iDAN

05 Julai 2009

KEBENARAN AKAN TERSERLAH JUA AKHIRNYA.. (Ceritera)

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hari ini memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.

Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.

Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty. Tuntutan difailkan melalui peguam Tengku Muhammad Fakhry, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari pukul 12 tengah hari tadi.

Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.

Zainul turut memfailkan permohonan interlokutori untuk memohon menyampaikan saman di luar bidang kuasa mahkamah kerana Manohara kini berada di Indonesia.

Terdapat empat cara saman tersebut boleh disampaikan iaitu secara kendiri dan kedua menggunakan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Cara ketiga ialah dengan mengiklankan saman tersebut dalam akhbar harian Indonesia dan yang terakhir menghantar saman dengan menggunakan pos berdaftar kepada defendan, kata Zainul.

Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.

Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.

PINJAM WANG

Dalam tuntutan samannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa Manohara telah meminjam sejumlah wang untuk membeli jam tangan jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000.

Plaintif mendakwa defendan turut meminjam wang berjumlah RM164, 500 untuk kegunaan peribadi Manohara atau ibunya sebelum pasangan diraja berkahwin.

Selain itu, plaintif turut mendakwa sepanjang tempoh perkahwinan mereka, defendan juga pernah meminjam wang daripada plaintif dengan tujuan untuk kegunaan peribadi defendan atau ibunya berjumlah RM634,250.

Menurut Zainul, sebelum ini Manohara telah diberikan tempoh hingga 2 Julai untuk kembali ke pangkuannya.

Bagaimanapun defendan telah membuat kenyataan pada satu sidang media di negaranya menyatakan dia enggan kembali.

Sebelum ini dilaporkan Tengku Muhammad Fakhry mengarahkan Manohara kembali taat kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang dituntut syarak dan tugas Cik Puan Temenggong Kelantan seperti diperakui undang-undang.

Manohara melarikan diri ke Indonesia ketika mengikut suaminya ke Singapura menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Mt Elizabeth pada 1 Jun lalu.

Sekembalinya ke Indonesia, Manohara memberitahu media negara itu dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini.

TINDAKAN

Ketika ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil terhadap defendan, Zainul berkata: "Untuk kes syariah, setakat ini itu sahaja. Kita lihat kepada respons."

"Kita akan serahkan saman kepada Manohara. Kita akan lihat Manohara datang atau tidak," katanya.

"Jika benar dia mempunyai pembelaan datanglah ke mahkamah pada 2 Ogos nanti dan beri persepsi beliau tentang supaya beliau diberi hak untuk mendengar kesnya," katanya.

Mengulas lanjut megenai isu berkenaan, Zainul berkata, plaintif dan defendan perlu hadir pada hari perbicaran.

"Jika pihak plaintif gagal atau enggan hadir setelah saman disampaikan mahkamah boleh menjalankan perbicaraan sebelah pihak sahaja," katanya.

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/


KAKAK Manohara, Dewi (kiri) dan ibunya, Daisy Fajarina.

iDAN : Pada awal mengamati ceritera Mano ini sememangnya kita rasa simpati, mana tidaknya ketika usia 15 tahun telah dinodai oleh kerabat di Raja. Bagaikan ceritera bangsawan zaman dahulu lagak skripnya. Rakyat marhaen berhadapan dengan putera raja yang zalim.

Apabila terlalu mendapat liputan meluas media di Indonesia aku rasa kasihan Tengku Muhammad Fakhry terusan diaibkan seolah-olah dia adalah putera raja yang rakus, gelojoh, gila seks tanpa dapat pun bersuara, jauh sekali dapat membela diri. Apatah lagi membaca blog di alam maya yang ditulis oleh warga Indonesia. Amat berat sebelah, mereka telah menjatuhkan hukum 70 tahun penjara terhadap Tengku Muhammad Fakhry; belum pun lagi terbukti bersalah.

Malahan pada peringkat awalnya hampir seminggu si Mano ini begitu aktif, diarak ke hulu ke hilir sampaikan tidak sempat ke balai polis membuat laporan & post mortem yang dia benar-benar didera. Hinggakan peguam yang mahu membelanya menarik diri. Menuduh ibunya Mano: Daisy Fajarina ini payah berunding & lagaknya mahu jadi pelakon filem. Malahan di YouTube dapat kita tonton ulasan seorang doktor pakar yang jika dia tidak pergi sekitar seminggu mana mungkin dapat mengesan secara sah akan kesakitannya atau tanda penderaan sebenar.

