangi 8 Januari 2011)

Tarikh kenduri di pihak lelaki telah ditetapkan
8 Januari 2011... Sabtu! (Bukan Ahad agar senang orang jauh mahu bermalam di Lembah Klang.) Lokasi Dewan Cempaka Tingkat 3 Kompleks PKNS Bangi Persiaran Bangi Pusat Bandar Bandar Baru Bangi (Atas Pasaraya Billion Bandar Baru Bangi) 12:00 tengah hari hingga 5:00 Ptg. Majlis bersandingnya sekitar jam 1:30 tengah hari.
Kad telah ditempah; tanpa kad pun tak semestinya tak sudi hadir. Sudi-sudikanlah mengintai kami. Inginkan kad hantar alamat ke e-mel saya di FB atau idanradzi@yahoo.com Katering telah pun ditempah. kita jamahlah bersama sekadar apa nan ada. Sirih junjung berhis indah, Tetamu berteduh di pohon cenderai, Bertunang sudah bernikah sudah, Kini tiba masanya pengantin dirai (Pernikahan Afiz & Husna telah pun berlangsung pada Jun 2010 lalu) Lembayung Senja menggamit malam, Menangis jentayu menanti hujan, Hajat mulia menyusul salam, Pohon restu kehadiran tuan.
Klik peta untuk besarkan Peta lebih lengkap (klik kan save & boleh dibesarkan) Hotel bajet terdekat http://www.amanihotel.com.my Hotel mewah Equatorial Hotel Bangi atau klik sini Buat masa ini Tetamu yang telah bercadang Akan Hadir insyaAllah 1. Cikgu Zu & keluarga 2. Oja & Epol serta keluarga 3. Keluarga Tok Perak Sg Jelok 4. Roslan dari Perak & keluarga 5. Cikgu Badrul dari Ipoh & keluarga 6. Fairus & famili sepelaung!. 7. Man & Nora sekeluarga 8. Hashim & Famili 9. Zaki Mamat & keluarga 10. Tok Wan & keluarga 11. Sabri & keluarga 12. Hamid SMI & keluarga 13. Dzuan & keluarga 14. Johari KB & keluarga 15. Kak Nomie & keluarga 16. Tajul Ana & keluarga 17. Prof Nizam Bangi & keluarga. 18. Siti Kak Nomie & Pasangan 19. Nurul Kak Nomie & keluarga. 20. Nasuha & Kelurga 21. Linda & keluarga 22. Liza & keluarga 23. Nornadia dengan ayahnya Sahak & keluarga 24. Fareez geng mancing & keluarga. 25. Chef Rashidi & keluarga (30 lebih tak jumpa) 26. Khairu@Keroi Badree sekeluarga rakan SMI (30 tahun lebih tak jumpa) 27. Pak Wahid sekeluarga 28. Ulan sekeluarga. 29. Abg Soib sekeluarga. 30. Nasir Ina sekeluarga. 31. Abg Mansor & keluarga. 32. Syukria & keluarga katanya Mak Mertua ada sekali. 33. Abg Jan sekeluarga. 34. Jamal Sh rakan SMI & keluarga. 35. Dik Ieja & keluarga. 36. Syafik & keluarga. 37. Jaja & keluarga 39. Ramsinah Abdul Latib & keluarga rakan di SMI Ipoh. 40. Syed & Keluarga Najihah jangan tak datang.. 41. Salleh IT & keluarga... baru bual tadi dia datang sebelah petang 42. Atan & keluarga dia SMS pasti datang... 43. Mior & anak-anak pun waris dah telefon dia... 45. Juliana Baharudin anak saudara & keluarga (anak Zami Ismail) 46. Khairul Shahzuan Khairudin bersama pasangan pun Kak Azie & Abg Lan 47. YuShafiza Khairudin bersama emak & rakan. 48. Azuwa Ad bersama famili. 49. Nordin & keluarga 50. Rahsia ada yg tak mahu namanya dicatat tapi pastikan hadir. tetamu lain adalah kerabat Kak Mila (sekitar 600 tetamu) & rakan Afiz & Husna ( sekitar150 tetamu) Yang terlupa catat namanya jangan pula tak datang; pastikan datang. (Yang Mungkin Hadir dari Respon di FB agak ramai... agar menjadi tetap hadir, faktor usia saya menjadikan majlis ini amat penting. Si Aziq cahayamata kedua itu nampaknya ingin mengejar cita-citanya maka pasti lambat amat untuk kami mengadakan majlis sebesar ini. Inilah masanya nak kenal keluarga saya, bila sudah usia 60an nanti saya pun mungkin dah nyanyuk!.) 6.1.11 Majlis di Machang telah pun berjalan lancar; amat meriah dengan kunjungan saudara mara Mila seramai sekitar 40 tetamu (sebuah bas) & saudara maraku dengan tiga buah kereta. Kami banyak menyimpan kisah indah ketika berada di Kelantan sana. Agar jalinan dua keluarga ini akan bertambah erat. #####################
Semua Saudara Mara, Sahabat Handal, Rakan Taulan & yang mengenali Penyair iDANRADZi, dijemput Hadir bersama keluarga & rakan taulan!. Moh! kita ke Machang Pada10.12.10 hari Jumaat; Majlis Kenduri Kahwin & persandingan Afiz anak sulung Penyair iDANRADZi.
Bertempat di Rumah Pengantin Perempuan Husna, Kampung Belukar, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. InsyaAllah kita bermalam di Kota Bharu setalah majlis selesai.
Sepanjang hari 9, 10 &11 Disember 2010 talian 016 9094343 akan sentiasa dibuka.
Peta Rumah Husna di Machang
Ketika di Machang InsyaAllah saya akan tidur di rumah tumpangan Datuk Yamud. DESA PERMAI RESTHOUSE & RESTAURANT Batu 24 1/2, Lorong Yamud, 18500 Machang, Kelantan, Tel : 09 - 975 1152
Santai tempat ini. Banglo Agam yang damai. Saya pernah bermalam di sini sekitar bulan Jun tahun ini. 9.12.10 Khamis malam Jumaat saya telah tempah empat bilik, kami tiga keluarga bermalam di sini. Bilik telah penuh ditempah.
Paloh Inn Hotel. Wisma Nordin, Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia Tel:+609-7433 629 Faks: +609-744 6277 http://paloh-inn.nordinbatik.com
Lokasi nan menarik & rasanya tak puas menginap di sini. Buat Masa ini yang konvoi bersama saya ke Machang Keluarga Kak Nomie & Yong Yah; anda bagaimana?.
10.12.10 Jumaat malam Sabtu, saya telah tempah dua bilik di Hotel ini... Moh!lah menginap bersama. Bilik masih ada kosong; Bagi satu keluarga RM100 muat untuk 7 orang. Saya telah menginap di sini memang selesa ada segala; Air di bilik mandinya mak datok! macam air terjun!.

