iDAN

Memaparkan catatan dengan label Kahwin Campur (KC). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kahwin Campur (KC). Papar semua catatan

20 Mei 2010

KC 15 ♥ Kasih Obasan (Singgahsana)

Dapat meneguk air sejuk & air isotonik ketika amat penat alangkah nikmatnya. Turun sahaja dari jip kami semua ke dapur. Senyum dari Obasan di pintu dapur cukup membahagiakan aku. Seperti orang kita Melayu makan tengah hari orang Jepun masih dengan nasi ala pulutnya; makanan aku diasingkan di sudut hujung. Sebab aku telah berpesan aku tak makan sebarang daging demi untuk menyelamatkan aku dari termakan daging babi yang memang perencah utama masakan orang Jepun.

"Tak nampak Pakcik kita tu... Akirasan! dia tak makan dengan kitakah?" aku bertanya Tanaka, Eisaku, Katsura & Takashi nampak laju sahaja makannya.

"Akira kadang-kadang saja makan di sini; isterinya tak kerja rajin masak kat rumah. Hari ini dia makan di rumah kut!"

"Bos besar kita Matsusakisan tak balik lagikah; dia makan sama kita kan?"

"Biasalah kalau dah keluar pejabat mesti dia makan di luar!" aku suka tenguk Takashi makan; macam dia buat kerja juga. Laju. Orang Jepun aku perhatikan tak reti rasa panas; aku terkial-kial nak telan sup panas mereka biasa sahaja dengan dua kayu yang tajam ujungnya itu. Menghirup kuah dalam mangkuk.

Masakan Obasan di Jua Machi ini jauh lebih sedap dari Obasan aku di Sagamihara. Masakan seseorang itu adalah lambang kasih sayangnya. Jika ketika memasak seseorang itu lakukan dengan penuh kasih sayang pasti aroma rasanya akan terbit di setiap intipati masakannya. Obasan baruku ini memang bekas penyanyi Sariosa; maka masakannya pun rasa begitu. Sukar dapat aku rasai masakan seenak ini.

Tekak kita pun pandai memilih; selalunya jika ada bahan yang tak bersih pasti akan rasa loya; aku pernah berceritera bab ini di jurnal lamaku.

Aku tercari-cari juga... kut! Suminya & Kak Mayumi makan sekali; tiada.

"Suminya & Kak Mayumi tak makan dengan kita ke?"

"Tak, mereka makan di luar Kak Mayumi memang orang kampung sini, Suminya selalunya bawa bekal" Tanaka nampaknya telah kenyang & mahu naik ke atas berehat.

Kesempatan ini aku ambil untu dapat berbual dengan Okaasan; cuaca musim luruh yang dingin buat aku tak tergamak mahu mandi di tengah hari. Usia Okaasan yang telah 60an nampak masih sihat & lincah buat kerja. Banyak juga dia bertanya tentang aku & keluarga. Dia pun naik risau kenapa telah hampir 5 tahun aku masih tak punyai anak. Aku ceritalah sebabnya.

"Kami perempuan di Jepun tak pentingkan sangat cita-cita, biarlah orang lelaki keluar rumah & mencari rezeki. Mungkin generasi baru kini yang berlumba-lumba mahu mengejar kerjaya!"

"Entahlah Okaasan ketika kami buat cucian itu memang saya amat sedih kehilangan cahaya mata pertama, nak buat macam mana ketika itu Mila tu ada cita-cita lagi pun saya takkan mampu tanggung dia belajar kalau diarahkan keluar asrama!"

"Tidakkah itu membunuh namanya?"

"Saya berpegang pada pendapat imam kami; ada yang membolehkan jika punyai sebab yang munasabah lagi pun masa itu janinnya kecil lagi masih tak ditiupkan rohnya!"

"Okaasan tak nampak semua itu tetapi langkah membuat cucian itu bagi Okaasan kita menghalang satu kehidupan!" aku tak dapat menjawabnya, biar pun Okaasan bukan orang Islam; orang Jepun mana ada agama tetapi kesedaran mereka aku akui amat suci & jernih.

Sesungguhnya jauh di sudut hatiku, aku juga menangisi perbuatan lampau itu. Hinggakan pada malam hari hitam tersebut aku mimpikan aku menimang cahaya mata perempuan.

"Obasan saya memang menghormati pendapat Obasan & sebaiknya begitu; rezeki bagi setiap makhluk Tuhan itu ada!" tak sangka Obasan dapat berbual perkara kepercayaan begitu.

Kenapa kita tidak berdakwah sampai ke Jepun; asyik sebut negara China sahaja.


Ketika petang kami tak selalu kerja luar; ikut jadual jika ada kerja konkrit di dalam terowong terpaksalah pergi. Aku biasa diarahkan duduk di ofis menemani Pakcik aku Akirasan tolong buat kerja surihan atau kerja pengurusan yang lain. Kerja di pejabat orang Jepun tak mengira taraf, janji boleh buat. Jika cepat mahir dalam apa juga tugas memang akan bertambahlah kerja. Sebab itu orang kata orang Jepun ini gila kerja.

Sebelah petang juga diadakan perjumpaan bagi kontraktor; pihak pemaju PCI & wakil kerajaan berbincang segala masalah di tapak binaan. Aku memerhatikan sahaja gelagat orang Jepun ini. Sungguh mereka satu bangsa yang gigih berkerja pun amat menepati waktu & sasaran kerjaya. Seperkara lagi jika di ofis aku tak dengar mereka berbual, asyik belek sana belek sini; berkerja dan berkerja dengan tekun, kita nak bertanya pun payah. Mereka hanya berbual ketika waktu rehat.

Aku asyik memerhati dari jendela bagaimana indahnya sawah padi yang sarat dengan buahnya. Sesesaki di tiup angin bagaikan ombak laut beriak & beralun di sana sini. Suminya yang duduk di sebelah aku sesekali menjeling aku, pasti dia perasan aku memang gelisah jika tak ada kerja; aku leka menulis di diari sesekali aku lakar wajah-wajah rakanku termasuk wajah Suminya.

Yang lebih padu di dalam hati & jiwaku adalah bayangan wajah Mila. Kekinian telah masuk bulan kedua dia tidak menulis buatku. Aku teringat ketika aku di Sagamihara; jika rindu menebal begini aku akan singgah di Machida untuk telefon dia buat pelepas rindu.

Rutin harian aku makin penat mahu aku turuti; awal pagi buka peti surat. Biasanya memang hampa sahaja. Adalah sesekali aku dapat poskad dari rakan yang kukenali di Harajuku pelajar dari Malaysia tapi aku tak minat langsung mahu menulis panjang dengan pelajar ini. Sekadar berbalas poskad. Tak lebih dari itu. Poskad Mila tak pernah datang, surat jauh sekali.

"Haridansan ada telefon mungkin kanai awak!"

Tetiba Matsusaki memanggil aku. Di dormitori kami memang ada satu talian kut ada kecemasan pelbagai. Telefonnya terletak di satu bilik tak jauh dari bilik Matsusaki; taliannya selari dengan telefon di kamarnya.

"Abg minta maaf Mila lama tak menulis buat abg"

"Kenapa tak tulis..."

"Tak tahu nak tulis apa!.."

"Kita kat sini bagai nak mati ingatkan dia, risaukan dia, malas tulis pun hantarlah poskad..!"

"Nantilah Mila hantar! nak kasi tahu emak ada kat sini nak cakap tak?"

"Emmm! rasanya tak ada nak bual, emak sihat kan?"

"Dia sihat!"

"Tak payahlah bual panjang di telefon ini nanti bil melambung tinggi; Mila tuliskah surat lebih murah & tak membazir..!"

Itu antara bualan aku & Mila setelah lama juga kami berbalah bab tulis surat. Bila aku letak gagang telefon baru aku perasan; Mila sebut emak tadi. Kalau emak di Meru selalunya Mila sebut Nyaie. Entah-entah emak dari kampung!. Macam mana nak telefon; telefon kat luar ini cuma terima panggilan sahaja. Aku terus mengambil kertas surat biru nipis. Bertanya emak siapa Mila maksudkan tadi. Di kampung terpencil ini Jua Machi tak ada telefon awam untuk ke talian antarabangsa kena keluar ke Hitachi. Nanti hari minggu aku akan ikut Tanaka jika dia ke Hitachi. Huh! rasa sesuatu tak kena aku tolak pelawaan Mila untuk berbual dengan emak!.

Awal pagi aku telah bergegas ke dapur mengadu pada Obasan yang malam tadi Mila telefon.

"Anatano kanaiwaa damee...!"

"Ngapa Obasan kata begitu!?"

"Obasan perasan hari-hari iDAN buka peti surat tapi hampa sahaja!.. kan?"

"Tak apalah Obasan bukankah dia masih ingatkan saya... kalau tak kenapa dia telefon semalam!"

"Mungkin dia telefon sebab emak iDAN yang datang rumah sewa tu!" adoi! aku rasa tertampar; memang aku sering mimpi kehilangan kasut sejak kebelakangan ini. Sejarah hidup aku terbukti pantang mimpi kehilangan kasut; akan pasti Mila bakal meragam; kalau tak Mila pasti ada khabar tak baik akan aku terima. Ya Allah agar aku dijauhi segala bala bencana.- bersambung.

istilah

Kanai = isteri
Dame = bermasalah
Anatano = kepunyaan anda
Obasan =  makcik aku anggap emak angkatku
Obasan and obāsan are Japanese words meaning 'aunt' or 'older woman' respectively, sometimes found in English in anime and manga. They may also mean: Obasan, a novel by Joy Kogawa, published in 1981.

11 April 2010

KC 14 ♥ Saminya (Singgahsana)


"Haridansan yang ini pangkat Pakcik kita Akirasan, dia tak tinggal sama kita, rumahnya tak jauh dari ofis ini!" lihat wajah Akira teringat akan arwah Apak, senyumannya manis pakai kacamata ala orang dahulu. Nampak amat wajah seorang ayah yang bertanggungjawab umurnya aku agak pasti telah 40an. Hujung. Kulitnya biasalah terbakar, semua pakai pakaian seragam rona coklat cerah.

"Itu meja awak sebelah SuminyaSan anak dara bujang lagi!" Tanaka bergurau, aku nampak Suminya tersenyum ala Jepun, rambutnya bercekak & sebahagian jatuh ke dahinya, Suminya tak juga putih mana, kulitnya macam kulit orang Melayu, tak tinggi, tak seseksi Hoshino di Tokyo. Tapi matanya mata Jepun.


Aku lihat ada seorang lagi perempuan 30an sedang mengemas meja & menyapu sampah di ofis ini. Namanya Mayumi. Aku agak dia telah berkahwin, nampak rajin & tak banyak cakap. Memang perangai orang Jepun begitu, bila berkerja memang tak hiraukan siapa pun. Jarang amat aku perhatikan mereka berbual kosong ketika berkerja. Tiga bulan di Tokyo memang itu yang aku pasti. Mayumi pekerja seperti Suminya juga, buat kerja pejabat menguruskan pembelian & kelengkapan pejabat.

"Kejap lagi kita berkumpul di bawah kita kena kerja di luar sampai tengah hari, petang ikut jadual; kalau perlu kita kena kerja luar juga!" Tanaka ambil alih kerja bos baruku Matsusaki.

"Selalunya sebelah petang ada perjumpaan dengan semua staf kita, orang kerajaan & pemaju!"

Katsura, Takashi, Eisaku & Tanaka telah siap dengan topi keselamatan rona putih. Tanaka ke stor bawah menghulurkan aku topi keselamatan rona topi yang sama. Ada tiga buah jip di ruang parkir. Aku mengikut mereka ke bawah, kami berbaris di depan, termasuk Pakcik kami Akira; hanya Suminya & Mayumi tinggal di ofis.

Kami berbaris beriring lurus mengadap Tanaka. Tanaka memberi taklimat kerja yang perlu dilakukan hari ini. Aku & Eisaku kena buat ukur aras tapak binaan empangan. Katsura & Takashi kena masuk terowong bawah tanah bersama kontraktor pemaju & staf kerajaan. Akira buat kerja di ofis. Setelah mendapat tugasan ada ikrar yang dilafazkan. Aku diam sahaja tak faham sangat apa yang diikrarkan; siap dengan laungan semangat tanda bersatu & sedia dengan tugasan. Hebat orang Jepun membangunkan semangat kerja.

Aku, Eisaku & Tanaka nak satu jip. Aku memang telah lama kenal dengan alatan aras ukur. Lebih lima tahun aku berkerja di makmal kajiukur memang telah memahirkan aku dalam menggunakan alatan ini. Untuk mengaraskan tripod, cara pegang kayu pengukur aras, semua itu telah mahir kulakukan. Maka tak jadi masalah berkerja dengan pasukan Jepun ini.


Tiang aras zaman dedulu (leveling staff)

Jauh juga kami mendaki bukit di mana empangan Juo Machi akan didirikan. Musim luruh amat damai & sejuk di lereng gunung. Pokok keliling mulai menguning. Dalam perjalanan Tanaka menunjukkan aku di mana aku boleh beli makanan. Ahad tiada makanan di asrama, maka aku kena makan di luar.

Perkampungan Juo Machi ini kecil sahaja, kampung di lereng gunung; penduduknya pun tak ramai. Semuanya aku lihat bersawah padi & berkebun sayur. Tenang amat kampung ini tak banyak kenderaan.

"Ini sungai punca air minuman yang kita akan buat empangan; "Tanaka menunjukkan padaku anak sungai, kecil sahaja; sekitar dua depa sahaja lebarnya. Airnya jernih amat.

"Apa nama sungai ini?"

"Sungai Juo" Sempena nama daerah ini. Machi itu maksudnya daerah.

Sekitar setengah jam sampailah kami di tapak binaan. Tak nampak ramai pekerja; semua guna mesin. Bentuk empangan belum nampak sangat. Cuma ada ruang takungan & sebuah terowong. Baru bermula dan dijangka lagi dua tahun baru siap.

"Jom! kita mulakan kerja" Tanaka mengarahkan kami; masing-masing membawa apa yang patut. Orang Jepun kerja berkumpulan tak tahu siapa bos siapa kuli. Berebut nak bawa barangan.

Bunga liar kuning ini bertaburan di bumi Jepun

Aku menegakkan tripod alat aras di kayu yang t elah ditandakan. Mereka terkejut tenguk aku mahir amat melaraskan alat aras agar seimbang. Cara memijak kaki tripod di setiap tiga tiang pun mereka dah agak aku memang lama buat kerja ini.

"Berapa lama buat kerja ini di Malaysia?" Eisaku bertanya padaku.

"Lima tahun, tapi sekarang dah malas nak buat saya lebih ke kajidaya tanah!"

"Untunglah kami nanti tiap stesen Haridansan yang pasang alat aras!"

"Tak jadi masalah!, tapi bacaan ini saya tak berapa faham!, biar saya bawa tiang aras sahaja!" Aku tak pandai guna alatan canggih yang guna digital. Di Malaysia aku guna alatan purbakala; baca secara manual. Di Jepun main tembak sahaja sudah dapat bacaan. Tanaka nampak gembira dengan kehadiran aku dalam pasukannya. Banyak aku memudahkan kerja mereka. Dia sekadar senyum-senyum dengan pelan di tangannya.

Sambil bawa tiang aras yang ada palang petak empat segi aku ke arah lereng bukit yang arahkan Eisaku. Cuaca dingin musim luruh buat aku amat selesa berkerja. Berpeluh pun bila angin bertiup terasa nyamannya Juo machi. Satu yang menarik banyak bunga liar di bukit ini tak pernah aku nampak di Malaysia. Tak banyak pokok besar di bukit ini sekadar tanah lapang & pokok renek.

Kejap sahaja buat ukur tanah telah tangah hari. Sekitar jam 1:00 tengahhari kami balik ke asrama untuk makan. Sedapnya makan ketika penat berkerja. Sashimi yang Okaasan sediakan memang menyelerakan. Siap ada ulaman & sup dari sayuran. Nasi Jepun yang melekat bagai pulut memang menyelerakan. Tanaka asyik bercerita dengan kekawannya tentang kemahiranku buat kerja ukur. Rasa berbaloi aku pindah kerja di sini. Biar pun tiada si Kaito rakan baikku di Tokyo tetapi aku telah ada Tanaka yang amat mengambil berat tentangku.

Aku teringat akan Mila, harapanku esok lusa adalah suratnya. Aku telah poskan poskad untuk dia; seharusnya dalam minggu ini pasti ada surat dia. Aku juga ada memberikan dia nombor telefon ofis. Di kamar tiada telefon. Aku menunggu khabarnya. Rinduku amatku amat membekam hati.

Aku masih teringat akan Rahayu, wajah suaminya Kimura masih jelas dalam kotak ingatanku. Aku tak dapat kontak dia. Aku tak ada nombor telefon dia; Okaasanku di Sagamihara pasti tak tahu nombor telefon di sini. Dia hanya tahu nombor ofisku di Harajuku Tokyo. Pasti kami akan terpisah jauh di bumi orang. Aku mendoakan Ayu dapat membimbing Kimura. Agar rumah tangga mereka kembali normal. Aku masih ingat ketika aku makan malam dengan Ayu. Betapa stresnya dia ketika itu. Namun aku masih rasakan dia amat asing lantaran baru kukenali.

Berkali-kali aku mengingatkan dia banyak bersabar, minta doa banyak-banyak & biarlah Kimura dalam pertunjuk-Nya & ke arah Islam sebenar. Aku nampak akan fikiran stres makin mematahkan hatinya jelas terbit di wajah Ayu; sampaikan dia tak mahu pulang rumah ketika itu. Kejutan ketemu orang Malaysia di bumi orang pastinya dia perlukan perlindungan.

Aku nampak wajah cemburu Kimura ketika aku meninggalkan rumah sewa Ayu. Huh! Tuhan menentukan aku jauh ke sini. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Bila aku fikirkan bebanan Ayu aku jadi tambah keliru lantaran aku pun amat perit dibekam rindu.

Sendirian di Juo Machi tanpa sapaan seorang kekasih.

- bersambung

17 Februari 2010

KC 13 ♥ Bendang Jepun (Singgahsana)

