iDAN

18 Julai 2013

BAIK LAGI JUJUR


Apalah malang kereta perang Penyair Idanradzi mulanya cermin sisi kanan (pandang belakang) diumpil bukan pecah tak tahu siap angkaranya... Hari ini cermin depan pula pecah. Tak tahu berpunca dari mana.

2. Parkir depan rumah tak ada pun orang mahu mengaku tersinggung atau terlontar batu. Nak katakan tukang sabit rumput takkan dia tak kasi tahu atau minta maaf. Bukankah seharian kerja menyabit rumput sebagai punca mata pencarian. Tidakkah rasa bersalah dengan kelalaiannya tak pasal-pasal aku yang kena keluar duit; jika benarlah penyabit rumput yang punya angkara. Tenguk kesan pecah keberangkalian memang kena batu.

3. Budaya orang kota nampaknya semakin rasis. Sampaikan hampir semua penutup tiub tayar Avanza pun penutup tiub kereta perang habis dikebas. Ini yang aku amat benci duduk di kota. Tak berapa ringgit harga penutup tiub ini pun mahu dicuri. Jika mahu bergaya dengan hak curi pun apalah bangganya. (Mesti kes bebudak sebab nak beli bukan tak berduit gatal tangan syok ambil hak orang)

4. Mungkin di rumahku tiada CCTV tapi di SANA nanti tidakkan terpapar segalanya. Ingatlah hari ini awak aniaya orang; aku yakin di dunia lagi Allah akan membalasnya. Kenapa kita mahu menjadi orang yang baik lagi jujur. Agar Allah melindungi barangan kesayanganku.

  • Idan Radzi esok nampaknya kereta perangku akan masuk bengkel.

  • Hanusi Hashim kekadang yeop...cermin kereta hadapan bolih pecah /retak sendiri. lama terbiar...hujan panas...oksijin panas dalam kereta..tetiba hujan..pun jadi punca...atau orang mesin rumput ...terpelantin batu kena cermin. pendapat aku le.

  • Pakwahid Iksan Sabar tuuuu separuh dari IMAN... dah bukan rejeki kita.. apa nak kata Idan!!..

  • Idan Radzi tak siap lagi tersadai di bengkel... kereta tu dah tua.... ingat nak bawa ke kampung jalan-jalan mancing di kampung... nak suruh Thor tolong catkan...

  • Idan Radzi malam tadi aku lihat kereta perangku tersadai di luar bengkel; risau hari kan hujan... hanya separuh cermin sahaja sempat ditutup oleh rakanku... insya-Allah kawasan tu selamat lagi pun kereta perang tu di mata dunia manalah mahal lagi nilainya...

10 Julai 2013

KEKASIH NOMBOR SATU DUNIA & AKHIRAT


Allah Azza Wa Jalla: dah semestinya kekasih yang TAK perlu kita persoalkan. Dia sentiasa bersama kita dalam kita sakit atau kepayahan. Talian kasih kita ujud dengan Allah sebelum lagi kita lahir ke dunia. Kita tak boleh memberikan kasih sayang ini kelas atau nombor. Ianya kewajiban yang perlu kita peliharai.
2. Zuriat atau talian darah, ibu & ayah. Adik beradik atau anak-anak kita. Bak air yang dicincang takkan putus berlaku kejam terhadap ibu & ayah bermakna derhakalah kita. Bergaduh dengan adik beradik tak akan ke mana. Mereka tetap zuriat atau waris kita.
 
3. Barulah saudara mara yang di dalam agama kita, yang dikatakan mahram. Kita tak katakan mereka ini kekasih kita tapi kasih sayang & perlunya kita menjaga ukhuwah ini amat dituntut oleh agama kita. Jangan sesama kita menjadi musuh & saling cemburu atau dendam. Ianya mendatangkan kehidupan yang amat naif & tidak bahagia. Apatah lagi kita jadi haruan makan anak.
 
4.Barulah aku nampak ujudnya buah hati, kekasih atau jodoh kita. Keujudan kekasih yang ini sebermula dengan berkenalan. Asalnya rakan atau mereka orang luar yang tetiba muncul dalam hati. Ada juga ujud ketika cinta pandang pertama. Dengan ikatan pernikahan akan terbinalah rumah tangga Islam yang akan berkembang biak.
 
