iDAN

23 Februari 2010

Catatan (Singgahsana)


Catatan 1
Kelompen

Sesekali balik kampung mendekatkan kita dengan alam,
Pada-Nya Maha Pencipta.
Di padang terbentang, hijau hutan merimbun pandang,
teduh dan tenang.
Kita menjadi asyik, menghitung dan membilang,
terlalu banyak nikmat-Nya tiada terkira
lantas kita panjatkan kesyukuran tiada tara.
Betapa alam adalah anugerah.
Dengan rezeki melimpah.
Makmur dan bertuah.

Catatan 1a


Saya sedang berangan nak buat hutan simpan, saya tak minat dengan kelapa sawit, saya ingin melihat tanah paya kembali dijagai & pokok teratai mula mengembang.

Sekarang kalau kita tanya mana rupa pokok bakung pun ramai tak kenal. Sedangkan ianya amat indah di celahannya puyu bertelur. Anggerek berkembang. Belibis mencari udang atau bersarang.

Baru hujung tahun lalu saya balik kampung; semua pokok bakung yang indah ini telah dibuang, kononnya nak diternak ikan di sana.

Kita tidak pernah sayangkan alam sebenarnya, tenguk hutan di Puchong Selangor; habis gondol tak pasti tinggal berapa % yang masih selamat.

Cuba kita turun dari kapal terbang, lihat bagaimana sekitar KLIA habis bumi ini dibangunkan tanpa menjaga hutan. Sedangkan herba di hutanlah ubatan kita. Herba di hutanlah penyembuh banyak penyakit. Herba di hutanlah lebih mahal nilai berbanding kelapa sawit atau getah jika kita rajin majukan & terusan membuat penyelidikan. Yang kita tahu hanya Tongkat Ali. Sebut khasiat pucuk sentang, jering, petai, kerdas semua itu kita tak akan percaya lagi.

Saya sayang amat akan hutan, tapi nampaknya kita bukan saja melupuskan hutan, warga hutan & Tanah Orang Asli pun kini kita mahu rampas. Kera & monyet di kampung saya pun tak tahu mana lagi hutan buat mereka berteduh.

Demi kemajuan!; Cuba tenguk Penang & KL. Kemajuan untuk siapa?.

Kemudian kita tuduh bangsa kita, bangsat & tak tahu buat harta. Malas asyik nak bertongkat dengan subsidi kerajaan. Betulkah dakwaan ini?.

Saya amat sayang hutan. Nak jadi orang hutan.


Catatan 2
V.I.C @ D.I.A.N.A

Apa ada pada bandar yang hiruk..
Sedang ada permai di kampung ceruk..

Ada apa pada langit bangunan besi..
Sedang langit biru lebih seri..

Ada apa pada kereta yang bersesak di jalan..
Sedang ada damai pada kawanan ternakan..

Ada apa yg dikejar di sana..
Sedang yang dicari ada di sini..
Lumrah manusia kini..
Barangkali..

Catatan 2a

Saya sering menemui rakan & taulan di alam maya yang amat menyayangi kampung halaman tetapi saya amat pelik bila berbual dengan rakan sekerja.

Umpumanya abg Isa, Ulan, Pak Wahid & ramai lagi. Kata mereka;

"Balik kampung telah tiada makna, semua orang muda yg tak kenal kita, rakan lama semua telah pergi entah ke mana?"

Apa mereka tak rasa, bila telah bersara begini, siapa sebenarnya rakan kita. Siapa datang bertandang, siapa menyapa kita. Semakin sifarlah.

Mungkinkah mereka tak ada tanah dusun terbiar seluas pusaka kami. Saya amat risaunya terbiar.

Yang sedihnya saya tak punya kudrat & kewangan yg cukup bilamana org rumah sendiri mahu mati di kota ini.

Seperkara lagi jika mati di Jenaris berkubur bersama Mona Fendi & banduan. Mati di kampung halaman bersama pusara emah & apak yang dirindui.

Kalau kita boleh memilih nak pilih yg mana?

(Biar pun org kata kubur itu bukan ketentuan kita!.)

