iDAN

27 April 2012

Catatan Lalu

  • Penyair Idanradzi Buat masa ini nanti dulu; sbb paksu kena patah balik ada beberap barangan yg kak mila bising kita telah sumbat ke plastik hitam tu; mmg ada paksu punya pun dah simpan lebih 10 tahun tersimpan di plastik hitam tu; sbb itu paksu tak berani kemas bilik panjang nanti bergaduh pula dgn anak-anak; mereka mmg amat sayang akan komik mereka pun vcd & dvd mmg mereka rakam & beli sendiri;


  • Penyair Idanradzi Sejak mereka kecil dah paksu latih begitu menyayangi barangan; biar pun murah; agar tak terpaksa beli berkali-kali; seperti piala kemenangan jagai betul2 mungkin ianya jadi pendorong anak-anak mereka nanti.


  • Penyair Idanradzi Jangan kata paksu ikut cara arwah opah kamariah; jika kita perasan kebanyakan org maju; dlm filem kita lihat mereka sentiasa ada stor bawah tanah; mereka tk pernah buang barangan lama; jika tak mahu lagi mereka akan iklankan untuk dijual; itu sbb ujudnya ujud jualan di bonet kereta...


  • Penyair Idanradzi Sampai sekarang paksu teringat majalah lama pun pinggang mangkuk yg arwah opah kamariah sayangi; hilang habis; begitu juga barangan tembaga entah mana hilangnya; mana nak cari tepak sirih atau dulang tembaga setebal zaman dahulu...

18 April 2012

Misteri Volkswagen Kuning & Gangguan di Jalanan.





KISAH KARAK

Jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantuMana tidaknya seingat aku hampir

10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)



Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam (tidur) dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena "tegur".

3.Volkswagen kuning.

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak juga di Jelapang. Ia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini

Seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku di asrama tengah dengar adio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil dail Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.


4. Kereta Misteri

KARAK Penemuan sebuah kereta

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


 Hantu Wanita duduk di kuburan

Jalan Karak Lama

1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta parkir tepi jalan tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi rempit lah sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah lah dlm bas tu sebab ramai penumpang.Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehinggalah selesai sembahyang..selepas itu..hilang.

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di

KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "suhu" naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya. Lepas tu datang kereta peronda polis si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!



Misteri Volkswagen kuning.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang amat misteri.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .

Jika tidur sendirian di rumah selalu hantu berkelubung putih ini akan menganggu.


Cerita Kedua: Oleh Bahtiar

Salam. Saja nak mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning ni pada tahun 2000 dulu. Waktu tu aku rasa dalam pukul 12.00 malam. Aku nak ke Penang waktu tu nak tenguk isteri yg tgh berpantang dekat sana.

Seingat aku waktu nak turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu. Aku ambil lorong sebelah kiri saja, sebab bawak pun perlahan saja.

Tiba-tiba dekat belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tak perasan pun entah bila kereta tu ada dekat belakang keretaku. Jadi aku buat tak reti sajalah. Tiba-tiba dia bagi lampu dongak...klip klip saja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun tak cerah. Lalu aku ingat kereta tu lampu dia ada masalahkah apa.

Aku buat tak tau sajalah. Aku rasa adalah dia main lampu dongak tu dalam 10 minit. Aku dah cuak juga masa tu, aku ingat orang jahat saja nak pekenakan aku.

(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)

Jadi tak adalah timbul rasa takut. Lepas itu aku nampak dekat cermin belakang kereta tu nak potong aku. Lantas aku biar sajalah dia potong sebab nak tenguk juga muka orang dekat dalam kereta tu.

Bila dia potong saja.Memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tapi pemandunya memang tak nampak pun. Mungkin sebab malam. Itu sebab tak nampak kut. Memang laju juga pemandu tu memandu.

Memang aku pun tak syak apa-apa lagilah. Lepas tu aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab nak hilangkan rasa ngantuk. Aku rasa dalam 10-15 minit lepas tu. Tiba-tiba kereta tadi ada kat belakang kereta aku balik. HAHHHH!!!! terkejut aku. Adik aku pun cuak juga masa tu. Aku pun tanyalah adik aku tu.

" bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?" adik aku kata mana ada potong sebab kita orang ambik lorong kiri saja dari tadi. Aku dengan adik aku dah cuak gila masa tu.

Kereta tu asyik bagi lampu dongak (klip2) saja lagi. Aku cakap dengan adik aku "ni kompom orang jahat nak pekena kita ni" Maka aku suruh dia siap sedia kalau jadi apa-apa. Lepas itu dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad nak tenguk betul-betul muka orang tu...Perghhh! Takde orang dalam kereta itu. Sebab cahaya kereta dari arah bertentangan terpantul kat dalam kereta Volkswagen itu..

