iDAN

31 Mei 2016

SIHIR MENUTUP WARUNG, TOKO DAN TEMPAT USAHA

oleh Fadhil ZA

Agar Azim Berjaya.


9,519 Ahli KuCuiT agar dapat doakan anak bongsu sy si Azim berjaya ujian memandunya kali ini. Ini kali ketiga Azim pergi ujian memandu di jalan raya. Parkir udah okey.

Pegawai JPJ langsung tak kasi peluang dengan satu kesalahan sahaja udah disuruh patah balik. Ketat sangat ujian memandu sekarang. Isunya jika pergi kali kedua pihak sekolah memandu mahukan sekitar RM150 untuk ulang ujian memandu. Maknanya untuk pergi ujian sahaja jika tiga kali 150x3 udah nak cecah sekitar RM500 terpaksa keluarga keluar duit untuk anak-anak. Tak termasuk ujian mendapat lesen L. Kelas memandu lagi.

Kelas memandu di sekitar Jenaris mahukan RM1500 tak boleh runding lagi... untuk sertai kelas memandu kereta. Udah cecah sekitar RM2000. Makin ekonomi keluarga kalut makin mendesak akta JPJ juga kelas memandu kenakan pelanggan.

Dulu ayahnya buat 4 kesalahan di jalan raya; masa itu ada peluang sekitar 5 kesalahan. Maksudnya masih ada peluang untuk lulus jika buat kesalahan kecil, seperti mati enjin. Kawalan stering. Tidak sesuai gear dengan kelajuan memandu. Ada apak si Azim simpan dalam fail keputusannya. Jika gagal pun diberikan apa kesalahannya. Sekali ujian udah lulus.

Tak boleh sama masa dulu & sekarang. Dulu lain sekarang lain.

Penguji JPJ pasti ada alasan sendiri kenapa suruh si Azim patah balik masa baru masuk ke jalan raya. Dua kali macam tu. Tenaga pengajar pun satu hal kenapa tidak ingatkan pelajar memandu apakah kesalahan besar yang terpaksa kena patah balik dari jalan raya. Dua kali Azim terkena masalah yang sama macam satu sumpah keramat dari penguji JPJ. Perkara sebegini buat semua pelajar mereka KECEWA amat sangat. Bukan dia sahaja mendapat nasib yang sama. Dari sekitar 10 orang yang pergi ujian. Hanya lulus berdua. Itu pun guna kereta auto... diuji pelajar perempuan. Yang lain 8 pelajar kebanyakannya lelaki semua gagal. Kan pelik tu!!!.

Setahu sylah bukan nak ngungkit... di jalan raya pemandu perempuan yang sering buat kalut. Hahaha bab nak berhp macam tak sabar... sambil memandu sering buka hp... hatta kereta jadi huyung-hayang. Dah selalu perhatikan, ramai sangat perempuan ni tak prihatin bab hp ni. Lelaki pun ada juga macam tu tapi jenis lelaki lembut, sentimental; sy tak pernah buat... (Ada yang marah ni!!!)

Bagaimana pun hari ini sy berharap sangat 9,519 Ahli KuCuiT doakan agar Azim berjaya mendapat lesen memandunya. Dia okey sahaja di jalan raya. Apaknya sering uji dia bawa kereta. Tak ada masalah pun.

27 Mei 2016

Azim & UPSI iii




iDANRADZi

May 20 at 12:59 PM

​Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Himpunan terima kasih atas balasan e-mel yang terperinci dari Meja Dekan yang amat malas sy ganggu. Semuanya telah terjawab serta amat membantu untuk anakda sy untuk menerima tawaran Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan atau Diploma Game Development and Design (DGDD) di UPSI.

2. Kami sekeluarga pastinya terhutang budi dengan semua penjelasan ini & doa kami UPSI akan segera mendapat pengiktifan untuk mengujudkan Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan). Agar silibus pengajaran DGDD ini dapat diselari/selaraskan untuk anak-anak kita mudah & cermat menempoh dunia pembelajaran. Seperti Syukran Neji di UK yang cuma perlu dua tahun pembelajaran untuk digree Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan); ini satu pencapaian UPSI yang patut dibanggakan.

3. Sebenarnya ada ketika suasana kehidupan seseorang ini amat sukar diramalkan. Tapi sebagai hamba Allah yang hina kita perlukan perancangan masa depan & tak putus berdoa untuk mencapainya. Kerjaya itu bagaikan satu ibadah yang berkaitan dengan dunia & akhirat. Tak salah ada ketika kita menyusap akar, bergadai harta benda demi mengejar ilmu. Yang penting ilmu itu dapat dimanfaatkan untuk milik manusia yang bakal kita tinggalkan.

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh...

nota: kes talian telefon tetap itu janganlah ambil hati sangat; memang masalah talian tetap sekarang makin sukar untuk didail sebab ramai insan kini sentiasa bergantung dengan hp pintar... pesara macam sy yang kembali ke dunia asal. Dekat dengan talian tetap +603 87371884 sebab pakej percuma bila sewa streamyx.


To: iDANRADZi
Sent: Friday, May 20, 2016 10:02 AM
Subject: Re: Pertanyaan Penyair iDANRADZi

​السلامعليكم dan salam sejahtera,

​Maaf Encik.

Alat kawalan telefon di UPSI (Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif) telah berlaku kerosakan akibat petir baru-baru ini.

​Encik boleh call saya melalui no telefon saya yang disenaraikan di bawah emel ini.

1. Ya, yuran dalam lingkungan itu. Yuran diploma di UPSI adalah rendah berbanding institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program yang sama. Encik boleh bandingkan dengan LimKokWing, MMU dan mana-mana insitusi yang menawarkan program yang sama Untuk pengetahuan Encik, program Diploma Game Development and Design (DGDD) tidak ditawarkan di mana-mana universiti awam di Malaysia.​ Terdapat juga penawaran program diploma yang setara (permainan digital) yang ditawarkan di beberapa politeknik di Malaysia dan terdapat juga diploma yang sama ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang. Kedua-dua menawarkan kadar yuran yang lebih rendah daripada UPSI selaras dengan perbezaan infrastruktur, kelengkapan makmal komputer dan studio permainan, kelayakan tenaga pengajar dan banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kadar yuran.

2. Kemudahan penginapan (hostel/kolej kediaman) untuk pelajar diploma disediakan sepanjang pengajian. Terdapat dua keadaan yang menyebabkan pelajar tidak duduk di kolej kediaman pada tahun kedua jika pelajar: (1) tidak aktif di kolej kediaman ATAU (2) pelajar sendiri memilih untuk duduk di luar kolej kediaman ​. Jika pelajar memilih untuk menyewa di luar, terdapat beberapa pilihan rumah sewa. Gugusan rumah sewa terdapat di Taman Bahtera. Boleh hubungi JHEPA (Hal Ehwal Pelajar) untuk tujuan ini.

3. Terdapat dua saluran bagi lepasan diploma di Malaysia (1) sambung pengajian ke peringkat sarjana muda, ATAU (2) bekerja. 


4. Bagi mereka yang memilih sarjana muda, bergantung kepada universiti/program pengajian yang dipohon. Jika pelajar memilih (contohnya) Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian di UPSI, pelajar akan mendapat pengecualian kredit sehingga 30 kredit bagi kursus yang setara. Bermaksud pelajar akan menempuh 2 tahun (diploma) + 3 tahun (sarjana muda) berbanding pelajar STPM/Matrikulasi/STAM yang perlu menyempurnakan 4 tahun (sarjana muda). Namun ada syarat universiti yang perlu dipenuhi iaitu mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi kursus yang ingin dikecualikan.

5, Bagi pelajar yang memilih sarjana muda yang ditawarkan selain dari UPSI, universiti berkenaan turut mempunyai ruang untuk pengecualian kredit bergantung kepada Peraturan Akademik universiti berkenaan. Berikut adalah universiti selain dari UPSI yang terlibat yang mana graduan DGDD meneruskan pengajian mereka: UTeM, UiTM, UTHM, USM, dan UUM. Setakat ini program DGDD telah mengraduatkan 6 kohort dan Syukran merupakan salah seorang dari Kohort pertama dan Alhamdulillah graduan dari program DGDD ini diterima untuk melanjutkan pelajaran di UK.

6. Namun, sebilangan besar dari graduan ini telah bekerja di beberapa syarikat permainan digital di Malaysia dan Singapura. Program DGDD juga telah diiktiraf oleh MDeC dan kebanyakan syarikat permainan mempunyai hubungan rapat dengan MDeC dan UPSI. Salah seorang penasihat program DGDD ini sendiri adalah Presiden International Game Developers Association (Malaysia Chapter) iaitu Encik Bazil Akmal Bidin.

​Generasi Z sekarang ini ​berbeza dari segi keperluan dan kehendak mereka. Cara mereka berfikir juga berbeza. Atas perkembangan teknologi dan perubahan generasi ini lah, berlaku perubahan jawatan, pengucupan dan pertumbuhan syarikat berasaskan teknologi baharu...untuk itu, saya percaya dengan kesungguhan dan minat dalam meningkatkan ilmu, graduan dapat mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi, dengan doa dan sokongan dari ibubapa dan keluarga.

Saya ucapkan tahniah di atas tawaran yang diterima oleh anak Encik. Semoga maklumbalas saya dapat membantu sedikit sebanyak untuk anak Encik sekeluarga membuat keputusan besar demi masa hadapan anak Encik sendiri.

​Semoga usaha kita diberkati Allah​




2016-05-19 15:35 GMT+08:00 iDANRADZi <idanradzi@yahoo.com>:

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera)

Anakda sy telah menerima tawaran di atas, pasti sebagai ayah sy teringin amat nak tahu visi juga masa depan anakda sy jika terima tawaran ini; dari maklumat melalui laman web/situs UPSI macam ada beberapa perkara menjadi persoalan tentang maklumat kursus ini. Bila dapat maklumat dari kalangan blogger bekas pelajar kursus ini pastinya jadi tambah kontras. Hala tuju juga arah kerjaya anakda sy nanti.

1. Berapa sebenarnya yuran untuk 6 semester, benarkan sebanyak RM9595.30sen. Pesara seperti sy pastilah rasa terlalu mahal bila dibandingkan dengan Ijazah di IPTA lain.

Selalunya banyak kampus IPTA sediakan penginapan sekadar setahun atau dua semester sahaja. Bagaimana kemudahan penginapan di UPSI ini?.

Bagaimana kemudahan sewa, atau adakah komplek perumahan yang ditawarkan oleh UPSI di sekitar Tanjung Malim sana untuk disewa sepanjang temph pengajian, nak tahu juga sedikit maklumat?.

2. Selepas habis belajar ke mana arah anakda sy ini jika nak sambung ijazahnya, layak ke bidang mana?. Berapa tahun pengajian jika mahu sambung ijazah berkaitan dengan kursus Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ini?

Melalui situs UPSI andaian sy MACAM sesuai ke Ijazah Rekabentuk Animasi Ijazah atau Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Pengiklanan) yang UPSI tawarkan. Bolehkah? Berapa banyak pula kadar yuran sepanjang kursus?.

Apa kelayakan minima seperti CGPA bagi pelajar punyai Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan untuk memiliki segulang ijazah setara?.

(nota: PTPTN sebenarnya tidak mencukupi menampung belanja anak belajar. Sebab jika isteri masih berkerja, selalunya tidak akan dapat pinjaman penuh; setahun dua lagi isteri jadi pesara; memang bajet perlu diperketatkan; ish!!!)

Agar dapatllah sy mendapatkan pencerahan perkara 1 dan perkara 2 sebab ibu ayah pelajar buat masa ini sedang sibuk untuk memantau, memilih & menghantar anak-anak mereka ke kursus yang sesuai untuk anakda mereka seawal bukan Jun ini.

Wassalam


iDAN http://idanradzi.blogspot.com

e-mel sebelumnya...

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebenarnya anakda sy si Azim ni memang anak yang hebat & pintar. Dia dapat tawaran Matrik Teknikal Pahang kena daftar pada awal Jun ini. Azim juga adalah salah seorang pelajar yang memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2015 baru-baru ini. OKU –D (Orang Kurang Upaya – Detector). Sy telah majukan cadangan ke JPM agar projek si Azim & rakan dia ni dimanfaatkan untuk OKU di Malaysia. Tapi tiada jawaban.

1. Dia amat berminat dengan Kursus ini. Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan. Isu utama adalah bajet yang kena ibu ayah tanggung. Sy adalah pesara & pesakit kronik udah tua. Ibu si Azim memang mampu tanggung semua perbelanjaan pembelajarannya tapi bagi tempoh yang tidak pasti; hanya berkerja sekitar 3 tahun lagi jika mampu. Jika kami memohon PTPTN kami hanya layak terima bantuan separuh sahaja pinjaman PTPTN sebab faktor gaji ibunya melebihan syarat untuk pinjaman penuh. Elaun pesara sy lebih kurang RM1K sahaja tanpa BR1M. Jika khudrat tidak menyebelahi kami; ibu Azim pencen awal atau sy pergi dulu belanja bajet belajar Azim di UPSI sy nampak akan pasti menjadi bebanan Azim sebagai anak bongsu. Minta rayuan sana-sini pastinya satu perkara keliru. Sebab tiada apa juga insuran.

2. Sy sudah berbincang dengan abang-abang Azim agar bantu dia jika ditakdirkan sy & ibunya tiada. Sebab itu sy nak tahu sangat berapa lama sampai Azim ni akan tamatkan ijazahnya. Sy tak mahu anak-anak sy tiada ijazah sebab pengalaman/pengamatan sy menjadi buruh kasar selama 28 tahun di UPM; zaman kini diploma pun orang tak pandang. Perkara ini payah mahu sy kupas panjang-panjang. Banyak sy meraban di blog sy tentang kes sengsara ini.

3. Jika memang UPSI ada link atau kerjasama dengan mana-mana universiti tempatan atau luar negara & ada perhatian dari pihak kerajaan atau MARA untuk memendekkan tempoh belajar seperti Syukran Neji di UK sana. Tempoh tamatkan ijazah selama 2 tahun. Maksudnya 3 tahaun diploma & 2 tahun Ijazah; akan ambil masa sekitar 5 tahun untuk pegang segulung ijazah pastinya ini akan amat cantik dengan faktor ekonomi keluarga kami.

4. Sebab itu sy sarankan kepada Azim terima sahaja matrik. Akan banyak jimatkan kos belajar pun tempoh pegang segulung ijazah. Sebagai contoh abang Azim Anif jangka masa dia memegang ijazah hanya sekitar tak sampai 4 tahun (setahun atau 10 bulan di matrik 3 tahun setengah atau 7 semester UTHM tanpa pinjaman PTPTN masa di matrik)

Ini telah membunuh harapan & impian Azim ke UPSI. Jika masih mencari-cari ijazah yang sesuai seperti ijazah Sarjana Muda (Reka bentuk Permainan) yang masih tidak ujud di negara kita, sy takut Azim hanya belajar setakad diploma sahaja. Kasihan Azim.

