Azim dapat tawaran ke Sekolah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL). Dari bualan awalnya dia tak berminat sangat untuk ke sekolah teknik. Dia lebih memilih untuk ke sekolah sains. Aku ada buat permohonan ke Sekolah Sains Banting. Tetapi hingga kini tiada jawapan. Nampaknya esok aku terpaksa telefon sekolah ini untuk mendapat maklumat terkini. Bila boleh dapat jawapan permohonan kami.
Pilihan untuk ke Sekolah Teknik Kuala Lumpur ini adalah atas cadangan abangnya Aziq. Aku pun tak tahu mereka telah memohon secara online sejak awal tanpa pun berbincang dengan ayahnya. Sebenarnya aku rasa serik juga untuk mencadangkan sekolah mana sebab kes Anif ke sekolah STTJ Seremban memang amat memberi kesan kepada aku.
Aku lebih suka Azim belajar di SMT Sepang tetapi sekolah ini telah bertukar wawasan. Statusnya telah pun menjadi Kolej Vokalsional, belajar 4 tahun terus dapat diploma. Aku ada memohon melalui e-mel juga surat. Ada Pengetua SMT Sepang telefon ibunya Azim; mengikut maklumat pengetua di sana; mereka lebih mementingkan pelajar yang punyai keputusan sekitar 4A; Keputusan Azim lebih baik mereka mencadangkan dia ke sekolah lain. Mereka lebih mementingkan pelajar yang berminat dengan bidang kemahiran. Azim tak berminat dengan bidang kemahiran ini.
Bermakna dalam dua tiga hari ini Azim kena pastikan melengkapkan borang juga keperluan ke asrama. Lebih baik daftar sahaja di SMTKL sementara menunggu panggilan sekolah lain.
Catatan Nuril Anwar
Muhammad Danial - buat pertama kalinya masuk sekolah berasrama - SMTKL
Selepas percubaan kali pertama untuk masuk ke sekolah berasrama penuh pada tahun 2010 tidak berjaya (waktu itu Danial sendiri sebenarnya belum cukup bersedia untuk tinggal di asrama. Permohonan dibuat kerana ada kawan rapat yang sama-sama memohon ke sekolah yang sama), ini kali kedua kami membuat permohonan. Danial sudah "besar", sudah lebih 15 tahun usianya dan dia sendiri seperti sudah bersedia untuk berdiri di atas kaki sendiri....
Saya sendiri mahu memberinya peluang tinggal di asrama, biar dia tahu menguruskan diri sendiri. Saya mahu dia hidup berdikari, tidak seperti tinggal di rumah sendiri, cuma tahu menggosok baju, itupun kerana terpaksa.
Oleh kerana keputusan peperiksaan percubaan PMR agak 'teruk', kami cuma memohon untuk ke kolej vokasional. Danial memilih kolej di Seri Iskandar dengan alasan - dekat dengan kakak keduanya, nanti ayah senang nak hantar dan ambil...
Bila keputusan PMR diumumkan, kami membatalkan permohonan awal ke kolej vokasional bagi membolehkan kami membuat permohonan baru. Pilihan kami kali ini adalah SM Teknik, memandangkan keputusan Danial yang memberangsangkan dan di luar jangkaan kami...
Diringkaskan cerita, pada 29 Januari 2013 bersamaan hari Selasa, Muhammad Danial mendaftar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) dengan memilih jurusan kejuruteraan awam.
Awal pagi lagi kami ke sekolah lamanya untuk mengambil sijil berhenti sekolah. Kemudian berjumpa dengan guru kaunseling untuk mengisi borang maklumat "pencapaian cemerlang" untuk rekod sekolah. Semasa menunggu Danial mengisi borang tersebut, saya dan Farah ditunjukkan rekod-rekod cemerlang pelajar-pelajar sebelum ini. Ada yang sebelum ini hanya mendapat 2A3B dalam UPSR boleh mendapat 8A dalam PMR.
Bersama Puan Jemiat Md Ali, salah seorang tenaga pengajar di SMK JR yang sangat peramah dan berbudi bahasa.
Akhirnya kami sampai di SMTKL sekitar jam 9.55 pagi, sedangkan waktu pendaftaran adalah 8.30 pagi. Ramai ibubapa yang sudah selesai menguruskan kemasukan anak-anak mereka ke asrama, hanya menunggu untuk mendengar taklimat daripada pihak sekolah yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi.
Bila sampai giliran untuk memilih katil di dorm, hanya tinggal 6 katil yang kosong dan sudah tentulah tingkat atas! Tak apalah, ini cabaran pertama untuk Danial, memanjat katil setiap hari dengan berat badannya 90kg!
Saya dan Farah membantu memasang cadar, sarung bantal dan selimut, sementara Danial mengemaskan pakaiannya masuk ke dalam almari kecil.
Saya nampak kerisauan di wajah Danial...
Di pihak saya sendiri, macam-macam yang saya fikirkan, namun yang paling utama kerisauan saya adalah - macam mana lah dia nak bangun seawal 5.00 - 5.30 pagi? Sedangkan di rumah sendiri, nak bangun pukul 6 pun sampai hampir 10 kali saya mengejutkannya. Itu belum lagi nak berebut ke bilik air, belum lagi nak "membuang" seperti kebiasaan di rumah...
Kalau di rumah, capai tuala dan terus masuk ke bilik air. Nak buang air pun tak payah nak tunggu-tunggu.... Lepas mandi, masuk bilik, tutup pintu bilik dan terus bersiap. Nak pakai seluar dalam pun tak perlu nak selindung...
Sebagai ibu adalah menjadi tanggungjawab saya memberikan semangat dan kekuatan kepadanya. Macam-macam nasihat keluar daripada mulut saya. Antaranya : Ramai anak orang kaya masuk sekolah ni. Dia orang hidup senang, bilik ada aircond, rumah besar, tapi dia orang sanggup duduk kat sini.
Lagi satu nasihat saya dari sekian banyak nasihat : Danial dah cukup besar untuk berdikari. Bayangkan Afiq (sepupunya) tingkatan satu dah duduk asrama. Dulu Alif (seorang lagi sepupunya) pun sama, tingkatan satu dah masuk asrama. Happy je dia...
Kami tinggalkan Danial petang itu dengan pelukan, ciuman dan kata-kata semangat...
Di rumah, selama 3 malam berturut-turut saya mengerjakan solat hajat khas untuk Danial, memohon semoga ALLAH mempermudahkan segala urusannya, memberikannya kekuatan dan mampu menyesuaikan diri dengan suasana yang serba baru, redha dengan sedikit kekurangan dan kesulitan yang perlu dihadapinya.
Saya yakin dia akan mampu menghadapinya.
iDAN
14 Januari 2014
12 Januari 2014
BH lakukan berita yang menghairankan.

Yeop Rindu Menulis:
Ada ketika satu yang memang penting & ianya sentiasa kita kumpul saban minggu tetiba hilang. Tentunya ini amat menggusarkan. Ini yang berlaku kepada BH Ahad ini. Aku tak dapat nak selesaikan masalah ini sebab dah malam baru aku perasan. Kenapa kandungan dalam akhbar sisipanya Kembara tidak lengkap. Ada sehelai yang dicetak dua kali; sehelai lagi hilang; maksudnya ada empat muka surat tak lengkap.
Alahai kedai mamak di mana tempat aku beli BH ni dah tutup malam begini. Tak pasti apakah ini silap mamak yang susun isian akhbar atau silap BH.
Sedar tak sedar di Jenaris mengikut bancian aku; sehari tak sampai pun lima naskhah akhbar BH ini laku di kedai mamak sebelah rumahku. Sedangkan akhbar BH ini cukup padat & tebal isinya. Berbanding akhbar tabliod lain yang amat nipis harga pun agak mahal berbanding kuantitinya. Kualiti akhbar tabliod ini pula ada yang lebih kepada isu politik atau isu semasa yang samar berbanding BH yang ada banyak fakta & rencana menarik.
Ada ketika satu yang memang penting & ianya sentiasa kita kumpul saban minggu tetiba hilang. Tentunya ini amat menggusarkan. Ini yang berlaku kepada BH Ahad ini. Aku tak dapat nak selesaikan masalah ini sebab dah malam baru aku perasan. Kenapa kandungan dalam akhbar sisipanya Kembara tidak lengkap. Ada sehelai yang dicetak dua kali; sehelai lagi hilang; maksudnya ada empat muka surat tak lengkap.
