iDAN

30 November 2013

Rakan Setia

Kita kena percaya dengan perkara ghaib; bukan ghaib itu bermaksud orang bunian, hantu, jemalang atau APA juga yang misteri & menakutkan. Perkara ghaib seperti takdir, jodoh, pertemuan atau jua yang membuahkan kebaikan atau rezeki perlu kita yakini akan sentiasa ujud buat diri.

Sebagai contoh persahabatan atau ikatan yang intim. Ianya bukan hak kita menentukan. Ada ketika hari ini mereka yang pernah kita benci atau yang tak mahu mengenali kita tetiba dia jadi rakan setia.

Bukan mustahil berlaku sebaliknya hari ini kita begitu intim tetiba esok atau lusa rakan ini menjadi renggang atau menjadi duri dalam daging yang tak pernah kita jangka boleh membuatkan hidup kita terganggu.

 Hatta kena yakin & berserah kepada ketentuan Ilahi; segalanya adalah anugerah daripada Dia yang Esa untuk kita punyai rakan yang baik lagi SETIA.

29 November 2013

Puisi Alam Maya

SETIA ALAM MAYA

Ada ketika aku hidupkan awak dalam alam maya
untuk aku dapat berbual & berceritera
tentang bulan juga megah merak kayangan
tentang suara riang-riang juga desah merbah
kita menjadi amat intim di persada maya
namum kita tak pernah kenal siapa diri
awak hanya gadis jelmaan
yang tak pernah pun datang
mengintai aku di dunia nyata ini.

Sesekali aku jadi amat gelisah
bilamana kutahu awak semakin leka kendiri
dengan rakan FBmu yang baru hebat berjanji
yang amat pandai mengayatmu malam & siang
sampaikan awak lupa akan aku yang sekadar ada
ada ketika aku tiada di untuk terus berinternet
lebih sedihnya awak tuduh aku cemburu
awak tegar menuduh aku fitnah rakan barumu
sedangkan aku baru amat mengenalimu
rakan barumu itu pun aku yang mengenalkan
namun rakan barumu memenjaramu ke laman lain
yang tak mungkin awak dapat mengintaiku lagi.

Aku baru sedar aku makin amat merinduimu
dengan hati sepi ini aku tambah sepi tanpa awak
bersenda leka bagai dulu saban malam hingga dinihari
aku tercari-cari ayat-ayatmu yang ramah lagi mesra
bagaikan awak tak pernah kenal erti perpisahan
berjanji mahu menjadi teman intimku di alam maya
tapi segalanya hanya kosong tinggal hanya janji
bagaikan awak termakan sihir rakan barumu.

Memang dunia maya dunia yang amat KEJAM
tak hairan ramai hati yang koyak rabak
sebab semuanya terlalu bebas tanpa sempadan
saling berlumba dengan ketangkasan maklumat
tak mungkin YM dapat mengatasi FB
tak mungkin FB dapat mengatasi Wsapp
dari satu era ke era yang lebih pantas
sedangkan aku sekadar dapat menghubungi awak
melalui PC dugung ini; jika awak ketik FB ini
dapatlah awak berhubungan denganku
jika awak tangkas dengan rakan baru
di Wsapp atau terus dail HP dengan rakan barumu
hatta awak akan pasti TERPISAH renggang denganku
tersesatlah kita selamanya mengikut arah sendiri
dengan 1001 watak manusia alam maya
yang tak PASTI hati budinya.

iDANRADZi
Kota Bharu Perak
 

28 November 2013

ŤÁÚŦÁŃ ĤÁĨŶÁŃ

Daripada ILAH HAFIZ AZIZ

TACLOBAN CITY, FILIPINA 14 Nov. - Beberapa buah pulau di bahagian tengah negara ini masih lumpuh termasuk penduduknya terputus bekalan keperluan asas seperti makanan dan minuman biarpun telah hampir seminggu dilanda taufan Haiyan.

Keadaan itu memaksa kebanyakan mereka berjalan kaki puluhan kilometer ke Lapangan Terbang Tacloban untuk merayu bantuan tentera dan sukarelawan tetapi hampa kerana gagal memasuki kawasan tersebut yang dikawal ketat.

