iDAN

01 Ogos 2011

Persamaan Duit Syiling Baru Dengan Bendera Israel



Duit syiling baru

Assalamualaikum semua pembaca. Taukah anda semua yang kerajaan Malaysia dah mula keluarkan duit syiling baru? Dah tau? Malu gila aku. Haha. Yelah tak kesah la. Nak cerita jugak. Sebenarnya ramai kaitkan duit syiling baru ni dengan bendera Israel. Kat mana kaitannya tu??Jom kita tengok.

Kalau tulis “Israel Flag On Malaysian Coin” pun ok juga kan aku rasa kat atas. Haha. Tu lah kaitannya yang dikaitkan dengan bendera Israel. Tapi Betulkah ia memang berkait dengan bendera Israel?? Anda semua rasa macam mana?

Biasa lah orang kita ni. Suka sangat berfikiran negatif. Aku rasa tak semestinya nampak bintang tu terus kita boleh tuduh ianya adalah lambang Israel ataupun Freemason. Cer tengok benda lain. Macam lambang kicap ke, Seluar dalam ke. Haaa. Ada jugak kot. Pakai pulak seluar dalam freemason? hehehe

Moh tenguk gambar lagi :

Jadi Janganlah jadi bangsa yang paling cepat menilai tanpa mengira bukti dan menuduh dengan membabi buta saja. Tambah-tambah bulan puasa ni kan!.

Arwah ibu lawat mayat anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

-sekian-

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADAN

Puasa pada bulan Ramadan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadan ke Ramadan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

  • PUASA WANITA YANG HAMIL

  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR

  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

30 Julai 2011

NILAI ILMU



Ilmu yang ada jangan diperdagangkan
ianya adalah anugerah dari Nan Esa
sekadar dimiliki sementara.

Adalah lebih baik diperkembangkan
sebagai sedekah insyaAllah janji Allah SWT
jika awak berikan ilmu yang ada tanpa berkira
ianya akan bercambah malahan akan diberikan tunas baru.

Sementelah sehebat mana pun ilmu di dada:

"Celuplah jari kelingking ke dalam lautan dan angkat jari tersebut.
Air yang ada pada jari tu adalah himpunan ilmu para manusia (ilmu dunia)
yang sebesar-besar laut itu lah ilmu Allah SWT."

Rasulullah tak pernah kaya biarpun ilmunya amat gah
berbanding kita asyik bangga akan status yag ada
seyogia bersandar ilmu sedikit egonya melangit.

:Tiada si kaya tiada zakatnya, si miskin jangan abaikan.

iDANRADZi Desa Tualang Perak.