07 Jun 2010

Dua Hari di Nilai Tiga (Singgahsana)

Akhirnya aku membuat tempahan di Berjaya Nilai Tiga; membeli Dulang Hantaran di ThankQ. Nilai 3. Jika anda berkira-kira mahu menjadi Pengantin Sehari datanglah membawa duit sebanyaknya & pergi ke Nilai 3. Pelbagai barangan pengantin ada. Dari semahal-mahal harga hinggalah harga sepatutnya.

Seperti harga Dulang Hantaran dari harga RM10 hinggalah harga ke RM100. Dari Plastik hinggalah ke batu marmar. Aku suka amat dulang dari marmar ini; harga biasa sekitar RM80, harga tawaran sekitar RM60. Cumanya barangan tembaga sukar dicari jika ada pun mungkin mahal tak semurah harga di Pantai Timur.

Bunga hiasan memang terlalu banyak; dari bahan telah siap hinggalah bahan ingin buat sendiri. Seperti bakul hantaran aku memilih bakul dari buluh & mengupah tauke kedai yang membuatnya. Jika ke kedai ThankQ memang agak mahal sekitar RM900 bagi satu set hantaran tetapi jika ke kedai kecil yang lain; akan dapat harga yang patut. Untuk beg kedai sebagai hadiah atau bekas bunga telur bersepahan hingga rambang mata untuk anda memilihnya.

Aku buat tempahan di Kedai Berjaya; Bakul Hantaran sebanyak 13 buah baru sekitar RM450; siap bunga hiasan cuma letak barangan atau cari lapik bawahnya sahaja. Dua jam boleh siap tapi aku mengambil keputusan datang sehari kemudian. Jika rajin buat sendiri sekitar RM25 sudah memang cantik. Rata-rata bakul rotan atau buluh sekitar RM15 sahaja; saiz besar boleh muat kasut sejadah atau barangan besar.

Lapik Dulang Hantaran yang cantik siap ada labuci pelbagai, baru sekitar RM10. Bunga telah siap pin sekadar RM5 hinggalah semahal-mahal harga. Tempat cincin hantaran kebanyakannya yang cantik sekitar RM40.

Jika anda mahu membeli belah eloknya elakkan hari cuti sekolah atau Sabtu & Ahad; penat berjalan dengan jarak kedai jauh & yang banyak pilihan; Jika hari biasa anda boleh parkir di depan kedai yang berkaitan barangan yang anda cari; untuk pilihan kedai pengantin tak kurang ada setengah dosen kedai besar tak termasuk kedai Berjaya di mana aku menempah Bakul Hantaran.

Apa lagi mohlah! ke Nilai 3; untuk memuaskan selera memilih anda!. Jumpa di sana; aku suka ikut Lebuh Raya LEKAS sebab tak jauh dari rumahku!.

Tepak Sirih di kedai kecil TESCO
RM250

01 Jun 2010

Dulang Kehabisan di MyDin Kajang (Singgahsana)

"Banyak sangat aralnya Afiz, pertama kali nak keluar duit hari itu; ayah ditimpa hujan bukan main lebatnya!" aku lihat Afiz diam sahaja, nampak kebingungan. "Bila sampai di Pejabat Pos, komputer untuk akses ASB pula terputus sejak pagi lagi!" aku tak perasan nota kecil di depan meja kerani penyambut tetamu.

Aku cuba nak kejar ke May Bank tak jauh dari Pejabat Pos, punyalah lebat hujannya. Mencurah-curah bagaikan tak mahu berhenti. Sambil aku menanti hujan reda aku berbual dengan seorang pangkat Abang. Berwajah segak macho hitam manis. Rambutnya separuh beruban tampak@menampakkan kedewasaannya.

"Bagaimana agaknya pilihanraya kita di Sibu Sarawak nanti, berapa hari lagi iyer!?" aku sekadar berbual kosong menunggu respon sementara hujan tak mengizinkan aku beredar.

"Saya tak ambil tahu lagi tentang politik kita, penat! banyak sangat tak telus sana sini!"

"Bagaimana iyer pandangan abg tentang pilihan raya di Hulu Selangor baru-baru ini?" macam penganalisa politiklah pula aku ini.

"Saya tak yakin lagi dengan SPR, pilihan raya itu penipu sahaja; dengan majoriti 1,000 lebih rasanya undi pos itu yang banyak membantu BN pun menipu rakyat sahaja!" memang sebelum keputusan diumumkan BN begitu yakin merampas kawasan Hulu Selangor dengan majoriti lebih dari belasan ribu undi.

"Orang kita masih sayangkan UMNO, cina yang bagaikan telah berpatah arang dengan MCA!" aku bersuara.