Musim luruh kini, cuaca amat segar, angin basah sentiasa mengimbas diri. Aku harap mataku tidak bengkak menangis. Aku amat merindui Mila, telah melangkau 3 bulan aku di Jepun aku terlalu rindu akan suara Mila, aku rindu akan bait-bait surat cinta Mila. Aku bagaikan patah hati, patah kata, patah ayat untuk menulisi buat Mila. Tapi aku kena menulis juga. Aku kena kasi alamat baru kut! kalau Mila tergerak mahu menulis buatku. Di Juo Machi amat terpencil, aku sendirian di bendang Jepun. Antara damai & tidaknya, aku menyukai bendang sejak kecil lagi. Aku impikan melihat padi menguning. Impikan melihat burung pipit terbang berkawan. Tentunya impianku tinggal di tengah bendang Ilahi telah kotakan; amat mendamaikan. Melihat lebatnya padi di bendang terasa amat terujanya. Padi yang akan menjadi beras, beras Jepun melekat macam pulut. Tapi bila aku terbayang akan wajah kekasih hati bernama Mila, aku bungkam, sungguh aku sebah sendiri. Hari ini hari Sabtu, jam 6:00 pagi lagi aku telah terjaga. Kesempatan bangun awal aku gunakan untuk mandi air panas. Jika lewat pasti orang Jepun akan mandi bersama. Bogel. Sudah rutin begitu. Di luar kamar mandi disediakan rak untuk pakaian & tuala. Hanya boleh masuk dengan tuala kecil untuk lap daki. Hanya tuala kecil itu. Paling aku segan mandi berbogel dengan mereka faham sahajalah kita orang Melayu bersunat. Jika ternamapak pasti kejutan buat mereka. Setelah mandi koboi, sejuk sebenarnya pun risau diserbu Jepun bogel; aku leka melihat cantiknya sawah padi di perkampungan Jepun ini, buahnya tengah libat. Belum menguning, di sana sini terdiri banglow pesawah yang nampak mewah. Petani Jepun memang hidup mewah. Mereka dapat mengawal harga semasa beras yang tentunya sentiasa dapat menjamin kehidupan mereka. Dari jendela juga aku nampak tali air yang airnya jernih amat. Seluruh Jepun telah dibina tali air konkrit. PCI syarikat aku berkerja di Harajuku antara pemajunya. Aku pernah membuat lawatan tapak di bendang sekitar Yokohama. "Monshi.. monshi.. HaridanSan!.." ada suara Jepun mengetuk pintu. Aku membuka pintu bilikku. "Saya Tanaka!, bos kita hari ini ada hal, dia suruh saya kenalkan dengan semua pekerja & kita pergi melawat tapat binaan empangan. Kita makan dulu, saya nak kenalkan HaridanSan dengan emak angkat kita, dia tukang masak di sini...!" Aku mengikut Tanaka ke tingkat bawah ke ruangan dapur. Ada tiga orang memakai baju rona coklat cerah berjaket sedang makan. "Yang ini KatsuraSan bujang lagi!" Pakai kaca mata nampak muda sangat kulitnya telah terbakar. Biasalah terpaksa salam & tunduk beberapa kali. Aku menghulukan kad peribadiku. "Ini pula EisakuSan dia telah berkahwin, esok hari paling gembira bagi dia!" hanya hari Ahad ofis ini ditutup itu pun ikut perkembangan binaan. Eisaku putih rambut ketak-ketak agak besar sasa. Mukanya Jepun sebiji. "Ini pula orang paling lama kat sini, kira pangkat pakcik kita TakashiShan...!!" nampak ala tentera, pendek tapi nampak ligat, rambut dipotong nipis, tak perlu sikat. Mukanya agak serius. Nampak seorang yang amat sibuk. Aku nampak ibu angkat Okaasan yang baru tengah sibuk sendirian di dapur. "Itu tukang masak kita Noriko... NorikoSan, dah berumur tapi masih cergas!" aku ke ruang dapur mencapai tangannya yang basah & mencium biar pun Okaasan nampak terpinga-pinga. Sambil tunduk sebagai tanda hormat orang Jepun. Nampak senyumanya manis biar pun wajahnya nampak banyak kedutan; dalam lingkungan 60an. Makananku telah diasingkan kerana aku kata tak makan daging. Cuma sayur & ikan sahaja. Ada telur yang telah digoreng, nasi & ikan bakar. Sayurnya nampak mentah bendi yang dipotong halus. Pagi lagi orang Jepun telah makan nasi. harum bau ikan bakarnya, panas lagi. Kacang bendi yang digaul dengan serbuk perasa, sekali makan telah membuatkan aku amat menyukainya. Aku memerhati rakan Jepun aku yang lain mengambil telur mentah dari peti ais, memecahnya di mangkuk kecil bercampur kicap & serbuk perasa digaul agar nampak kembang kemudian dicampur ke dalam nasi. Nampak pelik tapi aku pasti mahu mencubanya makan telur cara begini, apa rasanya. Rempah perasa ini aku tak pasti. Tapi dari botolnya aku tak nampak ada tertulis daging babi. Serbuknya memang sedap, apatah lagi jika digaul dengan bendi mentah yang dihiris halus. Rasa kayu manis, rasa jintan, lada putih, pelbagai aroma ada di dalamnya. - Bersambung

03 Februari 2010

KC 12 ♥ Tanakasan & Hitachi (Singgahsana)

Tips Panjang Umur 2 ( Siri Delima Merkah )

" TanakaSan nak kunci tak pintu kereta ini..? " Tanyaku kepada Tanaka ( bukan nama sebenar ) lantaran aku lihat dia selamba saja keluar kereta dengan kunci tergantung di stereng, tingkap tidak ditutup.

(Aku pernah bercerita peristiwa ini di dalam e-mel atau catatanku di KSS jabatan, tak tahu di mana hilangnya tulisanku. )

Waktu iti Hitachi musim luruh, tentunya cuaca amat makin dingin, puncak Fujiyama. (Yama itu maksudnya gunung) memang telah turun salji. Sudah dekat dengan musim sejuk. Pokok Sakura yang memang banyak di kota Hitachi makin menguning. Aku sempat mengutip beberapa helai daun Sakura untuk kusimpan di diari sebagai kenangan.

" Tak payah iDANSan... di Jepun jangan risaukan kecurian, tak pernah berlaku kecurian kereta, apatah lagi kereta seperti saya yang agak lama... " Jawap Tanaka lalu menuju ke kompleks membeli belah. Tempat letak kereta tersebut ada tempat letak kereta awam, tiada dikenakan sebarang barangan. Maknanya dia pengawal untuk menjaga keselamatan kereta kita.

" Ish... senangnya tinggal di negara Jepun, tak risau pun nak kunci kereta, tak payahpun nak tambah kunci ketiga... " Bisik aku dalam hati.

Aku begitu tak puas hati dengan jawapan dari Tanaka, aku memerhatikan kereta yang lain, memang ada yang berkunci, tapi memang banyak yang macam kereta Tanaka. Jadi bukanlah lantaran Tanaka saja menunjukkan keberanian dia tidak mengunci pintunya.

Masa itu kami membeli-belah untuk umiage ( buah tangan ) bagi keluarga Miyazawa ( bukan nama sebenar ) lantaran isterinya melahirkan anak. Umiage tersebut memang dibeli dengan duit syarikat. Malahan Tanaka menggunakan kupon untuk membeli minyak. Dia tidak pakai kereta syarikat jadi minyak boleh dibuat tuntutan melalui kupon.

Setelah kembali ke kereta & kami menuju ke rumah Miyazawa, aku yang masih tak puas hati dengan jawapan Tanaka terusan membuka mulut dalam bahasa Jepun...

" TanakaSan... tadi TanakaSan kata yang di Jepun tidak pernah berlaku kecurian kereta... apakah betul? "

" iDANSan, kami hidup dalam sempurna, kami cukup segala, kami amat menghormati hak orang, tak tahulah saya... mungkin ada berlaku kecurian di mana-mana tapi memang saya tak pernah terdengar kes tersebut & saya tidak pernah terfikirkan pun masalah kecurian itu... keturunan saya memang bukan keturunan pencuri "

" Kenapa TanakaSan sampai menyebut keturunan? ... saya sekadar ingin kepastian "

" Bukan itu maksud saya, di Jepun iDANSan jika seseorang itu didapati mencuri, polis tidak akan soal siasat lagi, terus saja dimasukkan ke penjara, tak perlu lagi nak berbicara dan sebagainya. Mencuri, ada saksi, mengaku mencuri... tahu apa jadinya iDANSan..!?.."

" Sepanjang hayat disebut & dikenali keluarga & keturunan mereka pencuri ... Keturunan Pencuri "

".... (aku terdiam) "

" Kami memikirkan maruah keluarga iDANSan "

Betul juga kata Tanaka, Maruah Keluarga, kalau kita selalu berpesan & mengatakan Jaga Nama Baik Keluarga , Islam juga mahu umatnya menjaga nama baik keluarga, sebab kita adalah hidup dalam cara keluarga Islam, menjaga nama baik keluarga samalah seperti menjaga Islam itu sendiri. Mereka lebih Islam dari kita yang Islam.

Memang perlu maruah keluarga kena dijaga. Jika berlaku satu kecurangan atau merendahkan nilai sebuah keluarga, ketuanya kena membela biar dengan nyawa sekalipun. Jika memang curang, jika memang mungkar; Aibnya akan jatuh kepada keluarga. Nilai itu memang kita abaikan. Orang Jepun begitu malu jika ada keturunan mereka menjadi pencuri. Malu adalah separuh dari iman. Orang Jepun tidak beriman, malu mereka menjadikan mereka bukan manusia yang sanggup mencuri.

Itu hanya sedikit tentang diri yang kita telah abaikan membuatkan kita jadi manusia stress. Gurur. Resah. Kita rasa tidak selamat berada di negara sendiri... kenapa? Memang jika kita melihat akan jangka usia manusia Malaysia & manusia Jepun, ketara kita tewas dengan mereka. Usia mereka lebih panjang.

Di sini ada artikel yang boleh kita kongsi bersama dalam menangani stress.



TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Ruangan Tip Panjang Umur 3

Kita sekadar merancang sahaja, ajal maut di tangan Tuhan. Hanya usaha & doa sahaja dapat merubah takdir.


- bersambung

KC 11

KC awal

(Sila klik menu Label di bawah ini jika mahu membaca KC sebelumnya)



♥

02 Februari 2010

KC 11 Catatan tentang Jepun (Singgahsana)


KC (Kahwin Campur) Episod ini belum berakhir & aku masih teruja mahu menyambungnya!. Tetapi sebelum itu ada baiknya aku lampirkan beberapa catatan yang lalu yang ada hubungkait dengan siri KC ini, agar segalanya terkumpul & tidak berulang catatanku tentang Jepun.

Ada beberapa catatan tentang Jepun yang dapat aku kutip dalam jurnalku yang lama; ada baiknya untuk kita hayati apa yang kutulisi sejak dulu.

Tips Panjang Umur ( Siri Delima Merkah )

Bermula daripada Diri.

Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua telah tertulis & ianya di tangan Tuhan. Tetapi kita sebagai manusia sekadar berdoa untuk memohon segalanya baik & umur yang berpanjangan. Kenapa mesti kita menempah maut seperti merokok, menyalahgunakan dadah, memandu tidak berhati-hati & banyak perkara lain bagaikan kita membunuh diri sendiri. Aku terpanggil untuk menyelami erti berhati-hati & mendapatkan kelapangan fikiran untuk meneruskan kehidupan ini dengan teratur & penuh makna.