Pastinya kita tertanya-tanya kenapa dia begitu leka dengan publisiti hingga mengabaikan hak diri agar terbela. Tetiba selang beberapa ketika setelah peguam yang pertamanya menarik diri terpapar pula akan bukti kononnya dia telah pun mendapat pengesahan laporan kesihatan doktor; dibela pula bukan seorang dua peguam yang lain. Ramai banget peguam mahu membelanya.
Yang menariknya ada peguamnya terlalu emosional membela Mano, sampaikan mempersoalkan kepada wakil kerajaan Kelantan dengan soalan keanak-anakkan. Seperti apakah wakil tersebut 24 jam bersama pasangan di raja tersebut maka tahu mereka sentiasa bahagia. Sedangkan jika kita kebalikan soalannya. Dia sendiri apakah 24 jam bersama Mano & seolah-olah kata-kata Mano benar belaka. Kelukaan di tubuh Mano seolah-olah dia sendiri nampak suaminya yang mendera di depan matanya. Bagikan telah sahih benar kecederaan di tubuh Mano angkara suaminya.

Sedangkan doktor pakar yang memeriksa tubuh Mano sendiri tidak pasti buatan siapa. Suaminya Mano atau Mano sendiri. Dari calar-calar di tubuh Mano jelas bagaikan calar-calar kuku yang baru lagi dilakukan; terutama di atas payu daranya nampak merah lagi kesannya, apakah Tengku Muhammad Fakhry menyimpan kuku panjang?. Lagipun jika kita amati lukanya berselang seli tidak selari. Apakah Tengku Muhammad Fakhry menggunakan kuku panjangnya mendera Mano di atas payudara bertubi-tubi. Jika lelaki gila seks selalunya pasti sasaran di payudara, nak buat apa di atas dada atau di atas payudara mangsa, yang cuma ada tulang kerangka. Pun apakah benar kesan atau luka itu ujud sejak di Malaysia lagi, atau Mano yang mencakar dada & belakang ponggongnya semasa di Singapura lagi. Semuanya tidak pasti & terperinci yang kita tahu.

Malahan di YouTube pun doktor hanya berceritera ada kesan luka, tidak dijelaskan kepada umum luka lama atau baru pun jika lama berapa haribulan ianya terjadi. Bagi aku jika ada laporan polis di hari kejadian penderaan tersebut barulah boleh digunapakai. Jika telah seminggu payahlah mahu dibuktikan. Apatah lagi kejadian ternoda ketika umur 15 tahun lalu. Telah bertahun lama bagaimana mahu membuktikan.

Juga timbul isu Tengku Muhammad Fakhry menggunakan sterika mendera di tengkuk Mano. Isu sterika ini juga boleh dipersoal & perdebatkan. Wakil kerajaan Kelantan pun mengesahkan sejak kecil tidak pernah pun Tengku Muhammad Fakhry menggunakan sterika, putera raja selalunya pasti ada pengasuhnya dalam bab menggosok pakaian ini. Maka jangan buat andaian & yakin dengan mana-mana pihak kecuali mereka yang arif tentang cakar mencakar ini akan berdebat & mengesahkan segalanya.

Banyak kes jika kita sering mengikuti penyiasatan jenayah terkadang mangsa jenayah sendiri yang menokok tambah agar tertuduh disabitkan kesalahan. Umpama kes dadah, ramai mangsa tidak tahu pun keujudan dadah di kediamannya tetapi apabila tertuduh dalam kes dadah ini berjaga-jagalah, seolah-olah ada orang yang akan menyelitkan dadah di kediaman tertuduh. Agar tertuduh akan tersabit kesalahan & bukan mustahil ramai terinanya lantaran perundangan yang tidak telus ini. Miliki dadah sahaja akan didakwa.

Bagi kita yang berfikiran waras pasti terfikir, jika benar telah ada luka-luka ditubuh Mano sejak dari Malaysia lagi kenapa mesti mahu melewat-lewatkan untuk dipost mortem, bukan mustahil semua kesan & luka-luka itu boleh dilakukan atau dibuat-buat oleh keluarganya sendiri terutama ibunya yang benar-benar nampak galak & menonjol diri di mana-mana media. Biar luka itu sembuh sedikit agar payah doktor mengesahkan bila ianya dilakukan. Pastinya akan merencana segala agar kebenaran di pihak mereka. Malahan dari undian di forum terbuka pun ramai yang mengatakan sengaja direka-reka oleh ibu kandungnya. Ibunya yang punca segala perbalahan, segala fitnah terhadap Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

Jika siapa pun yang telah berumahtangga pasti dapat merasakan, tidak mungkin suami akan sengaja mendera isterinya kecuali bersebab, pasti ada puncanya. Punca ini yang harus kita adili bukan memihak sebelah pihak sahaja. Kecualilah si suami itu seorang pemabuk, penagih atau rosak moralnya. Semua ini mestilah diadili. Media juga seharusnya begitu bagai orang tengah yang melaporkan secara adil.

Jika diadili atau dirumuskan satu tinjauan pendapat pasti ramai memihak Tengku Muhammad Fakhry, jika benarlah dia seorang putera raja gerladangan kenapa pula sanggup mengahwini orang biasa lantaran keterlanjuran nafsu serakahnya; bukankah itu buktinya dia seorang lelaki bertanggungjawab. Sementelah dia punyai segala, untuk mencari gadis jauh lebih cantik dari Mano bila-bila masa sahaja dia boleh miliki. Dia boleh meninggalkan Mano mengandung sarat sekali pun jika memang dia lelaki gerladangan. Sayogia dia sanggup bernikah dengan Mano sudah cukup membuktikan dia lelaki memang bertanggung jawab & tahu menghargai maruah seorang gadis atau rakyat marhaen.

