iDAN

09 April 2012

Baik Buruk tinggal di Asrama

Tahun 70an lagi aku telah kenal asrama. Dulu aku tinggal di Asrama Putra Jalan Watson Ipoh. Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Khas (RK) murid terpilih dari perdalaman. Antara yang dipilih adalah pelajar miskin dan pelajar cemerlang.

Aku adalah kalangan pelajar cemerlang melalui Ujian Penilaian darjah lima. Aku mendapat keputusan 5A 1B dan adalah pelajar contoh di sekolahku. Aku menjadi Ketua Murid pun menjadi murid harapan sekolahku. Aktif dalam sukan juga aktif berteater.

Asrama Putra ini pada peringkat awalnya memang terkawal dan teratur. Masalah buli dan aktiviti asrama ketika senggang memang perkara biasa dan dapat aku lalui. Tetapi menjelang MCE aku tak dapat bertahan lagi kerana tahun 70an telah ada gejala samseng dan dadah di dalam kalangan pelajar. Aku tidak terlibat dengan dadah tetap kawalan asrama yang longgar pun masalah rakan yang samseng memaksa aku meninggalkan asrama di penggal terakhir. Dahulu setahun ada 3 penggal. Satu penggal semalam 4 bulan kemudian akan bercuti. Setiap penggal ada peperiksan penggal bagi memantau pelajaran pelajar. Sedari Tingkatan Empat lagi aku memang amat merosot pembelajarannya. Hatta gangguan rakan asrama yang samseng membuatkan aku terpaksa berhenti sekolah dan belajar sendiri sementara menunggu peperiksaan MCE ku.

Ini adalah contoh masalah asrama yang bagiku gagal dalam membentuk pelajar cemerlang. Boleh dikatakan hanya 20% sahaja rakanku berjaya ke menara gading. Selebihnya gagal menjadi anak watan yang ingin dicerna sebaiknya. Rakan yang berjaya itu berpindah secara awal; selepas LCE mereka mencari asrama yang lain mencapai cita-cita.

Dato' Dolah di UiTM rakanku yang tua setahun antara pelajar yang gigih dan pandai membawa diri dalam kemelut kegagalan asrama ini. Prof Nizam di UKM pula berpindah ke asrama di SMI Ipoh di bawah jagaan Pengarah sekolah yang bagus nilai disiplin pun jadual belajarnya. Tak dinafikan pelajar yang tinggal di asrama SMI Ipoh jauh lebih ramai berjaya dari kami di Asrama Putra Jalan Wakson dan Jalan Tambun.

Kekinian anakandaku Anif pula bergelut dengan masalah tinggal di asrama. Hingga kini aku masih berharap agar cikgu di STTJ Seremban akan kaunseling si Anif agar menjadi pelajar cemerlang seperti abgnya Aziq. Aziq adalah pelajar contoh SPM 2010 CGPA terbaik di SM Teknik Gombak.

Dari masalah kecurian pun persekitaran dan disiplin yang mana ada murid tidak menyukainya. Aku tidak pasti sampai ke mana ketahanan mental Anif dalam menyesuaikan dirinya. Kekinian aku meminta jasa baik cikgu kaunselingnya untuk memantau perjalanan hidup Anif di asrama.

Selain itu Anif juga mengadu ada gangguan makhluk halus di sana yang membuat dia sukar tidur malam dan berfikir. Rasanya di mana-mana asrama pun ada benda begini cuma jangan dilayan sangat atau perlu ada kekuatan diri dalam menentang mainan syaitan yang suka merosak fikiran pelajar yang stres ini.

Aku tidak mahu memaksa dia tinggal di asrama sebab pada asalnya adalah pilihan dia mahu tinggal di asrama. Tapi bila kes Anif ini adalah melibatkan KPM aku terasa terkilan jika Anif tidak tahan terus tinggal di sana. KPM yang memajukan namanya ke STTJ lantaran keputusan cemerlang PMR Anif.

Kemasukan Anif ke STTJ adalah atas rayuan kami (Pilihan kedua; pilihan kami SM Teknik Sepang) ketika itu tarikh permohonan telah pun ditutup.

Selain aku mengharapkan Anif belajar bersungguh-sungguh di asrama aku mahu dia menjadi lebih berdikari dan berdisplin. Hatta itu aku berharap sangat agar cikgu terus memotivasi pelajar di sana. Jangan sampai menjadi pencuri & perlu menjadi insan yang menghormati hak milik orang lain. Tak guna jadi orang bijak pandai bila menjadi orang yang diamanahkan tanggungjawab ketika di dunia kerjaya nanti; tapi asyik pecah amanah, rasuah dan asyik kita dengar pekerja yang rosak moralnya.

Ketika belajar pelajar ini kena kita bentuk; jika pun gagal mereka ini terdidik cemerlang tapi moral mereka teruji dan bukan menjadi sampah masyarakat yang dibenci. Kami ibu bapa akan sentiasa mendidik mereka di rumah tetapi jika di asrama mereka ini terdedah dengan pelbagai masalah moral payah juga.