5. Jika Azim telah habis Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan. Berapa tahun perlu diambil masa untuk mendapatkan Ijazah Saujana Muda (Animasi). Abangnya si Azim... Aziq kini di UTM Skudai terpaksa ambil masa selama 5 tahun untuk usaikan ijazahnya termasuk setahun buat Asasi di UiTM. (bermaksud kena secara awal pembelajaran silibus pengajian dia di UTM masa Asasi hanya asas untuk Aziq ke UTM Skudai. Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ini apakah dapat memendekkan tempoh belajar bagai Syukran Neji jika Azim nak ambil Ijazah Saujana Muda (Animasi) di UPSI?.

Bagaimana pun pasti sy juga turut berbangga UPSI telah dapat mengujudkan satu kursus diploma yang setaraf dengan negara luar. Tahniah!. Agar segera KPM atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil berat keujudan Ijazah Saujana Muda (Rekabentuk Permainan) di UPSI sebab pelajar diploma Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan telah pun ramai di negara kita. Bukan hanya lepasan UPSI tapi ada beberapa kolej yang telah mengujudkan kursus diploma yang sama.

Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.

iDAN

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan Malaysia

Wkumslm

Tak ada apa yg perlu digusarkan dengan program ini. Untuk pengetahuan tuan, bidang industri kreatif sedang meningkat naik dan mendapat perhatian umum tidak kira dlm mahupun luar negara.
Suka saya maklumkan permohonan kemasukan baru-baru ini mencecah belasan ribu tetapi anak tuan antara 60 org (sahaja) yg berjaya diterima masuk.

Program ini mendapat akreditasi penuh MQA. Lulusan diploma kami tidak punya masalah untuk menyambung ke peringkat ijazah pertama. Malahan USM sangat berminat dan telah mengambil ramai pelajar lulusan diploma kami ini. Setakat ini UPSI cuma menawarkan Ijazah Sarjana Muda (Animasi) untuk mereka, tapi kami sedang dlm usaha mewujudkan Ijazah Sarjana Muda (Rekabentuk Permainan). Untuk peringkat lebih tinggi, kami sudah pun ada program master dan PhD dalam bidang ini.

Lulusan kami juga mempunyai statistik Graduate Employability yang tinggi. Ia bermakna mereka semua sama ada berjaya mendapat kerja menggunakan diploma mereka, sambung belajar atau membuka perniagaan yang berkaitan games dan grafik.

Setakat ini kejayaan program kami terletak kepada kepakaran pensyarah2 (antaranya, Dr Tan Wee Hoe merupakan consultant games di US, dekan sendiri Dr Maizatul graduan PhD Games dari Jerman dan Dr Amri graduan PhD Serious Games dari Southampton Uni, UK), kemudahan infrastruktur yang kami ada, dan jalinan dgn industri yang kuat bersama Animonsta, Les Copaque dll. Namun, faktor kejayaan paling penting adalah minat anak tuan sendiri. Jika anak tuan juga berbakat dalam seni lukis dan kreatif, ia adalah satu bonus untuk berjaya.

Berkenaan yuran pengajian, sebagai universiti awam ia adalah berpatutan. Rata2 pelajar kami mendapat pinjaman PTPTN. Namun begitu, memang benar baki pinjaman semata2 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sepenuhnya setelah ditolak yuran pengajian dan yuran kolej nanti. Ada pelajar ditampung keluarga dan ada pelajar yang membuat kerja sambilan. Untuk makluman, pihak universiti ada menyediakan kemudahan pinjaman kecil dan wang zakat bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang serius.

Berkenaan Syukran Neji, memang benar beliau antara 20 anak org asli yang terpilih mendapat tajaan JAKOA. Beliau antara pelajar yang berbakat tinggi, kreatif dan rajin berusaha. Kami bangga dengan beliau dan lulusan kami yang lain. Ia juga menunjukkan diploma kami memang diiktiraf di luar negara.
Sekian.

Terima kasih.

Life is 'Imba'

19 Mei 2016

Percaya atau tidak?

Rekacipa Azim & rakannya ini menang sampai peringkat antarabang. Pingat Emas di Korea. Tapi cikgu di SMTKL belot tak bawa Azim ke Korea cuma cikgu, anak cikgu, dua rakan Azim & wakil dari KPM (tak pasti) sahaja yang pergi; sambil bertanding dapat melancong. Tak tahu apa sebenarnya terjadi kenapa Azim tidak dibawa. Sedangkan Azim & rakan-rakan berempat naik ke pentas.

Di Malaysia cuma menang Pingat Perak; sebab ayahnya orang Perak... tapi okeylah Azim yang bersalam dengan Abg Najib ambil anugerah. Tahniah Azim anak apak.

Sayang amat ciptaan untuk memudahkan kehidupan OKU ini tidak mendapat perjatian dimata & hati agensi kebajikan negara kita. Tersimpanlah rekacipta ini tanpa dimajukan.


Azim kiri sekali...


cadangan sy kepada Abg Najib masa nak bentangkan Bajet baru-baru ni...
Tak masuk dalam bajet sebab tarak ada untung kut!.


Azim menang!!!!! yes.
tapi pengadil Msia x kasihan OKU kasi pingat Perak
baik lagi pengadi parajuri Korea prihatin kasi Azim Pingat Emas...(hahahaha)

Azim & UPSI ii

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : +605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670.

Adoi udah dail tiga talian tak dapat cakap. Sabarx3 mungkin dia tengah berihat. Cuba pejabat Am pun tak dapat cuba pensyarah bertugas pun tak dapat. Orang sekarang tak main lagi talian tetap. Semua udah nak canggih pakai telefon bimbit/hp. Nak buat macam mana.

Warkah Untuk Aziq...

Memang betul kata angah tu... ayah buat kajian ketika kini ada tiga tempat buat kos yang sama Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera) di Msia (semalam ayah temui 3 tempat buat kos yang sama) ... menjelang tiga tahun akan datang dianggarkan udah ada pelajar sesaing Azim sekitar 300 orang...  sebab biasa mereka ambil sekitar 40 pelajar setiap tempat tiga tempat pastinya sekitar 100 orang.

Diploma ini bermula di UPSI sekitar tahun 2013.  kolej lain x pasti sangat bila bermula... udah pasti masa azim konvo ada sekitar 400 pelajar dari dalam negara... tak masuk pelajar ambil kos yang sama dari luar negara; antaranya ayah kesan... pelajar kita belajar di Algonquin College di Ottawa.

Ottawa semua kita tahu perkembangan komik mereka hebat... bersaing dalam bidang kreatif ini sebenarnya dalam kajian ayah hanya mampu bertahan sekitar 20 tahun sukar nak capai ke 30 tahun... Maksudnya dari usian awal 20an ke 40an sahaja... 

Rakan ayah yang buat kerja kreatif ini menjelang umur 50an udah mula jumud timbul banyak rentangan sakit kepala, darah tinggi, stres & sakit kronik lain. Ini memang lumrah kehidupan. Ketahanan daya fikir atau otak manusia ni pasti merosot. Sampai sebelum mati ada yang nyanyuk. Ayah dulu pun pernah buat kerja ini tak banyak mana sekitar umur 40an udah tak mampu lagi nak berkreatif sebab banyak gangguan masalah semasa, kerjaya, kesihatan, keluarga & lain-lain. Maksudnya okey ketika usia remaja & awal dewasa tak sesuai sangat untuk orang berumur untuk berkreatif sebab kena perah daya kreatif yang mendatangkan stres.  Mahu jadi penulis itu mungkin okey sebab ramai penulis hebat ketika tua; tapi kena ambil Ijazah lain. Atau jika Azim dapat jadi pengarah filem ketika udah tua mungkin okey... mengarah sahaja. Nak mengadap komputer bermain dengan multimedia sampai jauh malam memang satu yang tak mungkin. Boleh jem otak tu.

