iDAN

13 Disember 2005

Chat vi Pulau Carey (Delima Merkah)

iDAN: apa cerita sekarang

iDAN: Ma dah kawin ke belum

iDAN: cam mana kerja?

Ma: askum

iDAN: wsalam

Ma: Ma baik ja

Ma: mcm tu juga laaa

Ma: tak kahwin lagi

Ma: tak sampai seru lagi

Ma: abg mcm mana

Ma: sihat ka

iDAN: abg ..ok Cuma..dah lupa muka Ma

Ma: ya kaaa

iDAN: hari tu Ma ada kasi gambar ntah kat mana pc tuuu ......ilang dahh gambar tuu

……………..

iDAN: abg tengah dlm delima

Ma: kenapa

Ma: delima apa

iDAN: kena tinggal berjauhan dgn kak mila

iDAN: mungkin dua anak kak mila jaga

iDAN: 2 lagi tinggal dgn abg

Ma: aik kenapa mcm ni

iDAN: opis kak mila pindah ke pulau carey

iDAN: nak berulang dlm 150km pergi balikk

Ma: ishh jauh tu

Ma: abg tak boleh pindah ke sana ka

iDAN: kalau abg berulang memang boleh.. tapi gaji abg kecik

iDAN: habis duit kat perjalanan jerr

iDAN: abg kan ke kerja kerajaan

iDAN: pindah…payah Ma kalau berhenti... apa jaminannya kerja swasta

iDAN: abg kerja taraf buruhpun kalau apa2 masalah senang

iDAN: contohnya kalau sakit… serangan jantung.. nak cuci buah pinggang ke..

iDAN: kerja swasta tanggung ke semua tuu

iDAN: kalau nak ambik ansuranpun sekarang nii dahh lewat... rasanya dah mahal...

Ma: EMMM susah la mcm tu

Ma: abis abg dah bincang ngan kak mila ke

iDAN: dia kalau boleh memang nak tukar kerja

iDAN: tapi tahu jerr faktor umur payah nak dapat kerja

iDAN: gaji kat golden hope tuu pun mungkin dahh rm2000++

iDAN: abg tak pasti gaji kak mila

iDAN: memang payah nak cari kerja kalau nak gaji bermula semahal tuu

iDAN: abg yg kasi cadangan agar dia ambik jerr kuater tuu

iDAN: kalau dah syarikat tuu kasi kuater.. duduk jerr kat pulau carey tuu

Ma: kalau dah itu keputusan abg ngan kak mila Ma rasa abg ngan akak boleh hadapi

Ma: cuma awall2 ni anak2 dan abg ngan akak akan rasa berjauhan

Ma: insyaallah akan biasa

iDAN: yg abg terfikir

iDAN: camm boss kak mila yg buat cadangan tuu

iDAN: tak fikir masalah pekerja...

iDAN: umur dah camm kami.. takkan nak bertapak di tempat baru

iDAN: kekawan kak mila ada kira2 100 org lebih kena pindah

iDAN: tak ada apa pulau carey tuu Ma

iDAN: estet kelapa sawit & kampung org asli jerr

iDAN: ....

07 September 2005

Nostalgia (Singgahsana)

Nostalgia memancing ikan, mengagau (menangkap ikan dengan tangan semata di lumpur), membubu, menuba atau menjaring mengingatkan aku pada Arwah Wan Bi (Opah AC) isteri Arwah Ayah yang ke tiga. Yut (abg aku nan sulung), Arwah Abg Din & aku memang pernah tinggal bersama Arwah Wan Bi.

Kami memang perasan Arwah Emak & Cik Peah memang tidak dapat menerima Arwah Wan Bi sebagai madu mereka. Arwah Emak & Encik Peah pernah tinggal sebumbung, memang mereka elok muafakatnya. Tapi kami rata-rata memang tak mesra & rapat dengan Cik Peah, paling kami tak tahan mulutnya pun garangnya.

