iDAN

15 Ogos 2011

Siapa yang Beraya Sakan tahun ini:

Aku pernah mengadu untung ke BPA ketika itu aku amat puji cara mantan PM kira Pak Lah berkerja; dia amat prihatin akan keluhan seorang rakyat marhaen sepertiku. Aku begitu terharu dapat e-mel dari PM mengucap Terima kasih lantaran membongkar masalah kumpulan pekerja awam sepertiku yang terpinggir. Lebih dari seratus staf di UPM masih di takah lama; biar pun ada SPM diberikan imbuhan berpendidikan sekolah rendah. Di IPTA yang lain tidak terkecuali, ramai yang punyai tanggung jawab yang besar tapi ganjaran yang mereka terima tidak setimpal.

Antara yang aku tulis "apakah kita sanggup anak atau cucu kita di bumi yang merdeka ini dari mula berkerja sampailah beliau pencen jadi Budak Pejabat (kini di panggil Pembantu Am Pejabat (PAP) nak dipanggil apa Budak Pejabat ini rata-rata saya lihat mereka telah beruban & ramai berpenyakit kronik" takkan nak dipanggil Atok Pejabat. Tak dapat aku bayangkan dari seorang insan itu muda belia, macho lagi sampailah ke usia tua jumud diserahkan tugas yang sama. Majian begini aku anggap mempersendakan ciptaan Allah SAW.

Masa itu ada e-mel Warkah untuk PM. Semua berhak untuk meluahkan isi hati. Aku rasa bersalah juga lantaran e-mel pertama yang aku tulis amat brutal serta memang kurang sopan ayat & tutur bicaranya. Sukar untuk dipercayai perkara begini boleh menjadi nyata.

Rentetan dari e-mel ini yang membuatkan aku bertegas untuk mengambil jalan hidup sendiri; tapi nampaknya ramai rakanku yang aku tinggalkan mendapat imbuhan biar pun tidak sebanyak mana tetapi kenaikan pangkat bagi mereka yang berkhidmat lama semakin diambil perhatian.

Situs lama di easjournal banyak menceriterakan bagaimana kumpulan kami ini, yang dulu dipanggil Kumpulan D terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak; ada sebahagiannya berjaya; tak kurang sahabat saya meninggalkan dunia dalam nasib hidup tidak terbela dengan cahaya mata yang diletakkan di rumah anak yatim. Terpaksa dikumpul dana atau tabung untuk menyara anak mereka yang statusnya yatim piatu.

Aku sering mengeluh agar kumpulan ini terbela; kenapa mesti disekat kenaikan pangkat mereka; ada yang memegang ijazah tapi dibiarkan tanpa pembelaan lantaran tiada kabel. Ada yang meninggal dunia kena sakit barah rahim, ijazah yang ada sekadar digantung ke dinding. Ini aku anggap satu penghambaan moden.

Golongan yang seharusnya membela atau menjaga kebajikan pekerja ini; nah! berlagak elite bersama kemegahan hidup mereka; dapat belaka kemudahan sampai aku lihat sendiri tuntutan minyak untuk makan tengah hari pun tersedia, rumahnya tak sejauh mana pun.

Aku sering berbalah dengan golongan elite ini yang ghairah mencari kuasa politik, ada yang menubuhkan IRC kemudian JIM sedangkan anak buah, pelajar sera staf yang mana dalam tanggung jawab sendiri diabaikan. Sibuk nak pakai Merc mata belalang biar pun tidak layak; Peruntukan kerusi yang sekadar jauh lebih murah, memaksa pembekal menyediakan kerusi empuk kalahkan mereka di istana. Buang segala barangan kerajaan tanpa beretika lantaran nak ruang buat penyelidikan. Sementelah terdesak ada geran tiada lokasi. Semua gila naik pangkat nak jadi Prof di usia muda.

Golongan ini juga membuat banglow agama bermenara tinggi terus menjadikan anak buahnya sebagai batu loncatan agar mereka merebut harta dunia. Malahan ada yang berangan mahu menjadi Perdana Menteri dengan melagakan parti politik tanah air.

Golongan ini yang gajinya kasar pun telah hampir RM10K bila raya begini; PM kita pula mengumumkan setengah bulan gaji bayangkan sah mereka beraya dengan RM20K, menghisap darah rakyat marhaen yang sampai ke liang lahat. Sudah berduit bertambah duit; dah kerajaan kasi gaji tinggi nak raya kasi lagi banyak bonusnya.

Golongan seperti kami hanya mencapat sisa & keladak rezeki dunia yang mereka ambil dengan rakus & tamak. Bagiku golongan yang dah banyak amat kita manjakan ini yang sepatutnya kasi RM500 macam pesara, sesekali kami yang memang tak sekaya mana yang patut dikasi paling tidak seribu RM. (Tamaknya)

Jangan cerita nak raya sakan; orang seperti aku yang bersara sekitar RM1,000 campur RM500 bilamana barangan mendadak naik, bil api tak cukup mendera terus mendera, malahan kami yang tak berada ini terpaksa pula menampung minyak kereta kalangan elite malahan memberi Perdana V6 buat semua mereka. Yang lagi biadap golongan ini kita senyum dengan mereka pun boleh paling ke lain. Huh!... beraya sakanlah awak dengan keegoan awak kalian.

Ini yang orang barat kata; "Selalunya orang bodoh akan menjadi makanan orang cerdik". Islam tidak pernah mengajar semua ini malahan Islam mengajar kita, setiap kekayaan itu ada bahagiannya untuk si miskin. Golongan di atas mungkin tak seramai mana tetapi memang ujud & masih berlakon di pentas kerjaya sana. Salah satu sebab aku bersara awal pun adalah lantaran tak sanggup lagi jadi mangsa golongan elite yang tak sedar diri ini. Aku amat bahagia sebab ramai juga golongan elita amat intim denganku malahan sempat mengucapkan Selamat Hari Raya buat kami yang ditakdirkan di takah hidup yang begini. Terimalah seadanya.

Daun Saderi

Local Celery cakap orang putihnya.

Cuma ditulis Life Garden tak tulis pun Daun Sup atau Daun Saderi; pulak tu ada dua harga harga yang berbeda. Tenguk dengan mata kasar macam sama sahaja banyaknya. Satu harga RM1.00 lebih satu lagi RM2.00

Duit pula tak bawa banyak, pernah terjadi aku terpaksa berkejar ke Avanza korek duit siling lantaran tak beberapa kupang. Berhati-hati ke Giant; aku pernah bercerita bab sawi; ada satu dua harga. Sipa pilih memang kita jadi tak cukup duit. Tulis 79 sen satu peket; angkuhnya peket lain. Yang kita capai RM2.00 lebih; ingat tak sampai RM2 .00 tau-tau sampai RM5 lebih beli dua peket.

Radas penyemak harga bukan ada dekat dengan bahagian sayur atau ikan basah. Kenapalah tak tulis daun sup jenis 1 atau daun sup jenis 2. Taklah mengelirukan.

Tak semua orang punyai duit berlebih, Pesara macam aku ini sila-silap tiap hujung bulan terpaksa guna duit siling atau korek duit tabungan.