iDAN

18 Mac 2010

Tidak insaf lahir anak luar nikah kali kedua (Ceritera)


ALOR STAR: Pengalaman kali pertama melahirkan anak luar nikah tidak menginsafkan seorang wanita berusia 20 tahun, sebaliknya dia terus bergelumang dosa dan mengandung anak luar nikah buat kali kedua.

Lebih mengejutkan, ketika pasukan perubatan berkejar ke kediamannya di sebuah kawasan perumahan di Mergong di sini, petang semalam, dia masih sempat berdandan dan memakai alat solek di depan cermin.

Malah, ibu bapanya juga dilihat tidak berasa malu ketika pasukan perubatan dari sebuah hospital di bandar raya ini tiba di rumah mereka untuk mengambil anaknya yang sakit untuk bersalin walaupun disaksikan ramai jiran.

Sumber berkata, wanita terbabit dipercayai ‘ketua keluarga’ dan berperanan menjaga ibu bapanya menyebabkan mereka tidak berani ‘bersuara’ untuk menghalang perbuatan mungkar itu.

Menurutnya, ini kerana bapanya didapati hanya terbaring di bilik akibat menghidap pelbagai penyakit “Namun, yang menjadi persoalan, bagaimana bayi yang bakal dilahirkan itu dibesarkan sama ada diserahkan secara percuma atau ‘berbayar’ kepada pihak lain.

“Ini kerana anak pertama yang dilahirkan lebih setahun lalu juga tidak kelihatan sebaliknya dipercayai diserahkan kepada orang lain,” katanya.

Harian Metro

iDAN:

Jika ibu & ayah tidak mampu lagi menasihati masalah kegiatan maksiat anaknya, kenapa masyarakat tidak bertindak. Nikahkan sahaja wanita ini agar tak semua menanggung dosa nanti. Tidak seberat mana rukun nikah ini, mas kahwin berhutang pun tak kisah janji jangan sampai akan lahir lagi anak luar nikah.

Agar tidak lahir anak luar nikah ketiga!.

Rumah Unik 2 (Delima Merkah)

Unik 8


Unik 9


Unik 10


Unik 11


Unik 12


Unitk 13


Unik 14


Unik 15

17 Mac 2010

Rumah Unik (Delima Merkah)

Unik 1

Unik 2

Unik 3

Unik 4

Unik 5

Unik 6

Unik 7

Mana satu menarik?

Menginap (Delima Merkah)

Emm! aku ingat nak bawa diri kat kelubung begini pun dah okey!


Cantiknya banglow dia!.

Penunggu rumah!.

Tempat Menarik Lombok (Santai)



Oberoi Hotel Di Lombok antara hotel yang menarik!


Tak kurang nyaman kolam renangnya

Lihat hiasan dalamnya dengan bahan tempatan yang klasik

Siap ada kelambu bagaikan di Impiana Cherating!


Betapa rajinnya orang Lombok!.


Pandangan biasa di kampung-kampung Lombok

Pantai di Lombok

Tinggal anak ikut kekasih

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA NERANG: Seorang ibu tunggal beranak tiga tergamak meninggalkan anaknya yang berusia antara tiga dan sembilan tahun semata-mata mahu mengikut kekasihnya ke Lombok, Indonesia, sejak enam bulan lalu.

Zarina Abu Bakar, 28, dari Kampung Kuala Pai, dekat sini, dikatakan keluar rumah pada September lalu untuk mencari pekerjaan di Seremban, Negeri Sembilan.

Bapanya, Abu Bakar Ahmad, 47, berkata anak sulung daripada lapan beradik bukannya mencari kerja di negeri itu, sebaliknya berjumpa dengan seorang lelaki Lombok yang dikenali sebagai Helmi berusia 30-an di Felda 5, Bahau, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sejak berpisah dengan suaminya setahun lalu, Zarina tinggal dengan bapa saudaranya, manakala tiga anak perempuannya itu dijaga bapanya.

