iDAN

04 April 2011

Lena AF9

Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
Pekerjaan: Peniaga pasar malam.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri: Saya mempunyai imej tersendiri, rambut panjang, periang, seorang yang memahami orang lain dan suka berkawan.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak? Saya pernah menyanyi di pasar malam dan setiap orang yang lalu-lalang bagi Lena duit.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa? Vina Morales dan Jericho Rosales.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia? Pernah menyertai banyak pertandingan dan pernah bekerja di Trinity Butik.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia? Sebab Lena ingin membuktikan kepada orang-orang yang selama ini memandang rendah kepada Lena.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang? Seorang usahawan yang berjaya.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa? Shahir, sebab dia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan jujur.

Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: Nera
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar.

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri: Saya seorang yang suka budak-budak, sukakan binatang, penyayang dan manja.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak? Buat riak-riak muka yang hodoh.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa? Michael Buble, sebab Nera minat sangat dengan genre Jazz dan minat dengan suara unik dan seksi Michael Buble.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia? Pernah mengikuti pertandingan menyanyi kecil-kecilan dan pernah mengikuti koir.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia? Nera ingin mencungkil bakat dan kerana AF mempunyai pakej-pakej pembelajaran vocal/muzik yang berkaliber.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang? Nera akan terus melanjutkan pelajaran dan modelling.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa? Stacy, sebab beliau rock, cool dan suaranya unik.

Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: Erul
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPT (Aswara).

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri: Saya seorang yang periang dan sukakan benda-benda yang comel.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak? Pernah berpeluang belajar bersama Jaclyn Victor, Syafinaz dan Dia Fadilla.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa? Nickhun, Justin Bieber, Lady Gaga, Rain, B2st, Chris Brown dan Neyo, kerana mereka semua adalah idola saya.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia? Pernah menjadi protege Jaclyn Victor, membuat persembahan bersama Mawi untuk Hari Ibu dan menyanyi dalam bahasa cina di Pesta Aswara 2010.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia? Untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman belajar dengan tenaga-tenaga pengajar yang berbakat besar dan banyak pengalaman.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang? Seorang mahasiswa (Aswara).

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa? Stacy dan Hafiz kerana kekuatan vocal nyanyian serta cara persembahan mereka menampakkan impak.

http://www.astro.com.my : Capaian ke Pelajar AF9

Kehadiran Cinta


Catatan ini bukan mahu menceriterakan tentang cinta kita terhadap Ilahi; ianya telah pasti & sentiasa kita jaga lantaran cinta kita kepada Ilahi amat abadi. Kekal & hadir buat dunia kini pun kelahiran semula di dunia nan kekal nanti.

Cinta yang mahu perkatakan adalah cinta terhadap pasangan kita yang dipanggil kekasih. Perlu diingat cinta ini jua akan dilahirkan semula di alam akhirat. Bagi seorang kekasih yang bernama perempuan atau isteri akan jadi Ketua Bidadari; usianya jika kita baca kitab sekitar 30an kekal & cantik biar pun tanpa dibantu solekan. Tinggi lampai bayangkan kulitnya amat lembut berseri sampaikan kalau kita baca kitab, andainya kaki Bidadari ini terjuntai dari langit; semua lelaki di dunia akan gila asmaradana. Emm! terlihat kaki belum lagi wajah & anggota.

Bila telah dinobatkan sebagai Ketua Bidadari bayangkan betapa cantiknya kekasih kita ini bersama dengan kejelitaan Bidadari-Bidadari yang lain.

Suami pula pastilah sekacak yang kita impikan, takkan tua, takkan amat boroi bagai aku ini, amat menyayangi isterinya malahan sentiasa bertanggungjawab kekal bernafas dalam suasana damai lagi harmoni. Jika kita baca kitab setiap hari Jumaat ada pasar lambak yang terlalu luas & para suami akan membawa pulang pelbagai hadiah untuk Bidadari-Bidadarinya. Yang menariknya pasar ini ada kelainannya seperti Hadith ini;

"Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

Siapa tak mengidamkan kecantikan & ketampanan. Jika di dunia kita adalah manusia hodoh di sana tidak lagi; Jika di dunia kita ini tiada darjat & status di sana tidak lagi. Keimanan itu adalah status kita.

