iDAN

08 Julai 2009

Manohara ooo Manohara (Delima Merkah)

Tidak semua warga Indonesia percaya dengan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya. Perlu diingat suaminya Tengku Muhammad Fakhry masih menunggu kepulangannya. Manohara masih seorang isteri. Di sisi agama kita telah pasti dia telah dijatuhkan hukuman Nusyuz atau derhaka kepada suami. Semua tahu suaminya memohon dia pulang ke istana pada 2 Julai lalu; Melalui perintah mahkamah syariah lagi!. Dia langsung tidak menghiraukannya. Jika perundangan agama Islam pun tidak dihormati oleh Mano, tidakkah namanya mencabar kedaulatan perundangan Islam di Kerajaan Negeri Kelantan.

Kini kita boleh berandai ibunya yang menculik Manohara dari suaminya.

Bayangkanlah jika anda di tempat suaminya. Sudah tuntutan & kemahuan Mano amat tinggi. Jutaan wang anda lesap lantaran mengharapkan anda bahagia bersamanya. Tetiba anda sendirian memeluk semula bantal busuk anda. Tidakkah terbakar hati anda.

Jam tangannya pun mahukan yang berharga ratusan ribu RM, belum lagi kereta mewah & kondo yang dibelikan. Dikira sudah amat mewah kehidupan Mano. Tetiba ibunya memihak anaknya tanpa berbincang secara keluarga dengan besannya atau pihak istana, Mona sendiri mengaibkan suaminya di media terbuka.

Dalam internet ada warga Indonesia mempersoalkan kenapa suami di Malaysia setelah membelikan isterinya jam tangan mahu meminta semula. Apakah wajar tindakan suami di Malaysia begini. Bagiku jika Mona tidak mengaibkan suaminya maka tidak timbul pinta semua pemberian. Harus diingat jika jam tangan tersebut berharga ratusan ribu RM, bukan jam pasar malam... maka ianya juga berupa harta bersama. Pihak suaminya sekadar mendedahkan kepada masyarakat betapa tingginya kemahuan Mano. Jika Mano isteri yang baik & jujur pasti tidak timbul kekecuhan segala. Begitu juga jika suami seorang pendera mana mungkin masih mahukan isterinya yang degil, menyakitkan mata & hati. Apatah lagi dia anak Sultan punyai wang berjuta-juta. Lebih dari seribu gadis seperti Mano pun dia boleh temui.

Bagiku hukuman penjara 70 tahun bagi suami yang mendera isterinya cara baik, amat tidak wajar. Dalam sebulan dua pasti luka-luka & parutnya pun tidak nampak lagi. Itu bukan dera namanya. Mana ada dalam rumahtangga kita tidak berselisih faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Kecualilah dalam senyap-senyap Mano akan mendera dirinya sendiri dengan kesan & parut yang tidak akan hilang.

Penderaan ini pun masih samar-samar, masih tidak terbukti sahihnya. Sementelah kita orang awam ada baiknya mencari jalan tengah jangan sampai cepat sangat berandaian malahan mengaibkan seseorang. Takutnya hanya dapat dosa kering sahaja nanti.



Kuantan, Malaysia


Friday Jun 19
Saya rasa kita sebagai bangsa Indonesia yanga modern dan pintar, sudah tidak semestinya kita selalu mendapat kebohongan, apalagi kebohongan yang dilakukan manohara dan keluarganya, mudah sekali ditebak, UUD (ujung ujungnya duit), ingat Manohara kita anak bangasa Indonesia sudah 32 tahun tertipu, jadi sudah paham betul orang orang macam kamu, MANOHARA GET OUT OF MY COUNTRY YOU ARE NOT INDONESIAN
Sarah

Jakarta, Indonesia

Wednesday Jun 24
Pada awalnya saya emang simpatik sama Manohara tapi lama kelamaan saya jadi sebel liat kelakuan Mano dan ibunya di infotement. Manohara dan ibunya tidak tau malu sekali. Tiap hari maunya masuk media terus. Apalagi sekarang Manohara main sinetron lagi. Dari mukanya aja saya udah neg, apalagi nonton sinetronnya. Ogah deh!! akting aja ala kadarnya, bisa jadi artis. Yg bener aja! itu mah cuma aji mumpung doang. Liat dong faktanya. Kalo seorang wanita disiksa oleh suaminya. Apakah wanita tersebut akan bersedia berakting seperti Manohara? Apa dia gak tau malu. Cuma orang bodoh yang percaya kisah Manohara. Emang Manohara dan ibunya pinter sekali membuat cerita bohong. Seorang yang disiksa oleh suaminya, apakah pantes menghabiskan waktu buat jumpa pers terlebih dahulu daripada visum? Lucu sekali kisah Manohara.

Ketemu Manusia (Singgahsana)


Begini rupanya orang bersara, bila aku congak-congak tak sampai pun satu pertiga dunia aku dapat berbual atau ketemu manusia. Selebihnya aku terpaksa melayan diri. Maka itu aku ingin penuhkan dengan mengabadikan kenangan & minda ini dengan menulis.

Awal pagi bangun sekitar 6:30 pagi, dengar Mila telah bangun awal; paling lewat aku kena meninggalkan bantal busuk 6:45 pagi. Jika tidak suara nyaring Mila akan masuk jauh ke jantungku; suruh solat subuh.

Paling lewat sekitar jam 7:15 pagi hantar Azim. Dapatlah berbual dengan dia di kereta perangku. Itu pun jarang keletah Azim ini baik di awal pagi. Silap bual pasti kena marah. Pagi tadi aku memandu perlahan kereta perangku pun dia sudah marah-marah. Lepas itu jika Mila masih tak keluar rumah aku terpaksa tunggu dalam kereta perang dengar Klasik FM. Tak kan biarkan kereta perangku berjemur di luar rumah. Cukup semalam ianya berembun. Mila biasanya sekitar jam 7:15 ke 7:30 pagi kena bergerak ke ofisnya di Damansara. Aku pernah hantar dia dari Jenaris jika jalan tak sesak sekitar 45 minit sampailah dia ke ofisnya.

6:45 ke 7:30 pagi itu lah waktu untuk aku berpeluang ketemu manusia. Sekitar 45 minit sahaja.

Selalunya Afiz atau Anif bangun sekitar 11:00 pagi. Dua jejaka ini memang kaki berjaga malam, Anif tidur sekitar 12:00 tengah malam ke 1:00 pagi. Afiz aku tidak pasti tapi selalunya aku terjaga sekitar 3:00 pagi sering dia di depan komputer lagi. Jika nasib aku baik dapatlah berbual sekitar 15+15 minit dengan kedua jejaka ini. Afiz bangun-bangun sahaja dengan telefon bimbitnya, gadis dari Kelantan telah sangkut dengannya. Sibuk SMS terkejar-kejar ke KFC, ikutlah jadual shifnya jika jam 9:00 pagi aku kena kejutkan dia 45 minit sebelum itu, jika kejutkan sejam sebelum itu pasti payah amat bangunnya.

Anif pula bangun sahaja pasti dengan Tagged, permainan komputer atau komiknya. Jika masuk jam 12:00 tengah hari mana ada masa untuk berbul dengan aku. Jika masuk jam 1:00 tengah hari dapatlah berbual panjang. Itu pun jika aku mengadap dia, jika tidak pasti dia leka dengan komputer atau komiknya.

Kesimpulannya 15 minit berbual dengan Afiz 15 minit berbual dengan Anif. 45+30. Sejam 15 minit.

Sekitar jam 1:15 tengah hari Azim pula balik dari sekolah, selalunya keletahnya ketika balik agak baik. Dia biasanya meluru ke kamar panjang & kejar komputernya. Ajak makan pun jarang dia mahu, selalunya dia akan kata kenyang. Peluang aku berbual dengan dia sekitar 30 minit, dia masuk sekolah agama jam 2:30 petang. 2:00 petang selalunya dia ngadap TV tak boleh ganggu lagi. Dia leka dengan rancangan kartun. Tak ingat namanya apa... yang ada episod 10 perangai pelik itu. Nasib-nasiblah selagi tak habis ceritera itu takkan mahu bergerak. Aku selalunya punyai masa sekitar 5 minit sahaja untuk memecut laju kereta perangku ke sekoah agamanya. Tak sempat pun nak tekan berek ketika meredah bonggol jalan. Nasiblah Solihin sudah kasi kuasa F1 untuk kereta perangku.

Sejam 15 minit + 30 minit baru sejam 45 minit.

Malamlah baru aku dapat berbual dengan keluarga. Itu pun tak lama mana, selalunya jam 9:00 malam aku telah sendirian melayan si ZEE atau ke HBO & dua lagi kumpula salurannya; layan cerita orang putih. Bayangkan sekitar jam 7:00 malam baru berkumpul. Itupun kalau Mila tak sangkut di jalanan. Dua jam dapat berkumpul, masak makan-makan kemudian ikut haluan masing-masing. Mila ada Gua Hiraknya, anak-anak aktiviti malam mereka. Aku jarang ke surau atau masjid dua tiga kali sahaja dalam seminggu. Bukan saban harian, jika setiap hari aku pergi jawabnya makin tak kenallah aku akan keluargaku.

