iDAN

20 September 2009

Rahsia pelajar cemerlang (Delima Merkah)

Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari?


BERDOA dan bersyukurlah dengan hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. - Gambar hiasan


MENJADI seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain.

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.

Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya.

Kosmo! menyenaraikan beberapa tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai.

Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif membantu pelajar membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif.

Nyatakan matlamat

Sentiasa sasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu kerana mereka yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa.

Menjaga kesihatan fizikal dan mental

Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran akan mudah diterima. Sering bersenam dan berfikiran positif. Elakkan stres yang melampau dan sesekali cuba melakukan aktiviti riadah supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Cuba elakkannya dengan mencari jalan terbaik untuk mengulang kaji pelajaran.

Menjaga pemakanan

Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca.


KAEDAH belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. - Gambar hiasan


Cara belajar yang baik

Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam. Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat tenang untuk belajar. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik. Ia adalah perkara yang patut dielakkan kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Bergaul dengan positif

Apabila seseorang mempunyai ramai kawan, maka dia akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Bersyukur

Pelajar harus bersyukur dengan setiap hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang kita alami. Jangan juga dengki dengan kejayaan orang lain, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya rahsia mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan satu kumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik.

Bersedia untuk gagal

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan, pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan.


PELAJAR yang ramai kawan akan mempunyai pandangan yang lebih luas dalam pelajaran. - Gambar hiasan


Hargai pendidik

Pendidik adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Guru atau hari lahir mereka. Doa pendidik sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan.

Usaha yang seimbang

Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala tip di atas tanpa mentelaah buku, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengadap buku tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman.

Kosmo!

19 September 2009

Raya ooo Raya (Singgahsana)


"Tiap kali nak raya semua buat sardin sahaja!, ibu yabg kelam kabut, ibu yang tak tidur malam, ibu yang buat itu ini" Aku senyum sahaja. Baju yang telah digosok telah aku masukkan dalam Avanda. Beg-beg juga telah aku susunkan, Narita, songkok anak-anak, rasanya semua aku telah kemas. Sejak jam 9:00 pagi aku telah bising. Moh!lah cepat baik kampung. Balik Kampung.

"Baju Melayu ayah beli di Kamdar tu seluarnya ngapa tak sama coraknya dengan baju!"

"Fesyen kut! ayah memang tak perasan pun"

"Berapa ayah beli?"

"Tak ingat... dalam RM30 lebih sahaja ...!" Potongan 70% asalnya memang harga R100 lebih. Aku memang tak kisah tentang rona janji ada saiz XXL payah nak jumpa saiz itu.

"Belilah lagi yang murah, padanlah baju & seluar warna lain!"

"Tak baik sangka buruk Mila!" Dalam hati rasa terkilan juga Mila cakap macam itu. Aku ingat Agung; Sultan Johor dulu pun rajin pakai Baju Melayu seluarnya rona lain. Kiranya selera aku setaraf Agung. Hihihi!. Aku lihat baju yang aku beli okey saja, rona hijau lembut corak atau jalur seluarnya saja di lainkan sikit dengan jalur baju. Azim pun kata ini fesyenlah ibu!!!.

Kamdar dengan rumahku sekitar beberapa ratus meter sahaja. Dua hari sudah aku ada ke sana, aku perasan masih ada baju sejenis & jenama yang sama. Rasa hati nak tenguk baju yang lain betulkah apa yang Mila prasangka.

Sementara Mila tak bersolek lagi, Aziq & Anif tak mandi lagi; aku curi-curi berkejar kejap ke Kampar. Lagi pun tiap Sabtu aku mesti beli akhbar, aku rajin hantar puisi ke akhbar, lama amat tak keluar karyaku. Aku ke tingkat satu, masih ada Baju Melayu yang sama. Azim betul memang itu fesyenya; seluarnya memang dicorakkan lain rona jalurnya, jalur-jalurnya sahaja dikurang lebihkan. Ada sekitar sepuluh helai sahaja lagi. Banyak saiz S & M cuma satu saiz XL. Kalau ada saiz XXL pasti nak beli lagi sepasang, nak kasi Mila percaya. Aku suruh jurujual si Minaci carikan saiz XXL. Dia kata cuma yang terganggung itu sahaja yang tinggal. Baju itu cantik & kemas jahitannya. Kampar memang mahu menghabiskan stok lamanya. Bukan barangan rijek. Saiz XL coraknya agak garang sikit.

Aku cuba saiz XL itu tapi kurang selesa. Kena tahan nafas kalau nak palai. Bila aku belik-belik sebelahnya ada corak & kain jenis lain, rona jingga muda harganya mahallah sikit, ada saiz XXL. Biasanya kalau fesyen terkini memang Baju Melayu banyak saiz XXL, tapi lambat kita membeli habislah!. Orang kita memang ramai telah berbadan besar. Selalu buat acara@agenda pertandingan makan kut!. Aku panggil Bunting Gajah. Nak puaskan hati, beli lagi sepasang; memang berbaloi. Tak sangka tahun ini aku punyai dua pasang Baju Melayu. Raya sakan!.

2. Anak-anak semua Mila belikan Baju Melayu sepasang yang berharga RM100 lebih. Apa salahnya aku beli dua pasang Baju Melayu, dengan harga tawaran tak sampai pun RM100. Kira adillah tu!.

Semasa aku nak bayar, seorang pangkat abang denganku, aku lihat dia dua helai baju kemeja T kolar bulat. Dia senyum mesra dengan aku.

"Cucu-cucu bising bila Atoknya nak beli baju raya, jadilah ini sahaja baju raya saya..!" Aku tambah lebar senyum; "Asalkan ada baju baru... kan?! tak kira baju macam mana..!" Aku bersuara.

Ketika aku menuruni anak tangga mahu kembali segera, wajah Mila telah terbayang... aku takut Mila ngamuk; Dalam sibuk nak balik kampung memandai nak membeli belah lagi!. Ala! aku kan jenis tangkap muat sahaja. Tak ambil masa panjang jika mahu membeli belah. Aku terserempak Abang yang beli kemeja T tadi.

"Macam inilah sudah berumah 73 tahun.. nak tutun tangga pun payah amat!" Huh! tak sangka dah berumur 70an rupanya abang ini. Mana anaknya, kalau cucu-cucunya bising. Anak-anak sekarang tak teringatkah nak belikan ayahnya baju baru?. Atau kain pelekat baru. Masa di tingkat atas tadi memang aku perasan dia membelek-belek kain pelekat.

"Samalah saya abang, sudah tua-tua ini semuanya tak sekuat dulu!"

3. Setelah Mila penat membeber! sekitar 11:30 pagi barulah bertolak ke Meru. Dalam perjalanan aku ceritalah pasal rona Baju Melayu yang Mila persoalkan itu. Memang itu fesyen seperti mana Azim takrifkan. Bagiku tawaran harga ini tidak semestinya semuanya bermasalah; kita yang kena pandai memilih. Aku teringat di Jepun jika ada tawaran harga murah orang Jepun ini awal-awal pagi telah berbaris panjang nak masuk ke pasar raya tersebut. Padat. Memang kuasa membeli mereka teramat tinggi. Peniaga di Jepun pun bukan jenis penipu. Jika tawaran 5o% harga asalnya memang benar bukan direka-reka. Kita pula terpaksa penguatkuasa buat operasi menyaman peniagaan yang kuat menipu ini. Aku pasti Kamdar tidak. Bukanlah nak promot, tapi memang kain di Kamdar banyak dari India. India memang baik kainnya. 100% Cotton.

Jalanraya okey! sekitar sejam kami sudah sampai rumah Nyaie. Nyaie macam itulah, sakitnya memaksa dia berbaring sahaja. Dia tak pandang pun muka aku ketika bersalaman. Aku mencium tangannya yang makin susut.

4. Sepanjang petang aku sibuk mengemas & membersih bilik mandi di halaman rumah peninggalan Arwah Yaie. Di hadapan rumah Mila ada tali air, pondok bilik air ini terletak di tepi tali air ini. Ada dua orang sahaja yang rajin mandi air tempayan di dunia ini. Seorang ialah Sofea Jane, seorang lagi aku. Aduhai! sedapnya mandi tempayan. Macam mandi air telaga.