26 Julai 2011

Kalender Astronomi 2011


Berikut ini adalah kalender astronomi mengenai kejadian antariksa yang terjadi pada tahun 2011:
  • 3-4 Januari 2011 - Hujan Meteor Quadrantids: Hujan Meteor Quadrantids merupakan hujan meteor di atas rata-rata dengan lebih dari 40 meteor terlihat pada saat puncaknya. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 3 dan 4, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 1-5 Januari. Waktu terbaik untuk menyaksikan adalah di lokasi yang sangat gelap setelah tengah malam. Lihatlah hujan meteor ini ke arah rasi Bootes.
  • 4 Januari 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 09.03 UT (Universal Time)
  • 4 Januari 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian akan tampak di sebagian Afrika Utara, Eropa, dan Asia. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 19 Januari 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 21:21 UT.
  • 3 Februari 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02.31 UT.
  • 18 Februari 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 08:36 UT.
  • 4 Mac 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20.46 UT.
  • 19 Mac 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:10 UT. Bulan purnama ini juga akan menjadi Bulan terbesar sepanjang tahun dikarenakan waktunya yang dekat dengan perigee, yakni titik terdekat Bulan dengan Bumi.
  • 20 Mac 2011 - Equinox Maret terjadi pada pukul 23:21 UT. Matahari akan bersinar tepat di khatulistiwa dan di seluruh belahan Bumi akan terjadi lama siang dan malam dalam waktu yang hampir sama. Hari ini juga akan menjadi awal musim semi (vernal equinox) di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim gugur (autumnal equinox) di belahan Bumi Selatan.
  • 3 April 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 14.32 UT.
  • 3 April 2011 - Oposisi Saturnus: Planet bercincin ini akan mencapai jarak terdekat dengan Bumi dan tersinari sempurna oleh Matahari. Waktu ini merupakan saat yang paling tepat untuk megamati Saturnus dan satelit-satelitnya.
  • 18 April 2011- Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02:44 UT.
  • 21-22 April 2011 - Hujan Meteor Lyrids: Hujan meteor Lyrids merupakan hujan meteor rata-rata dengan sekitar 20 meteor setiap jamnya terihat pada saat puncaknya. Meteor-meteor ini dapat menghasilkan jejak debu yang terang dan dapat bertahan selama beberapa detik. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 21 dan 22, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 16-25 April. Tahun ini, terangnya Bulan akan sedikit memudarkan meteor-meteor yang jatuh. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Lyra.
  • 3 Mei 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06.51 UT.
  • 5-6 Mei 2011 - Hujan Meteor Eta Aquarids: Hujan meteor ini tergolong hujan meteor ringan dengan sekitar 10 meteor tiap jamnya terlihat pada saat puncaknya. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 5 dan 6, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 4-7 Mei. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Aquarius.
  • 17 Mei 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 11:09 UT.
  • 1 Juni 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 21:03 UT.
  • 1 Juni 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari sebagian akan tampak pada sebagian Asia Timur, Alaska, Kanada bagian Utara, dan Greenland. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 15 Juni 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20:14 UT.
  • 15 Juni 2011 - Gerhana Bulan Total: Gerhana Bulan Total akan tampak di Amerika Selatan, Eropa, Afrika, Asia, dan Australia. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 21 Juni 2011 - Solstice Juni terjadi pada pukul 17:16 UT. Kutub Utara Bumi akan mengarah ke Matahari dengan posisi paling Utara di langit sehingga Matahari berada pada titik Troppik Cancer 23,44 derajat Lintang Utara. Pada saat ini maka menjadi awal bagu musim panas di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim dingin di belahan Bumi Selatan.
  • 1 Julai 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 08:54 UT.
  • 1 Julai 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian ini hanya akan tampak dari pantai Antartika. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 15 Julai 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06:40 UT.
  • 28-29 Julai 2011 - Hujan Meteor Delta Aquarids Selatan: Hujan Meteor ini dapat mencapai 20 meteor per jamnya pada saat puncak. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 28 dan 29, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 18 Julai-18 Ogos. Lihatlah hujan meteor pada arah rasi Aquarius.
  • 30 Julai 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:40 UT.
  • 12-13 Ogos 2011 - Hujan Meteor Perseids: Hujan Meteor Perseids merupakan salah satu hujan meteor terbaik dengan 60 meteor tampak setiap jamnya pada saat puncak. Hujan Meteor ini biasanya mencapai puncak pada tanggal 12 dan 13, tetapi dapat juga terlihat pada tanggal 23 Julai-22 Ogos. Pusat hujan meteor ini berasal dari arah rasi Perseus. Bulan Purnama akan mengganggu penampakan hujan meteor pada tahun ini.
  • 13 Ogos 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:57 UT.
  • 22 Ogos 2011 - Oposisi Neptunus: Planet biru ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Karena ukurannya yang kecil, Neptunus hanya terlihat sebagai sebuah titik biru dengan teleskop yang baik.
  • 29 Ogos 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 03:04 UT.
  • 12 September 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 09:27 UT.
  • 23 September 2011 - Equinox September terjadi pada pukul 09:05 UT. Matahari akan bersinar tepat di khatulistiwa dan di seluruh belahan Bumi akan terjadi lama siang dan malam dalam waktu yang hampir sama. Hari ini juga akan menjadi awal musim gugur (autumnal equinox) di belahan Bumi Utara dan menjadi awal musim semi (vernal equinox) di belahan Bumi Selatan.
  • 25 September 2011 - Oposisi Uranus: Planet biru-hijau ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Karena ukurannya yang kecil, Uranus hanya terlihat sebagai sebuah titik biru-hijau dengan teleskop yang baik.
  • 27 September 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 11:09 UT.
  • 12 Oktober 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 02:06 UT.
  • 21-22 Oktober 2011 - Hujan Meteor Orionids: Hujan Meteor Orionids merupakan hujan meteor rata-rata dengan 20 meteor tampak setiap jamnya pada saat puncak. Puncak hujan meteor ini biasanya terjadi pada tanggal 21 tetapi berubah-ubah. Hujan Meteor dapat dilihat dengan baik pada tanggal 20-24 Oktober, tetapi dapat pula terlihat pada tanggal 17-25 Oktober. Lihatlah hujan meteor ini pada arah rasi Orion di langit.
  • 26 Oktober 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 19:56 UT.
  • 29 Oktober 2011 - Oposisi Jupiter: Planet terbesar ini akan mencapai jarak terdekatnya dengan Bumi dan akan mendapatkan sinar Matahari penuh dilihat dari Bumi. Ini adalah saat terbaik untuk menagbadikan gambar Jupiter dan satelitnya karena Jupiter akan tampak sangat terang di langit. Teleskop berukuran sedang dapat mengamati detail dari awal Jupiter.
  • 10 November 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 20:16 UT.
  • 17-18 November 2011 - Hujan Meteor Leonids: Hujan meteor Leonids merupakan salah satu hujan meteor terbaik dengan rata-rata 40 meteor per jamnya pada saat puncak. Hujan meteor ini memiliki siklus puncak 33 tahun dengan ratusan meteor dapat terlihat setiap jamnya. Puncak siklus terjadi pada 2001. Hujan meteor biasanya mencapai puncak pada 17 dan 18 November, tetapi dapat dilihat juga pada tanggal 13-20 November. Lihatlah hujan meteor ini dari arah rasi Leo.
  • 25 November 2011 - Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 06:10 UT.
  • 25 November 2011 - Gerhana Matahari Sebagian: Gerhana Matahari Sebagian hanya dapat dilihat di seluruh Antartika, sebagian Afrika Selatan, dan Tasmania. (NASA Map and Eclipse Information)
  • 10 Disember 2011 - Bulan Purnama: Bulan tepat berada di arah yang berlawanan dengan Matahari dari Bumi sehingga seluruh bagian yang menghadap Bumi terkena cahaya matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 14:36 UT.
  • 10 Disember 2011 - Gerhana Bulan Total:Gerhana Bulan ini dapat dilihat di kebanyakan wilayah Eropa, Afrika bagian Timur, Asia, Australia, Samudera Pasifik, dan Amerika Utara. (NASA Map and Eclipse Information))
  • 13-14 Disember 2011 - Hujan Meteor Geminids: Diyakini sebagai hujan meteor terbaik yang ada di langit karena menghasilkan lebih dari 60 meteor yang berwarna-warni setiap jamnya pada saat puncaknya. Hujan Meteor dapat dilihat dengan baik pada tanggal 13 dan 14, tetapi dapat pula terlihat pada tanggal 6-19 Disember.
  • 22 Disember 2011 - Solstice Disember terjadi pada pukul 05:30 UT. Kutub Selatan Bumi akan condong ke arah Matahari sehingga Matahari berada pada titik Tropik Capricorn 23,44 derajat Lintang Selatan. Ini adalah awal musim dingin (winter solstice) di belahan Bumi Utara dan awal musim panas (summer solstice) di belahan Bumi Selatan.
    24 Disember 2011 Bulan Baru: Bulan tepat berada di antara Bumi dan Matahari. Fasa ini terjadi pada pukul 18:06 UT.

