iDAN

01 Jun 2011

Tak ada orang mengingatkan


Cukai tanah kena bayar sebelum 31 Mei, macam manalah boleh lupa; kini terpaksa kena bayar dendanya! Tak ada orang mengingatkan!
Selalunya aku bayar melalui May Bank2U.com.my akaun Mila.
Macam itulah kalau Tuhan tu nak ambil duit kita, lupa pun menjadi penyebab.
Nilai peluka ini jadi berringgit-ringgit terbuang.
Pulak tu aku ni telah bersara tak ada rakan yang rapat & dapat bercerita dari hal
masalah tanah!. Ish!

Hutang

  • Itulah... sampai hati kan, minta tolong kawan..bila tolong, buat macamni pula. Oja jadi fobia...
  • Idan Radzi rakan abg yg kena tipu gores & menang tu lagilah sedih... macam Ulan dia hangus BELASAN ribu RM; barangannya tak sampai pun harga separuh... mudah sangat orang nak ambik duit kita pula bukan senang nak simpan duit banyak tu... macam kes Oja paling tidak tahu orang yg pinjam; kes penipuan ni entah orang dari mana... tau-tau ofisnya dah tutup...
  • Idan Radzi RM12,000 hangus barangannya entah apa-apa janji kompeni ni akan tolong jualkan kepada orang lain; keuntungan berganda... tapi dia yang kaya berganda...! tertipu kita tak pasti dapat pahala atau tidak; tapi kasi hutang insyaAllah kita akan dapat semua hak kita di sana nanti...
  • Idan Radzi perlu diingat hutang yang tak berbayar ini akan mengikat kaki kita melangkah ke Syurga... ibarat dosa kita sesama manusia kena pohon keampunan pada empunya diri; dosa kita pada Tuhan jika diterima taubat kita... akan jadi mudah perjalanan kita di sana nanti... (amat berbeda dua kesalahan ini)

Jika kita rajin menziarahi orang meninggal dunia, sebelum jenazahnya di bawa ke tanah perkiburan pasti waris akan mengucapkan masalah hutang si mati; bolehlah dituntut kepada waris yang tinggal. Jikalau tak dilunaskan hutang tersebut; pasti amat sukar perjalanan ini

30 Mei 2011

GARIS PENAMAT

RAMAI yang tak nampak
di manakah garis penamat itu
apakah jauh di hadapannya atau
ianya tanpa sedar telah pun dilalui
ketika mega senja menggamit luka.

Semalam sang hati telah pun berjanji
akan setia dalam kabus iman putih
bertasbih dengan ketuhanan sejati
amarah telah pun dicincang lumat
berbaja dengan dedebu harapan
kismis zikir manis di batini
menuntut nilai sakti Ilahi
dunia bukan milik abadi.

Kekinian jaluran pelangi meniti gerigi
dengan suram keadaan tanpa rona setia
tempias dendam & prasangka menghitam rona
tak ingat lagi mandi di telaga makna
tersasar arah tak siapa membetulkan

: Siapakah peniup wisel bak peluit
sangkakala minda yang hampa
bayangnya seiras Israfil.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

Mingguan Malaysia
29.5.11

27 Mei 2011

SMS iDAN

Jarang aku buang SMS yang aku terima, jika ada kelapangan aku suka salin ke komputer peribadi, kecuali terdesak & tak sempat nak padam kotak sms penuh.

Jarang juga aku buka talian telefon bimbitku tapi SMS tetap bersemadi di dalam kotak ingatanku. Ini antara SMS yang aku terima.

Saya pun tak dapat contact miza la paksu.. Dia off.. Habis batrri lg ke..
From BellaHudgens 2:44pm 17/5/11

Sabri dn saya bwk treler..
From ProfNidZam 7:43pm 16/5/11

Baki:RM9.24. Isian semula sbl:17-05-2011 dari: 60169094343

Aku terlekat d rmh pengantin sbb hujan lebat kat sini
From: PakWahid 1:45pm 14/5/11

Baki:RM17.76. Isian semula sbl:17-05-2011 dari: 60169094343

RQ1 SPE NIE From Deqma 7:48am 1/5/11

Hi ohm mar
Bar loat nay le
Nay kaung lar
Aloat kaung lar
From:+60163653035 9:16pm 12/2/11

Ceria panjg umur murah rezeki. Amin From: Zz 7:51am 26/1/11

SMS pada 12/2/11 itu agak pelik! pastinya dari seseorang yang sesat, kerap juga datang SMS ini mungkin ada kalangan kita faham akan erti bahasa yang tersurat lagi tersirat.

Tanda ingatan nan ikhlas dari Zz, pastinya iannya terpahat di hati sebab seawal pagi ingat akan hari kelahiranku tak siapa duga talian ukhuwah ini boleh terjalin begitu intim.

26 Mei 2011

Tak Sampai dua minggu sahaja lagi...

Tinggal tak sampai dua minggu sahaja lagi artis lawak kita dikurung di Astro Warna; nampak sangat stesen TV berbayar ini telah memplagiatkan pelawak kita demi laba... biarpun lebih 18ribu peminat Raja Lawak (RL) pun Maharaja Lawak (ML) menolak polisi perniagaan Astro tetapi dipandang ringan oleh pihak Astro. Aku nak melihat perjalanan stesen ini apakah Akademik Fantasia (AF) juga akan dikurung di pakej Astro Mustika kita lihatlah nanti; seharusnya kita sebagai pengguna menggunakan kuasa pengguna kita. Aku telah pun mengadu masalah melobi keuntungan ini ke Biro Pengaduan Awam namun ceriteranya sama. Alasan kukuh pihak Astro tiada paksaan pun ML tidak format yang sama bagai RL. Minggu hadapan adalah minggu ke 10 minggu terakhir, perjuangan kempen 18ribu peminat ML akan terkubur dengan kegagalan menggesa Astro Warna mengembalikan tayangan secara langsung di Astro Prima. Jika kita sebagai peminat RL mahu bergabung kempen jangan mengundi; pasti Astro Warna akan terkedu kena bayar semua hadiah ML. Bukanlah kita nak cabar atau kacau perniagaan Astro tapi caranya memang tak kena. Cukuplah seniman 50an pun 60an kita menjadi mainan pihak plagiat; sebagai contoh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P Ramlee yang terperangkap oleh mangsa plagiat penerbit filemnya yang gah seantero dunia. P Ramlee pergi meninggalkan kita dengan seorang tak punya apa, hanya karya & bakat seni beliau sahaja menjadi khazanah bangsa. Berhibur ada batasnya, janganlah lantaran mahu berhibur kita terperangkap ke bajet yang tak munasabah!.
Kecik bergabung dengan Idlan menjadi Wai antara pasukan terawal tersingkir di ML.

Ish! 11



Curi makan!

Imuda amat Fantastik


"Puisi ini akan saya rockkan buat kali pertama & terakhir" memang sedap amat bilamana Imuda mendendangkan puisi A Samad Said dengan caranya tersendiri, jika dapat dirakamkan aku percaya ianya akan menjadi koleksi seni yang mahal & indah. Dengan iringan muzik & tiupan harmonika. Tak puas hanya satu puisi.

Ketika Imuda membuat persembahan semua yang hadir amat terkesima & terpukau. Dato' Julie Sudiro aku perhatikan tak tahan rasa menahan gelak tanda terhibur. Memang fantastik.

Di samping itu Sohaimi Mior Hassan pun tak kurang macho suaranya. Lagu Misteri Cinta yang didendangnya amat menggamit kenangan. Lagu ini diciptanya ketika pertama kali dia jumpa isterinya. Sepulangnya dari berjumpa maka tergiang-giang di telinganya akan lagu ini.