Meskipun demikian, penduduk terus menunggu bersama keluarga termasuk mengharapkan peluang untuk dipindahkan ke bandar Cebu dan Manila melalui penerbangan walaupun menyedari peluang adalah tipis kerana kekurangan pesawat.

Sementara itu, bantuan kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia telah selamat tiba di bandar ini kira-kira pukul 6.30 petang semalam (waktu tempatan) dengan bantuan 30 jenis bekalan asas dan perubatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bekalan asas itu akan diedarkan mulai hari ini selepas kesukaran untuk berbuat demikian sejurus tiba di lapangan terbang.

"Kami akan ke kawasan pusat bantuan kemanusiaan yang memakan masa kira-kira empat jam perjalanan menaiki kenderaan bersama 11 orang pegawai perubatan untuk memberi bantuan yang diperlukan," katanya. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Aku pernah dilanggar ribut beberapa kali ketika memancing di tengah lautan. Melihat ombak melonjak ke langit memang rasa kecut perut. Aku sentiasa memeluk tiang bot sebab tak mampu lagi berdiri. Pakaian semua basah.

Bila terbayang bot pecah aku pasti hanyut atau dimakan ombak; baju keselamatan pun tak nampak dalam bot; jika bertanya tekong bot macam tak kisah pun nanti macam kita percaya dia kemudi bot.

Tak dapat dibayangkan jika dengan pintasan elektrik pokok tumbang & rumah roboh. Ini memang amat menyeramkan KETIKA taufan/ribut pun kesan setelah dilanda taufan.

bencana alam ada ketika bukan bencana tetapi ianya BALA 
bilamana terlalu banyak kemungkaran berlaku

04 November 2013

Bejuku

 
Biuku : sj kura-kura, Notochelys platynota; mata ~ mata yg suram (tidak berseri-seri). Orang bandar sebut kura-kura; ada juga sebut labi-labi tapi kami di kampung selalu sebut bejuku seiras DBP sebut biuku.

Tadi aku & Azim baru beli makanannya. Setin 450 gram RM20. Selalunya jika tin rona hijau kami dapat harga sekitar RM15. Cukuplah makan sekitar sebulan. Itupun bila tak cukup makanan bejuku kami lima ekor ini kami kasi makan kangkong.

Asal bejuku ini hanya sebesar ibu jari sekarang bejuku ini dah sebesar pinggan; siapa nak buat gulai boleh kontak kami.

Selain kangkong apa makanan/sayuran bejuku ini suka makan iyer.

03 November 2013

Di penghujung nafas ini,

Di penghujung nafas ini,
Ingin ku syairkan puisi indah buat mu,
Ingin ku ulit kenangan diingatan mu bersama irama dan laguku...
Ingin ku mendengar nyanyian mu di deruan aliran sungai ini...
Andainya ini malam terakhirku,
Kerana aku makin jauh dari bantal lengan mu,
Dan aku redha andainya tidur ku tidak terjaga selamanya...


-CINTA DALAM HATI

dan jika esok aku bersendirian berjalan menyusuri pepohon lurus tanpa dedaunan.....kenanganku kan bertaut dengan kehadiranmu di dalam mimpi-mimpi semalamku...lalu kan kudakap kemanisan pertemuan kita di antara dua tinta....kan kuhembuskan rinduku pada nukilan nukilanmu yang menggariskan sebuah sendu lagu rindu pada sang puteri....kan kuekori awan kelabu yg memayungi langit karmizi....kan kujejaki lembayung yg menyelimuti kekosongan tempatmu di singgahsana citrawarna...kan kudongak ke rembulan yang menyinari malam sepiku tanpa coretanmu di persada ilmu....dan di keheningan dingin pagi yang dipagari lembutnya deruan angin...kan kupanjatkan doa semoga kau bertakhta di singgahsana cinta yang Maha Esa jua hingga kita dipertemukan semula di hari penentuan kelak....bersemadilah kau di sana menunggu kedatangan handai taulan mu dengan bekal yang kau bawa dan doa-doa dari kami semua...amin

- Kalthoma Abdul Aziz

 

02 November 2013

Petua Berhenti Merokok



Mahu berhenti merokok?
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

01 November 2013

Petua Hilangkan Bau Mulut / Petua Hilangkan Nafas Berbau


Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam