iDAN

21 April 2011

Aziq dapat Dua Anugerah


Anugerah Terbaik Gred Purata (CGPA 1.0)
& Anugerah Terbaik SPM 2010

Biar pun Aziq tak dapat 10A, lantaran kesilapan kecil; dia tersilap buat surat kiriman & karangan Bahasa Inggerisnya (BI) hatta dia cuma dapat Bahasa Inggerisnya B+. Memang dia rasa terkilan amat; Sebelum ini dari UPSR, PMR pun trial exam SPMnya tak pernah pun BI meragam. Pasti A. Aku pun terkilan dengan keputusan BI ini. Tak dapat A dalam mata pelajaran BI memang banyak peluang terlepas.

Namun bila dikira Gred Purata, Aziq mengatasi pelajar lain, biar pun rakannya ramai juga dapat 10A, sebabnya dia dapat banyak A+. Tak ada siapa dapat mengatasi CGPAnya 1.0. Ini pastinya mengejutkan aku, hatta sebaiknya kementerian mengambil kira akan peluang Aziq dalam banyak bidang. Kenapa mesti mahukan syarat A dalam banyak perkara. Sedangkan bukan semua pelajar dapat B itu lemah atau tak cemerlang. Malahan Aziq juga mendapat anugerah pelajar terbaik SPM 2010 di sekolahnya.

Aku pernah menulis bab ini lantaran syarat yang dikena bagi anak staf Sime Darby. Terlampau sangat mahukan keputusan A maka Aziq tersingkir dari mendapat sebarang anugerah lantaran keputusan BI yang bukan A. Aku suruh juga Mila isi borang anugerah tersebut biar pun bahagian pentadbiran anugerah ini kata tak cukup syarat. Ura-uranya mereka akur juga apa pendapat aku. Pastilah jika kita di tempat Aziq rasa terkilan. Bukan senang nak dapar 9A itu; tapi tak siapa nak pandang pun. Sudahlah sesal amat sebab kesilapan kecil BI itu, pulak tu lepas banyak amat peluang.

Dia memang sedar akan masalah BI dia ketika peperiksaan tetapi masa amat terhad. Ini satu panduan yang baik bagi mereka yang nak menghadapi SPM, biar pun anda pelajar yang cemerlang; pastikan faham betul-betul apa kemahuan soalan.

Esok anugerahnya; jam 7:30 pagi kena ada di Sekolah Menengah Teknik Gombak, sedihnya aku sekadar dapat menghantar Aziq, terpaksa berkorban keinginan aku mahu melihat Aziq terima anugerah demi Qasrina. Qasrina kena demam kuning; kenderaan cuma satu yang okey!. Hari ini hari kelima aku terpaksa berkejar ke sana ke sini lantaran kehadiran cucu sulungku ini. Nanti petang aku akan buat pendaftaran Surat Beranaknya. Tadi pagi telah hantar Qasrina ke klinik.

Kebetulan aku telah bersara, jika tidak bagaimanalah Afiz nak uruskan semua, apatah lagi dia tak dapat cuti lantaran kerja sementaranya di TESCO itu tidak membenarkan. Semalam pun sama, semua urusan keluar hospital Atoknya Qasrina yang uruskan.
Penyair iDANRADZi & Aziq

Harapanku Qasrina cepat pulih, pun perjalananku esok berjalan lancar. Sebab setelah hantar Mila & Aziq ke Gombak terpaksa berkejar ke Jenaris untuk hantar Qasrina ke Klinik Kajang.

23.4.11

Afiz & Mie buat keputusan tak mahu Qasrina asyik disuntik, sian bayi yang baru lahir terlalu banyak kena suntikan. Seyogia aku sempatlah melihat hari anugerah Aziq yang meriah. Di sini dapat aku rakam beberapa gambar kenangan ketika Aziq menerima dua anugerah.

Sekolah Menengah Teknik Gombak semakin berjaya melibatkan pelajarnya dengan seni budaya. Antaranya mereka telah ada kumpulan kugiran sendiri. Sedap lagu yang didendangkan. Selain persembahan kugiran, ada juga persembahan deklamasi puisi & pentomin.

Tentunya ini meninggalkan kenangan nan indah buat Aziq & keluarga kami. Setiap pelajar yang dapat A+ mendapat RM50 A RM30 & A- RM20. Semua dana ini datangnya dari tabung PIBG. Sijil & hadiah saguhati ini sebagai pemberian yang bermakna bagi pelajar yang telah giat & tekun belajar.

Ish! 7

manalah bebudak ghairah nak tenguk majlis ni..

Mamat Khalid: Filem Untuk Usop Wilcha Dah lama Dirancang

Teks: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2011: Impak yang diterima daripada penonton bagi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) adalah sangat luar biasa. Sehinggakan setiap dialognya kini menjadi ikutan dan ingatan ramai. Antaranya adalah ayatnya yang menjadi trend kini iaitu "cer citer cer citer" dan "kite bakor, kite bakor".

Malah, apa yang paling diingati dan disukai adalah watak Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 46, sebagai Usop Wilcha dalam filem tersebut. Bagai sudah menjadi fenomena pula apabila setiap gerak gerinya dan katanya dalam HKLBR kini telah menjadi tarikan, perhatian dan ikutan sehingga kini.

Maka, tidak khairanlah jika pengarahnya, Mamat Khalid memberitahu dia bakal tampil pula dengan sebuah filem khas yang memberikan penekananan pada watak Usop Wilcha dalam HKLBR. Apa yang pasti, filem tersebut kini dalam proses pre-production.

"Terus-terang saya katakan, Shy8 memang seorang yang sangat bekerja keras dan komited pada kerjanya. Jika tidak, saya tak rasa dia boleh sampai ke tahap ini. Ini kerana apa yang saya tahu bukan mudah untuk dia capai seperti apa yang dia dapat sekarang.

"Dia sudah mula berlakon dari tahun 2001 lagi iaitu semasa saya mengambilnya sebagai pelakon tambahan dalam filem Lang Buana. Namun bakat dan kebolehannya belum menonjol waktu itu dan ramai tidak menyedari kewujudannya sehinggalah dalam HKLBR.

"Saya tak terkejut dengan apa yang telah diterima sekarang dan saya telah pun menyiapkan pre-production untuk filem khas buat wataknya iaitu berjudul Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.Filem yang akan mengangkat watak Usop Wilcha sebagai peneraju utama filem ini dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Julai 2011.

"Sebenarnya perancangan untuk menghasilkan filem ini sudah pun lama dibuat. Iaitu sebelum HKLBR ditayangkan lagi. Waktu itu, saya dah pun berbincang dengan dia. Seorang lagi adakah Zizan Raja Lawak kerana dia bakal pegang watak sebagai Werewolf daripada Bangladesh itu," katanya kepada murai.com.my

Dalam pada itu, Mamat Khalid juga akui berasa amat bangga dengan populariti dan respon yang diterima oleh Shy8 dari orang ramai. Apatah lagi, Mamat antara orang yang terawal yang mula mencungkil bakat Usop dalam bidang lakonan.

"Alhamdulilah, mungkin dah sampai masanya Tuhan nak bagi rezeki ini kepadanya. Padahal, dia bukannya baru berada dalam industri seni ini. Malah, sejak tahun 1997 lagi dia sudah tampil dengan sebuah album solonya sendiri. Cuma baru kini bakatnya terserlah dan disedari.

"Terus-terang masa pertama kali mengambilnya berlakon saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehannya. Namun saya percaya setiap orang pasti ada keistimewaan dan kebolehan mereka masing-masing. Saya suka pelakon yang on the dot sepertinya.

"Malah saya kini pun sedang berusaha untuk mencungkil banyak lagi bakat baru. Saya rasa kita patut beri peluang kepada bakat baru. Dari situ barulah kita tahu sejauh mana seseorang pelakon itu boleh pergi.

"Sebagai contoh, sekarang ini saya sudah nampak pendatang baru Azwan Anuar yang memegang watak Wak Kaswi dalam HKLBR. Saya rasa dia ada potensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan," kata Mamat Khalid yang ditemui selepas siaran langsung Maharaja Lawak di Finas, Jumaat lalu.

20 April 2011

Qasrina Safiyya suka menjeling

1. Sekitar 8:00 malam Qasrina Safiyya baru sampai di Jenaris, esok atau lusa kena hantar dia ke Seremban; Mie mahu berpantang dengan emaknya. Tak pasti berapa lama di sana. Dalam hujan lebat kami bertolak dari Hospital Serdang; sesak amat terpaksa solat di Masjid baru Sungai Ramal Luar. Qasrina & ibunya sihat walafiat.

2. Setelah kurang 3 hari genap sembilan bulan kini Qasrina telah pun dapat melihat sinar mentari. Hebat si Afiz 11 bulan dari tarikh nikah telah dapat anak. Ayahnya dulu kena tunggu 7 tahun baru dapat jumpa si Afiz ini.

Pertama kali Qasrina lihat Atoknya dia menangis seketika, kemudian nampak dia suka amat menjeling. Kulitnya putih bersih; rambutnya lebat. Beratnya 3.06kg.