Catatan XYZ

aku mahu berbedak dengan lumpur
aku mahu bermandi dengan peluh

aku ingin bermain dengan samai
aku ingin mengorek buah tepus
aku mahu pikat burung pipit
aku mahu menjinakkan burung punai

ooo kawan durian dah berbunga!

aku mahu biakkan puyu
mahu melihat buih ikan pilai lawan
mahu lihat belibis bertelur
atau senyum ikan kaloi di telaga
sepat ronggeng beronggeng

aku mahu tebas pusara ibu & apak
aku tak mahu dengar sergah mona fendi

aku nak balik kampung
tanpa kampung bagaimana lagu balik kampung
mahu segar asyik diputarkan.

22 Februari 2010

Moh! Balik Kampung (Singgahsana)

apa janji kota sana...

sedangkan dusun kasih kita makin terbiar...

(klik imej jika mahu melihat indahnya cahaya di desa turun dari awan)


19 Februari 2010

Percy Jackson & the Olympians (Hiburan)

Minggu lalu aku & anak-anak menonton filem Percy Jackson & the Olympians. Filem fantasi yang agak menarik bagi awal tahun ini. Paling aku suka adengan naik perahu di neraka. Dibayangkan bagaimana neraka itu bertingkat-tingkat. Banyak adengan yang jarang kita dapat lihat di filem biasa, kecuali mereka yang mengikuti perkembangan filem Harry Potter, Narnia, The Lord of the Rings atau filem fantasi Hollywood yang lain.
Menarik filem ini jika mahu ditonton bersama keluarga.


Judul Film : "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS: THE LIGHTNING THIEF"
Jenis Film: - Fantasy
Pemain:

- Logan Lerman, Brandon T. Jackson, Alexandra Daddario, Sean Bean, Pierce Brosnan,Steve Coogan, Rosario Dawson, Uma Thurman

Sutradara:

- Chris Columbus

Penulis:

- Craig Titley

Produser:

- Mark redcliffe

Produksi:

- 20th Century Fox

http://www.foxinternational.com/percyjackson/

Sinopsis:

Film "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS" ini menceritakan sebuah petualangan seorang anak remaja titisan dewa yang bernama Percy Jakson. berawal dari hilangnya pedang petir milik dewa Zeus yang dicuri oleh salah satu keturunan dewa, Percy dituduh sebagai pencuri pedang tersebut dan menjadi buruan para dewa jahat yang hendak memiliki pedang dengan kekuatan luar biasa tersebut.

Saat mengetahui bahwa dirinya memiliki jiwa setengah dewa, percy terperangkap dalam pertempuran antara titan Olympus. Demi memperjuangkan bahwa dirinya bukanlah pencuri pedang Zeus Percy harus membayar mahal dengan disandra Ibu kesayangannya oleh dewa api yang tidak lain adalah Pakciknya sendiri.

Dalam misi untuk membuka tabir siapa sebenarnya pencuri pedang tersebut Percy bersama salah satu pengawal setia dan seorang wanita cantik mengalami petualangan yang mendebarkan.

Dengan kekuatan yang dititiskan ayahnya yang juga seorang dewa, Percy selalu mendapat bisikan alusinasi yang membimbingnya dalam memecahkan misi rumit tersebut. Sebagai titisan Dewa laut yang memiliki kekuatan mengendalikan air, Percy pun selalu tertolong oleh kekuatan air.

Ulasan :

Film "PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS" merupakan film bergenre fantasi/ fiksyen, berdurasi 120 minit filem ini mengajak penonton menyaksikan sebuah tontonan yang memiliki kualiti terbaik. Dengan audio effek serta visualisasi yang menakjubkan dan nyaris sempurna. filem arahan sutradara Chris Columbus ini layak dinobatkan menarik & sempurna.

Dengan skrip alur cerita yang menggabungkan zaman moden dan zaman kuno serta efek gambar yang sangat baik filem ini dapat dinilai sangat baik. Jalan cerita yang berkesinambungan dan memiliki adegan-adegan mencemaskan serta audio effek yang mendukung setiap adegan action memberi kesan filem ini sangat hidup.

Memadukan sajian aksi-aksi yang tak pernah terbayangkan oleh kita serta penggambaran tokoh-tokoh yang menyeramkan memberi kesan filem ini sangat mendebarkan hati penonton.

Memanfaatkan teknologi dan olahan gambar yang menakjubkan, filem ini memberikan gambaran jelas mengenai apa yang dibayangkan manusia akan sosok dewa serta kekuatan yang mereka miliki. Dengan menggabungkan perbedaan kedua zaman dan menvisualisasikan dalam satu filem cukup efektif memberikan kesan bahawa filem ini sangat layak untuk disaksikan oleh semua golongan.

