iDAN

26 Jun 2011

Teknik Mencari Maklumat

Mencari maklumat dalam Internet bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bagi mendapatkan maklumat yang khusus. Ini kerana Internet mengandungi terlalu banyak maklumat dan maklumat ini tidak disusun secara sistematik mengikut mana satu konvensyen yang dipersetujui. Oleh yang demikian, proses pencarian maklumat harus dilakukan dengan seberapa sistematik yang boleh. Secara amnya, proses mencari maklumat boleh dibahagikan kepada lima fasa, iaitu:
  • Fasa 1 : Menentukan objektif dan skop pencarian
  • Fasa 2 : Membuat strategi pencarian
  • Fasa 3 : Malakukan pencarian
  • Fasa 4 : Mengumpul dan menilai hasil pencarian
  • Fasa 5 : Pengubahsuaian strategi

Rajah 4.18 Fasa pencarian maklumat

Adalah menjadi satu tabiat yang baik untuk menyimpan buku log supaya segala pengalaman yang diperoleh semasa mencari maklumat dapat direkodkan. Tabiat ini dapat membantu si pencari memperbaiki teknik mencari maklumatnya, di samping mempertingkatkan keberkesanan pencarian dari aspek ketepatan maklumat yang dijumpai dan masa yang diperlukan.

Yahoo!

Yahoo! (www.yahoo.com)

Yahoo! merupakan direktori Internet yang pertama sekali diperkenalkan. Ia dilancarkan pada awal tahun 1994. Ia juga merupakan yang terbesar dan yang paling popular. Maklumat yang terdapat dalam Yahoo! dikelaskan mengikut kategori atau subjek yang disusun dalam struktur pokok. Antara kategori maklumat yang teratas adalah Seni dan Kemanusiaan (Arts and Humanities), Pendidikan (Education), Rekreasi dan Sukan (Recreation and Sports) dan lain-lain lagi. Hampir semua kategori ini adalah kategori umum dan popular yang berkaitan dengan aktiviti harian pengguna Internet.

Rajah 4.10 Halaman pengenalan Yahoo

Penyusunan maklumat mengikut kata kunci yang diketahui dan difahami umum menjadikan Yahoo! Mudah dijelajahi. Sebagai contoh, pengguna yang ingin mencari resepi macaroni (macaroni) boleh mencarinya dalam kategori Recreation and Sports di mana di dalamnya terdapat subkategori Cooking yang tentu sekali mengandungii pelbagai jenis resepi di dalamnya.

Rajah4.11 Sub-kategori Recreation&sports

Di dalam subkategori Cooking terdapat beberapa kategori yang berkaitan dengan makanan. Resepi yang berkaitan dengan macaroni (sejenis pasta) boleh diperoleh dengan memasuki subkategori Recepies di mana di dalamnya terdapat banyak sambungan ke halaman Web yang mempunyai resepi macaroni. Oleh kerana direktori Yahoo! sendiri merupakan sebuah direktori yang sangat besar, maka mencari maklumat di dalamnya dengan memasuki kategori satu persatu akan memakan masa yang lama. Tambahan pula satu subjek yang sama boleh di masukkan ke dalam dua atau lebih kategori yang berbeza. Untuk mengatasi masalah ini maka Yahoo! ada menyediakan enjin pencari dalaman (Alta Vista) bagi mencari sesuatu yang dikehendaki di dalamnya. Sekiranya pengguna tahu dengan jelas apa yang hendak dicari, maka kemudahan ini adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika tidak pengguna boleh memasukkan kata kunci yang tidak umum bagi menghasilkan keputusan pencarian yang agak luas. Sekiranya pengguna tidak menjumpai apa yang dicari, maka Yahoo! boleh menyalurkan pencarian ke Internet dengan menggunakan Alta Vista.

Rajah 4.12 Beberapa resepi makaroni

Yahoo! Juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari sesuatu di dalamnya dengan menggunakan indeks. Di samping memberikan perkhidmatan direktori, Yahoo! juga membekalkan pengguna dengan maklumat semasa seperti berita, cuaca, pasaran saham dan sebagainya. Ia juga membekalkan pengguna dengan perkhidmatan mencari alamat e-mail dan alamat rumah seseorang. Kini Yahoo! bukan sahaja mengelaskan maklumat yang terdapat dalam keseluruhan Internet tetapi juga maklumat yang khusus kepada sesebuah negara dan bandaraya-bandarayanya.