Isunya bukan aku nak ceritera perkara ghaib yang kita impikan; tetapi sesungguhnya untuk mendapatkan nilai keindahan syurga perlulah adanya cinta. Jika tiada cinta bagaimana akan ujudnya seorang isteri atau suami yang kita sayangi. Apalah indahnya syurga jika tiada seorang suami atau ketua rumah tangga. Apa maknanya Ketua Bidadari tanpa suami tempat mengadu. Ketua Bidadari yang mana milik jawatan ini adalah kekasih@isteri kita di dunia.

Jika tanpa cinta bagaimana seorang isteri mahu menghormati suami. Bagaimana seorang lelaki mahu menyayangi isterinya jika di hatinya hambar belaka. Jika tanpa rasa cinta bagaimana seorang isteri suka mendengar pendapat suami. Bagaimana mahu berbual mesra, berkawan rapat & saling rasa kerinduan.

Jika seorang kekasih itu adalah orang yang paling kita benci; pasti bayangnya pun kita benci. Hatta jika boleh bayangnya pun kita tak mahu jatuh pada anggota kita.

Cinta bukan boleh dipaksa; sering kita ucapkan begitu. Seyogia jika telah ada jodoh itu bukanlah namanya kahwin terpaksa. Itu adalah ujian agar kita belajar bercinta jika hati itu kering gersang terhadap pasangan kita. Jodoh bukannya hak kita, jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kehadiran jodoh adalah kehadiran cinta yang perlu kita jagai. Kita sering tersilap bila sampai jodoh hati merewang pada nan lain. Hati tertipu sebenarnya bilamana jodoh telah di depan mata tapi kita biar & abaikan ia.

Apa akan jadi setelah kita mati; apakah di kelahiran semula kita berhak mencari jodoh segala; berhak kahwin lagi dengan paluan rebana & kenduri kendara di syurga sana. Dialah kekasih kita; isterilah kekasih kita, suamilah kekasih kita, biar buruk biar boroi biar gendut biar hitam legam biar rongak biar sakit mata memandang.

Kita asyik leka sebenarnya, asyik tergoda pada artis yang tampan & jelita, asyik berangan nak kejar Amoi Arab atau Pria Tampan atau Anak Raja. Tertipu bagai Adam & Hawa sampaikan dicampak dari syurga. Kenapa kita tidak belajar menyintai kekasih@isteri@suami kita seadanya. Sesungguhnya. Selagi & semahu-mahunya.

Soal Hati



Ila: Salam


iDAN: Wsalam siapa pula ni...
lama amat tak tegur pakcik
gambar pun dah berubah
mana lama amat menghilang



[Ila]
pakcik...
sy nak mintak pendapat pakcik la

[iDAN]
apa dia ini soal hati ke
ada org merisik ke

[Ila]
xla...

(lama senyap)

[iDAN]
mana lak ni...

[Ila]
mmg soal ati pn...

[iDAN]
ngapa dah jatuh cinta ke

[Ila]
sy sukakan seseorang...

[iDAN]
bagus tu
ok dengan siapa

[Ila]
dia salu wt sy gembira
tp...dia hak org lain...
dia xtau sy suka kan dia...
kami berkawan....

[iDAN]
payah tu
takkan nak rampas hak orang

[Ila]
2 la...
tp setiap kali sy ckp ngn dia...
sy rasa gembira sgt

[iDAN]
kalau mereka mmg merancang nak berumah tangga kena pujuk hati tu cari lain lah
nanti kekasihnya tahu hati ila payah tu

[Ila]
sy xkan rosakkan hati org..
demi hati sy....
sy harap sgt²...perasaan sy ni hilang

[iDAN]
emm! cubalah jadikan dia kawan sahaja
cinta tak semestinya tercapai
tapi pakcik risau kut kekasihnya anggap yg tidak²
dan cinta xsemestinya memiliki kn...
Ila carilah org lain sebaik dia
takkan tak ada
mmg cinta macam tu'
tapi luka amat
kalau jodoh pada yg lain bukan org kita cinta
rasanya tak menarik dunia ni
Ila cubalah jatuh cinta dengan org lain
jadikan dia tu sahabat sahaja

[Ila]
ade org cintakan sy...
tp...sy xcintakan dia...

[iDAN]
kecuali dia tak serius sangat dengan kekasihnya

[Ila]
hati sy kosong...

[iDAN]
emm! Kosng boleh diisi
Ila lebih senang kita hidup dengan org yg menyintai kita dari kita nak kejar cinta na tak pasti

[Ila]
xmungkin...
sy bahagia tanpa cinta
mungkin...keserasian kami
bergelak ketawa menyebabkn sy menyukainya

[iDAN]
rasanya itu perasaan sahaja
pakcik rasa

[Ila]
perasaan???
tp knp perasaan ni mesti ada

[iDAN]
kalau jejaka yang kejar Ila tu ikhlas.. itu cinta sejati Ila yg sebenarnya
dia hak orang Ila… selalu macam tu
jika jodoh nak sampai
banyak yg goda kita
selalu org putus tunang sebab org ketiga
pakcik tak sedap hati dengar masalah org ketiga ni
baik kejar cinta yg betul² ikhlas kat kita
bila jodohnya smpai nanti
takut Ila frush amat
mula buat perkara yg tidak²
tu yg tak suka tu...

[Ila]
jgn risau ...
sy xkn wt cm 2

[iDAN]
bunyinya macam tu
frush bercinta ni sakitlah Ila
apa salahnya terima sahaja cinta org yg mmg suka kat Ila... mudah kan?
lama-lama kalau dia baik pasti Ila rasa terlindung...
yg penting dia seorang yang bertanggung jawab...
mengejar cinta ini mmg indah tapi tak berpenghujung
tau-tau dah tua macam pakcik ini....
tak siapa yg benar-benar cintakan diri kita
paling sedih nanti bila Ila sakit
org yg tak cinta sungguh² dengan kita Ila
biar pun kita duduk sebumbung bila kita sakit dia akan rasa kita menyusahkan dia sahaja..
berharapkan kita cepat mati sahaja
tidak bagi mereka yg benar² cinta Ila
masa muda lain
dah tua baru kita tahu nilai cinta pasangan kita

[Ila]
terima kasih pakcik...
sy hargai sgt² nasihat²

[iDAN]
ramai kalangan org tua berpisah lantaran perasaan ini...
bagi pakcik cinta hingga ke akhir hayat
kalau Ila muda mungkin cinta itu bercampur dengan nafsu pelbagai
kurang cinta nafsu itu penyelamat
bila dah tua baru kita tahu
bayangkan pakcik dah tua ni dengan sakitnya
boroinya
nak kejar bini yang masih anggun
jalan nun jauh dari kita
benda macam ini Ila akan tempuh
bayangkan ramai kalangan wanita setua pakcik
gemuk² tak menarik lagi
bagaimana suaminya nak sayang & cinta
jika bukan benar² bernikah lantaran cinta..

[Ila]
Ila akan cuba melupakan cinta ini

[iDAN]
Baguslah jika pemuda yg menyintai Ila itu benar-benar jujur
Terimalah dia
Kalau Ila tak suka sabarkan saja
Cinta akan dating jua buat Ila
Biaralah bernikah dengan jpemuda yang benar-benar
Cinta sesame cinta.

[Ila]
Okeylah pakcik Ila minta diri laporlah sangat ni!.

(gambar sekadar hiasan!)