Memang kompom tak ada orang.. FUHHH!!! gerun juga aku masa tu aku pun cakap dengan adik aku buat tak tau jela...diam-diam saja.

Lepas sampai kat rumah mak mentua aku; aku pun berceritalah dengan pakcik bini aku yang aku kena ganggu kat lebuh raya tadi. Dia cuma cakap "Takde apa-apa tu..esok sajalah aku cerita"

Hahhh... mungkin sebab hari dah lewat malam kut dan dia tak nak aku terbawa-bawa cerita tu. Esok itu baru dia cerita dengan aku kisah sebenar pasal Volkswagen tu.

FUHHH!! gerun juga aku dengar. Sebab tak sangka aku sendiri mengalami benda tu.

p/s: kalau ada sesiapa yang pernah mengalami peristiwa yang sama kongsi-kongsilah sama..nak tau juga macam kau orang terkena.

17 April 2012

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Kongsi kepada rakan-rakan anda...

16 April 2012

Dilema Anif 6


Andainya separuh dari teman FBku pun rakan blogku mendoakan anakandaku Anif damai & dapat menerima cabaran suasana di STTJ sana: pastinya bebanan perasaanku akan berkurangan. Pun sakit kronik ini tidak merisaukan. Stres ini telah hampir sebulan melandaku. Nampaknya cikgu di sana bagaikan tak mahu menolong.

Malam tadi terima panggilan Anif lagi. Nampaknya dia masih stres & masih menunggu panggilan dari cikgunya.


Cikgu Aida:
apa hal tu iDAN?

Penyair Idanradzi:

Bulan sudah masuk April cikgu HEM sekolah Anif dah kata lewat nak tukar sekolah; berpunca dari Anif hilang jam kesayangannya; kecurian menjadi-jadi; sampai sering berlaku pelajar balik kampung gerobok yang berkunci asyik kena buka mungkin pencuri tu ada kunci kedua; maka maggi pun boleh hilang; duit jangan lepa; memang tak digalakkan bawa duit banyak ke asrama.

Dua minggu lalu Anif mengadu ada gangguan makhluk halus kat sana rakannya ada yang kena histeria; dia pun saya tenguk menggigil matanya cengkung. Tiga minggu lalu saya & Mila jumpa guru koko bekas guru kaunseling; minta kaunselingkan Anif agar kuatkan semangat; Cikgu Kaunselor janji nak kaunseling Anif; tapi ini dah masuk minggu ketiga; janji Senin nak ajak Anif tu berbincang; dah masuk Senin ketiga (entah berapa banyak senin ntah)

Cikgu Aida:
ANAK anak yg dok asrama mmg selalu hadapi masaalah ni

Penyair Idanradzi:
Jumaat lalu cikgu HEP atau Warden asrama (tak pasti) buat undang-undang berdolak dalik; ada ceriteranya dalam blog saya dah tulis. Kejap kata boleh balik kejap katanya tak boleh balik kampung; saya hanya ada kenderaan jarak jauh (kenderaan agak selesa) sebelah malam; siang kereta perang (uzur amat siap banyak lubang kena tembak dek karat) yang ada; Sedih amat terpaksa berkejar ke STTJ tu sebelah petang dengan kereta perang; nak tunggu kereta jarak jauh sekitar jam 7:00 malam baru ada; jika jem mahu 8:00 mlm sampai ke Seremban.

Perah juga kereta perang dah jam sekitar 2:00 petang baru pelajar dibenarkan balik kampung; masa sy sampai asrama dah lengang amat; memang Anif ketakutan rakannya tinggal seorang akan bergerak awal malam. Tak dapat bayangkan jika Anif tinggal sendirian di dormnya sepanjang malam.

Anif tu tengah stres, kami dah puas mujuk agar kekal di sana; di Jenaris sini saya dah nampak masalah pergaulan dan disiplin belajar mmg payah nak kawal; Anif pula dihantar ke sana atas tawaran KPM. Saya yang buat rayuan ketika tarikh permohonan tinggal di asrama penuh telah ditutup. Sekarang ni saya dah serahkan kes Anif ke KPM semula. Apa lagi usaha saya; jika pihak sekolah nampaknya sibuk urusan sekolah; Cikgu Kaunselornya tak jalankan tugasan kaunseling. Warden Asrama/HEP macam lepas tangan; pelajaran Anif jatuh merosot; tambah lagi masalah kecurian ini memang saya risik sejak tahun lalu lagi begitu. Merimaskan pelajar.