“Pada September lalu, dia beritahu nak cari kerja dekat Seremban. Sejak itu, dia tidak pernah menghubungi pak cik untuk memberitahu di mana dia tinggal atau kerja.



“Lebih mengecewakan apabila dia memberitahu sudah berada di Lombok, Indonesia pada November tahun lalu kerana mengikut seorang lelaki ke sana,” katanya di rumahnya Kampung Kuala Pai, Mukim Padang Temak, di sini, semalam.

Beliau berkata, pada mulanya Helmi hanya rakan kepada suami anaknya kerana mereka tinggal berhampiran di Lubok Batu, Jitra sebelum berpisah.

“Saya dan isteri Mariam Kassim, 47, tidak pernah merestui perkahwinan mereka. Sampai hati Zarina sanggup meninggalkan kami dan anak-anaknya yang masih kecil,” katanya.

Mariam yang kelihatan sebak memberitahu, anaknya ada menghubunginya pada Rabu lalu supaya memasukkan wang sebanyak RM2,000 kerana mahu pulang ke negara ini.


“Saya dapatkan rasakan dia sedang menderita dan terseksa di sana. Kami sekeluarga sedia menerima Zarina kembali kerana terlalu merinduinya.


“Saya difahamkan lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak di Lombok. Kami amat rindu dan sering menangis selain membawa gambar Zarina ke mana saja,” katanya.

Abu Bakar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap pada 11 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Norashima Md Nowar, berkata pihaknya akan membantu keluarga Abu Bakar mengesan anaknya di Lombok. “Saya akan memanjangkan perkara itu kepada Puteri Umno Malaysia pada Isnin ini. Kami juga akan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Indonesia mengesan Zarina di sana,” katanya. Harian Metro

16 Mac 2010

Lombok (Santai)

Pulau Lombok sering jadi isu lantaran suku Sasak di sana yang merasakan menjadi wirawan apabila dapat melarikan anak dara orang. Tidak terkecuali ramai kalangan anak gadis di Malaysia juga turut dilarikan ke sana. Maka aku terpanggil mahu melihat dari dekat bagaimana rupanya bumi Lombok ini.

Pulau Lombok terletak antara Pulau Bali & Sumba terdapat Gunung Berapi Rinjani yang amat indah di buminya.

Lombok merupakan sebuah pulau di kepulauan Sunda Kecil atau Nusa Tenggara yang di sebelah barat dan Selat Alas di sebelah timur dari Sumbawa. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km².

Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.

Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang. Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.

Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu ketiga tertinggi di Indonesia.

Gunung Berapi Rinjani yang terletak di Pulau Lombok di Indonesia merupakan gunung berapi yang kedua tertinggi di Indonesia setelah Gunung Kerinci di Sumatera. Ketinggian Gunung Kerinci 3,805 meter, manakala ketinggian Gunung Rinjani 3,726 meter di atas permukaan laut.

Gunung Berapai Rinjani terletak pada lintang 8º25' S dan 116º28' T. Ia merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Indonesia kerana keindahan pemandangannya. Gunung ini terletak di Taman Nasional Gunung Rinjani yang memiliki luas sekitar 41,330 hektar dan rancangan telah dikemukakan untuk meluaskan kawasannya sehingga 76,000 hektar ke arah barat dan timur.

Secara administratif gunung ini berada dalam wilayah tiga kabupaten: Lombok Timur, Lombok Tengah dan Lombok Barat.

Pandangan dari satelit

Gunung Rinjani dengan titik tertinggi 3,726 m dpl, mendominasi sebahagian besar pemandangan Pulau Lombok bahagian utara.

Di sebelah barat kerucut Rinjani terdapat kaldera dengan luas sekitar 3,500 m × 4,800 m, memanjang kearah timur anda barat. Di kaldera ini terdapat Segara Anak (segara= laut, danau) seluas 11.000.000 m persegi dengan kedalaman 230 m. Air yang mengalir dari danau ini membentuk air terjun yang sangat indah, mengalir melewati jurang yang curam. Di Segara Anak banyak terdapat ikan emas dan mujair sehingga sering digunakan untuk memancing. Bagian selatan danau ini disebut dengan Segara Endut.

Di sisi timur kaldera terdapat Gunung Baru (atau Gunung Barujari) yang memiliki kawah berukuran 170m×200 m dengan ketinggian 2,296 - 2376 m dpl. Gunung kecil ini terakhir aktif/meletus sejak tanggal 2 Mei 2009 dan sepanjang Mei, setelah sebelumnya meletus pula tahun 2004. Jika letusan tahun 2004 tidak memakan korban jiwa, letusan tahun 2009 ini telah memakan korban jiwa tidak langsung seramai 31 orang, karena banjir bandang pada Kokok (Sungai) Tanggek akibat desakan lava ke Segara Anak. Sebelumnya, Gunung Barujari pernah dicatat meletus pada tahun 1944 (sekaligus pembentukannya), 1966, dan 1994.

Selain Gunung Barujari terdapat pula kawah lain yang pernah meletus, disebut Gunung Rombongan.

Betapa cantiknya bumi ciptaan Ilahi Jika kita lihat mukabumi di Pulau Lombok memang tanahnya subur & bayangkan betapa banyak sungai yang mengalir di buminya. Mungkin kerajaan Indon tidak menjaga hasil pertanian maka mereka rata-rata amat miskin di bumi sendiri. Perhatikan betapa cantik gunung di belakang sana Hotel di Lombok Sejarah

Menurut isi Babad Lombok, kerajaan tertua yang pernah berkuasa di pulau ini bernama Kerajaan Laeq (dalam bahasa sasak laeq berarti waktu lampau), namun sumber lain yakni Babad Suwung, menyatakan bahwa kerajaan tertua yang ada di Lombok adalah Kerajaan Suwung yang dibangun dan dipimpin oleh Raja Betara Indera. Kerajaan Suwung kemudian surut dan digantikan oleh Kerajaan Lombok. Pada abad ke-9 hingga abad ke-11 berdiri Kerajaan Sasak yang kemudian dikalahkan oleh salah satu kerajaan yang berasal dari Bali pada masa itu. Beberapa kerajaan lain yang pernah berdiri di pulau Lombok antara lain Pejanggik, Langko, Bayan, Sokong Samarkaton dan Selaparang.

Hotel Sheraton Lombok

Kerajaan Selaparang sendiri muncul pada dua periode yakni pada abad ke-13 dan abad ke-16. Kerajaan Selaparang pertama adalah kerajaan Hindu dan kekuasaannya berakhir dengan kedatangan ekspedisi Kerajaan Majapahit pada tahun 1357. Kerajaan Selaparang kedua adalah kerajaan Islam dan kekuasaannya berakhir pada tahun 1744 setelah ditaklukkan oleh gabungan pasukan Kerajaan Karangasem dari Bali dan Arya Banjar Getas yang merupakan keluarga kerajaan yang berkhianat terhadap Selaparang karena permasalahan dengan raja Selaparang. [2]. Pendudukan Bali ini memunculkan pengaruh kultur Bali yang kuat di sisi barat Lombok, seperti pada tarian serta peninggalan bangunan (misalnya Istana Cakranegara di Ampenan). Baru pada tahun 1894 Lombok terbebas dari pengaruh Karangasem akibat campur tangan Batavia (Hindia Belanda) yang masuk karena pemberontakan orang Sasak mengundang mereka datang. Namun demikian, Lombok kemudian berada di bawah kekuasaan Hindia Belanda secara langsung.

Masuknya Jepang (1942) membuat otomatis Lombok berada di bawah kendali pemerintah pendudukan Jepang wilayah timur. Seusai Perang Dunia II Lombok sempat berada di bawah Negara Indonesia Timur, sebelum kemudian pada tahun 1950 bergabung dengan Republik Indonesia.