Kabhi Kabhie 1976 (Hiburan)


20.2.10: Langkah TV2 menyediakan sarikata ketika lagu di Filem Kabhi Kabhie adalah amat dialu-alukan. Filem hindustan sering bergantung dengan lagunya. Dalam lagu sebenarnya ada ceriteranya. Bila lagu hindustan yang rata-rata diputarkan selama 5 minit lebih tidak disediakan sarikata maka akan terputuslah jalan ceriteranya.

Agar ZEE menyontohi TV2 lantaran dalam gemersik lagu hindustan tersimpan 1001 satu keindahan senikatanya. Sayang ini tidak apat dinikmati olah penontonnya.

Ada ketika penghujung filem dimuatkan lagu yang memutuskan jalan cerita, peminat filem hindustan sering terpinga-pinga tak tahu cerita sebenar lantaran kemalasan ZEE, TV3 atau saluran TV lain yang tidak menyediakan sarikata lagu. Malahan dengan mengamati keindahan lagu filem hindustan di samping falsafah cinta dalam lagunya pasti akan lebih dapat meruntun hati.

Tahniah TV2 agar menjadi contoh kepada saluran TV lain.

18 Februari 2010

Hidroponik (Delima Merkah)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

Sejarah

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Kelebihan

  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
  • Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
  • Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
  • Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
  • Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
  • Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
  • Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
Kelemahan
  • Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
  • Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
Sila ke situs ini jika mahu melihat teknologi serba lengkap hidroponik http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/hidroponik_takung.htm

Bunga Bakawali (Delima Merkah)


Misteri bunga Bakawali

Aku sering menyebut nama bunga ini, tapi tak pasti bagaimana rupanya. Tak sangka pula ianya dalam kumpulan kaktus & pelbagai pula rona & bentuknya.

Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon cactus dan Queen of the night.



Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00 malam sudah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali sahaja ia kembang, lepas tu layu terus!.

Menurut kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau sial.


Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.


Khasiat Bunga Bakawali

Bunga bakawali juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Perahan air embun pada bunga bakawali disapukan pada mata.

Setiap wang wangi pastinya ada makhluk halus yang suka. Jin pun ada Islam & kafir, maka tak hairan jika melintasi kubur ketika malam terbau sahaja haruman akan mulalah kembang bulu roma kita.

17 Februari 2010

KC 13 ♥ Bendang Jepun (Singgahsana)

