iDAN

Memaparkan catatan dengan label MMms. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MMms. Papar semua catatan

22 September 2016

MMms 31: Tak Kuat.


Badan makin tak kuat, mahu sangat makan ubat secara sempurna. Tanpa ngelat. Tapi kudrat badan amat tak kuat. Semalam makan empat jenis dari enam jenis yang kena makan. Habis ditangkapnya semua badan. Amat sukar nak bangun pagi. Gusar.

Kini telah cecah satu abad aku bergantung makan ubat. Sejak usia 48 aku sudah mula makan ubat sakit kronik ini. Mungkin tanya Pak Google aku dapat kesan tarikh sebenar mula jadi pesakit tegar bergantung makan ubat sakit kronik, asyik berulang alik ke Hospital Kajang & Hospital Serdang.

Ada catatan 1 Oktober 2008 Aku ditahan masuk Wad Kecemasan Hospital Kajang. Tatkala itu telah setahun lebih aku diserang sakit kronik. Tahun 2007 sejarah sakit kronik ini udah mula aku hidapi. Sebermula dengan buah pinggang berdarah sebab batu karang. Naiklah darah tinggi, masalah jantung, hati membengkak, kolesterol & diabetes.

Mungkin boleh tanya Pak Google "MMms idanradzi" ada sejarah sakit yang aku alami aku tulis di blog peribadiku. Apa MMms itu; singkatan dari perkataan Malaikat Maut mengintai selalu.

Tak pasti sampai usia berapa aku boleh bertahan; dalam kajianku rakan yang sama sakit sepertiku hanya mampu bertahan sampai usia sekitar 58 tahun sahaja. Rata-rata kena serang sakit kronik ini sekitar umur 40an. Ish maksudnya tahun hadapan ada tahun berhijrah ke alam baqa. Siap siagalah.

Ada seorang dua bertahan lebih lama dari 58 tahun tetapi mereka ini melalui pembedahan jantung sebelum usia 60an. Seperti Abg Rashid panjang umurnya dapat cecah usia 60an lantaran sekitar usia 40an masuk IJN tukar saluran darah dari urat di pehanya.

Selalunya jika udah masuk usia 60an sukar doktor mahu membuat pembedahan jantung faktor daya kekuatan badan pesakit. Tak pastilah dengan kemudahan peralatan perubatan moden kini apakah boleh membantu pesakit kronik setua aku.

26 Februari 2014

JANUMET yang kutelan hari-hari

 Bila aku baca semua kesan yang berkemungkinan bakal aku alami bila makan ubat sakit kronik ini, memang aku rasa keberatan nak makan. Tak makan sakit lagilah teruk & melarat. Janumet adalah salah satu ubat sakit kronikku yang sentiasa kutelan setiap hari. Selain janumet ada empat lagi ubat yang PKupm kasi, tak termasuk ubatan sampingan yang perlu akan amalkan.



Kesan sampingan yang serius telah berlaku dalam orang yang mengambil JANUMET .
Lihat " Apakah maklumat yang paling penting yang perlu saya tahu mengenai JANUMET ? ".
Gula darah rendah ( hipoglisemia ). Jika anda mengambil JANUMET dengan ubat lain yang boleh menyebabkan gula darah rendah, seperti sulfonylurea atau insulin, risiko anda mendapat gula darah rendah yang lebih tinggi. Dos ubat sulfonylurea atau insulin mungkin perlu diturunkan semasa anda menggunakan JANUMET . Tanda-tanda dan gejala gula darah rendah boleh termasuk :


        
sakit kepala
        
mengantuk
        
kelemahan
        
pening
        
kekeliruan
        
cepat marah
        
kelaparan
        
denyutan jantung yang cepat
        
berpeluh
        
rasa gelisah


    
Reaksi alahan yang serius. Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda tindak balas alahan yang serius , berhenti mengambil JANUMET dan hubungi doktor anda dengan segera. Lihat " Siapa yang tidak boleh mengambil JANUMET ?" . Doktor anda mungkin memberi anda ubat untuk reaksi alahan anda dan menetapkan ubat yang berbeza untuk penyakit kencing manis anda.
Penyakit buah pinggang , kadang-kadang memerlukan dialisis.


Kesan-kesan sampingan yang paling biasa JANUMET termasuk:

    
hidung tersumbat atau berair dan sakit tekak
    
jangkitan pernafasan
    
cirit-birit
    
loya dan muntah-muntah
    
gas, sakit perut , senak
    
kelemahan
    
sakit kepala
    
gula darah rendah ( hipoglisemia ) apabila digunakan dalam kombinasi dengan ubat-ubatan tertentu , seperti sulfonylurea atau insulin.
Mengambil JANUMET dengan makanan boleh membantu mengurangkan kesan sampingan perut biasa metformin yang biasanya berlaku pada awal rawatan. Jika anda mempunyai masalah perut yang luar biasa atau tiba-tiba, berbincang dengan doktor anda. Masalah perut yang bermula kemudian semasa rawatan mungkin menjadi tanda sesuatu yang lebih serius .


JANUMET mungkin mempunyai kesan sampingan yang lain , termasuk:
bengkak tangan atau kaki. Bengkak tangan dan kaki boleh berlaku jika anda mengambil JANUMET dalam kombinasi dengan rosiglitazone (Avandia ®). Rosiglitazone adalah satu lagi jenis ubat kencing manis .
Ini bukan semua kesan sampingan yang mungkin JANUMET . Untuk maklumat lanjut , tanya doktor atau ahli farmasi.


Beritahu doktor anda jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang mengganggu anda, sesuatu yang luar biasa , atau tidak pergi.


Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan sampingan. Anda boleh melaporkan kesan sampingan kepada FDA pada 1 -800- FDA -1088 .


(Nasib oreng sakit kronik ini memang tak menentu; hanya kepda Allah SWT sahaja kita berserah)

13 Mei 2013

FB Suntik jari


Catatan Idanradzi ditanda di gambar anda. — bersama Rosli Abdul Aziz dan 12 yang lain.
Kejap lagi kena ujikaji darah sendiri tanpa Doktor Azim aku tu... alahai payah sikit sebab aku tak suka jarum;sakit eh nak suntik jarum ke tangan sendiri. Hari ini tiga kali kena tahan sakit. Tak suka tapi nak buat macam mana.

2. Minggu lalu glukos dalam badan kekal sekitar 6 mmol/L harapanku sekitar itu hari ini. Aku dah makan ubat ikut jadual & makin berpantang dalam pemakanan. Cuma minggu ini aku kurang berulam & ambil herba. Rasanya gula akan naik sedikit agar tak sampai ke baca belasan/berbelas. Bahaya bacaan berbelas jika luka tak boleh baik; badan pun tak stabil, bilamana dua minggu lalu glukos dalam badanku sekitar 13 mmol/L.
Suka · · pada 8hb Mei pukul 12.29 ptg ·

29 Januari 2013

Adoi Sakit Kronikku...

Ubat Malas Mati
 Ada ketika waktu dinihari ini terasa amat bungkam. Ketakutan akan MATI itu datang bilamana setiap penjuru badan mendesak kesakitan. Dituju hulu hati; dituju pangkal rahang & tekak. Sakit kepala meronta-ronta. Roh yang baru bermimpi terjaga.

2. Bila-bila masa nyawa boleh melayang sebab; aku insan kerdil bukan lagi orang kuat untuk melawan sakit. 5 (LIMA) Ubat Kimia yang doktor kasi tak lagi menjadi penawar. Sekadar benteng untuk aku bertahan. Bila aku makan ubat kimia ini aku tambah sakit. Ditangkapnya sendi sana sini.

3. Kejap lagi aku akan jumpa doktor pakar pemakanan; nak timbang berat badan. Apakah masih tambah berat atau menyusut. Sasaran nak turun 7 kilo bolehkah berlaku; sebab selera makan pesakit seperti aku mana mungkin berubah. Setiap dua jam pasti akan lapar semula. Takkan asyik nak makan tomato. Tangan terketar-ketar.

4. Sepanjang bulan Disember lalu memang aku asyik demam-demam; kemudian awal Januari sihat sebentar; sekitar seminggu ini sakit semula. Selesema, sakit kepala, sakit gigi, hidungku asyik berdarah menggangu tidurku. (Aku merahsiakan ini dari keluarga takut mereka risau) Ilham menulisku makin pudar. Nak buat macam mana; ingin meninggalkan 1001 ratib puisi nampaknya makin tercabar.

5. Nasiblah aku punyai seorang rakan paling rapat si Azim anak yang bungsu. Yang lain termasuk Mila sekadar isteri & kawan-kawan. Jauh sekali nak sering ketemu berbual sebab masing-masing ada tugasan DUNIA. Aku terfikir hanya orang GILA saja tak sibuk di dunia ini. Dia hanya pedulikan fikirannya persetan fikiran orang lain.

Semalam aku cuba dail dengan ramai rakan yang ada Talian Tetap (talian telefon bimbit aku tak mampu) sebab aku GELISAH sangat dengan sakit ini; hanya dapat cakap dengan Zainal, Penyair Sejati, Dzuan & Pak Wahid. Cakap dengan Tok Perak cuma 5 saat. Iyer tak dapat bual lama masing-masing ada perkara lain mahu dilakukan. Hatta aku mengadap dengan skrin 15"x15" ini; ada banyak WAJAH tak bersuara. Mencari roh damai yang asyik kembara sendirian.

06 Disember 2012

MMms 30: Sakit Kronik.




Terima kasih rakan nan mendoakan kesihatan sy... Insya-Allah sy begitu yakin dengan doa; sebab ada satu ketika memang tersa diri putus harapan; apatah lagi ketika dinihari sesak nafas. Nak tarik nafas pun sakit nak lepas nafas pun sakit; terpaksa bernafas antara kesakitan bilamana ada injap kecil jantung tersumbat. Ketika itu doktor mengatakan cuma gangguan angin atau gastrik; sedangkan kita telah
berpeluh sejuk.

2. Terkadang doktor pakar jantung ni pun satu hal suka beranggapan tanpa bukti sedangkan dia tak periksa SEJARAH sakit sy. Yang sy ketika itu sedang makan 7 (TUJUH) jenis ubat ujian terapi darah telah jelas membuktikan kolestrol, gula, buah pinggang telah semakin nazak... Syukur sy tak hanya bergantung dengan ubatan doktor sy ambil beberapa jenis herba cina pun ubat kampung... Natijahnya sy dapat pintas kesakitan itu dengan RAHMAT Ilahi.

3. Doktor tak boleh menambah umur kita; itu adalah ketentuan Allah SWT; ini yang berlaku kepada arwah rakan baikku Ana & Ulan. Sakit Ana sentiasa dalam perhatian doktor sakit Ulan lain yang sakit yang menyerang mendadak; Itu yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan. Kita yang sentiasa perlu merapatkan diri dengan Tuhan agar kita sedar & akur. Agar kita bersedia untuk berangkat ke dunia sana.

4. Cer kita perhatikan, ada orang akan nampak uzur & amat kontras dengan kesakitan. Hatta kita lihat dari wajah & perwatakannya tidak normal pun tidak ceria. Stres & terus putus asa. Ada orang menerimanya dengan tenang reda serta tabah. Kita tak nampak pun dia sakit. Hakikatnya kesakitan itu bersarang dalam dada. Paling ketara ketika subuh atau mahu bangun tidur; di saat itu khudrat tubuh pesakit ini akan teruji. Bagi pesakit kronik pasti mengakui masalah ini. Kontras, risau atau stres itu yang sering membawa MAUT. Namun bukan mustahil mereka yang tabah & hebat menahan sakit tak dijangka boleh pergi secara mengejut. Cumanya pesakit kronik begini tak mahu menyusahkan kita. Itu saja.
Respon menarik dari MukaBuku:

  • Rosliza Amira 100% setuju dengan statement tu...itu juga lah yang sering saya fikir dan bicarakan pada rakan-rakan...apatah lagi adik ku kini terlantar di hospital..baru di kesan kanser peti suara tahap 4 setelah 2 bulan terlantar dek sintom sakit yang lain-tapi lain yang datang..makin lama makin banyak sakitnya yang timbul..jantung,buah pinggang dan sesak nafas..pun begitu ikhtiar kami tidak sampai di sini,ubatan cina dan homoepaty diteruskan..berpantang ajal sebelum maut..biarpun hanya terlantar tanpa boleh bersuara dan tidak lepas dari bantuan oksigen..Namun,kami dikejutkan dengan berita yang tidak diduga,makcik yang sihat walafiat..meninggalkan kami tanpa sebarang syarat dan sakit..Akur dengan kuasa yang Maha Esa..tiap kejadian ada hikmahnya..ada alamat yang perlu diikhtibarkan buat kita semua..Ajal datang tidak mengenal usia dan masa..tanpa kira yang terlantar atau yang sihat..perlu sentiasa bersedia dan redho dengan KehendakNya..kita sebagai hamba,jangan lupa padaNya..dekatkan diri menghimpun amalan agar bekalan cukup apabila saat kita dipanggil PULANG ke pangkuanNya..

  • Penyair Idanradzi Semua kita akan menghadapi ajal & maut; cuma tak pasti awal atau masih lewat; agar adiknya sentiasa tabah. Kita semua akan kembali berkumpul di sana insya-Allah. Asal jangan murtad & berulang kali lakukan dosa besar. Syirik kepada Allah.

    Tak salah kita ingin mengejar dunia, mahu tersohor, mahu menjadi artis popular, mahu jadi jutawan, mahu kuasa yang gah. Tak siapa nak halang. Memang ada kalangan rakan di FB ni tak suka baca bab kematian; catatan tentang takut akan kematian. Cumanya fikirkanlah dunia akhirat itu kekal selamanya. Kita risau kita tak hensem/cantik; org sering kata kecantikan itu tak kekal. Hakikatnya kita akan tua juga. Boroi tak hensem lagi. Tak boroi pun mana mungkin kulit tak berkedut. Lizamnya kita takut cepat tua tak cantik tapi tak takut buat dosa, langgar perintah Allah SWT; sombong, dendam, riak & pelbagai lagi penyakit hati. Kenapa kita TIDAK bersangka baik sayang menyayangi & menghormati orang tua.

  • Penyair Idanradzi Sedangkan akhirat itu kekal selamanya usia kita tak kenal lama; semua rahmat itu berpandu amalan kita di dunia. Kenapa tidak kita perlu lebihkan bekalan di sana nanti. Kenapa nak ego/megah/bangga bila kita diuji dengan kemewahan/harta/kuasa/keagongan.

    Sy tak pernah nak menagih simpati tetapi amat terkilan bilamana ada waris/rakan/orang tersayang tak pernah sedar yang orang sakit kronik ni ibarat meniti titian ajal yang semakin RAPUH. Memang itu hakikatnya. Hei doktor di Klinik Kardio... Kenapa nak paksa orang TUA ini berlari jika memang LUTUTnya dah lemah. Hei orang kelilingku... Kenapa nak dihalang segala nafsu makan ini... SUDAH memang peluang untuk makan amat tinggal sedikit. Berpantang memang digalakkan tapi bukan dihalang merasai. Hei editor sombong... Kenapa mesti disekat daya kreatif ini sementelah memang peluang berkarya ini telah di penghujungnya. Kenapa tak dilepaskan aku bebas sementara denyut saat yang semakin mahu berhenti ini?.

  • Penyair Idanradzi ish monitor PC aku ini pun semakin kronik/nazak.... dah nak hilang cahaya/nyawanya. (emm makan ubat doktor ini tambah berpusing semua siling & langit; apasal eh)