iDAN

03 September 2010

Muzik (Hiburan Singghsana)

Bilamana aku pasang Klasik Nasional boleh dikatakan semua keluarga tak suka tapi masih bertahan mahu jua dengar lagi di saluran Klasik tersebut; tapi yang pasti Azim akan buka Pemain MP3 & leka dengan muziknya sendiri. Aziq telah kehilangan Pemain MP3nya dirampas oleh warden asrama. Anif mahu tak mahu dengarlah juga; Ibunya mengelamun & main SMS.

Bilamana aku buka Asyik FM, habis semua akan mengeluh paling tak tahan ibunya akan tutupkan radio maka mengelamunlah aku sepanjang perjalanan jangan harap nak pasang MP3 Modulator milikku yang sarat dengan lagu lama & lagu Hindi nanti semua naik angin. Asyik FM sebenarnya banyak memutarkan lagu Orang Asli nan paling sedap di dunia hanya menggunakan gendang & suara, mantap sungguh mengasyikkan.

Bagiku muzik sekadar halua telinga; jika mengikut hukum hakam Islam memang jelas muzik hanya melekakan; malahan sering kita terbaca tak boleh main muzik bertali pun seruling segala; haram. Yang nyata di mana jua kita berada pasti terdengar bunyi muzik ini. Malahan lagu Negaraku jua akan terdapat bunyian muzik bertali ini.

Jika kita menonton TV dengarlah betul-betul; iklan jua ada bunyi muzik bertali atau seruling. Cumanya upacara kematian kita sahaja tiada tiupan terompet bagaikan mengarak kematian kaum cina ke tanah perkuburan.

Isunya bukan masalah hukum hakam tetapi aku ingin menyatakan biar apapun tangkapan agama tentang muzik, namun industri muzik terusan berkembang & pendengarnya memang amat ramai.

Malahan di zaman kini masalah haram alatan muzik kian dipersoalkan; malahan kumpulan nasyid pun menggunakan segala alat muzik; Ianya bukan muzik melekakan tetapi dakwah & cuba mendekatkan diri pendengar dengan Allah nan Esa.

Timbul pula masalah perempuan yang nyata di dalam Islam suara perempuan itu jua aurat. Di zaman kini seantero dunia kita telah menjadikan perempuan sebagai DJ atau Guru malahan Pendakwah Agama. Dah makin ramai jadi Penyanyi & main alat muzik. Jadi aku sendiri tak nampak hujung atau titiknya masalah auratnya suara perempuan ini.

Pastinya ramai kalangan kita mengambil jalan tengah menganggap asalkan muzik itu tidak melekakan maka kita terima seadanya.

Cubalah anda bayangkan menyambut Hari Raya begini tanpa lagu hari raya diputarkan; rasanya anda akan tak perasan un esok nak hari hari. Apatah lagi anda seorang yang ponteng puasa.

Ulasan dari internet tentang Muzik

Hukum perempuan main alat muzik bertali

Assalamualaikum Warahmatullah.

Persoalan berkaitan hukum bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian;
Pertama:Hukum alat muzik bertali
Kedua:Hukum perempuan bermain alat muzik.

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa halal menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menyokong pendapat ini seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Kedua;

Berkaitan dengan perempuan memainkan alat muzik tersebut. Jika kita mengikut pandangan ulama yang mengharuskan penggunaan alat muzik bertali maka perempuan juga boleh memainkan alat tersebut. Persoalan yang timbul ialah di mana ia memainkannya dan keadaan bagaimana ia memainkannya?Jika ia memainkan alat tersebut di hadapan lelaki yang ajnabi dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan nafsu syahwat pasti ianya diharamkan. Pengharaman bukan kerana alat muzik tetapi disebabkan cara dan keadaan si pemainnya.

Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.

http://munabaiseem.blogspot.com/

Cumanya aku tertarik akan genre muzik yang dipasarkan sejak setahun lalu. Apakah anda pernah dengar BollyRock. Carilah di pasaran lagu ini.

Di laman sesawang mungkin anda sering ke URL ini www.4share.com, tak perlu menjadi ahli anda boleh muatturun pelbagai muzik dan pelbagai format fail muzik. MP3 selalunya amat sedap & sering mendapat tempat di pendengaran peminat muzik.

Antara lagu menariknya Jauh, Ingin Bersua & Maafkanlah. Teringat lagu lama tetapi Kristal telah merockkan ia dengan ala BollyRock. Sedap lagunya!.


Lagu Raya pula yang menambat hatiku; semua lagu P. Ramlee & Saloma. Lagu Sudirman & Yang lain itu pastinya DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Siti & Sharifah Aini. Agak Unik S. Jibeng Musafir di Aidil Fitri.

02 September 2010

Warkah buat YB 2 (Singgahsana)

Seringkah anda ke sini; apakah anda tidak rasa parkir segala amat mahal di sini; nak makan pun semuanya setaraf KFC & McD; tak main lah Bakso macam bibit di Jenaris ini.

Aku lebih suka blog dari FB, rasa ada kebebasan & senang melahirkan pendapat tanpa banyak gangguan di blog. Terlalu banyak menu di FB buat kita keliru. Maka aku cuba seimbangkan semula sejak aku klik FB aku rasa ketinggalan banyak terutama blog Bro Maz; yg sering aku klik; blog YB pun lama amat aku tak klik. Malahan blog aku ini pun semakin hambar.

Kampung YB di pinggir Tg Malim itu memang damai; siapa tak teruja ke sana; selain Bro Maz, adik VIC pun kalau ke kampung sana asyik hilang merendam di jeram.

Bedanya kampung YB di sana ada Jeram di Kampung aku pula banyak Tapak Lombong. Jika dijaga tapak lombong ini aku pasti ianya amat damai. Masalah memerang & ular liar itu memang biasa. Paling aku bungkam sekarang masalah curi Pasir; aku harap orang kerajaan nan baca nota ini dapat bertindak; apa jadi Mukim Teja kini. Masalah pasir di Mukim Teja apakah terkawal?.