"Bangsa kita tak celik, tak tenguk perubahan dunia luar, tak tahu pun yang rasuah di negara kita ini makin meningkat. Kehidupan kita pun semakin terhimpit; tau-tau anak atau adik pemimpin kita BN itu tercatat sebagai antara orang terkaya di negara kita; mereka bolot semua harta negara!" Dari wajah abang ini, dia seorang yang pemikir bukan cakap sesedap mulut. Dia jenis yang membaca. Bukan seperti apa yang dia kata, "Malas nak ambil tahu tentang politik orang kita Melayu."

"Hujan semakin nak berhenti ini, saya kena cuba kejar ke May Bank tu, minta diri dulu iyer! bang!" aku sebenarnya mahu lebih menyelami hati seorang rakyat marhaen seperti abang yang nampak kukuh pendiriannya ini. Tapi urusan Afiz masih tak selesai. Aku bersalaman & memakai baju hujan yang hapak tengik bagaikan kena kencing si Ekor Kembang.

Aku redah belaka jalan sehala, menyongsang arus; hujan tak banyak kenderaan; lagi pun aku menunggang kapcai senang mahu mencilok. Sampai di pintu utama May Bank telah tertulis; Ditutup!. Aralkah ini?. Mungkin tidak, ada kebaikannya; setidak-tidaknya aku dapat mandi hujan. Hujan rahmat.

Urusan aku selesai esoknya bilamana Afiz balik & lebih mudah berurusan lantaran dia ada nombor akaun Mie; tak payah pegang duit beribu; keluar duit dari ASB & masukan ke akaun Mie di kaunter yang sama.


"Mila kena ikut tak ke Triang nanti!" aku teringat kata-kata Mila ketika aku mahu ke Triang tempoh hari.

"Tak payahlah Mila, hari itu Mila telah ke Seremban merisik dengan mak Mie, biarlah ayah sahaja yang pergi kali ini!" aku teringat akan Mie yang akan tunjuk jalan, kalau ada Mila bersama mahukan dua orang calon menantu & mak mertua ini berbaik. Aku tahu jauh di sudut hati Mila dia mahukan Mie & Afiz teruskan sambung belajar baru bernikah. Aku pula tak yakin mereka akan boleh bercinta jarak jauh; kalau dah macam belangkas pelbagai perkata boleh berlaku. Kalau boleh esok aku nak nikah Afiz & Mie ini.

"Lagi pun ayah bukan mahu meminang sekadar mahu berbual!, kata Mie ayahnya setuju mereka nak bernikah gantung!" tiada senyum di wajah Mila.

Emmm! perjalanan ke Triang pun sama; nampaknya aku terpaksa bermandi peluh; baru sampai di Bandar Jempol penghawa dingin Avanza meragam. Aku terpaksa batalkan niat mahu menjejaki Tasik Bera. Dapat tenguk papan tandanya sahaja. Takut hari hujan memang gabra nanti jika tanpa penghawa dingin. Aku puji hotel murah di Triang, penghawa dinginnya sejuk gila, pun bilik airnya lengkap dengan pemanas air. Azim & Afiz langsung tak keluar leka di kamar. Yang sedihnya Malaysia tumpas dengan cina 0-3 Piala Thomas. Cis!.

Mengenangkan perjalanan ini memang amat penat & pelbagai persoalan. Jauh amat Triang ini lantaran jalan antara Kuala Pilah ke Triang agak sempit; lori kelapa sawit pula panjang-panjang bila berselisih di selekoh asyik makan jalan. Dengar brek anginnya pun aku rasa seram. Terpaksa mengalah dari membiarkan ianya rapat mengekori kami. Rumah Mie di sekitar Kemayan. Agak jauh dalam estet milik kaum cina.

Aku mandi peluh semasa pulang dari Triang, kebetulan jumpa Ida sepupu Mie yang mahu pulang ke Seremban. Kesihan Mie, Ida & Azim bagai udang dibakar. Merah padam muka kena tamparan angin kering. Tiga kali berhenti untuk berehat. Termasuklah berhenti di Hulu Bendul. Tanpa penghawa dingin ini aralkah; taklah tentunya ini baik bagi badanku untuk bersauna. Rahmat sebenarnya sesekali berkembara tanpa penghawa dingin.