NASA Skycal Sky Events Calendar

Ribuan teruja saksi gerhana matahari

26.7.11


ORANG ramai menggunakan penapis khas untuk menyaksikan gerhana bulan separa (gambar kecil) di Planeterium Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ribuan penduduk di negara ini teruja dengan fenomena gerhana matahari separa yang bermula tepat pada pukul 3.01 petang dan berakhir pada pukul 5.38 petang semalam yang direkodkan sebagai paling panjang pada abad ini.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Khairul Anuar Yazid berkata, di Malaysia, fenomena imej matahari dilindungi oleh bulan itu berlaku selama 2 jam 37 minit dan gerhana matahari separa pada tahap maksimum berlaku pada pukul 4.26 petang.

"Sementara itu, gerhana matahari penuh pula bermula di Afrika Tengah sebelum bergerak ke timur melalui Lautan Hindi, selatan India, Sri Lanka, Myanmar dan sebahagian selatan China," kata di sini semalam.

Orang ramai khususnya di ibu negara mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena tersebut di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara manakala di Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.

23 Julai 2011

Safee Sali

Ini adalah tentang pemain Bola Sepak yang kini menjadi sebutan seantero Malaya. Mohd Safee bin Mohd Sali Asal: Kajang, Selangor Tarikh lahir: 29 Januari 1984 Status: Berkahwin Pendidikan: Sekloah Kebangsaan Toh Tan Sakti, Tapah Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat Sekolah Sukan Bukit Jalil Karier Bola Sepak 2003 – Kuala Lumpur 2006 – Sarawak 2007 - Selangor Pencapaian Piala Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala Suzuki AFF, Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 (5 Gol) Jersey : 10 Bagaimana Safee memulakan karier sebagai pemain bola sepak? Saya memulakan karier bola sepak dari minat sejak kecil. Semasa sekolah saya menjadi mewakili sekolah di semua peringkat. Bapa saya, Mohd Sali mencetus semangat saya untuk bermain bola sepak. Dia sentiasa bersama saya setiap kali saya bermain dan memberi galakan di tepi padang. Siapa idola safee? Di Malaysia, saya suka gaya permainan Akmal Rizal. Untuk peringkat Eropah saya mengagumi cara permainan Ronaldo dan David Beckham. Saya kagum dengan cara profesional Beckham yang tinggi dalam kehidupan. Apakah pencapaian tertinggi dalam karier Safee? Merangkul kejayaan Piala Suzuki AFF dan menjadi penjaring gol terbanyak untuk kejohanan dengan 5 gol merupakan suatu pencapaian yang membanggakan diri saya. Selain itu, membantu Selangor menjuarai Liga Super dan mempertahankan Piala FA turut menjadi kebanggaan saya. Safee pernah digelar Super Mokh II selepas Allahyarham Mokhtar Dahari, apa komen? Itu merupakan satu penghargaan yang tinggi buat saya. Pada saya Allahyarham mempunyai gaya permainan dan berada dalam satu kelas tersendiri. Saya belum mencapai tahap Allahyarham dan masih perlu banyak yang perlu dipelajari untuk setanding beliau. Gol terbaik yang Safee pernah hasilkan? Satu gerakan cantik dan gol sepakan gunting yang pernah saya hasilkan ketika Piala Sultan Selangor pada 2008 dan perlawanan akhir pertama Malaysia di Bukit Jalil. Gol tersebut merupakan gol jarak jauh menerusi tandukan. Target 2011? Tahun ini saya berazam untuk membantu Selangor merangkul semua kejuaraan bermula dengan Piala Sumbangsih. Saya juga mahu membantu pasukan mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lepas dan membantu Malaysia mencapai keputusan yang bagus untuk kelayakan Piala Dunia. FAS tidak benarkan Selangor ke Piala AFC? Pada saya ia merupakan satu keputusan kurang baik untuk pasukan sebenarnya di mana disitulah kita boleh menunjukkan kebolehan pasukan dari Malaysia dan ianya merupakan keputusan pihak pengurusan. Piala AFC merupakan satu peluang menunjukkan bakat untuk kita mendapat tawaran yang lebih baik untuk bermain dengan pasukan dari luar. Sejak kemenangan Malaysia penyokong sudah mula membanjiri stadium. Apa pandangan Safee? Itu tanda yang baik untuk sukan bola sepak di Malaysia. Keadaan ini akan memberikan semangat yang lebih kepada pemain untuk membuktikan mutu bola sepak negara semakin meningkat. Pasukan mencabar Selangor selain pasukan Kelantan? Negeri Sembilan antara pasukan lengkap untuk musim ini dan saya rasa mereka mampu mencabar pasukan Selangor. Kedah yang dibarisi pemain muda juga dilihat mampu memberikan saingan selain pasukan musuh tradisi Perak. Perak dikendalikan jurulatih baru, Norizan Bakar dan diperkuatkan dengan bekas penyerang negara, Akmal Rizal dan keserasian pemain baru juga tidak boleh dipandang mudah. Ketiadaan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dalam pasukan kebangsaan dilihat memberi ruang untuk Safee menunjukkan kebolehan. Sekembalinya mereka nanti sudah semestinya membuatkan persaingan menjadi sengit. Adakah Safee bersedia mengekalkan posisi Safee? Sudah semestinya masing-masing akan menunjukkan persaingan kuat di kem latihan. Setiap orang sudah semestinya mahu bersungguh-sungguh dan berada dalam prestasi yang terbaik dan ianya merupakan satu petanda positif kepada pasukan. Saya berharap saya akan terus berada dalam prestasi konsisten dan seterusnya mengekalkan tempat saya dalam kesebelasan utama pasukan. Adakah menjadi satu bebanan menjadi penyerang tunggal? Memang menjadi corak permainan moden mempraktikan satu penyerang di bahagian hadapan tetapi dengan bantuan rakan-rakan di bahagian tengah dapat membantu penyerang menjaringkan gol. Pada saya tiada masaalah. Kali pertama jurulatih memperkenalkan strategi ini kepada saya memang terasa sedikit beban dan sekarang saya sudah semakin serasi. Ini merupakan satu corak permainan efektif bagi setiap pasukan kerana di bahgian tengah mempunyai ramai pemain yang akan membantu penyerang dan banyak serangan yang boleh dihasilkan. Berapa target jaringan? Musim lepas saya berjaya menghasilkan 20 gol dalam kesemua kejohanan dan diharapkan saya mampu mengatasi rekod ini. Mengenai desas desus perpindahan safee ke kelab luar? Semuanya masih dalam perbincangan. Kontrak saya bersama Selangor akan tamat pada november 2011 dan saya masih belum memutuskan bila dan pasukan yang bakal saya sertai. Kita juga masih menanti keputusan mesyuarat persatuan bola sepak selangor (FAS). Saya berharap saya akan bermain di Indonesia kerana saya harap dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam karier bola sepak saya. Selain indonesia? Setakat ini kita hanya mendapat tawaran dari kelab Indonesia. Ada juga tawaran dari kelab di Vietnam tetapi liga di sana sudah masuk ke pusingan kedua. Itu menyukarkan mereka untuk mengemukakan tawaran. Saya