Di mana moralnya seorang perempuan jika telah bergelar isteri sanggup pula mengungkit ceritera lama yang seharusnya dirahsiakan; hanya dengan perbalahan yang pukul memukul atau berbalahan yang tidak sampai menjadikan dia cacat atau hampir hilang nyawa & sebagainya. Kenapa mahu meludah ke langit atau mahu membuka pekong di dada. Isteri yang baik seharusnya merahsiakan keaiban rumahtangga.

Pun di mana moralnya seorang ibu atau mak mertua yang menjaja ke media seantero dunia mengaibkan menantu sendiri. Dalam masa yang sama anak dijadikan model, mahu dijadikan pelakon, mendedahkan aurat, malahan mahu mengembalikan anak ke kancah dunia hiburan dari dihiasi bagaikan ratu suri rumahtangga di istana raja.

Agama kita Islam sering mengingatkan kaum isteri agar bersabar dengan keburukan kaum suami, berdoa agar suami menjadi seorang yang baik. Cuba membetulkan sikap garang suami. Begitu juga ibu ayah seharusnya berunding dengan besan & saudara mara pasangan jika berlakunya penderaan atau penginayaan. Mencari jalan damai bukan mencari jalan retak atau kehancuran apatah lagi perceraian amat-amat dibenci oleh Allah Azzawajalla.

Jika semua ibu mertua sebecok mulut ibu Mano; Daisy Fajarina rasanya semua lelaki akan takut kawin & tidak akan aman dunia rumahtangga kita. Ibu mertua yang baik akan bersemuka dengan menantunya, bertanyakan akan punca angkara sebenar kenapa & apa puncanya mereka sampai berbalahan bukan mengambil keputusan sendiri dengan hanya mendengar aduan anaknya.

Mano & Mona... aku teringat akan kes Mona Fendi bukan seorang yang terlibat dalam kesnya; ada gerladangan antaranya. Begitu juga dengan kes Mano ini, aku tidak berani memihak yang mana-mana kerana yang benar itu masih tidak terserlah. Kita hanya boleh tunggu & lihat.

Keluarga dakwa tuntutan saman tidak masuk akal (Ceritera)


KUALA LUMPUR: “Ia mengarut!” kata Daisy Fajanina, ibu kepada Manohara Odelia Pinot, 17, mengulas saman difailkan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap anaknya itu.

Menurutnya, saman itu nyata mengarut berikutan dia sekeluarga masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan susah seperti sebelum Manohara menikahi Tengku Muhammad Fakhry.

Mengenai saman Tengku Temenggong Kelantan menuntut Manohara kembali taat kepadanya, Daisy berkata: “Tuntutan kembali taat adalah seperti tidak masuk akal kerana anak saya, Monohara didera ketika mereka bersama... bagaimana dia hendak taat kepadanya?”

Semalam, peguam Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari, mewakili Tengku Temenggong Kelantan, memfailkan saman tuntutan kembali taat dan hutang RM972,750 terhadap Manohara.

Saman tuntutan kembali taat difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan mengikut Seksyen 8 (a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, jam 11.50 pagi.

Manakala, tuntutan hutang RM972,750 difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengikut seksyen dan enakmen yang sama.

Mengulas lanjut, Daisy yang dihubungi di Jakarta malam tadi berkata, tindakan saman itu keterlaluan selain bertujuan mengganggu kehidupan anaknya yang kini semakin baik selepas dia kembali ke pangkuan keluarga di Indonesia.

Dia mendakwa tindakan Tengku Muhammad Fakhry bertujuan menutup salah dirinya sendiri selain memerangkap Manohara supaya kembali ke pangkuannya.

“Tuntutan saman itu memang keterlaluan. Mana tidaknya, setahu saya, Manohara tidak pernah berhutang dengannya.

“Dulu dia (Monohara) adalah isterinya (Tengku Muhammad Fakhry) dan semua yang dibelanjakan adalah tanggungjawab Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Daisy Fajanina berkata, tuntutan hutang dikemukakan Tengku Temenggung Kelantan RM972,750 itu juga mengejutkan keluarganya.

Ketika wartawan Harian Metro cuba mendapatkan kebenaran berbual dengan Manohara, Daisy agak keberatan dengan memberikan pelbagai alasan termasuk mendakwa anaknya `sedang bekerja’.

Harian Metro

Ibu didakwa ganggu rumah tangga

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra, semalam mendakwa pada peringkat awal perkahwinan dengan bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, rumah tangganya bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah.

“Ini dapat dilihat melalui program dihadiri dan sentiasa kelihatan bahagia. Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, ibu defendan (Manohara) beberapa kali membuat kenyataan akhbar di Indonesia yang bersifat fitnah sehingga menjejaskan rumah tangga,” kata Tengku Muhammad Fakry, 31, selaku plaintif dalam saman tuntutan kembali taat yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Tuntutan saman itu difailkan plaintif melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari di depan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Fazlina Mohd @ Mohd Nor, jam 12.15 tengah hari.

