iDAN

08 Jun 2011

AF9 di Putrajaya


Kehilangan Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Bin Abu Samah masih dirasai. Kehilangannya memberi kesan mendalam bukan sahaja para finalis Akademi Fantasia, tetapi seluruh produksi Akademi Fantasia. Bakat yang diperoleh oleh Erul menjadikannya salah seorang pelajar kegemaran tenaga pengajar Akademi Fantasia. Namun perjuangannya hanya setakat di minggu kesembilan apabila Erul terkandas sebelum melangkah ke peringkat terakhir. Kini tinggal 4 pelajar yang akan mara ke peringkat Akhir Akademi Fantasia.

Minggu demi minggu Akademi Fantasia bersiaran. Banyak langkah yang yang telah pelajar Akademi Fantasia tempuhi. Kisah suka duka perjalanan perjuangan mereka telah kita saksikan. Kini, sampai sudah ke minggu terakhir perjuangan pelajar Akademi Fantasia. Tinggal satu langkah yang perlu pelajar Akademi Fantasia tempuhi sebelum berjaya mengapai bintang. Berikut senarai lagu yang bakal menentukan juara Akademi Fantasia musim kesembilan:

Lagu Single Finalis:
Fina - Menangis Lagi
Azri - Niskala
Lena - Sisa Kisah Kita
Hazama - Cinta Teragung

Lagu tugasan:
Fina - Satu Harapan (Jaclyn Victor)
Azri - Ku Tak Bisa (Slank)
Lena - Dunia (Bunkface)
Hazama - Pukau (Tomok)

Lagu Bonus - Firework (Katy Perry)

Pada konsert terakhir ini, pelajar diberikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu solo terbaru yang dicipta khas buat finalis Akademi Fantasia. Solo-solo terbaru dari finalis Akademi Fantasia telah pun disiarkan di radio Era FM, stesen radio rasmi Akademi Fantasia. Siapakah yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia yang terakhir? Semuanya terletak di tangan anda. Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

Saksikan Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya pada hari AHAD, 12 Jun 2011! Pelbagai acara sudah diatur untuk tontonan dan hiburan anda seisi keluarga! Saksikan juga persembahan peserta Maharaja Lawak pada jam 8 malam sebelum Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR bermula! Jom datang beramai-ramai! Masuk adalah PERCUMA!

iDAN: Secara peribadi sejak awal AF9 bermula aku meletak harapan pada Erul & Lena menyandang juara bagi AF9. Bila masuk saja Fina & Hazama sungguh aku tidak lagi berminat menonton AF9. Apatah lagi Erul terkeluar, sedangkan aku lihat Erul punyai bakat yang besar, aku tak pasti apakah lagu Dunia buat Lena ini sesuai, dengar lagu Dunia ini pun aku rasa resah tak tertarik langsung, rancak tak tentu pasal. Apa asyik oooo..oooo..oooo. Lena lebih sesuai dengan lagi pop Melayu yang mendayu atau lagu Dangdut bukan lagu ala rock. Pemilihan lagu AF9 sengaja memerangkap Lena.

Fina mungkin punyai peluang sebab dia memang suka menjerit & tentunya lagu Jaclyn Victor ini sesuai untuknya. Fina bagiku tak baik mencabar kakaknya. Ada banyak lagi ruang pertandingan dia boleh menyertainya. Hazama bagiku adalah sekadar penyanyi misteri yang tetiba ujud di persada AF9, dia telah lama di bidang seni, telah popular pun... yang seharusnya jangan menganggu pelajar AF. Azri bagiku mungkin sekadar pilihan peminat yang rajin SMS.

Kesimpulannya baik siapa pun menjuara AF9 ini aku menolaknya! lantaran ada sesuatu yang tak kena dalam perancangan@strategi di belakangnya.