Antara villa di Hotel mereka. Gunung & pantai di Lombok.
Di mana bumi dipijak di sana langit dijunjung, tidak dinafikan bumi Lombok jua menyimpan pelbagai khazanah bumi yang indah; Sayangnya lantarannya segelintir bangsanya nazak perlakuannya maka kita sering melihat Lombok bagaikan bumi tandus & sangat primitif penduduknya. Hakikatnya mungkin mereka lebih damai di sana.
Air Terjun Sendang Gile

15 Mac 2010

Melayu akan Pupus 5 Tahun lagi (Delima Merkah)

Sila klik lihat apakah ujud Tanah Melayu di Peta dunia banding China & India.
Padam
Blogger anyss berkata...

Bila terlalu banyak berbicara tentang bangsa, kita akan dituduh rasis... namun, sedar tak sedar, kita memang sudah hilang nilai bangsa itu sedikit demi sedikit.

Mula-mula Tanah Melayu dah hilang "Melayu"nya, kini...bahasa Melayu pun dah jadi Bahasa Malaysia...dan bla bla bla

Isu tetap jadi sensitif, kalau dibiarkan berbincang secara terbuka, boleh menyebabkan tragedi macam tahun 69 semula. Baru-baru ni, dalam seminar hubungan etnik, seorang cerdik pandai cina memohon/lebih tepat mempersoalkan kenapa perlu ada "sejarah" dalam subjek hubungan etnik di universiti.

Anda semua tahu kan apa kesannya bila saranan itu dipersetujui?

10:43 PM

Blogger iDAN berkata...

Sdr Anyss; Baguslah di jiwa kita ada rasa sayangkan tanah air & bangsa kita sendiri. Bangsa lain Cina & India masih gah dengan bumi sendiri. Contohnya masih ada Tanah Besar China, India masih nampak bumi India amat besarnya di peta dunia. Apa jadi rumpun Melayu; Jika dulu kita gah dengan Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu. Sekarang mana ada lagi. Malaysia bukan lagi Tanah Melayu. Singapura, Indonesia, Selatan Thailand, Vietnam, Selatan Myanmar, Filipina, Taiwan (Farmosa) & Brunei yang sepatutnya bumi kita serumpun pun nampaknya sering saja kita berbalahan sesama kita. Malaysia kini cubalah buat bancian Melayunya hanya sekitar 50+% sahaja. Tak mungkin Melayu ada 60% di bumi sendiri. Dasar kerajaan kini memudahkan lagi kemasukan bangsa asing, jika dulu wanita warganegara yang berkahwin dengan kaum asing suaminya 5 tahun layak minta Pemastautin Tetap Malaysia (MyPR). Sekarang isteri warga asing pun telah layak dalam tempoh 5 tahun memohon MyPR . MyPR ini pasti akan membiak dengan cepatnya. Maknanya lima tahun lagi besar kemungkinan Melayu akan pupus atau menjadi penduduk minoriti di negara sendiri. Cuba kita perhatikan berapa ramai PATI & rakyat asing datang berhijrah ke sini. Kaum cina ramai bawa gadis dari sana kalau pun tidak sebagai isteri tetapi pekerja di syarikat mereka. Tak terkecuali kaum india. Secara lojik pun bumi ini bumi kita kenapa penduduknya makin berkurangan kaum kita. Bumi mereka amat besar & luas. Penghubungan kini pun amat pantas. Satu hari nanti landasan keretapi akan bersambung sampai ke negara China pun India. Masa itu baru kita sedar betapa kecilnya bumi milik kita habis dikerumuni oleh kaum lain. Sesuatu kena dilakukan untuk memantau kemasukan kaum asing ini & dasar kita kena lebih ketat demi sayangkan bangsa kita. Hanya generasi muda yang perlu disedarkan lantaran mereka bakal pemimpin, orang macam saya & Sdr Anyss akan pergi. Sejarah itu sebagai acuan tamadun kita. Tanpa sejarah apa makna asal kejadian kita. Takutnya nanti Agung sekadar lambang & hiasan. Jika kita buang sejarah maka kedudukan Agung itu pasti tergugat. Sementelah ujudnya Agung lantaran sejarah membuktikan kebesaran Kesultanan Melayu tercatat di dalam sejarah tanah air. Sebaiknya jangan layan gesaan kaum pendatang ini. Bangsa pribumi seharusnya diutamakan. Bukanlah kita ini kaum pelampau menimbulkan isu ini tetapi kita risau anak cucu kita jadi pelarian satu hari nanti lantaran sikap rakus kaum pendatang ini.

