iDAN

29 Januari 2007

Pautan Hati 5 Kuali Gergasi (Delima Merkah)

Jamil bangun membawa pinggan & cawannya ke singki.

" Letakkan saja di sebelah tu bang " Juriah bersuara tanpa memandang Jamil.

Serentak itu Syafik, Raman & Mira terkedek-kedek mengikut Jamil yang telah pun duduk di balai memasak belakang rumah bersama dengan 555nya. Ada beberapa pokok Sukun di belakang rumah mak mertuanya. Agak tinggi, tentunya payah ingin mengait buahnya. Dahan Sukun memang rapuh. Nampak ada galah PVC yang agak panjang bersambung. Emmm kalau galah buluh mahu tak terangkat jika sepanjang galah PVC. Pohon Malinjo dekat bilik air nampak lebat buahnya. Kerepek Malinjo biarpun pahit tapi banyak khasiatnya. Setakad sebalang Kerepek malinjo memang tak sedar habisnya jika sudah mula leka memakannya sambil menonton TV.

" Paman Amil.. bila nak mulakan kerja membasuh kita? " Mira bersuara mengejutkan lamunan Jamil. Nampak tak sabarnya Mira. Syafik & Raman sudah mula menolak-nolak periuk ke sisi di dinding supaya dekat dengan paip air.

" Mira, Syafik .. Raman sabarlah dulu, paman tengah merokok ni, kejap nantilah, makanan kat perut pun belum turun betul!! " Tiga orang cucu Wak Suratman ini macam tak dengar sahaja. Seluar sukan Mira sudah nampak basah, berebut paip dengan Raman.

" Syafik! suruh Raman & Mira siram periuk & kuali, biar keraknya kembang " Jamil lihat ada sebahagian periuk masih tidak direndam. Huh! boleh tahan banyaknya periuk belanga, kuali & pinggang mangkuk kena dibasuh. Entah jam berapalah akan siapnya. Tak apa, kena buat pelahan-pelahan. Nasiblah semalam jadi Raja Sehari, hari ini kena dera.

" Syafik mari sini kejap? "

" Ada apa hal Paman... "

" Paman Rosman tu, Paman tak nampak pun sejak sarapan tadi! "

" Syafik tahu mana dia lepak, ngapa nak Syafik panggil dia ke? "

" Ishh.. janganlah, Paman orang baru di rumah ni, tak baik ganggu dia "



Kedengaran ayam jantan Wak Jamiah berkokok, mabuk minum brandi ke apa ayam jantan Wak Jamiah ini, mentari sudah menyala pun tak pandai berhenti berkokok. Berkokok pagi kata orang tua, tak jadi masalah, ayam bukankah katanya dapat melihat Malaikat. Mesti tegur Malaikat lalu. Jika berkokok senja kata orang tua mesti ada perkara yang tak baik akan berlaku. Zina atau anak luar nikah akan lahir. Ish.. simpang dek Malikat 44;


Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, tempe buat lode taruh cili pedas-pedas...

Masalah Rosman, huh takut nak dengar! Dia teringat sungutan Wak Jamiah pasal anak bungsunya si Rosman. Tak habis-habis buat kerenah. Paling dia risau takut kemalangan dengan RXZnya. Gila dengan motorsikalnya. Ghaib memanjang, memang payah lekat di rumah. Dia berdoa agar jangan sampai anaknya bungsunya jadi Mat Rempit.

" Paman Amil... tenguk Abg Raman ni, belum lagi Mira mula buat kerja sudah basah seluar Mira ni.. nanti Mira sejuk .. demam cam mana?.. "

" Baguslah.. tak boleh makan ABC! " Raman bergurau.

Nampak Kak Julia tersenyum saja dari pintu dapur melihat anak daranya sudah mula basah. Mira ini macam anak mami sikit. Ayahnya entah darah darah Khan mana. Tersenyum Kak Maimun isteri abg Paiman yang pendiam nampak bertudung cantik di belakang Kak Julia. Dari wajah Kak Maimun memang terbayang perbagai rahsia. Payah bagi Jamil menyingkapnya. Anak Kak Maimun yang sulung Munirah mirip wajah ibunya putih cantik, baru darjah empat, Kak Maimun ada darah Minang itu yang nampak lembut & tak banyak cakap, tak fasih berbahasa jawa; dua lagi anaknya memang wajah jawa jati ikut ayahnya Abg Paiman. Raman biarpun wajah macam ayahnya tapi nampak sopan budaknya. Adik Raman si Romlie isk!... baru lima tahun, punyalah lasak mengalahkan komando. Jika bertembung dengan Mira kira sepupunyalah... asyik bercakaran. Nasib dia tak datang menolong, kalau ada pasti bakal ribut@repot. Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, jika ngacau siap Jamil sudah teragak nak serkup dia dengan periuk besar itu!.

Jamil nampak Mira menghalau ayam Wak Jamiah; ayam Nyainya asyik mencuri kerak nasi dalam periuk. Lagi dihalau lagilah riuhnya ayam kampung!. Mengalahkan nak bertelur.

" Okeylah!... jom kita bertiga mulakan operasi! ... Syafik, Raman tolong Paman angkat kuali ini. Mira bersedia jadi ahli bomba .. siram air! jika Paman laung 994 .. siram sampai padam!" Sambil membuang puntung 555. Mira tersenyum; Jamil tegang urat belakang mengangkat beban, memang berat kualinya. Ziana Zain pun muat berendam di dalamnya. Emmm tambah hitamlah dikau Ziana Zain, jika berendam dalam kuali ini.

" Hai.. orang-orang kampung!... Tak ada lagikah yang lebih besar sang kuali di Kampung Tasik Naga ini. Agaknya khazanah purba gergasi dari Tasik Chini dijumpai oleh penduduk kampung ini untuk buat kenduri.. nanya aku nak membasuhnya! " Sungut Jamil si Pengantin Baru dalam hati. Inai di jari pudarlah nanti.

- bersambung

Capaian Berkait

Pautan Hati 4

Posted on 29.1.2007 at 9:46 AM

Tiada ulasan: