iDAN

04 Ogos 2011

Penatnya


Alahai Penatnya Puasa

Limbat


Clarias Nieuhofii atau bahasa kampungnya Limbat semakin pupus; masa sy zaman kanak-kanak rajin ngail ikan ini di telaga buta...

Limbat (Clarias nieuhofii) adalah sejenis ikan keli yang bertubuh panjang dan (umumnya) kekuning-kuningan. Ikan ini menyebar luas di Asia Tenggara termasuk di Semenanjung Malaya, Jawa, Sumatra, Kalimantan hingga Filipina. Di Jambi disebut lembat, di Jakarta dikenal sebagai lindi.

Menarik ikan ini di badannya ada tanda bintik-bintik

KHASIAT IKAN KELI


Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi

(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.


Tips:

Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli; membantu menyelesaikan masalah kemandulan dapat menyuburkan rahim; ianya juga boleh merawat kanser awal.

Terapi Sayuran & Buah Untuk Kesuburan

Untuk mencapai kehamilan, tak hanya pola hidup sehat, namun berat badan serta asupan makanan yang masuk ke dalam tubuh pun ternyata juga harus dijaga dengan baik.

Membatasi asupan makanan padat kalori terutama karbohidrat dan lemak serta mengonsumsi makananan yang bermanfaat untuk ‘menyuburkan’ adalah langkah awal untuk mengupayakan kehamilan. Misalnya mengonsumsi makanan yang berfungsi untuk meningkatkan fungsi reproduktif, seperti; makanan yang mengandung vitamin E, C, B12, asam folat, betakaroten, zat besi, seng, dan selenium.

Masih berhubungan dengan makanan, kini ada alternatif lain yang bisa dilakukan oleh pasangan yang ingin memiliki momongan, yaitu terapi yang memanfaatkan sayur dan buah-buah. Jadi, daripada Anda mengonsumsi obat berbahan dasar kimia, mengapa tak mencoba terapi berikut sayur dan buah berikut yang terbukti lebih murah dan sama sekali tanpa efek samping?

Pegagan
Biasa juga disebut dengan antanan. Di Jawa Barat, tanaman merambat ini sering dikonsumsi sebagai lalapan segar. Biasanya dalam makanan asinan Bogor, pegagan ini digunakan sebagai salah satu sayuran dalam racikannya.

Dalam pegagan terkandung madecocassosida, yaitu semacam zat gizi pada makanan yang dapat merangsan produksi kolagen dalam tubuh serta regenerasi sel telur (ovum) pada perempuan dan sel sperma pada laki-laki. Tak hanya itu, tamanan ini juga mengandung karoten yang berperan tak hanya sebagai antioksidan tapi juga menjaga mutu sperma dan sel telur. Caranya dengan melindungi dinding sperma dan sel telur dari kerusakan akibat radikal bebas. Mineral-mineral seperti kalium, natrium, kalsium, besi dan fosfor dalam pegagan juga penting bagi kesehatan tubuh. Sertakan daun segar ini dalam menu harian Anda untuk mendapatkan manfaatnya secara maksimal.

Kemangi
Kemangi juga dikenal sebagai sayuran yang dapat dimakan segar sebagai lalapan. Tak hanya membantu menghilangkan bau badan serta bau mulut. Kandungan arginine yang terkandung di dalamnya ternyata dapat berfungsi untuk memperkuat daya tahan hidup sperma. Sperma yang memiliki daya tahan hidup bagus sangat diperlukan untuk proses pembuahan sel telur. Sedangkan kandungan boron di dalam tanaman beraoma wangi ini berperan untuk merangsang hormon estrogen yang sangat berperan dalam sistem reproduksi perempuan.

Jambu Biji Merah
Buah lokal ini sangat mudah sekali di dapat. Selalu ada di pasar atau supermarket tanpa mengenal musim. Pilih bagian buah yang berwarna kuning cerah serta bagian dalamnya berwarna merah segar. Bagian dalam buah jambu yang berwarna merah inilah yang kaya akan kandungan likopen. Likopen dalam buah ini bersifat antioksidan dan menyuburkan sistem reproduksi pria. Oleh karena itu, konsumsi jus jambu biji merah secara rutin juga dapat meningkatkan kesuburan pada pria.

Daun Katuk
Siapa bilang tanaman ini hanya digunaka para ibu untuk memperlancar produksi ASI. Kandungan fitokimianya terbukti sangat bermanfaat untuk memaksimalkan mutu serta jumlah sperma, termasuk membangkitkan vitalitas seksual pada pria.

Daun wortel
Tak hanya umbinya, daun wortel pun ternyata dapat diolah sebagai makanan yang menyehatkan dan ‘menyuburkan’. Kandungan porphyrins di dalam daun wortel dapat membantu merangsang kelenjar pituary untuk memproduksi hormon seks lebih banyak. Selain dapat dikonsumsi mentah sebagai lalapan, daun wortel dapat diolah bersama buahnya menjadi berbagai macam hidangan sup atau tumisan.

Semangka
Semangka mengandung sitrulin. Sitrulin merupakan senyawa senyawa pembangkit gairah yang kemapuhannya hampir setra dengan viagra. Senyawa kelompok asam amino ini dapat memicu produksi nitrit oksida, yang berperan dalam peningkatan kemampuan seksual pria. Sitrulin juga mudah diserap tubuh dan mengalir dalam darah.

Di India pernah dilakukan penelitian terhadap 30 pasangan tidak subur, khususnya terhadap laki-laki dari pasangan tersebut yang berusia 23-45 tahun. Mereka memiliki masalah dengan sperma, yakni jumlah sperma terbatas, struktur sperma tidak normal,dan pergerakannya lamban. Dua kali dalam sehari mereka diberi makanan kaya likopen yang masing-masing menyumbangkan 20 mg likopen (setara 1/2 bagian semangka) selama 3 bulan terus-menerus. Hasilnya, setelah 3 bulan menjalani terapi, rata-rata jumlah sperma meningkat 67%, struktur sperma mengalami perbaikan sebanyak 63%, dan kegesitan sperma melonjak hingga 73%. Yang mengejutkan, 6 di antara laki-laki yang tadinya tidak subur ternyata dapat membuat istrinya hamil. Jadi, tidak ada salahnya jika ingin mendapatkan keturunan kita meningkatkan konsumsi semangka.

03 Ogos 2011

Masalah Tanah di Sabah merebak ke Semenanjung!.

Tanah kampungku habis dipagar kaum asing atas nama syarikat
hak milik bukan orang asal di kampung kami. Pernah berlaku kejadian di mana
penduduk kampung ditetak dengan parang oleh kaum cina lantaran berikan atau menjaring ikan di tanah ini. Dulu memang bumi ini hak milik nenek moyang kami tetapi demi pembangunan penduduk kampung dipujuk jual tanah untuk dilombong. Akta tanah tidak memihak kepada pemilik asal, sekarang tanah ini bertukar tangan kepada bukan Melayu. Pemastautin Tetap (PR) dari Indon yang memilikinya. Sebaiknya ianya biarlah kekal sebagai Rizab Melayu demi menjaga Jati Tanah ini yang asalnya Tanah Melayu. Sila semak berapa banyak Mukim Teja Kampar Perak ini telah menjadi hak milik kaum asing sejak 15 tahun lalu!. Angkara siapa semua ini boleh berlaku!.

PATI IC PROJEK KINI MENJADI 'RAJA' DI TANAH ADAT?

LAPOR.... Ninah (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebelum ini namuntidak diambil tindakan oleh polis memaksa Ninah membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Manakala suami Ninah memegang surat keputusan penyiasatan tanah yang memberi hak kepada Wahab untuk mendapat sebahagian tanah adat yang diusahakan keluarga Ninah.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM

PENDATANG tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek bukan sahaja berani menjadi Ketua Cawangan UMNO, malah merampas tanah adat dan bersubahat dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah untuk mendapat geran hak milik ke atas tanah adat yang diceroboh.

Seorang pewaris tanah adat, Ninah Binti Gaya, 34, memaklumkan beliau tidak pernah menyangka tanah adat peninggalan arwah ayahnya, Gayah Bin Mansur di Kampung Silam telah diceroboh dan cuba dirampas Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood, Haji Wahab Bin Nonong.

“Menurut bapa saudara saya, tanah ini adalah tanah adat kerana kami pohon atas geran NT apabila salah seorang pemohon asal, Allung Laedin tidak lagi berminat atas tanah yang diteroka dan menjual bahagiannya kepada bapa saya,” ujar Ninah yang mendakwa PT79114519 yang dipohon oleh bapanya telah dibatalkan sedangkan Allung telah menyerahkan bahagiannya PT 72111313 kepada arwah bapanya.

Kata Ninah, Wahab yang sebelum ini menumpang di tanah arwah bapanya telah menggunakan surat kuasa palsu untuk memperdaya Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu kerana beliau memohon tanah tersebut melalui PT 89110399 menggunakan pelan tanah yang diduduki keluarga Ninah selama ini; sedangkan pada dasarnya Wahab memohon kawasan lain.

“Saya terkejut kerana Kerajaan mengeluarkan Geran Draf CL 115403640 atas nama Wahab Bin Nonong di atas tanah adat yang kami duduki sejak 1950-an lagi, walaupun beliau hanya menumpang tanah adat milik keluarga kami,” ujar Ninah yang kesal kerana kecuaian Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan geran draf berkenaan.

Setelah dibantah mengikut Seksyen 15, Ordinan Tanah Sabah, Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir telah memanggil Ninah dan Wahab ke Pejabatnya pada 5 Mei 2009 untuk menyelesaikan bantahan tersebut dengan memerintah tanah tersebut dibahagi sama rata dengan Ninah.

PPHT juga mengarahkan agar geran draf CL 115403640 yang telah dikeluarkan atas nama Wahab Bin Nonong dibatalkan selaras dengan Seksyen 88, Bab 68, Ordinan Tanah Sabah.

“Bagaimana boleh dibahagi dua sedangkan Wahab tidak berhak ke atas tanah ini kerana adik beradik saya ramai. Keputusan ini tidak adil dan saya percaya berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sehingga Wahab diberikan geran draf yang hampir melupuskan hak kami jika saya tidak membuat bantahan,” ujar Ninah yang mendapat perintah mentadbir harta pusaka arwah ayahnya daripada Mahkamah Syariah Tawau.

Tegas Ninah, PPHT tidak berhak untuk menentukan pertikaian dan memutuskan tanah adat berkenaan diserahkan kepada pemohon lain yang tidak ada kena mengena dengan keluarganya.

Sehubungan itu, Ninah mendesak agar Pengarah Tanah dan Ukur campurtangan untuk menyelesaikan pertikaian tanah tersebut dan polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wahab Nonong kerana menceroboh tanah adat keluarganya.

Ninah turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Wahab boleh mendaftar permohonan tanah dan diberikan kelulusan di atas tanah adat yang diduduki keluarga sejak zaman colonial sehingga kini.

Bagi menegaskan tindakan beliau, Ninah telah menghubungi peguamnya dan membuat laporan polis, LDD/RPT/1777/10 pada jam 11.20 malam, 17 Mac 2010 dan mendakwa bahawa;

“PADA jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di rumah Taman Kafoh, No.10, Jalan Segama Lahad Datu, saya dimaklumkan oleh bapa saudara saya, Hj Aspala Bin Sahiran bahawa tanah yang kami duduki seluas lebih kurang 15 ekar adalah tanah adat yang telah diusahakan oleh bapa saya. Sebagai pewaris yang sah yang mendapat perintah pentadbir harta pusaka Gayah Mansur, saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan dibawah undang-undang jenayah terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau bersubahat sehingga kerajaan mengeluarkan geran draf CL 11543640 kepada Hj Wahab Bin Nonong No kad pengenalan H0568477 secara tidak sah, culas dan bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah.

Laporan ìni juga dbuat terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah menceroboh tanah adat milik keluarga saya dengan menebang beberapa pokok dan menanam kelapa sawit di atas tanah yang telah diceroboh. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu kerana gagal mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah mengugut untuk membakar rumah yang kami duduki sejak 39 tahun lalu jika kami tidak keluar daripada tanah berkenaan; walaupun saya telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu melalui LDD/PRT/584208 pada 7 Oktober 2008. Laporan ini juga dbuat terhadap Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir kerana telah memberikan sebahagian tanah adat tersebut kepada Hj Wahab Bin Nonong melalui pembicaraan tanah melalui surat LE 46/2008/(18) bertarikh 5 mei 2009; sedangkan beliau tahu bahawa Hj Wahab tidak berhak ke atas tanah berkenaan.”

Dalam pada itu, Siasatan Sabahkini.net mendapati Wahab adalah pendatang haram Filipina yang mendapat kad pengenalan projek bernombor H0568477 dan kini memegang Mykad 400103-12-5117 merupakan Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood dan pemilih berdaftar di Kampung Silam, daerah mengundi Sapagaya, Lahad Datu.

Wahab menggunakan pelbagai nama sebelum mendapat kad pengenalan dan pernah bekerja dengan Pacific Hardwood. Menurut rekod surat nikah adik kandungnya, Siti Nohi Bin Upau, nama Wahab dicatatkan sebagai Kowon Bin Upau dan pernah menggunakan beberapa nama seperti Konong, Nonong dan kini menggunakan salah satu daripada nama Tuhan, ‘Wahab’ (sewajarnya ada Abdul sebelum namanya).




ADIK..... Adik Wahab Nonong bernama Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 IP-12071-3076 berlatar belakangkan rumah Wahab.


Sehingga kini adik Wahab, Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 sedangkan Wahab yang datang bersama adiknya telah mendapat kad pengenalan projek dan berlagak sebagai ‘Raja Tanah’ setelah menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Pejabat Imigresen Lahad Datu yang berdiam diri selama ini mempunyai rekod Wahab namun belum bertindak kerana Wahab menjadi penyokong kuat Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; melainkan jika Jabatan Imigresen disapena ke Mahkamah untuk memberi keterangan siapa Wahab sebenarnya dan bagaimana beliau boleh mendapat kad pengenalan projek dan merampas tanah adat milik Anak Negeri Sabah.

Penduduk tempatan di Silam hairan kenapa Polis gagal memberkas Wahab yang melakukan jenayah menceroboh tanah dan mengugut untuk membakar rumah Ninah sedangkan laporan polis dibuat?

http://sabahkini.net

iDAN:

Tanak pusaka milik kami seiras ini masalahnya, mereka boleh buat demi laba; menjajah tanah milik asal hanya sebab tak bayar cukai!. Pemilik tetap akan rugi; samalah ceritanya bagaimana Rizab Melayu terpaksa dijual dengan nilaian RM5k kemudian ditukar status tanah kepada nilaian yang sampaikan ratusan ribu RM. Mainan apa semua ini.

Akta tanah lebih memihak kepada PATI (Indon Islam) sebab mereka ini hanyalah sebagai dalang; selalunya PATI ini akan kahwin dengan cina yang masuk Islam atas nama. Kuasa duit atau ekonomi cina yang kukuh terus membuatkan tanah hak pemilik asal tergadai (lelong). Ini yang berlaku kepada tanah pusaka kami.

Penyelesai bagi tanah ini; akta harus dipinda semula; jangan lepaskan tanah bumi ini kepada PATI. Tanah Melayu sebagai tanah Hak Milik Bebas; atau Geran Tetap; kembalikan kepada pemilik asal dengan hanya memberi hak Tanah Pajakan atau Tanah Tol kepada PATI. Pajakan pula tak munasabah sampai 99 tahun; umur manusia kini sekitar 60an sahaja. Ambil jalan tengah dengan hanya sepanjang hayat pemilik; setelah meninggal waris kena memohon semula atau kembalikan kepada pemilik asal ikut keperluan semasa.

Baik indon, cina atau india; bumi mereka masih luas kenapa mesti nak jajah bumi ini Tanah Melayu. Duit boleh dicari tapi tanah tumpah darah adalah pemberian Ilahi.

Lihat sejarah telah pun terbukti.

Ananda Krishnan

ananda krishnan maxis astro klcc

ananda krishnan

Siapa tak kenal kan? Orang nombor dua kaya di Malaysia. ananda krishnan pemilik syarikat telemonikasi Maxis dan TV Swasta Astro( TV berbayar ). Hotlink 017 pun berada di bawah Maxis. Bila tiba hari perayaan mula la Maxis sekat panggilan. Harga murah, memang murah dan mesra pengguna siap buat Jomheboh.patut la ramai remaja buat maksiat suka pergi Jomheboh. Di Jomheboh tak meriah tanpa kehadiran Hotlink. Astro TV Swasta berbayar Malaysia, bila tak bayar sikit.sekali kita lambat buat bayaran, habis tak dapat tengok akademi fantasia dan Drama berpeluk-peluk dan hiburan yang melekakan. Tapak buat KLCC ni sebenarnya milik ananda krishnan, kawan baik Tun M. Kaya memang kaya di Malaysia.

Tony Fernandes

tony fernandes Air Asiatony fernandes Air Asia

Pemilik syarikat kapal gedebang kapal terbang tambang murah Air Asia di Malaysia. tony fernandes seorang lelaki suka perempuan cantik diambil kerja sebagai pramugari. Muka tak cantik jangan harap lah nak diambil kerja. Dah menang banyak anugerah kapal terbang terbaik. tony fernandes pernah buat taruhan gila tahun lepas. Semua tu tak masuk. Semua hanya kerana gila dan cintakan dunia. Kereta F1 lotus tu bukan boleh terbang pun. Tak payah la buat taruhan bodoh tu. Lebih laku naik Udara Asia. Kaya memang kaya di Malaysia. Buat apa Perhimpunan Haram Hindraf?

Terkini tony fernandes AirAsia bakal memindahkan ibu pejabatnya bagi kawasan serantau dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Oktober depan. Mana ada kaum luar ini ingat nak majukan negara ini. Janji keuntungan lebih, pasti dia akan melabur ke luar negara. Bangsa kita terkapai-kapai nak cari kerja! atau rezeki di tanah air sendiri; kaum lain berniaga & korek hasil bumi ini, lihat hutan bumi kita gondol, gunung kita rabek siapakah tauke yang buat duit haram dengan hasil kekayaan bumi kita ini.

*Entri ni bukan bersifat perkauman. Cuma kita lihat di negara asal diaorang. Adakah mereka dapat merasa kesenangan di bumi bertuah Tanah Melayu. Apa hak kaum india nak tuntut di Tanah Melayu. Masih tak cukup ke segala kekayaan di bumi bertuah digali. Manusia yang tamak akan selalu rugi. Cuba bayangkan kesusahan ditinggal di negara asal india. Bukan kaum india, cina pun dapat merasa betapa susah tinggal di Tanah Besar china.

Kenangkan sejarah bagaimana kaum kita Melayu kena sula penjajah; berjuang mati-matian mahu memerdekakan negara ini. Kaum asing ketika itu cuma ada sekitar RM2 juta adakah sejarah mereka ini menolong kita. Nah sekarang bilangan mereka telah hampir mengatasi kita orang Melayu.

Bersyukur lah atas nikmat rezeki pemberian Illahi. Nanti bila dah kena halau. Nak tinggal di mana? dalam lautan mendalam tu. Boleh hidup ke tinggal dalam laut tu? bersyukur atas nikmat rezeki kurniaan Illahi. Jangan gadai hak milik asal bumi ini. Tanah terutamanya.

Dari: http://www.ali-alridha.com

Bintang Hindustan 60an yang kacak

Masa ini memang Shashi Kapoor amat kacak
banyak filemnya yang menambat hati
peminat filem Hindustan.

02 Ogos 2011

Untuk BPA di JPM Putrajaya.

RIZAB MELAYU & TANAH ADAT

Cenderai tidak diendah lagi
remenia tidak berbuah lebat
ikan pilai lawan telah pupus
air sungai semakin keruh.

(Kampung ini kian hilang damai
lantaran fahaman politik berpecah dua
yang satu puak mencari laba dunia
tanah pasir lombong habis dijual
yang satu lagi suaranya terkunci
sayang tanah air tak memberi erti.)

Tempua tidak lagi bersarang rendah
Punai lari merajuk ke hutan rimba
Belibis sepi tak kenal anak seluang
Merbah liar kelaparan mencari remunai.

(Keindahan kolam teratai kini berantai
dipagari orang asing menternak ayam itik
bertam & petai diceroboh pembalak haram
tak siapa lagi dapat bebas memancing
kerbau liar pun semakin sukar berkubang.)

Aku sayang kampung tradisi ini
tapi aku telah hilang hak milik tanah
lantaran akta tanah yang amat disanjungi
oleh pemerintah yang tak kenal erti.

: Hak milik pusaka rakyat asal atau rizab pribumi
semua dilelong cara terbuka bak menjual negara.

iDANRADZi
Desa Tualang, Kota Bharu, Perak.

Orang Asli lapor SPRM disogok ‘tutup mulut’
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 7 Julai: Seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Paya Mengkuang dekat sini, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana mendakwa disogok oleh penceroboh tanah miliknya supaya ‘menutup mulut’.

Juri a/l Husin, 29, membuat laporan tersebut berikutan rasa tersinggung seolah-olah beliau tidak ada maruah dan boleh dijual beli sedangkan pencerobohan oleh individu berkenaan melibatkan tanah adat mereka yang sepatutnya dipertahankan.

Dalam laporannya, Juri berkata awal minggu lalu beliau telah mendapati tanah adat dan tanah pusaka miliknya diceroboh oleh seorang pemimpin Umno tempatan dengan cara menggunakan jentolak sehingga memusnahkan pokok getah dan kubur nenek moyangnya di atas tanah tersebut.

“Pada Ahad lalu saya dan rakan-rakan sekampung telah pergi ke tanah tersebut bersama-sama dengan peguam dan wartawan menunjukkan kesan pencerobohan itu.

“Tetapi petang kelmarin, ketika balik ke rumah emak saya memberitahu ada dua orang lelaki datang. Seorang dikenali dengan Din Kerbau dan seorang lagi anggota polis, telah memberi amaran supaya saya tidak menghebahkan hal tanah adat yang diceroboh itu jika tidak mahu ditahan polis sedangkan saya ada anak,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM Cawangan Temerloh, di sini.

Tambahnya, Din selepas itu memberikan wang RM1,000 melalui emaknya supaya beliau menutup mulut dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pencerobohan tanah adat Orang Asli.

“Saya tidak puas hati kerana merasakan wang tersebut adalah sogokan dan sebelum itu ada ugutan supaya saya berdiam diri daripada mempertahankan tanah saya sendiri. Bagi saya ini satu penghinaan seolah-olah kami tidak ada maruah dan boleh dibeli dengan harga murah,” ujarnya.

Menurut Juri, di kampung Paya Mengkuang terdapat 643 orang penduduk dengan 153 keluarga Orang Asli dari suku Jahut.

Katanya, nenek moyang mereka telah tinggal di sini sejak sebelum bah besar tahun 1926 lagi.

Seorang aktivis Orang Asli Roman a/l Achai yang turut hadir memberi sokongan kepada Juri, menyalahkan kerajaan negeri kerana enggan menggazetkan rizab Orang Asli sehingga banyak tanah adat mereka sudah terlepas ke tangan orang lain.

Kata Roman, untuk tanah yang didakwa kawasan rayau Orang Asli di Paya Mengkuang sudah enam tahun diceroboh sehingga keluasan asal 1,870 ekar kini sudah kurang daripada 1,000 ekar yang tinggal.

Difahamkan tanah tersebut diserahkan kepada 40 orang peserta, dari Desa Murni Sanggang untuk Tanam Semula Kelompok (TSK) tetapi tidak ada seorang pun daripada kalangan Orang Asli di situ.

“Kami pernah hantar memorandum kepada kerajaan dalam hal rizab Orang Asli tetapi tidak ada susulan walaupun kerajaan janji nak selesaikan. Kami dah pernah bincang dengan wakil rakyat sini dan menteri tetapi dengan Menteri Besar belum lagi.

“Dulu Orang Asli berpindah randah, sebab itu adat resam mereka. Sekarang dah tinggal setempat. Jika jalan, hutan, sungai tanah Melayu semuanya ada rizab jadi kami Orang Asli mahukan tanah rizab kami juga. Kami hanya mahu pertahan hak kami bukannya kami minta hak orang lain.

“Tanah adalah nyawa kami, tanpa tanah kami tak boleh hidup. Semua Orang Asli di sini hidup dengan tanaman yang ada, tidak ada sumber lain. Jika sumber ini dah hilang ke mana lagi Orang Asli nak pergi?” soalnya.

Tambah Roman, kini Orang Asli sudah sedar hak mereka.

Jika isu lapuk Orang Asli sudah setengah abad masih tidak boleh diselesaikan, nampaknya terpaksa selesai dengan menukar kerajaan.

iDAN: Bila bumi ini telah maju, maka tumbuhlah hutan batu seperti menara Suria KLCC, sila baca forum ini bagaimana kaum kita tak mampu lagi menyewa tempat elit begini untuk berniaga pihak yang mabuk pembangunan ini akan tetap menuding kaum sendiri, dikatakan lembab tak mampu & meminta-minta. Sedangkan KL dulu sekadar pekan tempat orang kita berniaga... sila klik ini

http://bincang.net/forum/showthread.php?78881-Kelantan-Delights-KLCC-ditutup!!!&p=1701901&viewfull=1

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka Tentang Wanita

Lelaki dan wanita

Ramai yang tanya wanita apakah ciri-ciri lelaki idamannya. Ada yang cakap kacak, kaya, berpendapatan tetap, tinggi dan macam-macam lagi jawapan dari pihak wanita ni. Tapi pernahkan wanita mengambil tahu wanita bagaimanakah menjadi kegilaan lelaki. Apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka kepada seseorang wanita.

Kali ni moh kita baca apa yang lelaki suka dan apa yang lelaki tak suka mengenai wanita. Tips ni penting kerana sekarang ni wanita kan lagi ramai dari lelaki. Err. Kat Malaysia ni je lelaki lagi ramai. Jom baca

Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar.
2. Berbudi pekerti.
3. Murah hati.
4. Senyumannya manis.
5. Pandai memasak.
6. Pandai dalam menggayakan pakaian, tidak terlalu seksi dalam berpakaian.
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.
8. Tidak mudah naik angin, penyabar dalam banyak hal.
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Pendengar yang baik.
11. Berlebih kurang... tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibu keluarga pihak lelaki.
13. Wanita yang berjimat, cukup sekadar rezeki yang ada.
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri.
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan.
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang.
18. Saling bertukar hobi paling tidak menghormati hobi pasangan.
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh.
21. Wanita yang mengambil berat tentang pasangan, barangan pasangan tidak pelupa.
22. Tak memilih makanan.
23. Taat beribadah sentiasa mengingatkan pasangan.

Apa pula Yang lelaki tak suka :
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat.
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal.
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
4. Merokok.
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki.
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian.
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul.
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.
9. Wanita yang bersikap hipokrit.
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang, mudah menangis.
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya pengotor.
14. Tidak bertanggungjawab langsung.
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.
17. Boros berbelanja.
18. Tidak tahu atau malas memasak.
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
21. Asyik membandingkan kemewahan orang lain.
22. Sering buat keputusan tanpa berbincang bersama.
23. Beritahu bukan minta izin jika ke mana atau buat sesuatu.

iDAN : Bahan ini diolah dari situs rakan di Laman Sesawang.


01 Ogos 2011

Persamaan Duit Syiling Baru Dengan Bendera Israel



Duit syiling baru

Assalamualaikum semua pembaca. Taukah anda semua yang kerajaan Malaysia dah mula keluarkan duit syiling baru? Dah tau? Malu gila aku. Haha. Yelah tak kesah la. Nak cerita jugak. Sebenarnya ramai kaitkan duit syiling baru ni dengan bendera Israel. Kat mana kaitannya tu??Jom kita tengok.

Kalau tulis “Israel Flag On Malaysian Coin” pun ok juga kan aku rasa kat atas. Haha. Tu lah kaitannya yang dikaitkan dengan bendera Israel. Tapi Betulkah ia memang berkait dengan bendera Israel?? Anda semua rasa macam mana?

Biasa lah orang kita ni. Suka sangat berfikiran negatif. Aku rasa tak semestinya nampak bintang tu terus kita boleh tuduh ianya adalah lambang Israel ataupun Freemason. Cer tengok benda lain. Macam lambang kicap ke, Seluar dalam ke. Haaa. Ada jugak kot. Pakai pulak seluar dalam freemason? hehehe

Moh tenguk gambar lagi :

Jadi Janganlah jadi bangsa yang paling cepat menilai tanpa mengira bukti dan menuduh dengan membabi buta saja. Tambah-tambah bulan puasa ni kan!.

Arwah ibu lawat mayat anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADAN

Puasa pada bulan Ramadan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadan ke Ramadan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

  • PUASA WANITA YANG HAMIL

  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR

  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

30 Julai 2011

NILAI ILMU



Ilmu yang ada jangan diperdagangkan
ianya adalah anugerah dari Nan Esa
sekadar dimiliki sementara.

Adalah lebih baik diperkembangkan
sebagai sedekah insyaAllah janji Allah SWT
jika awak berikan ilmu yang ada tanpa berkira
ianya akan bercambah malahan akan diberikan tunas baru.