11:53 PM

nota kaki; Dari situs http://pmr.penerangan.gov.my/ .

Permit Masuk

Permit masuk adalah satu permit untuk masuk dan berada di Malaysia dibawah Seksyen 10 Akta Imigresen 1963. Kelulusan Permit Masuk ini melayakkan pemohon untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap di Malaysia.

Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dibuat di Jabatan Imigresen Malaysia. Golongan yang layak memohon :-

  1. Isteri dan anak dibawah umur 6 tahun untuk 2 kategori dibawah.
  2. Isteri kepada warganegara Malaysia yang tinggal secara terus menerus selama 5 tahun atau lebih.
  3. Anak-anak dibawah umur 6 tahun kepada warganegara Malaysia.
  4. Orang yang mempunyai kepakaran dan kelulusan professional.
  5. Orang yang mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Menteri mengesahkan kemasukkannya memberi faedah ekonomi kepada negara.
  6. Mana-mana orang atas dasar belas kasihan
  7. Kelulusan terletak kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Sesekali elok cari sejarah kita di Google; sebahagian sila klik sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia untuk tahu serba sedikit pergolakan di negara kita.

14 Mac 2010

Plaza Low Yat (Singgahsana)


"Afiz tenguk kuasa membeli orang kita Melayu... tinggi kan?" lebih 50% pengunjung plaza ini adalah orang kita Melayu; berpusu-pusu membeli belah di Plaza Low Yat.

"..." Afiz ini jenis kurang berbual, asyik berSMS dengan si Mienya.

"Andai kata kita boikot kedai cina, pening juga mereka, tenguk semua bangunan mencakar langit di KL ini milik bangsa asing, sudahlah namanya pelik, TimeSquarelah, CapSquare... Low Yat sah cina punya!" aku bagaikan membebel sendiri; sedih akan bangsaku bila mahu punyai bangunan gah di kotaraya.

Di depanku ada sebiji Merc besar gedabak menghalang lorongku, aku tak mahu beralah pandailah kau nak susur balik ke kanan. Lagi pun bagaimana aku nak mengundur ke belakang berderet kereta yang menuju ke arah sama denganku. Sudahlah penggilap cermin Avanza Mila ini kabur, aku terkial-kial dalam hujan lebat nak masuk lorong parkir di bangunan Plaza Low Yat.

Huh! sebut parkir aku teringat betapa semakin baculnya Mingguan Malaysia, kenapa dalam puisi Melayu yang dipertandingkan untuk Hadiah sastera ada perkataan parking. Nak jadi apa bahasa sastera kita. Jika Parkir itu telah dinobatkan perkataan terkini sinonim dengan tempat letak kereta, Kenapa pula dalam puisi Melayu ada bahasa orang putih parking. Aku salah seorang pejuang bahasa terasa amat terkilan bilamana mengamati puisi yang tersiar minggu ini.

Aku harap Qasih & Kelompen dapat menjaga martabat bahasa kita. Tak salah nak ambil bahasa orang tetapi biarlah berpada-pada. Aku lebih suka jika kita banyak mengambil Bahasa Arab sebab ianya bahasa al-Quran. Bahasa Inggeris yang memang telah ada bahasa kita kenapa mesti kita nak ambil bulat-bulat. Suasana tak salah kita tukar jadi situasi. Tapi kalau biru kita tukar bahasa kita jadi blue apa jadi Bahasa Melayu kita. Jadilah Celcom Blue kita gah & bangga dengan bahasa orang.

Maka itu aku pernah kata kalau novel Melayu berbahasakan aku atau saya itu I & kamu, awak atau kau itu You. Memang aku akan letak tepi. Tolak tepi novel tersebut. Aku panggil novel bacul. (Melampaunya jiwa penyairku).

