iDAN

24 Jun 2010

Juara & Naib Juara Kecundang

Juara Menanti Bola Sepak Piala Dunia FIFA Itali (5 turutan dunia) nampaknya terpaksa berputih mata untuk ke pusingan seterusnya. Kekalahannya dengan pasukan Slovakia 2-3 telah meletakkan Itali di kedudukan tercorot dalam Kumpulan F.

Itali pernah menjadi juara sebanyak 4 kali 1934, 1938, 1982 & 2006.

Apa yang tak kena dengan Juara Menanti ini; sepanjang perlawanan awal Itali hanya sempat menjaringkan 4 gol setelah tewas dengan Slovakia 2-3, seri 1-1 bersama Paraguay & New Zealand. Gennaro Gattuso yang berpengalaman hanya sempat turun ke padang sebentar, saat terakhir Itali menentang Slovakia. Penjaring terbanyak pasukan Itali di peringkat antarabangsa Alberto GILARDINO pun tak dapat peluang terbaik untuk melonjakkan Itali ke permainan seterusnya. Fabio Quagliarella nampaknya dapat mengubah corak permainan. Terlalu lewat Itali terjaga dari igauan ngeri mereka. Natijahnya pasukan ini terpaksa pulang awal dari Afrika Selatan bersama impian hampa pun terpaksa melepaskan Piala Dunia untuk milik pasukan negara lain.

Fabio

Begitu juga Naik Juara Perancis terpaksa mengaku kalah & hanya mengutip 1 mata setelah seri dengan pasukan Uruguay 0-0. Kalah dengan Mexico 0-2 pun kalah dengan tuan rumah di saat akhir kejatuhan mereka 1-2.

Pastinya peminat dua pasukan ini terasa hambar lantaran terlalu cepat menghilangnya gelagat mereka di padang. Aku sendiri Penyokong Tegar Itali sejak berzaman; nampaknya terpaksa mencari-cari pasukan lain yang boleh dinobatkan sebagai Juara.

Pasti ramai yang menyokong Brazil & Sepanyol. Mengikut turutan pasukan di dunia dua pasukan ini memang teratas tetapi jangan perkecilkan Argentina di kedudukan ke 7. Portugal (3) Belanda (4) & Jerman (6) juga amat mencabar.

Sebenarnya aku lebih suka jika pasukan dari Afrika seperti Ghana (32) pun Asia seperti Jepun (45) akan mencabar pasukan Eropah & Amerika Latin. Namun melihat turutan ini pastinya agak sukar dua pasukan ini mengatasi aksi bola sepak negara Eropah & Amerika Latin. Korea Selatan (47) yang sering dapat Malaysia kalahkan di Piala Merdeka pun nampaknya dapat ke pusingan seterusnya, apakah mereka boleh menyengat?.

Cameroon

Cameroon juga kecundang bagi mewakili Benua Afrika untuk kepusingan yang seterusnya. Pemain Cameroon ramai yang tangkas bermain tetapi hanya sempat menyumbat dua gol ke gawang lawan.

Dua pasukan gergasi yang digeruni England & Jerman hanya saat akhir mendapat tempat ke pusingan seterusnya setelah di kedudukan yang amat mencemaskan.

Apa-apa pun bola itu bulat. Mana tahu tetiba ada pasukan yang tak pernah menjadi juara akan dinobatkan Juara Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010. 11 Julai nanti penentunya; Sekitar dua minggu sahaja lagi kita bersengkang mata untuk melihat Bola Sepak Piala Dunia FIFA ini akan dijulang.

(FIFA/Coca-Cola World Ranking)