iDAN

02 Jun 2011

Tiga hari dua malam

Pagi ini aku akan berada di luar rumah, banyak urusannya; tapi jika tiada aral melintang aku kembali sebentar di kampung halaman. Desa Tualang Kota Bharu Perak. Kontak aku jika ada seberang maklumat penting 016 909 4343. Jika tiada sebarang halangan aku sedang merancang untuk mengembalikan tanah pusaka buat keluargaku. Buat langkah awal, aku sedang mengganti bumbung rumah pusaka sebagai tempat berlindung.

Permandangan rutin di kampungku.

Doakan agar dipermudahkan aku menguruskan hak milik tanah Md Sesh; tanah tumpah darah & kenangan aku di kampung halaman. Doakan jua aku punyai rezeki yang cukup agar dapat aku menyambung semula suasana kampung yang permai. Agar anak cucuku punyai kampung halaman mereka sendiri.

Tasik amat banyak di sekeliling kampungku; asalnya tasik ini dari
lombong korek ada juga tasik semula jadi.

Biodata Meor Hashim Bin Manap


Nama Penuh : Meor Hashim Bin Manap
Tempat Lahir : Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penyunting Filem.
Kemahiran : Berlakon
Anugerah
2004
Festival Filem Malaysia Ke 17 - Penyunting Terbaik
1984
Festival Filem Malaysia ke 5 - Penyunting Filem Terbaik
Anugerah (Pencalonan)
1994
Festival Filem Malaysia ke 11 - Penyunting Terbaik

iDAN: Sdr Mior ini pernah menjadi sahabat rapat ketika tahun 80an, kononnya aku mahu amenjadi pelakon teater di bawah arahan beliau tetapi tidak kesampaian!. Aku hanya sempat jadi Pak Pacak, Penari & berlakon sebagai Pengemis di dalam Teater "Tiada Gendang Mengiringi Tari" Arahan Allahyarham Zain Yahya, Johan teater peringkat kebangsaan.. Wilayah Persekutuan . Memang ini kenangan manis aku bersama Sdr Mior.

01 Jun 2011

AC Mizal Terselamat Hukuman Penjara 25 Hari

ac mizal
Akhirnya kes AC Mizal dan isterinya tentang nafkah anak mereka berdua selesai jugak. Nasib baik AC Mizal bawak duit untuk langsaikan nafkah yang tertangguh selama ini. Kalau tak akibatnya meringkuk dalam penjara selama 25 hari la. Jumlah nafkah yang dibayar oleh AC ialah RM9,800 dan AC juga didenda RM1,500 kerana gagal menyediakan penyata syarikatnya.

AC Mizal nampaknya sangat lega kerana tidak dipenjara dan berharap selepas ini tak ada orang nak ungkit-ungkit yang dia tidak membayar nafkah lagi.

Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat. Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak

Kami sangat-sangat suka dengan nasihat hakim mahkamah syariah. Izinkan kami kongsi di sini untuk bacaan kita semua:-

Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah. Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka.

Semoga selepas ini AC dan sesiapa sahaja pasangan yang sudah bercerai atau akan bercerai menjadikan nasihat tuan hakim ini sebagai panduan untuk menjaga anak-anak mereka.

Pusaka Md Sesh


PUSAKA BUKAN PUAKA

Bumbung rumah pusakaku telah bocor
gelegur & kekudanya semakin reput
dindingnya telah ranap dimakan anai-anai
sebahagian telah dicuri jiranku dibuat reban
lantai harapan cuma sedikit masih boleh dipijak.

Cuma aku kagum akan tiang serinya
kukuh teguh menyokong kenangan
pun tiang konkritnya utuh menjadi tugu
buat kuabadikan sebagai tanda ingatan
jasa bakti orang tuaku luhur murni
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

(Ramai kata rumah pusaka ini ada penunggunya
berwajah arwah emak sering menjelma
seyogia semasa emak menutup matanya
sememangnya dia sendirian mengadap siratal maut
hatta pelbagailah andaian orang kampung)

kekinian aku bertekad menjagai rumah pusakaku ini
biar pun terpaksa bersendirian ke akhir hayat.

iDANRADZi
Desa Tualang


Respon:

  • Mohd Amran Daud idan kena siasat.... apakah memang makhluk halus, atau kita yg tidak halus buat tafsiran...
    pada 09hb Jun pukul 8.32 pagi · · Seorang
  • Idan Radzi Amran: sejarah rumah tu panjang, dulu mmg banyak bebenda yang aneh berlaku; belakang rumah itu masih hutan belukar, kita kena panggil mereka yg handal untuk mengesan... mmg tak sabar nak tinggal di sana!...
    pada 09hb Jun pukul 8.52 pagi ·
  • Tasuki Kasbi
    mmg tepat sekiranya tuan yg mewarisi rumah pusaka ini .. rumah yg menantikan tuan nya tiba .. pengamatan jiwa saya rumah ini rumah biasa sesekali ada wajah nenek tua menjengah rumah lamanya.. kenapa terbiar tidak berbela .. bila tuan dah ad...Lihat seterusnya..
    pada 09hb Jun pukul 9.15 pagi · · Seorang
  • Idan Radzi Abg Tasuki: pokok deroan abis mati... tinggal manggis, langsat, rambai, cempedak, remenia... ada lagi ke, ceropu, pulasan, paling teman suka pokok asam gelugur dah besor... ingat nak tanam pokok nam-nam banyak2...
    pada 09hb Jun pukul 9.29 pagi ·
  • Tasuki Kasbi sementara rumah siap .. bersihkan kawasan belukar buat linning (baris tanaman) yang prokuktif jarak yang sesuai supaya apa2 pokok yang ditanam punyai jarak sesuai untuk tumbesarnya cepat berbunga dan berbuah ... pengunaan aagronomi terkini adalah penting...
    pada 09hb Jun pukul 9.33 pagi ·
  • Dayang Alijah macam seram jerr...
    pada 09hb Jun pukul 9.49 pagi ·
  • タジュ アリピン sememang nya rumah dah tak lama berpenghuni akan di duduki oleh jin dan mahkluk halus tapi kita kena pandai mengatasinya berzikir, baca al-quran dan selalu buat kenduri tahlil dia akan berpindah jua akhir nya ...sebab panas bagi mereka untuk tinggal...kecuali jin Islam...
    pada 09hb Jun pukul 9.50 pagi ·

Ish! 12



Siapa nak pujuk...

Tak ada orang mengingatkan


Cukai tanah kena bayar sebelum 31 Mei, macam manalah boleh lupa; kini terpaksa kena bayar dendanya! Tak ada orang mengingatkan!
Selalunya aku bayar melalui May Bank2U.com.my akaun Mila.
Macam itulah kalau Tuhan tu nak ambil duit kita, lupa pun menjadi penyebab.
Nilai peluka ini jadi berringgit-ringgit terbuang.
Pulak tu aku ni telah bersara tak ada rakan yang rapat & dapat bercerita dari hal
masalah tanah!. Ish!

Hutang

  • Itulah... sampai hati kan, minta tolong kawan..bila tolong, buat macamni pula. Oja jadi fobia...
  • Idan Radzi rakan abg yg kena tipu gores & menang tu lagilah sedih... macam Ulan dia hangus BELASAN ribu RM; barangannya tak sampai pun harga separuh... mudah sangat orang nak ambik duit kita pula bukan senang nak simpan duit banyak tu... macam kes Oja paling tidak tahu orang yg pinjam; kes penipuan ni entah orang dari mana... tau-tau ofisnya dah tutup...
  • Idan Radzi RM12,000 hangus barangannya entah apa-apa janji kompeni ni akan tolong jualkan kepada orang lain; keuntungan berganda... tapi dia yang kaya berganda...! tertipu kita tak pasti dapat pahala atau tidak; tapi kasi hutang insyaAllah kita akan dapat semua hak kita di sana nanti...
  • Idan Radzi perlu diingat hutang yang tak berbayar ini akan mengikat kaki kita melangkah ke Syurga... ibarat dosa kita sesama manusia kena pohon keampunan pada empunya diri; dosa kita pada Tuhan jika diterima taubat kita... akan jadi mudah perjalanan kita di sana nanti... (amat berbeda dua kesalahan ini)

Jika kita rajin menziarahi orang meninggal dunia, sebelum jenazahnya di bawa ke tanah perkiburan pasti waris akan mengucapkan masalah hutang si mati; bolehlah dituntut kepada waris yang tinggal. Jikalau tak dilunaskan hutang tersebut; pasti amat sukar perjalanan ini

30 Mei 2011

GARIS PENAMAT

RAMAI yang tak nampak
di manakah garis penamat itu
apakah jauh di hadapannya atau
ianya tanpa sedar telah pun dilalui
ketika mega senja menggamit luka.

Semalam sang hati telah pun berjanji
akan setia dalam kabus iman putih
bertasbih dengan ketuhanan sejati
amarah telah pun dicincang lumat
berbaja dengan dedebu harapan
kismis zikir manis di batini
menuntut nilai sakti Ilahi
dunia bukan milik abadi.

