iDAN

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

16 Ogos 2015

Nahas DUKE: Pemandu Myvi perlu bayar RM1.2 juta kepada waris mangsa jika ikut hukum Islam




Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.

KUALA LUMPUR, 4 Mei :

Pemandu-pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh Raya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) awal pagi Sabtu lalu hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa tiga sekeluarga perlu membayar sebanyak RM1.2 juta kepada waris mangsa jika mengikut hukum undang-undang Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, bayaran itu berdasarkan kesalahan jenayah pembunuhan tanpa niat dalam undang-undang Islam.

“Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya.

“Ia sangat berbeza dengan ketetapan dalam Undang-undang Syariah dalam menyelesaikan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau pada Ahad.

Wan Muhammad Mizan berkata, berdasarkan perkiraan undang-undang Islam, penjenayah kes tersebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’ iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.

“Jika dibuka di dalam kitab-kitab fiqh seperti Fiqh Islam wa Adillatuh, Syeikh Wahbah Zuhaili menyebut bahawa diyaat yang dikenakan kepada jenayah pembunuhan tanpa niat (dalam konteks kes ini) adalah diyaat mukhaffafah (Diyaat ringan), iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyaat.

“Bagaimanapun para ulama berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut,” beliau menjelaskan.

Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.

Dalam nahas awal pagi semalam, tiga beranak itu maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE kira-kira jam 12.45 pagi.

Kesemua mereka iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa merupakan mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Fairuz yang memandu kenderaan jenis Pajero maut di tempat kejadian manakala isteri dan anaknya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Nahas berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi yang sedang berlumba dengan lima kereta yang lain.

Kereta mangsa yang terbabas ke sebelah kiri bergesel pula dengan sebuah lagi Myvi di sebelah kiri lalu melanggar tembok pembahagi lebuhraya.

Rakaman kamera litar tertutup lebuhraya berkenaan yang tersebar di laman media sosial hari ini juga memaparkan enam buah Myvi dipandu laju seolah sedang berlumba.

https://www.youtube.com/watch?v=Tl2ExkJ-PhI

2 pemandu Myvi tidak mengaku salah penyebab kemalangan maut 3 sekeluarga



Salah seorang pemandu Perodua Myvi yang didakwa atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian dalam insiden kemalangan maut di Lebuhraya DUKE, Siti Noor Aini Mohd Said kelihatan menutup mukanya ketika keluar dari Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 Mei, 2015.Dua pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lalu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mohammed Fizal Reza Jamaluddin, 31, dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan dengan tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia 7 bulan maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di KM6.2 lebuh raya itu, dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Pasangan itu meninggalkan dua lagi anak perempuan Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, selain meminta pasport tertuduh ditahan mahkamah dan lesen digantung sehingga selesai perbicaraan.

Bagaimanapun, peguam S Preakas yang mewakili Noor Aini meminta wang ikat jamin dikurangkan kepada RM5,000, atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penolong pengurus restoran dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

"Tertuduh juga perlu menjaga anak yang berusia 8 tahun selain seorang ibu.

“Wang jaminan hanyalah sekadar untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah," katanya.

Peguam Hashim Ibrahim yang mewakili Fizal Reza, dalam meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin, berkata anak guamnya perlu menanggung 2 orang anak yang masih kecil.


Mohammed Fizal Reza Jamaluddin, seorang lagi pemandu Perodua Myvi yang dituduh memandu secara berbahaya dalam nahas di Lebuhraya DUKE dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 Mei, 2015.Katanya, Fizal Reza bekerja sebagai juruteknik dengan pendapatan RM2,000 sebulan dan isterinya seorang kerani, dan oleh itu jaminan RM15,000 agak tinggi bagi tertuduh.

Selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, hakim Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan kedua-dua tertuduh perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM9,000 setiap seorang.

Hakim juga mengarahkan pasport tertuduh disimpan di mahkamah dan lesen memandu mereka digantung sehingga mahkamah membuat keputusan.

Mahkamah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes dan penyerahan dokumen.

05 Februari 2013

2900 SMS Jahat dari DiGi


DiGi awas SMS 2900 sekat/unsubcribed

Mereka yang guna DiGi hati-hati jika anda teraktifkan tawaran/offer talian internet SMS 2900; kena cepat sekat/unsubcribed jika tidak hari-hari akan hilang duit seperti diSMS; seperti sy hari-hari hilang RM3... top-top habis semua duit di dalam kredit prepaid sy. Waduh.

2. Kebarangkalian anda terketik di internet tentang offer ini atau teraktifkan SMS dari 2900 ini ke hp anda. Memang ini amat mengelirukan.

3. Kecualilah memang kita gunakan internet melalui hp kita. Hp sy hp dugung abg oii mana boleh guna internet. Pula tu sy memang jarang buka hp; tak perasan perkara ini boleh berlaku.

4. Harap kementerian/kerajaan selalu memantau tipu daya syarikat telekomunikasi yang buat offer sebegini; hanya dengan satu SMS duit kita disedut tanpa henti.

(Cer google "DiGi sms 2900" ramai yang terkena seperti sy; sampaikan kena potong kredit sehari RM30 pun ada... ini pastinya mereka yang bukan pakai prepaid)
DiGi awas SMS 2900 sekat/unsubcribed 

Begitu juga mereka yang guna DiGi hati-hati jika anda teraktifkan offer talian internet SMS 2900; kena cepat sekat/unsubcribed jika tidak hari-hari akan hilang duit seperti diSMS; seperti sy hari-hari hilang RM3... top-top habis semua duit di dalam kredit prepaid sy.

2. Kebarangkalian anda terketik di internet tentang offer ini atau teraktifkan SMS dari 2900 ini ke hp anda. Memang ini amat mengelirukan.

3. Kecualilah memang kita gunakan internet melalui hp kita. Hp sy hp dugung abg oii mana boleh guna internet. Pulak tu sy memang jarang buka hp; tak perasan perkara ini boleh berlaku.

4. Harap kementerian/kerajaan selalu memantau tipu daya syarikat telekomunikasi yang buat offer sebegini; hanya dengan satu SMS duit kita disedut tanpa henti.

(Cer google DiGi sms 2900 ramai yang terkena seperti sy; sampaikan kena potong kredit sehari RM30 pun ada... ini pastinya mereka yang bukan pakai prepaid)

  • Anda suka ini
  • Idan Radzi jika sehari dipotong RM30 sebulan dah berapa?... giler ke apa mereka yang sedut duit orang dengan kelalaian kita menggunkan SMS ini.
  • Idan Radzi Kes gua nasib dipotong RM3 sehari tapi dah pasti lebih dari 10 kali SMS ini masuk ke akaun prepaid sy... dah lebih dari RM30; mmg gua jenis pengguna jarang buka hp tapi duit banyak di akaun prepaid DiGi... Sungguh gua tak halalkan jika ada agenda penipuan di sini.
  • Idan Radzi Yang hebat SMS 2900 ini nak sekat/unsubcribed punyalah SUSAH... ianya terlindung dalam menu yang sengaja mahu memerangkap kita.