Datuk Sarimah pun amat mendayu suaranya ketika mangalunkan puisi, wajahnya rupawan masih amat terserlah biar pun telah bertudung. Siapa sangka orang berusia masih secantik Dato' Sarimah.

Majlis ini memang amat manis buat kukenang, agar saudara Amran Penyair akan sudi mengundangku lagi ke majlis Lima Bintang.

♥

Misteri Cinta
Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini

Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

1
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku

( ulang dari 1 )

Sumbangan m hafiq

25 Mei 2011

Rutin Harian iDAN 2

Setelah sempat klik internet, dua ruang yang aku sering klik. Pertama blogku di blogspot, aku akan balas respon yang ada. Sekarang sekitar satu dua sahaja sehari, ikut isu; jika dulu sampai lebih sepuluh orang akan kasi respon sesuatu isu. Keduanya FB, ruang ini memang pelik; terlalu banyak mendapat respon biar pun terkadang isu remeh. Aku cuba untaikan (link) blog ini ke FB tapi agak hampa, tak ramai suka baca nota panjang. Padahal talian ke laman sesewang ini memang laju & pantas sekali.

12. Jam 9:30 Azim telah bangun, jika aku telah beli sarapan dia akan sarapan sendiri; bergantunglah jika aku belum makan akan makan bersama. Yang pasti kami akan makan bersama, sering juga kami makan di Kedai Mamak Naina Maju, biasalah mamak telah tahun minuman kami adalah aku Teh Tarik kurang manis air suam ikut cuaca kalau rasa panas ais kosong, Azim pula Holick Ais. Sambil tunggu roti canai dua keping banjir; kami suka makan telur rebus taruh kicap & serbuk lada putih. Tenguklah kalau lapar sangat dua biji seorang. Kalau makan roti kosong dua keping sampai jam 2:00 petang pun tak akan lapar. Azim biasanya roti telur.

13. Menjelang jam 12:00 tengah hari aku akan siram pokok bunga, kemas laman depan kut ada tahi kucing, kasi bejuku makan, ganti airnya jika keruh sangat atau aku akan cari barangan dapur. Biasanya di TESCO Kajang, jika Husna ingin masak, aku akan cari apa bahannya. Macam siang tadi aku beli ikan kayu (tongkol) nak buat masak singgang, lengkuas, bawang putih, bawang merah, kacang bendi, belacan, sardin tin dan beberapa barangan lagi habis sekitar RM50. Ke TESCO tidaklah setiap hari tapi aku suka ke TESCO biarpun Giant lebih dekat sebab barangan basahnya nampak segar & banyak pilihan. Ke TESCO ini aku naik kapcai sahaja; ikut jalan pintas Sungai Kantan, jadi tak timbul Lelaseng Jalanan. Aku pula jadi Atok Rempit, perah motor tak berek di bumper; asap kapcaiku semua nyamuk mesti mati punya.

14. Jika ke TESCO memang ambil masa, sampai di rumah dah jam 12:00 tengah hari lebih; Azim pergi bersiap aku rehat sebentar & hantar dia. Azim masuk sekolah jam 1:00 tengah hari, ketika ini jalan di Jenaris sederhana sesaknya. Terkadang aku penat berhenti kejap di bawah pokok dekat sekolah Azim; hisap rokok. Di rumah memang aku tak hisap rokok. Sekitar jam 1:15 tengah hari aku telah berada di rumah. Santai kejap di kamar panjang; jika kena cari lauk waktu ini aku akan singgah di gerai Akak yang rajin buat lontong di Sungai Kantan; atau beli nasi bungkus di Mamak Naina Maju atau beli nasi ayam di Restoran milik Ayu rakan sekolah Afiz. Kedai lain aku jarang singgah sebab cekik darah amat harganya. Cuma Restoran Warisan bolah tahan itu pun sebab aku rapat dengan Nengnya; kalau Neng yang kira murah sikit, kalau taukenya kira mak datok sama dengan harga di Restoran Pantai Timur.

