- Anda, Hanusi Hashim, Noorsyiela Bolhi, Tina Syawal dan 10 yang lain menyukainya.
- Idan Radzi aku meredah desa yang asing ini; pernah aku ke sini sekitar tahun 70an ketika remaja... sekarang aku makin tua makin rindu sepi desa tanpa deruan kenderaan yang kontras.
- Oja Rozalin Entah mcmana, sempat bsembang dgn epol dlm keta; mcdgkan kpd dy utk buat rmh di s'ban, tinggal disana...isunya ttg kesanggupan nak berulang-alik s'ban-kl. X sempat nak sampai ke majlis TW, lps check-out hotel..epol sgt2 nak merasa mkn kat Nasi Kandar Line Clear. Mlpsi terminal feri sdh sekitar pkl 4ptg.
- Idan Radzi Ada banyak ceritera rahsia aku di Jahang ini sebenarnya... tapi aku tak boleh ceritakan sebab kut nanti terbaca yang empunya diri akau timbul fitnah & kekeliruan; TAPI memang sejak lama aku mahu merisik tempat ini.
- Idan Radzi Lama tak ke Penang tu; sejak lama teringin nak makan Laksa taruh daun gajus itu; mmg sedap. Penang kalau tak makan Laksa tak sempurnalah lawatan ke sana...
- Idan Radzi Bab buat rumah di kampung; mg ada dua golongan manusia; yang satu dah lupa kampung & yang satu lagi hatinya di kampung. Jika sepakat mmg abg memilih tinggal di kampung tetapi harta yang ada di kota jangan dijual biar anak-anak menimba pengalaman di kota.
Kita tak elok ambaikan kampung halaman sebab kehidupan ini takkan seindah mana jika tida kampung terutama bila hari raya. Di kota semu tahu kita perluka duit yang cukup; jika mmg punyai duit yang cukup tak ada salahnya nak jadi orang kota. - Oja Rozalin Sbnrnya hati rs sayu...mlyn sibuk dunia, sampai bilapun tiada akhirnya. Klu umur pjg, mungkin dpt menyempurnakan hajat nak kembali ke kg, bkongsi rezeki ssh senang dgn kaum kerabat. Tp klu umur x pjg?...
- Idan Radzi Niat itu tetap dituliskan sebagai pahala; niat kita yang baik sebenarnya akan menyejukkan hati nenek moyang kita; tanah bukan mudah diperolehi betapa orang tua-tua kita dulu amat sukar untuk menerokanya. Kita sekadar memelihara pusaka lama untuk anak cucu kita mengenal kampung; berebut harta itu silap. Sebaiknya harta yang sedikit ini kita jadikan tanah syarikat milik bersama. Mannfaatkan bersama jangan dijual atau lepas ke tangan orang lain. Bepakat.
- Idan Radzi Ada tak nama kat sana Comel usia sekitar sy hujung 40an... atau awal 50an tak pasti.... atau sorang lagi Zan... Nur Fieldiia Irya... Pakcik Wahid yg ada dua buah Chalet tu pasti kenal dia lama merantau dah berusia baru balik kampungnya di Jahang.
- Idan Radzi Tu lah yang payahnya ingat nama Comel saja mmg orangnya putih comel dulu ada simpan gambarnya kami ambil di Sungai Jahang... samalah si Yan tu mmg tak ingat nama sebenar tapi mmg sy sejak berzaman pakai nama ini... tak ramai orang sama nama dengan sy. Kalau pun buka tinggal di Jahang mesti sekitar sana.
iDAN
02 April 2013
BERTANDANG KE JAHANG II
01 April 2013
BERTANDANG KE JAHANG
"Jika ibu ada agenda lain Azim kena ikut ayah!" sian Azim selalu jadi
magsa ikut ayahnya yang sakit kronik berjalan jauh. Sepanjang 9.2.13 aku
terpaksa berehat panjang; tidur sepuasnya. Sebab sakitku sebenarnya tak
sepulih mana. Telah lebih dari dua minggu badan meragam. Biasalah dah
tua begini sekali sakit lambat amat sembuh. Tekanan darahku melambung
naik.
"Habis tu kita tidur mana kali ini?"
"Kita tidur tepi jeram dari tingkap chalet boleh terjun ke jeram" untuk memujuk Azim agar dia GUMBIRA menemani ayahnya.
Hotel Bajet yang selalu aku bermalam di Kampar penuh; itu yang terpaksa
aku melilau mencari tempat menginap yang asing buatku. satu kembara
yang menarik. Raya sakan betul cina kat Malaysia ini. Aku pun silap tak buat tempahan sedari awal. Sekitar dua tinga minggu nak balik kampung baru tempah. Hatta memang payah nak mencari tempat bermalam dengan kos bajet yang murah/rendah.
- bersambung
"Jika ibu ada agenda lain Azim kena ikut ayah!" sian Azim selalu jadi magsa ikut ayahnya yang sakit kronik berjalan jauh. Sepanjang 9.2.13 aku terpaksa berehat panjang; tidur sepuasnya. Sebab sakitku sebenarnya tak sepulih mana. Telah lebih dari dua minggu badan meragam. Biasalah dah tua begini sekali sakit lambat amat sembuh. Tekanan darahku melambung naik.
"Habis tu kita tidur mana kali ini?"
"Kita tidur tepi jeram dari tingkap chalet boleh terjun ke jeram" untuk memujuk Azim agar dia GUMBIRA menemani ayahnya.
Hotel Bajet yang selalu aku bermalam di Kampar penuh; itu yang terpaksa aku melilau mencari tempat menginap yang asing buatku. satu kembara yang menarik. Raya sakan betul cina kat Malaysia ini. Aku pun silap tak buat tempahan sedari awal. Sekitar dua tinga minggu nak balik kampung baru tempah. Hatta memang payah nak mencari tempat bermalam dengan kos bajet yang murah/rendah.
- bersambung
- Azaddin Abd Hamid, Kereta Silver, Liza Fawwaz dan 2 yang lain gemarkannya.
- Zan Daud JAHANG dimana ?...................sambung lah cerita tu.......tak sabar nk baca...............
- Idan Radzi batu-batu sungai yang putih bersih amat cerlang menyambut kedatanganku.. abg Zan nantilah eh... tengah lapar sangat ni...nak makan kejap.
- Idan Radzi Jahang adalah perkampungan yang kaya dengan buah durian; ada jeram yang mengalir sampai ke Gua Tempurung ramai tak tahu kampung yang ramai penduduknya orang RAWA ini amat damai cantik & masih bersih air sungai/jeramnya.
TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN viii
"Ayah tanyalah staf bot tu apakah rombongan kita ni berhenti di jeti ini" Mila terjaga dari tidur & nampak gelisah nak turun
"Sabarlah Mila nanti kalau ahli kumpulan kita turun akan nampak!" aku memang tak menduga kami adalah penumpang paling awal turun. Firasatku pasti akan turun di jeti Kampung Mukut. Jika tenguk peta Kampung Mukut yang paling awal terjenguk jika dari daratan. Tetapi tidak. Bot tak turun di jeti Kampung Mukut.
2. Suara staf bot melaungkan Kampung Genting. Aku lihat Ketua Rombongan Cikgu Zul bangun memunggah barangan. Sangkaan Mila tepat; kami adalah penumpang pertama singgah di jeti Pulau Tioman. Kampung nelayan yang terpencil. Ada sekitar 30 orang yang turun. Tak ramai. Tak luak pun penumpang dari bot ini.
3. Sebelum ke Pulau Tioman aku telah pun melayari laman sesawang yang Mila kasi tahu tempat yang kami mahu menginap. Aku lihat gambarnya memang cantik. Rumah kecil atau chelet di tepi pantai. Sekitar 100 meter dari jeti tertera Resort yang kami akan bermalam; Island Reef Resort. Nama orang putih tapi milik orang kita Melayu. Dari jeti ke resort ada banyak gerai jualan cenderahati; gerai makan juga gerai jual pakaian. Sebelah kanan ada surau agak besar bersebelahan bengkel batik.
4. Cuaca cerah tidak panas tidak juga mendung. Tak ramai pengunjung di Kampung Genting ini. Belakang kampung terdapat gunung yang menghijau. Air laut ketika kami sampai sedang pasang. Ikan di jeti nampak amat menarik aneka jenis; Banyak anak ikan todak bermain di permukaan air. Terpampang di papan kenyataan tidak boleh memancing 1 batu nortika dari pantai. Akta Taman Laut kena di patuhi; malahan ada banyak amat prasyarat pengunjung demi menjaga habitat laut untuk berkembang indah.