Asal kejadian Arwah Ayah kawin dengan Cik Peahpun lantaran si Lina. Lina adalah anak Cik Peah yang Arwah Ayah ambil sebagai anak angkat. Masa Arwah Ayah bercinta dengan Cik Peah dia telahpun dua kali nikah. Anak Cik Peah memang ramai anak, Pak Baki suaminya yang kedua bukanlah orang senang seperti Arwah ayah nan memang terkenal dengan kekayaannya. Arwah ayah punya dua kedai runcit, sebuah kedai jual beli getah, sebuah kedai kopi, pekerjanya pun sekitar belasan orang. Belum lagi dengan hartatanahnya. Mungkin nak menolong Cik Peah dari bebanan sara rumah, maka Arwah Ayah mengambil si Lina sebagai anak angkat. Emmm... ntah cam mana lama kelamaan boleh angkat emaknya sendiri. Bercerai sahaja dengan Pak Baki Cik Peah bernikah dengan Arwah Ayah. Arwah Emak menerima takdir bermadu dengan rasa terbuka.

Memang Arwah Emak & Cik Peah elok sangat perhubungannya. Arwah Abg Din paling lama tinggal dengan Arwah Wan Bi. Akupun pernah tinggal dengan Arwah Wan Bi nan memang tinggal sekampung dengan kami. Arwah Wan Bi memang banyak membantu Arwah dalam perniagaannya. Dari Arwah Ayah memang maju sampailah di akhir hayatnya tinggal sebuah kedai runcit & kedai jual getah saja, Arwah Win Bin lah membantu semuanya. Punca aku memutuskan tidak tinggal di rumah Wan pasal kena marah balik dengan pakaian comot setelah mengagau ikan di Paya Haji Rahim. Masa tu aku dalam darjah tiga. Bila balik ke rumah Arwah Ibu, sampai anjing di rumah Arwah Emak menyalak lantaran tak kenalkan aku. Semasa aku kecil memang rumah Arwah Emak ada banyak anjing, kebanyakannya dari anjing terbiar, datang ke rumah lantarantak bertuan.

Rumah pusaka aku memang terpinggir, belakang rumah memang hutan, jadi anjing bagaikan pengawai, memberi tahu jika ada peencuri atau binatang buas datang. Arwah emak memang banyak membela ayam, jika musang datang mencuri ayam, kadang-kadang ular sawa, anjinglah akan dahulu memberitahu. Bayangkan, jika landak, tenggiling pun kadang-kadang datang ke rumah pusakaku... betapa hutannya kawasan rumah pusakaku.

10 Ogos 2005

RAPUH (Puisi)

Bilamana kepercayaan pun merapuh
aku pun cuba menyakinkan keakuan ini
tentang lafaz yakin rohani nan kincup di hati
merambu murni di diri.

Berdayung kasih di lembah asing
kau gapai keegoan
kupulun kerakusanmu
kau capai kemegahan
kusarung keasyikanmu dengan luah janji keramat
bermukim keakhiratan.

Kebenaran bercerita ia keadilan
keadilan bercerita ia kebahagiaan
kebahagiaan bercerita ia kejiwaan
kejiwaan bercerita kita Ketuhanan.

Kekasih!
bina cintamu di rakit bunyian
setia kasihmu di istana impian
janji sayangmu di mahligai idaman
seada-adanya!.
Bilamana kepercayaan pun merapuh
aku kian kembali ke diri
mengucap sumpah abadi
membelai nilai murni.

iDANRADZi
Desa Tuallang ,
Perak
dimasukkan pada 08 Julai, 1999
jam 01:36:26

08 September 2004

Keibubapaan (Singgahsana)

Kursus nan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sememangnya amat bagus untuk kalangan pasangan suami isteri menghadirinya. Cumanya sasaran nan paling tepat untuk dihadiri adalah pasangan nan baru sahaja berkahwin dan mereka di usia 30an ke awal 40an.

Ada peserta nan berusia 72 tahun menghadiri, ada juga kalangan nan telahpun ketiadaan suami rasanya agak kurang tepat untuk disasarkan. Mungkin maklumat tidak meluas lantaran jemputan menghadiri kursus tersebut cuma disebarkan di sekolah-sekolah. Penceramah pula memang kalangan nan berwibawa seperti Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah, tentunya amat banyak pengalaman boleh ditimba bagi kalangan pasangan suami isteri. Rasanya memang amat rugi segala pengalaman serta saranan beliau tidak sampai ke kalangan pasangan terutama mereka nan bermasalah.

Begitu juga Tuan Haji Mohd Hanim, dalam usianya nan memang telah matang banyak dapat memberi pedoman bagi pasangan untuk mendapat kasih sayang sejati.

Penceramah seperti En Johar rasanya kurang tepat untuk membimbing pasangan nan rata-rata lebih tua dan telah lama berumahtangga. Selalunya pasangan suami isteri lebih berkesan dengan pengalaman orang nan telah menempuhi masalah rumahtangga. Pengalaman pasangan yang telahpun bernikah lebih dari 30 tahun rasanya amat baik untuk kita sebarkan bagi mereka nan baru sahaja berkahwin.

Semoga kerajaan akan terusan menganjurkan kursus nan baik ini demi menjadikan rumahtangga bahagia di negara kita.

05 November 2001

Berlindung Dari Mala Petaka


Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut).

Aku berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”.

Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu.

Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”.

Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”.

Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.

(Hassan)

Huraian

1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana KEMATIAN ADALAH SEUMPAMA KIAMAT KECIL bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.

2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.

4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.

5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.

26 Januari 2000

Kelahiran (Singgahsana)

26.1.2000

Masih ingat sekitar 1978 dalam keredupan & nyamannya Desa Tuallang, Rancangan Bunga Bangsa telah menyiarkan karya puisi pertamaku bertajuk Sampai Bilakah. Setelah itu aku menghantar alamat dan peribadi diri dalam rancangan Destinasi. Ramai kalangan Radio menghantar surat untuk berkenalan dengan aku.

Sejak kecil memang aku meminati nama Jamilah (Mila) dalam ramai kenalan nan aku kenali, terdapat Jamilah nan menetap di Meru Klang. Tak sangka dari sahabat pena lama kelamaan menerbit sinar kasih nan bertaut hingga ke jinjang pelamin. 8 Jun adalah tarikh kelahiran Mila nan kini adalah isteriku. Pernikahan kami pada tahun 1982 kini telah melahirkan empat cahayamata. Afiz, Aziq, Anif & Azim. Semuanya lelaki.

Rasanya usia rumahtangga yang telahpun melebihi dua puluh tahun seharusnya akan kekal selamanya. Benih cinta nan telah lama dipupuk sesungguhnya memang amat aku harapkan ianya megar dan terusan tumbuh dalam suasana megar permai. Memang aku impikan rasa saling hormat & saling menjaga hati sesama kami.

Kekurangan dalam peribadi seharusnya bukanlah jadi titik permulaan untuk memandang rendah pada pasangan. Kelebihan dalam peribadi atau limpah rezeki seharusnya tidaklah membawa diri kepada sikap ego & jadi salah seorang diperlekehkan. Status kemewahan dunia sebenarnya adalah pinjaman.

Keimanan dalam diri seharusnya adalah suatu nan tidak nyata dengan mata, ketulusan dalam menjalinkan hubungan batini dan akrab dengan Ilahi sesungguhnya bukan dapat kita pandang dari banyaknya amal tapi adalah bercerminkan tutur kata & perbuatan serta jalinan nan melingkari kehidupan.

Seharusnya kita saling puas dan akur dengan apa nan ada pada pasangan kita, kerana memang dunia ini sementara dan mana ada segalanya sempurna. Kelahiran manusia juga adalah lantaran dari kecacatan tingkah laku Adam & Hawa. Cumanya kita jangan tunduk dengan kelemahan kita, kita perlu terusan membaiki diri, mengawal kesabaran dan saling mahukan kesederhanaan dalam mencorak kehidupan.

Kelahiran dunia yang serba serba sepi ini sesungguhnya memerlukan teman berceritera. Saling menghormati selalunya akan membuah sikap paling akrab antara pasangan. Sikap tidak jujur apatah curang dalam rumahtangga adalah racun yang akan mematikan cinta. Kepayahan atau kekurangan pasangan janganlah dijadikan penyebab untuk mengatakan diri kita terbiar & sepi. Orang luar atau orang ketiga selalunya adalah perosak jalinan rumahtangga. Bukan langkah yang baik jika bermasalah kita mengadu pada orang ketiga tanpa berbincang cara baik, mencari jalan tengah & damai. Sikap menyepi diri & sering membelakangi perintah agama seperti keizinan nan perlu ada bagi seorang isteri untuk melakukan apa sahaja.