Masalah agama di kampung memang kritikal; kampung aku okey sebab ada kumpulan bekas orang al-Arkam berpindah ke pinggir kampungku. Mereka ini boleh diharap suka memeriahkan masjid, lagi pun bebaru ini aku balik; telah ada imam muda; Imam Bidin yang sering mencurahkan ilmu pada anak muda; cumanya aku tak pasti dua fahaman politik yang amat rumit. Amat bergolak di kampungku yang membuatkan kekuatan ukhuwah itu longgar.

Kedai arwah apakku yang telah menjadi Markas PAS pastinya menjadi petanda orang BN pandang serong padaku; sedangkan itu kerja sepupu arwah Opah Bi.

Bagiku politik aku amat terbuka; baik BN atau PR adalah parti yang berdaftar; malahan bila aku kaji sejarah aku hormati fahaman komunis mereka menolak kemerdekaan sebab kita tidak merdeka sepenuhnya. Mereka terus berjuang kita menjadi mangsa yang tersepit dicelah jajahan British sebenarnya.

Terutama perundangan kita masih berkhiblatkan barat biar pun merdeka; pemimpin fahaman komunis tak terima semua itu. Maka itu tertubuhnya Parti Komunis Malaysia (PKM) tetapi BN tidak terima. Hinggalah PKM ini meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 setelah berjuang selama 41 tahun sejak diasaskan pada tahun 1930.

Kita merdeka pun bersyarat, aku yakin kita masih tiadak merdeka kalau dalam pakatan kita dengan British mahukan perundangan Islam. Aku tak pasti kenapa arwah Pak Saudaraku Dr. Burhanuddin Al-Helmy amat ditentangi BN bila aku kaji perjuangan arwah, jelas beliau tidak pernah bermusuhan dengan BN tetapi dia lebih menentang ideoloji penjajah. Beliau amat cintakan Islam; tak pasti Islam bagaimana yang BN tentangi. Apakah mereka yang haluan kiri itu adalah musuh negara!?.


Darah yang mengalir di tubuh ini dari keturunan yang sama hingga kini masih aku impikan negara ini milik mutlak bangsa Melayu yang asalnya nama Tanah Melayu; Padanlah Allahyarham amat menentang penubuhan Malaysia 1963. Natijah kita hilang nama Tanah Melayu; sering kaum lain telah berani usik kedaulatan Sultan & hak istana kita.

Agar bangsaku tidak terus ketinggalan. Sedih amat masalah ekonomi negara ini masih dikekang kaum lain. Kita cuma ada politik & Agong yang masih bertahan. Bancian penduduk terkini aku bagaikan terasa-rasa kita telah hilang majoriti. Tenguk kaum lain datang serbu negara kita bagaikan terasa kita makin terpinggir.

Bila kita pakai kapcai di jalanan kaum lain mendesah laju dengan BMWnya sambil menyimbah air lopak ke diri kita; apakah tidak terasa amat naif kita kini. Samalahlah kalau kita beli BMW siapa yang mendapat untung; kita berhutang & terusan memperkayakan tauke orang asing di negara sendiri.

Baik BN & PR masing-masing belum pun tamat perjuangannya. Yang pasti BN telah diberikan laluan terlalu lama memerintah; hinggakan minda kita jumud. Masalah korapsi atau rasuah tak pernah surutnya. Arus perubahan tak semestinya akan menjadi kita muflis; Kerajaan sekarang terlalu takut jatuh kuasa maka mana erti kebebasan & kemerdekaan kita. Sering kita ditakut-takutkan dengan kemiskinan sedangkan harta negara masih tidak diagihkan secara jujur & saksama. Tau-tau saudara mara pemimpin kita tersinarai antara orang terkaya di negara kita.

(Bila menulis begini risau amat hati takut orang ketuk pintu & pelbagai akta disabitkan ke arah kita, maka titiklah soal ini. Pilihan Raya akan menentukan segala; cumanya kesedaran itu di mana?)

Senyap-senyap kita tak ke mana; YB mungkin dapat hak YB tapi orang macam aku ini tenguklah sampai bersara; aku tidak semewah mana pun malahan aku jadi mainan orang yang tamak harta & ilmu yang mereka dapati terusan menindas golongan buruh seperti aku.

Harta dunia memang tak ke mana tetapi perlu diingat tanpa harta kita boleh merana. Nak beribadah pun terhalang jika tidak ada kemampuan. Pergi naik Haji jangan mimpi nak ikut pakej swasta; ikut Tabung Haji pun belanjanya bukan sedikit.

Maka itu aku lari sejenak dari dunia kerahan buruh paksaan untuk menjadi Penyair. Penyair jua hidup tak ke mana. tapi aku petah berbicara. Sakit kronikku aku pun semakin reda. Stres amat duduk dalam kelompok cediakawan yang tamak harta dunia di universiti sana.

Sila baca artikel ini

Fitnah
rujukan
Teoh Beng Hock
1963
Sejarah Malaysia
Pantai

31 Ogos 2010

Warkah dari YB (Singgahsana)

YB berkata...Salam Dan,

Aku dah kaji bab bil elektrik ni. Kau pun paham aku org elektrik sebab itu sensitif dgnnya.

Banyak blog dah merungut bab ni. Tapi dasar telinga kembang lagi tebal memang tak ambil pusing hal pening orang. Bil jadi tinggi sebab bacaan bulan tu diambil bacaan dalam 2 bulan mulai bulan lepasnya. Waima bulan lepas punya kita dah bayar, iyer mereka akan tolak semula jumlah duit yang bulan lepas tu tetapi kesannya kepada kadar seunit yang kita perlu bayar. Kan kita bayar by blok. Blok pertama kadarnya rendah. Blok ke2 kadarnya naik sikit dan begitu seterusnya. Itu punca bil kita tinggi samalah dengan tarifnya naik. Kau boleh cari guna Pakcik Google isu ni.