15. 1:45 tengah hari kena ambil Anif pulang; kerja ambil Anif ni tak menentu, terkadang dia balik lewat aku terpaksa tunggu dia telefon, terkadang dia naik bas. Maknanya aku tak boleh bergerak sebelum dia balik. Nak tidur kejap pun tak boleh.

Banyak lagi tugasan orang bersara, ini baru jam 2:00 petang. Memang betul bukan senang jadi suri rumah; apatah lagi kalau kena hantar & jemput anak ke sekolah.

23 Mei 2011

Rutin Harian iDAN


Semalam aku telan 3 jenis ubat sakit kronikku sebelum tidur, tahu apa sudahnya? Bangun pagiku jadi liat sangat biar pun jam 12:00 tengah malam aku telah terlelap di kamar panjang.

2. Jam 6:15 papi Mila telah mengejutkan aku; "Mila tumpang kawan hari ini, ayah uruskan anak-anak" sanyup sahaja aku terdengar suara Mila, tak pasti apakah dia ke surau subuh ini, sejak kebelakangan ini Mila rajin amat ke surau. Aku macam itulah, tenggelam timbul; surau sepelaung sahaja dari rumahku. Afiz nak guna Avanza hari ini.

3. Aku cuba bangun tapi sakit kepala & pening melampau bagaikan menerjah kepalaku. 6:30 pagi ke bilik air & rebah di sofa anjung rumah, kejutkan Anif untuk sekolah, Azim sebelah Anif untuk sembahyang subuh.

4. Dalam masa yang sama dengar bebelan Mila yang banyak tak masuk akal puncanya aku buat dengar tak saja nak bukakan pintu pagar. Aku masih pening lalat. Dia dah lambat rakannya dah tunggu di hentian depan. 6:15 pagi aku perasan Anif baru nak ke bilik air, Azim beralih tempat tidur setelah solat subuh. Kamar panjang yang masih ada sejuk penghawa dingin yang baru aku tutup suisnya.

5. Jam 7:05 pagai aku telah berada di dalam Avanza setelah tutup semua suis lampu yg perlu tunggu Anif ke Avanza, pagi ini Mila tak buat teh atau tak ada sarapan; selalunya dia buat teh selepas subuh telah ada paling tidak roti terkadang ada karipap Mila beli depan kedai mamak Jenaris.

6. Jam 7:10 pagi lebih baru Anif masuk Avanza setelah dia kunci pintu & gril rumah. Hari ini okey nampaknya, kalau hujan selalunya kereta jem sampai ke depan pagar rumah. Jika tak jem sekitar 10 minit sampailah ke sekolah Anif di Saujana Impian. Masuk sekitar 7:25 pagi. Anif pakai kasut dalam Avanza. Jem sampai depan suara. Pepagi begini aku terkadang angin tenguk pemandu perempuan memandu; main terjah sahaja terkadang sampai lebih dari 5 buah kereta aku terpaksa beralah. Ish! melampau. Simpan tiga terpaksa minta simpati kereta berbaris panjang di jalan utama. Pemandu perempuan sering dengan wajah sardin memintas dari kiri. Lorong sepatutnya selorong memandai buat dua lorong. Klasik FM di Radio.

7. Simpang 6 lampu isyarat di bawah Lebuh Raya SILK susur Jenaris ini memang kena betulkan, ada lebih dari sepuluh taman perumahan terpaksa bertumpu keluar masuk ke jalan ini. Kalau masing-masing terjah memang akan berlaku kemalangan. Jika lelaki suka mencilok & terjah sesuka hati kita panggil samseng jalanan jika pemandu perempuan@wanita nak panggil apa iyer!. 7:25 pagi sampailah di depan sekolah Anif, ramai amat orang macam keluarga Anif ni, aku memang tak boleh hidup bertumpu di saat akhir. Memang stres. Pintu pagar kecil sekolah Anif telah ditutup terpaksa bertumpu dengan pintu pagar utama. Anif lari-lari anak berkejar masuk ke sekolah, perhimpunan telah bermula.