  • Jangan stress: Buangkan sikap terlalu sensitif & berfikiran resah yang tak menentu. Terutama dalam menghadapi masalah yang berat. Carilah teman yang boleh menolong; Jangan biarkan diri terbelenggu dengan rasa kecewa. Jangan simpan sikap dengki & tidak senang hati melihat orang lain berjaya. Bersederhana dalam kehidupan. Jangan berfikiran terlalu mengharapkan kemewahan. Terliur melihat kereta mewah, kediaman yang mewah, pakaian yang mahal-mahal, hiasan yang terlampau canggih. Segalanya akan kita dapat nikmati dengan sikap yang bersyukur. Kesyukuran dengan rezeki yang ada, insyaAllah Allah Nan Esa akan melimpahkan berganda rezeki yang ada; kalau pun tidak di dunia ini mungkin di akhirat nanti.
Aku teringat gaya hidup orang Jepun yang mana aku bersama mereka dalam jangka waktu yang singkat. Kejujuran mereka amat aku kagumi. Mereka amat menghormati hak orang lain, sebagai contoh rakanku yang sama merantau di sana tertinggal beg galas di dalam komuter; dokumen penting, seperti pasport, duit dan lain-lain. Apabila dituntut di stesen yang mana tersimpan barangan yang tertinggal di komuter; segalanya ada belaka, tidak sedikit pun barangan rakan aku tadi hilang.

Begitu juga ketika menelefon di telefon awam, kebetulan semasa itu ada seorang pemuda dalam usia dua puluhan sedang mendail nombor di depanku. Semasa dia memasukan wang siling, entah bagaimana berjatuhan agak banyak kepingan siling dari telefon awam tersebut, sampai jatuh ke tanah. Aku memerhatikan dia begitu cermat mengutip semula siling tersebut & menyusun semula di atas telefon. Dia memang tidak menoleh pun ke kiri kanan. Malahan tidak perasan pun aku di belakangnya.

Apa yang aku terfikir, memang mereka telah dididik secara kecil bagaimana mereka menjaga hak awam. Banyak lagi yang dapat aku mengambil teladan dari kehidupan mereka. Di mana cara hidup yang begitu tentunya membuatkan mereka tidak stres seperti kita. Antara mereka sentiasa menjalinkan hubungan baik, jauh sekali ada sikap ingin mencuri. Amat memelihara hak orang lain.

Jika musim hujan di sana, memang akan kedapatan banyak tempat payung disediakan di stesen keretapi. Payung yang cantik-cantik bergantungan di setiap stesen keretapi, tidak siapa yang berani mengambilnya kecuali tuan empunya.


Malahan aku pernah tidur di sebuah hotel di Yamagata bersama kenalan sekerja Jepun, di mana tiada pun penyambut tetamu. Tidak kelihatan pun kamera rahsia. Pengunjung cuma perlu mengambil kunci di kotak-kotak yang disediakan & meletakkan wang sewaan setelah keluar dari hotel tersebut. Jika dibandingkan di sini memang taraf hotel itu paling tidak tiga bintang atau lebih, ada kelengkapan TV, peti ais ruang bilik air yang luas siap ada besen mandi untuk berendam. Betapa jujurnya mereka; kita memang perlu belajar mendidik bangsa kita sejujur mereka biarpun mereka tidak kenalkan pun apa itu Islam.

Yamagata punyai ladang epal yang luas. Aku sempat melawat ladang epal tersebut. Yang menariknya, ladang tersebut tidak berpagar & memang berada di tepi jalan besar. Buahnya yang masak ranum memang harganya jika dibandingkan di Malaysia agak mahal sebab matawang mereka makin tinggi berbanding kita. Pemilik ladang tidak risaukan ianya dicuri, lantaran bukan di Jepun masalah kecurian memang amat kurang terjadi. Kenapa?...

Malahan semasa aku membeli-belah di Bandar Hitachi...

- bersambung

Respon Pengunjung

anonymous | Posted on 16.10.2006 at 3:14 AM

Assalamualaikum Saudara iDAN, bayangkan satu bangsa yang bukan islam amat menghargai hak orang lain, menjaga harta awam, jujur dan saling hormat menghormati orang lain. Bukankah ini ciri-ciri (sebahagian darinya) orang Islam sejati?

Kenapakah sebahagian besar orang kita yang beragama Islam tidak mempunyai ciri-ciri tersebut?

Saya rasa cara kita dibesarkan tak banyak beza di antara orang Jepun mau pun orang Melayu, diajar untuk menjadi manusia yang baik lagi berguna, taat pada perintah agama (apa saja agama yang mereka anuti) dan pada keseluruhannya menjadi "orang", sepertimana yang sering dikatakan. Tetapi tengok apa yang telah terjadi di sebaliknya, orang yang sepatutnya beragama Islam, yang dididik secara Islam, yang fasih hukum hakam Islam tidak mencerminkan seorang Islam sejati. Di manakah silapnya?

Jawapan iDAN kepada
anonymous | Posted on 16.10.2006 at 3:14 AM


Kenapa?

Saya lebih mengatakan pendidikan awal, bilamana sedari janinnya lagi zuriat yang bakal lahir seharusnya punyai roh yang bersih lagi suci, memang bukan mudah untuk membentuk peribadi yang mulia.

Maka itu Tanaka menyatakan keturunan. Mereka (Orang Jepun) tiada mengalirnya iman dalam diri, tetapi mereka dari kalangan kaum@keturunan yang begitu terdidik secari kecil menghormati orang lain. Cukup kalau kita lihat gaya mereka tunduk terhadap kawan atau orang lain.

Melayu itu sendiri asalnya tidak Islam malahan kalau kita lihat sejarah kita ramai Melayu dulu agama bukan Islam, malahan banyak adat kita terikut dengan budaya hindu. Kelahiran kita sahaja dalam Islam maka agama yang kita anuti memang sedari lahir. Agama azali bukan atas kesedaran atau pertunjuk memiliki Islam. Maka itu amat mudah syaitan merasuk kita; membuatkan kita terkenal dengan sikap dengki, iri hati. Malahan perkataan "amok" itu sendiri tiada dalam kamus bangsa lain.

Seharusnya kita berbangga dengan menjadi orang Melayu yang kaya dengan sifat sopan santun. Tetapi nampak di era globalisasi ini. Era internet & komunikasi kononnya ... banyak sifat murni itu kian terhakis. Cuba kita masuk ke ruang Cit Cat atau e-mel berangkai yang banyak sangat mengajar kita ke arah sifat sifar fikir, sifar budaya, sifar santun malahan sifar bahasa. Bayangkan dari dunia artis yang memang banyak mempengaruhi bangsa kita, sampai gara-gara sebaran e-mel layang hingga membawa kes ke mahkamah semata-mata ingin menolak tohmahan yang diedarkan. Macam kes Siti & Sharifah Aini berbalahan lantaran e-mel layang.

Saban tahun ada saja kes kita orang Melayu yang mengaibkan lantaran silap guna teknologi canggih ini. Semua ini kalau kita tidak bendung memang akan merosakkan serta mengaibkan bangsa kita. Kalangan keluarga kita sendiri sering terdedah dengan e-mel yang tidak bermoral & gangguan SMS yang boleh meruntuhkan kasih sayang rumahtangga. Bahan media yang amat bahaya & kotor... terusan tersebar. Kita memang leka.

Kenapa kita tidak punyai sikap persaudaraan Islam yang intim & kenal nilai ukhuwahnya?. Saling menghormati hak orang lain. Hak itu termasuklah harta, cinta, kasih sayang, ikatan persaudaraan & banyak lagi yang perlunya nilai murni & kita perlu hormati. Saya lebih merasakan jiwa kita kian kotor & penuh titik hitam yang bakal merentongkan kehidupan kita. Puncanya dalam diri kita sendiri. Masyarakat sekadar mencorakkannya. Ini kenalah dibetulkan.

(Emm! sesekali membaca catatan empat tahun lalu menarik juga!, ada banyak suri teladan & perbincangan yang boleh dipanjangkan)

- bersambung

KC 10 (Kahwin Campur)

KC awal



23 Disember 2009

KC 10 Ranting Sakura (Singgahsana)

Semua baranganku telah ku letak di kamar. Aku kembali ke ofis baruku!, masih ada meja lukis; kecil sangat ofis ini. Dari jendela nampak seluasnya bendang orang Jepun dihiasi banglow penduduk kampung yang mewah. Petani Jepun memang kaya raya.

Ada seorang Amoi Jepun sebelah mejaku; rambutnya separuh bahu pakai cekak kulitnya tak seputih si Matsushima di Harajuku, Tokyo. Rambut depannya lurus terjurai-jurai apabila ditiup angin, aku suka melihat gaya rambutnya. Berwajah sederhana bertubuh seiras Rahayu tak seseksi si Hoshino. Ada lagi seorang wanita agak berumur 30an, dari wajahnya aku agak dia telah berumahtangga. Ada seorang jurutera muda sangat berkacamata, kulitnya agak terbakar memakai jaket bercop kompeni PCI. Ofis baru ini memang anak syarikat PCI.

Ada beberapa lagi meja kosong, tentunya meja empunya mereka yang buat kerja luar. Biasalah orang Jepun setelah aku dikenalkan dengan mereka & mereka pun memperkenalkan diri masing-masing; Tunduk segala. Sekadar itu kemudian tekun & menumpukan kembali perhatian kepada kerja 100%. Senyap sepi. Payah untuk aku ingat semua nama mereka. Esok lusa aku kena hafal nama mereka. Kebanyakan mereka akan tinggal bersamaku di asrama. Tak seramai mana sekitar lima atau enam orang sahaja yang muat di asrama tersebut.

Dari jauh aku lihat Kuroda sedang berbual di bilik Ketua Jurutera, seorang yang agak berumur sekitar awak 40an tapi nampak segak lagi orangnya. Bertubuh tinggi kulitnya juga nampak terbakar. Aku lihat Ketua Jurutera sesekali mencuri pandang kepadaku. Di pintunya tertulis Ir Matsusaki.
Aku bergenang dengan air mata; tapi tak tumpah. Aku perasan Kuroda pun rasa sebak. Entah bila dapat berjumpa dengan dia lagi. Paling payah kukenang pun mengertikan jasa Kuroda yang amat prihatin akan aku; sedangkan kami baru sahaja kenal, bukan saudara mara, bukan juga satu bangsa, bukan juga satu agama. Manusia Jepun amat menghormati kita jika kita pandai mengambil hati mereka. Itu yang pasti bisik hatiku.

"Haridansan buat kerja seperti di Tokyo! pasti majikan di sini menyayangi awak seperti kami..!, saya harap tiga bulan ini awak akan gembira berkerja dengan mereka!" Kuroda menggenggam erat tanganku. Aku sekadar tunduk takut air mataku tumpah.