Aku & Azim membeli belah di pekan Bukit Kapar, nak cari baju kemeja saiz XXL, tak jumpa. Cari ubatan & nyaris-nyaris terlupa bayar zakat fitrah. Masa nak sembahyang zuhur ternampak orang bayar zakat fitrah. Isk! leka nya aku ini, nak masuk ke sempadan nyanyuklah tu!. Selalunya sebelum balik kampung aku akan bayar zakat di Masjid Kajang. Ada ramai pengutip zakat@Amil di Masjid Kajang.

Masjid baru Bukit Kapar telah boleh digunakan. Nampak buatannya & ukiran dalamannya agak kasar tapi okey! lah berbanding masjid lamanya.

5. Tak ada Rendang Palembang di rumah Nyaie tahun ini, Acik yang masak semua. Masak & bungkus kasi jiran-jiran. Adat orang Jawa bertukar juadah sepanjang malam rayatelah lama diamalkan. 9:30 malam aku ke bertolak ke Jenaris, sedikit bekalan raya bersama Afiz.

Aku singgah di Jalan Lama Cheras beli lemang dua batang. Huh! cinonik amat lemangnya, berkerak lagi tak sepadan betul dengan harganya. Teringat Tok Perak taukei lemang, setakad ini payah nak cari sesedap yang dia buat di Kajang.

11:30 Malam terlelap tak sempat nak tenguk TV perbagai.

12:02 tengah hari; Aku berjaya beraya dengan Afiz. Emm! beraya dua beranak. Siap semua dengan makanan raya sarapannya pelbagai penuh semeja. Sambal Lode yang aku bekukan masih tak rosak rasanya. Moh! makan Afiz. Sunat makan dahulu sebelum pergi Sembahyang Sunat Raya. Sembahyang di Masjid Penjara Kajang. Siap ada jamuan lagi di masjid ini. Lemang & rendangnya memang sedap.

6. 12:30 tengah hari Afiz dah masuk kerja aku kena bertolak ke Meru. Sambung raya lagi di Meru.

Tak sempat nak klik blog lain!. Nantilah...

18 September 2009

Sepi Seketika...(Singgahsana)


Sebentar lagi aku akan pulang ke kampung Mila. Masih dalam delima lantaran Afiz kerja di hari raya. Mungkin aku akan menemani dia di Jenaris. Bayangkan bagaimana dia mahu beraya sendirian di Jenaris.

Jika aku di Meru maka akan terputuslah dunia maya ini. Akan sepilah bait-bait kata aku di persada blog ini, mungkin sekitar 3 hari mungkin juga lebih lama dari itu.

Salam aidilfitri!

17 September 2009

Momen Aidilfitri (Delima Merkah)

Suasana pagi raya penuh emosi apabila adik-beradik dan sanak saudara mula memohon maaf sesama mereka.


MAS UMIRA seronok dapat berkumpul dengan seluruh ahli keluarga pada pagi 1 Syawal yang lalu.





KEGEMBIRAAN kanak-kanak bermain bunga api seakan-akan penyeri tatkala Aidilfitri tiba. Namun, keselamatan harus dijaga supaya keseronokan tidak bertukar tragedi.

Bagi penghias ruangan Remaja minggu ini, Mas Umira Mohd Yazid, 18, hari raya umpama tiada ertinya tanpa bunga api dan mercun kerana ia sudah sinonim sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, orang ramai harus tahu batasan dan tidak membahayakan diri sendiri, masyarakat serta menyalahi undang-undang.

Si manis yang baru tamat persekolahan itu memberitahu, larangan kerajaan membeli, menjual dan bermain mercun harus dipatuhi kerana ia untuk kepentingan bersama.

Untuk mengenali anak bongsu daripada empat adik-beradik itu, GenK mengajukan beberapa soalan bersempena Aidilfitri yang baru diraikannya di kampung halamannya di Kota, Negeri Sembilan.

Apakah erti Ramadan dan Aidilfitri kepada anda?

Ramadan menandakan bermulanya ibadah Rukun Islam Ketiga yang wajib ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat serta ibadah-ibadah sunat lain seperti solat tarawih dan sebagainya. Pahala berlipat kali ganda jika kita rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat sepanjang bulan mulia itu. Aidilfitri pula menandakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Pada waktu itulah, umat Islam akan berkumpul bersama ahli keluarga bagi meraikan hari lebaran dengan penuh gembira dan berkat.

Apakah momen-momen hari raya yang paling anda nantikan setiap tahun?

Setiap tahun, berbuka puasa pada malam terakhir Ramadan cukup meriah dan amat dinanti-nantikan. Seluruh ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama meraikan Aidilfitri keesokan harinya. Selain itu, suasana pagi raya penuh emosi apabila adik beradik dan sanak saudara mula memohon maaf sesama mereka. Lagi satu, tidak sabar untuk dapat duit raya!

Bagi anda, perlukah segala persalinan baru seperti pakaian, kasut dan juga perhiasan rumah?

Persalinan baru boleh menaikkan semangat raya dalam diri seseorang. Agama juga menyuruh supaya kita seboleh-bolehnya berpakaian baru pada Aidilfitri. Tetapi kita perlu beringat ketika membeli. Jangan membazir pula. Sudah menjadi tradisi apabila raya menjelma, segalanya ditukar baru seperti pakaian, kasut, langsir dan sebagainya. Lakukanlah mengikut kemampuan.

Perlukah mercun atau bunga api bagi meraikan Aidilfitri?

Mercun dan bunga api sangat sinonim dengan apa-apa sambutan di Malaysia. Sudah menjadi tradisi malam raya, kanak-kanak akan bermain bunga api dan mercun. Bagaimanapun, bermain mercun adalah berbahaya dan ibu bapa perlu mengawasi anak-anak.

Walaupun mercun telah diharamkan oleh kerajaan, kita masih mendengar berita tentang kanak-kanak yang cedera akibat bermain mercun. Apa komen anda?

Masalah sekarang adalah mereka suka mengubah suai bunga api atau mercun. Bunga api yang asalnya kurang bahaya diubah sehingga mampu mengakibatkan kecederaan serius. Kita harus tahu bahawa bermain mercun adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi orang lain yang duduk berdekatan.

Kosmo!

16 September 2009

Muzik ketika Makan (Singgahsana)


Jika kita ke mana-mana majlis makan malam di hotel-hotel. Biasanyalah pasti ada muzik latar, atau persembahan dari artis undangan, ketika kita mengadap juadah pelik-pelik sambil dengar muzik... aduhai!.

Dedulu masa Mila kerja dengan I & P, aku kerap ikut serta majlis yang kompeni dia berkerja buat, majlis makan malam, majlis meraikan staf, majlis santai kelurga & macam-macam majlis di hotel-hotel sekitar KL terkadang sampai Cherating atau Lumut. Masa itu isteri PM kita ini masih kerja di I & P. Tentunya dia masa itu masih dengan suami pertamanya. Penghujung tahun 80an kut! PM kita mula bercinta dengan isterinya kini. Dato' Sri Sharizat pun kerja di I & P juga, jadi Pengarah Personal jika tak silap!. Banyak juga Mila ceritera tentang mereka ini. Jurnalku di easyjournal ada ceritera ini. Cerita dulu-dulu. Orang besar begini memang payah rapat dengan kita orang biasa. Jadinya aku pun memang tak kenal pun mereka ketika itu. Yang rapat mesra denganku adalah kekawan Mila yang kira sama tarafnya denganku. Memang ada sesetengah tempat pergaulan antara orang atasan & bawahan ini bagaikan ada kasta.

Tempat kerja lamaku pun sama, masa tahun 80an antara staf memang amat rapat. Tak kira apa juga kumpulan perkerja. Tahun 90an sudah mula berubah. Tahun 2000 sekitarnya memang aku lihat kembali ke zaman nomad, absi & zaman gua batu kut!. Makin ramai golongan muda-muda tidak kenal lagi sopan santun. Rakus! & perhubungan menjadi makin kecundang. Satu yang aku nampak; lantaran masing-masing ada kendati diri yang mahu dicapai atas pintaan global yang memaksa manusia ini semakin sibuk tentang diri, bukan lagi tentang kumpulan & masyarakat. Golongan muda sekarang yang merosakkan perhubungan ini. Membuatkan golongan bawahan seperti aku terasa tersisih. Kecuali aku ini dapat menembusi kelayakkan mereka yang rata-rata berpaksikan kuasa, kelulusan tinggi, status atasan yang boleh mencantas siapa juga. Jelas!. Itu makin berlaku di bidang kerjaya sektor awam atau makan gaji di agensi kerajaan.

(Sudah jauh melalut apa yang nak kutulis. Titik)

Bab muzik tadi, kenapa dialunkan muzik untuk memeriahkan sesuatu majlis umpamanya majlis makan malam di hotel-hotel?. Sebenarnya memang muzik ini dapat meronakan suasana yang meriah. Macam lagu rayalah. Bila nak raya ini jika tak berkumandang di radio atau TV, jangan dengar lagu raya, apa akan jadi. Nak raya ini kita belasah lagu rap, metal atau lagu sariosa yang tak pernah kita sahaja. Mahu takkan ingat esok nak raya... takutnya kita jadi pelik tenguk orang pakai baju raya. Memang tak akan adanya suasana nak raya, tanpa lagu raya. Dah memang itu budaya kita. Hebat peranan muzik ini!.

Mila asyik dengan siaran Salam FM & IkimFM. Aku pula suka AsyikFM terkadang KlasikFM. Dua halua telinga yang berbeda. Sebaiknya memang telinga ini masukkan zikir & bacaan suci Al-Quran, agar hati itu tak kematu. Itu aku tahu. Kita ini yang suka perbagaikan halua telinga. Emmm! sesekali tak kut!.

Maka terjadilah kisah semalam ketika berbuka puasa. Aku tak banyak menyimpan MP3 nasyid di komputerku. Cuma banyak lagu lama, Jepun & Hindi. Masa berbuka, apakah gamaknya tetiba teringin nak dapat suasana santailah konon; aku kliklah lagu yang aku minat. Top-top Mila suruh Afiz padamkan lagu yang tengah asyik berputar; telinganya tak dapat terima lagi laguanku, padahal ada lagu Allahyarham Michael yang memuji Allah itu & ada juga lagu nasyid dari Indon yang aku klik. Mila mungkin tak pernah dengar lagu nasyid Indon kut!. Bebelan Mila memanglah tajam. Padan muka aku.

Jika anda tidak menyukai Nasyid Indon sekali pun.. cuba klik URL bawah ini. Sebelum ini pun aku sudah kasi pautan URL ini. Di jurnal lamaku. Banyak lagu nasyid MP3 termuat di sini. Bukanlah nak promot & memuja penyanyi Indon. Sekadar muatturun sahaja MP3 dia orang itu. Percuma. Sekadar sesekali kita tukarlah halua telinga. Ini ada penyanyi dari Jawa Timur, agak unik lagu nasyidnya. Cubalah dengar. Dalam situs ini juga banyak lagu nasyid MP3 tempatan pun lagu lama-lama seperti penyanyi Wann, DV Dave, Uji Rashid, Hail Amir pun lagu zaman 60an pop yeh yeh & 80an. Ceramah agama pun ada. Pelbgai bahasa. Bebenda keladak pun ada. Terpulang.

Cuba cari nama ini. Opick. Mungkin ada yang kenal nama ini, mungkin juga tak pernah dengar pun. Namanya pun pelik seunik empunya diri. Dia ini dulu penyanyi rock.

Dalam situs ini http://search.4shared.com anda cari di search file nama ini Opick. Samalah ceriteranya jika anda meminati P. Ramlee atau nak dengar ceramah, cari saja. Semua ada.

Dengarkan lagu Opick ini. Di bawah langit-Mu pun lagu yang ini Maha melihat asyik gila. Klik ayat yang bergaris & muatturun sahaja. Pastikan anda ada WinAmp senang nak susun lagu pilihan anda.

Lagu@zikir Allahyarham Michael Give Thanks To Allah pun boleh cari di situs ini. Klik sini.

Sekarang jika Mila tutup lagi lagu yang aku putar ketika nak berbuka, aku telah ada ratusan MP3 nasyid tersimpan dalam komputerku. Aku boleh mengatasi halua telinga yang IkimFM berikan. Cuma lagu orang asli di AsyikFM masih aku tak dapat cari di internet!. Mana nak cari MP3 lagu orang asli ini iyer!!!?.

15 September 2009

Puisi iDAN (Singgahsana)

Bagi sesiapa yang meminati puisi
bolehlah sesekali berlayar bersama naluriku
banyak puisi berbau perasaan & kegusaran
aku masih cuba mengumpulnya dalam satu jurnal@blog
agar semua puisiku tidak terlepas
dari khazanah sastera tanah air
ini situsnya
rata-rata puisi milik iDAN
http://idan.easyjournal.com
terkini bercampur dengan puisi penyair nusantara
http://dkelopak.blogspot.com

Cinta Terlarang 6 Ungkit Kisah Silam (Singgahsana)

Sdr Zeq pernah menulis bila berbalah kenapa membuka AIB zaman silam.

Memang isu ini bagaikan memarakkan api yang menyala.
AIB zaman silam@Sejarah hitam pasangan seharusnya jangan diungkit. Payah; siapa pun amat payah menerima keaiban diri. Biasanya ketika marah kalau disebut sahaja keaiban diri pasti akan menyinga marahnya.

Bergantunglah kepada keadaan. Jika kesalahan tersebut sering sangat diulangi bolehlah disebut sekadar mengingatkan. Kita ini manusia sama sahaja. Katakanlah Sang Isteri asyik berhutang tanpa pengetahuan suami. Tahu-tahu murung sahaja bilamana hutang tak larat lagi dibayar. Suami yang sering menjadi mangsa, mencari jalan bagaimana mahu menghabiskan hutang piutang Sang Isteri. Jika perkara yang sama diulangi & diulangi pastinya menjadi satu keruntuhan juga. Suami bolehlah mengingatkan agar sejarah lalu dapat mengajar isteri jangan boros berbelanja.

Bagaimana pula sejarah silam seperti pergaulan bebas yang kita tahu berlaku di suasana rumah tangga atau keluarga mertua. Bila anak membesar isteri pula tidak pernah melarang anaknya keluar bebas dengan kekasihnya. Sedangkan talian pertunangan pun belum terjalin. Sekadar sekali sekala keluar sama mungkin suami tidak kisah; biasanya si anak akan meminta izin ibunya keluar. Si ibu seharusnya merujuk suami. Ini biarkan sahaja. Jika menjadi rutin sampai anak tidak pulang ke rumah. Rasanya suami perlu juga mengingatkan si isteri yang sejarah silam jangan diulang. Saling bersama membantu masalah pergaulan bebas ini; agar sejarah hitam zaman silam jangan berulang.

Si ayah pun zaman remaja bukan main ramai kekasih, apakah anak terunanya pun mahu sama bagai Bapa borek Anak rentik. Maknanya suami isteri punyai sejarah hitam keluarganya. Tutuplah sejarah lalu.

Mana mungkin mahu menghalang anak remaja bercinta tetapi batas-bataskanlah pertemuan. Keluar di tempat awam rasanya di zaman kini bukan perkara aneh tetapi jika sampai bermalam biar pun di rumah keluarga Sang Kekasih, memang kita sebagai ibu ayah masih boleh dipersoalkan. Kejadian remaja bermalam merata dengan kekasih ini sering berlaku bilamana mereka duduk sendiri. Ketika jom heboh umpamanya (Apatah lagi jika mereka bukan berada di tanah air sendiri.) Apa peranan kita dalam masalah ini. Jika pun keluarga sebelah pihak tidak melarang, keluarga sebelah lagi seharusnya menghalang. Kena juga kita ingat pandangan masyarakat bagaimana.

Buatlah secara adat & salur agama. Kita tak banyak dosa orang juga tak sampai dapat mengumpat kita.