Turutan (Raking ) STTJ makin turun; jika tahun lalu raking ke 3 seMalaya; tahun ni sekolah Aziq SMT Gombak pula mendadak naik. STTJ katanya jatuh raking sekitar 8/10. Agar cikgu di STTJ peka; ibu ayah telah serahkan anak kat sana; takkan nak biarkan anak tu stres sampai hilang ingatan pun hilang minat belajar; si Anif tu jauh lebih bijak otaknya (7A 1B) jika kita bandingkan PMRnya dengan Aziq: Namun Aziq telah buktikan dia pelajar CGPA terbaik dalam SPM 2010 di SMT Gombak. Masalah Aziq sama dengan Anif pada awal tahun tingkat empat. Memang meragam juga nak balik. Tapi cikgunya banyak tolong Aziq.

SMT Gombak mengamal 2 minggu sekali pelajar berhak balik kampung; STTJ Seremban saya baca pada kad keluar asrama hanya benarkan sekali dalam sebulan balik kampung. Tak kisahlah sekali sebulan atau 3 bulan sekali yg penting kasi jadual yg benar-benar tepat. Jangan jadi macam minggu lalu. Penat, Risau & mengelirukan ibu bapa. Bukan urusan kita nak masuk campur urusan pelajar sekolah tapi kena ingat anak kita dlm dilema stres meragam diganggu tekanan perasaan/jiwa dan saya tahu ada beberapa lagi pelajar sana dah pulang bungkus barang; sekolah biasa. Bukan manja bukan masalah diri tapi saya nampak ada benda tak kena dengan pegurusan STTJ ini. Sampaikan berani tipu kami sebagai ibu bapa yg telah berharap mereka bantu kami. E-mel saya hanya satu dilayan dari 3 buah e-mel. Huh!.

(pokok besar pun kelapa yg kena petir sekitar asrama elok tukar pokok baru; hari tu Anif meracau dia kata kat pokok tu ada penunggunya)

15 April 2012

Rumah pusaka P Ramlee disita

Oleh Nor Fariza Ramlan
norfariza@bharian.com.my
2012/04/16


SURIA berharap pihak DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan rumah yang didiaminya bersama dua cucunya.
DBKL beri amaran jika waris gagal melunaskan cukai taksiran RM10,000

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.

Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.

“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran
Terbitkan Catatan
bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.

13 April 2012

Dilema Anif 5


Teman; zaman dah berubah; di STTJ tu sepatutnya tempat pelajar keluarga susah diutamakan belajar di sana; ini bayangkan bila dengar saja boleh balik kampung; Aku pasti ramai pelajar yang seludup hp. Cepat sangat mereka beri maklumat kpd keluarga.

Keluarga begini mesti datang pakai heli atau banyak jet mewah landing kat sana. Tadi pun kereta perangku parkir sebelah merc; ayah pelajar jemput anak; plet pun dua angkat; tenguk sport rim pun lebih mahal dari harga kereta perangku. Orang begini apa dia kisah pada undang2 atau syarat keluar masuk asrama; silap2 STTJ tu pun dia boleh beli.


Komen FB;

Penyair Idanradzi: keluar datang macam naik jet mewah; top-top asrama boleh kosong Anif ketakutan sendirian.

Mahyan: Macam mana masalah telefon bimbit (hp) di sana?

Penyair Idanradzi: yeop nak latih anak tu ikut peraturan; bukan tak boleh beli hp murah untuk seludup ke asrama bagi yeop memang ada kesan tak baik hp pada pelajar; tapi yeop dah bekal seucang duit siling untuk berhubung; berhubung pun guna talian tetap rumah yeop. kalau nak maklumat cepat cukuplah kak mila/ibunya ada nombor hp untuk dihubungi.

Penyair Idanradzi: Gambar ini diambil di Padang Bola Sepak STTJ Seremban; padanlah cikgu sana tak layan semua e-mel yeop; janji bukan2 pada yeop angkuhnya cikgu sana sibuk layan orang yang sebegini anggun. (usikan; tak sahih lagi tak benar)

Mahyan: sayapun bekalkan duit syiling gak, sbb sy xbenarkan dia hubungi sy dgn hp.

Penyair Idanradzi : seeloknya begitu yan; latih dia betul-betul jangan leka dengan sms; yeop perasan di aziq mmg dia pelajar pintar tapi bab hp dia mmg tak boleh kawal diri; bukan dua tiga kali hp dia kena rampas di SMTG tu; tapi itu urusan dia dan kak mila; kak mila yg selalu merayu nak balik hp yang mahal2 dia belikan untuk aziq tu. Yeop tak mahu anif macam tu tapi jika mmg ini membahayakan anif macam kes siang tadi; takkan kita nak jebak si anif dengan gangguan hantu raya kat STTJ tu.

(Memang ada tak kena masalah jadual balik kampung di STTJ itu. Jika SMT Gombak telah menetapkan dua minggu sekali pelajar boleh balik kampung kenapa STTJ tak buat perkara yang sama. Seperti kes semalam; aku hanya ada kenderaan selesa ketika malam; siang digunapakai olah keluarku. Bayangkan jia tiada kereta perangku. Aapa akan jadi kepada Anif tinggal seorang diri dorm sana. Guru atau warden yang membuat peraturan ini kenalah jangan berdolak-dalik. Tak semua keluarga di sana dekat dengan asrama. Tak semua pelajar di sana boleh membawa diri dengan menaiki komuter atau kenderaan awam. Jika jadualnya memang tetap dan tidak berganjak pasti tak akan jadi masalah seperti semalam.

Masa aku sampai di STTJ bersama angah@Aziq telah senyap sepi asrama di sana. Di dorm Anif hanya tinggal berdua; seorang rakannya tengah tidur sebab akan melawat Pulau Pinang sekitar malam nanti. Anif tentunya gelisah sendirian. Aku faham zaman sekarang ni memang aneh; perogol lelaki pun ada eh; belum lagi gangguan makhluk halus atau puasa yang Anif kata sering menganggu dia di sana. Dia mengadu pokok besar sekitar asrama tu terlalu tua dan ada penunggunya. Mungkin telahan/firasat Anif itu betul. Atau memang dia nak takutkan ayahnya sebab hatinya telah tiada di STTJ lagi)

11 April 2012

Gempa di Aceh: Amaran tsunami ditarik balik

11/04/2012 9:13pm

WASHINGTON 11 April - Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS

HAKIKAT.


Tak mungkin kita boleh hidup sendirian; kita amat perlukan rakan pembantu atau waris mendekati serta jiran yang baik. Tak mungkin kita boleh mendidik anak sendiri tanpa guru yang membimbing tanpa pengawas yang mengawas. Di jalan raya atau kancah masyarakat kita perlukan polis yang jujur menegak undang-undang. Peguam yang amanah pun pengadil yang saksama.

Kita sering dikelirukan maklumat bila semua media arus perdana berselindung dengan kepuraan dan mereka-reka ceritera yang mengelirukan kita.

Kita kena banyak bergaul dan mendapat maklumat yang sahih lagi benar. Bila membuat keputusan bagi apa juga pergolakan hendaklah kita jujur mendengar dari kedua-dua pihak.

Hati akan aman jika kita sentiasa mendambakan keamanan.

iDAN

Dilema Anif 4

Rogol di asrama

iDAN: Diah (bukan nama sebenar) hari tu ada cerita masalah di asrama; apakah benar ada pelajar perempuan kena rogol atau dia yang membawa masuk pelajar lelaki ke kamarnya.

Diah: Iyer..berlaku pencerobohan dalam asrama... tapi orang tersebut dah dapat ditangkap.

Diah: Kes yang berlaku di sekolah anak diah tu agak pelik sikit. Diorang tak sedar masa kejadian tu berlaku seolah2-olah dipukau. Bila sedar masa bangun pagi 3 orang pelajar pompuan tadi merasa sakit dibahagian sulit, didapati dirogol. Kejadian berlaku sekitar jam 2 ke 3 pagi. Penceroboh tersebut orang luar yang bekerja di dewan makan asrama tersebut. Mungkin faktor keselamatan yang kurang diambil berat.

Lagi pun abang Idan sistem kesalamatan kat aspuri sekolah tu agak terlalai sikit. Pintu dorm terbiar tanpa ada kunci. Pintu senang-senang jer terbuka. Adakala ditiup angin pun boleh terbuka dengan sendiri. Kesian bebudak-budak yang teraniaya.

(Bayangkan jika ibu ayah menghantar anak ke asrama tiba-tiba jadi mangsa perogol. Di mana tempat kita nak mengadu. Bagiku masalah perogol masuk ke asrama adalah masalah keselamatan. Kelalaian pengurusan asrama memantau atau menyekat kemasukan penceroboh. Selalunya orang dalam akan mengambil kesempatan lantaran dia telah mengkaji ada kelemahan langkah keselamatan. Pasti ada sesuatu yang tak kena terhadap benteng keselamatan asrama tersebut.

Jika ada kelalaian pihak asrama sebaiknya ibu bapa boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kita tak boleh berlembut dalam menjaga martabat dan maruah keluarga. Islam memandang berat masalah rogol ini. Pukau memanglah satu perkara yang sukar kita bendung tetapi kalau kita mendedahkan anak-anak dengan perkara kalut begini seperti pintu tanpa kunci yang tidak selamat memang menguji kesabaran kita.)

iDAN: Tak larat nak fikirkan masalah ni sebab saya pun antara mangsa di mana asrama menjadikan pelajar terbiar dan hancur masa depannya. Bila kita persoalkan ada pihak yang menuding jari kepada kita pula. Kononnya kita mencari salah orang sahaja.