8. Teringat dalam kereta Anif berpesan, "...hari ini ayah mesti jemput Anif 1:45 tengah hari..." dia masih dalam minggu ujian, sejak minggu lalu. Kenderaan masih sesak di simpang tiga Saujana Impian pun di lampu isyarat Jenaris. Hari ini aku pakai baju-t pagoda terbalik, teringat nak beli sarapan. Terpaksa cari tempat terlindung sikit nak buka baju. Beli 4 bungkus nasi lemak; dua bungkus lauk telor goreng, dua bungkus lagi lauk ayam sambal. RM2 kuih. Masih dengan harga RM1 untuk 3 ketul kuih. Karipan & Pulut Panggang.

9. Sekitar jam 7:45 sampai ke rumah. Afiz tengah sidai kain; Husna dah siap nak bawa Qasrina pergi cucuk. Qasrina demam & selesema hari ini. Petang minggu dua sudah dia balik ke Jenaris. Mereka tak sempat sarapan terus peri Klinik Kajang sekitar 7 minit dari rumah.

10. Aku jerang air, buka Astro, kemas tempat tidur & kemas meja makan. Bila air mendidih bancuh Teh O & rebus telur masak tiga suku. Bau tahi kucing buat aku tak senang bernafas, ada empat ekor anak kucing di dalam dua buah sangkar. Terpaksa buang tahi kucing ganti pasirnya kemudian terpaksa sabun tangan faham sahaja bila pegang kertas lapik sangkar kuching ini risau pelbagai kuman kut berjangkit.

11. Sarapan sambil tenguk Selamat Pagi Malaysia atau Malaysia Hari ini. Nak kejutkan Azim kasihan kut dia lambat tidur malam tadi. Selepas makan basuh pinggang mangkuk & basuh kain. guna mesin basuh. Selesai semua tu baru paam semua suis lampu dapat klik komputer di kamar panjang tunggu Azim bangun.

Banyak lagi kerja tak selesai, tu kat luar pokok bunga belum siram, bil belum bayar, gula telah habis. Garam kicap tu siapa yang nak beli nanti. Nak cari makan tengah hari sudah pasti. Mungkinkah Husna larat masak, tak larat kena beli lauk di kedai nak cari barangan dapur nanti nak hantar Azim sekolah nak jemput Anif; siapa kata orang bersara tak buat apa?. Tak ada kerja; kalau awak tu pengurus pegang pen semak fail buat kerja pejabat; kerja rumah pun kerja juga rasanya lagi besar tanggungjawabnya.

Bayangkan kalau dua atau tiga kali nak hantar & ambil anak; ingat boleh duduk di bawah kipas angin atau penghawa dingin sajakah. Tetiba anak muncul kat rumah. Bayangkan sebelum setiap kali keluar rumah kena pasti semua pintu terkunci, suis tertutup, pagar kena rapatkan. Bayangkan nak bawa kapcai tengah panas atau hujan; nak mencelah dengan kenderaan orang kaya sombong, nak elak kereta mewahnya memandu macam kena kejar rimau. Belum lagi kena simbah air hujan ketika bayar bil atau terpaksa ke Kajang nak hidupkan insuran. Belum lagi nak pikul beras bersama barangan sarat dengan kapcai. Semuanya kerja itu suri rumah orang bersara.

(Pernah aku lepas tangan tak buat semuanya! mogok sebentar sekadar menguji; nampaklah adengan orang merengus! hingga ayahnya bagai mahu kena pukul, amuk macam nak bunuh orang. Kalau tak anak-anak pasti Mila. Bukan kita nak minta perhatian tapi rasa terkilan juga asyik kita disindir duduk rumah tak buat apa memboroikan perut saja!. Bila Husna tinggal di rumah sebahagian kerja seperti memasak, sidai kain & basuh pinggan dia memang rajin buat. Tapi aku bersungut juga pada anak-anak & Mila. Tak kan nak jadi Husna tu bak pembantu rumah. Kena buatlah bersama, jangan bersungut kalau habuk pekat di rumah. Itu memang tanggungjawab bersama. Ramai suami di luar sana yang isterinya masih berkerja, paling tidak akan berlaku suasana ini sekitar dua atau tiga tahun; kecuali kahwin sebaya.)