03 April 2011

Kekuatan Semangat


Terkadang bila kita bangun pagi terasa malas amat sangat; nak sentuh air di kamar mandi sejuk bagaikan ais batu. Nak solat ke surau tak mampu kaki melangkah, terasa lepas solat Subuh nak sambung tidur semula. Orang tua sering berpesan akan mahal rezeki jika tidur lepas solat Subuh. Sebaiknya buka semua tingkap kasi angin masuk rumah; baca al-Quran agar Malaikat Rezeki menjenguk kita. Tahu semua tapi empunya diri malas amat nak lakukan. Tidak bersyukurkah ini?.

Zaman sekarang jika awal pagi buka tingkap akan masuk nyamuk Aedes gigit kita, waktu Subuh & Maghrib Aedes sangat aktif. Aedes bukan memilih mangsa waima orang baik jika ia lapar Aedes ini nak juga hisap darah si baik. Hatta bagaimana pula orang ke surau atau berjemaah di masjid tak pernah kita lihat di masjid ada ubat nyamuk dipasang. Benda ghaib begini sukar nak kita fahami. Seyogia inilah isunya zaman beralih makin sukar nak ikut rutin dahulu kala.

Isunya tadi perasaan malas, aku sering merasakan ada hari aku begitu malas, ada hari aku begitu ghairah menyambutnya. Isnin bagiku adalah hari paling malas atau gusar nak dilalui; alasannya setelah bercuti memang rasa payah nak kerja semula. Ini makin kurang terasa sebab aku kini telah bersara, tapi Isnin tetap aku terasa amat gelisah. Yang pasti Isnin aku tak akan dapat rasai masakan Mila. Mila hanya masak hari Sabtu & Ahad, bayangkan nak tunggu lagi lima hari baru Mila memasak. Jenuh amat. Rasa mengidamlah pula. Isnin juga sekitar rumah tak ada aktiviti seperti Pasar Malam atau Pasar Tani. Jenaris hanya ada Pasar Malam pada hari Ahad, Prima Sunjana pula, Selasa & Khamis. Pasir Tani pula hanya hari Sabtu.

Hari nan paling aku sukai pastilah hari Jumaat diikuti pula. Sabtu & Ahad. Sepanjang minggu malam-malam kena hantar Anif tiusyen dari jam 7:00 malam hingga ke jam 10:00 malam. Isnin hingga Jumaat jua aku akan menghantar Azim & mengambil Anif sekolah.

Mereka yang sentiasa bersemangat saban hari adalah mereka yang berjaya menikmati hidup ini dengan sebaiknya. Usia yang tidak terhenti adalah anugerah yang amat bernilai bagi kita manusia. Tak kiralah kita kini dalam suasana & dilema mana. Perkerja, penganggur, pelajar, petani atau pun warga emas.

Jangan kata orang bersara seperti aku tak buat apa, masih terikat dengan jadual harian yang ketat jua. Belum cerita bab beli lauk sayur & barangan dapur. Jika Afiz tak kerja mungkin dia dapat membantu pun Husna sejak tinggal di rumah ini banyak urusan dapur dia yang melakukan. Sebelum itu siapa nak buat semuanya. Ahli keluargaku jua dah terpengaruh dengan keajaiban Silap Mata; letak saja pinggang mangkuk di sinki ianya bersih berkilat dengan sendirinya.

Sekitar seminggu dua lagi aku akan menimang cucu; kata Husna dia nak berpantang di rumah ibunya di Seremban; maka pasti rumah ini kembali bagai dulu. Aku kena ambil alih kerja Husna. Bukan mudah nak jadi sura rumah tangga sepanjang masa. Dengan kekuatan semangat sahaja semua akan dapat diuruskan dengan lancar & bersih.



Dalam seminggu yang anda lalui.
Cerita sikit hari apa yang paling anda suka?.

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular Oleh Akmal Abdullah



2011/04/03

GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja Celcom Axiata Bhd sebagai penaja utama.

Pemenang ABPBH 2010
2011/04/03

Pemenang ABPBH 2010

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana




31 Mac 2011

Ratusan mayat di zon larangan nuklear Jepun

2011/04/01

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan hari ini.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber.

Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan terkorban atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:

* 2011: Gempa bumi berukuran 8.9 di Utara Jepun dan mengorbankan lebih 28,000 orang.
* 2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
* 1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
* 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
* 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
* 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
* 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
* 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

30 Mac 2011

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco



Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

- Bernama

Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.

Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri – tiang tengah rumah – dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman… Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Zawawi memberitahu demikian ketika ditanya mengenai langkah dewan itu menghantar memorandum bantahan mereka kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 22 Oktober lalu berhubung perkara itu.

Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.

Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.

Menurutnya, gambar dan rakaman video ucapara tersebut boleh dilayari dalam lamanweb mereka dan Youtube.

Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.

Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.

Zawawi mendakwa Mufti Perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya.

iDAN: Tak dapat dinafikan sejak berzaman kita masih terikat dengan adat resam turun temurun tanpa kita sedari amalan yang kita lakukan adalah salah di sisi agama & boleh membawa kita berlaku syirik atau menyekutukan Allah SWT.

Ada beberapa kemungkinan antaranya sekadar mengikut adat resam lama terkadang nak jaga hati orang tua umpamanya pun sementelah tiada yang menegur akan kesalahan ini.

Isunya sama, kenapa kita pasang lilin di kek hari jadi; siap menyanyi lagi, pun kenapa kita berinai pun bersanding semata-mata nak rasa kemeriahan. Kemeriahan ini pula akan menjadi ianya menunjuk-nunjuk & boleh jatuh riak dan pelbagai tanggapan.

Ish! kita buat juga!.

Tarian poco-poco haram?

Sinar Harian

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.

29 Mac 2011

Easyjournal lagi Popular


Telah lebih seabad aku menjadi Pemblog atau Penulis Jurnal; dari catatan yang tertera sekitar 1 Januari 2000 ianya sebermula. Ini tak termasuk laman sesawangku di Komputer Pelayan (Server) Geocities atau Server Tripod jika tak silapku aku mula rapat dengan dunia maya ini sekitar tahun 1997.

Satu yang menarik bilamana aku selidiki mana satu blog kepunyaanku yang amat popular ternyata Server Easyjournal mendapat tempat teratas waima aku tidak sering mengemaskini bagai di Blogspot. Pelik. Dari catatan kaunternya bulan ini sahaja purata sehari dibuka oleh 360 orang pengunjung. Bermakna setiap jam ada sekitar lima belas orang pengunjung. Sekadar 4 minit lebih kurang seorang pengunjung. Menarik tu!; tak kisahlah biar pun terklik cumanya aku tak reti nak masukkan Nuffnang di Server Easyjournal; jika reti pasti lumayan tu!. (Jika mengikut syarat keahlian memang Server Easyjournal tidak membenarkan sebarang iklan diselitkan di laman sesawang mereka)

Ini adalah URL blogku di Server Easyjournal;

http://idanradzi.easyjournal.com

Memang ada banyak tulisanku yang menarik. Malahan ada beberapa siri masih tergantung & tak sempat aku sambung. Aku beralih ke Server Blogspot lantaran Server Easyjournal ini asyik meragam; pulak tu agak sukar nak letak imej di sana. Sekitar penghujung tahun lalu sekitar sebulan dua servernya tak dapat ku akses. Maka itu aku sedang berusaha memindahkannya ke Server Blogspot.

Ini URLnya

http://desatualang.blogspot.com

Bukan kerja mudah nak klik satu persatu; dulu aku pandai guna FTP, namun tak semua server membenarkan kita menggunakan perisian FTP ini. Alasannya adalah kerana virus senang masuk ke server yang boleh guna FTP ini.

Agar aku punyai kekuatan untuk memindahkan semua tulisanku ke Server Blogspot seyogia adalah salinan atau URL lain; jika salah satu blogku ditutup bagai di Server Geocities.

istilah bahasa
waima: dari Bahasa Arab, walaupun, sungguhpun

28 Mac 2011

Wajah10



Barat & Timur

RM12.60 Sarapan




"Moh! temankan ayah pekena teh tarik Angah!" Aziq menolak alasannya dia masih mengantuk. Aku lihat Azim sedang leka mengadap Astro, lagu orang putih bergema di ruang tamu.