Ini pernah menjadi isu di kolej IPTA di mana pagar antara kolej lelaki & perempuan yang telah lama dibena tetiba diberi arahan dirobohkan. Arahan ini dari orang atasan tak pasti apa motifnya. Hatta bukan perkara dongengan amat mudah mereka yang rosak moral menyelinap masuk ke kolej pelajar perempuan.

Mungkin ada yang sependapat dengan arahan orang atasan ini. Jika nak berlaku perkara sumbang ada pagar besi siap bertabur kaca pun akan ada penjenayah atau perogol masuk. Pendapat inilah yang memudahkan berlakunya keruntuhan moral di kalangan kita. Ibarat berjudi itu haram hatta tiada siapa menghalang orang Islam mahu berjudi. Siapa pun bebas mahu membeli Empat Nombor Ekor atau Toto lantaran ianya memang berlesen dan terbuka buat siapa pun.

Penyair Idanradzi: Nak ke Seremban kejap; ibunya macam nak bawa balik si Anif ni ke jenaris saja; abg mmg tak suka cara tu. Mungkin ibunya tak rasa susah atau rugi dapat peluang anak belajar di asrama penuh begitu. Masalah remeh patutnya boleh diselesaikan; bukan lama pun hanya sekitar setahun setengah saja lagi Anif akan menghadapi SPMnya.

Penyair Idanradzi: Sian juga Anif ni, semua cikgu tak suka dia keluar; lagi pun kemasukan Anif ini adalah atas sokongan KPM; alangkah ruginya seorang pelajar harapan bolehkan kandas perjuangannya di tengah jalan. Peluang 1 dari 1,000.

Penyair Idanradzi: Dulu saya pernah berbalah masalah anak tinggal di asrama jika boleh hanya akan lepaskan anak saya jika telah SPM; tetapi melihat dari pengaruh rakan pun keadaan pelbagai yang ada di persekitaran rumah yang boleh melekakan anak, saya suka anak berkorban dalam sekitar 2 tahun sahaja di asrama. Selepas SPM mereka telah bebas buat keputusan sendiri.

Penyair Idanradzi: Saya berharap rakan FB dapat mendoakan agar Anif berlembut hati dan dapat menyesuaikan diri di asrama; Hari ini Anif saya bawa bercuti balik ke rumah; Di Masjid Negeri Seremban dia menangis & masih mendesak ibunya bawa dia pulang ke rumah. Nampaknya boleh saya pujuk. Siap dia gunting kat kedai Amoi Kajang kesukaannya. Dia kata guru HEPnya masih tak puas hati rambutnya masih panjang. Aku tenguk okey saja. Arahan KPM ini memang mahu pendik lagi tentunya.

Senin nanti cikgu berjanji mahu kaunseling dia; jika mmg dia memilih mahu tinggal bersama keluarga sy reda saja; Allah SWT maha mengetahui akan perjalanan hidup hambanya. Tapi sungguh jauh di sudut hati saya. Saya suka dia di STTJ.

Jumaat 5.4.12

Guru Mungkir Janji

Tadi aku baru melawat Anif di STTJ Seremban; janji cikgunya tinggal janji. Apa lagi kata-kata cikgu yang boleh aku pakai & percayai. Sian Anif dia menunggu cikgunya untuk kaunseling dia. Bila aku tanya adatak Guru kaunseling panggil dia untuk diberi kata nasihat?. Tiada.

"Guru STTJ Seremban suka menipu dan mungkir janji." itu yang terbisik di hatinya. Aku sekadar dapat menyabarkan dia. Aku mengatakan mungkin cikgu sibuk sangat Anif kena bertahan dan kuatkan pun tabah diri. jauh di sudut hatiku aku merasakan: Aku dan isteriku juga ditipu bulat-bulat orang guru-guru ini. Apa lagi martabat seorang manusia jika berjanji tapi tidak ditepati.

Setidak-tidaknya berilah tahu kami mereka terlalu sibuk, apa guna aku kasi nombor telefon rumah pun nombor telefon bimbit Mila. Jika satu hari nanti terjadi kepada anak mereka sendiri bagaimana?. Takkan aku nak biarkan anakku stres sampai hilang daya tumpuan. Sebaiknya bantulah kami untuk menyakinkan hati anak kami yang pilihan kami menghantar dia ke sana adalah tepat.