2.48 petang Selasa19.4.11. Kini hari keempat Mie@Husna berada di Wad 5F katil P 01. Semalam aku naik kapcai sahaja nak jumpa Qasrina; ayahnya lepas balik kerja juga naik kapcai sahaja berkejar ke Hospital Serdang. Opahnya naik Avanza dari tempat kerja di Damansara ke Hospital Serdang. Kebetulan aku & Opahnya serentak naik satu lif ke tingkat lima.

"Nak Nyaie ada bawakan Qasrina untuk bunga" besar bunga yang Opahnya belikan untuk Husna & Qasrina. Qasrina tengah lena tidur.

"Ish! ada lesung pipitlah... ini mesti curi lesung pipit pamannya Azim" paksunya Azim di sekolah, cuma kami bertiga melawat Mie di wad.

"Ada emaknya datang tadi" aku bertanya Mie sebab semalam emaknya tak muncul-muncul.

"Ada, tu emak ada bawakan bubur!"

"Pukul berapa dia sampai, dulu dia ke dulu Linda & Liza"

"Emak sampai awal jam 12:00 tengah hari" aku perasan Linda & Liza sampai jam 1:00 tengah hari. Jauh Liza memandu sendirian dari Puncak Alam; siap Linda & Liza bawakan banyak hadiah untuk anak saudaranya. Aku terkilan sebab tak dapat kejar mereka di hospital. Sibuk dengan masalah bil elektrik. TNB buat hal lagi; asyik nak keluarkan surat notis potong perkhidmatan, biar pun kami sudah bayar.

Bil di ofis Mila, sejak sekitar setahun dua ini aku serahkan urusan bil kepada Mila, entah berapa kali dah asyik datang surat notis; naik penat aku, pernah satu hari tu sampai Staf Teknikal datang nak potong, dia kasi tempoh sejam dua sahaja untuk dipotong. Hampir 30 tahun aku jaga masalah bil tak pernah jadi seperti ini. Huh! nak salahkan siapa. Mila lambat bayar atau TNB asyik syok hantar notis. Bil pun menggila asyik Bil Anggaran sekitar RM500 sebulan. Paling angin depan mataku Pembaca Meter bermasalah ini tak mahu kasi Bil Terperinci. Pintu pagar terlopong, tak ada pun halangan untuk dia guna teropong meter bacaannya itu. Asyik Bil Anggaran. Aku sudah buat aduan kepada TNB masalah ini. Mereka gelak besar adalah. Memang masalah ini aku akan korek di liang lahat nanti. Mendera pengguna namanya itu. Takkan asyik nak longgok duit di TNB.

Bayangkan aku belum sempat sarapan lantaran selepas Subuh aku sambung tidur sampai meninggi hari; penat amat nak sambut cucu. Jam 1:00 tengah hari baru aku perasan ada notis nak potong elektrik sehari sudah; dari pengalamanku mereka akan nuat potongan sekitar jam 2:00 petang. Biar pun meter elektrik di rumahku belum pernah dipotong tapi memang trauma juga bila tenguk notis potongan ini. Aku berbual dengan rakan sekerja dulu pun sering mereka juga bersungut masalah yang sama, khidmat TNB & kadar bayaran yang tidak munasabah.

"Pemotongan akan dibuat pada 19.4.11 atau tarikh selepas ini" tertera di notis potongan, bil sampai ke peti surat 20.4.11. Itulah cemerlangnya kerja TNB, bayangkan asyik buat bil anggaran sekitar RM500 sebulan. Kadar berganda; bayaran lebih tiga kali ganda banding bil sebenar kami gunapakai. Pulak tu asyik nak potong meter elektrik rumah orang. Mabuk apa TNB ini.

Jika aku jutawan memang aku guna punca kuasa elektrik sendiri, aku nak lihat sangat TNB ini bankrap. Bukan berdoa tapi cara khidmat mereka melampau amat. Titik bab TNB.

Dari jendela wad 5F nampak taman indah di luar sana. Ada kerusi untuk bersantai, tapi tak pernah aku nampak ada orang ke taman ini. Dua hari lalu aku & anak-anak cuba mencari pintunya; pintu ke sana ada tapi tertulis notis. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bilik ini. Pulak!. Macam mana nak ke taman tersebut!.

"Kita rakyat marhaen berhimpit dengan ruang katil yang terhad, taman tu lapang luas!" pesakit sebelah kanan Mie dah hampir seminggu di wad; ada masalah darah tinggi & diabetes seperti aku. Suaminya ramah; orang Puchong.

"Saya pun tak sangka masih ada Kelas Tiga, apa maknanya negara maju; kata Selangor sudah jadi negeri maju; orang negara maju Wad Besalin semuanya percuma mana timbul kelas dua atau tiga jikalau sudah percuma...!" aku berpendapat sedemikian.

"Kecualilah memang kita yang nak Kelas Satu atau nak privasi sikit tak tahu nak guna duit!"

"Haa aah! jika pelawat pun tak boleh ke taman tu baik buat wad tambah katil, bayar sikit pun tak apa!" suaminya mencelah.

"Cukai kita dah banyak amat; cukai jalan rayanya, rumah, tanah, nak makan KFC pun kita kena cukai!" tambahnya

"Itulah fasal dua hari sudah saya sempat berbual dengan adik yang nak sambut anak pertama juga, air temuni dah keluar cuma tak buka luas lagi, masih disuruh balik ke rumah sebab katil semua penuh tadi saya jumpa dia isterinya terpaksa dibedah, sebab songsang katanya!" jika diberikan rehat di wad bila telah keluar air temuni apalah salahnya, mungkin tak jadi kes songsang ini. Aku tak pasti apa jadi pada nyonya dengan anaknya pun ada dua tiga orang lagi punyai kes yang sama.

Bukan tujuan blog ini nak mengungkit, Mie amat beruntung dilayan dengan baik, malahan siap dibantu menggunakan vacuum. Semalam sahaja aku dengar ada tiga kes terpaksa dibedah. Pesakit katil sebelah kiri Mie juga doktor cadangkan untuk dibedah. Dia terus tukar ke Kelas Satu, tak tahu ceriterannya.

Ramai berkata jauh bedanya layanan Kelas Satu & Kelas Dua atau Tiga. Bagiku ini memang tak kena, kita bukan hidup di dunia kasta. Tak semua kita mampu nak ke Hospital Swasta. Tanpa rakyat mana ada negara. Ini memang tanggungjawab kerajaan. Perkhidmatan hospital kerajaan kenalah terusan diperbaiki.

Sesekali cubalah kita melawat di Hospital Klang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; sebagai contoh yang nyata; sarat amat! pesakit di sana terlalu ramai & sesak. Kerajaan memang kena ambil serius masalah Hospital Klang ini. Aku bercakap setelah sering ke sana. Kena buat bangunan baharu. Saranan aku lupakan tentang Kelas Dua & Tiga. Jangan sebut kelaslah seragamkan saja. Nak buat Kelas Satu itu terpulang. Tapi layanan & perkhidmatan jangan pula dikelaskan!. Jangan sampai Kelas Satu ada alat bantuan bersalin Vacuum yang kelas seragam ini sifar!. Kena perbetulkan ini.

Orang luar negara dah beranak dalam air!.

Baru sebentar tadi dapat tenguk gambar Qasrina Safiyya; semalam Atoknya sendirian ke Taman Seri serdang (SS) buat pendaftaran cucu pertama. Pun belikan ubat demam kuning Qasrina. Khamis pagi dia kena suntik di Klinik Kajang. Selalunya kata jururawat bayi perempuan cepat pulihnya sakit demam kuning ini; agar Mie rajin jemur dia cahaya mentari pagi.

Esok mungkin Mie akan balik ke Seremban. Lambat berurut nanti jadi masalah pula. Kalau Mila di Meru pasti dah berulang kali Mak Bidan datang mengurut ibu bersalin & cahaya mata yang baru lahir. Kata Mie emaknya dah tempah tukang urut di Seremban.

Qasrina Safiyya

19 April 2011

Sesak hampir sejam Husna bakal jadi Ibu




Awal pagi aku dikejutkan dengan berita petanda Husna akan melahirkan cahaya mata. Hujan rintk-rintik. Anif tak ke sekolah lagi.

"Nak ke hospital mana Mie?" aku panggil Husna... Mie.

"Entahlah ayah!"

"Mie kata suka bersalin di Hospital Serdang kan?" aku pun terus meredah kesesakan kenderaan; Dari rumah sekitar 7:15 pagi memang waktu puncak. Pengalaman aku buat kajian trafik selama lebih dari 3 tahun. 6:45 pagi kenderaan telah sesak di semua jalan raya.

Dari Jenaris lagi kenderaan padat amat; sangkut di lampu isyarat hampir sepuluh minit. Sampai sekolah Anif ngam-ngam waktunya pintu pagar masih dibuka. Mungkin sebab hari hujan maka tak diambil nama. Dari Saujana Impian ke Sungai Chua pergerakan trafik lancar; sampai sahaja di Sungai Ramal Luar; Huh! apa yang aku risau berlaku.

"Sakit tak Mie?"

"Okey kut! cuma rasa sakit pinggang!" petanda anak mahu lahir semakin deras; basah surat khabar yang dilapik. Air ketuban telah keluar. Mila sebelah depan bercerita pengalaman dia melahirkan cahaya mata kami empat orang itu.

Trafik bergerak amat perlahan; setahu aku Jenaris ke Hospital Sedang sekitar 15 minit sahaja; sekarang telah dekat jam 8:00 pagi. Huh! 45 minit kami terperangkap.

"Pujuk bayi agar jangan keluar cepat!" Mila bersuara; Husna terduduk lesu.

Jika mahu ke Hospital Kajang memang dekat dari rumahku; tapi suasana di hospitalnya memang padat, jika boleh biarlah Husna dapat bersalin di kelas dua.

Sekitar 8:15 pagi baru kami sampai di muka pintu Wad Bersalin; tak seramai mana orang; ada sekitar 10 orang menunggu kelahiran bayi, ada yang masih stabil keluar masuk Bilik Rawat Awal. Di papan kenyataan ada sekitar 8 orang di Bilik Bersalin. Baru 3 orang bayi dilahirkan hari ini.

Husna terus dibawa ke bilik rawatan awal; lama kami di luar menunggu hampir dua jam baru tahu keputusannya.

"Kena tahan di wad tapi semua katil hospital ini penuh" tentunya wad Kelas Dua atau Kelas Tiga, takkan wad kelas satu pun penuh. Kami pun tak bercadang nak Husna bersalin di Kelas Satu. Andai memang tiada pilihan tak jadi masalah.

"Kata doktor mungkin kena hantar ke Hospital Kajang"

"Ish! takkan Afiz & Mie kena patah balik ke Kajang" sungutku.

Sekitar jam 11:00 pagi baru Husna dapat kata putus, lantaran Kelas Dua telah penuh mereka tambah katil di wad tiga. Nak jaga orang Kelas Dua punya prioritilah agaknya.

Bayaran untuk Kelas Tiga memang jauh lebih murah dari Kelas dua; Kelas dua sekitar RM300 jika Bersalin Biasa. Bersalin sekitar RM150 sahaja masuk kos bermalam di wad segala rasanya cukup dalam RM300. Sebilik Kelas Dua sekitar 4 0rang sebilik. Bagiku sama sahaja layanannya. Lagi nampak lapang & luas Kelas Tiga lantaran sekitar 6 orang di satu ruang. Yang penting bersalin dengan selamat.

Aku terkejut juga zaman sekarang masih ada Kelas Ketiga lagi. Sementelah Hospital Serdang memang nampak canggih. Bagiku bab bersalin ni kita telah jadi negara maju kena ikutlah cara negara maju. Setahu aku di negara maju semuanya percuma; siap kasi susu percuma untuk bayi. Jadi masalah kelas tidak timbul.

Bilik untuk bersalin ada 8 buah. Memang semuanya penuh. Ramai yang telah mengalir air ketuban dipaksa balik. Bersedia dari rumah. Jika berterusan sakit baru kena berkejar ke hospital. Huh! amat membahayakan ibu yang bakal bersalin.

Pastinya bila pihak Hospital Serdang telefon ke Hospital Kajang ceriteranya sama. Penuhlah tu. Sekitar 11:30 pagi Husna telah diberikan pakaian seragam warna merah jambu. Siap ada gelang tangan petanda telah pasti dia akan bersalin di Hospital Serdang.

Ada dalam tiga empat keluarga mengiringi waris mahu bersalin aku berbual. Masing-masing mengeluh. Apatah lagi bila anak sulung. Risau tak ada lagi pengalaman bersalin.

"Tak apa Nyonya nanti kalau anaknya sakit datang saja, kena berlakon kata sakit tak tahan; biar doktor kasi masuk wad pasti ada cara mahu bayi cepat bersalinnya." dia cerita anaknya pun sama Husna terbuka sedikit sahaja rahimnya. Air ketuban telah keluar.

Bila air ketuban telah kering sidrom bayi lemas memang boleh berlaku. Ah! aku bukan pakar sakit puan maka titik.

Hingga kini 12.30 tengah malam aku masih risau akan keadaan Husna di sana; tak siapa dibenarkan menunggu di dalam wad. Afiz pula hari ini dia berkerja shif petang ke malam, dia tak mengesahkan telah berumah tangga kepada majikannya di TESCO, sebab kasi tahu sudah berumah tangga sahaja mereka tak ditawar kerja; banyak dia memohon kerja ceriteranya begitu. Termasuklah banyak Petrol Pam. Apa motifnya? Apakah risau nak kasi kebajikan buat isteri & anak-anak? Nak jimatkan kos bayaran gaji & kebajikan perkerjalah gamaknya. Huh!.

- bersambung

Sepanjang hari ini Selasa 19.4.11... aku atau Afiz akan berada di Hospital Serdang kontak aku jika mahu kita berbual panjang; waktu melawat jam 12:00 tgh hari hingga 2:30 ptg. Serta 4:30 ptg hingga 7:30 malam. Talian 016 909 4343 insyaAllah akan dibuka.

♥♥♥♥♥♥
Buat Siti anak Kak Nomie:
12:45 tengah hari dari wad 5F di bawa ke bilik bersalin; 1:15 tengah hari Paksu telefon Afiz dia masih tunggu doktor panggil masuk ke bilik bersalin tingkat 2. Di Hospital Serdang suami dibenarkan bersama isteri ketika bersalin. 1:30 yengah hari cuba dail no. tel Kak Nomie (emaknya) tak dapat talian hanya dapat talian Abg Ali (ayahnya) 1:45 tengah hari Maksu telefon bertanya akan panggilan Paksu yg dia tak jawab... kasi tahu Husna telah tiba masanya nana bersalin... 1:58 tengah hari masih tunggu deringan telefon Afiz...

Semalam 7:00 malam baru sampai ke Wad5 katil P 01
bayangkan resahnya hati... sejak sekitar jam 1:00 tengah hari
di bilik bersalin
Husna banyak turun darah
terpaksa pakai Vacuum
lonjong sikit kepala bayinya.
Jumpa Atoknya bayi terus nangis
tapi suka amat menjeling bayinya
kulit cantik rambut lebat.
Pun dia ambik lesung pipit Paksunya Azim.

Bermakna Husna masih ada di Hospital Serdang sampai esok Khamis 21.4.11
petang atau malam baru balik.

Hospital Serdang
Wad 5F katil P 01

Tadi Liza & Linda datang melawat... Paksunya tak sempat jumpa mereka

Semalam 9:45 malam
aku ni jenis tak percaya amat bab temuni ini; nak tanam dengan apa
tapi suka mencuba
si Aziq dulu segala barangan komputer aku tanam bersama temuninya
dah besar memang pakar komputer
& pintar amat bab ICT.

Minggu ni dapat surat
dia dapat anugerah pelajar terbaik dalam
pencapaian peratus SPM
(CGPA)
biar tak dapat 10A tapi dia
dapat atasi peratusnya pelajar 10A tersebut
sebab 9Anya kebanyakannya A+

Yang cucu ini pula aku telah tanamkan temuninya bersama pelbagai jenis haruman
dari lebih 7 jenis haruman bunga & pelbagai haruman kusembur
siap pasang lilin sampai larut malam di pusara temuninya
(kitab tak suruh pun)
emm! dapat menduga lelaki atau perempuan...

17 April 2011

Ish6!

mana wajahnya...

AF9 Eka telah tersingkir

Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 9 sememangnya memberikan kejutan yang besar apabila 2 kejutan diumumkan di awak konsert lagi. Operasi Gugur yang akan menyingkirkan seorang atau dua atau tiga atau berapa sahaja pelajar yang memberikan persembahan yang tidak mencapai piawaian. Manakala kejutan kedua pula adalah 4 calon baru yang diperkenalkan untuk mencabar 10 lagi pelajar yang tinggal setelah Eka diumumkan tersingkir malam ini.

Eka telah menyampaikan lagu I'm Sorry Goodbye dalam konsert malam ini. Sumpahan tajuk lagu ternyata sudah terkena Eka apabila mendapat undian SMS terendah malam ini. Menurut sumber, Eka telah membuat persembahan yang bagus dalam raptai yang diadakan semalam. Mungkin rasa gemuruh masih menguasai apabila persembahan Eka dikritik hebat oleh semua pengkritik.

Berikut adalah kedudukan undian selepas ditutup:

Operasi Gugur hanya akan dijalankan dalam minggu yang ketiga. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Azlin Reza Azmi, Operasi Gugur ini hanya dilakukan sekali sahaja dan persembahan pelajar yang tidak melepasi pawaian akan disingkirkan. Menurutnya lagi, pengguguran mungkin melibatkan seorang, dua orang, tiga orang atau mungkin tiada pengguguran sekiranya kesemua 10 pelajar yang tinggal melakukan persembahan yang baik minggu hadapan. Manakala 4 calon yang diumumkan iaitu FIR, HANI, FINA dan HAZAMA akan diketahui keputusan mereka juga minggu hadapan.

16 April 2011

Maharaja Lawak 3 kumpulan tersingkir

Baru sekitar 5 hari tenguk bagaimana undian ini berubah jika Astro jujur seharusnya dia paparkan juga jumlah undian atau SMS teringin juga nak tahu apatah lagi bila ada kalangan peminat RL & ML berkempen anti ML di Astro Warna! Alahai! kasihan Man Juara semakin ditinggalkan oleh Kumpulan Balas! yang kenyataan adalah tempat ketiga RL. Jajarkan ke Tengah
Baru minggu ketiga telah tiga kumpulan meninggalkan kaca TV Astro Warna. Dari sudut peminat tentulah ramai yang menjangka Jozan akan menjadi Juara Maharaja Lawak tetapi ianya masih amat awal untuk peminat meramalkannya. Nampak dari masa ke semasa semakin berkembang ide peserta, apatah lagi bagi mereka yang telah pun dinobatkan sebagai Sifu bagi penggemar hiburan lawak jenaka seperti Jozan, Nabil pun Sepah. Kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan kamera. Jambu juga tak kurang bagus persembahannya lantaran mereka kira telah lama berada di pentas hiburan tanah air. Cumanya mereka tidak sehebat Jozan, Nabil atau Sepan yang boleh dikatakan setiap hari amat sibuk dengan jadual pengambaran. Berbeda dengan Man & Balas. Baru sahaja dinobatkan sebagai artis tetiba terpaksa berhadapan dengan Sifu. Pastinya terpaksa berkerja keras untuk menmbat hati penonton. Amir, Jihan serta Alex sebaiknya mengambil peluang ini untuk menarik perhatian para Pengkritik serta penonton dengan sesuatu yang baru. Jihan & Alex sekadar petah bercakap serta ide yang mantap tak akan dapat menarik penonton jika lawaknya di takah lama. Carilah ide yang baru seperti Nabil nampaknya memang perlu kita hormati dengan komidi yang nampak memukau & tak kering gusi melihat kejutan demi kejutan dari daya kreatifnya. Astro kena berfikiran terbuka dengan desakan orang ramai agar kembali menyiarkan Maharaja Lawak ke gelanggang asalnya di Astro Prima jika mahu mendapat undian lebih. Takkan ada pengikutnya jika terusan di Astro Warna lantaran tak semua pelanggan suka didera dengan bayaran tambahan Pakej Mustika. Jika anda punya FB sila cari Kumpulan ini & lihat telah berapa puluh ribu pelanggan Astro menentang dasar Astro ini. Kami-Mahu-Maharaja-Lawak-Disiarkan-Sepenuhnya-Di Astro-Prima

Ish!5

dahaganya...

15 April 2011

Pardes Di ZEE (Hiburan)

Hari ini filem PARDES di ZEE ditayangkan lagi, filem hindustan yang aku letakkan antara terbaik moral ceriteranya. Aku pernah menulis begini..!

" Aku lebih memilih filem Pardes sebab ada moral yang tinggi terselit dalam skrip Pardes itu. Pertama kali tenguk Pardes memang aku menangis sungguh-sungguh, banyak babak dalam Pardes yang menyentuh hati. Moral atau kesucian seorang gadis amat disanjung tinggi dalam filem Pardes ini. Biar pun filem ini bergerak perlahan tetapi penuh dengan sentuhan seni yang tinggi. "

Sebaiknya anak remaja dapat mengambil suri teladan dari filem ini. Di mana kesucian seseorang gadis itu amat dititikberatkan ketika remaja. Semestinya dipelihara sehingga diijabkabulkan. Bayangkan Gangga sanggup lari di bumi asing dari terjebak dalam noda dengan tunangannya. Biar pun mereka akan dikahwinkan sekitar beberapa minggu sahaja lagi.

Penulis kita atau Indon sana asyik menulis tentang noda. Jika kita perhatikan banyak drama TV kita & dari seberang sana terlampau mengagongkan cinta yang penuh noda. Kemudian watak jahat yang lepas bebas. Buat geram hati sahaja. Patutnya watak jahat kena dibalun cukup-cukup. Malahan anak luar nikah amat disanjung serta dinobatkan sebagai isu penting drama mereka.