Di dalam subkategori Cooking terdapat beberapa kategori yang berkaitan dengan makanan. Resepi yang berkaitan dengan macaroni (sejenis pasta) boleh diperoleh dengan memasuki subkategori Recepies di mana di dalamnya terdapat banyak sambungan ke halaman Web yang mempunyai resepi macaroni. Oleh kerana direktori Yahoo! sendiri merupakan sebuah direktori yang sangat besar, maka mencari maklumat di dalamnya dengan memasuki kategori satu persatu akan memakan masa yang lama. Tambahan pula satu subjek yang sama boleh di masukkan ke dalam dua atau lebih kategori yang berbeza. Untuk mengatasi masalah ini maka Yahoo! ada menyediakan enjin pencari dalaman (Alta Vista) bagi mencari sesuatu yang dikehendaki di dalamnya. Sekiranya pengguna tahu dengan jelas apa yang hendak dicari, maka kemudahan ini adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika tidak pengguna boleh memasukkan kata kunci yang tidak umum bagi menghasilkan keputusan pencarian yang agak luas. Sekiranya pengguna tidak menjumpai apa yang dicari, maka Yahoo! boleh menyalurkan pencarian ke Internet dengan menggunakan Alta Vista.

Rajah 4.12 Beberapa resepi makaroni

Yahoo! Juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari sesuatu di dalamnya dengan menggunakan indeks. Di samping memberikan perkhidmatan direktori, Yahoo! juga membekalkan pengguna dengan maklumat semasa seperti berita, cuaca, pasaran saham dan sebagainya. Ia juga membekalkan pengguna dengan perkhidmatan mencari alamat e-mail dan alamat rumah seseorang. Kini Yahoo! bukan sahaja mengelaskan maklumat yang terdapat dalam keseluruhan Internet tetapi juga maklumat yang khusus kepada sesebuah negara dan bandaraya-bandarayanya.

Faedah Senarai Mel

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melanggan senarai mel. Antaranya ialah:-
  • Mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang khusus

Pengguna boleh menghantar soalan yang berbentuk permasalaha akepada senarai mel untuk dibincangkan bersama ahli senarai. Daripada perbincangan dan maklum balas yang diterima, satu rumusan boleh dibuat tentang penyelesaian yang dicadangkan oleh ahli senarai.

  • Mendalami pengetahuan tentang sesuatu perkara

Dengan melibatkan diri dalam perbincangan atau memerhatikan perbincangan, banyak pengetahuan boleh diperolehi. Untuk tujuan ini, penglibatan dalam senarai mel yang terkawal sering memberi kesan yang lebih efektif kerana kebanyakkan perbincangan tepat pada skop senarai. Oleh yang demikian, tidak banyak masa yang terbuang untuk menerliti artikel yang tidak menepati skop perbincangan.

  • Bertukar idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara

Pengguna boleh menghantar artikel untuk dibincangkan bersama dalam senarai atau membalas artikel yang telah dihantar untuk memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang telah dibangkitkan. Dalam senarai yang mempunyai ramai ahli, lazimnya pelbagai idea baru dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

  • Membuat pengumuman tentang sesuatu perkara

Senarai mel boleh dijadikan tempat membuat pengumuman yang sangat berkesan kerana bilangan penggunannya yang ramai. Bagaimanapun, pastikan pengumuman yang hendak dibuat adalab berkaitan dengan subjek perbincangan senarai. Jika pengguna ingin membuat pengumuman yang bercorak komersil, maka pastikan ia dilakukan dalam senarai yang dibenarkan.

  • Berkenalan dengan orang lain

Oleh kerana bilangan ahli yang terlibat dalam senarai mel selalunya sangat besar dan dating dari seluruh pelosok dunia, maka ia adalah satu tempat yang sangat baik untuk mendapatkan kenalan baru. Melalui senarai mel, pengguna Internet yang mempunyai minat yang sama, ataupun segand mengalami masalah yang sama, boleh berkenalan di antara satu sama lain.

  • Tempat mendapatkan sokongan

Senarai mel juga sering dijadikan sebagai tempat mendapatkan pertolongan dan sokongan emosi bagi pengguna Internet yang menghadapi masalah yang sama seperti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal, pesakit AIDS dan sebagainya. Melalui senarai mel, pengguna dari seluruh dunia boleh memberikan sokongan di antara satu sama lain dengan lebih mudah lagi murah.

Indeks Kata Kunci

Pengelasan maklumat menggunakan indeks kata kunci tidak semestinya bergantung kepada perkataan kunci yang terdapat dalam artikel yang hendak diindekskan. Malah, perkataan lain yang merujuk kepada kategori maklumat seperti politik, sukan, sains hiburan dan lain-lain sering digunakan dalam pengelasan. Jadual disebelah adalah contoh indeks kata kunci. Walaupun perkataan ‘perpustakaan siber’ tidak terdapat dalam artikel tetapi ia digunakan kerana dapat menggambarkan kandungan artikel itu dengan baik. Kebaikan indeks kata kunci ialah maklumat dalam Internet boleh dicari dengan menggunakan terminology yang standard seperti arts, education, science, internet dan sebagainya. Bagaimanapun, kelemahannya ialah ia hanya boleh dibentuk dengan bantuan manusia. Pakar-pakar dalam bidang yang tertentu akan membaca dan menilai maklumat sebelum mengelaskannya mengikut kategori tertentu. Enjin yang menggunakan pengelasan indeks kata kunci mempunyai pengkalan maklumat yang kecil kerana proses pengelasan yang memakan masa.

MetaCrawler

MetaCrawler (www.metacrawler.com)

MetaCrawler adalah enjin pencari yang agak berbeza daripada enjin pencari yang lain kerana ia mencari maklumat bukan di dalam internet tetapi di dalam pangkalan maklumat enjin pencari yang lain seperti Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek dan WebCrawler. Ia juga turut mencari maklumat dalam Yahoo!

Antaramuka MetaCrawler amat mudah digunakan. Ia mengandungi menu bagi memilih ruangan pencarian, petak untuk memasukkan kata kunci dan petak untuk opsyen pencarian. MetaCrawler boleh membuat pencarian maklumat di dalam Web atau USENET atau mencari produk computer dan fail. Bagi opsyen pencarian pula, MetaCrawler akan mendapatkan dokumen mengikut opsyen yang dipilih seperti berikut:

  • all – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi kesemua kata kunci yang digunakan
  • any – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi mana-mana satu kata kunci yang digunakan
  • as a phrase – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi frasa yang terdiri daripada kata kunci yang dimasukkan.

Rajah 4.8 Antaramuka pencarian mudah MetaCrawler.

MetaCrawler akan melakukan 10 pencarian setiap satu dalam Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek, WebCrawler dan Yahoo! apabila butang Search diklikkan.

MetaCrawler juga membenarkan pengguna membuat pencarian yang lebih kompleks dengan memasuki pautan

yang dipanggil Power Search. Di sini pengguna boleh mengarahkan MetaCrawler membuat pencarian mengikut lokasi geografi (melalui petak Results from:) dan bilangan pencarian yang perlu dibuat dalam Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek, WebCrawler dan Yahoo! (petak Results per source:)

Mencari Maklumat Dalam WWW

WWW

WWW secara keseluruhannya mengandungi banyak maklumat yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Bagaimanapun, mencari maklumat dalam WWW bukanlah perkara yang mudah kerana ia merupakan ruangan maklumat yang sangat besar dan tidak tersusun. Oleh yang demikian mencari maklumat dalam WWW memerlukan pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam mengatur strategi pencarian yang berkesan. Adalah menjadi objektif utama tapak ini untuk mendedahkan pembaca dengan teknik-teknik pencarian maklumat yang berkesan.

25 Jun 2011

Seremban Ada Sesuatu Yang Menarik


Rakan yang tak pernah jumpa sekitar 30 tahun lebih akhirnya ditemukan di Taman Mutiara Galla; aku terpaksa tanya Amid untuk mengingati kenangan lalu. Kotak ingatan ini memang sering penuh & tiris lantaran 30 tahun bukannya waktu yang kejap. FB antara lain yang dapat menghubungkan semula pertalian ini.

"Salleh tu Amid duduk seasrama dengan kita ke atau satu sekolah... pelajar luar?!"

"Dia tinggal di No 75. Jalan Tambunlah; rasanya pernah juga duduk dengan kita di No 10. Jalan Watson!" pengakuan Amid buat aku teruja nak ke majlis kenduri anaknya Alia. Lagi pun aku congak waktu perjalanan Jenaris ke Taman Mutiara Galla tak sejauh mana!.

Ada tiga bangunan asrama ketika aku belajar di SMI Ipoh; No. 10 Jalan Watson, No 73 & 75 Jalan Tambun. Kini No 10 Jalan Watson telah dirobohkan.

Mila tak dapat turut serta lantaran katanya ada temujanji dengan kontraktor. Aku memang tak setuju dia mahu membesarkan rumah, bagiku rumah ini telah cukup besar; anak-anak akan berhijrah tak lama lagi; kalau Afiz telah dapat kerja tetap pasti mahu buat hal hidup sendiri; Aziq pasti tinggal di asrama, Anif pun nampaknya berhasrat sangat nak tinggal di asrama juga. Mungkin Azim lambat lagi akan terpisah. Rumah sebesar ini pun asyik sukar jumpa Mila ketika malam-malam; mungkin Mila lari jauh tak larat nak dengar suara dengkuranku. Mungkin. Hatta sesatlah dia dalam rumah sendiri!.

Bagiku menabung itu lebih baik; jika ragu akan ASB simpan sahaja duit KWSP itu di Tabung Haji; biarkan ianya matang beberapa tahun barulah guna duit dari keuntungan simpanan itu!. Nak buat apa belanja habis duit yang ada; sedangkan ada jalan untuk membiakkannya. Malas nak kupas masalah ini; jika kita tak pandai menguruskan wang, tak suka menabung memang payah.

Salleh nampak segak dengan Baju Melayunya; dari jauh dia telah kenal aku mungkin sebab boroiku pun mungkin juga ketrampilan aku yang memang lain dari yang lain. Topi tak lepas dari kepala, lagi pun banyak gambarku di FB; ketrampilan yang sama... pasti mudah mengenal aku.