22 Mei 2011

UiTM Puncak Alam Menggamit Aziq


Siapa tak teruja nak belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) . Sebut namanya pun dah gah. Aku Mila & Aziq telah pergi ke sana, subuh kami tlah berada di masjidnya yang anggun. Tenguk tiang masjid pun ala pasu bunga. Muka pintunya pun macam pintu spy leman; sentuh terbuka.

Waima, orang biasa macam kami memang tak mampu. "Tuan puan kena cari duit sendiri sekitar RM80K.." ayat ini menyebabkan kami berpatah balik biar pun Aziq memang layak; Aziq dah pun dapat terima tawaran setelah seharian temuduga di sana. Sekarang tak sampai 20% pelajar di sana ditaja oleh Petronas. Kenapa iyer!, kalau dulu sampai 50% lebih pelajar kita dapat biasiswa belajar di sana.

Selang beberapa hari Aziq dapat pula tawaran Matrikulasi di Perlis, aku terbayangkan akan pergi ke sana juma Dr Asraf sahabatku. Dia mengajar di Perlis; pastu dapat jumpa dia. Pilihan bagiku terpulang pada dia; jika nak belajar jauh pun aku rasa terpaksa terima. Biarpun dalam hatiku terasa berat amat berjauhan dengan anak-anak!

Bagaimana pun tetiba Aziq memilih ke UiTM Puncak Alam ikut Asasi di sana... moh! kita bergerak..

Ish!10


alahai dahaganya!

21 Mei 2011

Mengapakah umat Islam digalak merebut peluang?


SYIAR

Mengapakah umat Islam digalak merebut peluang?

Oleh Ustaz Sayid Amin Jasin
Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

Daripada Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."

Hadis riwayat Imam al-Hakim.

Allah s.w.t telah menciptakan manusia di dunia ini dengan tujuan mengEsakan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya semata-mata.

Untuk mencapai tujuan ini, Allah azza wajall tidak membiarkan manusia begitu sahaja, tetapi Allah s.w.t telah membekalkan kepada manusia segala keperluan bagi melayari bahtera kehidupan dunia ini dengan pelbagai nikmat yang tidak dapat dikira manusia; usia, kekuatan, kekayaan, masa, kehidupan dan sebagainya.

Biasanya manusia akan hanyut apabila dikurniakan dengan nikmat-nikmat seperti, masa lapang yang ada, kekayaan, zaman mudanya dan juga kesihatannya.

Maka dalam hadis tadi, Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita kepentingan merebut peluang-peluang memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t ketika 5 keadaan tadi yang merupakan takdir baik sebelum datang 5 keadaan lain yang merupakan takdir buruk bagi manusia.

Marilah kita manfaatkan takdir-takdir yang baik ini, memperbanyakkan ibadah, saling mengajak kepada kebaikan, sampaikan yang benar, cegah kemungkaran dengan kebijaksanaan, supaya kita tidak tergolong diantara orang-orang yang menyesal di akhirat kelak.


15 Mei 2011

Peribahasa


Asal Jadi
Kerja yang dibuat sambil lewa

Asal Datang
Datang dan tidak perlu lama

Asal Buat
Sesuatu perkara yang dibuat sambil lewa

Apalah kata kukur nyiur juga yang binasa
Mudah menyuruh, orang yang melakukannya yang susah.

Apabila orang miskin menghendaki wang dia mendapat anak apabila orang kaya menghendaki anak dia mendapat duit.
Lain dihajat, lain yang diperoleh.

Habis Modal
Tiada idea lagi

Habis manis sepah dibuang
Disayang semasa masih cantik