Janganlah aib keluarga kita panjang-panjangkan di dalam rumah tangga. Kita kena ada anjakan perubahan ke arah yang lebih baik. Kenapa mesti mahu mencorakkan wajah lama. Jika rona dedulu memang lusuh & tak selari keadaan kini dengan salur agama.

Samalah dalam bab menutup aurat, jika di zaman muda sememang gadis zaman remaja tahun 60an & 70an manalah ramai bertudung litup. Ranggi bukan main di zaman remaja dengan fesyen rambut mengerbang. Tak bolehkah ditegur dengan menyebut sejarah dedulu untuk menyedarkan anak remaja kita. Sekitar tahun 80an barulah ramai perempuan di negara kita berubah ke arah bertudung litup. Sejarah emak ayah dulu biarlah berlalu. Perkara wajib begini kita kenalah menitik beratkan. Sebabnya jika isteri tidak bertudung sesungguhnya suami akan disoal nanti, begitu juga anak remaja kita. Ramai kalangan kita terkadang sekadar bertudung ketika berkerja sesekali buat tak kisah sahaja ranggi bukan main keluar sidai kain atau ketika ada tetamu di rumah; rambut masih mengerbang. Ini kena diperbetulkan.

Dosa pahala itu perkara yang tak nampak, maka itu kita sering tak kisah. Cumanya samalah dengan permasalah iman, taubat, dendam, dengki & segala penyakit hati. Semuanya tersembunyi dalam diri. Maka payah amat untuk kita faham & mahu memahamkan. Apatah untuk mengamalkan sesuatu yang wajib & dituntut agama ini. Amat berat.

Kedua-dua pihak kenalah akur jika menyebut sejarah aib lama demi kebaikan seharusnya dibolehkan. Cumanya cara & komunikasinya kena betul sesuai pada masa membuat teguran. Jangan sesekali ketika marah. Ketika perbalahan yang tengah melonjak. Nak nahas.

Seyogia jika asal kejadian si suami memang lanun, perogol, kaki judi, penagih serta bla bla & isteri pula memang perempuan gerladangan bebenda macam ini memang amat sensitif disebut. Sudah makbul menjadi seorang suami atau isteri; Tutuplah Buku itu. Jika hati teringat semua keaiban itu ketika bergaduhan... elok cepat-cepat berdiam diri, marah atau geram amat pun sumpah seranah sahaja di hati. Kalau boleh lari... lari dari berkata-kata. Suami atau isteri pun satu, kalau diri itu memang pernah teramat aib sejarahnya, janganlah sesekali teringin mengulangi & asyik mabuk melakukan ke arah aib & dosa semalam. Berubahlah menjadi Suami Nan Soleh Isteri Nan Solehah. Tak ada ruginya kan?.


14 September 2009

Khasiat Buah Mengkudu (Delima Merkah)

Dari Situs Ibu Kesuma


Buah mengkudu juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji).

Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang biasa di jumpai dikawasan tropika. Mengkudu, secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis yang biasa dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak berbiji agak sukar ditemui.Di barat mengkudu dipanggil queen of morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau buah mengkudu masak menyerupai bau muntah.

Mengkudu termasuk dalam golongan pokok saka dan boleh mencapai ketinggian antara 15-20 kaki.Kayunya mudah dibelah setelah kering dan biasa dijadikan kayu api atau bahan bakar.Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal.

Pucuk mudanya biasa dijadikan sayuran atau ulaman.Ia kaya dengan vitamin A.Bunganya pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina.Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu.

Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bijinya berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan.Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai.Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun.Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.

Mengkudu mula digunakan sebagai ubatan dikepulauan pasifik selatan, kemudian di China dan India.Mengkudu digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan dan menguatkan badan.

Dikepulauan carribean mengkudu dikenali sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh.

Di Myanmar pula, buah yang masih mudah dijadikan gulai manakala yang telah masak dimakan bersama garam.

Di malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing tidak lawas), senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah nifas selepas bersalin.

Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli botani yang terkenal iaitu Dr Isabella abbof mendapati mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi.

Sementara itu seorang ahli kimia , Dr. Joseph Bafz pula mendapati mengkudu dapat mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis.

Pengambilan jus mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.

Cara penggunaan asas buah mengkudu ialah dengan cara mengisar buahnya menjadi jus (untuk di minum) untuk kegunaan luaran pula, buahnya akan disapu pada bahagian yang terlibat.60 % dari kandungan jus mengkudu terdiri dari air menyebabkan ia selamat diminum pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, mengkudu akan merendahkan kandungan glukosa dalam darah, untuk pesakit diabetes yang mengambil insulin, kandungan glukosa dalam darah perlu dipantau selalu kerana jika kandungan gula dalam darah terlalu rendah ia akan mengakibatkan hipoglisomia yang akan menyebabkan pesakit berada dalam keadaan khayal yang memerbahayakan.

Gambir Sarawak kaya khasiat (Delima Merkah)

Biasanya pelancong dari luar yang berkunjung ke Kuching, Sarawak hanya membayangkan khasiat dari segi seks, apabila melihat gambir dijual di kaki lima di Main Bazaar atau Tebingan Sungai Serawak di Bandaraya Kuching.

Namun khasiat Gambir Sarawak, lebih daripada apa yang difikirkan mereka yang mementingkan seks semata-mata, malah turut menjadi pilihan untuk kegunaan lain seperti sakit gigi, ulser dan menurunkan tekanan darah.

Gambir atau nama saintifiknya 'uncaria gambier' biasa ditemui di hutan kebanyakan negara khasnya di kawasan hutan di Nusantara, India dan China. Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar, manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.

Wujud rekod yang membuktikan gambir digunakan sejak zaman dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan sebagai krim untuk menyembuh kesan kebakaran pada kulit.

Di kalangan masyarakat Cina purba, tumbuhan itu turut digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser, selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di situ kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah-tengah Bandaraya Kuching.

Sebenarnya gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.

Di negara lain pula, wujud beberapa spesies lagi dari keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.

Kajian di China mendapati, tumbuhan 'uncaria ramulus' misalnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala dan merawat sawan.

Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.

Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan pula mendapati Uncaria rhynchophylla pula mendapati ekstraknya mampu melegakan kekejangan dan sawan.

Namun di Sarawak, gambir pula dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu 'memperkasakan' lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikan khasiat berkenaan.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil.

Untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.

Sehubungan itu, Sarawak khasnya Kuching kini kian sinonim dengan 'Gambir Sarawak' malah terdapat pelawat yang sanggup datang ke negeri ini semata-mata hendak mendapatkan bekalannya.

Cecair gambir dalam botol kecil dan kepingan gambir yang bersaiz kira-kira sebesar batang mancis dijual pada harga RM10.

Sejak empat tahun lalu, penjualan gambir dalam bentuk kepingan kecil dan cecair memang perkara biasa terutama di sekitar Tebingan Sungai Sarawak dan Jalan Main Bazaar di Kuching.

Pada masa sama, kepingan gambir juga boleh diperoleh di kedai perubatan tradisional Cina yang di bandar utama di Sarawak.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, gambir Sarawak juga dipromosi dan diiklan secara meluas di internet walaupun jarang kelihatan di media arus perdana.

Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai berkata, cuma gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat berkenaan kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu hanya untuk tujuan perubatan.

Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu, berkata penggunaan gambir sebagai 'ubat kuat' lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak.

Di kalangan suku Iban dan Melanau misalnya, gambir dikenali sebagai akar kelawit dan ia digunakan sebagai penawar gigitan ular dan kesan sampingan akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula katanya, gambir sering digunakan untuk menahan sakit terutama sakit gigi.

Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.

Sehubungan itu, beliau berpendapat khasiat gambir perlu dikaji secara saintifik kerana ternyata ia mmepunyai potensi komersial dan farmaseutikal.

"Kajian mendalam mengenai khasiat dan kesan sampingan herba itu perlu diusahakan bagi memastikan ia tidak memudaratkan terutama jika digunakan secara berlebihan," katanya yang juga bertugas sebagai perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa (ITTO).

iDAN: Dah dekat sebulan gigi geraham ini meraam, sakitlah amat. Kalau ada gambir sarawak mesti boleh cuba sebagai penawar. Kena cari juga ni.