Minggu lalu aku ke stadium ikut ceramah Datuk Nizar pun sendirian; ajak anak-anak tak siapa yang mahu. Aku masih ingat rutin aku sebelum kenal ICT, kejar masjid ke sana ke sini. Dengar ceramah saban malam. Sekitar jam 9:00 ke 10:00 malam baru pulang.

Sejam 45 minit campur dua jam bersamaan tiga jam 45 minit. Nak sedap kiraan cuma sekitar empat jam aku dapat ketemu manusia dalam sehari. Itu pun cuma keluarga.

Bayangkan betapa sepinya dunia seorang Pesara. Maka itu aku memilih jalan ini menjadi seorang Penyair. Setidak-tidaknya ada sesuatu yang boleh aku sampaikan kepada insani. Mungkin catatan ini ada juga memberi pesanan atau panduan bagi kita menuju arah hidup. Maka itu aku amat memerlukan respon & kata bual bagi kita sama-sama dapat berpeluang membetulkan arah tujuan masing-masing.

Usia pun makin sikit, sakit kronik aku juga semakin bertambah, bulan ini ada dua temujanji. Tengah bulan ujian terapi, sakit darah tinggi, kolestrol, diabetes & buah pinggang. Hujung bulan nanti kena jumpa doktor pakar jantung, ujian terapi peringkat kedua. ubat sekarang ini telah pun masuk ke enam jenis, dua jenis pil untuk darah tinggi, satu jantung, satu lagi diabetes, kolestrol & buah pinggang herba dari China.

Sisa usia sedikit inilah seharusnya sesama kita dapat bertukar maklumat agar ada sesuatu yang bisa kita kenang jika penyair iDANRADZi tiada lagi. Aku tak banyak meninggalkan pesanan hanyalah catatan yang belum selesai ini & puisi-puisiku. Aku juga tentunya tidak sempat membukukan tulisanku.

Semoga ada yang sempat menyimpan tulisan ini di cekera padat buat pesanan kepada generasi sepeninggalan kita nanti.

Tangisan Brooke Shields (Hiburan)


Brooke Shields pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Raja Pop Michael Jackson yang kini selamat dikebumikan setelah meninggal dunia pada 26 Jun lalu.

Atas hubungan istimewa itu Shields turut diundang memperkatakan sesuatu sebagai penghormatan terakhir kepada Michael dalam satu majlis penghormatan terakhir sebelum jenazah bintang legenda itu disemadikan.

Hanya air mata yang dapat menggambarkan bagaimana perasaannya saat itu, apatah lagi dia turut mengimbau detik indah semasa bersama bintang itu.

Naik sahaja ke pentas, Shields seakan-akan tidak dapat berkata apa... dia menahan sebak dahulu.

"Setiap kali keluar bersama ada yang mengekori kami dan kami digelar pasangan yang ganjil," imbau Shields.

Dia juga mengatakan Michael banyak mengajarnya yang masih muda semasa mereka bersama.

Shields juga memberitahu lagu kegemaran Michael bukanlah lagu-lagu yang diciptanya untuk peminat sebaliknya lagu Smile ciptaan orang lain.

Shileds juga mengatakan Michael seorang yang suka senyum dan suka membuat orang terhibur dengannya.

Sesungguhnya detik manis dikejar paparazzi dan menatap pelbagai cerita pasal hubungan mereka di akhbar tidak akan dilupakan oleh Shields.

Kejutan Shaheen Jafargholi di Michael Jackson Memorial (Hiburan)


Ditulis oleh Norman Ismail Rabu, 08 Julai 2009 16:30

Pelbagai berita menarik meja Mangga Online terima selepas selesainya upacara penghormatan untuk lagenda pop ikonik, Michael Jackson sehinggakan kami tidak tahu cerita mana hendak dipaparkan. Dalam asyik sibuk memilih berita, kami agak terpanggil dengan satu cerita.

Shaheen Jafargholi, salah seorang peserta Britan's Got Talent dikatakan telah terbang keluar dari Swansea secara rahsia atas permintaan keluarga MJ.

Keluarga MJ ada memberitahu media yang MJ amat meminati Shaheen. MJ secara kebetulan terjumpa video Shaheen di dalam You Tube dan khabarnya terus meminati beliau. Mungkin MJ dapat melihat dirinya di dalam Shaheen kerana MJ sendiri mula menyanyi ketika berusia 5 tahun.