5. Aku lihat si Azim amat payah nak bawa beg plastik hijau barangan makanan. Agak besar. Aku mencapai beg tersebut dengan dua lagi beg agak besar. Mak Datok tinggi amat rupanya tangga yang perlu aku daki untuk sampai ke puncak Island Reef Resort. Aku tak sempat mengira anak tangganya. Tapi dalam congakanku mahu sekitar 50 anak tangga. Mencungap aku nak smpai ke ruang legar resort ini. Permandangan dari puncak resot memang cantik. Angin basah laut tetap terasa. Damainya Kampung Genting Pulau Tioman.
6. Sedari di rumah lagi aku rasa tak senang hati. Pertama teringatkan Anif yang tak dapat turut serta kedua terfikir bagaimana Cikgu Zul nak agih-agihkan bilik. Yang berpasangan dapat satu bilik; anak bujang sama anak bujang. Azim bersama satu bilik dengan anak Cikgu Zul si Ayang (lelakilah). Si Ayang ni yang duduk denganku kat bangku bas belakang sekali. Aku terus bingkas mendaki bukit mencari kamar kami. Mila mengejarku dari belakang. Ish terkejut beruk; ada 4 tilam untuk tidur berdua. Besar sangat biliknya; aku terus melambai Azim agar tinggal bersama kami. Baru rasa suasana keluarga. Tak suka sangat jika berjalan jauh berpisah kamar dengan anak-anak. Azim pun memang jenis pemalu nak tinggal bersama orang yang dia tak kenal.

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN vii
Teringat aku pernah sekali pergi memancing di laut dalam bersama Pak Wahid & keluarga serta waris Pengail Sejati. Bila tiba di tengah laut tetiba Tekong yang hanya bersendirian tanpa awak-awak bertanyakan tentang beras. Pastinya kami terkejut sebab dalam perjanjian dia yang menyediakan semua barangan makanan untuk bermalam. Sudahlah janji jam 5:00 pagi bertolak ke laut dalam dimungkiri; jam 9:00 pagi botnya masih tersadai di daratan; terpaksa tunggu air pasang baru boleh bergerak. Akhirnya ketua rombongan memancing kami buat keputusan berpatah balik. Sementelah botnya pun tak punya sebarang kelengkapan GPS atau Sona pengesan batu karang atau ikan. Nahas nanti. Memang nampak pada gelagat tekong ini dia agak Lalok. Tekong Lalok.
2. Pulau sekitar perjalanan ke Pulau Tioman nampak seakan sama kami berlindung dari ribut bersama Tekong Lalok ini. Pulau sekadar batu yang tumbuh rumput & banyak burung bersarang. Ada banyak pulau-pulau kecil yang cantik sepanjang perjalanan ke Pulau Tioman. Jika dapat singgah memancing di pulau kecil ini pasti menarik.
3. Di belakang bot cuma ada seorang pelancong luar negara; hampir sebayaku. Dia nampaknya tak merokok & tak kisah kami yang merokok putus berhubung. Ustaz Rashid pun numpang sekaki lepak di belakang bot yang memang sempit. Lebarnya sekadar dua meter. Ada satu pasangan kaum India macam sedang bercinta sibuk dengan galaxynya. Yang lain simamat yang masih remaja dengan sigarnya.
4. Pulau Tioman adalah pulau impianku sejak remaja. Ianya sedari dulu menjadi antara pulau yang ingin aku lawati. Aku membayangkan pulau ini cukup indah dengan ramai pelancong luar negara. Yang nyata dalam bot tak sampai 20% pelancong luar negara; kebanyakannya adalah pelancong tempatan ramai orang kita Melayu; sedikit kaum cina & beberapa orang sahaja kaum india.
5. Abang Rahman nampak penat kena desah angin laut & minta diri kembali ke tempat duduk; aku pun mengikut belakang dia. Duduk kembali ke ruang hadapan bot. Mila masih tidur-tidur ayam; Azim celik mata tapi tak betah berceritera. Telah lebih sejam empat puluh lima minit meninggalkan daratan.
6. Pertama kali nampak dekat dengan Pulau Tioman ianya nampak cantik amat dengan sebuah gunung yang memang unik puncaknya. Dari agakanku pastinya ianya Pantai Kampung Mukut. Mungkin dua puncak gunung yang menujah ke langit itu Gunung Nenek SiMukut. Bot tak berlabuh di jeti Kampung Mukut. Ianya hanya berlabuh di jeti pertama pantai Kampung Genting destinasi rombongan kami bermalam.
- Bersambung
-bersambung

Langgan:
Catatan (Atom)