mahu mencuba dari satu peringkat yang lebih tinggi dari yang saya ada sekarang. Kalau boleh telah bermain di Indonesia saya mahu mendapatkan tawaran dari kelab Asia seperti Jepun dan Korea. Untuk terus bermain di liga Jepun? Secara logik bola sepak tidak boleh. FIFA menetapkan peraturan supaya pasukan kebangsaan itu sendiri perlu berada di ranking yang tinggi sebelum pemain boleh bermain di liga yang lebih besar. Saya mahu melakukannya selangkah demi selangkah. Saya harap bermain di Indonesia membuka langkah untuk saya bermain di Jepun atau Korea. Tidak ingin cuba untuk bermain di Singapura? Ya saya ada memikirkannya tetapi berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui rakan-rakan di Singapura, lebih baik bermain di Indonesia sebab mempunyai ramai pemain import dan kita boleh belajar sesuatu di sana. Jika diberikan peluang bermain di liga Eropah? Saya memilih liga Itali dan Sepanyol. Mungkin saya memilih pasukan Barcelona kerana mereka mempunyai akademi bola sepak yang baik dan corak permainan yang bagus. Bagaimana pandangan Safee berkaitan pembangunan sukan bola sepak di negara kita? Banyak yang perlu diperbaiki selaras dengan saranan kerajaan yang mahu membina akademi bola sepak di Gambang, Pahang ianya merupakan satu petanda positif untuk pembangunan bola sepak. Saya dikhabarkan satu cara yang lebih sistematik untuk melatih pemain-pemain muda. Tidak terhenti di situ, saya harapkan akan ada usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pencarian pemain pelapis untuk pasukan kebangsaan kita. Bola sepak sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi seseorang seperti pemain di Eropah. Bagaimana Safee melihat keadaan ini? Ya memang tetapi situasi di Malaysia tidak sama seperti di Eropah. Di Eropah banyak yang menjadikan pemain bola sepak sebagai duta produk dan ianya menjadi sumber pendapatan tambahan keapda mereka. Di Malaysia situasi ini masih belum diterapkan dan jauh berbeza dengan peringkat Eropah. Ada dapat tawaran menjadi duta produk? Setakat ini masih dalam perbincangan dan belum diumumkan secara rasmi. Saya harap selepas ini ada peluang yang diberikan kepada saya dan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Perancangan selepas menamatkan karier bola sepak? Banyak yang saya fikirkan dan setakat ini saya belum putuskan. Tapi saya arus permainana bola sepak mungkin saya akan menumpukan untuk menjadi jurulatih atau pengurus pasukan. Adakah Safee akan menamatkan karier bersama pasukan Selangor? Harapan dan impian itu memang ada. Kalau boleh saya mahu menamatkan karier bersama pasukan Selangor. Tapi untuk masa hadapan tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi. Harapan Safee? Saya ingin mengekalkan persembahan konsisten saya. Saya harap sokongan penyokong terutamanya penyokong Selangor untuk hadir beramai-ramai ke stadium membantu pasukan mencapai kemenangan demi kemenangan seterusnya merangkul semua kejuaraan di Liga Malaysia. http://afix23-afix23.blogspot.com/ Minat Khairul, sambar Safee Oleh Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my Image LEPAS...Safee berjaya meloloskan diri daripada kawalan pemain import Sriwijaya FC, Claudiano Dos Santos di Stadium Singa Perbangsa, Jumaat lalu. SAFEE SALI bukanlah permata dicari kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya pada peringkat awalnya, namun dia tetap bersinar di arena bola sepak negara jiran itu yang tersungkur di kakinya pada final Piala AFF Disember tahun lalu. Tanpa niat memperkecil kemampuan Safee, Pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa mendedahkan pasukan itu sebenarnya terpesona dengan ketangkasan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. “Kami pada awalnya mahukan penjaga gawang, Khairul Fahmi yang tangkas di benteng terakhir Malaysia pada final Piala AFF,” kata Lalu Mara. “Saya turut terpesona dengan reaksinya yang pantas bertindak balas menangkap atau menepis bola. Tapi apakan daya amat sukar untuk mendapatkannya kerana pasukan asalnya (Kelantan) bagai tidak mahu melepaskan. “Malah, di Pelita Jaya, antara kami sendiri ada juga yang tidak bersetuju membawa penjaga gol import kerana berasakan penyerang baru diperlukan untuk memulihkan semula reputasi pasukan yang berada di tangga paling corot ISL,” kata Lalu Mara. Selepas melihat aksi Safee pada perlawanan pertama, Lalu Mara berkira-kira untuk membawa pemain tengah dari Malaysia, untuk mencipta peluang menjaringkan gol buat penyerang itu. “Sekarang saya lihat Safee kurang mendapat umpanan yang membolehkannya menjaringkan gol. Kalau dia mampu memujuk rakannya dari Malaysia yang serasi dengannya saya sedia memberitahu pihak pengurusan untuk melaksanakan tindakan seterusnya,” kata Lalu Mara yang juga terpikat dengan aksi Nurshahrul Idlan Talaha dan Shafiq Rahim. Begitupun, segala-galanya sudah terjawab dengan jaringan pertama Safee pada penampilan pertama di Stadium Singaperbangsa, Karawang. Penyerang yang menjadi fenomena baru anak muda, gadis sunti dan ibu bapa di seluruh Indonesia itu membuktikan tuahnya ada di sana. Jika di penghujung tahun lalu, Safee menjadi petualang buat Indonesia, kini namanya diangkat menjadi wira pasukan Pelita Jaya biarpun baru tiga minggu berada bersama kelab yang tidak berdaerah itu. Malah, jurulatih, Miodrag Radovic mengaku mahu Safee terus bersama kelab itu untuk musim depan. “Saya sukakan sikap dan gaya permainan Safee. Dia juga menjadi contoh yang baik buat pemain muda Pelita Jaya dan saya tidak teragak-agak mengatakan bahawa namanya tersenarai dalam perancangan saya untuk musim depan. Saya mahu dia berada lebih lama di kelab ini,” kata Miodrag. Kontrak setahun Safee akan berakhir pertengahan musim depan dan jika benar Miodrag mahukannya kekal, ini bermakna Safee akan ditawarkan kontrak baru sehingga penghujung 2012. Safee yang ditemui pula berkata, dia akan menilai terlebih dulu tawaran itu kerana dia ada misi tersendiri. “Tengoklah macam mana tawarannya. Jika saya menerima tawaran kelab lain yang lebih baik sudah tentu saya pertimbangkan untuk beralih arah kerana saya mahukan lebih banyak pengalaman,” kata Safee. Selepas menjaringkan satu gol ketika menentang Sriwijaya tiga hari lalu, Safee pastinya digeruni pasukan lain, apa lagi menjelang pertemuan menentang pasukan besar Persib Bandung di Karawang, Sabtu ini. Menurut kakitangan kelab Pelita Jaya, pertembungan menentang Persib Bandung sentiasa sengit kerana ia membabitkan pertemuan dua musuh berjiran. Malah, Persib yang berpangkalan di Bandung lebih dekat dengan Karawang berbanding Pelita Jaya yang berlatih di Sawangan, Selatan Jakarta.