Lain pula suasana bidang teknikal atau kejuruteraan macam angah ceburi, sebagai contoh doktor perubatan masih boleh bertahan sampai usia bersara, mungkin sebab sekadar merawat pesakit mencadangkan ubat untuk dimakan. Lagi tua lagi sifu. Orang panggil otai. Seperti doktor pakar yang rawat ayah; baru sahaja pencen itu pun tak tua sangat udah bersara. Bersara tak sampai usia 60 tahun. Tapi tak semua macam tu ada juga lagi tua lebih kreatif otaknya, cuma orang sehebat ini tak seramai mana.

Bila ayah fikirkan masak-masak kenapa tidak Azim rebut peluang lebih luas biarpun payah getir. Payah-payah belajar... sakit-sakit berjaga malam dapat segulung  Ijazah. Banding penat belajar memerah daya kreatif hanya dapat diploma. Biarpun kata angah gaji mahal di luar sana tapi mana mungkin nak dapat gaji setaraf ijazah. Paling mencabar masa nak buat pinjaman perumahan nanti dapatkah label gaji gaji tahap diploma membantu berbanding mereka pegang Ijazah. Pihak bank ini lebih percaya kepada pendapatan peminjam.

Ambil risiko dengan bidang yang samar-samar amat bahaya. Kecuali ada jaminan akan sambung terus ke mana untuk mendapat Ijazah. Iyer kena sambung ke tahap ijazah. Seperkara lagi yang perlu dikaji cukupkah untuk bajet pembelajaran. Persekitaran penginapan bila tak lagi dapat tinggal di kampus kena siap sedia.

Pengalaman ayah berkerja bermula dengan kedudukan rendah di penjawat awam menjadi mangsa sampai ketua tak dinaikkan pangkat memang amat bahana. Diperlekehkan orang amat menyakitkan. Bila saat nak bersara dicampak ayah untuk jadi Ofis Boy ini satu penghinaan buat ayah di UPM, bukanlah hina kerja Ofis Boy itu tapi hina kemahiran kerja selama 28 tahun langsung tidak dinilaikan majikan. Perkara ini yang amat ditakuti kut berlaku terhadap anak-anak.

Ini pengalaman amat sakit sebab sekitar 20 tahun ayah berkerja dalam bidang teknikal sendirian menjaga makmal. Sekadar mendapat elaun tanggung kerja Juruteknik di beberapa tahun. Tentunya sekadar cukup makan untuk menyara anak. Jika isteri tidak berkerja pastinya amat sukar hidup ini. Bila UPM dapat orang baru...ayah tak dipandang lagi sebab tiada segulung diploma atau ijazah dapat membela ayah. Sijil kemahiran yang melambak pun dibakulsampahkan oleh pihak UPM. Sebab itu ayah mahu sangat anak-anak ayah bermula kerja dengan diploma paling baik ijazah. Agar anak-anak ayah pegang ijazah, itu target utama dalam pembelajaran juga bekalan masa depan.

UPSI pun tak kasi skala yang nampak menyakinkan apakah bidang ijazah yang sesuai lepasan diploma ini, Bila ayah tenguk silibus Ijazah Multimedia pun nampak amat padat bagai tak mampu Azim untuk sambung belajar. Tak mungkin siap dua tahun banding ijazah biarpun Azim memiliki Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan yang tak ada berkaitan sangat silibus Ijazah Multimedia ini. Mungkin ayah silap tafsir dalam masalah ini sepatutnya ada bekas pelajar yang telah lalui diploma ini boleh kasi pencerahan.

Malaysia masih nampak amat lambat berkembangnya dunia animasi atau perfileman. Di Jepun seperti juga Ottawa Kanada mungkin bidang animasi juga kreatif ini jauh lebaih berkembang. Masa ayah ke Jepun  tahun 80an dulu pun mereka memang amat pesat dalam penerbitan komik juga filem animasi. Buktinya sampai di Malayia amat banyak komik juga filem animasi/kartun di TV. Bayangkan sekitar 30 tahun di Malaysia nilai komersial tenaga kreatif ini amat perlahan. JIka ada pun ada boleh bilang dengan jari filem animasi terbitan tempatan. Kluang Man, Kampung Boy, Upin & Idin Boi Boi itu pun versi yang sama berulang.  Banyak komik udah tak terbit, jika terbit pun tak ramai pengikutnya, Ujang, Gila-Gila, ada banyak yang sudah tidak terbit seperti Batu Api, Bambino, Barongan, Gempak, Bujal ada banyak lagi udah tinggal kenangan.


Syarikat perfileman seperti Upin & Udin atau Boi Boi tak banyak bersaing. Kena tunggu setahun dua baru terbit satu filem pasarannya pun sekadar sekitar negara mungkin lepasi Endon sahaja. Jika nanti masalah kemahiran anak tempatan ini makin banyak memegang sijil kreatif ini tak ada tempat mereka mangasah bakat, nak cari kerja akan payah, bagaimana ianya nak dibaik juga maju. Kerajaan kena bersungguh-sungguh memintas masalah ini agar jangan berlaku. Kena terus majukan bidang ini. Nak tenguk sangat filem negara kita tak kiralah filem animasi tempatan tapi filem superhero kita mungkin Hang Tuah akan menjadi idola seantero dunia. Ini bukan mustahil. 

Usaha kerajaan kita nak memasarkan filem tempat sampai ke peringkat antarabangsa pun macam ada tak ada. Peranan menteri yangt berwajib dalam bidang ini & seniman serta karyawan seharusnya seiring. Ini yang ayah rasa Azim serta angah pastinya kecewa nak perjudikan masa muda Azim ini untuk ke arah bidang ini. Bukan angah tak tahu Azim adik angah yang hebat sampai menang anugerah peringkat kebangsaan.  Anugerah Harta Intelek 2015 tahun lalu. Tapi apa faedahnya; ayah sudah pun cadangkan agar ciptaan Azim tu dimanfaat untuk OKU ke JPM, ada siapa ambil peduli. Amat mengecewakan Azim juga angah yang menyokongnya bidang kreatif pun anovatif ini untuk Azim terokai. Ayah risau Azim tak ke mana jika ambil kursus ini. Bayangkan UPSI yang seharusnya hebat dalam dunia seni juga internet ini pun alahai penat nak komen. Nanti ada yang terasa bila kekurangan didedahkan.



Negara jiran kita Endon pun ada memperuntukkan pengusaha kecil di bidang ini untuk bermula niaganya. Negara kita macam masih samar apatah lagi jika tak dapat dengan kalangan NGO kerajaan.

http://bisnisusaha.info/ide-peluang-usaha-kreatif-dan-inovatif-modal-kecil-untung-besar

Ini salah seorang bekas pelajar kos yang Azim nak ambil... cer semak situs dia ni... Syukran ini memang hebat; bagaimana dengan rakan Syukran yang lain ke mana mereka ni?.

http://syukran93.blogspot.my/2012/05/reka-bentuk-dan-pembangunan-permainan.html

Pelajar ini dapat menyambung ijazah di UK. Atas usaha kerajaan terhadap kaum Orang Asal. Apakah UPSI boleh bantu pelajar mereka sambung belajar di luar negara atas tajaan MARA atau sebagainya. Yang paling penting ada arah tuju juga ada bantuan yang dapat mencari lorong pelajar lain seperti pelajar ini.