5. Isunya kekasih dari kalangan luar dari kelompok keluarga atau waris kita ini sering menjadikan perubahan hidup yang berbeda. Aku nampak berpunca dengan keikhlasan atau kesetiaan kita dalam menyintai pasangan kita. Beruntunglah kalau cinta sesama pasangan kita ini menjadi keramat lagi suci mulia. Memang ini yang disarankan agama. TETAPI terlalu banyak keluarga Islam kini aku perhatikan amat nazak. Cinta pura-pura. Berpunca dari pengaruh orang ketiga; kebendaan, harta ada ketika keluarga sebelah pasangan kita bikin Cinta yang sepatutnya Nombor Satu jadi hambar & tak bermakna.
 
6. Tak kurang juga dari kelompok rakan kita yang bersikap gelandangan yang rosak akhlaknya menjadikan rumah tangga yang kita dirikan: jahanam. Rumah tangga yang seharus menjadi masjid telah bertukar menjadi medan porak peranda. Ini silap kita sebab sebaiknya jodoh kitalah kekasih nombor satu di dunia & akhirat tetapi bertukar menjadi musuh sepanjang hayat. Kenapa?.

(Islam mengajar kita agar bercinta dengan pasangan kita sampai ke akhir hayat kenapa kita CURANG atau berani berlaku curang)
  • Yeop Rindu ada pelbagai jenis CURANG... curang nyata & juga curang perasaan... aku sendiri ramai KEKASIH GELAP tapi tak pernah pun berjumpa pastinya ini juga buat pasangan kita rasa cemburu & melukakan.
     

06 Julai 2013

Tanah Pusaka KCT (Siri KCT ii)

Yang lagi teruk@nazak tanah kami yg tak pernah berjual sampai kini masih ada separuh tak dapat cukai tanahnya; padahal Pejabat Daerah & Tanah Jampar (PDTK) tu tahu yeop antara pewaris terdekat yang mahu ambil kuasa; hanya 4 geran dari lebih sepuluh geran kami dapat cukai tanahnya...

Yeop Rindu: yeop baru e-mel & terjah pejabat DO tapi senyap sepi; blog yang konon mesra rakyat bila yeop antor e-mel tak lepas; e-mel sekadar e-mel rijek.

Yeop Rindu: sebab tu yeop tertanya-tanya jika @Deejay Yjay ada jalan untuk mendapat hak milik tanah kenapa tak uar-uarkan kepada orang kampung bagaimana cara yang TELUS.

Yeop Rindu: Setahu yeop Kampar  tak selesai ed... kita kena ke Ipoh.. dah mmg tu cara terawal kena ambil status tanah baru boleh buat langkah susulan.. sekitar dua tahun lalu status tanah tu hanya perlukan RM40 bagi satu geran atau satu lot. Tak dapar percuma/free.

Mashi Maroo: skrg ni nak taw status tanah,perlukan rm70 tak silap saya..sebab sy penah keje dkt pejabat peguam taun lps..so kalau nak tau status tanah,pegi je pejabat tanah..

Yeop Rindu: kes orang kampung buat kampung SESAK atau main bangun/buat rumah tanpa ada geran tu kes lain; KK pasti lebih tahu status penduduk begini. KK setahu yeop ada hak jumpa penghulu atau DO dalam bab tanah ni... jika tak jalan memang kena mengadap Menteri Besar (MB) Perak; jika MB Perak buat tak tahu saja memang tergadai/terlelonglah tanah KCT tu. Ini dah kira isu politik isu negara.

Yeop Rindu: isunya kena ada geran asal; yeop tengah cari geran tapak rumah kedai tu ed (Geran 21) .. jika keluarga ed ada simpan kasi yeop... satu geran dengan rumah ed... tak boleh bertangguh! geran yeop dah kena ceroboh; HILANG. tanpa geran asal cam mana kita nak bertindak... dah cukai tanah terakhir pun yeop tak jumpa... memang ada musang berbulu ayam kat KCT tu ed; tak baik nak nuduh tapi yeop memang terkilan sangat sebab tanah Ayor Hangat tu top-top kena lelong; setahu yeop ada TIGA nama tanah Ayor Hangat tu; arwah apak, arwah Pak Alang Bandor satu lagi yeop tak pasti siapa...yeop cuma simpan bil terakhir sekitar tahun 70an.. tulisan tangan arwah apak di belakangnya jumpa agihan kepada tiga orang cukai tu.

Yeop Rindu: jika yeop sorang yang sayang tanah KCT.. yang tiga WARIS takkan tak tahu... tentang surat lelong tu. Lebuhlah.

Yeop Rindu: Sebab tu yeop terkilan sangat takkan orang KCT tak kasi kami tahu benda macam ni; Wan Bi hanya pernah kasi tahu yang cukai ni tak bayar lagi; mana yang yeop sempat bayar selamatlah yang tak sempat apa cerita... dalam geran ada bersusun nama orang kampung!.

Yeop Rindu: Memang masa arwah apak ada dia yang buat semua tu untuk orang kampung; tapi bila apak dah tiada apa peranan org kampung; yeop anak bungsu tak tahu pun masalah tanah tu;

Yeop Rindu: Bayangkan sebab tak bayar cukai setahun cuma sekitar RM10 sahaja cukai bagi seekar tanah habis tanah kampung kita dijajah orang luar... apa orang KCT; anak cucu tak sayangkah tanah pusaka ni... macam Geran 21 tu; yeop pasti bukan sorang dua pemiliknya.. takkan yeop sorang yang meraban sayang sangat tanah kampung tu.. apa cerita orang lain... bayangkan kalau 21 orang pemilik sorang dah tentu sekitar RM1000 cukai bertunggak; boleh yeop SELESAIKAN untuk semua orang jika ada yang boleh kasi ilmu jampi; baca saja daun jadi duit RM5.

Yeop Rindu: sekelip mata yeop bawa sebuntel duit RM20K (RM20,000.00) jadi boleh XSEN ke Pej Tanah tu... nuntut tanah Geran 21 tu.

Yeop Rindu: Sebagai contoh tanah Paya Asap yang dapat yeop tebus; sebab gerannya sempat dijumpai; dah masuk bakul sampah si Nasuha jumpa.. yeop kena bayar sekitar RM5000 lebih kurang lima ekar itu kira-kira 5 tahun lalu tertunggak sekitar 15 tahun... cer congak jika Geran 21 tu memang 21 ekar... (harap-harap tak sebesar tu) dah tertunggah sekitar 20 tahun... berapa agaknya iyer?.

Yeop Rindu: kes Geran 21 tu yeop rasa pasti banyak duit kita perlu kumpulkan untuk menebusnya kalau tak sedekah sajalah ke lintah darat di Pej Tanah tu; jika tak silap ini termasuk tapak rumah pusaka ed (Pak Tam)

Yeop Rindu: Yeop tak mahu jadi org kata tamak tanah; yeop tetap cakap dengan anak-anak mana geran yang dapat kita tebus kitabtebaus... ianya BUKAN hak kita; kita cuma cuba selamatkan...kena kasi pewaris jika menuntut TETAPI mereka kena bayarlah ganti rugi kepada arwah apak (Md Sesh) yang selama 100 tahun lebih sebelum atok Abdul Rahman (ayah apak yeop@atok yeop) lagi yang usahakan tanah & menjadi pemegang amanah tanah pusaka sebelah apak.

Yeop Rindu: kebanyakan geran yang yeop dapat kesan semua didaftarkan sekitar tahun 1920an di Taiping.

Yeop Rindu: Semua masalah ada penyelesaiannya JIKA pihak Pej Daerah & Tanah nak bantu kita semua jadi MUDAH; mereka perlu ingat nenek moyang kita teroka tanah tu dah 100 tahun lebih; dijual pun dengan harga murah sangat; yang tak jual pun jika cukai tu tak digandakan dendanya cukai tanah tu tak banyak mana pun... tapi jika ikut akta tanah yang asyik dipinda: PINDAAN AKTA yg tak memihak empunya hak milik tanah ... ni yeop mmg SANGGAH... & mmg yeop TAK HALALKAN biarpun seinci tanah KCT kami dirampas atau dilelong oleh orang luar.