13 September 2009

Wanita tidur dengan lebih 1,500 lelaki (Ceritera)

LONDON - Seorang wanita, Mare Simone meniduri lebih seribu lelaki dengan kebanyakan daripada mereka ialah suami atau teman lelaki wanita lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Simone, 54, yang menggelarkan dirinya 'wanita tumpang' melakukan perbuatan itu bagi membantu lelaki dan wanita mengatasi masalah hubungan intim mereka.


Simone

Sebagai pakar terapi seks bertauliah, Simone telah memberi tunjuk ajar mengenai hubungan kelamin kepada lebih 10,000 pelanggan sejak 23 tahun lalu.

Walaupun pernah mengadakan hubungan seks dengan 1,500 pelanggannya, wanita itu menegaskan bahawa kerjayanya tidak menyalahi undang-undang.

"Saya menyara hidup dengan meniduri suami atau teman lelaki wanita lain. Namun, saya bukan pelacur. Orang ramai membayar untuk kaunseling bagi mengatasi masalah mereka," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah berasa bosan walaupun telah 20 tahun menceburi kerjaya yang agak luar biasa itu.

"Saya tidak merancang untuk bersara bagi tempoh 10 tahun lagi," ujar Simone. - Agensi

iDAN: Penat memahami masalah seks bebas di barat ini, beruntung amatlah mereka yang mendapat khidmat kaunseling Simone ini.

Silap-silap mahu asyik nak berkaunseling sahaja. Dah kaunselornya baiklah amat. Masa masih muda pasti Simone cantik jelita.

Cinta Terlarang 5 Jawapan Wakil Isteri (Singgahsana)


Catatan dari Wakil Isteri terbuka untuk kita ulasi,

Salam Abg Idan, mungkin banyak dah terjawab oleh abg Idan..tapi saya kemukakan juga..komen saya yg panjang ini.. Terima kasih.

Salam Saudara Saudari, Hamba si pengirim tanpa nama, ingin berterimakasih kepada semua, dan sudah tentu kepada Abg Idan kerana sudi membuahkan pendapat-bersandar yang sedikit sebanyak mampu menambah ilmu dan kefahaman dengan izin-Nya. Kalau diizinkan, saya ingin mengongsi rasa, fikir latar belakang terhadap isu ini lanjutan dari jawapan dan saranan yang di utarakan abang Idan agar Konteks isu ini dapat dibahas se objektif yang mungkin:

1. Kes yang berlaku agar lebih jelas adalah seperti berikut; perkahwinan tidak di ingini. Tak pernah ada sedetik sayang di hati terhadap suami. Tapi Jodoh di tangan Tuhan. Pada mulanya tidak ada benci, hanya ingin taat. Tapi sayang tidak terucap. Di tengah perjalanan, suami lara dan suami kasar. Serba tak kena, rupanya suami ada kekasih. Ini memungkinkan lagi rasa yang memang dah tawar hambar, bersedia dengan barang siap dikemas. Menanti keputusan Sang Suami; Ini sedikit sebanyak sejarah pekahwinan sehingga ke saat ini. Suami selalu bertanya, sayang pada saya? Mengiyer pun tidak menangguk pun tidak, sebab memang tak pernah ada mahu ini kan pulak merasa.

(Payah juga memaksa hati untuk menyintai seseorang, apatah lagi jodoh ditemukan lantaran hanya ingin taat. Tidak bercinta sebelum bernikah. Seperkara yang perlu dinyatakan, ramai juga kalangan kita bercinta bagai nak gila tapi kandas juga di tengah jalan. Ramai juga bercinta setelah bernikah aman bahagia & sentiasa berpakat.

Punca utama mungkin sikap suami kasar, cumanya kita tak tahu kenapa suami Sdr Wakil Isteri begitu, itu yang saya banyak menulis, sabar-sabarkan, mesti ada kebaikan pada diri suami buat penyejuk hati & cepat memaafkan. Takkan tak ada. Sang suami ini memang kena didekati; apakah watak kasar semula jadi atau ada punca yang payah kita tolak sebab angkaranya. Seharusnya ada perbincangan dengan keluarga suami atau rakan terdekat agar kita dapat menangani kekasaran Sang Suami ini.

Kesilapan terbesar kita suka menyebut perpisahan bila berlaku perbalahan. Sebut berpisah sahaja memang masalah akan tambah rumit. Ini kena diperbetulkan. Jodoh itu satu yang murni, jika jodoh kita tak sepadan anggaplah ini ujian. Takkanlah Tuhan itu tidak pandai memilih. Hamba yang diuji adalah hamba yang amat disayangi Ilahi. iDAN)

2. Abg Idan kata ini gangguan sementara, iya mungkin. Dan menyarankan supaya dekat pada Allah SWT. Hamba hampiri Allah SWT . Hamba minta sungguh2, beri petunjuk beri jalan. Tapi pada masa yang mengadu keluh jugak pada Allah, apa kasih begini memang tak boleh? Setakat ini, jalan yang diberi tak menjurus kepada saranan Abang Idan. Mungkin belum makbul.

(Kita ini hamba Allah yang amat naif, terkadang ujian mendatang bukan sebab kita. Mungkin lantaran musibah dari zuriat kita. Jika kita telah berlaku sebaiknya hingga hati tenggelum punca, kenapa?, kita terusan didera. Kita terpaksa lihat kejadian sekeliling kita. Dari masalah keluarga sendiri, mungkin juga keluarga sebelah sana.

Contoh terdekat buat saya, Arwah Apak pernah rampas isteri orang, abg kandung pula memang penuh sejarah hitam dalam rumah tangganya. Kot-kot Tuhan sengaja menguji kita untuk membuatkan Apak & Abang kita berfikir "Tenguk bagaimana deritanya anak kamu/adik kau itu... bilamana rumah tangganya porak peranda" Bukan Tuhan itu tidak adil tetapi mesti ada yang tersirat dari setiap ujian dia.

Doa manusia ini memang perbagai peringkat, kita yang tak serapat mana dengan Ilahi mungkin lambat termakbulnya. Tapi jangan sampai putus asa... iDAN
)

3. Bersetuju dengan pendapat idola. Tapi ini bukan. Ini hubungan antara dua manusia. Idolisasi biasanya sebelah pihak. Ini perhubungan benar antara 2 jantina.

4. Dan masih saya tekankan, apa yang berlaku nanti tetap akan datang, tetapi untuk sekarang, kedudukan hukum adalah, kami berhukum ini hubungan tanpa nafsu syahwat. Ini hubungan dua manusia yang saling mencinta tanpa perlu di iringi rasa debar berahi dan sebagainya, tak perlu itu semua sebab itu bukan benda yang di cari. Itu bukan fokus. Tegas disini, untuk setakat ini, hubungan ikhlas cinta tak dilempias nafsu syahwat. Soalan saya tetap tak berubah : apa boleh? Kias mana ijmak mana yang saya bisa rujuk ? Terima Kasih kalau mampu dikongsi.

(Di satu sudut memang tak salah, Islam pun tidak pernah mencatatkan dosa jika sekadar berniat berbuat jahat selagi kejahatan itu tidak dilakukan. Perasaan cinta itu bukannya perasaan jahat. Cuma ada ketikanya perlu kena pada tempatnya. Bila kita menyintai suami orang, atau lelaki lain.. Ada banyak hati yang bakal terluka pertamanya suami sendiri... emmm! ini mungkin tidak terfikir oleh hati kita... padan muka; keduanya isteri Sang Kekasih... seterusnya mungkin anak-anak kedua pihak... pandangan kekawan & masyarakat pula bagaimana?. Kiasnya sebahagian telah saya tulis iDAN)


5. Abg Idan kata lagi, jika memahami jodoh atau perkahwinan dalam Islam, pasti kita amat menyintai isteri atau suami kita. Apa benar ini maksud sebenar abang Idan? Sama juga kita boleh kata, kalau benar semua manusia mengerti erti hudud nescaya tak ada penjenayah di dunia ini. Terlalu retorik bunyinya. Maafkan saya Abang. Saya pun selalu bila mati hujah saya akan guna hujah di sini bagi mengukuh lemah akal ini.

(Agama menjanjikan yang terbaik. Janji itu betul. Panduan juga buat suami pun buat isteri. Kita sebenarnya tidak teraba-raba dalam hukum hakam berumah tangga. Jika kita minta bantuan ke mana pun pasti dirujukkan juga ke arah agama.

Maka itu bila sahaja kita bermasalah kita kena cepat-cepat mendekati diri kepada-Nya. Mengadu dengan-Nya. Pintalah pertunjuk-Nya. Kekalutan ini terkadang mainan dunia. Jika kita kuat dari ugutan Sang syaitan pasti sebelah pihak lagi gagal. Memang lumrah & syaitan paling dahsyat mahukan agar rumahtangga itu cepat runtuh. Dia amat dengki melihat rumah tangga@masjid yang kukuh utuh. Apatah lagi masjid yang makin kalut. Jika tidak kenapa Sang syaitan menangis bilamana akad nikah dilafazkan iDAN)

6. Kesah syurga dan jugak kelebihan wanita abang Idan kongsi kan. Saya akur dan saya paham malah saya tau..nikmat senggama di syurga kelak, berkekalan menaik seperti graph berekponensial, setiap kali penterasi, setiap kali itu juga, ia masih dara, dan setiap kali jugak nikmat nya bertambah. Saya tahu bang, malah saya amat arif. Soalnya, tak terkelaluan jika saya nak bilang, Ali atau Umar ( tak ingat saya) pernah berkata, kalau di kanan syurga di kiri neraka di depan ... di mana ini bukan lagi pokok persoalan hukum dan ganjaran hanya terpakai untuk massa. Di suatu saat dan ketika, mungkin tak tercapai pun...hanya Rabbul Jalil matlamat hakiki. Saya tak menolak semua ini. Cuma konteksnya, apa bisa dipaksa semua ini? tanpa ada hidayah dari Allah?

7. Entah lah abang Idan, apa memang terlarang cinta begini? Tak mencinta pada suami/isteri , apa bisa dipaksa? Iya, boleh saja nak jadi hamba nak jadi pelayan yang setia, boleh; tapi hati?? Siapa yang punya hati kalau bukan Rabbul Jalil. Kenapa tak diberi hidayah kasih? atau ini ujian tegar? Dan datang pula ujian lagi satu.. bertemu kasih di atas talian, walau tak pernah bertemu mau bercumbu, kenapa hati sangat mencinta? dan dosa apa yang bakal ditanggung kalau ini haram... mutlak?

(Sihir pukau itu ujud sejak berzaman, tak semestinya pukau itu ditujukan kepada kepada kita melalui seseorang manusia, ianya boleh terlekat di diri lantaran kita sendiri tidak menjaga soal hati. Hati kita ini jarang berzikir maka ianya amat kosong, bila kita rajin pula berzikir pun belum tentu kita selamat dari sihir Sang Syaitan ini. Biasanya yang pangkatnya mesti bukan calang-calang pula menghsut kita. Bermunajat bukan mudah, hari ini okey! esok entah jadi apa.

Maka itu saya pernah berkata, memang hati manusia ini sama sahaja, amat mudah akan jatuh cinta jika kena pada tempatnya. Cukuplah jika seseorang itu amat baik & sentiasa mengambil berat tentang kita. Sentiasa simpati & berhemah baik dengan kita.


Sementelah itu kena pandai meletak nilai cinta. Saya pernah menulis tak kan mahu melayan perasaan cinta jika tahu kekasih saya itu isteri orang. saya titikkan segera rasa cinta itu. Maka itu saya katakan cinta terlarang. Cepat-cepat saya sedarkan diri bunga bukan sekumtum. Begitulah sebaliknya kumbang bukan seekor.

Takkan kita mahu membina kebahagiaan di atas keruntuhan atau kelukaan hati seseorang. Musibahnya akan datang terhadap pasangan begini. Di dunia lagi sering menjadi tohmah. Jika tidak di dunia kita malu ketemu Dia Yang Maha Esa. Jodoh yang kita tolak Dia yang beri. Takkan jodoh itu tersilap. iDAN)

8. Ahh...apa suami tak berdosa langsung? Apa suami tak dipersoal, "sudah kah engkau mendidik isteri? Kalau soalan ini suami tak lepas, apa ada exclusion clause untuk isteri berolah sebegini? .......

(Iyer! suami memang berganda dosanya jika lantaran sikap kejam dia menjuruskan isteri bertambah walang, gusar, buntu & tersilap memilih arah. Maka itu dalam sesuatu keadaan Islam membolehkan perceraian. Tapi janganlah cepat sangat kita memilih jalan perpisahan@perceraian ini. Musibah dimurkai Allah SWT ini amat banyak. Apatah lagi jika lantaran perkara yang boleh dirunding, masih boleh diperbaiki kita sengaja mengejar yang lain. Terutama jika kita telah punyai anak yang perlukan juga pertimbangan tindakan kita.

Cinta akan terbit bilamana kita terhimpit itu adalah normal. Di mana lagi kita mahu mengadu kalau tidak kepada orang yang benar-benar mengambil berat tentang kita. Cumanya ada ketikanya cinta itu hanya fatamorgana. Cinta yang nyata di depan mata... bila kita memang telah berkahwin pasangan kitalah kekasih... biar pun buruk, pahit, becuk, boroi & sebagainya terkadang dia lebih sejati & abadi. Agar Allah Azzawajalla memanjangkan jodoh yang ada. iDAN)

Wallahu a'lam.... Yang tak bernama,

Wakil Isteri..

Sa Re Ga Ma Pa L'il Champs (Singgahsana)

Sesekali melayan keriangan anak-anak kecil dalam rancangan Sa Re Ga Ma Pa L'il Champs ini memang mengasyikkan. Ada beberapa peserta yang dapat mencuit hati kita. Bukan lantaran lagunya tetapi syok tenguk keletah mereka.

Antaranya ialah Swarit Shukl. Tenguk dia menyanyi tak kisah lagu apa, memang terhibur. Memang Swarit punyai bakat besar.
Tenguk pula keletah pengecaranya si Afsha. Aku tak faham cakapnya pun sudah seronoh. Mungkin kerana aku tak punya anak perempuan. Genitlah amat tetapi amat petah bercakap.
Itu yang pakai baju pengantin putih si Afsha.
Tak kurang kurang menarik ada beberapa lagi penyanyi yang bertanding
seperti gadis kecil ini. Shreyasi & Prateeksha.

Shreyasi jika menyanyi memang sungguh-sungguh. Prateeksha pula jika menyanyi nampak selamba sahaja tetapi sedap amat suaranya.
Semua ini dapat kita tonton di Zee hari Sabtu & Ahad. Sekitar 7:00 malam hingga 9:00 malam.

Boleh Klik sini jika talian internet anda okey!
Ada beberapa video klip disediakan.

Sila Klik Swarit nanyi..!
1. Ini antara lagu
Swarit yang sedap didengar lagu sedih tapi lekat di hati
Ini pula lagu Swarit di YouTube perlahan tapi okey

2. Lagi Lagu Dhan Te Nan dari Filem Kaminey rancak kelakar.
Lagu Dhan Te Nan di YouTube
di YouTube

3. Swarit diarak meriah di kampungnya seharusnya kita juga boleh buat rancangan bakat kanak-kanak begini!.

4.
Shreyasi nyanyi lagu lama zaman aku kecik-kecik dulu... lentok leleh!

5. Shreyasi nyanyi lagu rancak suaranya okey... lunak, halus & klasik.

Klik-kliklah memang sesekali syok juga layan lagu hindi ini.

Cinta Terlarang 4.. Wakil Isteri 2 & Kenapa suami curang (Singgahsana)

Tanpa Nama Wakil isteri 2 berkata...

Salam Abang Idan dan sahabat di sini..
Saya ingin perkenalkan diri sebagai Wakil Isteri 2.

Kisah saya juga hampir sama dengan Wakil Isteri yang pertama.