Alahai kedai mamak di mana tempat aku beli BH ni dah tutup malam begini. Tak pasti apakah ini silap mamak yang susun isian akhbar atau silap BH.
Sedar tak sedar di Jenaris mengikut bancian aku; sehari tak sampai pun lima naskhah akhbar BH ini laku di kedai mamak sebelah rumahku. Sedangkan akhbar BH ini cukup padat & tebal isinya. Berbanding akhbar tabliod lain yang amat nipis harga pun agak mahal berbanding kuantitinya. Kualiti akhbar tabliod ini pula ada yang lebih kepada isu politik atau isu semasa yang samar berbanding BH yang ada banyak fakta & rencana menarik.
- Yeop Rindu BETUL amat BH telah melakukan satu perkara yang menghairankan. Awal pagi aku dah berkejar ke kedai mamak sebelah rumah yg mana aku pasti amat ada banyak lagi naskhahnya tak berjual... aku siap bawa BH semalam (Ahad) untuk ditukarkan... sebab aku simpan/kumpul puisi & cerpen di BH setiap minggu. Ish cerpen hanya separuh siap puisi pula tak mandang... maka aku tertipu 4 muka surat tiada... nak buat apa 4 muka surat diberi dua salinan... hairan.
Semua BH 12 Januari 2014 Ahad di Jenaris punya masalah yang sama. tercetak 4 muka surat yang sama... hilang 4 muka surat yang memang aku nantikan...huh.
05 Januari 2014
Tarikh iDAN Bersara
Dalam radio tadi kata: JAGA MULUT, JAGA PERANGAI.. BARU ORANG LAIN RESPECT KAT KITA.... pendapat teman: BETUL-Betul-Betul
- Anda, Cat Manja dan 3 yang lain menyukainya.
- Idanradzi Kct ada juga org suka mereka yang buruk laku... sebab orang jenis ni sukar kita kawal tindakannya... geng mereka pun sama buruk lakunya...
- Idanradzi Kct bila kita bersikap pijak semut pun tak mati... zaman sekarang ni akan digelakkan orang saja...
- Idanradzi Kct selalunya orang yang kena aniaya ni adalah mereka yang lurus bendul... sebab kehidupan kini dah jadi terbalik... penipu penyagak kehidupan mereka lagi gah dari mereka yang jujur.
- Baizura Johor Maziah. ..betoi sesangat.
Idanradzi Kct geram betul mereka yang dajal ni masih gelak gumbira ketawakan kita yang teraniaya... - Maziah AManaf bak kata pepatah: TERLAJAK PERAHU BOLEH BERPATAH BALIK, TERLAJAK KATA? .... TANGGUNG SENDIRI MAAA..
- Maziah AManaf Idanradzi Kct: dunia dah nak akhir zaman Dan.. dalam al-Quran pun dah dinyatakan hal-hal ni..
- Idanradzi Kct baru ni masa saya makan-makan di D Ateh bolehkan ada golongan yang... amalkan konsep kita kasi susu mereka kasi TUBA kepada kita... siap tunjuk-tunjuk nuding jari hina kita depan rakan-rakannya... tenguk mukanya pun ... huh!
- Idanradzi Kct terimalah saja penghinaan itu sebaiknya sebab kita ni bukan ada upaya nak bela diri... macam saya kena jentik dari fak kejut tempoh harilah.
- Idanradzi Kct cumanya orang kata jangan sampai kita masuk perangkap yang sama berulang kali udahlah Maziah AManaf.
- Maziah AManaf laaa ye ke Idan.. sabor banyak-banyak.. bior orang buat kita, tapi kita jangan sesekali jadi macam dia.. mike dah bersara awalkan?
- Nor Akhizah Mohd Said teman sokong dan setuju ngan pendapat omi..
- Idanradzi Kct huh sampai ada geng di UPM tu berpakat-pakat nak ke jpa nak sekat elaun bersara saya ni... sehebat itu geramnya mereka kepada saya ni. (dah masuk tahun ke 3 kut bersara opsyen lupe eh bila tarikh bersara awal)
- Idanradzi Kct jika tenguk blog ni 4 nak masuk ke 5 tahun dah eh saya bersara...
http://idanradzi.blogspot.com/.../ceritera-persaharaan...