Cuti Umum. 11.4.12

(Aku terfikir jika memang pihak sekolah ambil mudah dalam masalah Anif yang stres sebab persekitaran yang tidak selamat pun disiplin yang melampau ini: malahan e-mel atau aduan ibu bapa pun di anggap remeh. Nak buat apa kami sebagai ibu bapa mahu mempertaruhkan masa depan anak-anak kepada sekolah asrama penuh sebegini. Janji Pengetua mahu menjaga anak kami sebagai keluarganya perlulan disalurkan kepada guru-guru di STTJ. Aku kuatir e-mel aduan aku pun tidak sampai ke komputer Pengetua. Jika ini berlaku memang pengurusan STTJ berlaku kepincangan.

Semalaman tadi aku tak dapat tidur yang pastinya membuatkan sakit kronikku akan bertambah serius jika pihak STTJ terbaca catatan ini aku mengalu-alukan maklum balas. Talian rumahku boleh didail 03 8737 1884. aku juga telah kasi talian telefon Mila di e-melku tempoh hari. Tak dapat aku bayangkan bagaimana wajah stres anakku Anif pun matanya yang semakin cengkung terkurung di sana. Ini bukan masalah manja tapi ada sesuatu yang kena berlaku di asrama sana.)

(Sila klik Label: Anif di bawah untuk memdapat maklumat penuh Dilema Anif)

Dilema Anif 3

KUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Pelajaran mempertimbangkan kemungkinan setiap guru selepas ini perlu melalui penilaian integriti secara berkala dari semasa ke semasa bagi membolehkan sebarang penambahbaikkan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi bayangan itu berkata, ia perlu bagi membolehkan aspek kefahaman serta kesedaran mengenai integriti dapat disebar luas kepada warga pendidik.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, proses untuk memantapkan nilai integriti di kalangan warga pendidik termasuk penilaian secara berkala, memerlukan penglibatan serta usaha bersungguh-sungguh dari semua peringkat pengurusan pendidikan.

"Justeru strategi serta pelan tindakan secara berfokus diharap dapat dilaksanakan secara kolektif untuk memastikan tahap integriti setiap warga pendidik bukan sahaja sentiasa tinggi tetapi dapat dipertingkatkan lagi.

"Ini kerana sebagai pendidik, guru-guru mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk sahsiah pelajar. Ia menjadi prasyarat utama kepada kejayaan kita melahirkan generasi yang berintegriti.

"Bagi menjayakan hasrat itu, kepimpinan organisasi pendidikan harus mempunyai kefahaman jelas mengenai aspek berkait integriti supaya pembudayaan itu dapat disuburkan dalam organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran 2012, di Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pada pertandingan pidato tersebut, penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik, Mohd. Rafee Mohamad muncul juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil, piala iringan serta piala pusingan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, setiap bakal pendidik juga perlu mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

''Guru yang berwibawa tidak hanya dinilai dengan kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran tetapi turut dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan mulia,'' ujarnya.

Beliau berkata, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid tetapi juga mendidik jiwa serta sanubari mereka agar menjadi insan mulia dengan sentiasa mengamal nilai-nilai murni dalam kehidupan.

iDAN:

Aku benci mendengar masalah pelajar asrama yang masih mencuri; buli pun tidak menghormati insan lain. Sampaikan tiada rasa keselesaan pelajar tinggal di asrama yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Minggu lalu aku masih mendengar ibu mengeluh anaknya kehilangan wang RM200 di STTJ.

Aku pernah menyuarakan agar pihak sekolah mengada ceramah atau bengkel modal insan; kesedaran sivik agar pelajar/murid sentiasa bersikap jujur lagi amanah. Tak guna berpelajaran tinggi tetapi masih mencuri, menjadi samseng atau rosak moralnya.

(Masalah ini bukan berlaku di STTJ tapi menyeluruh di seantero negara; melalui FB aku mendapat khabar; ada pelajar asrama perempuan kena rogol, ada pelajar senior menggunting rambut pelajar junior gondol; ada yang kalangan pelajar buli dengan memaksa memberi buah tangan setiap kali balik kampung)

Semua kalangan kita mahukan anak-anak mendapat keputusan cemerlang tapi akan jadi satu musibah jika moral anak-anak tidak terdidik dengan baik. Nak buat apa seperti hari ini Cuti Umum pelajar tak dibenarkan balik kampung tapi dikurung di asrama tanpa satu pun aktiviti pendidik moral dijalankan. Hanya ada aktiviti sukan atau koko yang tidak melibatkan semua pelajar. Malahan semasa aku melawat ke STTJ secara mengejut; hampir dua jam aku mencari Warden asrama pun tidak ditemui. Sementelah ada kerani yang datang buat kerja lebih masa sambil membawa anak memberi maklumat salah dan mengunci diri di pejabat tanpa ada sikap mesra pelanggan.

Angin rasanya seluruh badan lantaran terpaksa bersalai lebih dari dua jam. Sudahlah anakku dalam bermasalah; ditimbulkan lagi masalah pelik lagi benar ini. Payah amatkah nak mendapat pelepasan untuk membawa anak sendiri makan di luar. Lainlah di asrama ada aktiviti wajib atau koko. Jika pegawai di pentadbiran tidak dapat maklumat sebenar kenapa mesti mengarahkan kami berjumpa warden. Tiga kali anakanda saya panjat tangga ke rumah Warden tapi tiada kenapa tidak ditinggalkan sebarang nota atau talian yang boleh dihubungi untuk ibu ayah mendapat kebenaran atau larangan membawa anak keluar asrama barang seketika.

Janji cikgu kaunseling juga tidak ditepati; nak tunggu anak saya itu meraban teruskah atau apakah memang cikgu di STTJ ini endah tak endah sahaja terhadap aduan ibu ayah pelajar. E-mel saya telah dua buah tidak dilayan; telah bersemuka tetapi apa sebenarnya masalah STTJ ini. Dalam kad kebenaran pelajar tercatat hanya sekali sahaja sebulan pelajar dibenarkan balik kampung; dia awal bulan atau di hujung bulan. Munasabahkan peraturan begini sedangkan tak semua ibu ayah tinggal berdekatan untuk datang melawat.

Sedih amat rasanya jika setelah mendapat tempat dari kalangan ribuan yang memohon tetapi ianya menjadikan anak-anak tidak selesa atau bagaikan satu bebanan batin mereka dengan kongkongan aktiviti yang ketat. Saya lihat anak saya makin cengkung matanya; Bila ditanya dia hanya dapat tidur sekitar 4 ke 5 jam sehari. Mampukah mereka?. Dalam peraturan asrama 11:15 malam lampu kena dipadam. Tetapi kenapa masih ada aktiviti yang dibenarkan sampai jam 11:45 mlm dan 5:45 pagi memang rutin harian kena dibangunkan.

09 April 2012

Baik Buruk tinggal di Asrama

Tahun 70an lagi aku telah kenal asrama. Dulu aku tinggal di Asrama Putra Jalan Watson Ipoh. Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Khas (RK) murid terpilih dari perdalaman. Antara yang dipilih adalah pelajar miskin dan pelajar cemerlang.

Aku adalah kalangan pelajar cemerlang melalui Ujian Penilaian darjah lima. Aku mendapat keputusan 5A 1B dan adalah pelajar contoh di sekolahku. Aku menjadi Ketua Murid pun menjadi murid harapan sekolahku. Aktif dalam sukan juga aktif berteater.

Asrama Putra ini pada peringkat awalnya memang terkawal dan teratur. Masalah buli dan aktiviti asrama ketika senggang memang perkara biasa dan dapat aku lalui. Tetapi menjelang MCE aku tak dapat bertahan lagi kerana tahun 70an telah ada gejala samseng dan dadah di dalam kalangan pelajar. Aku tidak terlibat dengan dadah tetap kawalan asrama yang longgar pun masalah rakan yang samseng memaksa aku meninggalkan asrama di penggal terakhir. Dahulu setahun ada 3 penggal. Satu penggal semalam 4 bulan kemudian akan bercuti. Setiap penggal ada peperiksan penggal bagi memantau pelajaran pelajar. Sedari Tingkatan Empat lagi aku memang amat merosot pembelajarannya. Hatta gangguan rakan asrama yang samseng membuatkan aku terpaksa berhenti sekolah dan belajar sendiri sementara menunggu peperiksaan MCE ku.

Ini adalah contoh masalah asrama yang bagiku gagal dalam membentuk pelajar cemerlang. Boleh dikatakan hanya 20% sahaja rakanku berjaya ke menara gading. Selebihnya gagal menjadi anak watan yang ingin dicerna sebaiknya. Rakan yang berjaya itu berpindah secara awal; selepas LCE mereka mencari asrama yang lain mencapai cita-cita.

Dato' Dolah di UiTM rakanku yang tua setahun antara pelajar yang gigih dan pandai membawa diri dalam kemelut kegagalan asrama ini. Prof Nizam di UKM pula berpindah ke asrama di SMI Ipoh di bawah jagaan Pengarah sekolah yang bagus nilai disiplin pun jadual belajarnya. Tak dinafikan pelajar yang tinggal di asrama SMI Ipoh jauh lebih ramai berjaya dari kami di Asrama Putra Jalan Wakson dan Jalan Tambun.

Kekinian anakandaku Anif pula bergelut dengan masalah tinggal di asrama. Hingga kini aku masih berharap agar cikgu di STTJ Seremban akan kaunseling si Anif agar menjadi pelajar cemerlang seperti abgnya Aziq. Aziq adalah pelajar contoh SPM 2010 CGPA terbaik di SM Teknik Gombak.