Shaheen, 12 tahun, telah mendendangkan lagu Who's Loving You, lagu yang pernah dipopularkan oleh The Jackson 5 satu ketika dahulu.

Michael Jackson selamat dikebumikan (Hiburan)


Kawasan tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di Hollywood Hills, California yang menjadi tempat Jacko disemadikan. Gambar kecil menunjukkan keranda Jackson diusung ke pusara.




LOS ANGELES - Keluarga Raja Pop, Michael Jackson memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi itu di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills semalam.

Satu rombongan keluarga Michael yang menaiki kereta dengan diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia).

Tiga anak Michael merupakan antara tetamu yang awal keluar dari kereta dan memasuki bangunan di tanah perkuburan itu. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana degupan jantungnya terhenti.


BEBERAPA buah kenderaan tetamu berhimpun di pintu masuk tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di Hollywood Hills, California semalam.

Kebanyakan tetamu memakai pakaian berwarna hitam dan memeluk abang Michael, Jermaine yang beragama Islam ketika mereka memasuki bangunan di tanah perkuburan tersebut.

Jenazah Michael yang ketika hidupnya mesra dengan panggilan Jacko kemudian dipindahkan ke Pusat Staples di sini untuk disaksikan oleh peminat-peminatnya.


BAPA Jacko, Joe tiba di rumah keluarga penyanyi itu di Encino, Los Angeles semalam.

Pusat tersebut mampu memuatkan 20,000 orang tetapi ramai lagi peminatnya berada di luar bangunan tersebut untuk menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu. - Agensi

Amah kebas barang kemas (Ceritera)

NILAI: Madu diberi, tuba dibalas. Itulah ungkapan layak diberi kepada dua pembantu rumah warga Indonesia yang bukan saja menghilangkan diri dari rumah majikan masing-masing, malah barang kemas majikan itu turut lesap.

Bagaikan dirancang, dua guru sebuah sekolah di sini, kehilangan pembantu rumah masing-masing, berusia 20-an dan 30-an, bersama sejumlah barang kemas.

Mereka seolah-olah tidak mengenang budi kerana dikatakan mendapat layanan mesra oleh majikan masing-masing tetapi sanggup bertindak demikian.

Kejadian pertama menimpa seorang ustazah dikenali sebagai Nor Azlina, apabila pembantu rumahnya yang diambil bekerja sejak Jun tahun lalu, lesap bersama barang kemas bernilai kira-kira RM3,000 di rumahnya di Desa Melati, Bandar Baru Nilai, kelmarin.

Menurut Azlina, kejadian itu disedari kira-kira jam 9 malam apabila pembantu rumahnya tiada di bilik seperti kebiasaan.

“Mulanya saya sangka dia keluar di halaman rumah kerana ketika pulang jam 6 petang, dia masih ada di rumah.

“Mungkin kerana sibuk menguruskan anak, pembantu rumah mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas menyedari pembantu rumahnya tiada, dia mula mengesyaki sesuatu dan memeriksa rumah serta tempat simpanan barangan kemasnya di tingkat bawah.

“Saya didapati bilik tempat simpanan barangan kemas ada kesan diusik orang dan pelbagai barang kemas yang di simpan hilang. Saya syak pembantu rumah saya mengambilnya,” katanya.

Menurutnya, wanita dikenali Wiwi Indriyani, 31, berubah sejak awal tahun ini selepas diberi telefon bimbit dan mula bermain cinta dengan teman lelakinya.

“Saya tidak menghalangnya bercinta asalkan pandai menjaga diri. Kami sekeluarga menganggapnya seperti saudara sendiri dan tidak sangka dia tergamak melarikan diri bersama barang kemas saya.

Ketika melarikan diri, pembantu rumah itu tidak membawa pasport dan suami Nor Azlina sudah membuat laporan di Balai Polis Nilai, pagi semalam.

Dalam satu lagi kejadian, rakan Nor Azlina turut mengalami nasib sama apabila pembantu rumah warga Indonesia yang diambil bekerja sejak setahun lalu, menghilangkan diri dari rumahnya di Salak Tinggi, Sepang, pagi semalam.

Rosmawati, 38, berkata kejadian itu disedari jam 9 pagi apabila pembantu rumah dikenali sebagai Noraini meninggalkan anak lelakinya berumur setahun yang sedang tidur.

“Seorang pekerja saya datang ke rumah jam 8.30 pagi dan mendapati keadaan rumah bersepah sebelum mendapati pembantu rumah saya tiada di rumah,” katanya.

Harian Metro