Jangan tertipu dengan dunia siber yang banyak menghancurkan rumah tangga, seperti e-mel, SMS, telefon yang dengan mudah akan lebih meretakkan rumahtangga. Pasangan rumahtangga kena tahu mana yang lebih hak seperti keperluan rumahtangga sendiri atau keperluan keluarga. Isteri kena melebihkan suami segalanya berbanding ibu bapa, itu memang tuntutan Ilahi. Orang hindu sekalipun mengganggap suami itu bagaikan Tuhan. Kenapa pasangan kini bila kematian suami atau berpisah langsung tiada rasa cinta lagi, apatah lagi ketika terpisah dililit pergolakan. Begitu juga kena ramai kalangan suami teramat ego, sering lupakan tanggungjawab & semudahnya memadukan cinta. Apakah cinta di zaman kini hanya tamakkan kebahagiaan akan pudar bila diuji & dihimpit kegusaran.

Jalan rumahtangga atau jodoh yang kita miliki bukan milik dunia semata. Tapi hingga ke akhirat. Ingatlah alam akhirat nan kekal, moga jalinan ini janganlah kita gadaikan dengan dunia nan melalaikan.

07 Januari 2000

Lepaskan ikan yang tidak digemari (Petua)

7.1.2000

Oleh Nuri Angkasa

SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.

Yang pasti akan menjadi mangsa cemuhan ialah tekong, rakan sekumpulan, keadaan laut serta segala sebab yang boleh dikaitkan. Sehingga segala umpan yang dibawa juga dijadikan sebab atau dipersalahkan apabila kita tidak mendapat tangkapan seperti yang dihajati.

Kali ini Pak Nuri ingin berkongsi pengalaman dengan pemancing daripada pengalaman orang lama yang menjadikan laut sebagai sumber rezeki dan sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan Allah.

Ada sesetengah pemancing tidak bersyukur apabila mendapat ikan kecil atau spesies ikan yang tidak dikehendaki. Mulut mereka sentiasa bercakap celupar atau memaki hamun. Malah lebih buruk lagi, mereka menghempas ikan berkenaan ke lantai bot atau mencederakan ikan berkenaan kononnya kerana rasa kecewa atau marah.

Ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya wujud di kalangan pemancing. Ini kerana apa yang kita peroleh ketika memancing adalah sudah ditentukan Allah. Jangan kita pertikaikan kehendak-Nya. Sebaliknya, lebih banyak bersabar dan bersyukur walaupun hanya dapat menaikkan seekor ikan kecil dan tidak mencapai hajat seseorang.

Allah sentiasa menguji hamba-Nya sama ada bersyukur dengan pemberian-Nya dan tidak meletakkan diri masing-masing lebih besar daripada kuasa Yang Maha Esa.

Selain itu, orang tua-tua juga sentiasa mengingatkan kepada pemancing sekiranya ikan yang kita pancing tidak sesuai dengan kehendak kita dan tidak dikehendaki cepat-cepat lepaskan semula ke laut supaya ia kembali kepada keluarga dan habitat asal.

Pak Nuri harap beberapa teguran orang tua-tua dapat kita manfaatkan bersama supaya sentiasa ingat bahawa mati, rezeki dan jodoh pertuan adalah kuasa Allah.

Joran

06 Januari 2000

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku ( Delima Merkah )

6.1.2000

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1.Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.
"

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Kutipan Teratak Anna Abadi

05 Januari 2000

Rahsia Sebuah Ciuman ( Delima Merkah )

5.1.2000
# Bacaan ini hanya utk mereka yg sudah berumahtangga

Satu ciuman sudah cukup untuk menyampaikan maksud sebenar yang tersirat di hati seorang lelaki terhadap pasangannya. Kadang-kadang lelaki sukar mengatur perkataan untuk ditutur kepada kekasihnya, jadi teknik ciuman di bawah amat berguna bagi menyuarakan isi hati anda...