Undang padah

2011/07/24
SAFIQ (empat dari kiri)  dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.
SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.


Skuad negara meniti ranjau gara-gara pertahanan longlai


DRAMA di Kota Singa, malam tadi menceritakan betapa ranjau bertambah sukar untuk Harimau Malaya mahu memasang impian besar layak ke pusingan 3, kelayakan Piala Dunia 2014.
Kekalahan 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama, pusi­ngan kedua di Stadium Jalan Besar - segala-galanya terarah kepada kelemahan benteng yang mudah kucar-kacir - menuntut aksi lebih bertenaga apabila anak didik Datuk K Rajagobal melayan lawan bergelar Singa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Tambah perit, skuad negara akan kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas membuat terjahan kasar ke arah pemain lawan ketika dalam situasi tertekan mencari jari­ngan.


Benteng negara rapuh

Daripada Hussain Said di Singapura
hussain@bharian.com.my
2011/07/24

PEMAIN Malaysia, Ismail Faruqi gagal menjaringkan gol selepas di dihalang penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahbud, malam tadi.

Mesti menang 2-0 di Bukit Jalil

KEGOYAHAN benteng Harimau Malaya sekali lagi terserlah apabila lima kali gawang negara dibolosi ketika tunduk 5-3 kepada musuh tradisi, Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Apapun, kebangkitan anak didik Datuk K Rajagobal yang ketinggalan 4-1 pada babak pertama sebelum tewas 5-3 harus dipuji sekali gus menyalakan kembali harapan untuk mengukir sejarah mara ke pusingan ketiga yang pada mulanya tipis.

Ini kerana mereka berpeluang menebus kehampaan itu dengan sekurang-kurangnya menewaskan lawan itu 2-0 dalam baki permainan 90 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Begitupun, lima gol yang menggegar jaring negara dikawal Mohd Sharbinee Allawee membuktikan kegoyahan benteng diterajui Muslim Ahmad masih belum dapat diatasi selepas melepaskan 14 gol daripada empat perlawanan terakhir sebelum ini.

Malah, ia membuktikan Singapura begitu ampuh apabila empat daripada lima pemain nutralisasi mereka menyumbang semua gol bagi membolehkan mereka membawa bekalan selesa menghadapi perlawanan kedua.

Apapun, Harimau Malaya terlebih dulu ceria apabila Safee Sali menggegar jaring lawan menerusi serangan sulung ke kubu lawan ketika permainan baru berusia 30 saat.