"Arigatou gozaimashita!, saya takkan akan lupa semua bantuan & tunjuk ajar semasa saya di sana. Kirim salam kepada semua sahabat kita terutama Kaitosan; pasti saya merindui Tokyo!" aku terbayang wakah si Kaito yang sentiasa berminyak rambutnya. Dahinya luas tetapi macho nampak bagai Prof; dia pekerja yang amat tekun. "Rindu sini balik sahaja nanti!" tergiang-giang suaranya dalan gegendang telingaku

Sampai di sini aku tak dapat menyekat gugurnya mutiara dari kelopak mata. Aku membalas lambaian si Kuroda dari cermin teksi. Aku melihat teksinya sampai hilang di celahan sawah padi. Hilang semangat untuk aku berkerja hari ini; aku perasan Ketua Jurutera; Matsusaki memerhati aku dari tingkap. Bila aku kembali ke ofis dia menjemput aku ke biliknya.

Banyak yang Matsusaki bualkan, bercampur dengan Bahasa Inggeris & bahasa Jepun yang mudah kufaham. Banyak menerangkan tentang tugasan & tentunya langkah keselamatan waktu berkerja. Kerja di luar katanya tak dapat lari dari panas & hujan. Jangan paksa diri kalau tak tahan badan. Aku tetap dipandangnya sebagai tetamu & tak perlulah memaksa diri berkerja keras. Dia dapat maklumat aku terlampau sayang pun tekun dengan kerja di Tokyo. Mereka di Tokyo amat sayang membenarkan aku ke Juo Machi ini. Tentunya aku bersyukur lantaran penat lelah aku mengikut semangat Jepun berkerja diterimapakai mereka.

"Saya pasti Haridansan penat berjalan jauh; elok berihat di asrama, esok pepagi kita bangun bersama buat kerja!" aku pun meminta diri & ke blok sebelah ke kamarku di sudut hujung kanan tingkat atas.
Bungkam!; amat payah aku mengawal perasaan!. Aku telah tercampak jauh sendirian di perkampungan Jepun. Aku rindu kepada isteriku Mila rindu amat; aku nampak bunga sakura gugur dalam tanam hatiku. Ranting sakura semakin kering & tajam menyucuk batinku. Aku terasa panas amat air mata yang deras mengalir. Aku nampak segala yang suram & gelap. Sungguh aku menjadi aku yang amat patah & rebah. Rebah dengan cinta sendiri. »ñ░ë╕╢←ô├ adoi! jiwaku amat serabut.

Di sini aku tak punya teman serapat si Kaito untuk mengadu hal. Aku tak mungkin diganggu panggilan di Ayu lagi; jauh sekali dari gangguan Si Joe & Halim.

Aku makin lupa entah berapa banyak helai catatan aku menulis buat Mila. Entah berapa pucuk suratku tidak berbalas. Begini rupanya perpisahan. Kejauhan ini amat menyakitkan. Kejauhan tidak pun dapat aku mengintaimu. Sendirian ini amat menyiksakan. Aku terlelap dengan hati yang amat kusam, dengan perasaan yang amat luka bagai disiat-siat derita. Aku tak nampak mana indahnya bunga sakura!. Mana megar kuntumannya. Mana seri sinarnya sakura.

- bersambung

Takrif : Arigatou gozaimashita! Terima kasih. shita bagi perkara yang telah lalu boleh juga disebut Arigatou gozaimasu

Kahwin Campur (KC) 9

Kahwin Campur Awal

15 November 2009

Kahwin Campur 9 Bendang (Singgahsana)

Awal pagi teksi telah menunggu. Halim & Joe masih diulit mimpi lagi. Mimpi di siang hari, hari Sabtu mereka bercuti. Dingin angin musim luruh di Sagamihara memang sedap tarik selimut. Dari jauh aku nampak si Kuroda tersenyum denganku. Kuroda memakai kaca mata, rambutnya berketak-ketak kulitnya seperti orang kita Melayu, jika dia berjanggut atau bermisai pasti tak siapa pu kata dia orang Jepun.

Aku minta menaiki teksi sebab beg aku agak besar, biar pun beg itu bertayar susah nak tarik dari asrama ke stesen komuter. Orang Jepun pantang minta bantuan. Kelam-kabut tempah teksi. Aku tak pasti mana si Kuroda itu tinggal, sekarang baru awal 7:00 pagi dia telah sampai. Aku menarik beg dari pintu asrama; asramaku di Sagamihara akan aku tinggalkan. Ibu angkatku Okaasan nampak sayu wajahnya. Ayah angkatku yang tinggi sasa tak tahu di mana.

"Berat beg iDANsan ini..." Kuroda membantu aku mengangkat beg yang besar ke bonet teksi rona hijau muda itu. Aku memasukkan dua lagi beg kecil & mini kompo ke bonet teksi.

"Ada koibito dalamnya!.." Aku bergurau.

Aku berjabat tangan dengan Okaasan, aku cium tangannya entah bilalah aku akan jumpa emak angkatku ini. Aku tunduk & dia tunduk beberapa kali, nampak dia mengesat airmatanya. Aku terasa-rasa ikan bakarnya. Dia rajin bakarkan ikan & sesekali Sashimi Tunanya memanglah kegemaranku. Biarpun kami tak serapat mana tetapi dia tahu aku tak pernah bersisa memakan masakannya. Pernahlah juga aku terasa loya nak makan tetapi pandai-pandailah aku mengetepikan makanan tersebut tanpa Okaasan tahu di mana aku buangkan.


Aku pernah pergi memancing ke laut dengan si Kuroda, tapi sayang baru beberapa kali baling mata pancing Apolla ala Jepun berumpan udang halus cuaca tak mengizinkan. Hujan & ribut kuat. Dalam perjalanan memancing, pertama kali aku nampak Gunung Fuji dari jauh, kemuncaknya nampak ada salji. Musim luruh salji telah ada di puncaknya. Dapat banyak juga Ikan Sardin. Ikan yang kupancing segar lagi aku kasi Okaasan, itulah pertama kali aku lihat dia senyum. Masa itu Okaasan masak bukan main sedap, siap bakar & buat sup ala Jepun. . Wajah Okaasan yang payah senyum begitu juga suaminya buat kami tak semesra mana.

Keretapi laju Shinkasen akan bertolak jam 9:00 pagi di stesen Shinjuku. Jadi banyak masa, jika jalan tak sesak sekitar sejam sampailah kut! kami di Shinjuku. Aku jarang naik teksi di jepun, pertama kali dari Hotel Korakuen ke Sagamihara & ini kali kedua. Biasalah Jepun mana nak cari hutan sekitar Tokyo ini, selain dari rumah sepanjang jalan banyak kilang sahaja. Sana sini bandar.


Sekitar jam 9:00 pagi kami masih dalam teksi aku lihat Kuroda asyik tenguk jam di tangan. Dia kata kalau ketika cuti hujung minggu keretapi selalunya penuh. Payah jika terlepas keretapi. Maka itu risau sangat dia. Jalan tak adalah sesak sangat. Pemandunya tahu kut! merancang masa. Sekitar 8:15 kami sampai di Shinjuku.

Memang betul apa yang Kuroda katakan tiada pun bangku kosong maka itu dia memang awal-awal telah menempah tiket. Pengalaman pertama naik Shinkasen memang rasa macam naik kapal terbang juga. Punyalah laju bayangkan tiang-tiang kiri-kanan landasan memang tak sempat pun nak pandang. Di jangka sekitar 11:00 pagi kami akan sampai di Hitachi. Dalam keretapi Kuroda banyak bertanya tentang Malaysia. Dia teringin sangat mahu ke Malaysia. Dulu pernah PCI mendapat projek di Malaysia sejak Dr Mahathir jadi Perdana Menteri agak ketat sikit syarat nak masuk tender. Maka itu mereka banyak berpindah projek ke Tanah Arab.

Hitachi tak sesak Tokyo, banyak sawah padi & ladang. Kilang itu sudah pasti. Jika dari Tokyo ke Kobe selatan Jepun barulah jumpa Gunung Fuji. Aku tertanya-tanya juga dengan Kuroda tentang Gunung Fuji itu, Hitachi ke arah utara Jepun tak boleh nampak gunung itu lagi. Kalau aku lama di Jepun mungkin dia boleh bawa aku ke sana. Bagaimana pun PCI memang sedang merancang percutian kami bertiga sebelum balik ke tanah air. Sekitar dua minggu. Tempatnya mereka tak kasi tahu lagi.

Setelah aku & Kuroda singgah minum & makan makanan ringan di Hitachi kami mengambil teksi ke Juo Machi. Sebuah perkampungan agak perdalaman di mana empangan yang sedang dibangunkan oleh PCI. Satu yang amat menarik apabila sampai di Pejabat PCI di sana ialah ianya terletak di tengah-tengah bendang Jepun. Sawah padi yang telah mula sarat berbuahnya. Biasalah jika musim sejuk mungkin ianya tak sesuai dituai.

Seni di bendang Jepun

Impian aku tinggal di tengah bendang tak sangka tercapai ketika berada di negara orang. tak ramai stafnya tak sampaikan pun sepuluh orang. Ada dua perempuan tidak termasuk emak angkat baruku; Tukang Masak; selebihnya jurutera & seorang ketua juruteranya. Ada dua blok bangunan diperbuat dari keluli ala kontena. Bertingkat; bahagian bawah bangunannya lebih digunakan sebagai stor barangan.

Bilamana aku diberikan bilik nampak jauh lebih selesa berbanding di Sagamihara; Tilam kekabu@kapas ala Doreamon mereka panggil futon; Almari gelunsur yang lapang & cantik sangat. Semua kelengkapannya canggih, siap mesin basuh & pengering pakaian. Bilik airnya kecil berkongsi ramai tetapi banyak ruang mandi secara terbuka. Kena berbogel beramai-ramai. Sudah adatnya begitu. Tuala pakaian mesti diletak di luar bilik air yang telah tersedia raknya. Hanya boleh bawa tuala kecil kut! nak gosok-gosok badan. Penyakit betul.