Ada ungkapan menyatakan kalau kita nak berjaya kita kena hijrah. Nabi pun hijrah juga. Yang penting hijrah kita dari keikhlasan hati semata-mata kerana Allah SWT. Sukar nak buat tapi mudah nak dikata. Nak meninggalkan tempat cari makan kita, tempat permainan kita, tempat jatuh naik kita memang tidak semudah dikata, tetapi jika kita nekad bermakna ada sesuatu yg mengecewakan kita.

Kau pun tahu Abg Mad dah hijrah ke Seri Iskandar. Aku rasa Tuhan lahirkan saudara utk aku di sini. Kau pun tahu aku org Tg Malim. Aku tak sangka dia buat keputusan pindah ke sini. Aku jumpa dia nampak ceria maknanya dia bahagialah tu.

Aku harap usaha kau berjaya Dan. Jgn kita mati dalam hajat tak kesampaian. Orang kata mati celik. Tapi mati celik pun org kata tanda baik pada kematian selain dahi berpeluh. Tanah kuburpun di kampung luas lagi. Kita wasiat saja kat waris tang mana kita minat. Tapi ketentuan segalanya atas Allah SWT.

Apapun hablumminallah dan hablumminannas perlu dijaga baik. Tiada guna kejayaan kita capai atas sakitnya sedara kita. Wallahualam bi shawab...

Rakan dari Kampung.


Sukanya aku dapat berkomen yang panjang dari YB, aku sering jua kontak YB melalui talian bebas tol ke ofisnya; namun YB sering kerja luar. Lapi pun terkadang aku terfikir jua aku ini asyik banyak bercakap; berbual di talian telefon takkan puas kalau cuma 15 minit. Mungkin aku menganggu & YB tahu masa senggangku sekitar petang jam 3:00 maka dia tak angkat. Sibuknya tentunya. Sebenarnya aku sungguh rindu nak berbual panjang dengan YB.

Aku memang perasan, tarif bil elektrik ada yang tak kena; sebaiknya jika mahu lewat@lama datang buat bacaan rendahkan tarif bil jika banyal blok; untunglah kita. Jangan pula jadi sebulan dua kali datang bilnya pula. Jika TNB nak cepat kaya begitulah jadinya.

Yang aku nampak jalan terbaik seragamkan sahaja tarifnya, tak kira berapa blok kita guna; maka tak ada siapa dakwa-dakwi. Itu yang aku angin dua bulan lalu; mana ada aku gunapakai sampai sekitar 1,500 Kwh. Gila ke apa Anggaran Bil sebegini. Adik VIC pun bersungut bab ini; bukanlah kita berkira sangat tapi cara begitu sama sahaja satu penipuan atau adanya ketidakadilan. Sedangkan orang seperti aku yang telah bersara; mana ada kenaikan gaji lagi. Maka tak seimbanglah jika bil naik dari sekitar RM150 menjadi RM300.

Ditolak pada bulan seterusnya pun masih rugi; bulan lalu masih RM190 bil biasa. Sebabnya Bil Anggaran dua bulan lalu itu memang tak kena pada waktu & ketikanya. Sudahlah gawat nak sambut Ramadan & persiapan hari raya. TNB telah senang-senang merompak banyak duit rakyat tanpa sedar. Jika sebuah rumah TNB untung RM1 dalam hal Bil Anggaran & bacaan sampai lebih dari sebulan lamanya. Bayangkan berapa juta rumah ada meter elektrik mereka boleh kutip duit terpijak semudah kutip daun kering sahaja.

Abg Mad; mungkin Abg Mat Lambor terlalu ramai Mohd di ofis lama kita; memang amat sesuai dia pindah di sana; kampungnya dekat, paling tidak tukar angin. paling bagus jika ada tanah untuk diusahakan; tak kisahlah nak buat Hutan Simpan seperti aku atau ladang kelapa sawit seperti YB; (Tapi aku sungguh anti pokok kelapa sawit, kalau minyak masak dari bahan lain murah aku takkan akn guna minyak sawit, atau apa jua bahan dari kelapa sawit.)

Semalam aku bual dengan rakan lama dari SMI katanya dia rajin balik ke Batu Gajah naik keretapi; masih ada tiket kelas ekonomi rupanya; KL ke Ipoh sekitar RM11 sahaja; bayangkan jika ada potongan kad pencen yang aku miliki?. Sejak duku aku telah berangan sebulan sekali dua pulang ke Jenaris dengan keretapi.

Malam tadi aku mimpi YB, aku telah pun berjumpa dengan tukang rumah; aku dah bilang dengan dia bagaimana rumah impianku; biar pun kecik tapi ada kelainan; aku suka rumah yang bumbungnya tinggi; sekarang pun jika kayu mahal kita guna kerangka besi sahaja. Jika boleh aku mahu ada cahaya masuk dari bumbung. Aku rumah ala Surau Kecil; ada cermin hiasan di puncak bumbungnya. Tak kisahlah bumbung bertingkat atau tidak.

Ingat sekitar 3 tahun simpanan pelaburan masak dapatlah mencapai impian buat teratak di kampung; Angguhnya anak tetiba ketemu jodoh; makan terpaksa ambil masa lagi.

Seyogia hati memang di sana, di kampung halaman.

26 Ogos 2010

Warkah buat YB (Singgahsana)

Damainya kampungku
Blogger YB berkata...

Salam iDAN Rumah lama tu dah siap kah? Kalau dah siap pujuklah mak andeh kau tu yg kau nak bersuluk di kampung. Dia masih bertenaga lagi menyumbang perkhidmatannya, maka beri laluan saja.