Yeop Rindu: yeop sanggup korbankan kerjaya yeop (bersara awal) sebab risau tak cukup duit kut tanah kami dilelong... ketika itu yeop ditakdirkan diserang sakit kronik; duit pencenlah dapat menampung menebus 4 geran yg kini selamat ada sekitar 5 atau 6 geran lagi masih tergantung statusnya. Md Sesh memang tak pernah jual tanah di Mukim Teja. Begitu sayangnya apak terhadap KCT; kami memang tambah-tambah terkilan kenapa ada segelintir orang KCT sanggup musnahkan estet getah apak; kasi jual papan tanda Lorong Md Sesh (bila dirisik tahu belaka orgnya; ada yg dadah ada yg masih segar bugar) ini yeop rasa KK kena tegur.

Yeop Rindu: emm bayang awal yeop nak dapatkan status tanah sekitar 5 tahun lalu baru RM20... dua tahun lalu RM40 ada e-melnya yeop simpan... dan hari ini dengar dah RM70... itu bagi satu geran!... pun langkah awal.
menunggu maklum balas rakan KCT yang boleh bantu 
carikan maklumat & geran yang hilang.

05 Julai 2013

Tanah Pusaka Md Sesh (siri KCT i)

Yang lagi teruk@nazak tanah kami yang tak pernah berjual sampai kini masih ada separuh tak dapat cukai tanahnya; padahal Pej Daerah & Tanah kampar (PDTK) tu tahu sy antara pewaris terdekat yang ambil kuasa; hanya 4 geran dari lebih sepuluh geran kami dapat cukai tanahnya...

Yeop Rindu: yeop baru e-mel & terjah pejabat DO tapi senyap sepi; blog yang konon mesra rakyat bila yeop hantar e-mel tak lepas; e-mel sekadar e-mel.

Yeop Rindu: sbb tu yeop tertanya-tanya jika @Deejay Yjay ada jalan kenapa tak uar-uar orang kampung bagaimana cara yang TELUS.

Yeop Rindu: Setahu yeop Kampar tak selesai ed... kita kena ke Ipoh.. dah memang tu cara terawal kena ambil status tanah baru boleh buat langkah susulan.. sekitar dua tahun lalu status tanah tu hanya perlukan RM40 bagi satu geran atau satu lot. Tak dapar free.

Mashi Maroo: skrg ni nak taw status tanah,perlukan rm70 tak silap saya..sebab sy penah keje dkt pejabat peguam taun lps..so kalau nak tau status tanah,pegi je pejabat tanah..

Yeop Rindu: kes orang kampung buat kampung SESAK atau main bangun/buat rumah tanpa ada geran tu kes lain; KK pasti lebih tahu. KK setahu yeop ada hak jumpa penghulu atau DO dalam bab tanah ni... jika tak jalan memang kena ke MB Perak; jika MB Perak buat tak tahu saja memang tergadai/terlelonglah tanah KCT tu.

Yeop Rindu: isunya kena ada geran asal; yeop tengah cari geran tapak rumah kedai tu ed.. jika keluarga ed ada simpan kasi yeop... satu geran dengan rumah ed... tak boleh bertangguh! geran yeop dah kena ceroboh; HILANG. tanpa geran asal cam mana kita nak bertindak... dah cukai terakhir pun yeop tak jumpa... memang ada musang berbulu ayam kat KCT tu tu; tak baik nak nuduh tapi yeop memang terkilan sangat sbb tanah Ayor Hangat tu top-top kena lelong; setahu yeop ada TIGA nama; arwah apak, arwah Pak Alang Bandor satu lagi yeop tak pasti siapa...

Yeop Rindu: jika yeop sorang yang sayang tanah.. yang tiga WARIS takkan tak tahu... tentang surat lelong tu.

Yeop Rindu: Sebab tu yeop terkilan sangat takkan orang KCT tak kasi kami tahu benda macam ni; Wan Bi hanya pernah kasi tahu yang cukai ni tak bayar lagi; mana yang yeop sempat bayar selamatlah yang tak sempat apa cerita... dalam geran ada bersusun nama orang kampung!.

Yeop Rindu: Memang masa arwah apak ada dia yang buat semua tu untuk orang kampung; tapi bila apak dah tiada apa peranan orang kampung; yeop anak bungsu tak tahu pun masalah tanah tu;

Yeop Rindu: Bayangkan sebab cukai setahun cuma RM10 sekitar itu sahaja cukai bagi seekar tanah... apa orang KCT; anak cucu tak sayangkah tanah pusaka ni... macam geran 21 tu; yeop pasti bukan sorang dua pemiliknya.. takkan yeop sorang yang meraban sayang sangat tanah kampung tu.. apa cerita orang lain... bayangkan kalau 21 pemilik sorang dah tentu sekitar RM1000 cukai bertunggak; boleh yeop SELESAIKAN jia ada yang boleh kasi ilmu; baca saja daun jadi duit RM5.