Kahwin Campur 8

- bersambung

Puisi Terkini iDAN ada di http://dkelopak.blogspot.com

11 November 2009

Kahwin Campur (KC) 8 Akihabara (Singgahsana)

Sepanjang Jumaat ini aku bosan betul. Selamat tinggal Sagamihara. Selamat tinggal Machida. Bagiku daerah ini amat damai tapi penuh dengan sepi. Di Sagamihara entah berapa aku terpaksa menyekat rawanku. Entah berapa kali aku menahan sebak di dada. Begini rupanya rindu akan se orang Kekasih. Di mana laut nak kurenang, di mana denai mahu kususur. Di mana kasih mahu kucurahkan. Aku sendirian di sini. Senyap sepi bersama taburan daun sakura yang makin kering di kaki.

Ada rakan si Joe & Halim pun amat payah untuk dapat berbual. Tiap kali aku pulang mereka telah tidur. Mereka ikut jadual kerja di Malaysia biar pun hakikat kami di Jepun; Cukup waktu kejar perakam waktu. Bergegas pulang. Aku jarang sekali balik seawal mereka. Bagiku biarlah buat cara merantau, mencari pengalaman semahunya dengan masyarakat Jepun. Memang itu pun yang JPA harapkan. Biarlah aku jadi kuli bapak Jepun pun tak kesah; tak lama amat pun asalkan aku disayangi. Asalkan aku dapat rahsia atau aura mereka berkerja.

Kemahiran itu bukanlah utama, tetapi adalah menyingkap budaya kerja orang Jepun yang perlu diselongkari. Tak mungkin kita sehebat mereka pun, kita masih terlalu terbelakang, mereka telah lama maju. Cumanya orang Jepun tak sombong, tak kedekut ilmu; apa sahaja yang kita mahukan mereka akan membantu, janji kita pandai mengambil hati mereka.

Sesekali aku merasai gegaran gempa bumi di Sagamihara. Nampak air di dalam gelas bergegar; Pernah sekali tu! di ofis PCI berlaku gegaran; orang Jepun semua pucat lesi wajahnya; maklumlah kami di bunguanan mencakar langit. Aku senyum-senyum sahaja. Tidaklah sampai berbunyi sairen amaran; emmm! jika ke peringkat itu kecut juga aku. Pengalaman gempa bumi sekadar di pawagam. Maka bila bangunan bergegar begitu macam mainan sahaja bagiku.

Pernah satu pagi di Sagamihara agak kuat gegarannya, sampai Okaasan keluar rumah. Aku masih senyum di kamar. Di asrama aku memang tak ada kawan berbual, mujurlah aku ada membeli Mini Kompo semasa ke Akihabara. Adalah teman kesunyianku. Jika tidak mahu lemas aku dipagari kerinduan

Sebut sahaja kotaraya Akihabara semua terbayang betapa canggihnya bandar ini. Yang seronok ada sebuah lorong itu semua barangan elektrikal lama, kira barangan antik ada terjual. Jika ke Tokyo tidak ke Akihabara memang tak sempurna. Bagai Tokyo Tower juga; kena juga melawatinya. Aku tak naiklah Tokyo Tower tapi sering berjalan di kawasannya. Jika Sabtu Ahad aku tak kerja memang itu perangai aku. Buka peta naik keretapi bawah tanah (Subway) lepas tu jalan kaki!. Merayap sampai tak berdaya melangkah kaki. Penat sahaja cari stesen keretapi bawah tanah terdekat. Minta orang Jepun ambilkan gambar. Banyak tak jadi dari jadi. Sebab kamera aku jenis dugong tak reti Jepun tu nak klik. Aku sering pakai tripod tangkap sendirian muka kabur belakang nampak elok tak betul fokus.

Banyak juga gambar aku di album tersimpan, cadangku kalau sempat aku mahu imbas gambar tersebut & di simpan dalam VDC.


Selamat tinggal Sagamihara, pasti aku terkenang-kenang akan kesepian seorang wanita Jepun yang memang misteri; yang pernah jalan seiring ketika dia mabuk terhuyung-hayang. Hari-hari aku melintas rumahnya dengan penuh persoalan. Ayu; sampai kini dia menyepi. Tak tahu ceriteranya setelah aku pulang ketemunya. Apa tangkapan Kimura terhadapku. Hatiku memang asyik teringat akan pertemuan yang bagaikan mimpi ini. Hari ini hari terakhir aku menunggu panggilanmu. Selepas ini bagaimana mungkin ingin menghubungi aku. Aku sekadar memberikan nombor telefon di asramaku di Sagamihara. Tidak terfikir pun memberi nombor telefon di ofis PCI. Aku terfikir juga mahu ke rumah Ayu, tapi buat kata si Kaito. Seandainya Kimura tiada di rumah bagaimana?. Orang jepun memang gila berkerja. Kimura entah tiba di rumah jam berapa.

Apa-apa pun aku doakan ketenangan hati Ayu, setidak-tidak sebentar aku bertandang di hatinya. Rawan hatinya tidak terus melarat. Jauh di hatiku memang aku amat simpati dengan situasi Ayu. Aku dapat bayangkan dia sendiri di bumi orang. Aku terbayang wajah serba salahnya membasuh pinggan mangkuk yang berlumuran lemak babi. Tak dibuat apa kata suami pun bagaimana tangkapan Mak Mertua. Dibuat dalam keadaan terpaksa sampai bila mahu bersamak tangan tu!. Huh! lemas aku memikirkan masalah Ayu.


Masalah aku pula bagaimana?. Mana suara Mila, mana surat Mila; tidak pun sekeping poskad dapat kuterima. Surat yang aku tulis pun telah tak tahu apa isian; cukuplah sekadar memberi khabar yang aku akan ke Jua Machi, jangan hantar surat ke Sagamihara lagi. Tiba di sana nanti aku akan kasi alamat yang baru. Aku tahu surat ini tidak pun diundang, surat-suratku yang lalu pun tidak dibalas. Tetapi aku tetap aku, aku adalah suamimu. Tak salah aku mahu hari-hari menulis surat buatmu isteriku.


(Untung orang bercinta zaman sekarang!, ada e-mel, ada sms, ada webcam, pelbagai cara pengubat rindu. Ceritera sekitar belasan tahun lalu; bayangkan betapa payahnya mahu berhubung dengan siapa pun; apatah jauh di seberang lautan)

- bersambung

Kahwin Campur 7

Kahwin Campur Awal

03 November 2009

Kahwin Campur 7 Sayornara Harajuku (Singgahsana)

Telah berdekad-dekad Harajuku tetap tak berubah.
Sedar tak sedar aku telah berada di penghujung perjalanan, aku berada di landasan bawah tanah. Harajuku. Merayau tanpa tujuan. Ada sejam dua lagi boleh melihat neon di Harajuku. Malam-malam di Harajuku tidak semeriah siangnya. Manusia jepun masih padat. Siang ramai orang pelik-pelik melepaskan stres di jalanan. Malam sekadar melihat neon pusat-pusat karaoke & restoran makan untuk orang Jepun mabuk-mabuk. Cuaca musim luruh di Harajuku membuatkan gigirku terketar-ketar sejuk. Padanlah orang Jepun suka minum malam-malam. Antaranya mungkin lantaran sejuk ini, lepas mabuk aku sering mendengar rakan-rakan Jepun aku meraban. Selalu Perdana Menteri mereka menjadi mangsa. Stres berkerja mereka asyik salahkan pemimpin mereka. Berkerja & berkerja seharian semata-mata mahu hidup. "iDANsan tahu tak kami sekarang terpaksa meminjam membeli rumah menggunakan pinjaman generasi, rumah terlalu mahal, hanya boleh dilunaskan setidak-tidaknya dua generasi, ayah & anak!" Aku tak faham apa yang dimaksudkan. "Hidup kami sampai mati terpaksa berkerja, kerja untuk hidup, hidup untuk kerja...!... yadana!" Aku tersenyum sahaja mendengar cakapan orang mabuk.
Pandangan biasa di Harajuku
Mungkin itu juga yang Kimura lalui. Membuatkan Ayu terbiar sendirian. Ah! Ayu lagi. Aku sebenarnya telah lemas dihantui bayangan Mila. Rinduku telah paras tidak normal lagi. Terkadang aku mimpikan berjumpa Mila. Terkadang aku bayangkan Mila menunggu di muka pinta kamar asramaku. Amoi Jepun yang iras Mila aku pandang bagaikan tak puas. Mabuk kepayangkah aku?. Amat payah berjauhan dengan isteri... rupanya.
Pondok telefon awam di Tokyo terkini masih cantik ceritera Kahwin Campur ini diolah kira-kira 20 tahun lalu yang tiada telefon bimbit sebagai penghubung, memang telefon awam banyak memberikan impak & kenangan pelatih@palajar dari Malaysia di Jepun
Dalam kesepian ini terkadang aku ingin juga Ayu itu hadir, pelawaan pelik@stresnya di Shinjuku itu aku tolak lantaran ada kemelut yang amat rumit di hatiku. Harajuku Tokyo menjanjikan pelbagai keriangan. Aku tahu arah tujuan aktiviti ronda Joe jika mahu bersamanya. Ronda & berhibur, pun bermalam-malam panas sampai habis terkikis duit. Apa yang tak ada di Shinjuku. Maka itu ramai yang bilang Shinjuku adalah antara kotaraya teramainya samseng Jepun. Samseng yang amat setia pada kongsi gelapnya sanggup potong jari itu!. Yakuza. Biasanya kelab yang mengadakan aktiviti porno pasti dilindungi Yakuza ini. Jika ke pondok-pondok telefon di Tokyo malam-malam, penuh sarat dengan pelbagai iklan seks. Dari perempuan, VCD, kelab malam & pelbagai tarikan yang tak pernah kita duga. Iklan kecil ini menggunakan gam yang mudah alih. Siang hari nampak bersih semua tak ada pun comot macam pondok telefon kita. Takkan jumpa iklan seksi-meksi itu semua. Aku tak pasti mungkin syarat pengiklanan begitu, jika tinggalkan iklan sepanjang hari dendanya bukan main-main. Keadaan telefon awam malamnya aduh! penuh dengan iklan perempuan seksi. Aku suka sangatlah mengutipnya. Pandang-pandang sahaja. Jika kena kejutan budaya bagai Joe, habis!.
Malam di Harajuku
Minggu depan aku tiada lagi di Tokyo. Tak dapat kubayangkan lagi perkampungan Jepun yang bakal kudiami. Hari ini biarlah aku sepuasnya menikmati neon ini. Senin hingga Khamis aku masih berkerja di PCI, Jumaat aku diberikan rehat, sebab esoknya awal pagi aku rakan sepejabat si Kuroda akan ke Juo Machi daerah Ibaraki arah ke utara Jepun. Tiket keretapi laju telah di beli. Bagaimana agaknya naik keretapi laju Jepun. Katanya sekitar dua jam pasti sampailah ke Hitachi itu. "iDANsan, mengapa nampak senyap tak ceria sahaja!" Biasalah si Kaito cepat sangat dapat mengesan perubahanku. "Saya telah jumpa Kimurasan dua hari sudah!" "Siapa Kimura tu? suami yang iDANsan kata jumpa koibito baru awak tu ke?" "Pandai pun awak mengagaknya!" "Bagus!, itu petanda awak jujur, orang Jepun amat setia dengan persahabatan" Dia suka dengar aku pergi mengenali keluarga Ayu. "Ayu kata dia bermasalah tapi bila saya jumpa Kimurasan itu saya lihat suaminya itu nampak baik sangat!" "Jadi apa masalahnya?" Kaito nampak berminat sangat ingin tahu. "Payah saya mahu terangkan Kaitosan, harap-harap si Ayu isterinya akan telefon saya dalam minggu ini!, saya ingin menasihatkan dia!" "Kenapa tidak telefon sahaja dia!" "Itulah masalahnya saya tak minta pun nombor telefon rumah dia!" "Habis tu selama ini berjumpa tu bagaimana?" "Ayusan yang telefon saya, saya sebenarnya tak mahu panjang-panjangkan pertemuan ini, sebab saya ingat diri saya Kaitosan; saya sudah berkahwin rasa bersalah pula nak minta nombor telefon perempuan lain, isteri orang pula tu!" "Habis tu bagaimana Ayu tahu telefon iDANsan...?" "Saya kasi kad saya!.." "Emmm! maknanya samalah tu, memberikan kad bermakna membuat langkah memanjangkan hubungan!" Betul juga apa yang Kaitosan cakap. Aku terdiam. "Jika ada niat lain, lupakan dia iDANsan!" "Entahlah Kaitosan, saya beri kad itu lantaran memikirkan dia orang Malaysia, kahwin pula dengan orang sini, niat tu sekadar mahu kenal, tak sangka pula dia mengadu hal macam-macam...!" "Habis tu mahu pergi ke rumahnya, nanti suami tak ada di rumah bagaimana?. Apa pandangan masyarakat, kami juga amat menjadi kehormatan keluarga!, lagi pun mana mungkin suami tak cemburu, iDANsan ini pun bukan calang-calang orang... rippa.. subarashii desu ne!.." Kaito telah memikirkan sejauh itu. "Okey!lah tak payahlah kita cerita itu lagi, katanya Kurodasan akan hantar saya ke Juo Machi itu!" Aku bawa cerita lain. Malas nak fikir soal Ayu. Kami makan apa yang ada. Aku beli roti di Harajuku tadi. Pelbagai jenis minuman ada di ruang kecil buat air minuman. Setiap meja orang Jepun ada sahaja gelasnya. Tengah hari selalunya ada orang hantar makanan. Aku suka tenguk bekas makanannya. Cantik. Kalau kita pakai mangkuk tingkat. Mereka guna bekas yang berlainan. Ikut Menu. "Iiya!, tak lama kan?, katanya tiga bulan sahaja iDANsan kat sana!' "Deshou!.. saya akan rindukan Tokyo nanti!" "Rindu sini balik sahaja nanti!" Kami kembali membuat kerja, berbual ketika rehat sahaja. Kerja surihan aku untuk negara Oman masih ada. Aku kena siapkan juga sebelum aku pergi. Dari jauh aku nampak si Matsushima senyum denganku. Hoshino; biasalah dengan rangginya. Kalau asyik perhatikan dia buat aku payah tidur malam sahaja. - bersambung

