iDAN

02 Ogos 2009

ISA (Delima Merkah)

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu petikan]

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. [perlu petikan]

Sila Kik sini jika mahu tahu sedikit tentang apa itu ISA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)

Masa aku kecil masih ingat bendera ini banyak tertampak
di pokok kelapa kampungku jika musim pilihanraya

Antara yang menjadi mangsa yang mungkin ramai tidak mengetahuinya ialah arwah Pakcik aku Allahyarham Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi Sila klik jika mahu tahu sedikit tentang
beliau.

Allahyarham meninggal pada 10 Oktober 1969. Ketika itu aku masih kanak-kanak. Masih tidak tahu erti perjuangan kemerdekaan cumanya yang aku tahu Allahyarham tidak sehaluan perjuangan kemerdekaannya dengan Parti Perikatan yang didaftarkan pada Pada 30 Oktober 1957 oleh UMNO serta gabungan & sokongan parti MCA & MIC di Tanah Melayu.

Aku pernah melihat gambar Allahyarham duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Rashid Mydin & beberapa lagi ketua perjuangan politik yang berlainan fahaman ideologi mengadap British. Dulu dalam buku sekolah Sejarah ada gambar ini, sekarang ditutup & dirahsiakan.

Perlukan akta ini dipinda & dipinda berkali-kali sedangkan bekas tahanan ISA yang dilahirkan oleh ISA ini masih kita lihat setegas dulu. Seperkara lagi kenapa mesti sampai 20,000 rakyat marhaen sanggup berdemo untuk penghapusan akta ini. Rasanya kerajaan perlulah peka.

Tok Guru Nik Aziz berkata ISA hina manusia, beliau mahu ISA dihapuskan terus bukan sekadar memindanya. Anaknya sendiri pernah menjadi tahanan ISA mesti di sebalik sembang-sembang keluarga mereka lahir ayat "Hina" yang dia maksudkan.

Dalam apa perkara keadilan pun elok kita ambil pendapatan mereka yang pernah terkena percikan ISA ini berbanding mereka yang mengarah & memercik air kimia di perhimpanan aman 1 Ogos baru ini.