Yeop Rindu: sekelip mata yeop bawa sebuntel duit RM20K (RM20,000.00) jadi boleh XSEN ke Pej Tanah tu.

Yeop Rindu: Sebagai contoh tanah Paya Asap yang dapat yeop tebus; sbb gerannya dah masuk bakul sampah si Nahusa jumpa.. yeop kena bayar sekitar RM5000 lebih kurang lima ekar itu kira-kira 5 tahun lalu tertunggak sekitar 15 tahun... cer congak jika geran 21 tu memang 21 ekar... (harap-harap tak sebesar tu) dah tertunggah sekitar 20 tahun... berapa agaknya iyer?.

Yeop Rindu: kes geran 21 tu yeop rasa pasti banyak duit kita perlu kumpulkan untuk menebusnya kalau tak sedekah sajalah ke lintah darat di Pej Tanah tu;

Yeop Rindu: Yeop tak mahu jadi orang kata tamak tanah; yeop tetap cakap dengan anak-anak mana geran yang dapat kita tebus BUKAN hak kita; kita cuma cuba selamatkan...kena kasi pewaris jika menuntut tapi mereka kena bayarlah ganti rugi kepada arwah apak (Md Sesh) yang selama 100 tahun lebih sebelum atok Abdul Rahman (ayah apak yeop@atok yeop) lagi yang usahakan tanah & menjadi pemegang amanah tanah pusaka sebalh apak.

Yeop Rindu: kebanyakan geran yang yeop dapat kesan semua didaftarkan sekitar tahun 1920an di Taiping.

Yeop Rindu: Semua masalah ada penyelesaiannya JIKA pihak Pej Daerah & Tanah nak bantu kita; mereka perlu ingat nenek moyang kita teroka tanah tu dah 100 tahun lebih; dijual pun dengan harga murah sangat; yang tak jual pun jika cukai tu tak digandakan dendanya cukai tanah tu tak banyak mana pun... tapi jika ikut akta tanah yang asyik dipinda: PINDAAN AKTA yang tak memihak empunya hak milik tanah ... ni yeop memang SANGGAH... & memang yeop TAK HALALKAN biarpun seinci tanah KCT kami dirampas atau dilelong.

Yeop Rindu: yeop sanggup korbankan kerjaya yeop (bersara awal) sebab risau tak cukup duit kut tanah kami dilelong... ketika itu yeop ditakdirkan diserang sakit kronik; duit pencenlah dapat menampung menebus 4 geran yang kini selamat ada sekitar 5 geran lagi masih tergantung statusnya. Md Sesh memang tak pernah jual tanah di Mukim Teja. Begitu sayangnya apak terhadap KCT; kami memang tambah-tambah terkilan kenapa orang KCT sangguh musnahkan estet getah apak; kasi jual papan tanda Lorong Md Sesh (bila dirisik tahu belaka orangnya; ada yang dadah ada yang masih segar bugar) ini yeop rasa KK kena tegur.

Yeop Rindu: emm bayang awal yeop nak dapatkan status tanah sekitar 5 tahun lalu baru RM20... dua tahun lalu RM40 ada e-melnya yeop simpan... dan hari ini dengor dah RM70... itu bagi satu geran!.

23 Jun 2013

 
 

teke romah sape..hihihi

  • Princess Shameza umah sape ek..mcm ingt2 lupe le pulak..

  • Amr Bidin sekarang dah tak merase le duduk umah cam ni...

  • Tepung Gomak tak ker seronok rumah dikampung....ader halaman luaih dan kosong...tak berpagor ngalah romah pasong....jiran tetangga saling berkunjong....

  • Amr Bidin sekarang dah lain bebenor kalau duduk di bandor weh.. sampai duduk dalam umah pintu bekunci tekurung dalam umah... ape ke hei nye, ate mane tak nye elak dari orang juey barang.