26 Oktober 2009

Kahwin Campur 6 Aihara (Singgahsana)


Angin basah Sagamihara memedihkan mataku, ketika aku melintas rumah bernombor 66 ini aku sering memerhati dalan celahan pintu pagarnya. Kut! ternampak lagi wanita Jepun agak cantik berusia sekitar 30an. Kebanyak rumah di Jepun di bandar punyai pagar kayu atau konkrit yang tinggi. Sukar dapat melihat laman rumah mereka. Maka itu selalu di setiap simpang akan ada cermin bulat lantaran tak nampak selekoh lantaran pagar kontrik yang tinggi ini. Di kampung lain, lebih terbuka.

Pernah satu hari ketika aku balik kerja komuter paling akhir aku tertembung dengan wanita Jepun tengah mabuk. Dari stesen komuter lagi aku telah perasan dia berjalan terhoyong-hayang. Di Jepun masalah mabuk ini memang perkara biasa, terkadang lumrah kita lihat mereka merepek & muntah di komuter. Biasanya adengan ini berlaku di ketika komuter terakhir.

Tak siapa pun hirau wanita mabuk ini. Aku rasa simpati juga melihatnya, aku mula jalan di hadapannya; Aku perasan dia terkecoh-kecoh mengejar aku berjalan. Lorong yamg kami ikut itu hanya untuk pejalan kaki sahaja. Telah jam 12:00 malam lebih, memang lorong itu sunyi tak ramai orang lalu, sekadar mereka yang tinggal di kawasan perumahan kami sahaja yang menggunakan lorong yang sama. Aku membiarkan dia memotong aku. Kasihan dia macam takut juga berjalan berkeadaan mabuk sendirian. Kita dia memintas aku siap dia tersenyum lagi..!. Memang cantik wanita ini. Entah apa dia cakap ketika memintas aku berjalan, aku tak pasti. Aku risau juga takut dia tersembam jatuh. Dalam mabuk-mabuk itu ingat pula dia jalan balik, cara jalannya memang teruk!. Bagai ingin terseliuh sahaja kakinya. Hinggalah ketika aku sampai di pagar rumahnya. 66. Adoi! dia siap melambai lagi macam ajak aku masuk ke rumahnya. Kita ini pendatang, takkanlah berani nak masuk rumah orang. Dadaku berdebar-debar amat.

Sejak itu bilamana aku melintas rumah 66 pasti aku mengintai pandang ke dalam kawasan rumahnya. Memang tak pernah nampak kanak-kanak bermain. Sesekali sahaja aku perasan ada lelaki sebaya dia di laman rumahnya. Tapi dia memang kerap aku nampak sendirian. Tanpa anak, apakah dia perempuan simpanan, sendiri malam-malam mabuk di lorong yang sepi begini. Alahai! kenapa hidup ini ramai sangat manusia sepi. Aku pasti dia juga perasan aku seharian lalu di depan rumahnya, pergi & balik kerja. Sebab aku nampak dia sering senyum denganku. Entah-entah dia tahu apa yang aku sering bayangkan & angan-angan tentang dia. Biarlah!.

Ayu pula mengundang aku kerumahnya. Dia tak sebut pun apakah suaminya Kimura juga akan berada di rumahnya. Dia kata dia tungguku di stesen Aihara sekitar jam 11:00 pagi. Aku kini telah sampai di Hashimoto, tak pernah sampai sejauh Hashimoto, besar juga bandarnya. Aku tak perlu bertukar komputer. Sekitar 15 minit sahaja aku telah berada di Aihara. Aku mengemaskan butang jaketku. Agak sejuk cuaca ketika itu. Musim luruh anginnya memang sejuk. Mentari pun tak mucul sejak pagi.

Aku nampak Ayu bersama seseorang, lelaki tampan nampak muda sangat. Tak macam wajah Jepun, iras wajah Melayu pun ada.

"Ini suami Ayu"

"Assalammualaikum Kimurasan!" Aku berjabat tangan.

Dia mencapai tanganku, tak jelas apa dia jawab, mungkin tergamam aku memberi salam. Senyumnya nampak tawar!... "iDANsan?. emmm! abang iDAN.."

"Jangan panggil abang, saya yang patutnya panggil abg Kimura...!" Barulah nampak ada kemesraan di wajahnya. Bila aku mengusik dia agar lebih lebar senyumnya.

Ayu membawa kami ke sebuah Restoran Tradisional Jepun.

"Nak jalan terus jauh juga abg iDAN... kita singgahlah kejap minum sahaja di sini!"

"Ayu cakap Melayu Kimura faham ke?"

"Sikit-sikit.." Kimura menyampuk. Aku tersenyum lagi.

"Kimura ni faham cakap Melayu cumanya tak pandai bertutur sahaja!"

"Abang iDAN nak minum apa?"

"Apa-apalah abg minum belaka jangan yang mabuk sudahlah!.." Ayu membuat pesanan untuk kami bertiga.

"Sudah masak ke belum ni Ayu, abg tak sempat sarapan tadi!" Aku mencapai air yang Ayu pesan. Lor! pahit amat, rasa spirit pun ada... air apa pula ni?. Nampak jernih. Tak kuasa bertanya lagi pun sekadar segelas takkan mabuk pula.

"Kata nak Ayu masakkan masakan Melayu... jangan risau nanti Ayu masakkan, takkan masak pagi-pagi tadi sejuklah pulak!" Aku sekadar bertanya tentang kerja Kimura. Mungkin dia lama lagi di Jepun lagipun dia rasa telah jemu berada jauh di negara orang.

Pening lalat juga aku minum segelas air yang Ayu pesan. Dia senyum sahaja tenguk wajahku agak merah; wajahku yang memang agak putih jarang kena cahaya mentari, kena pula air spirit pelik tu! memang bertambah merah. Ayu yang membayar bill semua. Memang begitu kut! adat orang Jepun perempuan yang kontrol duit. Kami menuju ke rumah Ayu. Bukan rumah tanah lot seperti yang aku duduk tapi rumah agak pelik, nak kata apartment pun bukan, nak kata rumah kedai pun bukan. Rumah dua tingkat, ada empat keluarga sahaja dalam satu bangunan. Ayu duduk tingkat atas.

"Rumah sendiri ke sewa ini?"

"Sewalah abg iDAN, habis tu kerjanya pun tak menentu!"

