Cuaca musim luruh di Harajuku membuatkan gigirku terketar-ketar sejuk. Padanlah orang Jepun suka minum malam-malam. Antaranya mungkin lantaran sejuk ini, lepas mabuk aku sering mendengar rakan-rakan Jepun aku meraban. Selalu Perdana Menteri mereka menjadi mangsa. Stres berkerja mereka asyik salahkan pemimpin mereka. Berkerja & berkerja seharian semata-mata mahu hidup.
"iDANsan tahu tak kami sekarang terpaksa meminjam membeli rumah menggunakan pinjaman generasi, rumah terlalu mahal, hanya boleh dilunaskan setidak-tidaknya dua generasi, ayah & anak!" Aku tak faham apa yang dimaksudkan.
"Hidup kami sampai mati terpaksa berkerja, kerja untuk hidup, hidup untuk kerja...!... yadana!" Aku tersenyum sahaja mendengar cakapan orang mabuk.
Mungkin itu juga yang Kimura lalui. Membuatkan Ayu terbiar sendirian. Ah! Ayu lagi. Aku sebenarnya telah lemas dihantui bayangan Mila. Rinduku telah paras tidak normal lagi. Terkadang aku mimpikan berjumpa Mila. Terkadang aku bayangkan Mila menunggu di muka pinta kamar asramaku. Amoi Jepun yang iras Mila aku pandang bagaikan tak puas. Mabuk kepayangkah aku?. Amat payah berjauhan dengan isteri... rupanya.

ceritera Kahwin Campur ini diolah kira-kira 20 tahun lalu
yang tiada telefon bimbit sebagai penghubung, memang telefon awam banyak memberikan
impak & kenangan pelatih@palajar dari Malaysia di Jepun
Dalam kesepian ini terkadang aku ingin juga Ayu itu hadir, pelawaan pelik@stresnya di Shinjuku itu aku tolak lantaran ada kemelut yang amat rumit di hatiku. Harajuku Tokyo menjanjikan pelbagai keriangan. Aku tahu arah tujuan aktiviti ronda Joe jika mahu bersamanya. Ronda & berhibur, pun bermalam-malam panas sampai habis terkikis duit. Apa yang tak ada di Shinjuku. Maka itu ramai yang bilang Shinjuku adalah antara kotaraya teramainya samseng Jepun. Samseng yang amat setia pada kongsi gelapnya sanggup potong jari itu!. Yakuza. Biasanya kelab yang mengadakan aktiviti porno pasti dilindungi Yakuza ini.
Jika ke pondok-pondok telefon di Tokyo malam-malam, penuh sarat dengan pelbagai iklan seks. Dari perempuan, VCD, kelab malam & pelbagai tarikan yang tak pernah kita duga. Iklan kecil ini menggunakan gam yang mudah alih. Siang hari nampak bersih semua tak ada pun comot macam pondok telefon kita. Takkan jumpa iklan seksi-meksi itu semua. Aku tak pasti mungkin syarat pengiklanan begitu, jika tinggalkan iklan sepanjang hari dendanya bukan main-main. Keadaan telefon awam malamnya aduh! penuh dengan iklan perempuan seksi. Aku suka sangatlah mengutipnya. Pandang-pandang sahaja. Jika kena kejutan budaya bagai Joe, habis!.
Minggu depan aku tiada lagi di Tokyo. Tak dapat kubayangkan lagi perkampungan Jepun yang bakal kudiami. Hari ini biarlah aku sepuasnya menikmati neon ini. Senin hingga Khamis aku masih berkerja di PCI, Jumaat aku diberikan rehat, sebab esoknya awal pagi aku rakan sepejabat si Kuroda akan ke Juo Machi daerah Ibaraki arah ke utara Jepun. Tiket keretapi laju telah di beli. Bagaimana agaknya naik keretapi laju Jepun. Katanya sekitar dua jam pasti sampailah ke Hitachi itu.
"iDANsan, mengapa nampak senyap tak ceria sahaja!" Biasalah si Kaito cepat sangat dapat mengesan perubahanku.
"Saya telah jumpa Kimurasan dua hari sudah!"
"Siapa Kimura tu? suami yang iDANsan kata jumpa koibito baru awak tu ke?"
"Pandai pun awak mengagaknya!"
"Bagus!, itu petanda awak jujur, orang Jepun amat setia dengan persahabatan" Dia suka dengar aku pergi mengenali keluarga Ayu.
"Ayu kata dia bermasalah tapi bila saya jumpa Kimurasan itu saya lihat suaminya itu nampak baik sangat!"
"Jadi apa masalahnya?" Kaito nampak berminat sangat ingin tahu.
"Payah saya mahu terangkan Kaitosan, harap-harap si Ayu isterinya akan telefon saya dalam minggu ini!, saya ingin menasihatkan dia!"
"Kenapa tidak telefon sahaja dia!"
"Itulah masalahnya saya tak minta pun nombor telefon rumah dia!"
"Habis tu selama ini berjumpa tu bagaimana?"
"Ayusan yang telefon saya, saya sebenarnya tak mahu panjang-panjangkan pertemuan ini, sebab saya ingat diri saya Kaitosan; saya sudah berkahwin rasa bersalah pula nak minta nombor telefon perempuan lain, isteri orang pula tu!"
"Habis tu bagaimana Ayu tahu telefon iDANsan...?"
"Saya kasi kad saya!.."
"Emmm! maknanya samalah tu, memberikan kad bermakna membuat langkah memanjangkan hubungan!" Betul juga apa yang Kaitosan cakap. Aku terdiam. "Jika ada niat lain, lupakan dia iDANsan!"
"Entahlah Kaitosan, saya beri kad itu lantaran memikirkan dia orang Malaysia, kahwin pula dengan orang sini, niat tu sekadar mahu kenal, tak sangka pula dia mengadu hal macam-macam...!"
"Habis tu mahu pergi ke rumahnya, nanti suami tak ada di rumah bagaimana?. Apa pandangan masyarakat, kami juga amat menjadi kehormatan keluarga!, lagi pun mana mungkin suami tak cemburu, iDANsan ini pun bukan calang-calang orang... rippa.. subarashii desu ne!.." Kaito telah memikirkan sejauh itu.
"Okey!lah tak payahlah kita cerita itu lagi, katanya Kurodasan akan hantar saya ke Juo Machi itu!" Aku bawa cerita lain. Malas nak fikir soal Ayu. Kami makan apa yang ada. Aku beli roti di Harajuku tadi. Pelbagai jenis minuman ada di ruang kecil buat air minuman. Setiap meja orang Jepun ada sahaja gelasnya. Tengah hari selalunya ada orang hantar makanan. Aku suka tenguk bekas makanannya. Cantik. Kalau kita pakai mangkuk tingkat. Mereka guna bekas yang berlainan. Ikut Menu.

"Iiya!, tak lama kan?, katanya tiga bulan sahaja iDANsan kat sana!'
"Deshou!.. saya akan rindukan Tokyo nanti!"
"Rindu sini balik sahaja nanti!"
Kami kembali membuat kerja, berbual ketika rehat sahaja. Kerja surihan aku untuk negara Oman masih ada. Aku kena siapkan juga sebelum aku pergi. Dari jauh aku nampak si Matsushima senyum denganku. Hoshino; biasalah dengan rangginya. Kalau asyik perhatikan dia buat aku payah tidur malam sahaja.
- bersambung