Apapun hidup di kampung tak seindah zaman dedulu. Tak jauh juga beza dgn di bandar. Barang Naik memang menyusahkan tak kira di bandar maupun di desa. Kadar api di kampung sama saja. Kadar air di kampung kau mungkin lebih mahal berbanding di Selangor. Barang Naik juga memberi kesan kepada gejala tak sihat merata-rata, rompak, ragut, zina, tah apa kejadah lagi, tidak mengecualikan di desa yang kau impikan.

Pencemaran pun tidak terkecuali di desa. Apakah sudah sahih kata lagu drpd Ebiet G Ade; Apakah alam sudah tidak mahu lagi berkawan dgn kita?

Azim suka mancing ikan Peacock bass atau ikan Raja. ☼♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦☼
iDAN berkata... (Rumah lama tu dah nak roboh ingat nak buat rumah baru di tapak yang sama tapi kena uruskan kenduri kahwin Afiz dulu. Mila pula tengah memikirkan nak PJJ lagi, nak pindah kerja di Melaka pula, aku memang tak setuju!. Kelapa sawit punya fasal Sime Darby Bhd baru mula buat kos jadi Pengurus Ladang, Mila yang terlibat sama sebab itu aku fobia tenguk pokok kelapa sawit rasa nak aku baham sahaja pokok yang matikan semua herba di hutan yang aku sayangi di bumi ini. Pokok kelapa sawait jua yang memisahkan aku & keluarga sejak dulu; dulu Mila di Pulau Carey sekarang sudah ura-ura nak ke Melaka pula)

Sahabatku YB:

Bulan lalu bil elektrik aku naik sampai RM300 lebih; Bil Anggaran... katanya (si Pembaca Meter) pintu pagar terkunci; aku tak pernah pun kunci pintu tu; cuma aku lilit dengan rantai agar tak mudah-mudah pencuri masuk dah galak kali basikal hilang tak sampai pun 3 bulan si Azim pakai.

Mungkin Pembaca Meter baru kut!. Bulanan sekitar RM150 bil elektrik di rumahku. Bila Air bulan sudah percuma sebab tak sampai pun RM10 aku gunapakai; bulan ini RM14 memang murah sebab PR kasi subsidi. Tiap bulan.

Kambing hilang pun org kampung tak kecuh

Kampung aku memang aku tahu sama jua bab pencemaran ini YB; ujung tahun lalu dari Jenaris ke Lumut@Teluk Batik, dari Teluk batik terus ke kampung halam bersama joran; impian aku nak mancing di kampung halaman tak pernah padam; 100an batu aku bersedia nak ngail. Sebelum ini ikan memang banyak di tapak lombong tu; aku demam masa tu tapi sebab umpan semua dah beli di Batu Gajah; pancing dah ketor nak dibaling. Tapi aku hampa kes orang ambik pasir; air jadi keruh; ikan entah pergi mana; umpan pun ikan tak nampak. Katanya BN kasi lesen ambik pasir. Nak buat macam mana. Tak apalah YB asalkan aku dapat duduk bawah pokok rambai pukul-pukul nyamuk; asalkan aku dapat tenguk pokok manggis milik arwah apak masih tumbuh; aku tahu pencuri ramai di kampung sebab dadah masih mengancam tapi aku tak dengar bunyi loceng India Sembahyang di kampungku, aku tak penat senyum seorang lantaran Azman jiran aku tak pernah mahu@balas senyum padaku. Aku nak buat hutan simpan YB, nak buat hutan simpan; aku benci kelapa sawit sungguh aku benci. Habis pokok sentang kena tebang sebab kelapa sawit. Tepus, cenderai & banyak pokok ulaman nak kasi kelapa sawit tumbuh... sejarah pokok sentang arwah abgku dapat anak 21...orang. Aku nak tanam pokok petai & jering; mengkudu & bebuas. Biarlah sekeliling tercemar; tapi aku nak tanah pusakaku akan terjaga. Aku nak buat kolam nak lepas bejuku yang makin besar di akuarium aku ini. Kampungku tak jauh beda kampung YB jauh terpencil bukan macam di Merulah YB. Zina & buang anak tu aku masih salahkan kita orang tua; aku buat nikah gantung anakku takut perkara zina ni pun aku difitnah teruk!. Itu kisah di kampung sana memang tak jauh beza di kota...

Anak kampung lagi handal berasmara sebab di sana lagi romantis; berjanji boleh petik pokok teratai, sambil memujuk boleh lihat belibis terbang. Sejak aku kecil lagi aku naik ralit dengar kisah asmaradana ini.

Kerbau liar banyak di kampung sana...

Aku paling angin hidup di bandar ini nak keluar pintu pagar pun satu masalah terpaksa tenguk kiri kanan; depan rumahku dah jadi jalan besar bas, lori pun lalu, jangan ceritalah entah berapa ekor kucing yang berlindung di teratakku habis kena langgar.

Lagi tambah angin, nak keluar rumah pintu pagar telah dibuka jiran sebelah boleh tutupkan balik memaksa kita keluar kenderaan & buka semula; dia buat muka selamba jauh sekali senyum terlukis di bibir nyata. Belum lagi nak elak kereta jiran yang parkir melindungi jalan ke rumah kita. Terkadang YB terpaksa tawaf separuh padang sebab tak lepas masuk ke rumah dari arah biasa. Benda remeh begini yang buat kita jadi gila.

Itu baru bab orang, bab kita pula agaknya lagi banyak benda yang jiran kita menyampah, salah satu cubalah tak berbaju keluar rumah mahu jiran lari takut tenguk perut boroi kita. Bab kucing yang berlindung di rumah kita (Bukan kucing kita pun) asyik cakar atau kencing barangan jiran kita, tahinya merata. Semua ini bikin gaduh; rasanya bab sebegini takkan ujud di kampung sana; jarang kita dengar kes ayam berak di rumah jiran jadi gaduh besar, paling tidak ayam asyik kena curi, memang biasalah zaman nakal kita dulu pun kita jua buat benda macam tu.

Bab nakal ini; aku teringat ada kawan kita boleh tangkap kambing orang, sembelih & kekah di tepi Sungai Perak. Kambing salai YB. Lagi nakal dari kita. (Masih kita tak kata curi)

24 Ogos 2010

Hanya Kapcai (Singgahsana)

Di ambang Warga Emas, meminjam kata Prof Nizam sebenarnya hanya kapcai ini banyak membantu aku untuk bergerak. Itu pun sekitar Desa Sri Jenaris, Kajang atau paling jauh ke Serdang. Selebih dari itu aku memang gementar takut kapcai WEM1960 akan sangkut di jalanan.

Kereta perangku telah masuk bulan kedua tersadai di depan teratakku lantaran baterinya telah kondem. Kena beli bateri baru barulah ianya boleh bergerak; itu pun ada masalah kepanasan enjin yang perlu dibaiki. Radiatornya kena dibersihkan karatnya & tutupnya kena diganti baru barulah ianya boleh bergerak jauh.

Antara anjuran atau panduan agama Islam : sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya ke arah kebahagiaan;

Di antara faktor-faktor lain seperti tercatat di dalam al-Quran

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita (isteri), anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali Imran, 3: 14)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Benar-benar beruntung orang yang telah memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana’ah di dalam menerima apa jua pemberian Allah terhadapnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah)

Rasulullah juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati.

“Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jua termasuk yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah
“Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, 1 – Isteri yang solehah, 2 – Rumah yang luas, 3 – Jiran tetangga yang soleh (baik), dan 4 – Kenderaan yang selesa.

Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:

1 - Isteri yang buruk akhlaknya, 2 – Jiran tetangga yang jahat, 3 - Kenderaan yang buruk, dan 4 – rumah yang sempit (tidak selesa).”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)

Hanya di hujung minggu aku dapat mengguna kenderaan milik Mila, Avanza jika dia tidak ada jadual hariannya yang ketat. Jika tidak aku akan hanya sendirian di teratak yang tidaklah terlalu agam dengan keadaan yang serba serbi sekadar mampu untuk aku berehat damai.

Maka itu aku amat rindukan kampung halaman; andai kata aku tak punya agenda & kenderaan yang selesa aku boleh saja naik basikal pergi memancing atau aku juga boleh berjalan kaki ke dusun; meneroka tanah pusaka agar menjadi hutan simpan yang sarat dengan hasil herbanya. Angan-angan ini akan kucapai sebelum aku semakin tua.

Siapa yang sudi membantu aku tentunya boleh saja memberikan dorongan atau jalan pintas agar aku akan cepat kembali ke kampung halaman.

18 Ogos 2010

Raya di Kota apa kurangnya (Singgahsana)


Jika aku diberikan pilihan pastinya aku mahu beraya di kampung halaman sendiri; Hari Raya ibarat mengembalikan kenangan lama, tak kiralah jika telah tiada ibu & ayah. Kampung halaman tempat tumpahnya darah amat damai & indah untuk dikunjungi.

Jika di kampungku meriahnya biarpun sekadar sehari dua sahaja tetapi ianya amat bererti. Paling terasa meriahnya selalunya akan bermula hari memasak lagi; kalau pun tak membakar lemang tolong emak buat kerja di dapur pun sudah cukup seronok. Selalunya emak pasti akan buat Rendang Tok, juadah untuk dicicah dengan ketupat atau lemang. Rendang Tok hanya popular di Perak. Kak Nomie selalunya akan menganyam ketupat; aku tahulah takat buat satu dua jenis ketupat, ketupat jantung & sate. Kami jarang bakar lemang, kut! sesekali raya sahaja kalau ramai berkumpul, biasanya kami buat tempahan lemang sahaja. Wan Midah antara orang yang mahir membuat lemang. Memang sedap lemangnya.

Berbuka kali terakhir sebelum raya sememangnya suasana paling meriah; sebabnya juadah sudah pasti banyak; esok sudah boleh makan siang. Biasanya selepas berbuka aku akan memasang panjut (pelita) sekeliling rumah. Memang tak sabar mendengar pengumuman berhari raya di radio atau TV. Bila telah ditetapkan esok hari raya sungguh meriah satu kampung. Bunyi meriam buluh & meriam tanah tak pernah berhenti. Biasanya aku akan bersiar sekeliling kampung untuk melihat kerdipan panjut & anak-anak bermain bunga api.



Pagi Raya setelah bersarapan di rumah, boleh dikatakan seluruh penghuni kampung akan bertumpu ke masjid untuk Sembahyang Sunat Raya. Pakaian baru & bersalam-salaman dengan orang kampung amat berserinya. Boleh dikatakan semua penduduk di kampung dikenali maka tidak terasa asing. Ukhuwah antara penduduk kampung amat terjalin intim.

Selepas Sembahyang Sunat Raya jemaah bertumpu ke Tanah Perkuburan Pedas; sebelum arwah Apak & Emak tiada aku memang pasti kekubur; menziarahi pusara dua orang Abang Kandungku & seorang Kakak Kandung yang meninggal semasa kecil. Selain itu aku rajin menebas kawasan pusaka Opah & Atokku yang aku sendiri tak pernah berjumpa mereka. Aku lahir mereka telah tiada. Biasanya akan ada majlis tahlil & selepas itu orang kampung bersedekah duit. Tabur duit siling kepada kanak-kanak yang hadir di Tanah Perkuburan Pedas sejak berzaman masih diamalkan.

Di tanah perkuburan ini jua akan mudah berjumpa kenalan yang jauh & dekat. Selalunya rakan yang telah berpindah dari kampung ketika inilah akan menjenguk kampung halaman.

Selepas menziarahi tanah perkuburan barulah ramai saudara mara, rakan & taulan bertandang dari rumah ke rumah. Suasana bertandang ini akan berterusan hinggalah raya kedua & ketiga. Kemudian akan berkurangan lantaran tak seramai mana orang kampungku. Kut! ada saudara mara dari jauh yang datang di hari-hari seterusnya.

Memang ini suasananya berhari raya di kampungku di Perak sana. Bila apak & emak telah tiada; maka aku banyak beraya di Meru. Suasananya 100% berubah.



Bagaimana pula di kota. Katakanlah di Meru; memang ini amat disukai oleh anak-anakku. Sebabnya akan banyak dapat duit raya. Di kampungku memang amat jarang tuan rumah menghulurkan duit raya kepada anak-anak. Di Meru bagaikan sudah menjadi kemestian; setakat nak dapat kumpul RM100 ke RM200 sepanjang musim raya memang tak jadi masalah. Bersembahyang Sunat Raya pula ada banyak pilihan. Aku suka ke masjid di bandar Meru; seronok suasananya dengan ramai kalangan pelbagai bangsa; Melayu, Jawa, Bangla, Indon, Pakistan & entah bangsa apa lagi. Meriah sangat lantaran kaum wanitanya pun sarat melimpah dari ruang bawah & atas. Selalunya aku akan sembahyang di tingkat atas baru nampak suasana kemeriahannya.

Mila pula selalunya takkan cukup tiga hari untuk berkunjung ke rumah saudara mara; keluar pagi balik lewat malam; memang rutin begitu. Aku sekadar pengiring lantaran tak pandai berbahasa Jawa. Juadah raya di Meru biasalah dengan Lontong, Lode, Lemang, Ketupat & kuih-muih. Biarpun dikatakan balik kampung; suasana di Meru bukan kampung lagi; sudah macam di bandar.


Aku suka ke rumah Kak Eton sebab di situlah rasa kampung sikit lantaran agak terpencil ada anak sungai, pokok durian, kandang lembu & ternakan ayam itik. Ada kera peliharaan & ikan yang dibela di dalam kolam. Rasa tak meriah raya di Meru kalau tak ke rumah Kak Eton. Samalah rumah Pak Toyo jauh di dalam ladang yang banyak ulam-ulaman nak cari bunga betik atau terkadang Kak Enum isterinya rajin tanam pokok Ulam Raja memang jarang kecewa jika mengidam ulaman.

Sebelah malam jika jadual Mila tak ketat aku suka pergi menonton sekitar bandar Klang.

Setelah selesai majlis bertandang ke rumah saudara mara Mila biasanya aku barulah bertandang rumah Yot (Abang Kandung) di Jalan Bukit Gadung Klang tak sejauh mana & rumah Kak Nomie (Abang Kandung) di Seri Gombak.

Aku pernah juga beraya di Kajang; aku suka bersembahyang raya di Masjid Penjara Sungai Jelok. Jemaahnya tak seramai mana, selepas sembahyang selalunya akan ada Jamuan Hari Raya, lepaslah jika rasa mengidam lemang & rendang. Tetapi boleh dikatakan 99% berwajah asing sebab bukan tempat orang kita kenal; maka kena bawa anak-anak jika tidak memang terasa asing amat.

Di Jenaris bukan tak ada Sembahyang Raya tetapi suasananya amat hambar; selalunya ramai sangat jemaah & tak ada pun sebarang jamuan. Tak tahulah tahun ini berubah sebab aku lihat sejak diadakan Sembahyang Jumaat nampaknya Surau Jenaris makin kaya raya semakin kerap diubahsuai bangunannya; tenguk pagarnya pun aku lihat telah mengalahkan surau malahan masjid di kampung-kampung.

Selamat Hari Raya dari aku sekeluarga buat saudara mara, rakan & taulan; pun buat pengunjung setia blog ini. Maaf zahir & batin.

Penatnya (Delima Merkah)




penantian jua satu yang melugukan...

15 Ogos 2010

MMms 28: Karya Penyair iDANRADZi tidak difahami (Singgahsana)


Bebaru ini sengaja aku gatal tangan hantar catatanku MMms ke situs Penulisan2u.my . Hanya sebahagian sahaja catatan yang kuhantar jadi bagi mereka yang tak pernah klik blog aku sejak dahulu memang tak akan dapat memahami asal kesakitan. Malahan jauh sekali memahami bagaimana sukarnya bila diri dilanda sakit kronik. Keperluan rawatan sebaiknya buat seorang Pesakit Kronik

Niat aku menulis sekadar menbedakan layanan antara beberapa hospital yang aku menjalani rawatan. Bukan mahu membanding atau mengaibkan mana-mana pihak, bagiku jika ada organisasi yang baik di segi layanan serta perkhidmatan nan cemerlang; apalah salahnya kita ambil sebagai contoh & baiki perkhidmatan kita yang memang amat naif. Apakah kita mahu berada di zon darurat serta terusan mendapat khidmat paling huru-hara & ubatan yang paling rendah mutunya.

Bila aku nampak perkara yang semestinya kita ambil iktibar, rasanya tak salah kalau kita cuba jadikan ianya satu catatan tak kiralah sebagai satu aduan, cerpen, forum, jurnal atau genre lain & sebaiknya kita bersama mencari jalan membaiki kekurangan yang ada.

Situs Penulisan2u.my punyai pengunjung yang ramai, cepat sahaja cerpen aku di sana telah dibaca lebih dari1,000 pembaca. Maka pastilah responnya akan perbagai. Seyogia memang baik ianya diberikan komen pelbagai ragam. Lalu aku hatiku berkata terimalah seadanya, yang memahami apa yang aku sampaikan & ada yang memang kabur apatah lagi tak semua kita pernah berhadapan dengan sakit kronik ini.