Syukran ada pelajar contoh yang dapat sambung ijazah di luar negara. Hanya perlu dua tahun. ayah telah kasi e-mel UPSI sebab berulang kali ayah telefon tidak dilayan tengah tunggu maklum balas pihak UPSI. Arah tuju kursus yang mereka anjurkan ini.

https://lifeimba.com

Tahniah Syukran... agar dipermudahkan pembelajaran Syukran ... yang penting pulang ke tanah air nanti Syukran akan dapat kerjaya yang sesuai.


Azim & UPSI


UPSI Proton City Tg Malim, Tanjung Malim

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera)

mungkinkah boleh sambung >>> Ijazah  Rekabentuk Animasi Ijazah >>> Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Pengiklanan)

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM :

1. Matematik dan
2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/ Sains/Kimia/Fizik atau ;
3. Salah satu (1) subjek Kejuruteraan:
    a. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
    b. Pengajian Kejuruteraan Awam;
    c. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    d. Teknologi Kejuruteraan

dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Dekan
Dr. Maizatul Hayati binti Mohamad Yatim
Tel : +605-450 5882
E-Mel : maizatul@fskik.upsi.edu.my / dekan@fskik.upsi.edu.my

Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar)
Dr. Ramlah binti Mailok
Tel : +605-450 5693... 2x engage 2x engage lagi
 mramlah@fskik.upsi.edu.my / tda@fskik.upsi.edu.my

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah)
Dr. Azniah bt. Ismail
Tel : Tel: +605-450 5053... 1x tiada jawapan
1x tiada jawapan...
E-Mel : azniah@fskik.upsi.edu.my / tdp@fskik.upsi.edu.my

04 April 2016

Terkenang Arwah Nasha




Aku masih terkenang Arwah Nasha. Sahabat yang rapat denganku. Allahyarham tak pernah pun meninggi suara atau menyakitkan hatiku. Amat prihatin & selalu berkata ikhlas setiap kali berbual denganku.

klik/ketik bawah

http://idanradzi.blogspot.my/2006/02/6.html

31 Mac 2016

Avanza Selepas Jalani Topoverhaul Ada Pulak Masalah Lain...

Civilian
Selepas mengalami masalah paip besi bocor (entah apa nama paip tu) akhirnya avanza aku terpaksa diangkat head dan dibaik pulihkan ... setelah 2 bulan menunggu...dan si pomen kenakan aku dengan bayaran RM1530 ejas punya ejas dapat RM1400...nak tanya pada yang berpengalaman berbaloikah cas yang dikenakan itu...?

Satu masalah lagi...bila aku bawak kereta ada tu keluar signal check engine...call balik pomen kata kena pergi scan computer & ejas tuning...bila scan tetap kena bayar RM50...

Maka keluar result "VVT SENSOR CAMSHAFT POSITION SENSOR CIRCUIT RANGE"...pulak dah...bila tanya alat tu harga RM250...Ya Allah mana lagi nak cekau duit...

Soalan aku sekarang....
1)Berbaloikah cas yang dikenakan?
2)Logik ke alat boleh jadi rosak punya dari masalah mula2 tadi?
3)VVT SENSOR CAMSHAFT POSITION SENSOR CIRCUIT RANGE ok ke harga RM250 atau murah lagi...?
4)Alat tu boleh repair tak?
atau ada altenatif lain...
harap sudi kiranya teman2 disini memberi bantuan

Masalah seterusnya....
Baru2 ni drive tak sampai 15km temperature naik lagi....terpaksa aku berhenti untuk redakan... setelah aku cabut & cuci sensor tu...
- Signal check Engine dah tak keluar...tapi Engine macam tak stabil je apa lagi masalah ni...pening ooo...


ko gi service kereta kat bengkel biasa ke SC? kalau kedai biasa baik cari kedai yang memang dia biasa buat untuk jenama Toyota kalau tidak memang masalah.
krol_terung

abg ipar aku sampai skrng problem dgn avanza dia .. dvvt dia masalah, kes bermula dengan overheat lah pasal tak tutup tangki air radiator...setahun lebih tak jalan... asyik bertukar mekanik... suruh hantar kat SC dia tak mau....
ryusei

enjin 1.3 ke 1.5?
Biasa part macam sensor ni jarang yg boleh repair... rasanya memang tak boleh pun... dulu pernah jugak tukar satu sensor dekat kereta wira...sensor ni baca timing enjin kalau aku tak salah ingat laa...harga dekat rm150++ jugak laa... confirm ke sensor tu yang rosak bro..? takut dah tukar..tak selesai jugak masalah...
ni yg payah kalau byk sgt pakai barang elektronik...sensitif...
zaberi

Betul tu. itulah kos yg perlu ditanggung kalau angkat enjin. overheat menyebabkan enjin kena ovohol.
kos sekita rm 1000-1500 biasa lah tu... berkenaan tuning juga itulah kaedahnya. kena rm50 murah dah tu. biasanya 60-100... vvti sensor? apa-apa kereta moden memang slalu rosak sensor. g setting kat toyota. tapi mahal ler...
qba437

kalu proton yang jadi macam nih...tak tau nak kata..
ratusanRM


Cuba masuk dalam group FB TAVAC. Tanya masalah kat sana :D:D:D
Mat Abid

Takkan la buat top pun kena rm1400...kalu overhaul satu enjin, logik jugak...
Civilian
kereta tu kene kat kawasan kampung...aku naik pening masa tu nak hantar mana...rosak pulak dekat dengan bengkel tu...tu yang hantar kat situ je...huhuhu
Civilian

Itu yang buat aku risau hari pergi scan kata masalah tu...pastu pomen (pomen lain ni)t u usik apa ntah dia kata dah ok tapi tahu berapa lama tahan...tak kena cas cuma perlu bayar untuk scan je...
bila jalan tak sampai 500 meter jadi balik isk... nak hantar balik pomen tu kata lain hari pasal dah petang...
OTW balik singgah kat bengkel lain pastu cerita kat dia masalah & result tu...dia suruh aku pergi kedai tanya barang tu...ada...harga rm250...aku tak beli lagi pasal over bajet... balik bengkel cina tu kata ok dah...tapi tak tahu berapa lama boleh tahan....memang pun tak sampai 10km jadi balik...macam sesak nafas kereta tu...huhuhu...
Civilian

Inilah masalahnya klu hantar kat pomen yang tak biasa buat kereta jenama toyota,aku tak berani nak komenlah sbb benda dah buat! tak pun bro pergi cari mana2 bengkel yang biasa dok repair brand toyota mungkin diorang lebih tahu.
zizanJR

top overhaul mmg mekanik cekor camtu rege dia....bab sensor2 tu kalau problem tukar je bro...
sangbogol

top overhaul mmg harga dia mcm tuh klu ko tukar sekali dengan piston ring,klu tak tukar piston ring harga dia dalam 350+ ja klu untuk kereta2 biasa mmg itulah harganya.Tapi klu toyota nih aku tak taulah.......try tnya service centre brp diorg charge untuk top overhaul?
sayur kampung

salam..pomen pun kena pegi kursus la..ini zaman bukan toyota ke20 lagi... macam jenis system ader nak pulak semua pakai sensor..bila ader hal cucuk komputer la aper la...masa tngh repair xnak pulak buat tau nak pakuk je... antar elok dapat balik x elok.. naya orang jela