Dari masalah kecurian pun persekitaran dan disiplin yang mana ada murid tidak menyukainya. Aku tidak pasti sampai ke mana ketahanan mental Anif dalam menyesuaikan dirinya. Kekinian aku meminta jasa baik cikgu kaunselingnya untuk memantau perjalanan hidup Anif di asrama.

Selain itu Anif juga mengadu ada gangguan makhluk halus di sana yang membuat dia sukar tidur malam dan berfikir. Rasanya di mana-mana asrama pun ada benda begini cuma jangan dilayan sangat atau perlu ada kekuatan diri dalam menentang mainan syaitan yang suka merosak fikiran pelajar yang stres ini.

Aku tidak mahu memaksa dia tinggal di asrama sebab pada asalnya adalah pilihan dia mahu tinggal di asrama. Tapi bila kes Anif ini adalah melibatkan KPM aku terasa terkilan jika Anif tidak tahan terus tinggal di sana. KPM yang memajukan namanya ke STTJ lantaran keputusan cemerlang PMR Anif.

Kemasukan Anif ke STTJ adalah atas rayuan kami (Pilihan kedua; pilihan kami SM Teknik Sepang) ketika itu tarikh permohonan telah pun ditutup.

Selain aku mengharapkan Anif belajar bersungguh-sungguh di asrama aku mahu dia menjadi lebih berdikari dan berdisplin. Hatta itu aku berharap sangat agar cikgu terus memotivasi pelajar di sana. Jangan sampai menjadi pencuri & perlu menjadi insan yang menghormati hak milik orang lain. Tak guna jadi orang bijak pandai bila menjadi orang yang diamanahkan tanggungjawab ketika di dunia kerjaya nanti; tapi asyik pecah amanah, rasuah dan asyik kita dengar pekerja yang rosak moralnya.

Ketika belajar pelajar ini kena kita bentuk; jika pun gagal mereka ini terdidik cemerlang tapi moral mereka teruji dan bukan menjadi sampah masyarakat yang dibenci. Kami ibu bapa akan sentiasa mendidik mereka di rumah tetapi jika di asrama mereka ini terdedah dengan pelbagai masalah moral payah juga.

06 April 2012

BENGKAK MATA HATI



sengaja atau tak sengaja awak asyik mencarik-carik hatiku tanpa rasa simpati sampaikan diri bungkam rebah sampai ke pagi...

bantal resah ini telah basah dengan air mata sampaikan bengkak mata hati...

terkadang aku terfikir apakah cinta ini masih subur atau akan mati lemas dek angkara kekasih hati...

pelik aku masih berbisik tidak mahu kehilanganmu biarpun aku ini entah apa di hatimu.

iDANRADZi
Sungai Milu Chenderiang

03 April 2012

Dilema Anif 2

Kini adalah minggu kedua masalah Anif tak selesai lagi. Tadi dia telefon ibunya minta ditukarkan ke sekolah lain. Ibunya pula tidak berbincang dengan ayahnya mahu di tempatkan di mana. Memang tak sangka tiba-tiba timbul masalah di STTJ Seremban ini. Bermula dari kehilangan jam tangan kemudian diikuti dengan disiplin rambut dan kecurian. Sedar tak sedar ianya telah mengganggu fikiran Anif. Di mana-mana asrama masalah remeh begini memang akan timbul. Alasan Anif dia tak boleh belajar di sini sebab markah ujian awalnya agak mengecewakan. Aku sendiri tak dapat lihat keputusan itu tetapi mengikut abangnya si Aziq memang perkara biasa di awal pembelajaran agak sukar mendapat keputusan baik. Dia pun bekas pelajar Sekolah Teknik Gombak. Mula-mula belajar memang markahnya teruk. Harapanku Anif akan berubah hati dan tetap tinggal di asrama. Aku risau jika dia mahu tinggal di rumah takut pelajarannya tak sebaik mana. Aku nampak pergaulan di sekitar Jenaris amat mencabar. Pengaruh rakan memang akan buat masanya banyak terbuang. Suasana di rumah pula belum tentu dia akan dapat belajar dengan selesa. Kecuali dia kena ambil kelas tambahan tiusyen yang tentunya memerlukan kos pembelajaran yang tinggi. Agar Ilahi dapat memberikan pertunjuk buat Anif memilih langkah atau sekolah yang sesuai. Peluang belajar bukan datang selalu. Sayang jika masa yang singkat ini terbuang. Bukan lama pun perlu belajar tekun. Sekitar dua tahun sahaja. Jika tercicir amat payah untuk bersaing dengan rakan sebaya. Segalanya aku berserah kepada Allah SWT agar dilema Anif ini akan berakhir dengan baik.