Berkahwin tanpa rasa kasih mahupun cinta. Sebelum bertunang lagi telah mula rasa tiada keserasian mahupun kesefahaman. Tiada cinta, sayang mahu pun suka. Tetapi hanya kerana keluarga telah tahu saya berkawan dengan dia.. maka diteruskan sahaja. Dan bila berlakunya akad nikah... maka memang benarlah jodoh itu yang ditentukan oleh Tuhan.

Perkahwinan yang tidak pernah sedikit pun membahagiakan. Penuh kata-kata yang menikam jiwa, herdikan, diabaikan, sering ditinggalkan umpama tiada harga. Saya dilayan umpama pekerja dalam rumahtangga.

Tidak pernah langsung diri ini merasa menjadi isteri. Malah hampir semua perkara diuruskan sendiri. Saya membina kekuatan diri..terpaksa berdikari. Saya bertahan... dan terus bertahan.

Perbalahan demi perbalahan berlaku dalam 10 tahun ini. Ditolak, dihina, dikata pelabagai. Jiwa amat terseksa. Kasihan anak yang melihat dan mendengar setiap hari.

Kini.. setelah bertahun-tahun bertahan dan berfikir.. saya mengambil keputusan, berpisah mungkin jalan terbaik. Bila diberitahu pada suami.. ia mengamuk lagi dan lagi. Hanya dalam bulan Ramadhan ini suami mula menerima hakikat yang pekerja rumahtangga ini sudah nekad mahu berhenti.

Bagi saya.. Syurga masih di bawah kaki ibu.. kerana hanya ibu dan ayah yang benar-benar mengasihi dan memahami penderitaan ini.

Wakil isteri 2

iDAN menulis...

Salam buat Wakil Isteri 2

Saya pernah berbual dengan seorang yang pangkat Atok bagi saya, Dia kata..

"iDAN kalau nak buat rumah, pergi dulu ke tapak itu. Berdiri di sana & rasakan dalam hati ... Apakah tapak itu sesuai didirikan rumah.." Kira macam bertafakur kejaplah.

Masa saya nak beli rumah di Jenaris pun saya buat begitu. Saya berdiri di Lot rumah yang mahu dibeli & rasakan suasananya. Kebetulan ketika itu ada angin sepoi-sepoi bahasa berhembus. Saya rasakan di hati. Saya rasa memang boleh tinggal di sini biar pun tak seindah mana permandangannya. Sebab tanah rumah saya ini agak lembah, padang tinggi dari rumah.

"Begitu juga kalau nak kawin!, jumpa dulu dengan perempuan itu, tenguk wajah & peribadinya. Kalau rasa hati itu sejuk sahaja... teruskanlah niat itu!"

Emmm! kita ini degil sebab cinta itu memang buta. Belum kawin sudah terasa serba tak kena. Nak juga. Tapi tak apalah, masalah orang berkahwin itu ada sesetengahnya sama sahaja. Masa bertunang kita telah tahu tetapi ikutkan juga jodoh yang Tuhan berikan. Berserah.

Keserasian itu memang sukar tetapi langkah awal kita tahu telah timbul masalah... atau bintang tak serupa... terkadang membuatkan kita lebih bersedia. Perselisihan faham dalam rumah tangga memang orang kata asam garam tetapi kalau terlampau kerap malahan sampai memaki hamun, pukul memukul, menghina sebagainya memang ianya satu penderaan buat isteri.

Suami di luar sana kena mengawal sifat angkuh@ego ini. Mana ada rumah tangga bahagia jika isterinya dicela hina begitu. Maka itu kepada mereka yang tengah asyik bercinta memang ada baiknya sesekali pergilah bertandang ke rumah bakal mertua. Tenguk bergaulan mereka. Adakah keluarga bakal mertua ini berhubung dengan baik. Ayahnya garangkah, emaknya suka nada suara bagaimana.

Nada suara ini perbagai. Suara bibir, suara tekak, suara dada, suara perut. Kita lihat kaum india bercakap selalu pakai suara apa?... Bibir & tekak kan?. Jadi jangan hairan kalau keluarga isteri kita jenis ini jangan ambil hati isteri kita pun cakapnya kasar. Pasti terbawa-bawa. Membeber bertekak tak habis sudah itu memang asal kejadian dia... tapi kalau masih bercinta belum bertunang nak patah balik, okey!; buatlah keputusan sewajarnya.

Seyogia saya sendiri orang Melayu jati darah Minang & Arab, bercakap berlagu, Emak saya punyalah baik orang. Tak pandai marah. Ayah pula selalu cakap dari dada & perut, bukanlah sebab perutnya boroi tetapi memang berbahasa maklumlah ayah saya kawin tiga mesti pandai mengatur ayat & kata-kata.

Jangan marah jika orang Melaka, memang lazimnya mereka ini suka lepaskan sahaja bila berbahasa. Eris kawan saya itu terkadang dia tak kawal juga bahasanya, bergurau macam sungguh-sungguh. Memang terkadang melampau tapi fikirkan dia memang orang Melaka kita akan mudah memaafkan dia. Tak semua orang Melaka macam itu. Hang Tuah bukankah amat taat setia. Petah berbahasa tersusun indah & sopan santun belaka.

Isunya tadi Sdr Wakil Isteri 2 cuba cari sesuatu penyebab kenapa boleh terusan maafkan suami itu. Huh! 10 tahun memang lama. Tapi itulah hakikatnya, jika isteri atau suami kita kasar kita andaikan ini bukan dirinya kita katakan dalam hati. Jangan sebut pada dia..

"Agaknya sakit membeber ini jangkit emak dia kuat membeber kut!.." Terpaksa buat macam itu untuk kita nak sayangkan semula pada dia.

Kalau dia pukul pun macam itu. Ngaku saja kita salah, biar pun kita tahu kita di pihak benar. Tak ada ruginya. Saya pun pernah kena baling dengan beg.. terlepok kena muka.. berpinau!!!, Adoi! sakit amat, lebam pulak tu!.. Masa itu saya tengah gila ngejar janda anak dua pakai susuk. Saya lari masuk bilik kunci cepat-cepat. Fikir-fikir salah siapa?. Yang gatal nak kejar janda sebab apa?. Kalau mampu kaya raya, duit tak tahu nak buat apa... lainlah. Ceritera dedulu.

Jika isteri ini tidak pernah menjawab, terima seadanya sahaja, tekun, taat, ringan tangan buat kerja rumah, taat ibadah, pandai memasak, pandai memujuk suami, senyum memanjang, sayang amat anak-anak, tak berkira, iyerlah yang baik belaka. Suami masih garang atau minta lebih-lebihkah?.

Bunyinya senang. Nak buat memang payah. Saya fahami masalah perempuan berkerja, penat kerja satu hal, kalau memandu sendiri sangkut berjam-jam di jalan satu hal, balik rumah nak masak, nak layan anak memang penat. Suami pula biasalah. Orang rumah saya kata membesarkan perut!.

Di sini letaknya telak ansur. Suami yang baik, tak pandai memasak dia akan basuh pinggan, tak pandai basuh pinggan, dia sidai kain, malu sidai kain, sapu-sapu buang-buanglah habuk dekat rumah itu. Itu seharusnya.

Saya sudah tulis di bualan dengan Sdr Wakil Isteri. Memang lelaki rasa tercabar amat bila isteri minta berpisah. Pesan dari THR bergaduh jangan sesekali sebut berpisah. Memang bahaya. Suami akan tetiba jadi Singa Garang, macam Beruang sakit gigi bila isteri minta diceraikan. Lagipun jika masih ada sisa kesabaran kembalilah ke alam rumah tangga. Sabarlah di sana nanti pasti Sdr Wakil Isteri 2 akan pasti dapat suami terbaik. Jika 10 tahun boleh bersabar kenapa tidak terus bersabar. Tak salah kita terus mengimpikan harapan, biar pun harapan itu terkadang sukar dicapai.

Saya sendiri pun telah bergelut dengan segala pergolakan rumah tangga lebih dari 20 tahun. Tup tup dah tua. Saya bernikah sejak tahun 82 lagi. Berapa lama tu?.

Sabar..! sabar tak tahulah sampai bila mahu bersabar.