"Bila agaknya baru ada stok dulang aluminium...!" dulang warna perak ini tak nampak lagi.

"Tarak tahu!" isk! penat betul, cuma ada tanda harga yang tinggal, dulang plastik pun cuma tinggal satu.

"Semua orang Melayu Kajang mahu kahwinkah?" aku sengaja bertanya soalan pelik kepada India tak fasih cakap Melayu ini. Sah baru sampai dari India, dia senyum-senyum tak tahu menjawab. Soalan pelik aku itu memang tak perlu dijawab.

"Ada dua sahaja lagi MyDin sekitar Kajang; satu di Sungai Chua; satu lagi di Pintu Satu Putrajaya!" aku bersuara, Afiz memang nampak bingung sejak sebulan dua ini. "Jangan risau Afiz kalau tak jumpa kita Abg Rosli punya; dia ada buat tawaran!"

"Kita cari al-Quran & songkoklah ayah!" aku naik ke tingkat dua mencari al-Quran; tak kurang ada empat atau lima pilihan al-Quran di Maydin; aku ambil yang rona emas cantik buat hantaran.

"Afiz suka yang ada garis ini ayah!"

"Dah kahwin nanti Afiz beli lagilah, nampak biasa sangat; lagi pun yang bergaris ini tak semahal mana!" aku lihat harga al-Quran di Mydin sekitar RM10 ke Rm30 sahaja.

Nampaknya aku kenalah merewang ke banyak MyDin untuk mencari dulang buat majlis pertunangan & penikahan Afiz. Bila aku klik di alam maya bersepah Mydin sekitar Kajang; Sungai Long, Semenyih, Balakong, Bangi & Putrajaya. Aku cuba dail nambor telefon mereka tak satu pun berjawab.

Jika MyDin tak ditemui nampaknya kena cari di Nilai 3 Sabtu atau Ahad ini.

Teringat akan dulang tembaga yang arwah Emak miliki. Entah di mana ianya kini. Seingat aku arwah Emak memang lengkap belaka tentang barangan hantaran ini. Bila dia tiada habis barangan miliknya lesap. Tak nampak saki baki bakinya. Sayang amat.

27 Mei 2010

12 Di 2 buah Kota Bharu 13 di Sahom Jun 2010 (Singgahsana)


"Elok abg iDAN tidur di Kota Bharu, sudah dekat sangat!, kita tak pasti majlis orang itu akan selesai; kut kalau lepas sembahyang Jumaat pasti banyak masalahnya." Hashim membuat cadangan; aku pun terfikir begitu. Andai kata 11 Jun itu lewat agendanya akan habis; aku tak biasa jalan ke Grik itu; ada baiknya bercuti di Kota Bharu Kelantan.

"Masa cutilah Hashim hotel atau resort pasti penuh!"

"Saya boleh suruh tolong rakan saya carikan!"

Aku terfikir ada benarnya cakap Hashim itu, baik aku ke Kota Bharu Kelantan; asyik balik ke Kota Bharu Perak sahaja; bila lagi nak beli budu di Kelantan. Lagi pun aku ada talian bebas tol; cubalah cari di mana masih ada kosong lagi!.

Emmm! isunya sekarang mungkin keluarga kakak aku juga akan ikut serta; takkan dia nak balik sendirian. Atau apakah agenda dia berubah!.

Dengar ceritanya Dayang anak buahku pun nak ikut serta; maka bertambah ramailah rombongan kami. Hashim & Ijam kalau tak ada aral akan turut serta. Biarlah Nik tak ikut serta; nampaknya biar pun dia ada di kampung ketika itu; dia lebih mahu ke rumah pengantin waris isterinya. Setahu aku Kota Bharu & Machang tak sejauh mana. Jangan persoalkan biar pun janji asal memang dia akan turut serta.

