iDAN

12 Januari 2014

BH lakukan berita yang menghairankan.


Yeop Rindu Menulis:

Ada ketika satu yang memang penting & ianya sentiasa kita kumpul saban minggu tetiba hilang. Tentunya ini amat menggusarkan. Ini yang berlaku kepada BH Ahad ini. Aku tak dapat nak selesaikan masalah ini sebab dah malam baru aku perasan. Kenapa kandungan dalam akhbar sisipanya Kembara tidak lengkap. Ada sehelai yang dicetak dua kali; sehelai lagi hilang; maksudnya ada empat muka surat tak lengkap.

Alahai kedai mamak di mana tempat aku beli BH ni dah tutup malam begini. Tak pasti apakah ini silap mamak yang susun isian akhbar atau silap BH.

Sedar tak sedar di Jenaris mengikut bancian aku; sehari tak sampai pun lima naskhah akhbar BH ini laku di kedai mamak sebelah rumahku. Sedangkan akhbar BH ini cukup padat & tebal isinya. Berbanding akhbar tabliod lain yang amat nipis harga pun agak mahal berbanding kuantitinya. Kualiti akhbar tabliod ini pula ada yang lebih kepada isu politik atau isu semasa yang samar berbanding BH yang ada banyak fakta & rencana menarik.

  • Yeop Rindu BETUL amat BH telah melakukan satu perkara yang menghairankan. Awal pagi aku dah berkejar ke kedai mamak sebelah rumah yg mana aku pasti amat ada banyak lagi naskhahnya tak berjual... aku siap bawa BH semalam (Ahad) untuk ditukarkan... sebab aku simpan/kumpul puisi & cerpen di BH setiap minggu. Ish cerpen hanya separuh siap puisi pula tak mandang... maka aku tertipu 4 muka surat tiada... nak buat apa 4 muka surat diberi dua salinan... hairan.

    Semua BH 12 Januari 2014 Ahad di Jenaris punya masalah yang sama. tercetak 4 muka surat yang sama... hilang 4 muka surat yang memang aku nantikan...huh.