Tak sukar mana nak ke Taman Mutiara Galla bila baca panduan Salleh di FB, Peta Google memang tak boleh pakai; tak ada jalan ke Taman Muatiara Galla ini; ada tertulis nama taman sahaja tapi tak ada arah jalan yang lengkap. Pasti lantaran angkara geng gila padam, geng Datuk KJ yang asyik berbalah dengan aku suka taruh lokasi Balai Polis atau Kem Askar sahaja di Google sana. Google & Wikimapia adalah saliran@lakaran peta dunia yang sama.

Azim makan tak habis ketika jamuan; kami tak lama di majlis lantaran tak ada orang kenal; ada seorang dua rakan seasrama hanya sempat bersalaman.

Dalam perjalanan pulang aku singgah di Muzium Negeri Sembilan. Cantik amat muzium ini; bangunan utamanya dijaga dengan baik tapi masih banyak perlu dihiasi. Bangunan kayunya masih kukuh & nampak santai di tepi jalan besar. Azim begitu teruja nak naik tingkat atas muzium lantaran memang tak ramai pengunjung; aku berbual dengan pakcik yang menguruskan muzium itu; dia kata yang sering datang adalah pelancong dari Korea. Pihak muzium katanya banyak berurusan dengan syarikat perlancongan yang mengundang mereka datang.

Ada Pameran Setem Lama; ada tiga lagi bangunan yang boleh dilawati. Tak termasuk rumah cenderahati. Aku mencadangkan bangunan bermain gasing dinaikkan tarafnya; carilah belia kampung sebagai keluarga angkat untuk memeriahkan suasana di sini; tempat telah ada janganlah dibiarkan usang. Elok sekali dalam seminggu digunakan untuk orang kampung bermain gasing di sini. Pun rumah Melayu Negeri Sembilan yang punyai loteng elok dibersihkan lotengnya agar nampak ianya sentiasa bersih; pasti menjadi kenangan bagi pelancong yang mungkin ingin naik ke atasnya. Jika berdebu & ada tahi cicak nampak kurang manis.

Jalan susur keluar juga elok di tanam bunga jangan biarkan nampak banyak sampah-sarap & bagaikan semak-samun. Muzium kena cantik lagi antik.

Setelah aku & Azim kepenatan di TAMAN SENI BUDAYA NEGERI SEMBILAN ini, kami menuju ke Seremban 2. Kasihan Azim, dia nampak gelisah & tak selesa berjalan berdua dengan ayahnya; bersungut nak pulang awal biarpun aku bercadang nak menonton di Seremban. Tak pernah menonton di Seremban lagi. Kami singgah di JUSCO di Seremban 2, memang ramai pengunjungnya; macam biasa yang memenuhi tempat hiburan seperti bermain bowling memang orang kita Melayu. Makan-makan di kompleks pun majoriti orang Melayu kita. Aku sempat makan ABC & makanan Jepun.

Dalam Avanza Azim nampak gelisah amat, "Azim kita kena gumbira menikmati hidup ini; ayah tak pernah sampai ke sini, paling tidak kalau nanti ada orang bertanya tentang Seremban 2 ayah dapatlah gambaran." biasalah sambil nak buat Azim gumbira aku terbabas nak menuju ke Johor Baharu.

Balik dari Seremban aku singgah di Bangi Lama mencari barangan memancing; emm! batu ladung saiz 9 RM2.40 sekarang. Aku teringin nak beli Joran; tapi tak cukup duit. Paling murah joran yang ditawarkan ialah RM90. Tak ingat jenamanya, bukan cop ayam. Sekadar sempat beli batu ladung & benang pancing sahaja. Kasihan Azim dia menghabiskan masanya dari sekitar jam 12:00 tengah hari hingga ke dekat senja berduan dengan ayahnya.

Sampai di Jenaris barangan depan rumah telah dipunggah Mila & anak-anak. Esok, nampaknya banyak barangan kena diselamatkan dari kencing kucing. Aku ingatkan sempat nak raya nanti baru dikemaskan. Kerja tanpa berunding memang payah; aku telah galak kali ajak agar ada sesiapa ahli keluarga mahu temankan untuk punggah kotak lama di depan rumah itu. Sengaja aku letak kotak depan rumah sebab masa tu tiada stor untuk melindungi beberapa barangan berguna; seperti karpet, katil besi & beberapa barangan untuk dijadikan koleksi Muzium Peribadi.

Langkah ahli keluarga yang payah berunding memang akan melumpuhkan angan-anganku nak buat Muzium Peribadi. Telah terlalu banyak barangan antikku terpaksa dikorbankan lantaran ada kalangan ahli keluarga suka amat nak buat rumah ala Padang Golf. Tak menyempat aku nak memilih, terpaksa buang sahaja atau jual kilo di tempat pelupusan. Emm! terpaksa berkerja dua kali; katanya baranganku telah dipindahkan di stor atas; sebahagian dalam kotak baru; sebahagian bercampur dengan kotak yang telah aku kelaskan sebagai barangan berguna. Buang masa namanya jika kerja tanpa merancang bersama.

Ini rumah Negeri Sembilan yang ada loteng di atasnya; loteng ini perlu
dibersihkan sebab semua pelawat teruja nak jenguk dalamnya.

Takrif
Tiris = bocor (kata kerja)
loteng(loténg) = 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan).

24 Jun 2011

Sepah Juara

Jepp Shuib & Mamat

Sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton Maharaja Lawak akhir, di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi, membuktikan kumpulan Sepah layak dinobatkan sebagai juara.

Mengatasi empat pesaingnya, Sepah yang dianggotai Shuib, Jepp dan Mamat berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi.

Sementara itu, tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 menjadi milik Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan.

Manakala Nabil muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM150,000.

Kumpulan Jambu terpaksa akur di tempat keempat. RM50,000.

Maharajalawak disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

iDAN: Jozan tetap di hati gua.

21 Jun 2011

Masalah Remaja


1. Sering kita dengar anak remaja kini semakin suka keluar rumah. Selalunya mereka suka bersantai di Pusat Membeli Belah atau atau Siber Cafe atau sekadar ketemu rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan ini amat mempengaruhi dunia remaja mereka. Sebagai ibu & ayah kita sekadar dapat memantau dari jauh, sukar dapat bercampur aktiviti mereka sebab tak sepadan pun mana mungkin sesuai dengan jiwa mereka jika kita bersama.

Antara langkah yang dapat kita ambil cuma:
  • Pastikan rakan mereka ini kalangan remaja yang baik. Boleh dikesan dengan cara pakaian mereka pun perwatakan mereka. Jika mereka merokok perlulah kita menegur bukan menghalang agar mereka jangan terambil dadah. Sebaiknya nasihat anak kita jangan pilih rakan yang merokok itu lebih selamat.
  • Pastikan mereka tak keluar sampai larut malam, sebaiknya matahari terbenam mereka telah ada di rumah. Latih mereka menjaga waktu, jangan biarkan mereka leka dengan dunia hiburan, komik atau komputer hingga menggabaikan pelajaran mereka. Berhibur boleh tapi biarlah kena pada ketikanya.
  • Solat itu tiang agama, pastikan anak remaja kita solat pada waktunya. Jika mereka solat mudah kita mendidiknya tetapi perlu diingat solat semata tanpa berlaku sopan santun yang baik memang satu masalah juga.
2. Remaja yang bersikap kasar & selalu tidak menghormati orang tua. Ini makin banyak berlaku berpunca dari suasana keluarga kita. Sering berlaku remaja yang bermasalah adalah lantaran dalam rumah tangga kita sering ada perbalahan atau berselisih pendapat antara ibu & ayah. Selalunya anak perempuan akan melihat di mana dia boleh berlindung, anak lelaki akan membawa diri & akan bersikap kasar. Sebab itu jika ingin bertengkar atau berdebat dengan suami atau isteri jangan di depan anak-anak. Takutnya nanti anak-anak akan menjadi Hakim yang silap menghukum.

Cari mengatasi masalah ini.

  • Jangan sesekali mengasari anak ini, apatah lagi mereka memang telah remaja atau pandai berfikir. Jika mereka berkelakuan kasar kita kena pandai mengawal perasaan kita & akur diri dengan mengatakan mungkin diri sendiri yang salah. Anak-anak memang ibarat kain putih ibu & ayah yang mencorak kelakuannya serta peribadinya.
  • Nasihat baik-baik, jika dia bergaduh dengan ayahnya. Ibunya kena menenangkan dia. Begitulah sebaliknya. Ayah kena mendamaikan dia dengan ibunya jika berbalah. Jangan pula menjadi batu api. Tak ada bagusnya jika ibu atau ayah melagakan anak-anak dengan kedua orang tuanya. Memang ada ibu atau ayah yang tak baik kelakuannya tetapi sebagai anak tidak boleh sama sekali jatuh derhaka dengan ayah & ibu. Anak boleh menegur ayah atau ibu tetapi adalah lebih baik mendoakan mereka agar menjadi ibu & ayah yang bertanggung jawab.
  • Di samping menasihati secara baik, hanya cara berdoa agar anak-anak menjadi anak yang Soleh & Soleha. Tak ada kuasa kita mahu membetulkan jiwa remaja anak-anak jika ianya kian menjadi buluh kecuali dengan kudrat doa yang bakal merubahkan segala. Ibu & ayah kenalah memcerminkan kelakuan sopan santun jika mahukan anak yang tahu menghormati orang tua.

18 Jun 2011

Pokok Aneh

Aku panggil pokok ini Pokok Tanduk Rusa


Selain pokok kaktus yang banyak duri; banyak lagi pokok berduri di dunia; seperti pokok bunga kertas; pokok duri banun, pokok nenas, bunga ros, pokok salak, asam kelubi dan banyak lagi. Malahan yang lebih aneh ada pokok yang bertanduk seperti pokok tanduk rusa.

Jika ke Pahang sering jumpa pokok tanduk rusa yang dibuat pokok hiasan; ianya menumpang pada batang kayu atau terjurai di hiasan taman. Kita tak pernah nampak pokok seperti di bawah ini di negara kita tetapi di luar negara. Texas terdapat pokok aneh lagi pelik ini. Cantik amat bagai tanduk rusa tumbuh pada perdunya.