Kekinian jaluran pelangi meniti gerigi
dengan suram keadaan tanpa rona setia
tempias dendam & prasangka menghitam rona
tak ingat lagi mandi di telaga makna
tersasar arah tak siapa membetulkan

: Siapakah peniup wisel bak peluit
sangkakala minda yang hampa
bayangnya seiras Israfil.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

Mingguan Malaysia
29.5.11

27 Mei 2011

SMS iDAN

Jarang aku buang SMS yang aku terima, jika ada kelapangan aku suka salin ke komputer peribadi, kecuali terdesak & tak sempat nak padam kotak sms penuh.

Jarang juga aku buka talian telefon bimbitku tapi SMS tetap bersemadi di dalam kotak ingatanku. Ini antara SMS yang aku terima.

Saya pun tak dapat contact miza la paksu.. Dia off.. Habis batrri lg ke..
From BellaHudgens 2:44pm 17/5/11

Sabri dn saya bwk treler..
From ProfNidZam 7:43pm 16/5/11

Baki:RM9.24. Isian semula sbl:17-05-2011 dari: 60169094343

Aku terlekat d rmh pengantin sbb hujan lebat kat sini
From: PakWahid 1:45pm 14/5/11

Baki:RM17.76. Isian semula sbl:17-05-2011 dari: 60169094343

RQ1 SPE NIE From Deqma 7:48am 1/5/11

Hi ohm mar
Bar loat nay le
Nay kaung lar
Aloat kaung lar
From:+60163653035 9:16pm 12/2/11

Ceria panjg umur murah rezeki. Amin From: Zz 7:51am 26/1/11

SMS pada 12/2/11 itu agak pelik! pastinya dari seseorang yang sesat, kerap juga datang SMS ini mungkin ada kalangan kita faham akan erti bahasa yang tersurat lagi tersirat.

Tanda ingatan nan ikhlas dari Zz, pastinya iannya terpahat di hati sebab seawal pagi ingat akan hari kelahiranku tak siapa duga talian ukhuwah ini boleh terjalin begitu intim.

26 Mei 2011

Tak Sampai dua minggu sahaja lagi...

Tinggal tak sampai dua minggu sahaja lagi artis lawak kita dikurung di Astro Warna; nampak sangat stesen TV berbayar ini telah memplagiatkan pelawak kita demi laba... biarpun lebih 18ribu peminat Raja Lawak (RL) pun Maharaja Lawak (ML) menolak polisi perniagaan Astro tetapi dipandang ringan oleh pihak Astro. Aku nak melihat perjalanan stesen ini apakah Akademik Fantasia (AF) juga akan dikurung di pakej Astro Mustika kita lihatlah nanti; seharusnya kita sebagai pengguna menggunakan kuasa pengguna kita. Aku telah pun mengadu masalah melobi keuntungan ini ke Biro Pengaduan Awam namun ceriteranya sama. Alasan kukuh pihak Astro tiada paksaan pun ML tidak format yang sama bagai RL. Minggu hadapan adalah minggu ke 10 minggu terakhir, perjuangan kempen 18ribu peminat ML akan terkubur dengan kegagalan menggesa Astro Warna mengembalikan tayangan secara langsung di Astro Prima. Jika kita sebagai peminat RL mahu bergabung kempen jangan mengundi; pasti Astro Warna akan terkedu kena bayar semua hadiah ML. Bukanlah kita nak cabar atau kacau perniagaan Astro tapi caranya memang tak kena. Cukuplah seniman 50an pun 60an kita menjadi mainan pihak plagiat; sebagai contoh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P Ramlee yang terperangkap oleh mangsa plagiat penerbit filemnya yang gah seantero dunia. P Ramlee pergi meninggalkan kita dengan seorang tak punya apa, hanya karya & bakat seni beliau sahaja menjadi khazanah bangsa. Berhibur ada batasnya, janganlah lantaran mahu berhibur kita terperangkap ke bajet yang tak munasabah!.
Kecik bergabung dengan Idlan menjadi Wai antara pasukan terawal tersingkir di ML.

Ish! 11



Curi makan!

Imuda amat Fantastik


"Puisi ini akan saya rockkan buat kali pertama & terakhir" memang sedap amat bilamana Imuda mendendangkan puisi A Samad Said dengan caranya tersendiri, jika dapat dirakamkan aku percaya ianya akan menjadi koleksi seni yang mahal & indah. Dengan iringan muzik & tiupan harmonika. Tak puas hanya satu puisi.

Ketika Imuda membuat persembahan semua yang hadir amat terkesima & terpukau. Dato' Julie Sudiro aku perhatikan tak tahan rasa menahan gelak tanda terhibur. Memang fantastik.