Namun, tuan rumah pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi berusia 41 tahun, Aleksander Duric sebelum Qiu Li, Mustafic Fahruddin dan Shi Jiayi menjadikan kedudukan 4-1 sebelum rehat.

Cabaran Harimau Malaya bertambah derita apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah selepas mengasari Haris Harun minit ke-49.

Abdul Hadi Yahaya yang masuk menggantikan Ahmad Fakri Saarani menyalakan harapan apabila merapatkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-69 sebelum Safee sekali lagi membuktikan bisanya menjaringkan gol ketiga, seminit kemudian.

Namun, Duric jelas menjadi duri dalam daging kepada benteng negara apabila menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-80 untuk membolehkan Singapura menang 5-3.

Perlawanan gila: Rajagobal


Daripada Hussain Said di Singapura
hussain@bharian.com.my
2011/07/24

Marah tapi jurulatih Harimau Malaya puji kebangkitan


"INI adalah perlawanan gila," kata Datuk K Rajagobal selepas Ha­­rimau Malaya tewas kepada Singapura 5-3 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

“Kami memberi banyak gol kepada lawan dan kemudian berjaya merapatkan jurang dan hampir menyamakan kedudukan sebelum tewas. Sememangnya bola sepak gila,” katanya ketua jurulatih skuad kebangsaan itu.

Tanpa berselindung Rajagobal menyifatkan persembahan barisan pertahanan adalah paling buruk apabila melepaskan empat gol selepas bermula baik dengan mendahului 1-0.

“Saya pun tidak tahu puncanya apabila semua jari­ngan lawan diperoleh dengan mudah. Kami harus memberi tumpuan mengatasi masalah ini (benteng) jika mahu menang perlawanan kedua Khamis ini,” katanya.

Begitupun, Rajagobal memuji persembahan anak buahnya pada babak kedua apabila bangkit merapatkan jurang 5-3 selepas ketinggalan 4-1 pada separuh masa.

Sementara itu, jurulatih Si­ngapura dari Serbia, Radojko Avramovic menyifatkan tindakan pengadil memerintah pertahanannya, Ismail Yunos yang menerima kad kuning kedua pada minit ke-53 me­ngubah rentak perlawanan.

“Kami kehilangan pertahanan berpengaruh dan Malaysia jelas mengambil peluang itu dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit. Jika tidak, saya yakin kami mampu menang selesa,” katanya.

“Saingan masih terbuka. Jika kami menang di sini, Malaysia juga boleh menang di halaman sendiri,” katanya.

Detik getir


Daripada Hussain Said di Singapura
hussain@nstp.com.my

2011/07/23


SELEPAS hampir empat tahun tidak bertembung dalam pentas rasmi bola sepak, sifat seteru antara Malaysia dan Singapura kembali lagi menghangatkan suasana.

Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium Jalan Besar dengan misi sama - menang dan membawa modal selesa bagi perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia di Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.

Tidak dinafikan kedua-dua kapten berkenaan harus berperanan besar dalam perlawanan getir itu nanti yang membabitkan pertemuan dengan dua pasukan tetangga yang kaya dengan tradisi pertembungan sesama mereka. Dengan tiket sudah habis dijual, sorakan antara penyokong kedua-dua pihak yang sudah lama ‘tidak berperang’ akan kembali mencetus bahang saingan yang membabitkan ego tinggi masing-masing.

Harimau Malaya dengan prestasi terpuji kebelakangan ini memiliki segala ruang untuk menang dan apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan kesayangan mereka untuk pulang bak wira dari gelanggang lawan.

Sudah serasi padang tiruan: Singapura

MISI dendam dan sifat yakin kedua-dua kapten pasukan sudah mula mencetus bahang saingan hangat menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura, malam ini.
Sambil kapten Malaysia, Safiq Rahim akur betapa dia mahu membalas dendam kalah dua kali kepada lawan dari seberang, rakan sejawatannya dari negara republik itu, Shahril Ishak beranggapan faktor kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta keserasian bermain di padang tiruan mampu memberi kelebihan.

Bagi Safiq dia akui tetap kecewa dengan kekalahan walaupun empat tahun sudah berlalu iaitu pertama pada Piala Tiger 2007 menerusi penentuan penalti 5-4 dan kepada lawan sama dalam Sukan Sea 2007.

“Saya tidak mahu tewas lagi kepada Singapura. Cukuplah dua kali,” tekad perancang kelahiran Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu, semalam.

Sementara itu, Shahril pula mengingatkan rakan sepasukan lebih berwaspada supaya gawang tuan rumah tidak dibocori walaupun memiliki kelebihan di halaman sendiri.

“Sekiranya kami mampu membolosi gawang lawan, sudah tentu kami berada dalam kedudukan selesa. Tetapi apa yang lebih penting, kami tidak mahu gawang kami ditembusi dalam perlawanan esok (malam ini),” katanya semalam.

Dia yang pernah beraksi dengan kelab Indonesia, Persib Bandung pada musim 2010/2011 akur keupayaan skuad Harimau Malaya tidak boleh dipandang rendah.

“Walaupun mereka dibarisi majoriti pemain muda, tetapi mereka mempunyai kualiti. Malah, mereka sudah membuktikan kemampuan dengan menjulang Piala Suzuki AFF,” katanya.

Tidak perlu motivasi tambahan: Rajagobal

AURA sejarah dan tradisi membabitkan pertembungan Malaysia serta Singapura diyakini mampu memberi motivasi terbaik kepada barisan Harimau Malaya membaham skuad Singa dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Pada firasat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dia tidak perlu memberi motivasi tambahan kepada barisannya kerana mereka mengerti betapa penting dan bermakna sekiranya menewaskan negara jiran itu.