Kira-kira lima minit sebelum itu, Tengku Muhammad Fakhry turut memfailkan saman pertama iaitu menuntut Manohara selaku defendan membayar semula hutangnya hampir RM1 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di hadapan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Berdasarkan tuntutan saman itu, pada 31 Mei lalu, ketika plaintif dan defendan berada di Singapura kerana melawat ayahanda plaintif yang juga Sultan Kelantan yang gering dan menerima rawatan di sebuah hospital, defendan atas inisiatif sendiri pulang ke negara asalnya tanpa kebenaran plaintif.

Sejak tarikh itu, defendan tidak pulang ke pangkuan plaintif sebagai suami yang sah, malah defendan dan ibunya melalui media di Indonesia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Tindakan itu mencemarkan nama baik plaintif dan Kerabat Diraja Kelantan pada mata rakyat jelata dan institusi diraja Malaysia.

Harian Metro

Manohara memfitnah Tengku Muhammad Fakhry di YouTube

Blog: Tidak benar Manohara derita (Ceritera Diraja)


Jimadie Shah Othman
Apr 23, 09
1:41pm
kemaskini 5.20pm Tidak benar Manohara Odelia Pinot menderita bersama suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan, seperti didakwa oleh ibunya Isnin lalu, demikian menurut dua blog Malaysia hari ini.

Satu lagi koleksi foto bekas model muda Indonesia itu, termasuk yang didakwa terbaru, kini dimuatkan di blog Truth Appeared selepas siri foto yang diterbitkan sejak minggu lalu.

Koleksi foto tersebut termasuk sewaktu Manohara Odelia menghadiri satu majlis bersempena Keputeraan Sultan Kelantan.

truth appeared pix manohara odelia pinot indonesia model with time stamps 230409 05Di atas gambar itu - yang menunjukkan beliau sedang bersedia menari poco-poco - tertera tarikh 29 Mac lalu.

Selain sembilan keping foto, blog yang tidak mendedahkan identitinya itu meninggalkan catatan:

"Gambar-gambar di bawah adalah foto setelah Manohara pulang dari umrah, lihatlah ini bukan gambar yang di-superimposed.

"Ini adalah gambar benar, tulen, maka dustalah berita yang mengatakan 'Pangeran Kelantan Aniaya Manohara'.

"Pihak-pihak yang menyiarkan berita dusta diharap perbetulkan untuk kebaikan antara dua negara."

Mesra dengan suami

Pasangan diraja itu pulang daripada umrah 9 Mac lalu.

Penampilan Manohara Odelia sentiasa kelihatan bersopan, mesra, dihormati dan tidak lekang dengan senyuman manis.

Beliau bahkan, disambut penduduk tempatan seperti seorang selebriti.

Sekeping gambar bertarikh 31 Mac lalu menunjukkan orang ramai berebutan untuk mengambil gambar dan bersalaman dengan wanita muda berusia 17 tahun itu.

Sementara gambar yang didakwa diambil selepas Manohara Odelia pulang daripada mengerjakan umrah memperlihatkannya sedang menyerahkan hadiah kepada seseorang, sambil disaksikan orang ramai.

Kelihatan seorang jurugambar dalam program itu merakamkan peristiwa itu.

Manakala dalam foto santainya pula mempamerkan hubungan mesranya dengan suami.

truth appeared pix manohara odelia pinot indonesia model with time stamps 230409 02Sekeping foto bertarikh 8 April – terbaru dalam koleksi itu – Monohara Odelia dilihat dipimpin suami dan seorang perempuan ketika mengharungi semak-samun.

Malukan istana

Gaya kasualnya itu nyata berbeza dengan kehadirannya dalam majlis rasmi. Beliau kali ini hanya mengenakan jeans ketat biru dan kemeja T putih.

Rambut panjangnyanya yang hampir separas pinggang dilepaskan, menjadikannya kelihatan ayu.

"Sayang sang suami pada isteri. Halanglah usaha untuk memisahkan mereka berdua," coret penulis blog di bawah gambar itu.

Sementara foto 4 April lalu memperlihatkan gadis kacukan Perancis-Indonesia itu sedang menjalani latihan menembak.

Suaminya berkemeja T merah, berkaca mata putih dan bertopi hanya memerhatikan isterinya.

Blog Yang Kudengar dan Kulihat pula memuatkan sekeping foto mesra pasangan diraja itu - kelihatan Manohara Odelia sedang berbisik sesuatu kepada suaminya di satu majlis - yang bertarikh 5 April lalu.

Penulisnya Mohd Soberi Shafii, yang mendakwa kenalan dekat kerabat tersebut, berkata gambar itu "dengan sendiri menafikan bahawa (kerabat tersebut) bertindak kasar terhadap isteri yang dihebohkan oleh media di Indonesia."