Kalau drama atau filem Korea atau Pilipina pula bercium atau berkucupan menjadi perkara biasa. Jatuhnya filem hindustan sebab ada babak panas begini, sebaiknya janganlah ujudkan adengan berkucupan ini, apatah lagi jika di saat babak bercinta, belum pun menjadi suami isteri. Benda maksiat begini tak belajar pun pandai sendiri. Moral ini yang kena dijaga. Pardes menjaga baik babak panas & terlampau ini. Maka itu saya suka Pardes, lagunya pun masih tak jemu didengar. Langkah ZEE sering menayangkan filem ini amatlah dipuji. Agar ianya dapat mendidik masyarakat kita ke arah bermoral. Bayangkan keluarga India yang tidak seagama kita pun menjaga maruah diri & kesucian seorang gadis.

♥...
♥.........

Banyak respon di catatan ini adalah respon tahun 2010 ketika catatan ini ditulis, hari ini sengaja aku uar-uarkan kemvali setelah sebentar tadi aku sempat tenguk filem ini di ZEE

14 April 2011

Cer Cerite...

Usop Wilcha Shy8 Naik Angin Pihak Ambil Kesempatan

Mstar Online ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan fenemona Usop Wilcha.

‘Usop Wilcha’ Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

Shy8 dalam watak Hantu Kak Limah Balik Rumah

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya. Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.

Shy8 atau Syed Mohamad Asri menengur individu yang dikatakan mengambil kesempatan terhadapnya menggunakan.

Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang. Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.”

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.

Hantu Kak Limah Balik Rumah revolusi GARAPAN TERBAIK

Aku sempat menonton filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" sebuah filem komedi seram oleh sutradara sempoi yang bernama Mamat Khalid. Filem ni sangat menarik perhatian aku sebab mesej yang disampaikan sangat berkesan. Biarpun kaedah garapan mesej yang diketengahkan agak perlahan sifatnya, tetapi amat berkesan sampai menjadikannya bahan ketawa penonton.

Sedikit Sinopsis Hantu Mak Limah Balik Rumah.

Kisah Hantu Kak Limah bermula apabila Awie balik ke Kampung Pisang selepas 2 tahun bekerja di oversea . Disebabkan rumah Awie bersebelahan dengan rumah Kak Limah, maka dia tegur Kak Limah seperti biasa apabila ternampak Kak Limah di tingkap rumah melihat luar.Maka dari situ bermulalah kisah hantu Kak Limah yang menggemparkan penduduk Kampung Pisang. Kalau nak tau lanjut, sila tonton di wayang kerana aku pasti anda akan rasa puas hati membayar duit tiket wayang untuk tengok filem ni.

Mesej yang aku suka dalam filem ni ialah:
  • mesej di mana penduduk kampung mula sedar akan kepentingan kepimpinan muda untuk menerajui kepimpinan Kampung Pisang. --> kiranya kalau dalam situasi politik semasa, kita perlukan kepimpinan muda menggantikan pemimpin tua yang dah tak produktif memimpin Malaysia la.
  • mesej di mana pembuat filem hanya kekal dengan idea biasa. Tiada cubaan keluarkan idea baru.
  • Mesej kesatuan antara jiran tetangga, perlu la kita ambil berat tentang kesihatan jiran kita.
  • Dan bermacam-macam mesej PENTING untuk kita.
Inilah yang bagus, berhibur sambil menasihat. Terbaik!

http://www.hilalazmi.com

13 April 2011

1,000,000


14.4.11 Sejuta pelayar telah pun berkunjung ke jeti blog ini, tak pasti apakah kata mereka. Apa nan mereka bawa pulang setelah berkunjung ke sini. Ada nan sekadar mengintai. Ada nan menyapa & ada nan kian intim denganku.

Cumanya terkadang aku begitu sunyi bilamana dia nan datang tetiba sepi, aku bagaikan penunggu di perlabuhan nan berhantu. Lugu lagi buntu. Bagaikan tetangan angin menampar pipi hati, terleka dengan kenangan lalu nan tak mungkin datang lagi. Ada nan tetiba bersua tapi tidak lagi mesra. Mungkin kekurangan diri ini membuatkan jalinan ini jadi hambar.

Apakah perlu Penyair sepertiku terus menyendiri di Pulau Sepi tanpa sapaan manusiawi. Esok atau lusa telah terbayang pengembaraan ini makin ke hujungnya. Benar memang benar diri ini akan terusan mengembara sendiri, menuju untung nasib badan. Mana ada kekalnya hidup ini & dunia penulisan ini akan tinggal kenangan belaka.

Ombak resah ini semakin mendesah deras.

Hanya Itik

Hanya itik ini saja nan mengerti
senyuman ini menjentik hati
agar itik akan membiak
di pagar ilusi
maknawi.