  • Kamal Ahamad Kamal kalau ade warisnya tolong baiki rumah ni..kita buat home stay...?

  • Tepung Gomak duduk di bandor jangan ler nyombong....Rumah elok tapi terkurong.....Jiran tetangga tiada menolong....Kalau kite terpekik mintak tolong...

  • Penyair Idanradzi Dlm perancangan... ada 1001 kenangan di rumah pusaka ni

04 Jun 2013

Jubin



Sepanjang malam tidur atas JUBIN sebab kat atas jubin sahaja yang sejuk. Hatta bangun pagi tak rasa orang. Sengallah sana sini. Tak pasti apa telah jadi india yang buat servis penghawa dingin ni. Tak muncul-muncul hari ni dah rabu telah janji dua kali senin. Nak berapa kali senin lagi eh.

2. Ilham pun tak mahu terbit, ingat nak menulis cerpen tapi semuanya membeku di fikiran. Khudrat menulis tu tiada. Sepanjang tahun ni baru sekitar 15 buah karya terbit di media massa. Cadangnya nak atasi jumlah karya yang terbit tahun lalu sekitar 30 buah karya.

3. Masih ada beberapa majalah & akhbar tak terima aku punya karya, aku masih giat menghantar. Bukan mudah mahu memujuk hati editor untuk menerima karya yang kita tulis. Ada editor masih dengan sikap kronisme mereka. Bagi aku yang tak punya persatuan seorang Penyair Bebas sering diketepikan.

4. Usia semakin pendek peluang mahu berkarya semakin singkat. Rutin harian yang sibuk dengan masalah duniawi pastinya membuatkan masa sentiasa mencemburui diri. Tapi aku tetap aku. Akuku tetap tabah menerima hukum karma. Jika Tuhan tak kasi bakat aku berkembang megar pasti ada rahsia di sebaliknya. Namun aku akan tetap terus menulis biarpun aku dalam suasana panas pun kegetiran sakit kronik yang tak pernah usai.
Sepanjang malam tidur atas JUBIN sbb kat atas jubin sahaja yang sejuk. Hatta bangun pagi tak rasa orang. Sengallah sana sini. Tak pasti apa telah jadi india yang buat servis penghawa dingin ni. Tak muncul-muncul hari ni dah rabau telaj janji dua senin.

2. Ilham pun tak mahu terbit, ingat nak menulis cerpen tapi semuanya membeku di fikiran. Khudrat menulis tu tiada. Sepanjang tahun ni baru sekitar 15 buah karya terbit di media massa. Cadangnya nak atasi jumlah karya yang terbit tahun lalu sekitar 30 buah karya.

3. Masih ada beberapa majalah & akhbar tak terima aku punya karya, aku masih giat menghantar. Bukan mudah mahu memujuk hati editor untuk menerima karya yang kita tulis. Ada editor masih dengan sikap  kronisme mereka. Bagi aku yang tak punya persatuan seorang Penyair Bebas sering diketepikan.

4. Usia semakin pendek peluang mahu berkarya semakin singkat. Rutin harian yang sibuk dengan masalah duniawi pastinya membuatkan masa sentiasa mencemburui diri. Tapi aku tetap aku. Akuku tetap tabah menerima hukum karma. Jika Tuhan tak kasi bakat aku berkembang megar pasti ada rahsia di sebaliknya. Namun aku akan tetap terus menulis biarpun aku dalam suasana panas pun kegetiran sakit kronik yang tak pernah usai.

Seniman S Shamsudin meninggal dunia di S'pura


 
Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Noredah berkata bapanya didapati tidak sedarkan diri pagi ini dan terus dibawa ke hospital, bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia.

Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.

Seorang anaknya, Ariff merupakan pelakon pelawak TV Singapura.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Jan 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga begitu popular dalam siri filem 'Bujang Lapok'.

Sepanjang hayatnya Allahyarham membintangi kira-kira 30 filem termasuk 'Nujum Pak Belalang', 'Nasib Si Labu Labi dan 'Tiga Abdul'.

Rezeki Allahyarham dalam bidang perfileman terjadi secara tidak dirancang apabila beliau ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura pada 1948 untuk melihat penggambaran filem 'Cempaka'. Beliau diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem itu.

Pengarah filem itu B S Rajhans membayar Shamsuddin RM3 untuk lakonannya yang merupakan bayaran bagi pelakon tambahan ketika itu.