- Idanradzi Kct Ogos tu sy dipindahkan ke Unit IT lapan bulan kemudian mula bersara (dulu notis bersata 8 bulan) maknanya Mac 2009 tarikh saya bersara dari terus jadi kuli di UPM tu sepanjang hayat... sekarang saya bebas menjadi penyair.
Pekan Kota Bharu Perak
Jangan salah faham... nanti
marah pula orang-orang Kelantan bila saya menyebut Kota Bharu sebagai
pekan lama. Kota Bharu yang saya maksudkan bukanlah ibu negeri Kelantan
Darul Naim, tetapi adalah Kota Bharu yang terletak tidak jauh dari
bandar Gopeng didalam negeri Perak Darul Ridzuan. Rasanya bagi penduduk
negeri Perak Darul Ridzuan juga agak asing dengan kedudukan pekan ini.
Saya sendiri mengakui bahawa inilah kali pertama saya menjejakkan kaki
ke pekan Kota Bharu ini. Mari ikuti catatan perjalanan saya. Mungkin ada
sesuatu yang boleh kita kongsikan.
Selepas sahaja keluar dari
simpang pekan ke pekan Malim Nawar, saya meneruskan perjalanan saya ke
destinasi seterusnya iaitu menghala ke utara. Sasaran saya ialah pekan
Kota Bharu yang terletak tidak jauh dari bandar Gopeng. Namun untuk ke
pekan ini kita kan melalui satu jalan yang sunyi. Hanya sesekali sahaja
motosikal saya berselisih dengan kenderaan lain. Pada awalnya agak
ragu-ragu juga diri saya untuk ke pekan ini. Namun saya gagahkan juga
hati dan perasaan saya untuk melihat sendiri pekan kelahiran kartunis
tersohor Malaysia ini iaitu Dato' Lat.
Sampai sahaja ke pekan ini,
perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah sunyi, sepi dan
tenang. Namun dapat saya rasakan, dahulu ia sebuah pekan yang agak hidup
dengan aktiviti penduduknya. Namun kini ia seolah-olah menunggu masa
sahaja untuk mati. Sebuah balai polis yang pada saya agak besar tidak
sesuai dengan saiz pekan ini menyambut kehadiran saya. Pelik juga
saya... hanya beberapa orang manusia sahaja yang saya temui di pekan
ini. Itupun memandang saya dengan pandangan yang tajam.
Balai Polis Pekan Kota Bharu
Pekan Kota Bharu bolehlah
disifatkan sebagai sebuah pekan perkampungan. Setelah melintasi balai
polisnya, nun jauh disana dapat dilihat sebuah jejambat merintangi pekan
ini. akibat dari projek pembinaan landasan berkembar. Dalam fikiran
saya sudah pasti pekan ini akan terputus dua seperti yang terjadi
terhadap pekan Malim Nawar dan Tanjong Malim. Tekaan saya tepat, memang
pekan ini terputus dua. Namun sesuatu yang melegakan saya ialah, rumah
kedai lamanya masih wujud dan masih boleh dilihat. Namun keadaannya agak
uzur. Sempat saya merakamkan gambar-gambar kenangan rumah kedai yang
terdapat di pekan ini.
Rumah kedai klasik yang masih terdapat di pekan Kota Bharu.
Dapat dilihat jejambat yang merintangi landasan keretapi
yang memisahkan pekan ini kepada dua bahagian.
Rumah kedai di pekan Kota Bharu
Saya juga sempat meninjau
kawasan di seberang landasan keretapi. Rupa-rupanya masih ada rumah
kedai yang uzur. Ia kelihatan seperti sebuah kedai makan. Seperti biasa
ianya tetap sunyi dan tiada manusia yang kelihatan. Apa yang menarik
perhatian saya ialah kewujudan papan tanda jalan yang tertulis JALAN
PANGGUNG. Errmm.. ini mungkin bermakna satu ketika dahulu di pekan ini
terdapat sebuah panggung wayang. Lokasinya tidak pula saya berjumpa.
Antara rumah kedai lama
Papan tanda jalan yang tertulis JALAN PANGGONG
di hadapan deretan rumah kedai lama
Apa yang menyedihkan ialah
jalan-jalan di sekitar pekan ini adalah tidak berturap denganh sempurna.