"Kejap Azim nak basuh muka!" dia terus ke bilik air.

"Tadi kan kah baru basuh muka, dah sembahyang subuhkan?" aku hilang rasa mengantuk lantaran Mila asyik membebel anaknya payah nak bangun solat Subuh, siap dengar dia mengeluh lantaran bajunya terbakar. Seterika mula meragam kena ganti barulah nampaknya.

"Nak jalan kaki atau naik moto?" Aziq senyap sahaja, anginnya tak berapa baik pagi ini, lagi pun telah agak lama aku tak minum di kedai mamak bersamanya.

Aku mencapai kunci kapcai & memberi kunci rumah kepada Azim. Kereta perangku dah lama tersadai. Masalah enjinnya panas buat aku malas nak hidupkan enjinnya. Baterinya sah dah mula kondem.

Kedai mamak terdekat sekitar 50 meter sahaja dari rumah; ada dua buah. Tapi aku suka pergi kedai Naina Maju sekitar 100 meter. Tak ramai sangat orangnya, masakan mamak ini sama saja.

Tauke, mamak Naina Maju bertanya jua kenapa lama aku tak nampak, iyer sejak Husna ada di rumah aku jarang amat ke kedainya. Jika dulu sebut saja bab minuman, tak payah dipesan pekerjanya telah tahu apa minuman kegemaran kami.

Aku makan Tosei, Azim pula Roti Telor; minumannya biasalah aku Teh Tarik kurang manis & Azim dengan Holick Aisnya. Di samping itu selalunya kami akan makan telor rebus atau separuh masak. Kemudian aku bungkus 3 Roti Telor kut Aziq, Afiz & Husna nak bersarapan.

Teh Tarik mamak ini memang sukar ditandingi aromanya. Ianya tak kira baik pagi tengah hari petang atau malam sentiasa sesuai untuk dinikmati. Toseinya pula biasalah; ada kuah kelapa pun sesuai dimakan bila-bila masa. Biasanya aku makan dua keping Roti Canai banjir besar; kuah jika tak banyak aku akan ambil sendiri kasi betul-betul banjir. Roti Canai yang dicicah memang tak terasa aroma; jika kari mamak tak masih aku sekadar berkuahkan kari; jika karinya masin aku akan taruh Kuah Dal. Aku memilih kari ikan jarang sekali aku makan kari kambing lantaran penyakit kronikku.

4 keping Roti Telur, sekeping Tosei, tiga biji Telor Rebus, segelas Teh Tarik & segelas Holick Ais; jumlahnya tertera di atas. Selalunya aku terpaksa minum air kosong segelas dua selepas sarapan di kedai mamak ini. Jika tidak memang kolestrol akan tambah menyengkang salur darahku.

Kita beruntung duduk di negara nan pelbagai kaum; jika jemu juadah orang Melayu di mana jua tersaji masakan dari India atau negara lain.

KESAN TSUNAMI JEPUN SAMPAI KE BATU BURUK

KUALA TERENGGANU - Air laut telah melimpah sehingga membanjiri jalan di pantai Batu Burok disini semalam selepas beberapa jam berlaku bencana Tsunami terburuk yang melanda Jepun ekoran gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter

Sumber memaklumkan orang ramai yang melihat kejadian tersebut mengaitkan kejadian itu adalah berkait dengan apa yang berlaku di negeri matahari terbit itu.

Kejadian tersebut jelas kelihatan pada rakaman video yang telah dimuat naik lewat malam semalam.

Sekitar 10,000 orang yang tinggal di sebuah bandar pelabuhan di timur laut Jepun dikhuatiri hilang akibat gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun lalu dan tsunami setinggi 10 meter.

