iDAN

06 Jun 2009

Ibu Nana dapat kejutan hadiah Mercedes (Hiburan)



NANA dan Mohamed Raqeem pada hari bahagia mereka bersama Rosnah (kiri) serta Che Mazahan di Muar semalam.

TUAH IBU. Anak kahwin, ibu dapat kereta mewah. Itulah tanda terima kasih penyampai radio ERA, Nurul Hana Che Mahazan, 26, atau lebih dikenali sebagai Nana kepada ibunya, Rosnah Harun, 48, sempena majlis pernikahannya dengan Mohamed Raqeem Brian, 34, di Muar semalam.

Mercedes Benz C200 berwarna putih itu adalah hadiah Nana dan suaminya kepada keluarga terutama ibunya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kariernya selama ini.

Sebelum itu, Nana selamat diijabkabulkan dengan Mohamed Raqeem yang juga Pengurus Kanan Radio Hitz FM dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 serta wang hantaran RM21,000.

Wang pampasan wajib dizakat (Agama)

Soalan:

Adakah benar wang ganjaran (graduiti) sempena penamatan kontrak kerja adalah diwajibkan zakat? Untuk makluman, saya pernah mendapat graduiti selepas tamat tempoh perkhidmatan dengan tentera pada 1999.

Seorang kenalan saya menyatakan bahawa wang graduiti tidak dikenakan zakat kerana ia bukan pendapatan tetapi pampasan daripada majikan. Bolehkah dijelaskan hal ini?

Jawapan:

Wang pampasan atau gratuity adalah termasuk ke dalam harta mustafad (al-mal al-mustafad). Ini kerana, wang tersebut diterima atas illat (alasan) daripada pekerjaan yang telah dilakukan.

Jika tidak kerana pekerjaan sekali pun, katakanlah atas alasan dihadiahkan oleh seseorang, maka ia masih tunduk kepada zakat. Ia wajib dikira zakat setelah cukup haulnya, yakni dikenakan zakat ke atas baki wang berkenaan.

Sebuah hadis boleh dijadikan sandaran iaitu, Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (ada zakat sebanyak) 5 dirham, dan tidak takwa ke atas kamu (dalam) sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar”. (riwayat Abu Daud)

Inilah dalil bahawa wang yang diperolehi atas jalan apa sekali pun, maka wajib dizakatkan. Cuma yang menjadi khilaf ialah sama ada perlu ditunggu genap setahun ataupun terus dizakatkan semasa mendapat wang berkenaan.

Maka, di sini pendapat yang aula ialah menunggu sehingga cukup haulnya, dan selepas itu ia dizakatkan kepada apa yang berlebih.

Namun, tidak salah jika mahu terus mengeluarkan zakatnya pada masa ia diperolehi, demi merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang menyegerakan kebaikan.

*Untuk maklumat lanjut sila layari www.e-zakat.com.my atau emel kepada hamizul@e-zakat.com.my

Utusan Malaysia

Sungai Tekala (Santai)






Ini pula Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat sekitar tak sampai pun 30 minit dari rumahku di Jenaris

गाबी (संतई)

Banyak menyimpan kenangan masa lalu, banyak juga menyimpan khazanah yang menarik. Flora & fauna di sini masih tidak tercemar. Jika kita hayati aliran air dingin ini; sejak berzaman tidak pernah keringnya pasti kita teruja dari mana terbit & punca mata airnya. Pasti ada sesuatu yang tersembunyi dengan kurnian Ilahi tentang nikmat air terjun yang jernih lagi tidak tercemar ini. Kita harus menyayanginya sebagai khazanah anak cucu kita nanti.



Gabai Hulu Langat, lamalah amat tak ke sini, air terjun yang erdapat sekitar Kajang, selain Sungai Chongkak, Batang Si & Air Terjun Sungai Tekala.



Sekarang ianya kena bayaran, tidak bagai dulu kita bebas di sini. Cuti-cuti begini moh! kita bersantai di sini; siapa ingin temankan aku mandi manda di sini.. Moh!lah!.

Akaun YM Sudah Okey



Dah boleh guna semula kelopak@yahoo.com. Begitu juga dengan YahooGroup Kelopak ianya telahpun dikemskinikan. Cumanya syarat ketat untuk menyemak kembali kata laluan di Yahoo teramatlah payahnya. Bagaimana mahu mengingatkan semula apa yang kita daftar sejak 20 tahun lalu.

Ada beberapa YahooGroup aku telah padamkan lantaran tidak dapat langsung mengingati sebarang kiasan apatah lagi soalan rahsia tiap kali mahu menukar kembali kata laluan. Ada bahannya terpaksa aku salin semula & masukkan kembali ke YahooGroup atau situs yang baru aku bina. Terpaksa. Antaranya kisah Tutor ooo Tutor.

Aku sedang menyalin semula semua yang aku tulis di Easyjournal ke BlogSpot, takut ianya terpadam & tiada tempat untuk aku merujuk semula. Server Easyjournal juga sering amat meragam terutama amat lembab atau sibuk taliannya. Dulu aku tak berminat dengan Blogspot ini lantaran tak banyak disediakan template yang menarik, pun biasa amat dengan blog org lain... untuk kita memuatkan situs kita. Tetapi nampaknya taliannya semakin laju & mudah untuk meletakkan gambar di setiap sisipan ceritera.

Aku masih tertanya-tanya apa nan terjadi dengan Geocities & Tripod tempat mula-mula aku mengenal laman web atau situs. Ada juga hasil kerja seni aku di sana.