Deer Horn Tree

16 Jun 2011

Pusaka Md Sesh 3

Alangkah baiknya jika kita pandai ikat batu sendiri; pasti tak semahal apa yang dijangkakan. Mengikut nilaian yang Cikgu Rosli anggarkan mahu sekitar RM40K baru rumah kampung ini kembali cantik. Sekarang ini pun telah belasan ribu RM duit pencenku telah dilaburkan di tanah pusaka ini.

Sedikit demi sedikit agar impianku akan tercapai jua mahu tinggal sendirian di rumah tempat tumpah darahku. Agar ada pertunjuk & jalan terbaik untuk aku membangunkan semula rumah & tanah pusaka peninggalan Arwah Apak Md Sesh.

  • Rosli Abdul Aziz mike dah buat elok-elok jangan tinggalkan pulak....rugi... rumah reput, silap-silap penyangak masuk.
    14 jam yang lalu ·

  • Idan Radzi Semua anak buah sibuk nak beraya kat kampung; tak ada rumah nak tidur... bergilir balik jaga rumah & ingat nak teroka sendiri tanah terbiar tu!... baru ni ganti bumbung pun teman habis sekitar RM5K barangan sekitar RM3,500 upah sekitar RM1,500 teman tak tenguk lagi mana rupanya... duit habis ngawinkan anak... tu yang kena ngumpul semula! lambat lagi kalau nak sampai RM40K
    14 jam yang lalu ·
  • Rosli Abdul Aziz tu dah kira murah le...
    14 jam yang lalu ·

  • Idan Radzi Rumah tu kakak yang punya; dia tak ambil tahu; sekarang ni kira macam home stay; buat semua waris Md Sesh.
    14 jam yang lalu ·

  • Idan Radzi anak buah suka nak tanam kelapa sawit; mmg tapak estet tu sesuai cumanya babi & kerbau liar banyak amat kat kampung tu kena ada orang tenguk!... teman minat nak buat hutan simpan saja tanam sentang... babi pun tak mahu makan pahit...
    14 jam yang lalu ·

  • Idan Radzi dah tanya kawan org KL awal2 buka mulut dia dah minta RM8K; padahal barangan sekitar RM3K sahaja; teman tak cukup kayu; maka atap dapor tak tukar lagi; fikir2 kut esok nak ikat batu berubah bumbung; tu yg zink ada yg lebih!...
    13 jam yang lalu ·

  • Idan Radzi Sini ramai Indon yg mahir bertukang; masalahnya permit; silap-silap masuk lokap eh! pulak... tuan rumah yang masuk lokap sebab simpan PATI ..... alamak kena pakai seluar dalam saja dalam lokap tu!...
    13 jam yang lalu ·
Di Meru aku lihat rumah banyak yang macam istana; tukang di sana murah; ramai yang tak kisah ikut Lamsam sahaja buat rumah; barangan tuan rumah beli; mereka pandai bertukang akan minta upah yang murah & munasabah. Ramai telah dapat PR di sana. Jadi tak mungkin tuan rumah masuk lokap.



Hari ini... punya Sembang.


Bila nak siap rumah kampung tu paksu?..
Lambat lagi kut duit tak ada kena tangguh tahun depan.


Nak buat dengan papan atau ikat batu?
kena batu juga; sebab penagih; kalau papan hari ini kita tinggal esok dah terkopak; barangan berharga kita simpan dalam konkrit; cadangnya begitu... bilik biasa mungkin kita buat bahan lain yang murah selain papan!.


kena betulkan sikit-sikit tak cukup duet nak betulkan semua secara serentak!.
Fiber Simen (Kalsiboard) kalau di Indon. popular! Di sini kita kena cari pembekalnya! Memang ada tapi tak pasti di sekitar kampung sana ada tak jual bahan ni.

Guna batu blok dengan simen cam biasa tu tak boleh ke?...
Bukan tak boleh; lagi bagus kalau banyak duitnya. Kalsiboard ini lagi murah banding papan; ianya nipis macam papan juga ramai dah guna bahan ini sebagai kepungan bilik atau dinding. cumanya kena cari orang yang mahir pasang bahan ini.

Yang murah pun okey paksu!.
Malaysia dah ada kilangnya; tapi mungkin kita tak meluas menggunakannya; di pejabat memang meluas tapi paksu ada berbual dengan rakan tempat kerja abangnya di Sungai Besar memang buat bilik dari bahan ini.


Janji rumh tu boleh siap... okeylah kan?.
Macam dapur tu memang kena buat dengan batu blok.

Bilik tidur rasanya tak perlu guna batu blok, kita guna Kalsiboard saja.


Bilik air pun kena batu rasanya
Haa aah bilik air pun...
Cuma bilik tidur kita boleh fikir dari bahan lain letak barangan yang murah dalam bilik tidur tu tak kisah kalau org kopak.