Malahan di sesetengah kawasan hanya jalan pasir sahaja yang ada. Pekan
Kota Bharu kelihatan terlalu uzur. Namun demikian, terdapat sebuah
klinik kesihatan kecil di pekan ini. Rasanya itu sahaja kemudahan
kesihatan yang ada di pekan ini. Oleh kerana kedudukan pekan ini
berhampiran dengan bandar Gopeng, secara tidak langsung penduk-penduduk
di sini lebih selesa membeli - belah di bandar Gopeng. Saya tidak
menjumpai pejabat pos di sini. Sebuah masjid yang agak besar menjadi
bukti bahawa penduduk Kota Bharu adalah mejoritinya terdiri dari Melayu
Islam.
Masjid Jamek Kota Bharu
Dari tinjauan didalam internet saya
mendapati suatu ketika dahulu terdapat sebuah stesen keretapi di Kota
Bharu. Besar juga harapan saya supaya stesen keretapi lama Kota Bharu
masih wujud sebagai suatu tinggalan sejarah yang berharga. Namun
demikian apa yang saya fikirkan itu tidak menjadi kenyataan. Sebuah
stesen keretapi baru telah dibina bagi mengantikan stesen yang lama.
Namun demikian stesen keretapi baru ini tidak lagi digunakan untuk
penumpang tetapi khusus untuk perkhidmatan barang sahaja. Lesu fikiran
saya. Nampaknya stesen-stesen keretapi lama semakin hilang dari
pandangan.
Pintu masuk ke stesen keretapi baru pekan Kota Bharu
Stesen keretapi Kota Bharu Perak baru yang
hanya mengendalikan perkhidmatan barangan sahaja.
Stesen keretapi Kota Bharu Perak baru yang
hanya mengendalikan perkhidmatan barangan sahaja.
Papan tanda stesen keretapi lama Kota Bharu
( http://zkeretapi.blogspot.com/ )
ejaan sebenar Kota Bharu bukan Kota Bahru.
Apa
yang menarik perhatian saya ialah kewujudan bangunan-bangunan kuarters
kerajaan lama yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Pada pandangan
saya berkemungkinan bangunan lama ini dahulunya milik pekerja-pekerja
Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ). Namun kini ianya telah dijadikan
sebuah taman asuhan kanak-kanak. Sebuah Dewan Masyarakat yang klasik
juga boleh dilihat. Ia sebuah bangunan yang sunyi dan sepi. Lama saya
berdiri di hadapan bangunan dewan ini. Ada sesuatu yang seolah-olah
meminta saya memandangnya. Aahhh...secara tiba-tiba hati saya menjadi
sayu sendiri. Saya sendiri tidak tahu kenapa.
Bangunan lama yang dijadikan taman asuhan kanak-kanak
dari pandangan atas
Bangunan lama dari pandangan sisi. Ia sangat klasik
Lama juga saya di Kota Bharu. Dari
seberang landasan keretapi berkembar, saya memandang bangunan stesen
keretapi Kota Bharu. Sunyi .... tiada lagi penumpang yang menunggu di
situ. Pekan Kota Bharu juga semakin sepi. Terserempak saya dengan
beberapa orang pekerja warga Indonesia yang senyum simpul melihat saya
termangu dan termenung dipinggir landasan keretapi. Berapalah hayat
rumah-rumah kedai yang masih tersisa di Kota Bharu ini, itu saya tidak
tahu. Pekan-pekan kecil dan lama seperti ini bagaikan tempat menangis
sendiri menunggu saatnya hilang ditelan zaman.
Saya bergerak meninggalkan pekan
Kota Bharu ketika hari sudah agak redup. Sepanjang perjalanan
meninggalkan pekan ini fikiran saya kosong. Tidak ada apa-apa yang
bermain di kepala saya melainkan cuma satu .... semoga saya ketemu lagi
dengan pekan sunyi dan sepi ini. Sasaran saya selepas ini ialah pekan
Kampung Kepayang. Motosikal yang saya naiki terus membawa saya dengan
setia.
Di Kota Bharu ada rasa tenang
yang sayu terjumpa disini. Hati bagai menangis melihat landasan lama
menjadi saksi bisu kewujudan sebuah pekan kecil yang menunggu mati....
semoga ketemu lagi pekan Kota Bharu !!!!
Dicatat oleh
hafez j malim
at
Thursday, August 25, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)