-antar servis center je bro suh kompom sensor 2 rosak ke tak
-pengalam aku sensor camshaft nie kalau betul nak kong enjin kau macam nk mati...
rocketeer999

ikut pandangan aku problem baru tu berlaku masa pomen angkat head kete ko.... die pasang balik x betul..
skiperz

Sy pakai kelisa pun diaorg nak charge 1300 pasty kene tinggal seminggu Kat bengkel
ryusei

masalah asal, keta overheat...pas tu buat top overhaul....bila siap top overhaul...lampu check engine plak menyala...bila diagno...vvti sensor error...aku rase ade benda pasang tak betul masa top overhaul tu...

kalau tak salah kod engine avanza k3ve kan? sama macam myvi...
cuma avanza guna 1 belt untuk power stereng,compressor dan alternator...
myvi plak ade 2 belt yg control benda-benda tu semua...
agak-agak enjin myvi boleh masuk kat avanza tak?
fxjaybee.co

Sepatutnya pomen yg overhaul kena bertangungjawab sampai selesai masalah. semua kos pomen tu kena tangung sebab dia puncanya... kalau dia x nak tanggungjawab, kasi pecah kepala pomen tu....
ayah_ne


Ni ambe stuju. Terasa mahal jugak pd ambe. Bab sensor tu takleh repair kena tukar...
zamreda

salam..pomen pun kena pegi kursus la..ini zaman bukan toyota ke20 lagi
macam jenis system ader nak pulak semua pakai sensor..bila ader hal cucuk komputer la aper la...masa tngh repair xnak pulak buat tau nak pakuk je..
antar elok dapat balik x elok
naya orang jela

-antar servis center je bro suh kompom sensor 2 rosak ke tak
-pengalam aku sensor camshaft nie kalau betul nak kong enjin kau macam nk mati...

kepandaian pomen bukan tau saja bukak nat pasang skru aje...
basik utama skg pandai ilmu karan...
kalau pandai elektronik tak ada hal...

yang pomen tu mungkin talaan timing pulley shaft salah menyebabkan sensor pun yang fungsi betul pun sistem ecu pun ttp kata sensor tu salah..:-?:-?
Civilian

top overhaul mmg harga dia mcm tuh klu ko tukar sekali dengan piston ring,klu tak tukar piston ring harga dia dalam 350+ ja klu untuk kereta2 biasa mmg itulah harganya.Tapi klu toyota nih aku tak taulah.......try tnya service centre brp diorg charge untuk top overhaul?

tak tukar piston ring pun...yang tukar...nut head 6 batang dia cekik aku rm45 sebatang...sedangkan aku dah cadang kat dia harga kedai kat kawasan dia harga rm14 sebatang....pastu tukar spring valve 4 batang pasal bengkuk masa dia welding pada nut masa buka head harga spring rm50 sebatang...pastu gasket...kalau tak salah dia guna gasket kembara...
Civilian

Salam..pomen pun kena pegi kursus la..ini zaman bukan toyota ke20 lagi
macam jenis system ader nak pulak semua pakai sensor..bila ader hal cucuk komputer la aper la...masa tngh repair xnak pulak buat tau nak pakuk je..
antar elok dapat balik x elok
naya orang jela

-antar servis center je bro suh kompom sensor 2 rosak ke tak
-pengalam aku sensor camshaft nie kalau betul nak kong enjin kau macam nk mati...

-tu la pasal...tak rasa berdosa ke depa ni...
-nak hantar SC modal dah tahap kritikal sangat dah... :(
-memang mcam tu jadinye...
Civilian

Sy pakai kelisa pun dieorg nak charge 1300 pasty kene tinggal seminggu Kat bengkel

tahan jugak seminggu...
aku punya 2 bulan bro...
Civilian

Masalah asal, kereta overheat...pas tu buat top overhaul....bila siap top overhaul...lampu check engine plak menyala...bila diagno...vvti sensor error...aku rase ade benda pasang tak betul masa top overhaul tu...

kalau tak salah kod engine avanza k3ve kan? sama macam myvi... cuma avanza guna 1 belt untuk power stereng, compressor dan alternator... myvi plak ade 2 belt yg control benda-benda tu semua... agak-agak enjin myvi boleh masuk kat avanza tak?

entah la aku pun tak tahu betul ke tak dia pasang...
Civilian

sepatutnya pomen yg overhaul kena bertangungjawab sampai selesai masalah. semua kos pomen tu kena tangung sebab dia puncanya... kalau dia x nak tanggungjawab, kasi pecah kepala pomen tu....

serba salah dengan pomen macam ni...dia cakap manyak baik... pelan-pelan cakap...
dalam pada tu aku rasa macam aku kena cekik...:((
Civilian

hantar la ke tempat yang diiktiraf.
man88

sepatutnya pomen yg overhaul kena bertangungjawab sampai selesai masalah. semua kos pomen tu kena tangung sebab dia puncanya... kalau dia x nak tanggungjawab, kasi pecah kepala pomen tu....

Setuju,
Civilian

Avanza saya pernah kena overheat smpi enjin jem buat overhaul lps seminggu keluar lampu check enjin hantar balik kt pomen tu dia buat tak betul...

Masalahnya tempat aku dengan bengkel jauh sangat...aku kat pahang skg ni...pomen tu kat kelantan...
dah tu pomen kau settle balik tak masalah tu...
miehensem

tt.. la ni toksah semak2 kepala.. towing balik je keta tu.. tt time towing tu dok la dlm keta.. atau naik sekali lori towing..

dok hide n seek camni mmg sakit hati.. sbb tak selesai masalah.. dah tau pomen jenis tak reti.. better blah je.. drpd benda lain pulak rosak..
Civilian


la...kete tu dah wat balik...
tapi wat balik dalam senak enjinnye...
alasan dia kat kelantan takde tempat scan computer...
aku yang tak reti wat balik je la...
aku ingat esok nak cite balik dengan dia & nak mintak balik sebahagian dari duit aku bayor tu...
kalau dia taknak tanggung jawab aku tak halal dunia akhirat...:(
sangbogol

tak tukar piston ring pun...yang tukar...nut head 6 batang dia cekik aku rm45 sebatang...sedangkan aku dah cadang kat dia harga kedai kat kawasan dia harga rm14 sebatang....pastu tukar spring valve 4 batang pasal bengkuk masa dia welding pada nut masa buka head harga spring rm50 sebatang...pastu gasket...kalau tak salah dia guna gasket kembara...

mmg ko kena cekiklah nampaknya :D
man88

Oo jauh tu, aku punya pomen settle

Balik, parah juga masa tu dekat 3k kena.tu cerita 2 tahun lepas, sekarang ni condition kereta aku dah jadi sama macam kereta kau sbb kena overheat minggu lepas nasib enjin tak jem.overheat tu sebab hose radiator bawah terlepas klip pomen tak pasang , tak tahu pomen tu sengaja ke apa..geram betul
has_mmu

Camni kot barang dia?

Pandangan saya:
1. Cari pomen yang biasa buat..
2. Survey 3-4 bengkel dan buat comparison..
3. Lepas ok.. terus jer jual kereta tu..(selamatkan poket anda) beli kereta baru.
4. Kalau engine tu dah pernah overheat.. engine block mungkin dah tak elok.. dan wire engine mungkin dah keras dan tak elok..

Saya pun biasa bertekak dengan pomen... kalau dia buat macam2 cerita..
skiperz

tahan jugak seminggu...
aku punya 2 bulan bro...

Aku tahu sbb ape 2 bulan..die pegi buat kereta lain la kot sbb nak kejar sales..

