iDAN

18 April 2012

Misteri Volkswagen Kuning & Gangguan di Jalanan.





KISAH KARAK

Jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantuMana tidaknya seingat aku hampir

10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)



Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam (tidur) dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena "tegur".

3.Volkswagen kuning.

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak juga di Jelapang. Ia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini

Seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku di asrama tengah dengar adio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil dail Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.


4. Kereta Misteri

KARAK Penemuan sebuah kereta

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


 Hantu Wanita duduk di kuburan

Jalan Karak Lama

1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta parkir tepi jalan tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi rempit lah sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah lah dlm bas tu sebab ramai penumpang.Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehinggalah selesai sembahyang..selepas itu..hilang.

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di

KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "suhu" naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya. Lepas tu datang kereta peronda polis si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!



Misteri Volkswagen kuning.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang amat misteri.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .

Jika tidur sendirian di rumah selalu hantu berkelubung putih ini akan menganggu.


Cerita Kedua: Oleh Bahtiar

Salam. Saja nak mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning ni pada tahun 2000 dulu. Waktu tu aku rasa dalam pukul 12.00 malam. Aku nak ke Penang waktu tu nak tenguk isteri yg tgh berpantang dekat sana.

Seingat aku waktu nak turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu. Aku ambil lorong sebelah kiri saja, sebab bawak pun perlahan saja.

Tiba-tiba dekat belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tak perasan pun entah bila kereta tu ada dekat belakang keretaku. Jadi aku buat tak reti sajalah. Tiba-tiba dia bagi lampu dongak...klip klip saja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun tak cerah. Lalu aku ingat kereta tu lampu dia ada masalahkah apa.

Aku buat tak tau sajalah. Aku rasa adalah dia main lampu dongak tu dalam 10 minit. Aku dah cuak juga masa tu, aku ingat orang jahat saja nak pekenakan aku.

(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)

Jadi tak adalah timbul rasa takut. Lepas itu aku nampak dekat cermin belakang kereta tu nak potong aku. Lantas aku biar sajalah dia potong sebab nak tenguk juga muka orang dekat dalam kereta tu.

Bila dia potong saja.Memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tapi pemandunya memang tak nampak pun. Mungkin sebab malam. Itu sebab tak nampak kut. Memang laju juga pemandu tu memandu.

Memang aku pun tak syak apa-apa lagilah. Lepas tu aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab nak hilangkan rasa ngantuk. Aku rasa dalam 10-15 minit lepas tu. Tiba-tiba kereta tadi ada kat belakang kereta aku balik. HAHHHH!!!! terkejut aku. Adik aku pun cuak juga masa tu. Aku pun tanyalah adik aku tu.

" bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?" adik aku kata mana ada potong sebab kita orang ambik lorong kiri saja dari tadi. Aku dengan adik aku dah cuak gila masa tu.

Kereta tu asyik bagi lampu dongak (klip2) saja lagi. Aku cakap dengan adik aku "ni kompom orang jahat nak pekena kita ni" Maka aku suruh dia siap sedia kalau jadi apa-apa. Lepas itu dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad nak tenguk betul-betul muka orang tu...Perghhh! Takde orang dalam kereta itu. Sebab cahaya kereta dari arah bertentangan terpantul kat dalam kereta Volkswagen itu..

Memang kompom tak ada orang.. FUHHH!!! gerun juga aku masa tu aku pun cakap dengan adik aku buat tak tau jela...diam-diam saja.

Lepas sampai kat rumah mak mentua aku; aku pun berceritalah dengan pakcik bini aku yang aku kena ganggu kat lebuh raya tadi. Dia cuma cakap "Takde apa-apa tu..esok sajalah aku cerita"

Hahhh... mungkin sebab hari dah lewat malam kut dan dia tak nak aku terbawa-bawa cerita tu. Esok itu baru dia cerita dengan aku kisah sebenar pasal Volkswagen tu.

FUHHH!! gerun juga aku dengar. Sebab tak sangka aku sendiri mengalami benda tu.

p/s: kalau ada sesiapa yang pernah mengalami peristiwa yang sama kongsi-kongsilah sama..nak tau juga macam kau orang terkena.