![](https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-prn1/48589_100000325089583_4863_q.jpg)
Apalah malang kereta perang Penyair Idanradzi
mulanya cermin sisi kanan (pandang belakang) diumpil bukan pecah tak
tahu siap angkaranya... Hari ini cermin depan pula pecah. Tak tahu
berpunca dari mana.
2. Parkir depan rumah tak ada pun orang
mahu mengaku tersinggung atau terlontar batu. Nak katakan tukang sabit
rumput takkan dia tak kasi tahu atau minta maaf. Bukankah seharian kerja
menyabit rumput sebagai punca mata pencarian. Tidakkah rasa bersalah
dengan kelalaiannya tak pasal-pasal aku yang kena keluar duit; jika
benarlah penyabit rumput yang punya angkara. Tenguk kesan pecah
keberangkalian memang kena batu.
3. Budaya orang kota nampaknya semakin rasis. Sampaikan hampir semua
penutup tiub tayar Avanza pun penutup tiub kereta perang habis dikebas.
Ini yang aku amat benci duduk di kota. Tak berapa ringgit harga penutup
tiub ini pun mahu dicuri. Jika mahu bergaya dengan hak curi pun apalah
bangganya. (Mesti kes bebudak sebab nak beli bukan tak berduit gatal
tangan syok ambil hak orang)
4. Mungkin di rumahku tiada CCTV
tapi di SANA nanti tidakkan terpapar segalanya. Ingatlah hari ini awak
aniaya orang; aku yakin di dunia lagi Allah akan membalasnya. Kenapa
kita mahu menjadi orang yang baik lagi jujur. Agar Allah melindungi
barangan kesayanganku.