Musim luruh kini, cuaca amat segar, angin basah sentiasa mengimbas diri. Aku harap mataku tidak bengkak menangis. Aku amat merindui Mila, telah melangkau 3 bulan aku di Jepun aku terlalu rindu akan suara Mila, aku rindu akan bait-bait surat cinta Mila. Aku bagaikan patah hati, patah kata, patah ayat untuk menulisi buat Mila. Tapi aku kena menulis juga. Aku kena kasi alamat baru kut! kalau Mila tergerak mahu menulis buatku. Di Juo Machi amat terpencil, aku sendirian di bendang Jepun. Antara damai & tidaknya, aku menyukai bendang sejak kecil lagi. Aku impikan melihat padi menguning. Impikan melihat burung pipit terbang berkawan. Tentunya impianku tinggal di tengah bendang Ilahi telah kotakan; amat mendamaikan. Melihat lebatnya padi di bendang terasa amat terujanya. Padi yang akan menjadi beras, beras Jepun melekat macam pulut. Tapi bila aku terbayang akan wajah kekasih hati bernama Mila, aku bungkam, sungguh aku sebah sendiri. Hari ini hari Sabtu, jam 6:00 pagi lagi aku telah terjaga. Kesempatan bangun awal aku gunakan untuk mandi air panas. Jika lewat pasti orang Jepun akan mandi bersama. Bogel. Sudah rutin begitu. Di luar kamar mandi disediakan rak untuk pakaian & tuala. Hanya boleh masuk dengan tuala kecil untuk lap daki. Hanya tuala kecil itu. Paling aku segan mandi berbogel dengan mereka faham sahajalah kita orang Melayu bersunat. Jika ternamapak pasti kejutan buat mereka. Setelah mandi koboi, sejuk sebenarnya pun risau diserbu Jepun bogel; aku leka melihat cantiknya sawah padi di perkampungan Jepun ini, buahnya tengah libat. Belum menguning, di sana sini terdiri banglow pesawah yang nampak mewah. Petani Jepun memang hidup mewah. Mereka dapat mengawal harga semasa beras yang tentunya sentiasa dapat menjamin kehidupan mereka. Dari jendela juga aku nampak tali air yang airnya jernih amat. Seluruh Jepun telah dibina tali air konkrit. PCI syarikat aku berkerja di Harajuku antara pemajunya. Aku pernah membuat lawatan tapak di bendang sekitar Yokohama. "Monshi.. monshi.. HaridanSan!.." ada suara Jepun mengetuk pintu. Aku membuka pintu bilikku. "Saya Tanaka!, bos kita hari ini ada hal, dia suruh saya kenalkan dengan semua pekerja & kita pergi melawat tapat binaan empangan. Kita makan dulu, saya nak kenalkan HaridanSan dengan emak angkat kita, dia tukang masak di sini...!" Aku mengikut Tanaka ke tingkat bawah ke ruangan dapur. Ada tiga orang memakai baju rona coklat cerah berjaket sedang makan. "Yang ini KatsuraSan bujang lagi!" Pakai kaca mata nampak muda sangat kulitnya telah terbakar. Biasalah terpaksa salam & tunduk beberapa kali. Aku menghulukan kad peribadiku. "Ini pula EisakuSan dia telah berkahwin, esok hari paling gembira bagi dia!" hanya hari Ahad ofis ini ditutup itu pun ikut perkembangan binaan. Eisaku putih rambut ketak-ketak agak besar sasa. Mukanya Jepun sebiji. "Ini pula orang paling lama kat sini, kira pangkat pakcik kita TakashiShan...!!" nampak ala tentera, pendek tapi nampak ligat, rambut dipotong nipis, tak perlu sikat. Mukanya agak serius. Nampak seorang yang amat sibuk. Aku nampak ibu angkat Okaasan yang baru tengah sibuk sendirian di dapur. "Itu tukang masak kita Noriko... NorikoSan, dah berumur tapi masih cergas!" aku ke ruang dapur mencapai tangannya yang basah & mencium biar pun Okaasan nampak terpinga-pinga. Sambil tunduk sebagai tanda hormat orang Jepun. Nampak senyumanya manis biar pun wajahnya nampak banyak kedutan; dalam lingkungan 60an. Makananku telah diasingkan kerana aku kata tak makan daging. Cuma sayur & ikan sahaja. Ada telur yang telah digoreng, nasi & ikan bakar. Sayurnya nampak mentah bendi yang dipotong halus. Pagi lagi orang Jepun telah makan nasi. harum bau ikan bakarnya, panas lagi. Kacang bendi yang digaul dengan serbuk perasa, sekali makan telah membuatkan aku amat menyukainya. Aku memerhati rakan Jepun aku yang lain mengambil telur mentah dari peti ais, memecahnya di mangkuk kecil bercampur kicap & serbuk perasa digaul agar nampak kembang kemudian dicampur ke dalam nasi. Nampak pelik tapi aku pasti mahu mencubanya makan telur cara begini, apa rasanya. Rempah perasa ini aku tak pasti. Tapi dari botolnya aku tak nampak ada tertulis daging babi. Serbuknya memang sedap, apatah lagi jika digaul dengan bendi mentah yang dihiris halus. Rasa kayu manis, rasa jintan, lada putih, pelbagai aroma ada di dalamnya. - Bersambung

Bunga Raya

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bunga raya
Hibicus0051.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Hibiscus
Spesies: H. rosa-sinensis
Nama binomial
Hibiscus rosa-sinensis

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


"Pepper's Surprise"

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Berikut adalah beberapa varieti Bunga Raya:


"Heart And Soul


"Fire"

"Kinchen's Yellow"


"Timeless"

Aku suka yang rona kuning terutama "Kinchen's Yellow" nampak bersih & amat berseri. Rona merah terlalu kerap kita guna seperti kain bena & dalam majlis rasmi. Tak pastilah berapa banyak yang terkumpul species bunga raya ini

Bunga Bangkai (Delima Merkah)



BUNGA RAFFLESIA
ini sering kita temui gambarnya, aku sendiri tak pernah melihatnya; tapi mengikut kajian bunga Rafflesia ini terdapat di hutan kita, Malaysia.