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409"Berita yang sengaja diada-adakan untuk memalukan keluarga istana Kelantan.

"Adalah diharapkan urusan keluarga dapat diselesaikan dengan baik, seeloknya pihak media tidak memburukkan suasana keharmonian di antara Mano dan (kerabat tersebut)," tambahnya.

"Perpisahan di antara (emak Manohara) Ibu Disey dengan anaknya Manohara bukan bererti meraka tidak lagi akan bertemu, perpisahan ini adalah perpisahan mata, bukannya perpisahan hati.

"Perpisahan berlaku itu tentu ada hikmahnya apabila suami isteri, anak menantu sama-sama bertemu Tuhan di Mekah, tentunya ada janji diikat terutamanya di antara suami dan isteri. Allah maha adil."

Papar foto satu 'rekayasa'

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan lanjut Mohd Soberi sejak semalam masih gagal.

Usaha mendapatkan reaksi istana Kelantan juga belum berhasil.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan pihak istana sedang meneliti dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap kerabat tersebut.

Pengelola istana itu Datuk Abdul Halim Hamad dipetik berkata kenyataan itu mungkin akan dikeluarkan hari ini.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Sementara itu, ibu Manohara Odelia sehingga hari ini dilaporkan masih mencurigai kemesraan yang dipaparkan dalam foto-foto tersebut, dan menyifatkannya sebagai sebagai satu "rekayasa".

"Saya yakin itu untuk mengcounter (menepis) pemberitaan-pemberitaan yang ada saat ini," Daisy Fajarina dipetik akhbar web Detik.com ketika mengadukan nasib anaknya kepada suruhanjaya hak asasi wanita di Jakarta hari ini.

Anak sulungnya Dewi Sari Asih pula mendakwa koleksi foto tersebut sengaja diatur.

"Ada beberapa orang di sana yang baik hati menginformasikan foto-foto itu diset untuk mengcounter berita," beliau dilaporkan berkata sewaktu mengiringi Daisy.

Manohara hutang RM1 juta (Ceritera Diraja)

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra, semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menuntut isterinya, Manohara Odelia Pinot, menjelaskan hutang berjumlah hampir RM1 juta.

Tengku Muhammad Fakry, 31, selaku plaintif mengemukakan saman berkenaan melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Berdasarkan saman yang difailkan di depan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty, plaintif meminta Manohara, bekas model terkenal Indonesia, selaku defendan menjelaskan hutang berkenaan.

Beberapa minit kemudian, plaintif turut memfailkan saman kedua yang meminta defendan kembali taat kepadanya selepas tempoh diberikan sebelum ini iaitu pada 2 Julai lalu, tamat dan defendan masih enggan kembali kepadanya.

Saman kedua itu dikemukakan selepas saman pertama difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Fazlina Mohd @ Mohd Nor.

Serentak dengan kedua-dua saman itu, Tengku Muhammad Fakry turut mengemukakan permohonan interlokutori bagi membolehkan penyampaian saman itu dibuat di luar bidang kuasa mahkamah.

Tindakan itu bagi membolehkan saman disampaikan secara kendiri oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dengan mengiklankan saman dalam akhbar negara itu atau melalui pos berdaftar.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula untuk kedua-dua kes saman itu, masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, pada 2 Ogos ini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan saman pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Tengku Muhammad Fakry mendakwa bernikah dengan defendan pada 2 Ogos 2008 di Istana Mahkota Kubang Kerian dengan berwali hakim.

Plaintif mendakwa sebelum perkahwinan itu, defendan ada meminjam sejumlah wang daripadanya untuk kegunaan peribadi dan ibunya yang berjumlah RM338,500.

Jumlah itu termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pengiriman wang melalui sebuah bank, membabitkan transaksi bernilai RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, plaintif juga memberikan defendan pinjaman wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir 22 Januari 2009.

Plaintif juga mendakwa ketika saman itu difailkan, defendan tidak pernah atau masih belum menjelaskan sebarang amaun daripada keseluruhan jumlah hutang kepada plaintif atau mana-mana wakilnya.

Bagi tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah pula, Tengku Muhammad Fakry mendakwa sejak awal perkahwinan hingga Mei lalu, rumah tangga mereka bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah.

Hanya pada 31 Mei lalu, ketika plaintif dan defendan berada di Singapura kerana melawat ayahanda plaintif yang juga Sultan Kelantan yang sedang gering dan mendapat rawatan di sebuah hospital, defendan atas inisiatif sendiri pulang ke negara asal dan sejak tarikh itu, defendan tidak pulang ke pangkuan plaintif sebagai suami yang sah.

Malah, katanya, defendan dan ibunya melalui media di Indonesia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas memfailkan saman berkenaan, Zainul Rijal berkata untuk kes syariah setakat saman saja dan pihaknya akan menyerahkan saman kepada Manohara melalui perintah yang dikeluarkan mahkamah.

“Kita akan lihat sama ada Manohara datang atau tidak. Jika benar dia mempunyai pembelaan, datanglah ke mahkamah syariah, buat pembelaan dan memberi peluang kepada mahkamah untuk buat perbicaraan dengan adil.