Sdr Wakil Isteri 2, jika ekonomi memang telah kukuh, anak-anak juga boleh diharap bakal membantu, langkah berhenti kerja memang bagus, jika sebaliknya elok ditimbangtara semula. Baru 10 tahun Sdr berumah tangga mungkin masih berumur awal 40an. Takutnya berpisah lantaran himpitan ekonomi lagi parah nanti. Terpaksa jaga anak & kerja semula. Boleh berhenti kerja tapi pastikan ada bekalan diri. Berbincanglah baik-baik dengan suami. Jika dia memang mampu menganggung segala belanja rumah & hutang piutang serta mengizinkan berhenti teruskanlah niat itu. Jika keputusan sendiri pastikan bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Zaman sekarang telah berbeda, kebanyakan rumah tangga mesti ada dua nafkah pencarian, terutama orang seperti saya pekerja sokongan. Kalau isteri tidak berkerja terpaksa suami mencari kerja sampingan, jika kami makan gaji serendah ini memang terpaksa begitu. Berbeda dengan golongan atasan yang bergaji tinggi atau mereka yang kerja sendiri, berniaga & sebagainya. Golongan pekerja sendiri ramai yang kukuh ekonominya berbanding pekerja bawahan atau sokongan yang makan gaji.

Kaum suami pun ada terdera sebenarnya, apatah lagi jika isteri berstatus lebih tinggi. Amat payah sang Suami menghilangkan rasa rendah diri. Apatah lagi jika isteri ini ego & tidak menghormati suami. Isu ini sengaja tidak dibangkitkan sebabnya selalu semua pihak akan menuding jari ke arah suami. Suami sebagai ketua keluarga kena pandai-pandailah mencorak keluarganya. Isteri pula selalu tidak sedar lantaran merasakan dia boleh hidup berdikari. Segala kemungkinan dia tegar menghadapinya.

Tidak dinafikan ibulah segalanya, syurga di bawah kakinya. Apa keadaan sekali pun Sdr Wakil Isteri 2 kenalah menjaga sebaiknya cahayamata yang ada. Jangan jadikan mereka mangsa perbalahan kita. Kita boleh menang dengan hati kita, anak-anak bagaimana. Jodoh zaman sekarang memang rapuh tetapi apakah penghujungnya. Silap langkah kita akan amat naif & malu ketemu Allah Nan Maha Mengasihi kita nanti. iDAN
Tanpa Nama Apokalips berkata...

Kasih lelaki seluas lautan? Saya kira wajar dikaitkan isu ini di sini.

Saya bersimpati dan sayu dengan pelbagai kisah isteri-isteri yang terabai dan tidak dihargai. Itu penyebab kami-kami (sekadar mewakili semua) ini mudah tersentuh hati bila ada yang sudi memberi sedikit kasih dan perhatian. Bersebab mengapa isteri-isteri ini terjebak dengan cinta terlarang sebegini.

Bagaimana pula sang suami? Benarkah kasih lelaki seluas lautan... maka boleh dikongsi bersama isteri, keluarga dan mereka yang memerlukan? Ini kata seorang sahabat yang terjebak dalam cinta selain dari isteri. Adakah itu penyebab suami boleh berlaku curang... jika tidak curang dalam perbuatan pun... tetapi curang hati dan zina perkataan.

Bagaimana iyer tentang ini?
Mungkinkah perlukan satu lagi topik baru di sini?

Sekadar untuk berdiskusi..


Saya buka topik ini untuk kita perkatakan bersama...!

Mila balik Meru hari ini, katanya nak buat Rempeyek dengan adiknya Alang nak jual di ofis.

Melati Merah

Salam Sdr Idan,

Ceritera tentang kisah rumahtangga dan orang ketiga ni sememangnya begitu sensitif terutama sekali bagi kaum Hawa. Mengapa mereka sanggup melukakan kaum sejenis mereka sendiri? Mementingkan nafsu dan ghairah sendiri tanpa menggunakan kewarasan akal pemberian Ilahi maupun sedikit keimanan di hati. Tidaklah saya menafikan hak kaum Adam yang dibenarkan berpoligami. Itupun bergantung kepada sebab-sebab yang munasabah.

Saya sendiri masih tidak faham sehingga kini apa ada dalam fikiran kaum Adam. Dalam kes Maizawati dan Waheeda, mereka punya rupa dan kelebihan. Maizawati telah menyatakan kesudian untuk menerima Waheeda sebagai madunya. Justeru kenapa pula timbul masalah hingga bercerai? Akhirnya kaum Hawa juga yang teraniaya. Bagaimana dengan kaum Adam?

Kasih Adam seluas lautan ..
kasih Hawa seluas kayangan (satu persoalan)

iDAN Menulis

Sdr Melati Merah

Kasih Adam seluas lautan.

Tak semua bermadu itu gagal. Contoh terdekat; Arwah Apak antara seorang suami yang berjaya. Hingga akhir hayat Apak sangat menjaga hubungan kekeluargaannya. Arwah Emak baik dengan madu keduanya Cik Peah cuma tak semesra mana dengan Wan Bi. (Opah si AC Mizal). Tapi mereka kekal hidup bermadu bersama hingga akhir hayat. (Cik Peah yang ligat sikit, dia nikah lelaki lain setelah Apak tiada lagi, dengan Apak pun suaminya ketiga.)

Kasih arwah Apak tehadap arwah Emak tidak pernah surut. Dari tangisannya ketika pemergian Emak memang saya dapat rasakan memang kasih seorang lelaki seluas lautan. Bagaimana arwah Apak boleh mengasihi semua isterinya setulen itu saya memang payah mengerti.

Selepas Emak pergi, Apak pula pula nazak di rumah AC Mizal, masa itu dia datang ziarahi rumah Yoep Zaini (Ayah si AC) di KL ini. Sekitar Cheras. Apak meninggal di Hospital Besar KL. Wan Bi@Opah Bi menangis bagaikan kanak-kanak meratapi pemergian arwah Apak. Cinta mereka tak pernah susut hingga ke akhir hayat. Opah Bi setia dengan cintanya. Saya memang amat menghormati akan sikap & tanggungjawab Apak. Terkilan memanglah ada lantaran permergian Emak yang mengejut tak siapa mengadapnya. Sendirian di rumah, anak-anak semua merantau, Saya di jepun ketika itu. Apak pula bukan giliran berada di rumah Emak. Tak tahu bila ketikanya Emak menghembus nafas terakhirnya. Nasi ditanak rentong hangus.

Itu antara musibah berpoligami, masa bersama isteri terpaksa dibahagi-bahagi.

Kes Ustaz Akhil Hayy:

Secara peribadi Saya lebih suka dia berpoligami, jangan ceraikan Maizawati. Rasanya sebagai seorang ustaz pasti dia mampu & penuh tanggungjawab. Sebab agama mengizinkan berpoligami. Kita tak tahu ceritera yang sebenarnya, apakah Waheeda yang memberi syarat atau Maizawati yang mendesak. Khabar dari akhbar payah kita mahu percaya. Namun di satu sudut Maizawati memang pernah menjanda, jadi mungkin dia tak terasa sangat stresnya perpisahan kali kedua. Cumanya kita yang mendengar perkhabaran mereka sekadar dapat mendoakan agar masing-masing mereka akan bahagia. Maizawati pun ada rupa, muda lagi, rasanya mungkin akan ketemu jodoh yang lain. Dunia artis memang begitu. Sudah jenuh kita dengar mereka asyik bercerai berai. Tak sama macam kita. Pun jangan kita ikut cara mereka.

Tak sukalah cerita keruntuhan ini. Penat. Allah SWT amat murka jika hambanya bercerai; & kita pula asyik memikirkan perkara negatif ini. Nanti syaitan akan bersarang di dada. Mulut terlepas cakap benda bebenda negatif ini terhadap pasangan kita. Anak-anak yang menjadi mangsa. Tak memberi makna. Hidup kena diteruskan jua. Usia pun akan berkurang tidak pernah bertambah. Seharusnya lagi kita tua lagi kita kurang bebanan fikiran begini. Hidup amat sementara. Nikmatilah hidup ini sebaiknya.

Kasih Hawa biarlah menjadi nyata.