Tiga
kali mengalami zaman kejatuhan cukup membuatkan penghibur popular,
Datuk AC Mizal lali dengan kehidupan sebagai anak seni. Mula mencipta
nama bersama kumpulan rap 4U2C pada awal 90-an, beliau selepas itu
menceburi bidang lakonan pula.

Pernah
popular dengan lagu Fiona bersama 4U2C, dalam bidang lakonan AC Mizal
cukup dikenali menerusi watak sebagai Inspektor Mazlan dalam drama dan
filem Gerak Khas terbitan Skop Productions Sdn Bhd.
Kini, pada
usia yang sudah mencecah 42 tahun, AC Mizal beralih arah dalam bidang
pengacaraan dan namanya mula terpahat di hati penonton menerusi program
Akademi Fantasia selama tiga musim.
Bahkan, sekarang AC Mizal atau
nama sebenarnya Mizal Zaini begitu menjadi perhatian selepas terbabit
mengacarakan program AC Di Sini dan Maharaja Lawak di Astro.
Walaupun
aktif dalam pengacaraan kini, itu tidak bermakna bapa kepada empat
orang anak itu sudah mampu berpuas hati. Sebagai anak seni berpengalaman
dan berpandangan jauh, beliau nyata memiliki strategi sendiri.
Di
sebalik kesibukan mengacarakan pelbagai program, AC Mizal yang kini
bahagia di sisi isteri tercinta, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid turut
aktif dalam perniagaan.
Sudah mengendalikan beberapa perniagaan,
AC kini terbabit pula dengan produksi miliknya, MBI Movie Pictures Sdn
Bhd yang diuruskan sepenuhnya oleh Emylia.
Berbicara mengenai
projek produksi yang diakuinya sudah ditubuhkan agak lama dan baru kini
aktif semula, MBI Movie Pictures sudah pun menghasilkan telefilem
istimewa Aidilfitri nanti, Hantu Kubur Berhari Raya untuk tayangan
Astro.
Bahkan, AC Mizal berkata, produksi itu juga dalam proses
penerbitan drama 80 episod yang diadaptasi daripada novel terlaris.
Malah ujarnya, beliau juga akan menerbitkan filem komedi aksi yang
penggambarannya dijangka bermula Oktober depan.
“Kini, segala
urusan mengenai penerbitan filem ini masih lagi dalam perbincangan
lanjut. Apatah lagi, saya sebenarnya merancang untuk menggandingkan
Zizan dan Jep Sepahtu di dalam filem ini.
“Namun, buat masa
sekarang jadual kedua-dua mereka ini begitu sibuk dan kami masih lagi
berbincang. Pun begitu, saya berminat untuk aktifkan semula produksi ini
berikutan ia bagi memenuhi impian isteri.
“Emylia sangat berminat
menguruskan produksi ini, apatah lagi sekarang ini begitu ramai bakat
baru yang muncul. Sebagai orang lama, kami rasanya sudah tidak sesuai
lagi untuk beraksi dan laluan harus diberi kepada pendatang baru.
“Ditambah
lagi, kuantiti pendatang baru industri yang ramai ini membuatkan masih
ada yang tercicir. Jadi, mana tahu mereka yang tercicir itu dapat
dibantu mengetengahkan bakat dimiliki dengan peluang disediakan,”
katanya.
AC Mizal berkata, daripada pengalaman pernah dilaluinya
dulu, ternyata bukan mudah mencipta nama sebagai anak seni. Ujarnya, dia
sendiri pernah mengalami masalah kejutan budaya serta zaman kejatuhan.
“Apapun,
saya tidak pernah kenal erti patah semangat. Pada saya, apa yang
diperjuangkan adalah bakat seni dimiliki dan bukannya kisah peribadi
walaupun diakui saya juga pernah mencetuskan kontroversi.
“Hingga
kini, urusan tuntutan nafkah anak-anak daripada bekas isteri masih lagi
belum selesai. Namun, saya akur dan sedaya upaya berusaha
menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.
Cukup terbuka membuka
lipatan kisah silamnya, AC Mizal berkata, apa yang diluahkan itu
tidaklah keterlaluan. Bahkan, tidak perlu beliau berselindung kerana kes
itu pun sudah diketahui satu negara.
Menurut AC Mizal lagi,
faktor usia yang makin meningkat kini turut mendorong beliau sentiasa
berpandangan positif. Ini kerana katanya, apabila selalu positif ia akan
membuatkan kesihatan lebih sihat.
Kerinduan terhadap dua anak bersama bekas isteri
Tidak
menyembunyikan perasaan sedih kerana tidak pernah diberi peluang untuk
membelai serta memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya,
Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, hasil
perkahwinan lalu bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin nyata AC Mizal
tetap tabahkan diri.
Katanya, kali terakhir bertemu dengan dua
anaknya ialah tiga tahun lalu, malah dia juga terpaksa akur
berkemungkinan besar kedua-dua mereka enggan bertemu dengannya.
Menurut
AC Mizal, kali terakhir mereka bertemu adalah di mahkamah ketika kes
tuntutan nafkah daripada Shafnie berlangsung. Bahkan ujarnya, beliau
percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anaknya itu
rentetan daripada kes perceraian dan tuntutan nafkah dibuat.
“Saya
tahu, dengan apa yang berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah) di
antara saya dan pihak bekas isteri tentu banyak memberi kesan kepada
anak-anak kami.
“Pun begitu sebagai bapa mereka, jujur saya akui
sangat merindui kedua-duanya. Apatah lagi, mereka sekarang pun sudah
meningkat remaja. Saya sedih dan kecewa tetapi hendak buat macam mana.
“Maklum
sajalah, saya ini seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan
sentiasa pandang ke hadapan. Jadi enggan terlalu memikirkannya
membuatkan saya lebih selesa memastikan diri sentiasa sibuk dengan
kerja,” katanya.
AC Mizal berkata, secara tidak langsung urusan
perniagaan yang dikendalikannya kini banyak membantu beliau. Apapun
beliau tetap akan bersabar menunggu saat untuk bertemu dengan kedua
anak-anaknya itu.
AC Mizal dan Shafnie bercerai pada 17 Oktober
2001. Bagaimanapun, AC Mizal kemudian berkahwin dengan Emylia pada 10
Oktober 2002 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Reeve
Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.-hmetro
- See more at:
http://www.malaysiaedition.net/tiga-kali-mengalami-zaman-kejatuhan-datuk-ac-mizal-ada-strategi/#sthash.ertbB1TE.dpufv
Tiga kali mengalami zaman kejatuhan, datuk AC Mizal ada strategi

http://www.malaysiaedition.net/tiga-kali-mengalami-zaman-kejatuhan-datuk-ac-mizal-ada-strategi/#sthash.ertbB1TE.dpuf