iDAN

21 November 2010

Berkorban. (Agama)


Orang-orang yang disunat berkorban:

Tidak semua orang Islam disunatkan berkorban, ia hanya disunatkan ke atas mereka yang cukup syaratnya sahaja iaitu orang Muslim yang merdeka, telah sampai umur dan berakal tidak kanak-kanak dan orang gila, berkuasa berkorban iaitu memiliki wang atau harta yang lebih bagi perbelanjaan diri sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya al-Adha, pada hari-hari tasyrik dan malamnya.

Orang yang hendak berkorban itu . Disunatkan supaya jangan memotong kuku, rambut, janggut atau bulu-bulu yang lain bermula awal Zulhijjah sehinggalah selesai ibadat korban kerana Allah SWT akan merdekakan semua anggota badan. Bagi mereka yang melakukan Ihram Haji dikecualikan. Ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, sedangkan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka hendaklah iapegang (jangan membuang ) rambut dan kukunya". (Riwayat Muslim)

Bagi kaum lelaki yang pandai menyembelih binatang, disunatkan kepadanya menyembelih sendiri binatang tersebut. Golongan perempuan adalah sunat mewakilkan sembelihan korban itu kepada orang lelaki yang mahir. Mereka yang melakukan korban hendaklah melihat binatang korbannya itu semasa disembelih.

Kenapa timbul isu orang yang berkorban perlu melihat akan binatang korban (biar pun tidak wajib).

Mungkin berhubung kait dengan riwayat ini:

" Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahar yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi)."

Andai kata kita sendiri tidak melihat korban yang kita lakukan; bagaimana binatang korban itu mengenali kita. Hanya restu & penerimaan Allah SWT sahaja yang bakal menemukan kita dengan korban kita. Pun jika kita ada bersama pastinya lebih meriah & dapat melihat ketentuan daging ini diagihkan.


Namun tidaklah salah jika kita wakilkan seseorang atau sedekahkan semua bahagian kita buat mereka yang dibolehkan. Seumpamanya kita mahu binatang korban kita dikorbankan di Tanah Suci di Mekkah, mana mampu kita ke sana. Isunya banyak pahala sunat tidak kita dapati seperti memakan sebahagian daging korban kita terutama hatinya binatang yang kita korban; memang itu yang diamalkan oleh Rasulullah.

Bagaimana pun ikutlah kemampuan kita berkorban; korban itu boleh merapatkan ukhuwah sesama kita terutama mengembirakan kaum miskin di Hari Raya.

http://dgelenggang.blogspot.com/2009/11/soal-jawab-ibadah-korban.html

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."