Sila klik di sini jika mahu membaca Cerpen Berikan Aku Laluan kandungan selengkapnya tapi tak pernah berakhir pasti akan bersambung!. Di blog ini & blog lama aku sering mencatatkan tajuk yang aku himpunkan sebagai MMms. (Malaikat Maut mengintai selalu).

13 Ogos 2010

Rakan Karib Ujang Meninggal (Singgahsana)

Seperti tahun lalu, aku dikejutkan pemergian rakan kerja yang memang rapat denganku; aku panggil dia Ujang sahaja. Allahyarham Norazan Aziz, INSTITUT PERTANIAN TROPIKA, UPM. 54 tahun.

Arwah menemui kemalangan jalan raya di sekitar tol Sungai Balak jam 11:00 pagi. Sempat dibawa ke hospital dalam keadaan koma. Meninggal dunia di Hospital Kajang.

Motosikal arwah merempuh kenderaan dari belakang; kecederaan parah di kepala anggota badan terutama bahagian dada.

Aku baru sahaja pulang dari acara pengkebumiannya di Tanah Perkuburan Melayu Sungai Sekamat. Selamat dikebumikan sekitar 10:00 malam dengan cuaca damai & hujan renyai. Agar roh beliau aman di sana. Aku yakin beliau antara sahabatku yang amat baik, sering tersenyum & tak banyak cakap.

Tahun lalu dalam bulan puasa jua aku kehilangan rakan setaman perumahan arwah Abang Din akibat serangan jantung.

Amat sukar untuk kita mencecah usia 60an di zaman yang serba mencabar ini.

al-Fatihah...

11 Ogos 2010

Juadah Ramadan



Seekor RM14 tak besar mana pun terubuknya.

Aku mundur mandir dengan Azim di Pasar Ramadan Prima Saujana
Ikan kulit keras tu.. cengcaru bakar RM7 tak ada sambal pun dalamnya;
Ayam Golek seekor RM18, Ikan keli semuanya RM3 paling kurus punya keli; tak kiralah masak apa. Ikan kembung@ikan termenung baik goreng atau masak sambal asam semuanya RM3.

Azim pening ikut ayahnya. Akhirnya aku jumpalah cengcaru ada sambal di dalamnya RM3.50 seekor okeylah buat lauk sahur nanti; harap-harap tak basi sambal kelapanya telah aku bekukan.

Akhirnya aku terpaksa beli Nasi Ayam Dara, nampak menyelerakan; RM4.50 tak payah nak beli gulai atau sayur. Jumpa pecal RM2.50; lepaslah makan berdua.

Kira-kira lepas berbelanja habis sekitar RM40. Inilah cara hidup di kota.

Di kampung pergi tapak lombong pancing ikan talapia atau menaut haruan, berbubu ikan terboi dah selamat untuk berbuka & bersahur; sesekali beli ikan rebus, ikan bilis, ikan masin atau ayam di Simpang!. RM40 boleh jimat dua tiga hari. Pucuk paku, pucuk ubi tak siapa pun nak marah untuk dikutip.

Asifa Suriyati berkata... Kehidupan di kota... apalah sangat nilainya RM40. Harga naik melambung tak senilai dengan barangnya.

Memang benar, itu kes barang; bebaru ini Afiz anak sulung tu mengadu, katanya;

"Dulu kalau Afiz isi minyak ketika tangki kosong, RM5 boleh penuh terkadang melimpah!, sekarang RM5 tak penuh boleh tambah lagi RM1 baru penuh.."

Minyak akan lebur, jadi asap, makanan & minyak memang keperluan. Asas kita nak hidup.

Aku masih hormat mamak di Naina Maju Jenaris; masih tak naikkan nasi bungkusnya. Tetap RM4.50 tapi ayamnya memang dipotong besar, sayurnya biasalah kedai mamak; kacang panjang, kubis atau jelatah...anak-anak tak pernah habis makan sebungkus. Siap ratah ayam lagi!.

HAKIKAT IBADAH PUASA



Sabda Rasulullah SAW:

“Puasa itu separuh daripada sabar.”
(Turmizi & Ibnu Majah)

Dan baginda juga pernah bersabda:

“Sabar itu separuh daripada iman.”
(Abu Naim)

HAKIKAT IBADAH PUASA


Sabda Rasulullah SAW:

“Puasa itu separuh daripada sabar.”
(Turmizi & Ibnu Majah)

Dan baginda juga pernah bersabda:

“Sabar itu separuh daripada iman.”
(Abu Naim)

Berpandukan maksud kedua-dua hadith di atas, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa puasa itu ¼ (suku) daripada iman. Sesiapa yang tidak menunaikan puasa, bermakna dia telah kehilangan 25% daripada imannya sekalipun dia rajin melakukan ibadah-ibadah lain.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith Qudsi pula:

“Setiap perbuatan yang baik, pahalanya sepuluh kali sampai kepada tujuh ratus kali, selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku akan membalasnya.”
(Bukhari & Muslim)

Daripada hadith ini pula, fahamlah kita rupa-rupanya pahala untuk orang-orang yang berpuasa teramatlah besar. Apabila kita melakukan sesuatu amal yang baik, pahalanya terhad kepada tujuh ratus kali sahaja sedangkan untuk ibadah puasa… Allah saja yang tahu ganjarannya. Alangkah ruginya mereka yang tidak berpuasa.

Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah SWT dalam Al Quran, surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dibayar pahala mereka dengan tiada terbatas.”

Oleh kerana sabar itu separuh daripada iman, dan puasa itu pula separuh daripada sabar, maka ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah untuk orang-orang yang berpuasa adalah tidak terbatas. Alangkah pemurahnya Tuhan. Sudah sewajibnyalah kita menjadi hamba yang bersyukur.