Rafflesia Arnoldii adalah salah satu jenis flora unik Indonesia yang dinobatkan sebagai "puspa langka nasional Indonesia". Ia mempunyai nama daerah yang beragam sesuai dengan bahasa penduduk kawasan tumbuhnya, seperti sekedai, ambun, bunga benalu, bunga hantu, ambai-ambai dan lain-lain. Ada beberapa macam bunga Rafflesia seperti Rafflesia Acehencis, Rafflesia Rochussenii, Rafflesia zollingeriana dan lain-lain yang tumbuhnya tersebar di beberapa daerah di kawasan Malenesia yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina. Tetapi jenis-jenis ini umumnya berukuran lebih kecil dengan penampilan saling berbeda. Rafflesia Arnoldii berukuran raksasa dan diketahui hanya terdapat di Sumatera dan penyebarannya berada di sepanjang punggung Bukit Barisan dari Aceh sampai Lampung dengan pusat ekologi di Bengkulu

Pertumbuhan Rafflesia Arnoldii dimulai dengan perkecambahan yang terdapat di dalam kulit tumbuhan inang kemudian berkembang menjadi benang-benang

Proses terbentuknya bunga diawali oleh pembengkakan di dalam akar atau batang tumbuhan inang serta terbentuknya kuncup. Kuncup ini terus membesar sampai secara perlahan merobek permukaan. Kulit inang pecah sehingga terlihat bagian kuncup yang diliputi oleh braktea berwarna putih yang kemudian berubah menjadi coklat kehitaman. Pada diameter sekitar 25 cm, braktea tergeser dan terlepas satu persatu sehingga terlihat bagian bunga berwarna merah muda, bagian ini merupakan bagian yang kelak menjadi perigonium ( perhiasan bunga ). Braktea dapat dibedakan dari perigonium yaitu dari warnanya yang lebih gelap, lebih keras dan lebih tipis. Bunga mulai mekar dengan membukanya lobur perigonium satu persatu atau kira-kira pada saat kuncup berdiameter 30-35 cm. Lamanya perkembangan dari kuncup yang berdiameter 4 cm sampai bunga mekar ( diameter kuncup sekitar 34 cm ) diperkirakan 310 hari. Sedangkan waktu yang diperlukan dari fase biji sampai terbentuknya biji lagi diperkirakan selama 4,5 – 5 tahun.

Masa mekar sampai layu bunga Rafflesia Arnoldii biasanya 5-7 hari, kemudian membusuk dan biasanya akan dikerumuni lalat dan serangga lain. Rafflesia Arnoldii berbunga sepanjang tahun dan saat berbunga paling banyak adalah pada bulan-bulan basah.

Saat mekar, bunga Rafflesia Arnoldi mengeluarkan bau agak busuk. Sehingga ada yang menyamakan namanya dengan bunga bangkai ( Amorphophallus titanum ). Selain itu Rafflesia Arnoldii juga dikenal dengan sebutan “Padma Raksasa” karena ukurannya yang besar.

Bau busuk dari Rafflesia Arnoldii akan menarik berbagai jenis serangga terutama lalat. Lalat ini akan hinggap dari satu bunga ke bunga yang lain. Rafflesia Arnoldii merupakan tumbuhan berumah dua, sehingga dalam penyerbukannya memerlukan perantara yang berupa hewan. Lalat merupakan hewan utama yang membantu dalam penyerbukan. Lalat penyerbuk pada tumbuhan ini adalah Lucilia sp (lalat hijau) dan Sarchopaga ( lalat abu-abu ). Jika bunga betina dapat diserbuki maka akan dihasilkan buah yang berisi lebih dari 100 biji. Bunga jantan dan bunga betina akan sulit dibedakan apabila kita lihat dari luar karena kedua-duanya berwarna merah kecoklat-coklatan dengan bintik-bintik putih.

Biji Rafflesia Arnoldii yang terdapat pada jaringan buah yang terurai hanya dapat tumbuh pada tumbuhan inangnya bila terdapat hewan penyebar biji yang berfungsi sebagai pembawa biji dan melukai akar tumbuhan inang. Hewan yang berperanan dalam penyebaran biji ini diduga berasal dari mamalia berkuku ( ungulata ) seperti babi hutan, rusa, kijang dan jenis tupai.