Payah kita mahu mengukur ukhuwah & nilai persahabatan dalam zaman sekarang. Aku teringat ketika Nordin kahwin kali kedua; ratusan rakan sekerja hanya aku seorang yang berkejar ke Trolak sana. Samalah ketika Amar berkahwin tak siapa sudi menjenguk dia di Hutan Melintang sana.

Tapi bila orang ada kedudukan buat kenduri kahwin; pangkat bos lagi berpusu datang biar pun nun jauh di Bagan Datuk sana. Apatah lagi kalau artis bersanding. Lagi pun mana ada paksaan dalam menunaikan undangan.

Yang penting doakan aku & rombongan selamat pergi menghantar Afiz bernikah pun selamat kembali ke Jenaris. Lagipun ini majlis kecil, aku harap ketika majlis kenduri kahwin Afiz nanti akan ramai yang sudi datang. Aku mungkin tak buat kenduri di Jenaris lantaran semua perbelanjaan menghantar, belanja hangus dan lain-lain aku yang kena sediakan.

Terpulanglah pada Mila jika dia mahu buat majlis di mana nanti; jika aku buat pun sekadar majlis kecil doa selamat mungkin jemput saudara mara terdekat sahaja. Rasanya manalah ada saudara mara yang ingatkan kami di sini. Saudara mara rapat pun nun jauh di Perak. Pastinya amat sukar untuk mereka akan datang. Rakan sekerja nampaknya endah tak endah sahaja; jika buat di sebelah fakulti mungkin baru ramai yang datang. Amat dahsyat nilai ukhuwah zaman kini.

Dunia persaudaraan di kalangan kaum Jawa berbeda; aku begitu yakin jika kami buat majlis pasti saudara mara Mila yang ramai akan datang!.

Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya ketentuan Tuhan, mana mungkin kita dapat menentukan talian kasih atau jodoh itu tetiba akan datang menyapa kita.

Sabtu 12 Jun 2010 aku akan bertolak ke kampung halamanku Kota Bharu Perak, ikut Grik. Memang lama tak pulang ke kampung!. Desa Tualang. 13 Jun 2010 akan berada di Sahom. Tak jauh dari rumah Shahir & ada jeram yang cantik di sana. Jeram Salu. Jarangkan dengar nama itu; memang cantik Jeram Salu ini.


Berbalik nilai ukhuwah tadi; Bayangkan ketika aku setahun setengah di bawah jagaan Klinik Kardio; saban malam asyik sesak nafas memintas maut. Tak siapa pun datang menziarahi. Sedang sakit jantung yang kronik ketika itu bila-bila masa akan boleh jatuh strok & pelbagai kemungkinan. Masuk wad kecemasan pun selalu tak siapa yang sudi melawat; silap-silap nazak pun maut seorang diri.

Harap-harap jangan sampai telah meninggal dunia tiada siapa yang tolong uruskan!; sudahlah.

Maka itu aku sering berpesan jangan nikah lambat sangat; bila telah berumur nanti mana saudara mana kita; apatah lagi andai kata telah berpindah jauh ke kampung. Apakah generasi muda akan kenal kita. Hanya masyarakat keliling sahaja yang akan bertandang ke majlis kita. Ukhuwah orang Melayu nampaknya makin genting; bayangkan jika punyai 20 orang anak saudara; berapa ramaikah sudi bertandang menjenguk kita di hari raya?.

Pak Saudara atau Mak Saudara manalah ada lagi!. Adakah semua Abang Saudara atau Kakak Saudara kenal kita lagi. Masing-masing sebaya kita entah bertaburan entah di mana. Jangan sampai satu hari nanti hanya rakan terdekat sahaja yang mesra dengan kita; saudara mara makin lupakan kita. Biar pun kita tak pernah menolak undangan mereka.