Berikut adalah beberapa berita gembira untuk orang-orang yang berpuasa, yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadith baginda:

“Syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dinamakan Ar Rayyan yang tidak memasuki pintu itu selain daripada orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan menjumpai Allah Taala pada balasan puasanya.”
(Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan, pada hari qiamat nanti, orang-orang yang berpuasa akan melaluinya, dan dilarang masuk selain daripada mereka, dan jika mereka semua sudah masuk maka pintu itu akan ditutup.”
(Bukhari, Muslim, Turmizi & An Nasa’I)

“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya (nanti).”
(Bukhari & Muslim)

“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka terbukalah segala pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.”
(Turmizi)

“Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi…”
(Bukhari & Muslim)

Oleh itu, tidak perlulah kita bersugi kerana khuatir mulut berbau busuk lebih-lebih lagi setelah gelincir matahari, makruh hukumnya.

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti (pula) dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah telah berpuasa setahun.”
(Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dll)

Sama-samalah kita berusaha mendapatkan puasa 6 pada bulan Syawal ini.

“Barangsiapa yang bangun (beribadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Bukhari, Muslim dll)

Dalam hadith ini, Allah SWT menjanjikan pengampunan dosa-dosa yang lalu sebagai hadiah untuk orang-orang yang berpuasa dengan syarat puasanya mestilah semata-mata kerana Allah, bukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Mereka yang berpuasa kerana malu dengan jiran-jiran, kerana dipaksa oleh keluarga, kerana mengikut budaya setempat, kerana menunjukkan kealimannya dan kerana tujuan-tujuan lain yang bukan semata-mata kerana Tuhan… tidak termasuk ke dalam perjanjian ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama menanamkan rasa cinta kepada ibadah puasa dan bulan Ramadhan serta menunaikannya semata-mata Allah.

Berita gembira seterusnya, sabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di mana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
(Bukhari, Muslim dll)

Bagi mereka yang berpuasa sedangkan dia berada di jalan Allah seperti keluar berperang, berdakwah, menuntut ilmu dan seumpamanya, maka lebih besarlah ganjarannya sebagaimana dalam hadith di atas.

Imam Al Ghazali memasukkan dua buah lagi hadith berikut dalam kitabnya yang terkenal iaitu Ihya’ Ulumiddin:

“Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai pintu, dan pintu ibadah itu adalah puasa.”

“Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah.”

Diceritakan dalam sebuah hadith bahawa Abu Umamah r.a. pernah menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepada saya untuk melakukan suatu amalan.” Baginda bersabda: “Kerjakanlah puasa, kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya.”
(An Nasa’i & Ibnu Khuzaimah)

Amar beruntunglah orang-orang yang mengerjakan puasa sama ada yang wajib atau pun yang sunat kerana tidak ada amalan lain yang setanding dengannya.
Namun begitu, untuk mendapat semua ganjaran-ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT ini, marilah kita sama-sama menilai di manakah letaknya ibadah puasa kita memandangkan ibadah puasa itu berada pada tiga tingkat:

1. Tingkat yang bawah- puasa umum/ awam iaitu orang yang berpuasa dan menjaga daripada makan minum dan bersetubuh sahaja.

2. Tingkat sederhana- puasa khusus iaitu orang yang berpuasa itu turut menjaga telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota.

3. Tingkat tertinggi- puasa paling khusus iaitu orang yang ibadah puasanya bersangkut dengan Allah secara keseluruhannya.

Akhirnya, dengan berpuasa juga kita dapat menyekat perjalanan syaitan di dalam tubuh badan kita sebagaimana maksud hadith berikut:

“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)

Selalunya kita banyak makan dan minum, menyebabkan saluran darah kita mengembang. Saluran darah merupakan tempat syaitan-syaitan berjalan dalam tubuh kita. Apabila kita berpuasa, saluran darah itu akan mengecil menyebabkan tidak banyak syaitan yang masuk. Kalau adapun perjalanannya tidak lancar, Apabila aktivitinya tersekat, kita akan rasa lebih ringan untuk melakukan ibadah dan taat segala perintah Allah.

iDAN

10 Ogos 2010

Hikmah - Hikmah Berpuasa


Puasa dari Sudut Kesihatan

sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.

Diantara kebaikan-kebaikan puasa utnutk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi Kesegar kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
13. Puasa dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT

Penemuan Terbaru Dalam Abad Millinium

Dalam penyelidikan yang kami lakukan di kolej kami dapati penemuan yang tercanggih dalam alaf baru tahun 2000 ini ialah 'Hikmah-Hikmah Berpuasa'

Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulam Ramadan atau berpuasa sunnat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearaha kesihatan total, baik kesihatan fisikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.

Selamat Berpuasa

Daripada

Penyair iDANRADZi

Salam Ramadan (Singgahsana)


Catatan dari FB


Ramadan yang penuh berkat...
datang lagi...
kita dah mula terawih
nanti pagi kena bersahur

Penyair iDANRADZi mengucapkan
Selamat berpuasa! & berbuka nanti
ingat-ingat kami

Tetiba pula aku demam &batuk menyambut Ramadan ini.

Bila demam arwah emak selalu sediakan air selasih siap ada kembang semangkuk lagi; selera pula meragam suka yang masam-masam; arwah emak akan masakkan ikan termenung asam pedas; badan & sendi lenguh, sengal sana sini; arwah emak siap bentangkan tilam kekabu tebal rona hijau, siap pasangkan cadar & kasi selimut wangi. Air & tuala kecil... untuk tuam dahi...

Zaman sekarang ni!... kau tanggunglah sendiri iDAN.

Malam tadi batuk tak henti demam pula tak kebah-kebah; seyogia mimpi yang tidak-tidak, adoi! memang bila demam baru sedar nikmatnya bila kita sihat badan...