Maksud tersirat di sebalik ciuman ini juga dapat digunakan untuk memahami isi hati pasangan anda. Wanita cukup pandai dalam berpura-pura. Setiap kata sukar diduga maksud sebenarnya. Jadi hanya ciuman dari mereka sahaja dapat menjadi kayu ukur sebenar perasaan pasangan terhadap anda. Namun jika anda tidak pernah menerima ciuman tersebut, walaupun di tangan, faham-faham sahajalah.

CIUMAN DAN MAKSUDNYA

1. Cium tangan... Saya mengagumi anda
2. Cium pipi... Kita hanya kawan
3. Cium leher... Aku dambakan diri mu
4. Cium bibir... Aku cintakan kau
5. Cium telinga... Kau bakal mangsa aku seterusnya
6. Cium bahagian-bahagian lain... Aku tiada perasaan
7. Renungan tepat ke mata... Ciumlah daku
8. Bermain rambut... Aku tidak dapat hidup tanpa mu
9. Peluk pinggang... Aku terlalu menyayangimu, dan takkan kulepaskan walau sesaat

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Suntingan Teratak Anna Abadi

04 Januari 2000

Terubuk Masin Goreng Garing (Harum Aroma)

4.1.2000

dayang_jack@myresipi.com

salah satu resepi ikan terubuk kegemaran...sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Sungguh sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas...pasti bertambah2...bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba...





Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)
2-3 sb tepung jagung
5 biji cili api (dihiris)
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
minyak utk menggoreng
Cara-cara
Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

Kemudian ikan tersebut dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.
Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).

Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.

My Resepi

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher ( Delima Merkah )

4.1.2000

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Suntingan Teratak Anna Abadi

03 Januari 2000

Elak terlalu kenyang, jangan terlalu lapar (Petua)

3.1.2000

Oleh Nuri Angkasa

BIASANYA kaki pancing (sebahagian besar) akan mengunjungi warung atau gerai untuk mengisi perut dengan makanan yang agak berat seperti nasi lemak, nasi dagang atau apa saja makanan yang mengenyangkan untuk mengelakkan lapar ketika berada dalam bot sebelum dapat menjamah nasi yang dimasak tekong dalam bot.

Amalan ini perlu dielakkan supaya kita tidak begitu ghairah mengisi perut terlalu awal sebelum melakukan aktiviti memancing. Kita harus berada dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak juga dalam keadaan terlalu lapar. Kesan kenyang ialah kita pasti berdepan rasa mengantuk, letih malah sukar bergerak pantas. Jika lapar pula kita pasti tidak selesa malah akan sentiasa mencari makanan.

Bagi nelayan atau pengail veteran, sarapan yang diambil awal pagi sebelum turun ke laut adalah cukup dengan sekadar mengambil secawan kopi-o panas dengan sekeping roti dibantu dengan dua biji telur ayam kampung rebus atau separuh masak.

Justeru bagi Pak Nuri petua amalan mengambil makanan sederhana sebagai sarapan adalah terbaik daripada mengisi makanan berat sebelum melakukan aktiviti lasak. Kesederhanaan ini juga dapat kita rasakan sendiri baik buruknya. Cuma kita perlu berhati-hati supaya sarapan tidak diambil terlalu lewat kerana boleh mengakibatkan perut masuk angin dan keselesaan untuk memancing akhirnya hilang.

Namun dalam apa juga usaha untuk mendapatkan keselesaan memancing, kita harus berada dalam keadaan sihat dan tidak banyak membawa masalah dalam bot. Perut juga berada pada tahap sederhana dan tidak harus menumpu sepenuh masa pada makanan.

Bertitik-tolak dari situ, Pak Nuri sekali lagi mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya bersarapan awal pagi dengan mengambil makanan ringan sebelum turun memancing, dan amalkan ini sebagai petua. Insya-Allah, kita akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selesa sepanjang berada di laut sekali gus menghindarkan anda mabuk dan muntah.

Joran

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI ( Delima Merkah )

3.1.2000

# Bacaan ini hanya utk mereka yg sudah berumahtangga

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?

Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya....
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

Kutipan Dari Teratak Anna Abadi