- Siapa pernah ganti gasket enjin Avanza atas & bawah... Jika dua-dua gasket bocor memang kena angkat enjin udah pasti upah sahaja sekitar RM300 dua gasket tu mahal tak?. Minyak hitam sudah tentu kena tukar. Tanpa overhaul... Cer siapa boleh kasi kosnya?.

Ikut ceritera Civilian di atas ianya berkait dengan Topoverhaul memang banyak kerja tapi tak perlu angkat enjin sebab sy selalu juga duduk di bengkel rakan Pomen Di Raja. Topoverhaul sekadar buka tutup/head juga

1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve, fuel valve)
3.penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)
5. Penahan penyebar api(Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Roc1.ker arm)
8.Gasket silinder(head gasket)
9.Skru silinder

Jika ada yang kena tukar memanglah sampai RM1000 lebih. Dua bulan tu melampau lama, biasanya sekitar seminggu itu munasabah; itu pun buat kerja lain. Bukan ngadap enjin satu itu saja.

13 Mac 2016

Penjagaan Gear Box Kereta.


Tips Penjagaan Gear Box

Kali ini saya ingin kongsikan mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.

Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’. Laraskan paras clutch supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenal pasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”. Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5, kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan "overdrive button" pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.

Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik dan steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang di‘recommend’kan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.

Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangka hayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangka hayat clutch plate. Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian.

Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON) (kecuali Perdana V6 = RM 22000).

ATF DX3 10w Type 111D

OCOMA DX3 is a premium quality fluid blended to meet DX III specifications, or when GM approval No. F30378 is required.This product is a high viscosity index fluid containing superior additive technology which provides exceptional thermal stability as well as oxidation resistance and sludge control.


















APPLICATION OCOMA DX3 should be used wherever Dexron III is specified and is suitable for all General Motors four-speed automatic transmissions. It may also be used as a power steering fluid and in hydraulic systems particularly where high temperatures are encountered. This product is also approved for use where Allison C-4 fluid is recommended.

SPECIFICATIONOCOMA DX3 meets or exceeds the following specifications:
  • GENERAL MOTORS DX III
  • NISSANMATC C
  • TOYOTA T
  • MAZDA M-III
  • FORD MERCON
  • ALLISON C-4
  • CATERPILLAR TO-2
  • SPERRY VICKERS HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
  • DENISON HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
  • SUNDSTRAND HYDRAULIC PUMP SYSTEMS
PACKAGING200 Litre, 60 Litre, 20 Litre drums
TYPICAL CHARACTERISTICSCHARACTERISTICS DX3 ATF
Kinematic viscosity at 40°C, mm 2/s (cSt)34.08
Kinematic viscosity at 100°C, mm 2/s (cSt)7.19
Pour point, °C-45
Viscosity index180
ColourRED


NOTE: Due to continual product research and development, the information contained herein is subject to change without notice.Values stated are average values only, and may vary due to manufacturing tolerances.

- take good care of your transmission and it will take good care of you. ATF is cheap to change, I change mine diligently every 20,000km or 1 year, whichever sooner,

 iDAN:

Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja Gear Box Auto Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km baru tukar minyak gear box auto ini; kes kami: sy tak pasti bila perlu ditukar sbb pihak Toyota tak letak sticker atau ingatkan kami; sedangkan sejak beli kami tak pernah pun buat servis di luar atau tukar minyak gear di luar sentiasa di Pusat Servise Toyota di Balakong Selangor tu.. nak jadi kes, bila nak ianya rosaklah. Kemungkinankah pomen di Pusat Servis Toyota terlepas pandang bab tukar minyak gear ini?. Tak ikut spek di buku panduan yang sentiasa kami kasi tiap kali pergi buat servis. Atau memang ketahanan gear box Toyota Avanza sekitar 7 tahun sahaja. (?)

Bila SUDAH meragam sy beli minyak gear keluaran Toyota buatan Japan.. pertama kali tukar dengan pomen sendiri. Pomen di Raja sebelah rumah sy. Mak datok sudah hitam berkeladak giler tak lagi macam minyak gear.

Sy guna minyak yang siap tertulis  Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari tapi masih tak stabil; terpaksa juga berkejar ke Pusat Servis Balakong katanya minyak yang sy guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai DX3 (kod spare part sama 08886DX3 di resit Pusat Servis Toyota)  Bila hantar servis pihak Toyota pomen Toyota buang minyak yang sy beli yang baru pakai sehari ditukar baru (sekitar RM100 itu habis terbuang).... hahaha Masalah masih tidak berubah. Ada ketika gear auto Avanza kami sangkut... hanya masuk gear satu atau gear dua tak boleh masuk gear tiga... mengaum...

Terpaksa sy tukar gear box auto Avanza di luar sebab pihak Pusat Servis Toyota mahukan kos ganti yang baru RM20K tanpa boleh runding. Sy tukar di luar guna gear box recon sekitar RM3K.

Ada sesiapa di sini tahu apa ke bendanya minyak gear auto bagi Avanza yang sesuai?.

Toyota Type T-IV ini konon katanya hanya sesuai untuk Vios tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di tin yang saya beli tiada tertulis pun untuk kereta Toyota jenis apa...   Kod Spare Part sama 08886 di tin minyak gear sy beli pun di resit pihak Pusat Servis Toyota yang guna 08886DX3... Toyota ni betoi betoi buat sy poning.

Sy tanya Pak Google & ; temui URL di Endon juga pomen di sana  kebanyakan mengguna Type T-IV keluaran Toyota untuk Avanza. 

Jangan terkejut harga Gear Box Auro Avanza yang baru RM20K di Pusat Servis Toyota. Jika buat di luar potong atau recon sekitar RM3K. Sepatuynya kerajaan ambil tahu sikitlah masalah Pusat Servis Toyota yang kenakan cas giler mahal ini.




Ini minyak hitam Avanza yang selalu sy guna... salahkah?

07 Mac 2016

Laknat bagi Orang yang Memutuskan Tali Silaturrahim


Manusia dituntut untuk saling mempererat tali silaturrahim antara yang satu dengan lainnya, tidak dibenarkan sesama manusia untuk saling bermusuhan dan saling menyakiti. terlebih kita adalah satu nenek moyang ia itu dari Nabi Adam AS.

Dikatakan bahwa seseorang yang telah memutuskan tali silaturrahim, maka ia akan dilaknat oleh Allah SWT. seperti Sabda Allah SWT dalam Surat Muhammad ayat 22-23,:

“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka Bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah SWT dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka”

Dan, Rasulullah SAW pun juga bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim memanjatkan do’a pada Allah SWT selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturrahim melainkan Allah SWT akan beri padanya tiga hal: Allah SWT akan segera mengabulkan do’anya, Allah SWT akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan Allah SWT akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.”

Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata,” Allah SWT nanti yang memperbanyak mengabulkan do’a-do’a kalian”.” (HR. Ahmad)

Silaturrahim merupakan wujud iman kita kepada Allah SWT dan hari akhir. Dan juga dasar tegaknya Islam. Allah SWT menyuruh kita untuk saling mengenal dan berbuat baik dengan sesama ( An-Nisa: 36).

Dengan demikian, akan terwujud rasa kasih sayang yang terjalin dalam jalinan ukhuwah Islamiyah. Nikmatnya ukhuwah Islamiyah akan terasa bila sesama kita juga mengerti akan pentingnya saling membantu dalam kebaikan. Itulah yang kita harapkan. Bahkan semua orang merindukannya.