“Setiap kali menentang Singapura, ia sebenarnya sudah cukup menjadi motivasi kepada pemain. Jadi, saya yakin mereka sudah sedia menghadapi perlawanan malam esok (malam ini),” katanya semalam.

“Saya sentiasa positif terhadap keupayaan pemain dan jika kami mempunyai peluang memenangi perlawanan itu, mengapa tidak kami merebutnya untuk membolehkan kami lebih selesa menghadapi perlawanan kedua di halaman sendiri.”

Berdasarkan rekod, kali terakhir Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan di Petaling Jaya yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 2-2 pada 2008.

Dalam perlawanan kompetitif terakhir, skuad negara tewas dalam saingan separuh akhir Piala Tiger 2007 dan kemudian Sukan Sea tahun yang sama.

BH

iDAN:

Paling tidak Malaysia kena menang dengan 2-0 jika tidak payah juga
nanti, Pasukan Singapura bukannya pasukan yang lemah.

22 Julai 2011

Hijrah

Penghijrahan sebahagian para sahabat ke Habsyah pada tahun kelima selepas nubuwwah (selepas Nabi diutus menjadi Rasul) adalah merupakan perintis jalan kepada hijrah yang lebih besar dan penting dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W.. Peristiwa hijrah ke Madinah merupakan peristiwa penting di dalam sejarah Islam, kerana ekoran darinya terbentuk sebuah negara Islam di Madinah.

Gambaran awal bahawa Rasulullah S.A.W. akan berhijrah telah diutarakan oleh Waraqah bin Naufal sewaktu Baginda S.A.W.. mula-mula menerima wahyu yang pertama dan Allah S.W.T. Kata Waraqah:

"Demi Tuhan yang diriku berada didalam genggamanNya, sesungguhnya kamu adalah nabi bagi umat ini. Kamu telah didatangi malaikat Jibril yang pernah datang menemui Nabi Musa a.s. Demi sesungguhnya kamu akan dibohongi, disakiti, dihalau dan akan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu, nescaya aku akan menolongmu untuk menegakkan agama Allah dengan pertolongan yang diketahuiNya."

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya,

"Tidak ada hijrah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali jihad dan niat"

Di dalam kitab Mestika Hadis telah menghuraikan bahawa perjuangan agama dan niat yang baik tidak terhad masanya bahkan sentiasa tertuntut untuk diamalkan oleh setiap umat Islam selagi hayat dikandung badan. Tuntutan hijrah berlaku sepanjang zaman seperti berhijrah dari satu tempat yang tidak ada tempat untuk belajar ilmu ke tempat yang boleh menuntut ilmu, juga dari satu tempat yang banyak melakukan maksiat ke tempat yang tidak ada maksiat.

Sebab-sebab berhijrah

Di antara sebab mengapa Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah ialah :

1.
Penolakan Kafir Quraisy, juga penduduk Taif terhadap dakwah Islam yang dijalankan oleh baginda.
2.
Jemputan penduduk Madinah yang telah memeluk Islam apabila mereka berkunjung ke Mekah pada musim haji, supaya Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah. Ini berlaku setelah termeterinya Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah 2, dimana penduduk-penduduk Madinah (yang telah menerima Islam) telah bersumpah setia untuk melindungi baginda dari segi keselamatan agama Islam itu sendiri. Ini menampakkan bahawa hijrah tersebut diiringi bersama iman dan jihad.
3.
Rasulullah S.A.W. memerlukan tapak baru yang lebih baik, kerana percubaan untuk mengembangkan Islam di Mekah dan Taif tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, malah tekanan terhadap baginda semakin hebat. Sebab-sebab berlakunya penentangan dari Musyrikin Quraisy terhadap dakwah baginda antaranya adalah disebabkan faktor agama, sosial, politik dan ekonomi.
4.
Kemungkinan besar dakwah akan lebih mendapat sambutan di Madinah, kerana disamping kumpulan Aus dan Khazraj terdapat juga sokongan daripada Ahli Kitab (Yahudi) yang menceritakan kebangkitan Nabi akhir zaman itu mendiami Kota Madinah.

Hijrah; Korbankan Kepentingan Diri

Peristiwa hijrah merupakan ujian keimanan kepada para sahabat. Mereka yang yakin kepada Allah dan RasulNya serta kasih kepada Rasulullah lebih dari kasih kepada keluarga, harta benda dan sebagainya telah bertekad untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. seperti Suhaib ar-Rumi contohnya telah berhijrah meninggalkan kekayaannya di Mekah demi untuk bersama baginda.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. berfirman, maksudnya:

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya"
(al-Baqarah: 207)

Ali bin Abi Talib yang masih muda juga sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W. sebagai suatu muslihat untuk mengelirukan musyrikin Quraisy apabila mereka merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W. kerana sekiranya Rasulullah S.A.W. berjaya mengumpul para penyokong di luar Kota Mekah hal tersebut akan memberikan tamparan hebat kepada kekuasaan mereka.

Amir bin Fuhairah, hamba Abu Bakar as-Siddiq pula telah memainkan peranan menghapuskan kesan perjalanan ke Gua Thur dengan membawa kambing-kambingnya yang banyak.

Abdullah bin Abu Bakar pula telah bertindak sebagai pengintip yang memerhatikan gerak laku Musyrikin Quraisy serta melaporkan kepada Rasulullah S.A.W..

Asma' binti Abu Bakar yang mewakili kaum muslimat telah berperanan menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah S.A.W. dan ayahnya iaitu Abu Bakar As-Siddiq yang sedang bersembunyi di Gua Thur.