Pokok Bunga Bangkai ini yang jarang kita lihat gambarnya tetapi di banyak negara ianya amatlah popular. Malahan telah dibiakkan ke banyak negara yang sebelum ini tak pernah ada bunga ini.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

"Pokok Bunga Bangkai" juga sering digunakan sebagai gelaran bagi patma raksasa Rafflesia arnoldii.


Pokok Bunga Bangkai atau nama botaninya (Amorphophallus titanum Becc.) merupakan tumbuhan dari famili (Araceae) tempatan di Sumatera, Indonesia, yang terkenal sebagai tumbuhan dengan bunga (majemuk) terbesar di dunia, meskipun catatan menyebutkan bahawa kerabatnya, A. gigas (juga tempatan di Sumatera) dapat menghasilkan bunga setinggi 5m. Namanya berasal dari bunganya yang mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk, yang bertujuan sebenarnya untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendembungaan bunganya.

Di alam tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Bunga bangkai atau suweg raksasa atau batang krebuit (nama lokal untuk fase vegetatif), Amorphophallus titanum Becc., merupakan tumbuhan dari suku talas-talasan (Araceae) endemik dari Sumatera, Indonesia, yang dikenal sebagai tumbuhan dengan bunga (majemuk) terbesar di dunia, meskipun catatan menyebutkan bahwa kerabatnya, A. gigas (juga endemik dari Sumatera) dapat menghasilkan bunga setinggi 5m. Namanya berasal dari bunganya yang mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk, yang dimaksudkan sebenarnya untuk mengundang kumbang dan lalat penyerbuk bagi bunganya. Bunga bangkai juga sering digunakan sebagai julukan bagi patma raksasa Rafflesia arnoldii. Di alam tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga resmi bagi Provinsi Bengkulu.


Bunga bangkai di brosur

Kebun Raya Bogor

Tumbuhan ini memiliki dua fase dalam kehidupannya yang muncul secara bergantian, fase vegetatif dan fase generatif. Pada fase vegetatif muncul daun dan batang semunya. Tingginya dapat mencapai 6m. Setelah beberapa waktu (tahun), organ vegetatif ini layu dan umbinya dorman. Apabila cadangan makanan di umbi mencukupi dan lingkungan mendukung, bunga majemuknya akan muncul. Apabila cadangan makanan kurang tumbuh kembali daunnya.

Bunganya sangat besar dan tinggi, berbentuk seperti lingga (sebenarnya adalah tongkol atau spadix) yang dikelilingi oleh seludang bunga yang juga berukuran besar. Bunganya berumah satu dan protogini: bunga betina reseptif terlebih dahulu, lalu diikuti masaknya bunga jantan, sebagai mekanisme untuk mencegah penyerbukan sendiri. Hingga tahun 2005, rekor bunga tertinggi di penangkaran dipegang oleh Kebun Raya Bonn, Jerman yang menghasilkan bunga setinggi 2,74m pada tahun 2003. Pada tanggal 20 Oktober 2005, mekar bunga dengan ketinggian 2,91m di Kebun Botani dan Hewan Wilhelma, Stuttgart, juga di Jerman. Namun demikian, Kebun Raya Cibodas, Indonesia mengklaim bahwa bunga yang mekar di sana mencapai ketinggian 3,17m pada dini hari tanggal 11 Maret 2004 . Bunga mekar untuk waktu sekitar seminggu, kemudian layu. Apabila pembuahan terjadi, akan terbentuk buah-buah berwarna merah dengan biji di pada bagian bekas pangkal bunga. biji-biji ini dapat ditanam. Setelah bunga masak, seluruh bagian generatif layu. Pada saat itu umbi mengempis dan dorman. Apabila mendapat cukup air, akan tumbuh tunas daun dan dimulailah fase vegetatif kembali.

Bunga bangkai sekarang telah tersebar di berbagai tempat di penjuru dunia, terutama dimiliki oleh kebun botani atau penangkar-penangkar spesialis. Di Amerika, bunga yang muncul seringkali diberi julukan atau nama tertentu dan selalu menarik perhatian banyak pengunjung. Uniknya banyak pengunjung datang untuk "menikmati bau"nya.

16 Februari 2010

Bunga (Delima Merkah)

Duri mawar kasihmu terusan menyucuk hatiku.

Apakah bunga cintamu sekukuh ini.

Tak mungkin kita dapat mencipta harum & indah bunga hati
ciptaan Ilahi.


Biarpun kau tidak sedar kembang & maraknya cintaku.