iDAN

03 Februari 2012

Berdengkur


Masalah berdengkur ini sering membuatkan kita rasa malu; rendah diri; malahan menghalang kita tidur rapat dengan pasangan. Selalunya mereka yang berperut boroi atau obesiti pasti akan menghadapi berdengkur yang kuat.

Ada dijual penyepit hidung di pasaran agar dengkuran ini kurang gemanya; tapi ianya tidak dapat membantu jika memang masalah obesiti ini tidak diselesaikan. Seyogia jangan bersangka buruk jika ada kalangan saudara mara kita terpaksa mencari rumah penginapan lain jika bertandang ke rumah saudara mara nan jauh. Bukan tak sudi tumpang tidur di rumah saudara mara. Tenguk keadaan... di rumah Opah Bi di Desa Tualang Kota Bharu Perak ada ruang khas atau bilik berasingan. Jika ada bilik asing tak jadi masalah; atau di rumah pusaka Mila di kampung; aku sering tidur di ruang tamu sendirian. Tak akan ganggu orang lain tidur.

Ini yang berlaku, tiap kali aku ke Machang memang rumah besan aku telah ramai saudara mara yang menumpang tidur di sana; hatta aku terpaksa menyewa di rumah penginapan sekitar sana. Itu pun terpaksa sewa tilam tambahan tidur jauh di sudut kamar agar tidak menganggu keluarga lain. Nak menyewa bilik sorang-sorang seramlah pulak.

Cer kasi cadangan untuk mengatasai masalah berdengkur ini.

Maut berdengkur

Simptom obstacle sleep apnea (OSA) perlukan rawatan kerana ia masalah serius dan sangat berbeza dengan masalah dengkuran biasa

BERDENGKUR mungkin tanda keletihan, tetapi apabila dengkuran itu mengganggu lena teman tidur, ia sebenarnya satu seksaan.

Berdengkur adalah normal. Malah, dalam kajian Synovate Omnibus Jun lalu, 62 peratus mereka sudah berkahwin tidur berdengkur. Daripada jumlah itu, 63 peratus adalah Melayu, membabitkan 66 peratus lelaki.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang, Dr K Gopalan Nair, berkata dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur.

Katanya, apabila tidur, otot di belakang mulut seperti lelangit, lidah dan tekak berehat. Bagaimanapun, jika terlalu rehat, ia akan mengecil atau menyekat aliran udara.

“Apabila anda menarik nafas, lelangit dan anak tekak akan bergetar dan menghentak sesama sendiri sekali gus menghasilkan bunyi dengkuran,” katanya.

Tonsil dan adenoids - tisu yang mengembang di belakang kerongkong juga akan bergetar dan semakin sempit laluan udara, semakin banyak tisu bergetar sekali gus menyebabkan dengkuran semakin kuat.

“Dengkur adalah normal dan ia lebih banyak dikesan pada lelaki berbanding perempuan. Berdengkur ada kalanya disebabkan badan terlalu letih atau gemuk. Ada kalanya ia boleh ditangani dengan mengubah cara hidup seperti menurunkan berat badan atau berhenti merokok,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga kes berdengkur sebenarnya adalah simptom obstacle sleep apnea (OSA). OSA adalah masalah dengkuran yang sangat serius dan boleh membawa maut. OSA berbeza dengan dengkuran biasa kerana seseorang itu akan berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih dalam tidurnya.

Aliran pernafasan yang normal pada waktu tidur adalah 70 hingga 100 peratus tetapi jika apnea berlaku, anda akan berhenti bernafas atau hanya bernafas 25 peratus saja daripada kadar biasa.

Dr Nair berkata, OSA memerlukan rawatan kerana ia masalah serius dan sangat berbeza dengan masalah dengkuran biasa.

Punca berdengkur.

A) Faktor fizikal

  • Rahang yang rendah
  • Hidung tersumbat
  • Tonsil bengkak atau anak tekak yang besar
  • Berusia
  • Putus haid

B) Faktor gaya hidup

  • Obes
  • Mengambil alkohol
  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Merokok
  • Alahan bermusim seperti selesema dan hidung gatal.

Rawatan berdengkur

  • Jika anda gemuk, mulakan dengan menurukan berat badan.
  • Berhenti merokok dan mengambil minuman keras.
  • Ubah posisi tidur. Jika anda tidur telentang, lidah akan mudah jatuh ke belakang tekak dan menyekat aliran udara. Jika anda tidur mengiring kemungkinan berdengkur agak berkurangan.
  • Gunakan bantal yang tebal untuk meningkatkan aliran udara
  • Jika anda berhadapan dengan masalah alahan, kenal pasti pencetus alahan.
  • Semburan hidung bagi mengatasi hidung yang tersumbat.
  • Terapi gantian hormon bagi mereka yang putus haid
  • Pembedahan jika ia bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi dan dicadangkan oleh doktor.

Terbaru di pasaran, pelekat mengelak dengkuran, hidung tersumbat dan memudahkan aliran pernafasan yang dibangunkan oleh Glaco SmithKline (GSK). Dikenali sebagai ‘Breathe Right” ia membantu anda bernafas dengan lebih baik dan tidak berdengkur. Begitupun, ia bukan tidak boleh menyembuhkan masalah dengkuran sepenuhnya dan tidak boleh digunakan oleh pesakit OSA. Ia hanya mengelak anda berdengkur untuk tempoh 12 jam.

reathe Right sudah ada di pasaran dan ia mungkin penyelesaian terbaik untuk anda yang berdengkur kerana keletihan atau anda yang berdengkur kerana hidung tersumbat atau selesema.


Artikel ii masalah berdengkur.

Anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur? Suami/Isteri ada berdengkur sehingga mengganggu anda tidur?

Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.

Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.

Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.

Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.

1) Gunakan bantal yang lebih
Pastikan anda meletakkan kepala anda pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan anda dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat yang akan menyebabkan anda berdengkur.

2) Bahan pendingin
Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkakan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur.

Anda juga dinasihakan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.

3) Nasal strips
Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.

4) Tidur dalam keadaan mengereng
Posisi tidur dalam keadaan mengereng juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan anda tidak berasa selesa tidur telentang atau menerap.

Ini adalah salah satu cara mudah untuk memastikan anda sentiasa tidur dalam keadaan mengereng sehingga keesokan paginya.

5) Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.

6) Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.

7) Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

icon cool Cara Untuk Mengatasi Masalah Berdengkur Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.

9) Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.

10) Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur.

Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.

11) Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.

12) Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.