Sementelah sehebat mana pun ilmu di dada:

"Celuplah jari kelingking ke dalam lautan dan angkat jari tersebut.
Air yang ada pada jari tu adalah himpunan ilmu para manusia (ilmu dunia)
yang sebesar-besar laut itu lah ilmu Allah SWT."

Rasulullah tak pernah kaya biarpun ilmunya amat gah
berbanding kita asyik bangga akan status yag ada
seyogia bersandar ilmu sedikit egonya melangit.

:Tiada si kaya tiada zakatnya, si miskin jangan abaikan.

iDANRADZi Desa Tualang Perak.

26 Julai 2011

Kalender Astronomi 2011


Berikut ini adalah kalender astronomi mengenai kejadian antariksa yang terjadi pada tahun 2011:
  • 3-4 Januari 2011 - Hujan Meteor Quadrantids: Hujan Meteor Quadrantids merupakan hujan meteor di atas rata-rata dengan lebih dari 40 meteor terlihat pada saat puncaknya. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 3 dan 4, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 1-5 Januari. Waktu terbaik untuk menyaksikan adalah di lokasi yang sangat gelap setelah tengah malam. Lihatlah hujan meteor ini ke arah rasi Bootes.
  • 4 Januari 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 09.03 UT (Universal Time)
  • 4 Januari 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian akan tampak di sebagian Afrika Utara, Eropa, dan Asia. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 19 Januari 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 21:21 UT.
  • 3 Februari 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02.31 UT.
  • 18 Februari 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 08:36 UT.
  • 4 Mac 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20.46 UT.
  • 19 Mac 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:10 UT. Bulan purnama ini juga akan menjadi Bulan terbesar sepanjang tahun dikarenakan waktunya yang dekat dengan perigee, yakni titik terdekat Bulan dengan Bumi.
  • 20 Mac 2011 - Equinox Maret terjadi pada pukul 23:21 UT. Matahari akan bersinar tepat di khatulistiwa dan di seluruh belahan Bumi akan terjadi lama siang dan malam dalam waktu yang hampir sama. Hari ini juga akan menjadi awal musim semi (vernal equinox) di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim gugur (autumnal equinox) di belahan Bumi Selatan.
  • 3 April 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 14.32 UT.
  • 3 April 2011 - Oposisi Saturnus: Planet bercincin ini akan mencapai jarak terdekat dengan Bumi dan tersinari sempurna oleh Matahari. Waktu ini merupakan saat yang paling tepat untuk megamati Saturnus dan satelit-satelitnya.
  • 18 April 2011- Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02:44 UT.
  • 21-22 April 2011 - Hujan Meteor Lyrids: Hujan meteor Lyrids merupakan hujan meteor rata-rata dengan sekitar 20 meteor setiap jamnya terihat pada saat puncaknya. Meteor-meteor ini dapat menghasilkan jejak debu yang terang dan dapat bertahan selama beberapa detik. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 21 dan 22, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 16-25 April. Tahun ini, terangnya Bulan akan sedikit memudarkan meteor-meteor yang jatuh. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Lyra.
  • 3 Mei 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06.51 UT.
  • 5-6 Mei 2011 - Hujan Meteor Eta Aquarids: Hujan meteor ini tergolong hujan meteor ringan dengan sekitar 10 meteor tiap jamnya terlihat pada saat puncaknya. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 5 dan 6, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 4-7 Mei. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Aquarius.
  • 17 Mei 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 11:09 UT.
  • 1 Juni 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 21:03 UT.
  • 1 Juni 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari sebagian akan tampak pada sebagian Asia Timur, Alaska, Kanada bagian Utara, dan Greenland. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 15 Juni 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20:14 UT.
  • 15 Juni 2011 - Gerhana Bulan Total: Gerhana Bulan Total akan tampak di Amerika Selatan, Eropa, Afrika, Asia, dan Australia. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 21 Juni 2011 - Solstice Juni terjadi pada pukul 17:16 UT. Kutub Utara Bumi akan mengarah ke Matahari dengan posisi paling Utara di langit sehingga Matahari berada pada titik Troppik Cancer 23,44 derajat Lintang Utara. Pada saat ini maka menjadi awal bagu musim panas di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim dingin di belahan Bumi Selatan.
  • 1 Julai 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 08:54 UT.
  • 1 Julai 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian ini hanya akan tampak dari pantai Antartika. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 15 Julai 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06:40 UT.
  • 28-29 Julai 2011 - Hujan Meteor Delta Aquarids Selatan: Hujan Meteor ini dapat mencapai 20 meteor per jamnya pada saat puncak. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 28 dan 29, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 18 Julai-18 Ogos. Lihatlah hujan meteor pada arah rasi Aquarius.
  • 30 Julai 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:40 UT.
  • 12-13 Ogos 2011 - Hujan Meteor Perseids: Hujan Meteor Perseids merupakan salah satu hujan meteor terbaik dengan 60 meteor tampak setiap jamnya pada saat puncak. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 12 dan 13, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 23 Julai-22 Ogos. Pusat hujan meteor ini berasal dari arah rasi Perseus. Bulan Purnama akan mengganggu penampakan hujan meteor pada tahun ini.
  • 13 Ogos 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:57 UT.
  • 22 Ogos 2011 - Oposisi Neptunus: Planet biru ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Karena ukurannya yang kecil, Neptunus hanya terlihat sebagai sebuah titik biru dengan teleskop yang baik.
  • 29 Ogos 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 03:04 UT.
  • 12 September 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 09:27 UT.
  • 23 September 2011 - Equinox September terjadi pada pukul 09:05 UT. Matahari akan bersinar tepat di khatulistiwa dan di seluruh belahan Bumi akan terjadi lama siang dan malam dalam waktu yang hampir sama. Hari ini juga akan menjadi awal musim gugur (autumnal equinox) di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim semi (vernal equinox) di belahan Bumi Selatan.
  • 25 September 2011 - Oposisi Uranus: Planet biru-hijau ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Karena ukurannya yang kecil, Uranus hanya terlihat sebagai sebuah titik biru-hijau dengan teleskop yang baik.
  • 27 September 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 11:09 UT.
  • 12 Oktober 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02:06 UT.
  • 21-22 Oktober 2011 - Hujan Meteor Orionids: Hujan Meteor Orionids merupakan hujan meteor rata-rata dengan 20 meteor tampak setiap jamnya pada saat puncak. Puncak hujan meteor ini biasanya terjadi pada tanggal 21 tetapi berubah-ubah. Hujan Meteor dapat dilihat dengan baik pada tanggal 20-24 Oktober, tetapi dapat pula terlihat pada tanggal 17-25 Oktober. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Orion di langit.
  • 26 Oktober 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 19:56 UT.
  • 29 Oktober 2011 - Oposisi Jupiter: Planet terbesar ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Ini adalah saat terbaik untuk menagbadikan gambar Jupiter dan satelitnya karena Jupiter akan tampak sangat terang di langit. Teleskop berukuran sedang dapat mengamati detail dari awal Jupiter.
  • 10 November 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20:16 UT.
  • 17-18 November 2011 - Hujan Meteor Leonids: Hujan meteor Leonids merupakan salah satu hujan meteor terbaik dengan rata-rata 40 meteor per jamnya pada saat puncak. Hujan meteor ini memiliki siklus puncak 33 tahun dengan ratusan meteor dapat terlihat setiap jamnya. Puncak siklus terjadi pada 2001. Hujan meteor biasanya mencapai puncak pada 17 dan 18 November, tetapi dapat dilihat juga pada tanggal 13-20 November. Lihatlah hujan meteor ini dari arah rasi Leo.
  • 25 November 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06:10 UT.
  • 25 November 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian hanya dapat dilihat di seluruh Antartika, sebagian Afrika Selatan, dan Tasmania. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 10 Disember 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 14:36 UT.
  • 10 Disember 2011 - Gerhana Bulan Total:Gerhana Bulan ini dapat dilihat di kebanyakan wilayah Eropa, Afrika bagian Timur, Asia, Australia, Samudera Pasifik, dan Amerika Utara. (NASA Map and Eclipse Information))
  • 13-14 Disember 2011 - Hujan Meteor Geminids: Diyakini sebagai hujan meteor terbaik yang ada di langit karena menghasilkan lebih dari 60 meteor yang berwarna-warni setiap jamnya pada saat puncaknya. Hujan Meteor dapat dilihat dengan baik pada tanggal 13 dan 14, tetapi dapat pula terlihat pada tanggal 6-19 Disember.
  • 22 Disember 2011 - Solstice Disember terjadi pada pukul 05:30 UT. Kutub Selatan Bumi akan condong ke arah Matahari sehingga Matahari berada pada titik Tropik Capricorn 23,44 derajat Lintang Selatan. Ini adalah awal musim dingin (winter solstice) di belahan Bumi Utara dan awal musim panas (summer solstice) di belahan Bumi Selatan.
    24 Disember 2011 Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:06 UT.

NASA Skycal Sky Events Calendar

Ribuan teruja saksi gerhana matahari

26.7.11


ORANG ramai menggunakan penapis khas untuk menyaksikan gerhana bulan separa (gambar kecil) di Planeterium Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ribuan penduduk di negara ini teruja dengan fenomena gerhana matahari separa yang bermula tepat pada pukul 3.01 petang dan berakhir pada pukul 5.38 petang semalam yang direkodkan sebagai paling panjang pada abad ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Khairul Anuar Yazid berkata, di Malaysia, fenomena imej matahari dilindungi oleh bulan itu berlaku selama 2 jam 37 minit dan gerhana matahari separa pada tahap maksimum berlaku pada pukul 4.26 petang.

"Sementara itu, gerhana matahari penuh pula bermula di Afrika Tengah sebelum bergerak ke timur melalui Lautan Hindi, selatan India, Sri Lanka, Myanmar dan sebahagian selatan China," kata di sini semalam.

Orang ramai khususnya di ibu negara mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena tersebut di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara manakala di Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.