iDAN

06 Mei 2011

Apa Perkembangan Razali kini.

Kisah hubungan di antara Razali Hussain dan Misha Omar, menjadi bualan orang ramai. Ini terutamanya apabila selesai menonton teater Uda dan Dara yang memperlihatkan kemesraan dan keintiman dua insan ini, di atas pentas mahupun ketika di luar.

Dengan kemesraan yang dijalin, ada pihak beranggapan yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, bila hal ini ditanya kepada Razali Hussain sendiri, dia menafikannya.

“Teater bukan seperti drama, ada ketikanya boleh ‘cut’ jika ada kesilapan. Teater memerlukan tumpuan dan penghayatan penuh dalam menjiwai watak itu,” jelas Razali lagi.

“Atas sebab itu, saya selaku Uda dan Misha selaku Dara, memerlukan satu jalinan perasan yang kuat bagi menyakinkan penonton. Inilah yang saya lakukan, walaupun ketika bukan di atas pentas,” tambahnya lagi.

Bila ditanya samada dia sudah berpunya, Razali berkata, “Saya masih bujang…”.

Kini beliau berlakon dalam drama Astro 'Serapah Darah Bulan Madu', katanya drama seram ini amat menarik ceriteranya. Selain berlakon Razali sebenarnya sedap suaranya.

Pernah aku terdengar satu ketika lalu, Datuk Ahmad Nawab mahu cipta lagu untuk Razali; hingga kini senyap sahaja. Aku begitu teruja nak dengar lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab ini. Rasanya adalah langkah yang tepat jika Datuk Ahmad Nawab mahu mempopularkan artis ini. Semua peminat Lagu Melayu amat menantikan sentuhan Datuk Ahmad Nawab.