Beberapa hari kemudian, beliau memohon bekerja dengan MFP untuk sebarang pekerjaan dan diterima sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang filem itu dengan gaji sebanyak RM50 sebulan.

Selain itu, Shamsuddin diberi bayaran tambahan apabila menjadi pelakon tambahan ataupun penari dalam sesebuah filem.

Bintang Shamsuddin mula menyinar apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam filem 'Tas Tangan Wanita' arahan L Krishnan pada 1952.

'Tas Tangan Wanita' merupakan filem komedi yang dilakonkan beliau bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.

Namanya memuncak selepas P. Ramlee mengarah filem berunsur komedi pertama pada 1957 iaitu filem 'Bujang Lapok' yang menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu Shamsuddin, Aziz dan P.Ramlee.

Berikutan kejayaan besar filem itu, P. Ramlee melanjutkan watak 'Bujang Lapok' melalui tiga buah filem lagi iaitu 'Pendekar Bujang Lapok', 'Seniman Bujang Lapok' dan 'Ali Baba Bujang Lapok'.

Sebuah lagi filem arahan P. Ramlee yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan lakonan Shamsuddin ialah 'Antara Dua Darjat' yang diterbitkan pada 1960.

Filem berbentuk drama berat itu disulami dengan kelucuan yang dihidupkan oleh lakonan Shamsuddin.

-Bernama

03 Jun 2013

Dunia SMS iDAN



Abg idan apa khbar? Jaga kesihatan jaga makan tu.... From H**** 8:47 1/6/13

Saya pun datang lepas Isyak Fron=m : Dzuan 8:19 1/6/13
1 mesej suara akan tamat dalam 3 hari.. Sila dapatkan semula  semula tamat tempoh From: 121 6:55am
31/5/13

Heehehe... miss u so much ;) From NoiRadzi 1:08pm 18/4/13
Soory abg, td sibuk pmantauan From: H**** 2:18pm 15/4/13
Teman d tepen weh, ngecek kereta anak rosak From: AmidHP 10:34am 14/4/13
Zainal datang lepas Isyak to Dzuan: Sent: 21/5/13 9:03

IBU jangan lupa bayar bil cukai tanah.. Hari ni last juga kuar duit untuk balik kg... Nanti kira jumlah tolak kos
baiki kereta. Sentz:19/5/13 9:21am

Biaslah sihat makan ubat harap umur panjang sbb nak balik kampung Sent: H****: 03/06/13 7:11pm
Cik Peah tu mak tiri pertama... Kata anaknya sakit tenat... Dah kuar hospital... baru tadi tahu Send:15/4/13
2:18pm

Masih kekal suara riang riang masih teduh dgn pokok rambai pun kg bunian tambah besar. Sent to: H****
23/5/13 7:18pm

TENGAH  rancang nak balik perak... isunya siapa nak teman... Cik Peh: emak tiri pertama... sedang sakit tenat... Sent to H****: 15/4/13 10:17am
Isya-Allah sempat bkebun lg dsana.. masih ada bunyi riang2 lagikah? From,; H**** 6:27pm 3/6/13

02 Jun 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi

SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.
Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan?

Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.


Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.
Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.

Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.
Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.

Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.

Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Kelantan waspada hadapi Johor DT

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan pertembungan dengan Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir Piala FA bakal menyuntik motivasi tinggi barisan pemainnya.

Menurut Hodak, beliau menjangkakan perlawanan sengit menentang Johor DT pada aksi akhir.
"Mereka (Johor DT) bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang.

"Begitu juga dengan kita yang turut mempunyai pemain berstatus bintang. Jadi saya tidak perlu memikirkan cara memberikan motivasi dan mereka (pemain Kelantan) sudah memahami bahang perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, saya yakin kita mampu memenangi perlawanan tersebut berdasarkan momentum pasukan setakat ini. Apa pun kita tetap waspada dengan ancaman Johor DT," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Hodak, beliau gembira dengan pertemuan tersebut dan menjangkakan perlawanan akhir nanti akan dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan.
Johor DT mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Sementara itu, Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.

Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu, pasukan Kelantan akan mula menjalani latihan hari ini sebagai persiapan ke perlawanan akhir.

© Utusan Melayu (M) Bhd