Di samping itu Sohaimi Mior Hassan pun tak kurang macho suaranya. Lagu Misteri Cinta yang didendangnya amat menggamit kenangan. Lagu ini diciptanya ketika pertama kali dia jumpa isterinya. Sepulangnya dari berjumpa maka tergiang-giang di telinganya akan lagu ini.

Datuk Sarimah pun amat mendayu suaranya ketika mangalunkan puisi, wajahnya rupawan masih amat terserlah biar pun telah bertudung. Siapa sangka orang berusia masih secantik Dato' Sarimah.

Majlis ini memang amat manis buat kukenang, agar saudara Amran Penyair akan sudi mengundangku lagi ke majlis Lima Bintang.


Misteri Cinta
Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini

Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

1
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku

( ulang dari 1 )

Sumbangan m hafiq

25 Mei 2011

Rutin Harian iDAN 2

Setelah sempat klik internet, dua ruang yang aku sering klik. Pertama blogku di blogspot, aku akan balas respon yang ada. Sekarang sekitar satu dua sahaja sehari, ikut isu; jika dulu sampai lebih sepuluh orang akan kasi respon sesuatu isu. Keduanya FB, ruang ini memang pelik; terlalu banyak mendapat respon biar pun terkadang isu remeh. Aku cuba untaikan (link) blog ini ke FB tapi agak hampa, tak ramai suka baca nota panjang. Padahal talian ke laman sesewang ini memang laju & pantas sekali.

12. Jam 9:30 Azim telah bangun, jika aku telah beli sarapan dia akan sarapan sendiri; bergantunglah jika aku belum makan akan makan bersama. Yang pasti kami akan makan bersama, sering juga kami makan di Kedai Mamak Naina Maju, biasalah mamak telah tahun minuman kami adalah aku Teh Tarik kurang manis air suam ikut cuaca kalau rasa panas ais kosong, Azim pula Holick Ais. Sambil tunggu roti canai dua keping banjir; kami suka makan telur rebus taruh kicap & serbuk lada putih. Tenguklah kalau lapar sangat dua biji seorang. Kalau makan roti kosong dua keping sampai jam 2:00 petang pun tak akan lapar. Azim biasanya roti telur.

13. Menjelang jam 12:00 tengah hari aku akan siram pokok bunga, kemas laman depan kut ada tahi kucing, kasi bejuku makan, ganti airnya jika keruh sangat atau aku akan cari barangan dapur. Biasanya di TESCO Kajang, jika Husna ingin masak, aku akan cari apa bahannya. Macam siang tadi aku beli ikan kayu (tongkol) nak buat masak singgang, lengkuas, bawang putih, bawang merah, kacang bendi, belacan, sardin tin dan beberapa barangan lagi habis sekitar RM50. Ke TESCO tidaklah setiap hari tapi aku suka ke TESCO biarpun Giant lebih dekat sebab barangan basahnya nampak segar & banyak pilihan. Ke TESCO ini aku naik kapcai sahaja; ikut jalan pintas Sungai Kantan, jadi tak timbul Lelaseng Jalanan. Aku pula jadi Atok Rempit, perah motor tak berek di bumper; asap kapcaiku semua nyamuk mesti mati punya.

14. Jika ke TESCO memang ambil masa, sampai di rumah dah jam 12:00 tengah hari lebih; Azim pergi bersiap aku rehat sebentar & hantar dia. Azim masuk sekolah jam 1:00 tengah hari, ketika ini jalan di Jenaris sederhana sesaknya. Terkadang aku penat berhenti kejap di bawah pokok dekat sekolah Azim; hisap rokok. Di rumah memang aku tak hisap rokok. Sekitar jam 1:15 tengah hari aku telah berada di rumah. Santai kejap di kamar panjang; jika kena cari lauk waktu ini aku akan singgah di gerai Akak yang rajin buat lontong di Sungai Kantan; atau beli nasi bungkus di Mamak Naina Maju atau beli nasi ayam di Restoran milik Ayu rakan sekolah Afiz. Kedai lain aku jarang singgah sebab cekik darah amat harganya. Cuma Restoran Warisan bolah tahan itu pun sebab aku rapat dengan Nengnya; kalau Neng yang kira murah sikit, kalau taukenya kira mak datok sama dengan harga di Restoran Pantai Timur.

15. 1:45 tengah hari kena ambil Anif pulang; kerja ambil Anif ni tak menentu, terkadang dia balik lewat aku terpaksa tunggu dia telefon, terkadang dia naik bas. Maknanya aku tak boleh bergerak sebelum dia balik. Nak tidur kejap pun tak boleh.

Banyak lagi tugasan orang bersara, ini baru jam 2:00 petang. Memang betul bukan senang jadi suri rumah; apatah lagi kalau kena hantar & jemput anak ke sekolah.