Berikut merupakan nampak yang ditimbulkan jika silaturrahim di antara sesama manusia telah terputus. Dan hal tersebut akan berpengaruh kepada dunia dan akhirat kelak. diantaranya, :

Pertama
Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturrahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada ertinya di sisi Allah SWT.

Kedua
Amalan solatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 5 macam orang yang salatnya tidak berpahala, ia itu: isteri yang dimurkai suami kerana menjengkelkannya, budak yang melarikan diri, orang yang mendendam saudaranya melebihi 3 hari, peminum khamar atau arak dan imam solat yang tidak disenangi makmumnya.”

Ketiga
Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Raslullah SAW: “ Sesungguhnya malaikat tidak turun kepada kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturrahim.

Keempat
Orang yang memutuskan tali silaturrahim diharamkan masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 3 orang yang tidak akan masuk syurga, ia itu: orang yang suka minum khamar atau arak, orang yang memutuskan tali silaturrahim dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.

Dengan Demikian, Sangatlah kita harus menjaga tali silaturrahim di antara sesama manusia, serta tetaplah menjaga tali persaudaraan kita agar menjadi Hamba Allah SWT yang dicintainya.





03 Mac 2016

SPM Azim... Cikgu ooo Cikgu.



"Emm payahlah macam tu... "

"Sebab si Azim hanya cutu hari Jumaat sbb tu nak tenguk wayang hari ni... semalam dia hilang rumah lepas Maghrib tu yang x sempat nak ajak tenguk wayang...."

"Ingat nak meraikan dia saja... Jika tenguk wayang dengan si Azim berdua macam tak meriah saja."  meraikan kejayaan SPM Azim.

Keputusan SPM Azim sederhana sahaja. Nak masuk Asasi memang agak sukar kena saingan (Betul ke kata Aziq kena sekurang-kurang 8A untuk masuk Asasi?) Doakanlah Azim dapat masuk Matikulasi ikut jejak abang-abangnya. Azim hanya dapat 6A seperti telahan kami berdua sedari awal.

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Math Agama Islam semua Azim dapat A. Masalah mata pelajaran Sains sekadar kepujian tak dapat cemerlang. Siapa pelajar di SMTKL tahu masalah ini. Bukan Azim tu tak pandai Sains tapi cikgu yang mahir ngajar mata pelajaran ini bertukar. Ini masalah pengurusan sekolah.

Azim belajar di kelas teratas 5AE (Elektrikal) di SMTKL itu. Ada beberapa orang rakannya dapat 9A. Ada sekitar 15 orang pelajar SMTKL dapat 9A SPM 2015. Pelajar dapat 10A ramai kalangan kos Awam & Mekanikal

(Aziq abang si Azim dulu ambil kos Mekanikal, Aziq adalah pelajar terbaik di SMT Gombak tapi sekarang tinggal berjauhan dengan Azim di UTM Skudai... sedih amat tak dapat bantu adiknya... emmm gadgets yang ada tak dapat membantu mereka berkomunikasi dalam pembelajaran!!! asrama mana dibenarkan bawa hp!. Curi-curi bawa bolehlah)

Kasihan Azim dia tak dapat bantuan dari rakan atau abgnya Aziq atau dapat masuk kelas tiution yang dihentikan oleh pihak SMTKL tahun lalu sebab ibu bapa pelajar kosnya mahal. Lagi pun Azim terikat di asrama. Pada saat akhir dia ada masalah ini tak dapat kami kesan atau menolongnya.

Bagaimana pun TAHNIAHLAH Azim dapat keputusan terbaik ini. Bersyukurlah!!!. Ini sudah takdir Ilahi yang penting agar Azim dapat sambung belajar di tempat sesuai. Doakanlah untuk Azim!!!.

Alahai semua keputusan mata Sains di SMTKL menurun tahun ini. Memang ada pelajar pintar. Pelajar terbaik di SMTKL ini adalah pelajar lelaki, bayangkan dapat 9A+ dan 1A. Kos Mekanikal. Tak ada tiution tak ada bantuan apa pun. Huh ini memang dikatakan genius. Azim selalu perhatikan pelajar ini nampak biasa saja bukanlah ulat buku. Tak nampak pun bila masa dia belajar!!!.

Aziq dulu pandai dia kejar pelajar pintar ini sama kelas. Semangat pelajar pintar ini yang banyak membantu dia dalam SPM.

Saya berbual dengan beberapa ayah pelajar yang anaknya berjaya mata pelajaran Sains ini, ada seorang ayah terpaksa memberi tuition anaknya masa cuti sekolah. Ayah pelajar ini seorang jutawan okeylah; memilik PhD mengajar di UM. Ada kedai pakaian di GM Klang diuruskan oleh isterinya, pendapatan sebulan dia sahaja tak lari RM20K. Belum lagi kedai pakaian di GM Klang yang isterinya uruskan. Pensyarah memang dilarang buat bisnes tapi keluarga tak kisah, isterinya sanggup bersara awal sebab melihat bisnes pakaian ini boleh maju.

Bila dia  tahu anaknya ada masalah mata pelajaran Sains ini, sama macam masalah si Azim, dia sanggup panggil tenaga pengajar tiution ke rumah. Sejam dia bayar RM75. Tak pernah anaknya dapat markah B dalam mata pelajaran Fizik atau Chemistry sejak Tingkatan Empat di SMTKL tu. Percubaan SPM anaknya cuma dapat 2A. Akhirnya keputusan SPM anaknya semalam dapat 7A... menariknya berjaya dapat B+ dan B dua mata pelajaran Sains... Fizik dan Chemistry. Hanya tiution di rumah saat akhir!!!.

Agar catatan sy ini dapat pihak pengurusan atau pengetua SMTKL baca catatan sy ini. Mesti ada komitmen untuk usaikan masalah ini bagi pelajar SMTKL  untuk SPM tahun ini dalam mata pelajar Sains.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia KMP kena menjadikan isu cikgu yang mahir mengajar ini satu agenda yang penting jika mahu pelajar Melayu kita terus hebat dalam mata pelajar Sains ini. Carilah cikgu yang betul-betul tepat. Begitu mata pelajar lain. Saya lama kerja di UPM. Masalah pengajaran ini memang ujud. Bila laksanakan ISO memang ramai pensayarah yang ada PhD ada masalah dalam pengajaran. Terpaksa perlu kursus mengajar. Pensyarah saya rasa lain!!!. Cikgu sebaiknya takkan timbul masalah sebegini. Namanya pun cikgu bukan kejap nak dapat segulung ijazah mahu jadi seorang cikgu kini. Tak main lagi maktab macam dulu.



26 Januari 2016

Kembara Asing 3




Tak pernah pun terfikir kembara sejauh ini. Nama tempat ini City Palace... astana lama di Jaipur ini.
Ianya kini menjadi tarikan pelancong. Masih cantik dipelihara sebagai tempat sejarah.


The spectacular City Palace presents the perfect blend of Rajasthani and Mughal styles of architecture. Incorporating a large number of gardens and courtyards, the City Palace took a good three years — 1729 to 1732 — to complete. Constructed initially by Sawai Jai Singh II, the City Palace got several additions courtesy his heirs. These additions continued all the way up to the 20th century.

Chandra Mahal near City Palace, Jaipuir

Among those who designed the palace was Sawai Jai Singh himself who was an architecture enthusiast. The Peacock Gate is one of the main attractions of the City Palace that also houses a museum, an art gallery as well as an exhibition of weapons and royal costumes. The royal family of Jaipur continues to stay in the Chandra Mahal that borders the courtyard of the City Palace.