"Ingat 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati."
Aku teringat akan kata-kata ini bilamana melihat wajah-wajah sahabat lamaku; memang ada kalangan kami yang telah meninggal dunia. Seperti Allahyarham Kapten Suhaimi katanya dia terlanggar pokok kelapa masa latihan LIMA di Langkawi. Lihat aku & Moghom kami nampak amat tua; lihat rambut Moghom yang memutih pun perut aku yang memboroi rasanya kami ini hanya tinggal mengisi sisa usia sahaja.
Aku terbayang Khalid dulu & sekarang; dulu Khalid nampak sasa lincah; sekarang Khalid nampak mengecil; dia nampak ceria tapi tak tahu apa sebenarnya dalam diri. Dzuan pun bukan sihat mana, dia makan ubat Darah Tinggi seperti aku. Yang lain tu mungkin masih menikmati hidup yang sempurna.
"Hujan lebat sangat ni Isa, jangan memandu laju; sekadar 80kmj pun dah cukup" aku bersuara, aku sering mengingatkan ini kepada rakanku.
"Jalan raya kita ni Isa lebih dari 70% tak selamat, licin; kalau kita laju ketika jalan raya basah memang nak nahas; macam memandu atas cermin." aku teringat bagaimana aku bersama Datuk Prof Radin buat ujian keselamatan dari Seremban sampailah ke Port Dickson; setiap selekoh merbahaya semuanya licin. Kemalangan berlaku sebab terbabas, tergeser terutama waktu hujan. Amat licin
Aku perhatikan Isa nampak fobia, senyap sunyi tak bersuara.
"Kalau kerajaan wartakan 70% jalan raya kita licin pastinya ada yang saman JKR, LLM atau Plus lantaran kita bayar cukai jalan; tapi apa mereka buat dengan jalan raya kita...!" Isa diam sahaja mungkin dia tak faham pun apa yang aku bebelkan.
"Saya baru sahaja kemalangan jalan raya, terlanggar lopak air; Perdana saya berpusing beberapa kali & terbalik beberapa kali; dua tayarnya cabut terlanggar pembahagi jalan & Perdana saya tu tercampak ke parit tepi jalan..."
"Siapa ada lagi dalam Perdana tu.."
"Isteri & anak-anak"
"Habis tu mereka macam mana!"
"Anak-anak tak ada cedera parah; isteri sahaja, luka kena pecahan cermin, tulang sekitar tengkok patah.. "aku membayang sering tulang di dua bahu kita ini jadi mangsa. Ngeri membayangkan Perdana tu berpusing & terbalik beberapa kali. Memang itu musibahnya jalan raya licin.
"Sejak itu memang bila hujan; saya amat fobia, cemas & risau amat memandu!" Isa memandu dengan hati-hati.
Dari Ipoh lagi hujan dah turun, sekitar Kg Kepayang amat lebat tak nampak jalan raya; aku ikut jalan lama sebab aku fikir lebuh raya pun seiring dengan jalan lama. Isa memandu perlahan; aku masih rasakan Isa ini orang asing; tak rasa rakan macam Osman, atau Joe, atau Dzuan. Pun Prof Nizam rakan yang amat aku segani.
Lepas Gua Tempurung hujan makin reda; dalam bualan aku Isa tak tahu pun Kampar dah ada Grand Hotel, TESCO pelbagai; padahal itu kampung halamannya; ayahnya menjadi anggota Polis di Kampar sejak berzaman. Tapi telah lama berpindah!.
"Tak singgah minum-minum dulukah Isa..."
"Tak apalah!" sah dia pun macam aku terasa asing!.
Isa hantar aku sampai ke muka pintu Hotel Regal (Aku panggil Hotel Ekonomi), Jalan Balai. Aku suka hotel ini sebab semasa aku balik dari menghantar Afiz bernikah aku menginap di sini; bersih amat hotel ini; sewanya sekitar RM45 hinggalah ke RM150. Biar pun aku menginap di kamar RM55; semua lengkap; ada Astro, penghawa dingin, air panas, tuala, sabun pun siap ada arah Kiblat!. Taukenya nyonya yang berulang alik dari KL.
Lokasinya memang santai, sebelah hentian bas, mini market; kedai makan bersepah. Paling aku suka hari minggu di Kampar, banyak pilihan sarapan paginya. Melayu, Cina & India makan bercampur di kelompok gerai makanan yang sama. Kalau musim petai; Orang Asli datang naik basikal berjual petai di Pasar Minggu Kampar.
Jika anda mahu melawat Gua Tempurung; Kampar adalah bandar terdekatjika banyak duit tidurlah di Grand Hotel Kampar;
Jika mahu berjimat tidur saja di Hotel Ekonomi bersamaku.
Pihak perlancongan seharusnya mempopularkan Kampar; perindahkan bangunan lamanya; naikkan taraf ruang jalan kaki; sediakan Internet Cafe. Tasik yang kini makin tenat sebaiknya dipulihkan keindahannya semula. Rasanya daya penarik yang perlu dikembangkan jualan herba cina yang berlonggokan di pasar minggunya antara yang perlu menjadi pilihan utama. Perbanyakkan.
- bersambung


























Bilamana kita lihat forum di FIFA masih ramai peminat bola sepak seantero dunia masih tak dapat maafkan Suarez yang telah menjadikan pasukan Ghana mangsa permainannya yang tidak berhemah.
Jika Uruguay dapat tempat ketiga pun tak ada manisnya kenangan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 ini. Semua setuju biar pun Maradona pun pernah memegang bola masa perlawanan tetapi itu bukanlah budaya bola sepak yang bagus. Uruguay harus mengambil contoh permainan yang bersih di padang.
Kita tunggu apakah Jerman dapat mengetepikan Uruguay sebentar lagi!.
2:22 pagi
Emmm! setiap kali Suarez dapat bola kena boo oleh penonton. Tapi permainannya memang tetap hebat & terus mencemaskan pertahanan lawan.
Yang pasti Jerman berjaya menyingkirkan Uruguay 3:2 (1:1)
Palang gol di saat akhir menjadi pembela akan sikap dajal Suarez. Tendangan Forlan tidak lagi membawa tuah atau " Tuhan telah menolong kami!" kata Suarez. Takkan Tuhan nak tolong satu kerja tak baik!. Sekarang Tuhan memberi hukuman palang gol menjadi penghalang Uruguay gagal mendapat pingat Piala Dunia tempat ketiga.
Tahniah Jerman.