Iyerlah.. jangan letak barang elektrik yang mahal-mahal sudah.. kat kampung tu ramai orang menagih ke?
Ramai lagi, sering kena tangkap... bila lepas masih menagih semula. Barangan elektrik macam TV murah tak apa... jangan LCD TV pulak. Nahas! paksu dah sedia 3 atau 4 buah TV Dugong untuk kampung! kalau Linda Google di internet .. Kalsiboard... atau Fiber Simen... Linda akan nampak menarik sangat bahan ini.
Iyer lah paksu menarik nak buat rumah kampung ni tapi kosnya tetap mahal, bilalah nak siapnya rumah kita tu!.

Kalau ada duit esok paksu mulakan projek bina rumah dua bilik tu ... isunya duit paksu masih tak ada... tukangnya pula dah main-main. Nak buat pondok telaga pun nak minta upah yang bukan-bukan. Bayangkan barangan sekitar RM2 ribu dia nak upah RM6 ribu!. Sebab tu paksu bekukan dulu projek tu; kena tanya tukang lain kalau buat rumah barangan harga mahu makan bajet RM10K . Upah tak lebih dari harga barangan. Mungkin upah kita anggarkan RM5K.

Kes telaga pusaka t... barangan RM2K. Upah paling mahal seribu atau seribu setengah lojiklahkalau buat bertiga sehari katakan RM250, kalau lima hari baru siap makan belanja RM1,250 itu lojik congaknya. Takkan pasang 4 tiang; buat bumbung & simen lantai makan masa sampai seminggu dua. Maknanya buat pondok telaga tu perlu guna bajet sekitar RM3.5K sahaja. Rumah pondok dua bilik lantai konkrit mahu RM15 masuk upah!.

Perlukan sekitar RM20K juga baru boleh tinggal di kampung halaman sendiri!. Kena menabung dari sekarang!. Atau ada antara anda mahu membantu!. Sebelah kanan blog ini ada nombor akaun saya yang masih aktif.

Siapa kah yang berhak menerima zakat?


Mereka itu (mustahikkin zakat) tersebut didalam Al-Quran seramai lapan orang.

انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل

Zakat hanya diberi kepada:

1. Fakir, orang yang pendapatannya kurang daripada lima puluh peratus keperluan hariannya, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 24 dan kebawah.

2. Miskin, orang yang pendapatannya lima puluh peratus dan keatas daripada keperluan hariannya tetapi tidak sampai seratus peratus, seperti dia memerlukan RM. 50 tetapi pendapatannya hanya RM. 25 dan keatas serta tidak mencapai RM. 50.

3. Amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

  • Orang yang memungut zakat.
  • Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
  • Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
  • Kerani zakat.
  • Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

4. Mualaf ialah orang yang dijinakkan hatinya, mereka ada lima jenis:

  • Orang kafir yang baharu masuk islam dan lemah imannya.
  • Orang kafir yang masuk islam yang kuat imannya tetapi dia mulia dikalangan kaumnya, diberikan zakat kepadanya supaya masuk islam kaumnya.
  • Segala orang islam yang menjaga sempadan negara kerana menjaga orang islam yang lain dari kejahatan kafir dan penderhaka yang hampir keduanya dengan sempadan negara. Diberikan zakat kepada mereka supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang islam yang boleh mengambil zakat daripada mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan menghantar zakat itu kepada pemerintah dan orang yang menakutkan orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat supaya menghantar zakat pada pemerintah. Di beri zakat kepada mereka itu supaya berjinak hati mereka dengan pekerjaan mereka itu.
  • Orang yang mengambil zakat dari kaum yang sukar amil (orang yang memungut zakat) sampai kepada kaum itu, sekalipun kaum itu bukan orang yang menegah zakat. Orang ini tidak diberikan zakat dari habuan amil tetapi habuan mualaf kerana mereka tidak dilantik oleh pemerintah untuk memungut zakat. Amil hanya boleh dilantik oleh pemerintah.

5. Hamba mukatab ialah seorang hamba yang dijanjikan merdeka dengan syarat membuat pembayaran kepada tuannya, diberikan zakat dengan syarat sah akad kitabahnya (akad merdeka dengan pembayaran).

Di bawah ini syarat sah akad kitabah:

  • Harga hendaklah diketahui.
  • Pembayaran mestilah sekurang-kurang dua kali. Tidak sah akad kitabah dengan sekali bayar.

Zakat yang diberi kepada hamba mukatab hanya sekadar pembayaran yang melepaskannya daripada kehambaan.

Sekiranya hamba itu telah membayar dengan harta yang lain daripada harta zakat atau hamba itu tidak berkemampuan membayar dan tidak berlaku kemerdekaan maka wajib dia memulangkan semula harta zakat itu.

6. Orang yang berhutang. Mereka ini ada empat jenis:

  • Berhutang kerana hendak mendamaikan dua orang, atau dua puak yang berbantah tentang pembunuhan atau harta yang hilang. Diberikan zakat kepadanya sekadar membayar hutang sekalipun dia kaya.
  • Berhutang pada suatu yang umum manfaatnya seperti berhutang kerana buat jamuan, kerana membina masjid, kerana membaiki masjid, kerana membina jambatan, dan lainnya. Diberikan zakat kepadanya sekalipun dia kaya.