“Ia selaras dengan titah Pemangku Sultan supaya kes berkenaan diadili dengan seadil-adilnya oleh mahkamah.

“Ini permasalahan antara suami isteri. Ini tidak membabitkan pihak istana dan negara. Itu yang kita failkan antara individu suami dan isteri. Jika benar Manohara mempunyai pembelaan, datang ke mahkamah pada 2 Ogos ini untuk memberi persepsi dan keterangan,” katanya.

FAKTA

  • Sebelum berkahwin, Manohara meminjam wang Tengku Muhammad Fakry Petra untuk kegunaan peribadi dan ibunya berjumlah RM338,500 termasuk pembelian jam tangan berjenama bernilai RM174,000 pada 25 Oktober 2005 dan pinjaman berjumlah RM164,500 pada 17 Jun tahun lalu melalui kiriman wang dari sebuah bank.

  • Sepanjang tempoh perkahwinan, Manohara meminjam wang untuk kegunaan peribadi berjumlah RM634,250 termasuk kiriman wang sebanyak empat kali bermula pada 4 September 2008 dan terakhir 22 Januari 2009.
  • Isteri Akhil Maizawati Zainal (Hiburan)

    terjun dalam industri hiburan | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families,

    Gambar Maizawati Zainal, Isteri Akhil HayyGambar Terbaru Maizawati Zainal, Isteri Akhil Hayy

    SEPERTI yang diketahui, Maizawati Zainal, 33, pernah memberitahu yang dia merupakan surirumah ketika ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

    Memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan, ada sumber mendakwa isteri penyanyi dan pendakwah Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ini akan ditawarkan bergelar pengacara TV di salah sebuah televisyen swasta tidak lama lagi.

    Ditanya kepada Maizawati atau mesra dengan panggilan Maiza ini berhubung hal itu, dia bagaimanapun menafikannya.

    “Saya tidak pernah mendapat tawaran atau hadir ke ujibakat untuk bergelar pengacara TV."

    “Jika diikutkan, saya juga tidak mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan, jadi bagaimana saya boleh hendak menceburi bidang itu,” ulasnya menjawab dakwaan itu ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh semalam.

    Jelas Maiza yang bukan berniat untuk membangga diri tetapi sebaliknya menjelaskan keadaan sebenar: “Kalau nak tahu, saya pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon, pengacara dan model sejak berada di sekolah menengah lagi tapi waktu itu saya tolak sebab tidak berminat.

    “Kalau betul saya nak ceburi bidang ini, dah lama saya buat dan bukannya sekarang. Lagipun, saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Sebelum ini, saya pernah membantu Abang Akhil membuat kerja belakang tabir dalam program Cafe Akhil Hayy.”

    Maizawati menjelaskan, jika berpeluang dia akan mempertimbangkan cadangan untuk bekerja dalam industri ini itupun jika karier itu tidak menganggu perjalanan hidupnya dengan anak-anak.

    "Apa-apa pun saya mahu lebih utamakan anak-anak dahulu. Jika perkara itu tidak menyusahkan mereka, Insya-Allah saya akan pertimbangkan," ujarnya sambil tersenyum.

    Ustaz Akhil Abdul Hai dan Maizawati Zainal | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

    kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyUstaz Akhil meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh
    dengan senyuman semalam


    SEBELUM ini penyanyi rock Akhil Hayy atau Akhil Abdul Hai pernah berjanji untuk memberi komen berhubung kontroversi rumahtangganya dengan Maizawati Zainal semalam.

    Ini kerana semalam merupakan tarikh sebutan kes cerai Akhil dan isterinya itu.

    Sebelum ini juga Akhil lebih banyak mendiamkan diri dan memberitahu media ‘apa-apa pun tunggu tarikh 2 Jun ini.’

    Namun, selepas Mahkamah Rendah Syariah Ipoh memutuskan kes ‘kebenaran cerai’ yang difailkan oleh Maizawati dibawa ke 15 Julai depan, Akhil yang sepatutnya memberikan kenyataan kepada media bagi menjelaskan tentang isu tersebut telah memungkiri janjinya.

    Ustaz rock yang dikaitkan dengan penyanyi Waheeda itu seakan-akan mengerti yang media telah berkumpul di luar untuk menyerbunya pada bila-bila masa itu keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki.

    kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyAkhil terus keluar dari dewan mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki seolah-olah seperti pengawal peribadinya.

    Sambil tersenyum, dia hanya berkata ‘tiada apa-apa untuk dikomen’.

    Selepas itu, apabila diasak dengan pelbagai soalan lagi, dia berkata, “Saya akan lakukan perbincangan secara makruf kerana saya rasa hal ini telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai pendakwah. Saya hanya follow the flow. Saya harap keputusannya positif.

    “Saya minta media tidak membesarkan isu ini. Mungkin lepas ini akan timbul masalah lain.”

    Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

    Temubual yang dibuat dalam keadaan ‘kejar-mengejar’ itu bagaikan merungsingkan Akhil apabila dia terus diasak dengan beberapa soalan lagi.

    Lantas, dia terus mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak pasti ditujukan kepada siapa, “Mungkin hari ini hari aku, hari korang esok lusa siapa yang tahu.”

    kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyMaizawati bersama lima orang anaknya

    Akhil hadir bersama rakan-rakannya bersama kereta proton Wira berwarna hitam hadir di mahkamah agak lambat daripada sepatutnya sehingga Hakim Syarie Mohd. Ridhuan Yusof membuat keputusan untuk menangguhkan kes itu buat sementara waktu pada pagi tadi.

    Sejam selepas itu, barulah dia muncul dengan berbaju hitam sepadan dengan warna jubah moden yang dipakai oleh Maizawati.

    Bagaimanapun, mereka dilihat tidak sempat bertegur sapa sehingga kes tersebut selesai pada hari ini.

    Akhil juga menolak kehendak media untuk merakamkan gambarnya bersama anak-anaknya yang turut hadir bersama Maizawati.

    Katanya pendek, “Lain kalilah..”

    Sementara itu, Maizawati yang hadir bersama lima orang anaknya dan seorang wanita meninggalkan kawasan mahkamah dengan menaiki kereta Gen 2 berwarna oren selepas memberi peluang kepada media merakamkan gambarnya bersama anak-anak.


    Maizawati Patah Tangan, Kandungan 5 Bulan Selamat, Gosip Mati Tidak Betul!

    Awal tahun kami dipenuhi dengan cerita serta gosip liar yang boleh mengundang masalah, free-free kena saman kalau tak check betul-betul. Gigil kami dibuatnya!

    Sekitar 31 hb, kami dikejutkan dengan cerita Maizawati yang terlibat dalam kemalangan, dan meninggal dunia. Memang mengejutkan, sebab tiada akhbar yang melaporkan apa-apa berkenaan dengan Maizawati. Nasib baik, tidak sampai sejam akhbar Mstar melaporkan bahawa Maizawati cuma patah tangan, dan kandungannya selamat walaupun mengalami sedikit pendarahan.

    Dia selamat menjalani pembedahan, besi dimasukkan ke tangan kiri. Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Maizawati terbabas melanggar sebuah kereta apabila sebuah Proton Wira membelok ke selekoh secara tiba-tiba .

    Maizawati akan ditahan di Hospital Permaisuri Bainon sehingga 4 Januari ini. Nampaknya, awal tahun Maizawati tidak begitu mengembirakan dengan gosip liar melampau, namun kami pasti setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

    Tengku Temenggong fail saman terhadap isterinya, Manohara (Ceritera)

    KOTA BAHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra hari ini memfailkan saman tuntutan kembali taat dan hutang RM972,750 ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

    Peguam yang mewakili Tengku Temenggong, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari memfailkan kedua-dua saman itu pada 11.50 pagi di Balai Islam, di sini.

    Saman tuntutan kembali taat itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah disini mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, manakala tuntutan hutang RM972,750 difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengikut seksyen dan enakmen yang sama.

    Zainul Rijal berkata, mahkamah menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan bagi kedua-dua saman itu.

    "Pihak kami juga memfailkan notis permohonan interlokutori, iaitu kebenaran bagi peguam yang mewakili Tengku Temenggong menyampaikan saman dan pernyataan tuntutan bagi kes ini di luar bidang kuasa kerana Mahkamah Syariah di Kelantan hanya mempunyai bidang kuasa di negeri ini sahaja manakala defendan berada di Indonesia," katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman itu.

    Zainul Rijal berkata, makluman tuntutan itu akan dibuat sama ada melalui Kedutaan Malaysia di Indonesia, mengiklankannya di akhbar-kabar Indonesia, menyerahkan sendiri kepada defendan ataupun disampaikan melalui khidmat pos berdaftar.

    Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.

    Manohara pulang ke Indonesia pada 31 Mei lalu dari Singapura ketika beliau yang diberi gelaran Cik Puan Temenggong berada di negara itu menemani suaminya, putera ketiga Sultan Kelantan yang melawat ayahandanya di Hospital Mount Elizabeth dan media Indonesia membuat pelbagai tuduhan berdasarkan kenyataan Manohara sehingga memberikan kesan kepada hubungan dua hala negara serta memburukkan reputasi Istana Kelantan.

    Berikutan itu, Tengku Temenggong Kelantan pada 11 Jun lalu membuat satu laporan polis di ibu negara bahawa dirinya telah difitnah, manakala pada 26 Jun lalu Tengku Temenggong Kelantan, melalui satu kenyataan media, mengarahkan Manohara supaya pulang ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini.

    Dalam pernyataan saman tuntutan kembali taat itu, Manohara dilaporkan enggan mematuhi perintah kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Istana Mahkota Kubang Kerian serta menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak, yang ditentukan oleh Mahkamah Syariah Kelantan.

    Tuntutan saman itu menyatakan defendan akan diisytiharkan nusyuz sekiranya tempoh itu diingkari.