Situasi itu dikhuatiri akan menaikkan angka kematian yang setakat ini disahkan sekitar 1,300 orang.

Kesan Tsunami dijangka lebih buruk apabila letupan berlaku di loji tenaga nuklear Fukushima Dain.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan. - TMinsider

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.





Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.



TERKINI: Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.


Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.

Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.

Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.


27 Mac 2011

RM38.52 di Giant


Sekadar nak beli dua tiga jenis barangan malas nak ke TESCO, sebabnya TESCO agak jauh dari rumah sekitar 1km banding Giant sekitar 300 meter sahaja dari rumah.

Ayam seekor tak besar mana pun RM15.95 Pari Siap Potong dalam peket 1kg RM7.49. Cabai Masak sepeket RM4.69 & Sunquick RM10.39. Hanya itu 4 jenis barangan. Jumlah sebanyak di atas. Sayur memang mahal di Giant, jika aku sempat ke pasar malam akan lebih jimat. TESCO jauh lebih murah. Berapa lamalah tahannya sayur di peti ais. Jika bendi atau kobis mungkin tahan lama; sawi, bayam atau sayur daun yang lain manalah tahan lama.

Jika sehari kita berbelanja dapur sekitar RM30, congaklah berapa sebulan. RM30 ini selalunya sekadar boleh menampung barangan basah; apa cerita beras, gula, bawang dan pelbagai lagi rempah ratus.

Sekarang keluargaku makin besar, kami telah bertujuh orang. Jika terusan beli lauk di luar memang akan bertambah tinggi belanjanya. Seekor ikan keli atau seketul ayam potong kecik sekitar Jenaris telah pun berharga RM2.50 ke atas. Siang Mila kerja makan berenam orang lauk sahaja telah RM15 belum sayur. Pastinya sekitar RM20 makanan siang (tak masuk sarapan) malam sekitar itu jua. Dah jadi RM40. Maka jika dicongak mesti kos makan luar berbanding masak sendiri sekitar RM10 ke atas lebih mahal untuk sehari. Sebulan sudah tentu sekitar RM300 terbuang begitu sahaja. Jauh lebih jimat masak sendiri.

Beruntunglah Mila punyai menantu seperti Husna; nampaknya dia rajin memasak, boleh dikatakan tiap hari dialah yang memasak; kecuali Sabtu & Ahad di mana Mila cuti. Jika angin Mila tu okey memang dia rajin memasak sampaikan sarapan pun dia rajin memasaknya, jika angin barat dayanya datang memang dia tak berdaya, main beli juga lauknya. Apatah lagi jika ada jemputan, Husna jadi mangsalah masak di rumah sebab Afiz buat masa ini tengah hari selalunya balik ke rumah untuk makan tengah hari bersama isterinya.

Masalah makan atau beli lauk di luar adalah rasa resipinya. Mana mungkin dapat kita tentukan; di gerai Sg Kantan, aku telah tahu biar pun agak murah, tapi pedasnya jangan cakap, di gerai Kantan Permai pula agak mahal aromanya lebih kurang sahaja. Mana mungkin orang sakit seperti aku dapat mengawal keadaan makanan di luar. Sebaiknya orang seperti aku mestilah makan ikan yang dibakar atau rebus sahaja; begitu jua dengan sayuran sebaiknya makan sayur yang dimasak rebus sahaja. Tumis lemak atau gulai yang masin amat alahan.

Jika sesekali nak makan nasi ayam pun sekitar Jenaris ini semunya telah berharga RM4.50 sebungkus jika dikalikan tujuh orang berapa tu!. Pulak tu orang yang boroi seperti aku memang takkan kenyang jika makan nasi ayam, biasanya bersukat satu mangkuk. Alahai kecil amat mangkuknya. Melayang sahaja jika dimasukkan dalam bungkusan. Terpaksa tambah nasinya jika mahu kenyang tapi jika ikut hukum hakam@rukun makan; berhenti makan sebelum kenyang seyogia nasi ayam adalah menu yang paling sesuai.

Hidup di kota tak semudah nan diduga.