"Sila masuk iDANsan!" Kimura mempelawaku.

Satu yang amat mengejutkan aku, di muka pintu terdapat pemaidani mirip sejadah. Siapa corak seakan pintu masjid lagi. "Ini bukankah sejadah?... hatiku berbisik" Tapi tak sampai hati mahu bertanya Ayu. Kut tersalah tafsir pula. Nampak mewah dalam rumahnya. Siap dengan TV besar, alat audio ala Teater Rumah. Biasalah rumah Jepun jarang ada sofa, hanya meja Jepun & kusyen-kusyen kecil. Lapang.

"Abang iDAN bual-buallah dengan Kimura... Ayu masak kejap!"

Aku pun tak tahu mahu berbual apa dengan Kimura, cuma banyak bertanya tentang masakan Melayu. Dia tahu semua, nasi lemak, rendang semua itu. Cuma biasalah katanya pedas dia tak berapa kuat makan pedas. Durian juga dia pernah makan tetapi tak tahan baunya.

Dia memilih tinggal di sini lantaran rumah keluarganya tak jauh dari Aihara. Senang keluarganya mahu bertandang ke rumahnya.

Cepat Ayu masak kejap sahaja telah tersaji mee goreng & roti sandwich. Ada beberapa kek tak pasti dia beli atau buat sendiri.

"Ini sahaja Ayu sempat masak abg iDAN, nanti abg iDAN datang lagi Ayu masakan gulai kari pelbagai, tak sempat nak cari bahannya..!"

"Okey dah ni..., janji masakan orang kita!"

"Iyer pula... kata abang iDAN nak tukar kerja .. kat mana tu iyer!.. jadi tak?"

"Hitachi, kampungnya Juo Machi daerah Ibaraki, sudah kemas barang pun, Sabtu depan abang bertolak ke sana!"

"Tak ada canlah kita nak berjumpa lagi!" Perlahan suara Ayu.

"Tenguklah nanti kut ada cuti!" Tiga bulan lebih tak rasa masakan orang Melayu memang selera aku makan, sedap juga mee goreng yang Ayu masak.

Ayu nampak ceria sangat melayan aku tetapi jauh di air muka Kimura dia nampak tak selesa dengan kehadiranku. Aku faham mungkin dia nampak aku & Ayu hampir sebaya. Petah pula berbual dalam Bahasa Melayu. Aku tahu hati seorang suami. Lantaran aku ini pun suami orang; cuma aku tidak berterus terang sahaja. Ayu & Kimura pun tidak pernah mengungkit bab kahwin denganku mungkin mereka lihat aku nampak muda lagi kut!.

Banyak barangan perhiasan yang Ayu kumpul di almari cerminnya. Rumah tiga bilik yang berkonsep terbuka ini nampak luas amat. Biliknya semua menggunakan konsep pintu geluncur nampak kemas. Ruang tamu & dapur sekadar diasingkan dengan dinding mudah alih dari kayu yang diukir.

"Mana dapat unta putih ini Ayu?..." Cantik ukiran unta dari batu marmar putih.

"Masa Ayu kat Dubai, sebahagian tu kekawan Ayu yang kasi!"

Aku tak boleh lama nampaknya Zuhur pun hampir penghujung, nak bertanya solat takutlah pula Ayu & Kimura telah lupakan solat. Kalau sejadah pun telah di letak di depan pintu jadi alas kaki. Sudah mula bersangka buruk. Serba salah. Titik.

"Ayu! abg kena baliklah, ingat nak cari barang sikit untuk ke Hitachi tu!.. sebab bila dah kerja nanti tak sempat nak ke mana!" Alasan.

"Nak Ayu hantar tak, atau Kimura pun boleh temankan"

"Tak payahlah susah-susah, nanti sesat abg tanyalah orang; rasanya abg ingat jalan ke stesen tu!"

"Terima kasihlah abg iDAN sudi jenguk Ayu!"

"Apa-apa hal... Ayu telefon abg! nanti abg kasi nombor tempat kerja baru tu!.."

Aku meminta diri dari Ayu & Kimura. Ayu menghantar aku sampai ke muka pintu. Selang beberapa langkah aku menoleh ke rumah Ayu, Aku nampak dia masih berdiri di muka pintu tanpa Kimura. Dia melambaiku, aku melangkah pulang sambil mengingatkan lorong yang aku lalui pagi tadi. Hujan rintik halus. Hatiku berbisik. Alangkah jauhnya Ayu menurut jodohnya. Aku terbayang wajah Kimura nampak lembut & memang sopan orangnya. Rasanya dia pasti dapat membahagiakan Ayu dengan kelembutannya itu. Aku tak sempat pun mahu menceritakan bisik hatiku ini tentang Kimura kepada Ayu tadi.

Tak sesat; aku tiba di Stesen Komuter Aihara. Sunyi tak ramai orang. Sebaik sahaja aku tiba. Hujan turun dengan lebatnya. Barulah aku teringat tentang telefon. Nombor telefon Ayu!.

"Jika dia tak telefon aku bagaimana aku mahu kasi nombor telefon tempat kerja baruku, takkan nak kasi pada Akasan..!" Tenguk muka Akasan pun aku takut, payah amat nak senyum. Samalah suaminya. Otoosan. Nama sahaja bapa angkat. Pasangan ini memang jenis payah bergurau. Serius memanjang.

Aku memulangkan kepada takdir. Lama juga aku termenung di Aihara. Aku ambil air sembahyang & solat di satu sudut berlapik kertas akhbar. Biasalah kalau di Jepun. Aku sembahyang di mana-mana. Pernah aku sembahyang Jumaat bersama orang-orang Pakistan di tepi jalan siap dengan kawalan Polis, ketika itu kawasan Solat Jumaat yang disedekah oleh keluarga Jepun yang memeluk Islam telah ditutup lantaran aduan penduduk setempat. Orang Jepun risau ramai orang asing berkumpul setiap hari Jumaat di situ. Cadangnya mahu didirikan Surau tak jauh dari Harajuku. Tak tahu jadinya tempat itu. Lama aku tak ke sana.

Biasanya kalau aku berjalan memang akan membawa sejadah. Solat di hentian atau taman memang perkara biasa duduk merantau. Sungguh orang Jepun pelik tenguk kita sembahyang. Apatah lagi tenguk kita sujud. Ada yang tergamam. Media mereka memang amat tertutup. Islam amat tertutup buat Jepun, Kristian nampaknya lebih cepat berkembang. (Ceritera kira-kira 20 tahun lalu).

Untuk aku patah balik semata-mata bertanyakan nombor telefon Ayu pastinya satu yang liar & menyentuh hati Kimura. Tetapi dalam seminggu dua ini memang aku terganggu amat dengan kehadiran Ayu, apatah lagi dia mengadu hal tentang dilema hidupnya. Aku yakin sangat Ayu tidak solat lagi, bayangkanlah jika kita orang Islam bermasalah & tidak solat. Pulak tu!, air yang aku minum tadi, pastinya Sake. Aku tak tahu sangat bab arak ini tapi aku kenal apa ronanya Sake itu.

"Nak tunggu apa di Aihara ini?, nanti orang Jepun kata aku tak siuman pula..! menu,ng berjam-jam di sini" Ruang fikiranku penuh wajah Ayu & diselang-seli wajah Kimura. Sesekali aku nampak wajah Mila bagaikan melambai-lambai aku jauh makin jauh!. Tak tahu berapa buah komuter yang terlepas. Dalam hujan lebat fikiranku lagilah lebat melayan perasaan ini.

Aku duduk di gerabak yang kosong sendirian. Hatiku teringat mahu ke Machida. Siang minggu entah ada entah tidak Mila di rumah sewaku di Kampung Malaysia. Kejauhan ini memang menyiksaku. Suratku pada Mila bagaikan lambakan sampah terbiar, duitku entah berapa banyak terbuang; semata-mata mahu mendengar suara Sang Isteri. Payahnya mahu berbual dengan Mila. Payahnya mahu mendapat bait kata dari Mila. Payah. Rindu aku pada Mila tidak dapat aku tahan lagi. Mahu menangis malulah amat!.

Tiba di Machida, aku lagi bingung. Kotaraya Machida telah penuh tapak kakiku. Nak balik ke asrama lagilah aku bosan tenguk dua hamba Allah dari utara Malaya itu pun sudah rasa lemas. Akhirnya aku buat keputusan naik komuter tanpa tujuan; nak tidur mata tak mengantuk lagi. Tak siapa marah aku keluar masuk stesen komuter; sebabnya aku ada kad tiket yang membebaskan aku dari Sagamihara ke Harajuku. Aku boleh melepak di mana-mana bandar sepanjang Sagamihara ke Harajuku Tokyo. Lagipun inilah hari minggu terakhir aku di Tokyo.

Biarlah aku turut kata hati. Dalam diri bercampur baur, Mila tentunya lekat di hati; mana mungkin seorang suami dapat melupakan isteri. Tapi aku pelik dengan Mila. Jauh di sudut hatiku dapat kurasakan ketentuan hati Mila. Keruntuhan itu bagaikan semakin memerangkap aku. Bagaikan dinding setia semakin rebah saban hari menghimpit batinku. Tapi tak sanggup aku tuliskan di sini. Biarlah ianya menjadi rahsiaku.

Terbayang wajah Ayu & Kimura; lambat laun aku yakin mereka adalah menjadi pasangan bahagia itulah harapanku. Nampak wajah Hoshino & Matsushima. Isk! mereka adalah hayalan kosong & bagaikan patung yang aku puja. Memuja patung dalam diam-diam nanti boleh membuatkan aku sesat larat sahaja. Sesat jiwaku sekarang pun payah untuk aku arahkan.

Lihat neon-neon di kota Jepun ini nampak indah lagi gemerlapan tapi amat menyilaukan hati & sanubariku. Silau yang membuatkan aku rasa kosong sekosong-kosongnya. Lambaian Juo Machi semakin merisaukan aku!. Daun kering sakura bagaikan semakin membenamkan ingatan aku pada diri. Bagaikan aku tak larat lagi melangkah sendiri di bumi Jepun ini. Tuhan damaikanlah aku!.

- bersambung.

Kahwin Campur 7

Kahwin Campur Awal