Peringatan tidak boleh beri zakat kerana hendak membina masjid, atau beri zakat kepada masjid, madrsah dan sebagainya disini zakat diberi pada orang yang berhutang kerana membina masjid.

  • Orang yang berhutang kerana tujuan diri sendiri dengan syarat dibelanjakan hutang itu pada berbuat kebajikan atau pada pekara yang harus.

Syarat diberi zakat kepadanya hendaklah hutang sudah sampai masa pembayaran dan orang yang berhutang papa yakni tidak mampu membayarnya.

  • Orang yang menjamin atau mengaku hendak membayar hutang orang lain, diberi zakat dengan syarat orang yang menjamin dan orang yang berhutang papa keduanya.

7. Orang yang berperang di jalan Allah. Syarat diberi zakat kepada mereka itu hendaklah mereka itu bukan tentera yang di daftar dan mendapat gaji, bahkan mereka itu berperang secara sukarela.

Diberi zakat untuk membeli alat peperang, kenderaan, belanja perjalanan dan belanja yang digunaka semasa dalam peperangan.

8. Ibnu sabil ialah orang yang musafir sama ada lelaki atau perempuan yang hendak musafir dari negeri zakat atau dia singgah dinegeri zakat, seterusnya hendak kembali kenegerinya atau meneruskan perjalanan ketempat lain.

Zakat yang diambil oleh mereka yang no. 1 hingga no. 4 menjadi milik sempurna yakni mereka itu boleh membelanja kepada apa sahaja perbelanjan yang diharuskan, kerana mereka yang berada selepas huruf ل yang memberi makna milik, bersalahan mereka yang berada selepas huruf في yang memberi makna pada tujuan mereka mengambil zakat, maka maknanya tujuan mereka mengambil zakat hendak memerdekakan diri, hendak membayar hutang, hendak berperang di jalan Allah, hendak musafir.Mereka yang duduk no.5 hingga no. 8 hanya boleh membelanja pada tujuan mengambil zakat seperti orang yang berhutang hanya diberikan sekadar pembayar hutang, sekiranya ada lebih wajib dia memulangkan wang zakat itu. Seperti itu juga orang yang mengambil zakat kerana berperang maka dia hanya membelanja zakat itu pada tujuannya sahaja iaitu perbelanjaan semasa berperang, pergi balik, alat peperangan dan lain pekara yang bersangkut dengan peperangan . mereka tidak boleh menguna pada yang lain. Mereka wajib memulangkan sekiranya ada lebih apabila mereka sampai di tempat kediamannya.

Syarat orang yang mengambil zakat:

  • Merdeka. Hamba tidat boleh mengambil melainkan hamba mukatab.
  • Islam. Haram memberi zakat kepada kafir.
  • Bukan anak cucu bani Hasyim dan bani Muttalib. Mereka ini haram mengambil zakat.
  • Bukan orang yang dibawah tanggungan orang yang memberi zakat. Maka seorang ayah tidak boleh memberi zakat kepada anaknya atas jalan fakir, miskin, adapun selain dari fakir dan miskin seperti anak itu berhutang harus ayah memberi zakat kepada anaknya. Begitujuga orang lain yang ada tanggungan dibawahnya.
  • Bukan orang yang di tahan dari memperguna harta dengan sebab bodoh, kanak-kanak, atau gila, yakni tidak diberi zakat pada tangan mereka itu tetapi hendaklah diserahkan kepada walinya.

الأقارب kerabat

  • Seorang suami tidak boleh memberikan zakatnya kepada isteri, karena ia berkewajiban untuk menafkahinya. Jika ia memberikan zakat kepadanya, maka seperti orang yang memberikan pada diri sendiri. Sedangkan isteri boleh memberikan zakatnya kepada suami menurut jumurul ulama, seperti dalam hadits isteri Ibnu Mas’ud yang bertanya kepada Rasulullah saw. bersama dengan seorang wanita Anshar. Rasulullah menjawab, لهما أَجران أَجر القرابة وأجر الصَّدقة “Keduanya mendapatkan dua pahala, pahala zakat dan pahala kerabat.” (Asy-Syaikhani)
  • Tidak boleh memberikan zakat kepada kedua orang tua, jika ia yang berkewajiban menafkahinya, sebab ini sama dengan memberi kepada diri sendiri. Sebagaimana tidak diperbolehkan memberikan zakat kepada anak yang menjadi kewajibannya.
  • Diperbolehkan memberikan zakat kepada kerabat lain, bahkan menurut madzhab Hanafi –yang memperluas kewajiban nafkah itu kepada kerabat– tetapi tidak menjadikannya penghalang diberi zakat. Sebab, penghalang zakat itu adalah bersambungnya manfaat antara pemberi dan penerima zakat, yang mengesankan bahwa ia memberikan pada diri sendiri seperti yang terjadi pada suami isteri, kedua orang tua dan anak.
Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:

Situs tentang Zakat KLIK