    Sementara dalam tuntutan hutang pula, plaintif mendakwa sebelum perkahwinan, defendan telah meminjam wang untuk kegunaannya dan ibunya berjumlah RM338,500.

    Defendan juga didakwa telah meminjam wang sepanjang tempoh perkahwinan yang berjumlah RM634,250 bagi kegunaannya dan ibunya.

    Zainul Rijal berkata, pihaknya berharap Manohara dapat hadir pada 2 Ogos untuk sebutan kedua-dua kes itu bagi memberikan peluang untuk mendengar penjelasannya di mahkamah.

    "Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan kes itu diadili dengan seadil-adilnya. Ini bukan membabitkan masalah negara tetapi masalah keluarga, iaitu suami dan isteri," katanya.- Bernama.

    h1

    Manohara Bebas dan Pulang kembali ke Indonesia

    Mei 31, 2009

    manohara bebas

    manohara bebas

    Manohara Odelia Pinot, ya model yang menjadi putra sultan kerajaan kelantan Malaysia yang akhir-akhir ini meramaikan berita-berita di media masa dan elektronik di mana diberitakan dia telah disekap dan siksa oleh suaminya terbukti sudah dan jawabannya BENAR!!!Manohara Odelia Pinot akhirnya bebas dan telah bertemu ibunya di Singapura saat mengantar ayah mertuanya berobat di Singapura.Dan kini Manohara pun telah dibawa pulang oleh ibunya ke Indonesia.

    Simpang siur yang selama ini terjadi terjawab sudah. Saat dikonfirmasi ternyata benar adanya bahwa Manohara mendapat perlakuan keras baik fisik maupun mental oleh Teuku Muchammad Fahri (Suaminya). Manohara saat ini berada di rumah Daisy di kawasan Slipi, Jakarta Barat. Ia dalam kondisi sehat dan senang karena bisa bertemu sang ibu. “Ia tidak sakit. Wajahnya cerah karena bisa berkumpul lagi dengan ibunya,” cerita Yuli Andre.

    Kisah Manohara sempat menggegerkan setelah ibunya, Daisy Fajarina, mengungkapkan model cantik tersebut mendapat kekerasan dari sang suami. Bahkan dada Manohara disebut-sebut disilet-silet. Daisy pun menyebut Manohara diculik dan dipisahkan dari dirinya setelah melakukan umroh. Perempuan cantik itu dibawa paksa pulang ke Kerajaan Kelantan. Ternyata Malaysia tak henti-hentinya membuat masalah dengan bangsa ini. Dan yang disesalkan adalah mereka membuat masalah dengan Indonesia di segala bidang.

    Tentunya kita masih sangat akrab dengan TKI dan TKW Indonesia yang diperlakukan sewenang-wenang oleh orang-orang Malaysia, masih ingatkah dengan Konflik pulau Sipadan dan Linggitan? Dan kini yang lagi marak adalah konflik Blok Ambalat. Apa sih mau bangsa Malaysia? Perang? Ayo……Bangsa INDONESIA bukanlah seorang pengecut dan pecundang. Kasus Manohara semoga saja menjadi titik balik bangsa Indonesia dan akhir dari penderitaan pelecehan bangsa MALINGSIA terhadap NKRI. GANYANG MALAYSIA!!!

    Dari Blog : http://telanjangdada.wordpress.com/

    iDAN : Menjadi Blogger sewenangnya menulis tanpa memikirkan kesan pembacanya amat malang bagi insan ini.

    TKI = Tenaga Kerja Indonesia TKW = Tenaga Kerja Wanita

    Siapa tidak kenal Manohara Odelia Pinot?

    Jelas sekali kontroversi penderaan Manohara Odelia Pinot mendapat tentangan dari pelakon Indonesia iaitu Nirina Zubir

    Nirina Zubir berkata, soal penderaan Manohara ini melibat’kan sensitiviti 2 buah negara. Namun, Manohara sepatut’nya mengambil sikap yang lebih serius & jujur untuk menyelesai’kan perkara ini. Sepatut’nya, Manohara lebih berani & menunjuk’kan kesemua bukti-bukti yang kukuh atas semua dakwaan keluarga beliau. Buat masa ini, Nirina Zubir mengaku tidak percaya dengan Manohara.

    “Ini adalah persoalan negara. Kalau berani jangan tanggung-tanggung, perlihatkan dulu hasil visum. Karena ini sudah bawa-bawa nama negara, bikin aku jadi emosi saja,” ujar Nirina

    iDAN: Banyak Blogger milik warga Indonesia menghentam terus akan kelakuan Tengku Temenggong Kelantan, tanpa menjadi orang tengah & melihat dulu apa pengadilan Mahkamah Syariah. Tengku Temenggong Kelantan sekadar berdiam diri.

    YouTube yang dicipta untuk kisah Mano

    Banyak sangat media Indonesia memburukkan negara Malaysia, cuba taip Manohara di YouTube & kita dapat meramalkan siapakah Manohara ini.