Malah Abu Bakar As-Siddiq seorang sahabat yang setia telah menemani Rasulullah S.A.W. hingga akhir hijrah. Firman Allah maksudnya:

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (Musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari negeri Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya, "Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama-sama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya, Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana"
(at-Taubah: 40)

Berlainan pula dengan Saidina Umar al-Khattab yang mengisytiharkan bahawa beliau akan berhijrah secara terang-terangan. Umar berucap kepada orang-orang Quraisy;

"Sesiapa yang mahu ibunya kehilangan anak, meyatimkan anaknya, atau menjandakan isterinya,, silalah berjumpaku di belakang lembah ini. "

Begitu pun ada juga yang menyesal kerana lewat berhijrah disebabkan berlakunya gangguan anak isteri serta keluarganya. Apabila mereka sampai ke Madinah rasa didapati bahawa para sahabat yang berhijrah terlebih awal daripadanya mendapat lebih banyak ilmu-ilmu agama kerana pada setiap hari mereka mendengar kuliah dari Baginda. Lalu mereka yang baru berhijrah menyesal di atas sikap anak isterinya kerana menyebabkan dirinya mendapat kerugian. Allah S.W.T berfirman maksudnya:

" Wahai orang-orangyang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak memarahi (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi)."
(at-Taghabun: 14)

Tetapi yang paling malang ialah mereka yang telah beriman tetapi enggan berhijrah kerana memikirkan kepentingan bahkan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik dan sanggup menyertai peperangan Badar untuk menentang saudara-saudara seIslam sehinggakan ada diantaranya yang terbunuh di sana, walhal mereka masih boleh berikhtiar untuk menyelamatkan diri. Allah S.W.T berfirman maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyaivanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiayai diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir Musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:"Apakah yang telah kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: "Kami dahulu ialah orang-orang yang tertindas di bumi," Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?"Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu ialah seburuk-buruk tempat kembali."
(an-Nisa':97)

Perancangan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. selepas hijrah adalah:

1.
Membina masjid yang merupakan usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bertujuan antara lainnya ialah untuk menegakkan syiar Islam.
2.
Mempersaudarakan golongan Muhajirin (para sahabat yang berhijrah dari Mekah) dengan golongan Ansar (penduduk Madinah yang terdiri dari puak Aus dan Khazraj), dengan meletakkan Islam sebagai ikatannya. Perpaduan yang diasaskan atas dasar iman ini telah menolak cara hubungan sebelum ini yang berdasarkan kepada keturunan, warna kulit, tanah air dan sebagainya. Oleh itu baginda bersabda:

"Allah S.W.T tidak melihat kepada rupa paras kamu dan bentuk tubuh badan kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."
(Bukhari & Muslim)

Allah Juga berfirman, maksudnya:

"Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekafiran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(ali-imran: 103)

3. Mengatur Piagam Madinah (Sahifah Madinah) yang merupakan perjanjian di antara pihak pemimpin dengan rakyat yang mengandungi 47 fasal. la boleh disimpulkan sebagai dasar negara seperti:

* Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
* Menjelaskan kedudukan orang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam.
* Mengisytiharkan negara Madinah sebagai sebuah negara Islam.
*
Meletakkan hukum yang tertinggi iaitu hukum Allah (Al-Quran) dan Al-Hadith untuk dilaksanakan.
*
Menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai ketua negara dan kepimpinan negara seterusnya mestilah terdiri dari kalangan orang Islam.

Pengajaran Hijrah

1.
Berjaya menegakkan negara Islam di Madinah serta dapat melaksanakan hukum Allah S.W.T. dengan Rasulullah S.A.W. sebagai ketua negaranya.
2.
Dapat membentuk satu pasukan tentera yang mantap sebagai persediaan dalam menghadapi musuh dan menjaga keselamatan negara.
3.
Memperkembangkan dakwah menjadi semakin luas di mana pengaruh Islam tersebut bukan sahaja tersebar di Tanah Arab malah ke daerah-daerah di luar dari Semenanjung Tanah Arab.
4.
Ekonomi masyarakat Islam bertambah maju.

Kejayaan yang dicapai di sebalik peristiwa hijrah itu merupakan hasil perancangan serta perjuangan gigih Rasulullah S.A.W.berserta para sahabat yang diiringi dengan pertolongan Allah S.W.T.

Firman Allah maksudnya:

"Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (Agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa.”
(al-Haj:40)

Sebenarnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan peristiwa yang paling penting kerana dengan hijrahlah Islam terus berkembang maju bukan sahaja di Semenanjung Tanah Arab malah tersebar luas ke seluruh dunia. Dengan peristiwa itulah maka para sahabat telah mencadangkan supaya kalendar Islam dikira dari permulaan hijrah

21 Julai 2011

Seni 2

Macam sungai tapi bukan sungai

Macam bangunan roboh tapi tak ada apa pun

Macam sarang raksaksa tapi tak ada apapun

20 Julai 2011

Cinta Tiga Segi


Life In A... Metro agak pelik nama filem hindustan ini. Ada beberapa skrip yang digabungkan di mana banyak berkisar kisah cinta tiga segi. Kecurangan seorang suami, pun isteri nan setia biarpun hatinya terluka serta cinta jejaka yang bukan pada tempatnya.

Pergolakan demi pergolakan yang buat kita rasa rimas menontonnya. Di mana ada ketikanya kita marah dengan suami yang curang. Dalam masa yang sama seorang isteri pula pantang sepi boleh melencung ke lain. Bermakna cinta amat rapuh & tak kenal apa itu erti kesetiaan serta kejujuran.

Dalam masa yang sama cinta yang terhalang tetapi ianya ketemu ketika yang lewat, sekadar hidup gembira sementara & dunia ini akan sepi kembali dengan pemergian kekasih yang berusia.

Selain Shilpa Shetty turut berlakon adalah Dharmendra