Plaza Low Yat semakin sibuk, bayangkan aku terpaksa parkir nun ke bawah tanah di aras 5, betapa jauh terbenam ke dasar bumi. Jangan harap ada parkir di tingkat atas; semakin ramai pengunjung di Plaza Low Yat ini. Tahun 80an semua tertumpu di Embi Plaza, sekarang ini aku sendiri tak jenguk Embi Plaza biarpun ianya bersebelahan. Aku teringat JayaCom dulunya amat kecil, kecil sahaja kedainya di Imbi Plaza, sekarang amat ramai pekerjanya di Palaza Low Yat. Taukenya masih muda suka amat lagu Metal, nampak dia masih menjaga badannya. Nampak segak. Hari-hari dia rajin bersenam katanya. Aku memang telah lama kenal dengan dia tapi namanya aku tak tahu.


Aku mencari Ram DDR1 sebenarnya, huh! masih mahal banget. Bayangkan ada kedai yang menawarkan harga RM130 untuk 1GB, baru dalam kotak lagi. Bila tanya di kedai Pakistan atau kaum India berniaga barangan terpakai, ditawarkan RM180 biar bebetul, semuanya jenama Kingston; takkan barangan terpakai lagi mahal dari barangan terbaru.

Aku jumpa satu kedai terpakai, menawarkan harga RM90. (Balik rumah komputer pula tak dapat mengesan Ram ini. ) Ram dalam bahasa Melayu ialah Ingatan Capaian Rawak. Ini masalah DBP kenalah cari perkataan pendik sikit. Ram terkini DDR3 jauh lebih murah dengan DDR1; tak terikut teknologi komputer ini. Terlalu cepat berubah.


Aku sempat makan Nasi Goreng Tom Yam di aras bawah; yang menariknya ada pasangan Mat Saleh nampak baik sangat wajah & perwatakannya. Suka mereka makan masakan Asia, lepas satu juadah aku lihat mereka lepak pula di restoran kopi pula. Bayangkan matawang mereka berbanding kita. Bayangkan aku & Afiz terpaksa makan sekitar RM16, bagi pasangan ini mungkin di bahagi 4 atau 6 dari jumlah kami. Emm! RM4 makan berdua jika dibahagi 4 besarnya gandaan matawang mereka.

Telah tiba masanya kerajaan menaikkan kadar matawang kita. Jika pun tidak kena naikkan gaji semua rakyat jelata termasuk aku yang telah bersara ini; jika tidak bagaimana mahu menikmati pembangunan di kota yang mencabar ini. Aku kepingin makan Sashimi pun tak mampu bayangkan sepinggan RM23, belum air & takkan Afiz tenguk sahaja ayahnya makan. Emmm! ada ada RM50 lebih untuk makan berdua. Lebih dari sebulan beras.

Afiz membeli beg galas belakang untuk komputer ribanya; ada berharga RM40 ke RM200 ikut kemampuan kita. Anif tak mahu ikut & sibuk mahukan Thumb Drive 8GB. Di Hongkong khabarnya sudah tak pakai bawah puluhan GB. Saiz Thumb Drive mereka jauh lebih besar, faham sahajalah sekarang IBM pun telah buat kilang mereka di China. Thumb Drive 8GB sekarang sekitar RM50. Dulu 1GB pun sampai beratus RM.

Jika balik dari Low Yat jalan terdekat ke Kajang tentunya ikut Smart Tunner, tapi punyalah susah mahu menuju lorongnya. Aku telah empat kali tersesat ke arah lain. Dulu dari simpan empat lampu isyarat sebelah Plaza Embi susur ikut kanan jalan, sekarang telah terbalik ikut susur paling kiri jalan. Aku terikut lorong ketiga dari kiri, maka terus ke MMR2. Panduan terbaik ikut tanda atau tulisan di permukaan jalan; insyaAllah anda tidak tersilap lorong; jika anda ikut panduan papan tanda di tiang jalan memang sesat larat. KL faham sahajalah, jika tersilap lorong jauh banget baru jumpa untuk jalan patah balik.